senarai analisis kesalahan bhs

38
ANALISIS KESALAHAN BAHASA KESALAHAN EJAAN (i)Kesalahan Penulisan Kata Berimbuhan KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN 1 mengabungka n Satu daripada huruf ‘g’ tidak boleh digugurkan apabila kata dasar ialah ‘gabung’ yang bermula dengan huruf ‘g’ menerima awalan ‘meng-’. menggabungk an 2 mengelakan Satu daripada huruf ‘k’ tidak boleh digugurkan apabila kata dasar ialah ‘elak’ yang berakhir dengan huruf ‘k’ menerima imbuhan apitan yang berakhiran ‘-kan’. mengelakkan 3 kebanyakkan Kata dasar ialah ‘banyak’ yang telah diberikan imbuhan apitan kata nama ‘ke-…-an’ kerana tiada imbuhan apitan kata nama ‘ke-…- kan’. kebanyakan 4 pertunjukka n Kata dasar ialah ‘tunjuk’ yang telah diberikan imbuhan apitan kata nama ‘peR-…-an’ kerana tiada imbuhan apitan kata nama ‘peR- …-kan’. pertunjukan 5 penggunan Satu daripada huruf ‘a’ tidak boleh digugurkan apabila kata dasar ialah ‘guna ’yang berakhir dengan huruf ‘a’ menerima apitan berakhiran ‘-an’. penggunaan 6 mengategori kan Kata dasar ‘kategori’ ialah kata pinjaman bahasa asing, huruf konsonan pertama kata dasar tidak perlu berubah menjadi bentuk sengau setelah menerima imbuhan apitan meN-…- kan. mengkategor ikan 7 mempaparkan Kata dasar ‘papar’ ialah kata asli bahasa Melayu, huruf konsonan pertama perlu berubah menjadi bentuk sengau setelah menerima imbuhan apitan meN-…-kan. memaparkan 8 mengketepik an Kata dasar ialah ‘ke tepi’, huruf konsonan pertama perkataan digugurkan dan digantikan oleh bentuk sengau yang dilafazkan di tempat yang sama daerah sebutan dengan bunyi pertama dalam kata dasar, iaitu huruf ‘ng’. mengetepika n 9 ketidak adilan Kata dasar ialah frasa ‘tidak adil’ perlu ditulis bercantum setelah menerimai imbuhan apitan ‘ke-…-an’. ketidakadil an 1 0 di minta Imbuhan awalan ‘di-’ perlu ditulis serangkai dengan kata dasar. diminta 1 1 ke dua puluh Imbuhan awalan ‘ke-’ perlu ditulis serangkai dengan kata dasar kedua puluh Wongsehgin/SMK Rosli Dhoby, Sibu/2009

Upload: chieng-chong-ing

Post on 25-Jul-2015

168 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Senarai Analisis Kesalahan Bhs

ANALISIS KESALAHAN BAHASAKESALAHAN EJAAN

(i)Kesalahan Penulisan Kata BerimbuhanKESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 mengabungkan Satu daripada huruf ‘g’ tidak boleh digugurkan apabila kata dasar ialah ‘gabung’ yang bermula dengan huruf ‘g’ menerima awalan ‘meng-’. menggabungkan

2 mengelakanSatu daripada huruf ‘k’ tidak boleh digugurkan apabila kata dasar ialah ‘elak’ yang berakhir dengan huruf ‘k’ menerima imbuhan apitan yang berakhiran ‘-kan’.

mengelakkan

3 kebanyakkan Kata dasar ialah ‘banyak’ yang telah diberikan imbuhan apitan kata nama ‘ke-…-an’ kerana tiada imbuhan apitan kata nama ‘ke-…-kan’. kebanyakan

4 pertunjukkan Kata dasar ialah ‘tunjuk’ yang telah diberikan imbuhan apitan kata nama ‘peR-…-an’ kerana tiada imbuhan apitan kata nama ‘peR- …-kan’. pertunjukan

5 penggunan Satu daripada huruf ‘a’ tidak boleh digugurkan apabila kata dasar ialah ‘guna ’yang berakhir dengan huruf ‘a’ menerima apitan berakhiran ‘-an’. penggunaan

6 mengategorikanKata dasar ‘kategori’ ialah kata pinjaman bahasa asing, huruf konsonan pertama kata dasar tidak perlu berubah menjadi bentuk sengau setelah menerima imbuhan apitan meN-…-kan.

mengkategorikan

7 mempaparkanKata dasar ‘papar’ ialah kata asli bahasa Melayu, huruf konsonan pertama perlu berubah menjadi bentuk sengau setelah menerima imbuhan apitan meN-…-kan.

memaparkan

8 mengketepikan Kata dasar ialah ‘ke tepi’, huruf konsonan pertama perkataan digugurkan dan digantikan oleh bentuk sengau yang dilafazkan di tempat yang sama daerah sebutan dengan bunyi pertama dalam kata dasar, iaitu huruf ‘ng’.

mengetepikan

9 ketidak adilan Kata dasar ialah frasa ‘tidak adil’ perlu ditulis bercantum setelah menerimai imbuhan apitan ‘ke-…-an’. ketidakadilan

10 di minta Imbuhan awalan ‘di-’ perlu ditulis serangkai dengan kata dasar. diminta11 ke dua puluh Imbuhan awalan ‘ke-’ perlu ditulis serangkai dengan kata dasar kedua puluh12 se tanding Imbuhan awalan ‘se-’ perlu ditulis serangkai dengan kata dasar. setanding13 juru rawat Imbuhan awalan ‘juru-’ perlu ditulis serangkai dengan kata dasar. jururawat14 anti komunis Imbuhan awalan pinjaman ‘anti-’ harus ditulis serangkai dengan kata dasar antikomunis

(ii) Kesalahan Penulisan Kata Majmuk

KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 kerja sama ‘kerjasama’ ialah kata majmuk yang berbentuk mantap, oleh itu dua kata dasar harus ditulis bercantum. kerjasama

2 ambilalih ‘ambil alih’ bukan kata majmuk yang berbentuk mantap, oleh itu dua kata dasar harus ditulis terpisah ambil alih

3 penguat kuasaanKata dasar ‘kuat kuasa’ bukan kata majmuk yang berbentuk mantap harus ditulis bercantum setelah menerima imbuhan apitan ‘peN-…-an’

penguatkuasaan

4 mengulangkajiKata dasar ‘ulang kaji’ bukan kata majmuk yang berbentuk mantap harus ditulis terpisah setelah menerima imbuhan awalan ‘meN-’ mengulang kaji

5 bertanggung jawab ‘tanggungjawab’ ialah kata majmuk yang berbentuk mantap harus ditulis bercantum setelah menerima imbuhan awalan ‘beR-‘ bertanggungjawab

6 dicampur adukkanKata dasar ‘campur aduk’ bukan kata majmuk yang berbentuk mantap harus ditulis bercantum setelah menerima imbuhan apitan ‘di-…-kan’

dicampuradukkan

7 jalan raya-jalan raya ‘jalan raya’ bukan kata majmuk yang berbentuk mantap, hanya kata dasar pertama diulang untuk membentuk kata ganda . jalan-jalan raya

8 kaki-kaki minum ‘kaki minum’ ialah kata majmuk kiasan, seluruh kata majmuk itu perlu diulang untuk membentuk kata ganda. kaki minum- kaki minum

9 setia-setiausaha ‘setiausaha’ ialah kata majmuk yang berbentuk mantap, seluruh kata majmuk itu perlu diulang untuk membentuk kata ganda. setiausaha-setiausaha

*Kata Majmuk Berbentuk Mantap

Wongsehgin/SMK Rosli Dhoby, Sibu/2009

Page 2: Senarai Analisis Kesalahan Bhs

antarabangsa bumiputera jawatankuasa kakitangan pesuruhjaya beritahu matahari warganegara setiausaha tanggungjawab kerjasama tandatangan olahraga sukarelasuruhanjaya

(iii) Kesalahan Penulisan Kata GandaKESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 saudara mara Kata ganda harus ditulis dengan tanda tanda sempang (-) di antara dua kata dasar. saudara-mara

2 bergotong royongKata dasar ‘gotong-royong’ ialah kata ganda harus ditulis dengan tanda sempang (-) setelah menerima imbuhan awalan ‘beR-’.

bergotong-royong

3 tolong menolongBagi kata terbitan, kata dasar ‘tolong’ digandakan di bahagian hadapan, tanda sempang perlu dibubuh di antara bahagian kata yang diulang itu.

tolong-menolong

4 berlari lariBagi Kata terbitan, kata dasar ‘lari’ digandakan di bahagian belakang, tanda sempang perlu dibubuh di antara bahagian kata yang diulang itu.

berlari-lari

5 mengasihi-mengasihi Bagi kata terbitan, hanya kata dasar ‘kasih’ digandakan. kasih-mengasihi6 mencuri-mencuri Bagi kata terbitan, hanya kata dasar ‘curi’ digandakan. mencuri-curi

