disiplin dalam situasi pembelajaran

11
MATAPELAJARAN : ILMU PENDIDIKAN NAMA PENSYARAH: DR. MD. YUSOF BIN JAMAR NAMA : NOR KHARI IZARDI BIN ISMAIL NO. MATRIK : DB 100058 TAJUK : DISIPLIN DALAM SITUASI PEMBELAJARAN Definisi disiplin menurut Kamus Dewan, merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib.(DBP, 2002 : 308). Mok Soon Sang (1995) pula menyatakan pada peringkat sekolah, disiplin adalah peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, menjelaskan disiplin bermakna kesanggupan seseorang melakukan sesuatu dengan tertib, menghormati hak orang lain, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain.(Abdullah Sani, 2006 : 1). Manakala pembelajaran pula ialah proses yang berlaku apabila terdapat perubahan dalam perlakuan pelajar hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan (Nicholls, 2002). Secara umumnya, “learning is about how we perceive and understand

Upload: farisiman0821

Post on 21-May-2015

190 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

Disiplin di sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Disiplin dalam situasi pembelajaran

MATAPELAJARAN : ILMU PENDIDIKAN

NAMA PENSYARAH: DR. MD. YUSOF BIN JAMAR

NAMA : NOR KHARI IZARDI BIN ISMAIL

NO. MATRIK : DB 100058

TAJUK : DISIPLIN DALAM SITUASI PEMBELAJARAN

Definisi disiplin menurut Kamus Dewan, merujuk kepada latihan pemikiran

dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib.(DBP,

2002 : 308). Mok Soon Sang (1995) pula menyatakan pada peringkat sekolah, disiplin adalah

peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan

mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. Laporan Jawatankuasa

Kabinet 1979, menjelaskan disiplin bermakna kesanggupan seseorang melakukan sesuatu

dengan tertib, menghormati hak orang lain, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak

mengganggu kepentingan orang lain.(Abdullah Sani, 2006 : 1). Manakala pembelajaran pula

ialah proses yang berlaku apabila terdapat perubahan dalam perlakuan pelajar hasil

daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan (Nicholls, 2002).

Secara umumnya, “learning is about how we perceive and understand the world,

about making meaning” (Marton & Booth, 1997; dirujuk oleh Fry et al., 2003), dan

oleh itu pembelajaran boleh merupakan prinsip abstrak, maklumat fakta,

pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu, idea, perlakuan

yang bersesuaian bagi situasi tertentu, mengenali sesuatu, dan juga penaakulan

(reasoning) (Fry et al, 2003). Disiplin dalam proses pembelajaran adalah suatu yang

penting untuk mencapai kecemerlangan pelajar.

Page 2: Disiplin dalam situasi pembelajaran

Disiplin diri ialah kawalan tingkahlaku diri sendiri mengikut kehendak nilai –

nilai sosial masyarakat dan agama. Disiplin diri juga merupakan kawalan kendiri

individu tanpa desakan atau paksaan dari mana – mana pihak. Disiplin yang kuat

merupakan faktor yang dapat membantu kejayaan seseorang individu di dalam

kehidupan. Sehubungan itu disiplin amat mempunyai perkaitan dalam proses

pembelajaran yang mana ianya menjadi salah satu faktor yang membantu

seseorang pelajar untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Disiplin bukan

sahaja membantu kejayaan individu tetapi ia juga dapat menentukan masa depan

Negara. Kecemerlangan sesebuah Negara juga bergantung kepada sikap dan nilai

rakyatnya, kekuatan disiplin akan menjadikan sesebuah Negara mampu berdaya

saing dalam dunia global. Disiplin boleh diterapkan secara formal di sekolah atau

tidak formal di rumah atau di luar rumah.

Sekolah memainkan peranan penting dan merupakan wadah utama bagi

membentuk disiplin pelajar. Pihak sekolah perlu mewujudkan suasana pembelajaran

yang menggalakkan pembentukan disiplin. Struktur dan gaya pentadbiran sekolah

keseluruhannya dapat membantu menentukan kekuatan dan kelemahan disiplin.

Unit Bimbingan dan kaunseling sekolah, khususnya kaunselor harus berperanan

aktif dalam membantu pihak pengurusan sekolah untuk menangani masalah disiplin.

Sebagai pembimbing profesional, mereka mempunyai tugas membimbing pelajar

bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, tetapi juga membentuk iklim sekolah yang tidak

bermasalah. Antara faktor – faktor yang boleh di titikberatkan dalam pembentukan

disiplin yang berkesan seperti :

(i) Mengadakan keperluan asas atau infrastruktur yang lengkap serta

mencukupi.

