himpunan doa-doa

Download Himpunan Doa-doa

Post on 11-Jun-2015

27.178 views

Category:

Documents

13 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

PANDUAN DOA DI MAJLIS-MAJLIS RASMI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 1. Tujuan Panduan ini disediakan untuk membantu warga pendidikan menggunakan doa di majlis-majlis rasmi Kementerian Pelajaran. 2. Objektif 2.12.2

Memberi peluang kepada warga pendidikan untuk berdoa dan bermunajat menggunakan contoh-contoh doa yang disediakan. Menyelaraskan pembacaan Kementerian Pelajaran. doa di majlis-majlis rasmi

2.3

Membantu warga pendidikan berdoa mengikut peraturan dan kesesuaian majlis.

3.

Perihal doa dan berdoa 3.1 Kepentingan doa 3.1.1 Setiap muslim perlu berdoa (memohon) kepada Allah s.w.t akan segala sesuatu yang dihajati. Doa boleh dilakukan secara individu atau kumpulan. Allah menyatakan dalam firmanNya yang bermaksud Berdoalah (memohonlah) kepada Aku (Allah) nescaya Aku (Allah) perkenankan. Berdoa mempunyai adab dan peraturan yang tersendiri. 3.1.2 Doa amat disukai dan dituntut oleh Islam. Ia merupakan ibadah apabila dilakukan mengikut adab dan peraturan kerana ia merupakan hubungan terus antara hamba dengan Allah. 3.2 Adab Berdoa Doa boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam semua keadaan kecuali sedang berhadas kecil (membuang air kecil dan air besar). Walau bagaimanapun terdapat beberapa adab dan peraturan berdoa yang dihimpun oleh para ulama: 3.2.1 Menghadap kiblat (yang lebih afdal). 3.2.2 Hendaklah berwuduk.

1

3.2.3 Beristighfar/ mohon keampunan kepada Allah sebelum berdoa. 3.2.4 Membaca basmalah. 3.2.5 Membaca al-hamdulillah (Tahmid). 3.2.6 Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 3.2.7 Membuka kedua tapak tangan dan menadah ke langit. 3.2.8 Berdoa penuh khusyuk, merendah diri serta yakin bahawa doanya diperkenankan oleh Allah. 3.2.9 Memohon dengan penuh perasaan dan bersungguhsungguh tanpa putus asa. 3.2.10 Ucapkan dengan jelas dan mengulang tiga kali di tempattempat yang dianggap penting/dipohon. 3.2.11 Di akhiri dengan selawat ke atas Nabi dan pujian (Tahmid) kepada Allah s.w.t. 3.2.12 Sebaik-baiknya membaca basmalah, hamdalah dan selawat hendaklah dalam bahasa Arab. 3.3 Berdoa yang makbul 3.3.1 Memohon dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan. 3.3.2 Memakan dan memakai barang yang halal. 3.3.3 Sentiasa mentaati ibu bapa. 3.3.4 Sentiasa menjauhi maksiat dan perkara-perkara syubhat. 3.3.5 Memelihara silaturrahim. 3.4 Tempat dan masa berdoa 3.4.1 Berdoa dibolehkan pada bila-bila masa dan dimanamana tempat yang sesuai, yang tidak dicampur-adukkan antara perkara yang baik dengan perkara mungkar dan maksiat.

2

3.4.2 Sesuatu perkara/peristiwa ada doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Doa-doa tersebut perlulah bersesuaian dengan situasi yang ada. 3.5 Berdoa yang sangat mustajab 3.5.1 Di tengah malam ketika manusia lain sedang tidur. 3.5.2 Ketika hujan sedang turun dengan lebat. 3.5.3 Masa antara dua khutbah Jumaat. 3.5.4 Masa antara azan dan iqamah. 3.5.5 Orang yang dizalimi. 3.5.6 Pada bulan ramadan. 3.5.7 Ketika sahur. 3.5.8 Selepas menunaikan solat. 3.5.9 Dalam masjid terutama di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. 3.5.10 Di Padang Arafah 3.6 Doa yang tertolak 3.6.1 Terlibat dengan makanan yang haram atau syubhat (makanan dari sumber yang tidak jelas halal haramnya). 3.6.2 Di majlis yang bercampur-gaur dengan perkara yang dilarang oleh Allah seperti berdoa kemudian diiringi dengan majlis tarian. 3.6.3 Sambil lewa. 3.6.4 Meragui rahmat dan kekuasaan Allah. 3.6.5 Mempercayai adanya Allah tetapi tidak laksanakan hukumNya. 3.6.6 Mendakwa cintakan sunnahnya. Rasul tetapi kita tinggalkan