7 memporakperandakanKata dasar ‘porak-peranda’ ialah kata ganda harus ditulis dengan tanda sempang (-) setelah menerima imbuhan apitan ‘meN-…-kan’.

memprorak-perandakan

8 mengata-kataSekiranya kata dasar mengalami peluluhan huruf pertama pada perkataan yang diberikan imbuhan, bahagian kata yang digandakan juga mengalami peluluhan.

mengata-ngata

9 mengurut-ngurut

Sekiranya kata dasar tidak mengalami peluluhan huruf pertama pada perkataan yang diberikan imbuhan, bahagian kata yang digandakan juga tidak mengalami peluluhan.

mengurut-urut

(iv) Kesalahan Penulisan Kata Sendi Nama “di” dan “ke”

KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 ditepi sungai Kata sendi nama ‘di’ harus ditulis secara terpisah daripada kata arah yang mengikutinya. di tepi sungai

2 keatas rak Kata sendi nama ‘ke’ harus ditulis secara terpisah daripada kata arah yang mengikutinya. ke atas rak

3 disekolah Kata sendi nama ‘di’ harus ditulis secara terpisah daripada kata nama/frasa nama yang mengikutinya. di sekolah

4 kepasar Kata sendi nama ‘ke’ harus ditulis secara terpisah daripada kata nama/frasa nama yang mengikutinya. ke pasar

(v) Penulisan Kata Ganti Nama SingkatKESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1Surat itu kau tulis.

Kata ganti nama singkat ‘kau’ yang berfungsi sebagai awalan penanda pasif harus ditulis serangkai dengan kata kerja yang mengikutinya.

Surat itu kautulis.

2 Itu buku ku. Kata ganti nama singkat ‘ku’ sebagai akhiran harus ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya. Itu bukuku.

(vi) Kesalahan Penulisan Partikel (-kah, -lah, -tah)KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 siapa kah Partikel ‘-kah’ harus ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya. siapakah2 tolong lah Partikel ‘-lah’ harus ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya. tolonglah

Wongsehgin/SMK Rosli Dhoby, Sibu/2009

Page 3: Senarai Analisis Kesalahan Bhs

3 bagaimana pun Sebagai partikel penegas, kata ‘pun’ harus ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya kerana telah mantap.

bagaimanapun

*‘pun’ ditulis serangkai dengan kata berikut:sekalipun ataupun andaipun walaupun bagaimanapun kalaupun adapunkendatipun lagipun mahupun meskipun sunggpuhpun biarpun

(vii) Kesalahan Penulisan Kata PinjamanKESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 ejenda Huruf ‘g’ yang disebut sebagai [ j ] dalam kata bahasa Inggeris diterima dan ditulis sebagai huruf ‘g’ juga dalam bahasa Melayu. agenda

2 agenPerkataan bahasa Inggeris yang mengandungi huruf ‘g’ yang diucapkan sebagai [ j ] menurut sebutan bahasa Inggeris ditulis sebagai huruf ‘j’ dalam bahasa Melayu.

ajen

3 calun Penulisan kata pinjaman dikecualikan daripada pola keselarasan vokal. calon4 tulin Penulisan kata pinjaman dikecualikan daripada pola keselarasan vokal. tulen 5 anih Penulisan kata pinjaman dikecualikan daripada pola keselarasan vokal. aneh

Wongsehgin/SMK Rosli Dhoby, Sibu/2009

Page 4: Senarai Analisis Kesalahan Bhs

KESALAHAN PENGGUNAAN TANDA BACA

(i) Kesalahan Penulisan Huruf BesarKESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 malaysia Huruf pertama kata nama khas tempat harus ditulis dengan huruf besar. Malaysia

2 jabatan kerja raya Huruf pertama setiap kata bagi kata nama khas institusi perlu ditulis dengan huruf besar. Jabatan Kerja Raya

3 Masalah pencemaran Bahasa Melayu semakin ketara.

Huruf pertama kata nama am tidak perlu ditulis dengan huruf besar.

Masalah pencemaran bahasa Melayu semakin ketara.

4 Radio Dan Televisyen Malaysia Huruf pertama kata hubung ‘dan’ tidak perlu ditulis dengan huruf besar. Radio dan Televisyen Malaysia

5 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

Huruf pertama setiap kata bagi kata nama institusi perlu ditulis dengan huruf besar.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

6 Dia berbangsa cina Huruf pertama kata nama khas bangsa perlu ditulis dengan huruf besar. Dia berbangsa Cina.

7 Pada minggu lepas, datuk Abdul Kadir telah melawat kawasan rancangan itu.

Huruf pertama kata nama gelaran perlu ditulis dengan huruf besar.

Pada minggu lepas, Datuk Abdul Kadir telah melawat kawasan rancangan itu.

8 ‘pulau rahsia’ ialah sebuah buku cerita.

Huruf pertama setiap kata bagi kata nama khas buku perlu ditulis dengan huruf besar.

‘Pulau Rahsia’ ialah sebuah buku cerita.

9 Ya allah, berikanlah rezeki ke atas diri hamba.

Huruf pertama kata nama kebesaran Tuhan perlu ditulis dengan huruf besar.

Ya Allah, berikanlah rezeki ke atas diri hamba.

(ii) Kesalahan Penggunaan Tanda KomaKESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1Dasar-dasar kerajaan iaitu Dasar Penswastaan telah meningkatkan ekonomi negara.

Tanda koma perlu ada sebelum keterangan tambahan di akhir ayat yang bermula dengan ‘iaitu’.

Dasar-dasar kerajaan, iaitu Dasar Penswastaan telah meningkatkan ekonomi negara.

2 Oleh itu rakyat harus bekerjasama untuk mengatasi masalah inflasi.

Tanda koma perlu ada selepas penanda wacana ‘oleh itu’.

Oleh itu, rakyat harus bekerjasama untuk mengatasi masalah inflasi.

3 Dia belajar di USM bukan di UKM.Tanda koma perlu ada sebelum keterangan tambahan di akhir ayat yang membawa unsur penafian.

Dia belajar di USM, bukan di UKM.

4 Sekiranya saya lapang saya akan datang ke rumah awak.

Tanda koma perlu ada selepas klausa keterangan dalam ayat songsang.

Sekiranya saya lapang, saya akan datang ke rumah awak.

5 Adik ke sekolah ayah ke pejabat.Tanda koma perlu ada untuk memisahkan dua ayat setara yang digabungkan dalam satu ayat.

Adik ke sekolah, ayah ke pejabat.

6 Emak membeli sayur ikan dan buah-buahan.

Tanda koma perlu digunakan untuk memisahkan dua unsur atau lebih yang berurutan dalam ayat gabungan.

Emak membeli sayur, ikan dan buah-buahan.

Wongsehgin/SMK Rosli Dhoby, Sibu/2009

Page 5: Senarai Analisis Kesalahan Bhs

(iii) Kesalahan Penggunaan Tanda NoktahKESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBENTULAN

1 Allahyarham P Ramlee Tanda noktah perlu ada pada kependekan nama. Allahyarham P. Ramlee

2 En Kassim Tanda noktah perlu ada pada singkatan gelaran/panggilan.

En. Kassim

3 Prof Hassan Tanda noktah perlu ada pada singkatan gelaran jawatan.

Prof. Hassan

4 Mohd Abdullah Tanda noktah perlu ada pada kependekan nama. Mohd. Abdullah

(iv) Penggunaan Tanda SempangKESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 dwi-bahasaImbuhan pinjaman ‘dwi’ harus ditulis serangkai dengan kata dasar yang bukan kata nama khas tanpa menggunakan tanda sempang (-).

dwibahasa

2 seMalaysia Tanda sempang (-) perlu digunakan untuk merangkaikan awalan ‘se-’ dengan kata nama khas yang bermula dengan huruf besar. se-Malaysia

3 antiAmerikaTanda sempang (-) perlu digunakan untuk merangkaikan awalan pinjaman ‘anti-’ dengan kata nama khas yang bermula dengan huruf besar.

anti-Amerika

4 abad ke20 Tanda sempang (-) perlu digunakan untuk merangkaikan awalan ‘ke-’ dengan angka yang mengikutinya.

abad ke-20

5 tahun 90an Tanda sempang (-) perlu digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran ‘-an’ yang mengikutinya.

tahun 90-an

6 kurniaNyaTanda sempang (-) harus digunakan untuk merangkaikan kata ganti nama singkatan ‘-Nya’ bagi merujuk Tuhan yang huruf pertama ditulis huruf besar dengan kata yang mendahuluinya.

kurnia-Nya

7 buku-nyaKata ganti nama singkatan ‘-nya’ sebagai akhiran harus ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya tanpa menggunakan tanda sempang (-).

bukunya

8 maklum-balas ‘maklum balas’ ialah kata majmuk (bukan kata ganda) tidak perlu ditulis dengan tanda sempang (-) di antara dua kata dasarnya.

maklum balas

9 ibu-bapa ‘ibu bapa’ ialah frasa nama (bukan kata ganda) tidak perlu ditulis dengan tanda sempang (-) di antara dua kata.

ibu bapa

Wongsehgin/SMK Rosli Dhoby, Sibu/2009

Page 6: Senarai Analisis Kesalahan Bhs

KESALAHAN KOSA KATA

(i) Kesalahan Penggunaan Kata Ganti Nama

KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1

Kasut ini mahal kerana ia diimport dari England.