Page 3: Disiplin dalam situasi pembelajaran

(ii) Mewujudkan suasana pengajaran yang teratur, berkesan dan menarik

minat pembelajaran.

(iii) Menimbulkan keazaman pelajar untuk mencapai cita – cita dan tujuan

pembelajaran.

(iv) Menaman nilai – nilai positif, progresif dan dinamik serta menggalakkan

pelajar memupuk kesempurnaan kendiri.

(v) Menyekat pengaruh dan unsur – unsur negatif yang tidak diingini

masuk ke dalam kawasan sekolah.

(vi) Memastikan kerapian disiplin dan peraturan – peraturan yang jelas dan

mudah di fahami dan di patuhi.

(vii) Menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat dan mengelakkan

situasi yang boleh menimbulkan kerungsingan dan konflik.

(viii) Mewujudkan suasana kemesraan terkawal antara guru dengan murid dan

antara murid dengan murid serta menjamin pemeliharaan harga diri.

Menurut Mok Song Sang, sekiranya masalah disiplin berlaku, terdapat

tatacara menyelesaikan masalah seperti berikut:

(i) Kaji masalah disiplin yang berlaku secara objektif

(ii) Mewujudkan suasana tenang semasa mencari punca masalah

(iii) Cuba memahami perasaan murid yang melanggar disiplin tersebut

(iv) Memberi nasihat supaya murid tersebut sedar akan kesalahannya

Page 4: Disiplin dalam situasi pembelajaran

(v) Merujuk kes kepada guru disiplin atau kaunseling untuk tindakan

sewajarnya.

Peranan guru amat penting dalam membentuk disiplin dan sahsiah pelajar.

Semasa murid berada di sekolah guru bukan sekadar sebagai pengajar semata –

mata kepada pelajar bahkan mengambil alih tugas ibu bapa sebagai pendidik,

pemimpin, pengasuh dan pembimbing kepada pelajar. Kegagalan membentuk

masyarakat berakhlak mulia sama seperti mengakibatkan kehancuran pada bumi.

Setiap guru perlu mengenali setiap anak muridnya secara mendalam dan mengenal

pasti tabiat, tingkah laku dan mengenal pasti perubahan – perubahan yang berlaku

ke atas sikap, emosi, penampilan dan gerak - geri muridnya. Pengaruh guru

terhadap pelajar juga amat kuat kerana pelajar sering mengambil guru sebagai

model mereka. Seharusnya guru menggunakan pengaruh tersebut secara positif

dan membina. Sehubungan itu guru memainkan peranan penting dalam membina

sahsiah dan disiplin para pelajar.

Dalam mewujudkan disiplin yang tinggi semasa proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah, perkara berikut mungkin boleh dilaksanakan

seperti:

(i) Menimbulkan minat pelajar terhadap pembelajaran

(ii) Mendedahkan pelajar kepada ilmu pengetahuan yang berguna dan

praktikal.

(iii) Menimbulkan kesedaran kepada pelajar

Page 5: Disiplin dalam situasi pembelajaran

(iv) Menyediakan pengajaran yang menarik, bermakna, pelbagai dan

mengembirakan

(v) Mewujudkan kemesraan antara guru dan murid

Peranan ibu bapa juga menjadi faktor utama mewujudkan disiplin yang tinggi

terhadap anak – anak. Tempoh para pelajar berada di rumah lebih panjang

berbanding di sekolah. Ibu bapa seharusnya mempunyai banyak masa untuk

mendekati anak – anak serta mengambil tahu perkembangan pembelajaran anak –

anak di rumah. Menurut pandangan Dr. Loh Sit Fong, Pensyarah Psikologi Fakulti

Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menyatakan, “Masalah disiplin

berlaku kerana jati diri yang lemah, pengaruh sikap ibu bapa yang kasar, konflik

keluarga dan terbabit dalam penderaan”. Kita sedia maklum tentang kesibukan ibu

bapa hari ini menjadi faktor penyumbang yang besar keruntuhan disiplin anak –

anak, anak – anak tidak mendapat perhatian dan didikan sewajarnya dari ibu bapa

sewaktu mereka berada di rumah. Kadangkala terdapat ibu bapa yang mengabaikan

tanggungjawab terhadap anak – anak yang menyebabkan anak – anak merasakan

dirinya tidak mendapat kasih sayang sewajarnya dari ibu bapa. Ini menjadi alasan

bagi anak – anak untuk bebas melakukan aktiviti sendiri samaada aktiviti tersebut

positif atau negatif tanpa pemantauan ibu bapa. Suasana persekitaran di rumah juga

menjadi penyumbang kepada peningkatan disiplin anak – anak atau sebaliknya.