3.6.7 Mendakwa syaitan itu musuh tetapi kita mematuhi.

3

3.6.8 Berdoa supaya dihindarkan api neraka tetapi perilaku kita seolah-olah mencampakkan diri ke dalamnya. 3.6.9 Berdoa agar dimasukkan dalam syurga tetapi tidak beramal ibadah. 3.6.10 Percaya mati pasti datang tetapi tidak mempersiapkan diri menghadapinya. 3.6.11 Selalu melihat kejahatan orang lain tetapi tidak nampak kejahatan sendiri. 3.6.12 Selalu menikmati kurniaan Allah tetapi tidak pernah mensyukurinya.

4.

Panduan berdoa di majlis rasmi Kementerian Pendidikan. 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 Masa tidak melebihi tiga minit Pembaca doa hendaklah memakai pakaian Kebangsaan. Doa yang dibaca hendaklah ringkas, padat dan sesuai dengan majlis yang diadakan. Mengandungi unsur-unsur kesyukuran, keamanan dan kemakmuran negara. Menjauhi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum lain. Mematuhi adab dan peraturan berdoa seperti yang dilampirkan. Contoh-contoh doa seperti dalam lampiran.

5.

Adalah diharapkan panduan ini dapat membantu warga pendidikan melaksanakan doa dalam majlis rasmi dengan sempurna dan berkesan.

4

KANDUNGAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. Selawat Munjiat Dan Selawat Sayyid Ahmad Al-Badawi Selawat Al-Fatih Dan Selawat Tafrijiyah Selawat Syifa Dan Selawat Syafi Selawat Al-Inam Dan Selawat Al-Raof al-Rahim Selawat Jibril Dan Selawat Juwairiyah Doa Majlis perhimpunan (1) Doa Majlis perhimpunan (2) Doa Sempena Menghadapi Peperiksaan Awam (1) Doa Sempena Menghadapi Peperiksaan Awam (1) Doa Sempena Mesyuarat Doa Sempena Mesyuarat PIBG Doa Sempena Hari Guru Doa Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan Doa Sempena Majlis Solat Doa Sempena Hari Sukan Doa Sempena Hari Karnival / Kantin / Hari Keusahawanan Doa Sempena Hari Perkhemahan / Aktiviti Luar Doa Sempena Hari Orientasi Pelajar Baru Doa Sempena Perlantikan Pengawas/ Pustakawan Doa Sempena Majlis Penutup Kursus/ Bengkel/ Seminar Doa Awal Pagi Sebelum Bertugas Doa Majlis Anugerah Cemerlang Pegawai Doa Hari Bersama Pelanggan Doa Sambutan Bulan Kemerdekaan m/s1 m/s 1 m/s 1 m/s 1 m/s 1 m/s 1 m/s 1 m/s 1 m/s 1 m/s 1 m/s 1 m/s 1 m/s 1 m/s 1 m/s 1 m/s 1 m/s 1 m/s 1 m/s 1 m/s 1 m/s 1 m/s 1 m/s 1 m/s 1

5

25. 26. 27. 28. 29. 30.

Doa Program Gotong-Royong Doa Majlis Jasamu DiKenang Doa Menyambut Kedatangan Pelawat Doa Majlis Tadarus Al-Quran Doa Nadwah Kepimpinan Pelajar Doa Pelancaran Kempen Keselamatan

m/s 1 m/s 1 m/s 1 m/s 1 m/s 1 m/s 1

6

JAWATANKUASA PENERBITAN UNIT DAKWAH DAN KEPIMPINAN SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL JABATAN PELAJARAN SELANGOR PENAUNG En.Adzis B. Abas Pengarah Pelajaran Selangor Penasihat Tuan Hj.Saibudin B. Hj Ahmad Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral Pengerusi Tuan Hj.Abdul Hadi B.Hj.Ismail Ketua Unit Dakwah Setiausaha En.Mohd Norhisham B.Hj.Ahmad Penolong Pengarah Dakwah Ahli Jawatankuasa Mohd.Nasarrudin B.Hj.MisriKamil B.Sidek