Kata ganti nama diri orang ketiga, ‘ia’ tidak boleh digunakan untuk merujuk benda

ATAUKata ganti nama diri orang ketiga, ‘ia’ hanya boleh digunakan untuk merujuk manusia.

Kasut ini mahal kerana kasut ini diimport dari England.

2Beruk ini jinak betul. Ia dipelihara sejak kecil.

Kata ganti nama diri orang ketiga, ‘ia’ tidak boleh digunakan untuk merujuk haiwan.

Beruk ini jinak betul. Beruk ini dipelihara sejak kecil.

3

Semangat kejiranan harus dipupuk dalam masyarakat supaya ia terus diamalkan oleh generasi akan datang

Kata ganti nama diri orang ketiga, ‘ia’ tidak boleh digunakan untuk merujuk konsep/perkara/perihal.

Semangat kejiranan harus dipupuk dalam masyarakat supaya semangat ini terus diamalkan oleh generasi akan datang.

4Perompak itu telah ditangkap dan beliau akan dihadap ke mahkamah.

Kata ganti nama diri orang ketiga, ‘beliau’ yang merujuk orang yang dihormati tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat ini.

Perompak itu telah ditangkap dan dia akan dihadap ke mahkamah.

5Perdana Menteri tiba pada jam 10.00 pagi. Dia terus merasmikan bangunan itu.

Kata ganti nama diri orang ketiga, ‘dia’ tidak sesuai digunakan untuk merujuk orang yang dihormati.

Perdana Menteri tiba pada jam 10.00 pagi. Beliau terus merasmikan bangunan itu.

6 Jika tidak dirawat dengan segera, ianya akan lumpuh.

Kata ganti nama ‘ia’ dan ‘nya’ tidak boleh digabungkan menjadi ‘ianya’.

Jika tidak dirawat dengan segera, ia akan lumpuh.

7

Masyarakat bandar kurang prihatin dengan persekitaran kediamannya.

Kata ganti nama akhiran ‘-nya’ tidak boleh digunakan untuk merujuk ‘masyarakat’ yang mendukung maksud jamak.

Masyarakat bandar kurang prihatin dengan persekitaran kediaman mereka.

(ii) Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri (*ialah + FN*adalah + FA *adalah + FS)KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 Bapanya adalah guru. Kata pemeri ‘adalah’ tidak boleh hadir di depan frasa nama. Bapanya ialah guru.

2 Hadiah itu ialah untuk ibu. Kata pemeri ‘ialah’ tidak boleh hadir di depan frasa sendi nama. Hadiah itu adalah untuk ibu.

3 Rumah itu ialah sangat besar. Kata pemeri ‘ialah’ tidak boleh hadir di depan frasa adjektif. Rumah itu adalah sangat besar.

4Pelajar-pelajar adalah digalakkan untuk menyertai aktiviti kokurikulum.

Kata pemeri ‘adalah’ tidak boleh hadir di depan frasa kerja.

Pelajar-pelajar digalakkan untuk menyertai aktiviti kokurikulum.

5Masalah sosial remaja adalah/ialah berpunca daripada keruntuhan institusi keluarga.

Kata pemeri ‘adalah’ tidak boleh hadir di depan frasa kerja yang kata dasarnya bukan kata adjektif.

Masalah sosial remaja berpunca daripada keruntuhan institusi keluarga.

6 Dia adalah bukan pegawai kerajaan.

Kata pemeri ‘adalah’ tidak boleh hadir bersama dengan kata nafi ‘bukan’ dalam konteks ayat ini yang tidak menunjukkan unsur pertentangan maksud.

Dia bukan pegawai kerajaan.

Wongsehgin/SMK Rosli Dhoby, Sibu/2009

Page 7: Senarai Analisis Kesalahan Bhs

(iii) Kesalahan Penggunaan Kata Nafi (*bukan + FN * bukan + FS *tidak + FK *tidak + FA)KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 Bapanya bukan pergi ke sawah pada hari ini.

Kata nafi ‘bukan’ tidak boleh digunakan untuk menafikan frasa kerja dalam konteks ayat yang tidak mempunyai unsur pertentangan fakta.

Bapanya tidak pergi ke sawah pada hari ini.

2 Kenyataan itu bukan benar.Kata nafi ‘bukan’ tidak boleh digunakan untuk menafikan frasa adjektif dalam konteks ayat yang tidak mempunyai unsur pertentangan fakta.

Kenyataan itu tidak benar.

3 Makanan itu tidak untuk dia. Kata nafi ‘tidak’ tidak boleh digunakan untuk menafikan frasa sendi nama

Makanan itu bukan untuk dia.

4 Projek itu tidak usaha saya. Kata nafi ‘tidak’ tidak boleh digunakan untuk menafikan frasa nama.

Projek itu bukan usaha saya.

5 Murid itu tidak sahaja bijak, tetapi rajin juga.

Kata nafi ‘bukan’ perlu boleh digunakan dalam ayat yang menunjukkan maksud pertentangan maklumat..

Murid itu bukan sahaja bijak, tetapi rajin juga.

(iv) Kesalahan Penggunaan Kata PenguatKESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1Dia amat menentang fahaman komunis.

Kata penguat tidak boleh hadir di hadapan kata kerja yang kata dasar tidak terdiri daripada kata adjektif yang menerangkan perasaan.

Dia amat kuat menentang fahaman komunis.

(v) Kesalahan Penggunaan Kata BantuKESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1Pelajar itu boleh mencapai keputusan yang cemerlang dalam STPM.

Kata bantu ragam ‘boleh’ yang menyatakan kebenaran/keizinan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat ini.

Pelajar itu dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam STPM.

2 Jalan itu tidak dapat dilalui kerana perintah berkurung.

Kata bantu ragam ‘dapat’ yang menyatakan keupayaan/kesanggupan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat ini.

Jalan itu tidak boleh dilalui kerana perintah berkurung.

3 Peperangan mesti berlaku kalau timbul perbalahan.

Kata bantu ragam ‘mesti’ bermaksud pasti tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat ini.

Peperangan akan berlaku kalau timbul perbalahan.

*Kata bantu ragam – hendak, ingin, mahu, mesti, harus, boleh, dapat*Kata bantu aspek – sudah, pernah, sedang, masih, akan, belum, telah, sudah

(vi) Kesalahan Penggunaan Kata HubungKESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 Dia terkejut bila melihat kejadian itu.

‘bila’ ialah kata tanya tidak boleh digunakan sebagai kata hubung.

Dia terkejut apabila melihat kejadian itu.

2 Amerika Syarikat meyerang Iraq sebab Iraq menyerang Kuwait.

‘sebab’ ialah kata nama tidak boleh digunakan sebagai kata hubung. Jika perkataan ‘sebab’ hendak digunakan, kata itu perlu didahului oleh kata sendi nama ‘oleh’.

Amerika Syarikat meyerang Iraq oleh sebab Iraq menyerang Kuwait

3Para belia lebih suka bekerja daripada terus belajar kesan daripada dasar itu.

‘kesan’ ialah kata nama tidak boleh digunakan sebagai kata hubung. Jika perkataan ‘kesan’ hendak digunakan, kata itu perlu didahului oleh kata sendi nama ‘sebagai’.

Para belia lebih suka bekerja daripada terus belajar sebagai kesan daripada dasar itu.

4 Harga saham di BSKL merosot akibat aktiviti jualan

‘akibat’ ialah kata nama tidak boleh digunakan sebagai kata hubung. Jika perkataan ‘akibat’ hendak digunakan, kata itu perlu didahului oleh kata sendi nama ‘sebagai’.

Harga saham di BSKL merosot sebagai akibat aktiviti jualan

5

Malaysia ialah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa di mana rakyatnya hidup saling membantu.

‘di mana’ (where) sebagai kata hubung yang diterjemah daripada bahasa Inggeris, ‘where’ tidak boleh digunakan dalam struktur ayat bahasa Melayu.

Malaysia ialah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa yang rakyatnya hidup saling membantu.

6 Bunga raya ialah bunga kebangsaan negara yang mana

‘yang mana’ (which) sebagai kata hubung yang diterjemah daripada bahasa Inggeris, ‘which’

Bunga raya ialah bunga kebangsaan negara yang

Wongsehgin/SMK Rosli Dhoby, Sibu/2009

Page 8: Senarai Analisis Kesalahan Bhs

banyak ditanam di sekeliling rumah kita.

tidak boleh digunakan dalam struktur ayat bahasa Melayu.

banyak ditanam di sekeliling rumah kita.