Rumahtangga yang porak peranda tidak mungkin akan membantu pembentukan

disiplin yang sempurna malah emosi anak – anak juga mungkin terganggu. Antara

prinsip – prinsip yang boleh diamalkan oleh ibu bapa dalam meningkatkan disiplin

anak – anak adalah seperti berikut:

(i) Memastikan adanya kemesraan dan kasih sayang yang sewajarnya

Page 6: Disiplin dalam situasi pembelajaran

(ii) Mengadakan perbincangan dan dorongan motivasi

(iii) Mengambil berat hal – ehwal anak – anak

(iv) Memerhati, mengenalpasti dan membuat teguran terhadap tingkah

laku anak – anak

(v) Mengambil berat kemajuan dan perkembangan pendidikan anak –

anak

(vi) Menjaga dan memahami perasaan anak – anak

(vii) Memberi didikan agar anak – anak dapat berdikari, bertanggungjawab

dan bersemangat tinggi.

(viii) Memberi dorongan bagi menentukan hala tuju masa depan anak –

anak

(ix) Menggalakkan anak – anak memupuk kesempurnaan diri dan menjaga

maruah diri dan keluarga.

Pelajar juga berperanan untuk meningkatkan disiplin kendiri. Kebolehan

pelajar mengawal tingkah laku yang positif merupakan faktor penting dalam

membentuk kekuatan disiplin serta jati diri. Faktor disiplin sememangnya membantu

kecemerlangan pelajar di dalam pembelajaran. Antara prinsip – prinsip yang boleh

diamalkan oleh pelajar dalam meningkatkan disiplin adalah seperti:

(i) Meningkatkan keazaman dan semangat jati diri bagi mendorong

kejayaan yang cemerlang.

(ii) Meningkatkan kesungguhan dan komitmen dalam melakukan aktiviti

atau tugasan yang diberikan

Page 7: Disiplin dalam situasi pembelajaran

(iii) Mengetahui kepentingan dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan

ilmu pengetahuan dan kemahiran

(iv) Mampu mengenalpasti dan mengelak pengaruh – pengaruh negatif

yang menjejaskan pembelajaran.

(v) Memahami tujuan dan hala tuju masa depan

(vi) Menanam perasaan yang positif terhadap diri sendiri atau harga diri

Dalam meningkatkan kecemerlangan pembelajaran, ibu bapa dan guru

perlu menjalankan kerjasama yang erat untuk membentuk disiplin yang

unggul. Ada sesetengah ibu bapa yang kadangkala bertindak mengikut emosi

apabila pihak sekolah mengambil tindakan tatatertib terhadap anak mereka

dalam menanggani masalah disiplin. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana

tabiat terlalu memanjakan anak boleh merosakkan serta merugikan anak

tersebut, seterusnya boleh menggalakkan lagi maslah disiplin di kalangan

pelajar. Disiplin yang tinggi merupakan kunci utama kejayaan proses

pembelajaran. Bagi memastikan tujuan tersebut dapat dicapai, guru perlu

merancang dan melaksanakan strategi tertentu yang berkesan begitu juga

dengan ibu bapa perlu memastikan dan memikirkan cara untuk meningkatkan

disiplin anak – anak mereka. Ibu bapa dan guru perlulah bersemangat dan

memberi komitmen penuh terhadap pembangunan sahsiah pelajar. Ibu bapa

dan guru perlulah komited dengan komitmen kerajaan dalam merealisasikan

aspirasi dan wawasan Negara. Para pelajar juga seharusnya perlu

meningkatkan jati diri, bersemangat dan berjiwa besar bagi mencapai tujuan

Page 8: Disiplin dalam situasi pembelajaran

pembelajaran. Pembelajaran bukan sahaja masa depan mereka bahkan juga

merupakan masa depan Negara.

Rujukan

1. Halimah Abdul Rahman, (2008), Masalah Moral dan Disiplin Pelajar, Edition Plus Sdn. Bhd. Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia.

2. Kamarudin Hj. Kachar, (1989), Kearah Pengurusan Pelajar Dinamik, Teks Publishing Sdn. Bhd & Penerbit ASAS Sdn. Bhd.

3. Mok Song Sang(2003), Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Subang Jaya.