Abd.Rahim B.Mohd Noh Asyapul Adli B.Wahab@Satimin Rahimah Bt Hasan Rodhiah Bt Ismail

SJK(C) PAAY CHAI 2,Petaling Jaya SMK Jeram, Kuala Selangor SMK Bukit Changgang,Banting SK Sungai Udang,Klang SK Serendah, Hulu Selangor SMK Batu 8, Puchong

7

HIMPUNAN SELAWAT PILIHAN 1. Selawat Munjiyat

"Ya Allah, limpahkanlah selawat atas junjungan kami, Muhammad, dengan suatu selawat yang menyebabkan kami selamat dari semua ketakutan dan malapetaka, yang menyebabkan Engkau menunaikan semua hajat kami, yang menyebabkan Engkau menyucikan kami daripada semua kejahatan yang menyebabkan Engkau mengangkat kami ke darjat yang tinggi di sisi-Mu, dan yang menyebabkan Engkau menyampaikan semua cita-cita kami berbentuk kebaikan-kebaikan di dunia dan akhirat." Penjelasan: Selawat di atas disebutkan di dalam kitab Dal'il. Dalam syarah kitab tersebut disebutkan riwayat dari Hasan bin 'Ali Al-Aswn. Ia berkata, "Barangsiapa yang membaca selawat ini dalam setiap perkara penting atau bencana sebanyak seribu kali, nescaya Allah akan melepaskan bencana itu darinya, dan menyampaikan apa yang diinginkannya." 2. Selawat Sayyid Ahmad Al-Badawi r.a

"Ya Allah, limpahkanlah selawat atas cahaya di antara segala cahaya, rahsia di antara segala rahsia, penawar duka, dan pembuka pintu kemudahan, yakni Sayyidina Muhammad, manusia pilihan, juga kepada keluarganya yang suci dan sahabatnya yang baik, sebanyak jumlah kenikmatan Allah dan kurniaNya." Penjelasan: Selawat ini bersumber dari Sayyid Ahmad Al-Badawi r.a., Sayyid Ahmad Ruslan menjelaskan , "Selawat ini sangat mujarab untuk menunaikan hajat, dijauhkan dari kesusahan dan bencana serta memperolehi nur dalam jiwa. "

8

3.

Selawat Al Fatih

"Ya Allah, limpahkanlah selawat, salam, dan keberkatan ke atas Sayyidina Muhammad pembuka hal-hal yang terkunci , penutup perkara-perkara yang sudah berlalu, penolong kebenaran dengan kebenaran , dan penunjuk jalan kepada jalan-Mu yang lurus. Semoga Allah senantiasa melimpahkan selawat kepadanya, juga kepada keluarga dan para sahabatnya, sesuai dengan darjat dan kedudukannya yang tinggi." Penjelasan: Selawat di atas berasal dari Sayyid Abu Al-Mukarim Syeikh Muhammad Syamsuddin bin Abi Al-Hasan Al-Bakri r.a. Di antara kelebihannya ialah diampunkan dosa kecil ,tenteram hati dan jiwa, dimurahkan rezeki , diselamatkan keluarga dari kesusahan seterusnya memudahkan jodoh seseorang.

4.

Selawat Tafrijiyah

"Ya Allah, limpahkanlah selawat yang sempurna dan kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kami, Muhammad, yang dengan perantaraan beliau itu dilepaskan semua ikatan, dilenyapkan segala kesusahan, ditunaikan segenap keperluan, diperoleh segala keinginan, dicapai akhir yang baik, dan diberi minum dari awan berkat wajahnya yang mulia, juga kepada keluarga dan para sahabatnya, dalam setiap kerlipan mata dan tarikan nafas, sebanyak jumlah pengetahuan yang Engkau miliki." Penjelasan: Selawat ini lebih dikenal dengan sebutan "selawat Tafrijiyah". Tentang selawat ini, Imam Al-Qurthubi menuturkan bahwa, siapa yang membacanya secara rutin setiap hari sebanyak 41 kali atau 100 kali atau lebih, Allah akan melenyapkan kecemasan dan kesusahan, menghilangkan kesulitan dan penyakit, memudahkan urusannya, menerangi hatinya, meninggikan kedudukan, memperbaiki keadaan, meluaskan rezeki, dan membukakan baginya segala pintu kebaikan, dan lain-lain.9

5.

Se