7

Kita perlu melaksanakan cadangan-cadangan sepertimana yang dinyatakan tadi.

‘sepertimana’ sebagai kata hubung yang diterjemah daripada bahasa Inggeris tidak boleh digunakan dalam struktur ayat bahasa Melayu.

Kita perlu melaksanakan cadangan-cadangan sebagaimana yang dinyatakan tadi.

8 Anda perlu berakhlak mulia agar supaya anda dihormati orang.

Penggunaan kata hubung ‘agar’ dan ‘supaya’ yang mendukung makna yang sama secara berurutan dalam ayat ini dianggap lewah.

Anda perlu berakhlak mulia agar anda dihormati orang.Anda perlu berakhlak mulia supaya anda dihormati orang.

9 Dia mengatakan yang dia sakit.Kata hubung pancangan relatif ‘yang’ tidak boleh digunakan untuk membina ayat majmuk pancangan komplemen dalam bahasa tulisan.

Dia mengatakan bahawa dia sakit.

10 Saya tidak tahu yang dia anak hartawan.

Kata hubung pancangan relatif ‘yang’ tidak boleh digunakan untuk membina ayat majmuk pancangan komplemen dalam bahasa tulisan.

Saya tidak tahu bahawa dia anak hartawan.

11 Mei Mei berkata dia kurang sihat

Kata hubung ‘bahawa’ perlu digunakan untuk membentuk ayat majmuk pancangan komplemen

Mei Mei berkata bahawa dia kurang sihat

12Abangnya berperangai baik, malahan adiknya berperangai buruk.

Kata hubung ‘malahan’ tidak boleh digunakan untuk menggabungkan dua ayat yang membawa unsur pertentangan fakta.

Abangnya berperangai baik, tetapi adiknya berperangai buruk.

13

Mesyuarat jawatankuasa itu dibatalkan apabila pengerusi tidak dapat hadir pada petang itu.

Kata hubung ‘apabila’ digunakan untuk keterangan waktu, sedangkan ayat ini mempunyai unsur keterangan musabab.

Mesyuarat jawatankuasa itu dibatalkan kerana pengerusi tidak dapat hadir pada petang itu.

14 Filem berunsur ganas banyak meracuni minda anak remaja.

Kata hubung ‘yang’ perlu digunakan untuk membina ayat majmuk pancangan relatif.

ATAUKata hubung relatif ‘yang’ perlu digunakan untuk memperluas subjek ayat (frasa nama).

Filem yang berunsur ganas banyak meracuni minda anak remaja.

15 Kita harus berusaha mencapai kejayaan.

Kata hubung ‘untuk’ perlu digunakan untuk menyatakan keterangan tujuan dalam ayat majmuk pancangan keterangan.

Kita harus berusaha untuk mencapai kejayaan.

16 Justeru itu, perkara ini bukan kejayaan yang perlu dibanggakan.

‘justeru’ ialah kata hubung yang bermaksud malahan atau bahkan tidak boleh digunakan sebagai penanda wacana.

Oleh itu, perkara ini bukan kejayaan yang perlu dibanggakan

17

Negara kita sentiasa aman. Manakala, negara jiran kita sering menghadapi masalah pergolakan politik

Kata hubung gabungan ‘manakala’ tidak boleh digunakan sebagai penanda wacana.

ATAUKata hubung gabungan ‘manakala’ digunakan untuk menyambung ayat, dan tidak boleh digunakan untuk memulakan ayat.

Negara kita sentiasa aman, manakala negara jiran kita sering menghadapi masalah pergolakan politik

18

Tabiat merokok menjejaskan kesihatan perokok. Malah, asap rokok memberi kesan kepada orang di sekelilingnya.

Kata hubung gabungan ‘malah’ tidak boleh digunakan sebagai penanda wacana.

ATAUKata hubung gabungan ‘malah’ digunakan untuk menyambung ayat, dan tidak boleh digunakan untuk memulakan ayat

Tabiat merokok menjejaskan kesihatan perokok, malah asap rokok memberi kesan kepada orang di sekelilingnya.

Wongsehgin/SMK Rosli Dhoby, Sibu/2009

Page 9: Senarai Analisis Kesalahan Bhs

Jenis Contoh

Kata hubung gabungan dan, atau, serta, sambil, lalu, kemudian, malah, malahan, bahkan, tetapi, manakala, padahal, kecuali

Kata hubung pancangan (i) Kata hubung pancangan relatif`

yang

(ii) Kata hubung pancangan komplemen bahawa, untuk

(iii) Kata hubung pancangan keterangan kerana, lantaran, kalau, jika, sekiranya, jikalau, andaikata, hingga, sehingga, sementara, walaupun, sungguhpun, kendatipun, meskipun, biarpun, namun, semoga, agar, supaya, semasa, sewaktu, ketika, apabila, setelah, untuk, demi, tatkala, dengan, seperti, umpama, bagai

(vii) Kesalahan Penggunaan Kata Sendi NamaKESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 Dia berjalan kaki daripada Kota Tinggi ke Johor Bahru.

Kata sendi nama ‘daripada’ tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama yang menyatakan tempat.

Dia berjalan kaki dari Kota Tinggi ke Johor Bahru.

2 Saya menantinya daripada pukul tiga petang.

Kata sendi nama ‘daripada’ tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama yang menyatakan masa.

Saya menantinya dari pukul tiga petang.

3 Angin kencang itu datang daripada utara.

Kata sendi nama ‘daripada’ tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama yang menyatakan arah.

Angin kencang itu datang dari utara.

4 Rumah itu lebih besar dari rumah ini.

Kata sendi nama ‘dari’ tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama yang menyatakan perbandingan.

Rumah itu lebih besar daripada rumah ini.

5 Kain ini dibuat dari sutera. Kata sendi nama ‘dari’ tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama yang menyatakan asal kejadian.

Kain ini dibuat daripada sutera.

6Surat itu saya terima dari ibu saya.

Kata sendi nama ‘dari’ tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama yang menyatakan manusia sebagai punca datangnya sesuatu.

Surat itu saya terima daripada ibu saya.

7Kumpulan ini terdiri dari tiga orang pelajar.

Kata sendi nama ‘dari’ tidak boleh digunakan di hadapan kata nama/frasa nama yang menyatakan sumber atau asal.

Kumpulan ini terdiri daripada tiga orang pelajar.

8 Surat itu dari Jabatan Pendidikan.

Kata sendi nama ‘dari’ tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama yang menyatakan instiusi yang ada kaitan dengan manusia.

Surat itu daripada Jabatan Pendidikan.

9 Banyak maklumat didapati dari syarahannya.

Kata sendi nama ‘dari’ tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia atau benda, termasuk unsur mujarad.

Banyak maklumat didapati daripada syarahannya.

10 Dia tidak bersekolah di hari ini.

Kata sendi nama ‘di’ tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama yang menyatakan masa.

Dia tidak bersekolah pada hari ini.

11 Anjing itu ditambat di sebatang pokok.

Kata sendi nama ‘di’ tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama yang menyatakan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.

Anjing itu ditambat pada sebatang pokok.

12 Pejabat bapanya pada bangunan itu.

Kata sendi nama ‘di’ perlu digunakan di hadapan frasa nama yang menyatakan tempat atau arah.

Pejabat bapanya di bangunan itu.

13 Buku itu ada dengan Cikgu Ahmad

Kata sendi nama ‘dengan’ tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama yang menyatakan benda yang bernyawa apabila didahului perkataan ‘ada’.

Buku itu ada pada Cikgu Ahmad

14Dalam pendapat saya, rancangan itu kurang menarik.

Kata sendi nama ‘dalam’ tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama yang merujuk sesuatu yang abstrak.

Pada pendapat saya, rancangan itu kurang menarik.

15Ibu pergi kepada pasar dengan menaiki bas. Kata sendi nama ‘kepada’ tidak boleh digunakan di

hadapan frasa nama yang menyatakan tempat.

Ibu pergi ke pasar dengan menaiki bas.

16 Ujian itu akan dijalankan dari semasa kepada semasa.

Kata sendi nama ‘dari’ digunakan berpadanan dengan ‘ke’ untuk menunjukkan masa.

Ujian itu akan dijalankan dari semasa ke semasa.

17 Surat itu dihantar ke Pengarah Pendidikan.

Kata sendi nama ‘ke’ tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama yang menyatakan manusia.

Surat itu dihantar kepada Pengarah Pendidikan.

18 Borang permohonan itu Kata sendi nama ‘ke’ tidak boleh digunakan di Borang permohonan itu

Wongsehgin/SMK Rosli Dhoby, Sibu/2009

Page 10: Senarai Analisis Kesalahan Bhs

diserahkan ke Jabatan Pendidikan.

hadapan frasa nama yang menyatakan institusi yang ada kaitan dengan manusia.

diserahkan kepada Jabatan Pendidkan.

19 Pelajar dibahagikan ke lima kumpulan

Kata sendi nama ‘ke’ tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama yang menyatakan pecahan/agihan.

Pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan

20 Perangainya berubah daripada jahat ke baik.

Kata sendi nama ‘daripada’ digunakan secara berpadanan dengan kata sendi nama ‘kepada’ untuk menyatakan perubahan tahap.

Perangainya berubah daripada jahat kepada baik.

21Pelancong itu tertarik dengan keunikan adat resam masyarakat kita.

Kata sendi nama ‘dengan’ tidak boleh digunakan selepas kata kerja pasif yang berimbuhan awalan ‘di-’ atau ‘ter-’

Pelancong itu tertarik oleh keunikan adat resam masyarakat kita.

22

Lawatan ke Kuala Lumpur dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada pengetua.

Dalam frasa sendi nama, kata sendi nama perlu diikuti oleh frasa nama, oleh itu ‘kerana’ ialah kata hubung tidak boleh diletakkan selepas kata sendi nama ‘oleh’

Lawatan ke Kuala Lumpur dibatalkan oleh sebab tidak mendapat kelulusan daripada pengetua. ATAULawatan ke Kuala Lumpur dibatalkan kerana tidak mendapat kelulusan daripada pengetua.

23Selain daripada itu, kita harus sentiasa mendisiplinkan diri.

Kata sendi nama ‘selain’ mesti diikuti oleh frasa nama, bukan kata sendi nama.

ATAUPenggunaan dua kata sendi nama ‘selain’ dan ‘daripada’ secara berurutan dianggap lewah.

Selain itu, kita harus sentiasa mendisiplinkan diri.

24 Pelajar itu risau dengan keputusan peperiksaannya.

Kata sendi nama ‘dengan’ tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama yang menyatakan manusia selepas kata adjektif yang bersifat emotif.

Pelajar itu risau akan keputusan peperiksaannya.

25 Dia takutkan hantu.Kata sendi nama ‘akan’ tidak boleh disingkatkan menjadi ahiran ‘-kan’ dan digabungkan dengan kata adjektif sebelumnya dalam penulisan bahasa formal

Dia takut akan hantu.

26Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap kesejahteraan rakyat.

Kata sendi nama ‘terhadap’ tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama untuk menyatakan unsur yang membawa maksud rujukan umum atau mujarad.

Kerajaan sentiasa memberi perhatian tentang kesejahteraan rakyat.

27 Perhimpunan itu diadakan dalam dewan.

Kata sendi nama ‘di’ perlu digunakan di hadapan kata nama arah untuk menunjukkan tempat yang mempunyai ruang fizikal yang nyata dan konkrit.

Perhimpunan itu diadakan di dalam dewan.

28 Kita perlu fasih bertutur di dalam bahasa Inggeris.

Penggunaan ‘dalam’ sebagai kata sendi nama di hadapan frasa nama yang menyatakan sesuatu yang tidak mempunyai ruang dan jarak yang konkrit tidak perlu didahului oleh kata sendi nama ‘di’.

Kita perlu fasih bertutur dalam bahasa Inggeris

29Perkara itu telah dibincangkan di dalam mesyuarat itu.

Penggunaan kata ‘dalam’ sebagai kata sendi nama di hadapan frasa nama yang menyatakan tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak yang konkrit tidak perlu didahului oleh kata sendi nama ‘di’.

Perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.

30 Hahim duduk antara Farid dan Lokman.

Kata sendi nama ‘di’ perlu digunakan di hadapan kata nama arah untuk menyatakan kedudukan yang mempunyai ruang fizikal dan jarak yang nyata dan konkrit.

Hahim duduk di antara Farid dan Lokman.

31 Di antara mereka berdua, Ali yang lebih bijak.

Penggunaan kata ‘antara’ sebagai kata sendi nama di hadapan frasa nama untuk menyatakan perbandingan tidak perlu didahului oleh kata sendi nama ‘di’.

Antara mereka berdua, Ali yang lebih bijak.

32

Kelemahan institusi keluarga di antara faktor yang menyebabkan jenayah juvana.

Penggunaan kata ‘antara’ sebagai kata sendi nama di hadapan frasa nama yang menyatakan sesuatu yang tidak mempunyai ruang dan jarak yang konkrit tidak perlu didahului oleh kata sendi nama ‘di’.

Kelemahan institusi keluarga antara faktor yang menyebabkan jenayah juvana.

33 Perundingan damai di antara Palestin dan Israel itu tidak

Penggunaan kata ‘antara’ sebagai kata sendi nama di hadapan frasa nama yang menyatakan tempat

Perundingan damai antara Palestin dan Israel itu tidak

Wongsehgin/SMK Rosli Dhoby, Sibu/2009

Page 11: Senarai Analisis Kesalahan Bhs

berjaya. yang tidak mempunyai ruang atau jarak yang konkrit tidak perlu didahului oleh kata sendi nama ‘di’. berjaya.

34Mak Jah telah meninggalkan tiga ekar tanah bagi anaknya.

Penggunaan kata sendi nama ‘untuk’ tidak boleh bertukar ganti dengan kata sendi nama ‘bagi’ untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan.

Mak Jah telah meninggalkan tiga ekar tanah untuk anaknya.

35Kita perlu berusaha demi untuk masa depan yang cemerlang.

Kata sendi nama ‘demi’ dan ‘untuk’ secara berurutan dalam ayat ini dianggap lewah kerana ‘demi’ sudah membawa maksud tujuan.

Kita perlu berusaha demi masa depan yang cemerlang. ATAU Kita perlu berusaha untuk masa depan yang cemerlang.

36 Sejak dari pagi tadi, dia di dalam hutan.

Kata sendi nama ‘sejak’ dan ‘dari’ yang mendukung maksud yang sama secara berurutan dalam ayat ini dianggap lewah.

Sejak pagi tadi, dia di dalam hutan.ATAUDari pagi tadi, dia di dalam hutan.

37 Jabatan Bekalan Air Selangor memohon maaf di atas kesulitan ini.

Penggunaan ‘atas’ sebagai kata sendi nama di hadapan kata nama/frasa nama untuk menyatakan maksud ‘sebab’ tidak perlu didahului oleh kata sendi nama ‘di’.

Jabatan Bekalan Air Selangor memohon maaf atas kesulitan ini.

38 Letakkan bungkusan itu atas meja.

Kata sendi nama ‘di’ perlu digunakan di hadapan kata nama arah untuk menunjukkan tempat yang mempunyai ruang fizikal yang nyata dan konkrit.

Letakkan bungkusan itu di atas meja.

39

Pegawai keselamatan menjalankan pemeriksaan ke atas setiap kenderaan yang memasuki kawasan itu.

Penggunaan ‘atas’ sebagai kata sendi nama di hadapan frasa nama untuk menyatakan maksud ‘terhadap’ tidak perlu didahului oleh kata sendi nama ‘ke’.

Pegawai keselamatan menjalankan pemeriksaan atas setiap kenderaan yang memasuki kawasan itu.

40

Pelajar-pelajar yang ibu bapanya berpendapatan seribu lima ratus atas tidak layak untuk mendapat buku pinjaman kerajaan.

Penggunaan ‘atas’ sebagai kata sendi nama di hadapan frasa nama untuk menyatakan maksud ‘lebih daripada itu’ tidak perlu didahului oleh kata sendi nama ‘ke’.

Pelajar-pelajar yang ibu bapanya berpendapatan seribu lima ratus ke atas tidak layak untuk mendapat buku pinjaman kerajaan.

41Pencemaran budaya semakin berleluasa di kalangan remaja.

Kata sendi nama ‘di’ hanya digunakan untuk merujuk tempat, masa dan arah.ATAUKata sendi nama ‘di’ tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama yang menyatakan manusia.

Pencemaran budaya semakin berleluasa dalam kalangan remaja.

*Buku itu di dalam laci. (kata sendi nama + kata arah + FN)

*Keputusan telah dicapai dalam mesyuarat itu. (kata sendi nama)

Wongsehgin/SMK Rosli Dhoby, Sibu/2009

Page 12: Senarai Analisis Kesalahan Bhs

(viii) Kesalahan Peggunaan Kata BilanganKESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 Saya bersenam tiap pagi. Kata bilangan pisahan ‘tiap-tiap’ tidak boleh disingkatkan menjadi ‘tiap’.

Saya bersenam tiap-tiap pagi.

2 Remaja menghadapi berbagai masalah.

Kata bilangan himpunan ‘berbagai-bagai tidak boleh disingkatkan menjadi ‘berbagai’.

Remaja menghadapi berbagai-bagai masalah.

3Kedua orang banduan itu telah berjaya diberkas.

Kata bilangan himpunan ‘kedua-dua’ tidak boleh disingkatkan menjadi ‘kedua’ yang merupakan kata bilangan ordinal (tingkat) tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat ini.

Kedua-dua orang banduan itu telah berjaya diberkas.

4 Para-para peserta dikehendaki melaporkan diri.

Kata bilangan tidak tentu ‘para’ yang bermaksud ‘semua’ tidak boleh diulang menjadi ‘para-para’ yang bermaksud ‘rak’.

