doa lawatan penanda aras 5s prasekolah sk semada

2
DOA LAWATAN PENANDA ARAS 5S PRASEKOLAH SK SEMADA 25 JUN 2014 ِ مْ يِ حَ ّ ر ل اِ نَ مْ حَ ّ ر ل اِ له ل اِ مْ سِ بYa Allah Ya Tuhan Kami Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan berkumpul dalam lawatan penanda aras 5S prasekolah SK Semada 2014. Ya Allah Ya Rahman Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul bagi menghubungkan silaturrahim , bertukar-tukar pendapat di samping menyumbangkan buah fikiran dalam membentuk generasi yang berguna pada masa hadapan . Berkatilah usaha ini Ya Allah. Ya Rahman Ya Rahim Engkau perbaikilah akhlak kami dan akhlak anak-anak didik kami , Engkau hiasi kami dengan akhlak-akhlak yang baik dan terpuji juga hindarilah kami dari sifat-sifat keji . Hindarilah kami dari sifat lalai yang merugikan dan bimbinglah kami ke jalan kebenaran . Ya Allah Tuhan Semesta Alam Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera menghindarkan dari keburukan . Ya Allah Tuhan Yang Menciptakan Kami Kurniakanlah kepada kami kekuatan fizikal , mental dan rohani agar kami dapat menempuh ujian yang mendatang daripadaMu Ya Allah . Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan

Upload: rushdan-mat

Post on 23-Nov-2015

307 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

DOA LAWATAN PENANDA ARAS 5S PRASEKOLAH SK SEMADA25 JUN 2014

Ya Allah Ya Tuhan KamiKami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan berkumpul dalam lawatan penanda aras 5S prasekolah SK Semada 2014.

Ya Allah Ya Rahman

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul bagi menghubungkan silaturrahim , bertukar-tukar pendapat di samping menyumbangkan buah fikiran dalam membentuk generasi yang berguna pada masa hadapan . Berkatilah usaha ini Ya Allah.

Ya Rahman Ya Rahim

Engkau perbaikilah akhlak kami dan akhlak anak-anak didik kami , Engkau hiasi kami dengan akhlak-akhlak yang baik dan terpuji juga hindarilah kami dari sifat-sifat keji . Hindarilah kami dari sifat lalai yang merugikan dan bimbinglah kami ke jalan kebenaran .

Ya Allah Tuhan Semesta Alam

Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera menghindarkan dari keburukan .

Ya Allah Tuhan Yang Menciptakan Kami

Kurniakanlah kepada kami kekuatan fizikal , mental dan rohani agar kami dapat menempuh ujian yang mendatang daripadaMu Ya Allah . Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam semua bidang .

Rabbana atina fid dunya hasanah,Wafil akhiroti hasanah,Wakina azaabannar.

Wasollallah hu alaihi wasallamWal hamdulillahi robbil alamin.