doa pertemuan pengarah dengan gpk

Upload: azzini-nudra-afifi

Post on 13-Jan-2016

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

doa

TRANSCRIPT

.... ... ..

......

()

.....Kami berhimpun dan berkumpul disini, pada pagi yang indah dan permai ini, mengharap limpah dan kurnia Mu ya Tuhan kami, memohon keberkatan dan dan keredaan Mu ya Ilahi, bagi menjayakan majlis kami ini, Majlis Perjumpaan Pengarah dengan Penolong Kanan dan Penyelia Petang Sekolah-sekolahWilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tahun 2003. .....Jadikanlah Majlis kami pada hari ini, Berjalan dengan baik, lancar dan diberkati,

Kuatkanlah hati kami dengan keyakinan dan iltizam yg. tinggi, Permudahkanlah segala urusan yang kami hajati, Kerana kami insaf dan sedar ya Ilahi ... tugas yang kami laksanakan ini ..... bukan untuk kepentingan diri sendiri .... namun untuk kesejahteraan agama, bangsa dan negara yang dicintai .... .....Kami merafa sembah dengan setinggi-tinggi kesyukuran pada Mu, kerana berpeluang menganjurkan Majlis ini .... oleh itu jadikanlah pertemuan ini sebagai landasan dan pedoman kami, untuk memupuk anak-anak didik kami... melalui amalan dan nilai murni .... agar mereka menjadi insan yang sempurna dan berbakti kepada masyarakat kami...

....Di kesempatan ini juga .... kami memohon pada Mu ya Allah ... jauhilah kami dari sifat-sifat yang keji ... lindungilah kami dari hasad dan dengki .... hindarilah kami dari amalan-amalan yang engkau tidak redai .. ........