Para peserta dikehendaki melaporkan diri.

5Setengah orang tidak suka akan kucing.

Kata bilangan tidak tentu ‘setengah-setengah’ tidak boleh disingkatkan menjadi kata bilangan pecahan ‘setengah’ yang bermaksud ‘separuh’ adalah tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat ini.

Setengah-setengah (sesetengah) orang tidak suka akan kucing.

6 Kerajaan telah menggariskan berapa pendekatan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di luar bandar.

Kata tanya ‘berapa’ tidak boleh digunakan sebagai kata bilangan tak tentu.

Kerajaan telah menggariskan beberapa pendekatan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di luar bandar.

*Kata bilangan tentu (kardinal) – satu, tiga, seribu, dua juta*Kata bilangan tak tentu – semua, segala, seluruh, para, segelintir, sebahagian, sesetengah, beberapa*Kata bilangan himpunan - kedua-dua, betahun-tahun*Kata bilangan pisahan – tiap-tiap/setiap, masing-masing*Kata bilangan pecahan – setengah, sepertiga*Kata bilangan ordinal – kedua, kelima

(ix) Kesalahan Penggunaan Penjodoh BilanganKESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 sebahagian orang penduduk Kata bilangan tidak tentu ‘sebahagian’ tidak perlu diikuti oleh penjodoh bilangan sebahagian penduduk

2 seluruh buah negeri Kata bilangan tidak tentu ‘seluruh’ tidak perlu diikuti oleh penjodoh bilangan seluruh negeri

3 semua orang gadis Kata bilangan tidak tentu ‘semua’ tidak perlu diikuti oleh penjodoh bilangan semua gadis

4para orang pelajar Kata bilangan tidak tentu ‘para’ tidak

perlu diikuti oleh penjodoh bilangan. para pelajar

5 segala ekor binatang Kata bilangan tidak tentu ‘segala’ tidak perlu diikuti oleh penjodoh bilangan segala binatang

6setengah-setengah orang peserta

Kata bilangan tidak tentu ‘setengah-setengah’ tidak perlu diikuti oleh penjodoh bilangan

setengah-setengah peserta

7 setiap orang warganegara Kata bilangan pisahan ‘setiap’ tidak perlu diikuti oleh penjodoh bilangan setiap warganegara

8 Perpaduan perlu dipupuk dalam sebuah masyarakat.

Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.

Perpaduan perlu dipupuk dalam masyarakat.

9 Dia harus bertindak segera untuk mencapai sebuah impiannya.

Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.

Dia harus bertindak segera untuk mencapai impiannya.

10 Ahli sukan itu mempunyai sebuah cita-cita untuk mengharumkan nama negara.

Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.

Ahli sukan itu mempunyai cita-cita untuk mengharumkan nama negara.

11 Beberapa penduduk kampung sedang bersembang.

Kata bilangan tidak tentu ‘beberapa’ perlu didikuti oleh penjodoh bilangan.

Beberapa orang penduduk kampung sedang bersembang.

12 Tiga pelajar sedang bediri. Kata penjodoh bilangan perlu digunakan selepas kata bilangan tentu. Tiga orang pelajar sedang berdiri.

(x) Kesalahan Penggunaan Kata KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

Wongsehgin/SMK Rosli Dhoby, Sibu/2009

Page 13: Senarai Analisis Kesalahan Bhs

1 Seekor kupu hingga di tangkai bunga.

‘kupu-kupu’ yang merujuk sejenis serangga ialah kata ganda semu tidak boleh disingkatkan menjadi ‘kupu’.

Seekor kupu-kupu hinggap di tangkai bunga.

2 Kanak gemar bermain layang-layang.

‘kanak-kanak’ yang bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil ialah kata ganda semu tidak boleh disingkatkan menjadi ‘kanak’.

Kanak-kanak gemar bermain layang-layang.

3 Pendapat nelayan merosot pada musim tengkujung.

Kata ‘pendapat’ bermaksud buah fikiran tidak tepat digunakan dalam ayat ini.

Pendapatan nelayan merosot pada musim tengkujung.

4 Pada pendapatan saya, projek itu sungguh berjaya.

Kata ‘pendapatan’ bermaksud hasil daripada usaha tidak tepat digunakan dalam ayat ini.

Pada pendapat saya, projek itu sungguh berjaya.

5

Rukiah menyambar majalah di kedai itu lalu menyerahkan wang kepada penjualnya.

Kata ‘menyambar’ yang bermaksud merampas dengan cepat tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat ini.

Rukiah mengambil majalah di kedai itu lalu menyerahkan wang kepada penjualnya.

6 Ada terdapat banyak jenis bunga di taman itu.

Kata ‘ada’ dan ‘terdapat’ membawa maksud yang sama secara berurutan dalam ayat ini dianggap lewah.

Terdapat banyak jenis bunga di taman itu.ATAUAda banyak jenis bunga di taman itu.

7Kita perlu saling bantu-membantu dalam kehidupan seharian.

Kata kerja ‘bantu-membantu’ sudah membawa maksud perbuatan yang bersalingan, jadi perkataan ‘saling’ tidak diperlukan. Sekiranya perkataan ‘saling’ hendak digunakan, kata kerja yang mengikutinya tidak perlu digandakan.

Kita perlu bantu-membantu dalam kehidupan seharian.ATAUKita perlu saling membantu dalam kehidupan seharian.

8 Dia tiada ada duit.Kata ‘tiada’ bermaksud ‘tidak ada’, jadi tidak perlu diikuti oleh kata ‘ada’

Dia tiada duit.ATAUDia tidak ada duit.

9 Pemohon yang layak saja akan dipilih.

Unsur kependekan tidak boleh digunakan dalam penulisan bahasa formal.

Pemohon yang layak sahaja akan dipilih.

10 Hanya segelintir sahaja pelajar yang hadir

Kata penegas ‘hanya’ dan ‘sahaja’ membawa maksud yang sama, salah satu daripada kata itu digunakan.

Hanya segelintir pelajar yang hadir.ATAUSegelintir sahaja pelajar yang hadir.

11 Pada masa kini, negara kita semkin membangun.

Penggunaan ‘masa kini’ dianggap lewah kerana ‘kini’ bermaksud ‘pada masa ini’

Pada masa ini, negara kita semkin membangun.ATAUKini, negara kita semkin membangun.

12 Apa yang dikatakan olehnya tidak benar.

‘apa’ ialah kata tanya tidak boleh digunakan dalam ayat penyata.

Perkara yang dikatakan olehnya tidak benar

12 Tiada siapa yang mempercayai kata-katanya.

‘siapa’ ialah kata tanya tidak boleh digunakan dalam ayat penyata.

Tiada sesiapa yang mempercayai kata-katanya.

Wongsehgin/SMK Rosli Dhoby, Sibu/2009

Page 14: Senarai Analisis Kesalahan Bhs

KESALAHAN IMBUHAN

KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1Pelumbaan kereta itu akan diadakan pada minggu depan.

Kata dasarnya ‘lumba’ tidak menerima imbuhan awalan ‘meN-’, iaitu ‘melumba’ tetapi menerima imbuhan awalan ‘beR-’, iaitu ‘berlumba’, jadi imbuhan apitan ‘peR-…-an’ perlu digunakan.

(Kata nama terbitan yang menggunakan apitan ‘peN-…-an’ berasal daripada kata kerja yang menggunakaan imbuhan ‘meN-…-i/kan’, manakal kata nama terbitan yang menggunakan peR-…-an berasal daripada bentuk kata kerja yang menggunakan imbuhan beR-.)

Perlumbaan kereta itu akan diadakan pada minggu depan.

2 Masakkan ibu sangat sedap.

Imbuhan akhiran kata kerja ‘-kan’ pada kata dasar ‘masak’ tidak tepat. Ayat ini memerlukan kata dasar berakhiran kata nama ‘-an’ yang bermaksud benda hasil daripada melakukan maksud yang terkandung dalam kata dasar.

Masakan ibu sangat sedap.

3Nelayan asing mencerobohi pengairan Malaysia.

Imbuhan apitan kata nama ‘peN-…-an’ pada kata dasar ‘air’ bermaksud proses mengerjakan maksud yang terkandung dalam kata dasar tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat ini.

ATAU

Kata dasar ‘air’ perlu diberi imbuhan ‘peR- …-an’ yang bermaksud tempat.

Nelayan asing mencerobohi perairan Malaysia.

4

Pihak berkuasa perlu membuat peperiksaan mengejut ke tempat-tempat kerja.

Imbuhan apitan kata nama ‘pe--…-an’ pada kata dasar ‘periksa’ bermaksud perihal yang terkandung dalam kata dasar tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat ini.

ATAU

Kata dasar ‘periksa ’ perlu diberi imbuhan ‘peN-…-an’ yang bermaksud proses mengerjakan maksud yang terkandung dalam kata dasar .

Pihak berkuasa perlu membuat pemeriksaan mengejut ke tempat-tempat kerja.

5 Badan budak itu lecur.

Perkataan ‘lecur’ perlu diberi imbuhan awalan ‘meN-’ yang bermaksud menjadi untuk membentuk kata kerja tak transitif. Badan budak itu melecur.

6 Orang itu senyum kepada saya.

Perkataan ‘senyum’ perlu diberi imbuhan awalan ‘teR-’ untuk membentuk kata kerja tak transitif. Orang itu tersenyum kepada

saya.

7Anda perlu cari jalan keluar setiap kali anda menghadapi masalah.

Perkataan ‘cari’ perlu diberi imbuhan awalan ‘meN-’ untuk membentuk kata kerja transitif dalam ayat aktif.

Anda perlu mencari jalan keluar setiap kali anda menghadapi masalah.

8 Dia merasa gembira setelah berjaya dalam peperiksaan itu.

Imbuhan awalan ‘meN-‘ pada kata dasar ‘rasa’ yang bermaksud melakukan sesuatu tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat ini.

Dia berasa gembira setelah berjaya dalam peperiksaan itu.

Wongsehgin/SMK Rosli Dhoby, Sibu/2009

Page 15: Senarai Analisis Kesalahan Bhs

ATAU

Kata dasar ‘rasa’ perlu diberi imbuhan awalan ‘beR-’ yang bermaksud mempunyai.

9 Kakak menjahit saya baju.

Imbuhan awalan ‘meN-’ pada kata dasar ‘jahit’ yang bermaksud melakukan sesuatu adalah tidak tepat.

ATAU

Ayat ini memerlukan kata kerja transitif aktif berimbuhan apitan ‘meN-…kan’ yang bermaksud melakukan perbuatan untuk manfaat seseorang.

Kakak menjahitkan saya baju.

10

Dia menghadiahkan saya sebuah buku.

Imbuhan apitan ‘meN-..-kan’ pada kata dasar ‘hadiah’ yang bermaksud melakukan perbuatan yang terkandung dalam kata kerja dasar adalah tidak tepat dalam konteks ayat ini.

ATAU

Ayat ini memerlukan kata kerja transitif aktif berimbuhan apitan ‘meN-…-i’ yang bermaksud lokatif.

Dia menghadiahi saya sebuah buku.

11Hakim menjatuhi hukuman gantung kepada pengedar dadah itu.

Imbuhan apitan ‘meN-..-i’ pada kata dasar ‘jatuh’ yang menandakan lokatif adalah tidak tepat dalam konteks ayat ini.

ATAU

Ayat ini memerlukan kata kerja transitif aktif berimbuhan apitan ‘meN-…-kan’ yang bermaksud melakukan perbuatan yang terkandung dalam kata kerja dasar.

Hakim menjatuhkan hukuman gantung kepada pengedar dadah itu.

12 Rumah-rumah mendereti di sepanjang jalan.

Ayat ini memerlukan kata kerja tak transitif .yang berimbuhan awalan ‘beR-’ yang diikuti oleh frasa sendi nama sebagai unsur keterangan.

Rumah-rumah berderet di sepanjang jalan.

13 Dia menyerah wang itu kepada guru.

Imbuhan awalan ‘meN-’ pada kata dasar ‘serah’ yang membentuk kata kerja tak transitif adalah tidak tepat dalam konteks ayat ini

ATAUAyat ini memerlukan kata kerja transitif aktif berimbuhan apitan ‘meN-..-kan dengan diikuti oleh objek .

Dia menyerahkan wang itu kepada guru.

14Kerajaan sedang memperluaskan jalan raya ke kampung itu.

Imbuhan apitan ‘mempeR-…-kan’ digunakan dengan kata kerja dan kata nama, manakala awalan ‘mempeR-’ digunakan untuk menjadikan kata adjektif ‘luas’ sebagai kata kerja transitif. ATAUKata dasarnya ‘luas’ ialah kata adjektif hanya memerlukan imbuhan awalan ‘mempeR-‘ tanpa akhiran ‘-kan’ untuk membentuk kata kerja transitif.

Kerajaan sedang memperluas jalan raya ke kampung itu.

15 Ali memberikan kucing makanan. Imbuhan apitan ‘meN-...-kan’ lazimnya menerima

objek tidak bernyawa.

Ali memberi kucing makanan.

ATAU

Ali memberikan makanan kepada kucing.

16 Dia jumpai kawannya di perpustakaan awam.

Kata dasar ‘jumpa’ perlu diberikan imbuhan apitan ‘meN-…-i’ untuk membentuk kata kerja transitif dalam ayat aktif.

Dia menjumpai kawannya di perpustakaan awam.

Wongsehgin/SMK Rosli Dhoby, Sibu/2009

Page 16: Senarai Analisis Kesalahan Bhs

ATAU

Imbuhan akhiran ‘-i' hanya boleh digunakan untuk membentuk kata kerja transitif dalam ayat perintah serta ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan kedua

18 Emak bersihkan meja itu.

Kata dasar ‘bersih’ perlu diberikan imbuhan apitan ‘meN-…-kan’ untuk membentuk kata kerja transitif dalam ayat aktif.

ATAU

Imbuhan akhiran ‘-kan' hanya boleh digunakan untuk membentuk kata kerja transitif dalam ayat perintah serta ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan kedua

Emak membersihkan meja itu.

Wongsehgin/SMK Rosli Dhoby, Sibu/2009

Page 17: Senarai Analisis Kesalahan Bhs

KESALAHAN FRASA

Frasa Nama(a) Hukum D-M

KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN1 lain-lain perkataan Frasa nama itu menyalahi Hukum D-M, iaitu unsur yang

diterangkan perlu mendahului unsur yang menerangkan. perkataan lain-lain

2 mini bas Frasa nama itu menyalahi Hukum D-M, iaitu unsur yang diterangkan perlu mendahului unsur yang menerangkan. bas mini

3 Lim Perabot Frasa nama itu menyalahi Hukum D-M, iaitu unsur yang diterangkan perlu mendahului unsur yang menerangkan. Perabot Lim

4 lain-lain hal Frasa nama itu menyalahi Hukum D-M, iaitu unsur yang diterangkan perlu mendahului unsur yang menerangkan. hal lain-lain

(b) Kesalahan Penggunaan JamakKESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 para pelajar-pelajarKata bilangan tidak tentu ‘para’ sudah menunjukkan jamak, kata nama yang mengikutinya tidak perlu digandakan kerana dianggap lewah.

para pelajar

2 setiap peraturan-peraturanKata bilangan pisahan ‘setiap’ sudah menunjukkan jamak, kata nama yang mengikutinya tidak perlu digandakan kerana dianggap lewah.

setiap peraturan

3 kebanyakan negara-negaraKata bilangan ‘kebanyakan’ sudah menunjukkan jamak, kata nama yang mengikutinya tidak perlu digandakan kerana dianggap lewah.

kebanyakan negara

4 dua buah lori-loriKata bilangan tentu ‘dua’ sudah menunjukkan jamak, kata nama yang mengikutinya tidak perlu digandakan kerana dianggap lewah.

dua buah lori

5 Ketiga-tiga orang pegawai-pegawai di pejabat itu.

Kata bilangan himpunan ‘ketiga-tiga’ sudah menunjukkan jamak, kata nama yang mengikutinya tidak perlu digandakan kerana dianggap lewah.

Kedua-dua orang pegawai di pejabat itu.

6Pelajar-pelajar diminta bersedia di tempat masing-masing.

Kata bilangan pisahan ‘masing-masing’ yang menyatakan maksud pisahan sudah menunjukkan jamak, subjeknya (kata nama) tidak perlu digandakan kerana dianggap lewah.

Pelajar diminta bersedia di tempat masing-masing.

7 mereka-merekaKata ganti nama diri orang ketiga ‘mereka’ sudah menunjukkan jamak tidak perlu digandakan kerana dianggap lewah kerana dianggap lewah.

mereka

8 senarai nama-namaKata ‘senarai’ sudah menunjukkan jamak, kata nama yang mengikutinya tidak perlu digandakan kerana dianggap lewah.

senarai nama

9 rombongan pelajar-pelajarKata ‘rombongan’ sudah menunjukkan jamak, kata nama yang mengikutinya tidak perlu digandakan kerana dianggap lewah.

rombongan pelajar

10 Persatuan Pengetua-Pengetua Sekolah

Kata ‘persatuan’ sudah menunjukkan jamak, kata nama yang mengikutinya tidak perlu digandakan kerana dianggap lewah.

Persatuan Pengetua Sekolah

11 penduduk-penduduk kampung

Kata ‘penduduk’ sudah menunjukkan jamak, oleh itu tidak perlu digandakan kerana dianggap lewah kerana dianggap lewah.

penduduk kampung

12 Bangunan-bangunan itu tinggi-tinggi.

Kata adjektif ‘tinggi-tinggi’ sudah membawa maksud banyak, subjeknya (kata nama) tidak perlu digandakan atau subjeknya (kata nama) sudah menunjukkan jamak, kata adjektif tidak perlu digandakan kerana dianggap lewah.

Bangunan itu tinggi-tinggi.atau Bangunan-bangunan itu tinggi.

13 serpihan-serpihan kaca Kata kerja berimbuhan apitan ‘beR-…-an’ sudah serpihan kaca

Wongsehgin/SMK Rosli Dhoby, Sibu/2009

Page 18: Senarai Analisis Kesalahan Bhs

bertaburan.menunjukkan perbuatan yang menunjukkan jumlah subjek yang banyak, jadi subjeknya (kata nama) tidak perlu digandakan kerana dianggap lewah.

bertaburan.

14Antara faktor-faktor peningkatan kes jenayah ialah kemiskinan.

Kata sendi nama antara sudah mendukung maksud jamak, kata nama yang mengikutinya tidak perlu digandakan kerana dianggap lewah.

Antara faktor peningkatan kes jenayah ialah kemiskinan.

Wongsehgin/SMK Rosli Dhoby, Sibu/2009

Page 19: Senarai Analisis Kesalahan Bhs

Frasa AdjektifKESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 paling terbesar

Kata adjektif yang berawalan ‘ter-’ sudah menunjukkan darjah penghabisan tidak boleh didahului oleh kata penguat ‘paling’ kerana dianggap lewah.

Kata penguat ‘paling’ sudah menunjukkan darjah penghabisan, kata adjektif yang mengikutinya tidak perlu diberi imbuhan awalan ‘ter-’ kerana dianggap lewah.

paling paling

Atau

terbesar

2 terlalu terbesarKata penguat ‘terlalu’ sudah menunjukkan darjah penghabisan, kata adjektif yang mengikutinya tidak perlu diberi imbuhan awalan ‘ter-’ kerana dianggap lewah.

terlalu besar

3 paling besar sekaliKata penguat ‘paling’ sudah menunjukkan darjah penghabisan, kata adjektif itu tidak perlu diikuti oleh kata penguat ‘sekali’ kerana dianggap lewah.

paling besar atau besar sekali

4 terlalu besar sekaliKata penguat ‘terlalu’ sudah menunjukkan darjah penghabisan, kata adjektif itu tidak perlu diikuti oleh kata penguat ‘sekali’ kerana dianggap lewah.

terlalu besar atau besar sekali

5 terbesar sekaliImbuhan awalan ‘ter-’ pada kata adjektif sudah menunjukkan darjah penghabisan, kata adjektif itu tidak perlu diikuti oleh kata penguat ‘sekali’ kerana dianggap lewah.

terbesar ataubesar sekali.

6 amat tercantikKata adjektif yang berawalan ‘ter-’ sudah menunjukkan darjah penghabisan tidak boleh didahului oleh kata penguat ‘amat’ kerana dianggap lewah.

tercantik

7 Saya suka durian. Frasa adjektif hanya boleh diperluas dengan frasa sendi nama. Saya suka akan durian.

Frasa KerjaKESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 Ayah sudah pergi pejabat.Kata kerja tak transitif ‘pergi’ tidak boleh diikuti oleh frasa nama tetapi boleh diikuti oleh frasa sendi nama sebagai unsur keterangan.

Ayah sudah pergi ke pejabat .

2Negara kita lebih maju berbanding kebanyakan negara membangun lain.

Kata kerja tak transitif ‘berbanding’ perlu diikuti oleh pelengkap yang terbina daripada frasa sendi nama.

Negara kita lebih maju berbanding dengan kebanyakan negara membangun lain.

3 Meja itu beralaskan dengan sehelai kain.

Kata kerja tak transitif berpaitan ‘beR-...-kan” perlu diikuti oleh pelengkap yang terbina daripada frasa nama, bukan frasa sendi nama.

Meja itu beralaskan sehelai kain.

4 Dia belum mengetahui tentang hal itu.

Kata kerja transitif ‘mengetahui’ perlu diikuti oleh objek/penyambut yang terbina daripada frasa nama, bukan frasa sendi nama.

Dia belum mengetahui hal itu.

5Keruntuhan institusi keluarga menyebabkan timbul masalah sosial remaja.

Frasa kerja itu tidak tepat kerana kata kerja transitif ‘menyebabkan’ harus diikuti oleh frasa nama sebagai objek/penyambut. Oleh itu, kata pembenda ‘-nya’ perlu hadir serangkai dengan perkataan ‘timbul’ untuk membentuk frasa nama.

Keruntuhan institusi keluarga menyebabkan timbulnya masalah sosial remaja.

6 Mereka sedang membina semula rumah yang runtuh itu.

Dalam frasa kerja transitif, kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata kerja transitif dengan objek yang terbina daripaa frasa nama.

Mereka sedang membina rumah yang runtuh itu semula.

Frasa Sendi NamaKESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 Mereka akan melancong ke Australia atau Indonesia?

Kata sendi nama ‘ke’ pada kedudukan unsur kedua tidak boleh digugurkan dalam frasa sendi nama

Mereka akan melancong ke Australia atau ke Indonesia?

Wongsehgin/SMK Rosli Dhoby, Sibu/2009

Page 20: Senarai Analisis Kesalahan Bhs

setara yang menggunakan kata hubung ‘dan’.

2Saya berjalan kaki dari rumah pekan.

Kata sendi nama pada kedudukan unsur yang kedua tidak boleh digugurkan dalam frasa sendi nama setara yang tidak menggunakan kata hubung.

Saya berjalan kaki dari rumah ke pekan.

3

Pembangunan negara akan dijalankan dari semasa ke masa.

ATAUPembangunan negara akan dijalankan dari masa ke semasa

Dalam binaan frasa sendi nama yang menggunakan ‘dari’ dan ‘ke’, bentuk ‘se-’ yang terkandung dalam frasa nama tidak boleh digugurkan secara berasingan untuk memelihara keseimbangan. ATAU

Dalam binaan frasa sendi nama yang menggunakan ‘dari’ dan ‘ke’, sekiranya bentuk ‘se-’ pada satu bahagian frasa nama digugurkan, bentuk ‘se-’ pada frasa nama kedua juga perlu digugurkan untuk memelihara keseimbangan.

Pembangunan negara akan dijalankan dari semasa ke semasa. ATAU

Pembangunan negara akan dijalankan dari masa ke masa.

Wongsehgin/SMK Rosli Dhoby, Sibu/2009

Page 21: Senarai Analisis Kesalahan Bhs

KESALAHAN KLAUSA/AYAT

(i) Kesalahan Struktur Binaan AyatKESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 Satu pertiga daripada jumlah tersebut dijangka akan meninggal dunia disebabkan oleh penyakit hati.

Bagi ayat yang sudah sempurna subjek dan predikatnya, maklumat tambahan yang diberikan perlu dalam bentuk klausa keterangan, bukan frasa kerja.

Satu pertiga daripada jumlah tersebut dijangka akan meninggal dunia kerana penyakit hati.

2 Mengetahui hal itu, saya membatalkan rancangan.

Unsur keterangan waktu dalam ayat ini harus didahului dengan kata hubung pancangan keterangan.

Setelah mengetahui hal itu, saya membatalkan rancangan.

4 Pusat Ilmu Falak Sheikh Tahir diserahkan kepada USM untuk ditadbir selama 30 tahun oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ayat tersebut kabur dan sukar difahami kerana susunan perkataan dalam ayat itu tidak tepat.

Pusat Ilmu Falak Sheikh Tahir diserahkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada USM untuk ditadbir selama 30 tahun.

5 Mereka dikehendaki dalam masa seminggu menyiapkan kerja itu.

Ayat tersebut kabur dan sukar difahami kerana susunan perkataan dalam ayat itu tidak tepat.

Mereka dikehendaki menyiapkan kerja itu dalam masa seminggu.

6 Raja sering mempunyai kedudukan tertentu dalam sistem agama. Walaupun ada golongan tertentu seperti ulama dan rahib yang menjadi kelas penting dalam sistem agama itu.

Klausa keterangan ialah klausa tidak bebas, iaitu tidak dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat yang gramatis, oleh itu klausa keterangan perlu bergabung dengan ayat induk.

Raja sering mempunyai kedudukan tertentu dalam sistem agama, walaupun ada golongan tertentu seperti ulama dan rahib yang menjadi kelas penting dalam sistem agama itu.

(ii) Ayat TergantungKESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 Untuk mendapat keputusan yang cemerlang mesti berusaha.

Ayat ini tergantung kerana tiada subjek ayat.

Untuk mendapat keputusan yang cemerlang, pelajar-pelajar mesti berusaha.

2 Dengan langkah itu dapat mangatasi masalah disiplin pelajar.

Ayat ini tergantung kerana frasa sendi nama tidak boleh menjadi subjek ayat.

Dengan langkah itu, kita dapat mangatasi masalah disiplin pelajar.

3 Bagi mengatasi masalah itu perlu kerjasama daripada semua pihak

Ayat ini tergantung kerana tidak ada subjek ayat.

Bagi mengatasi masalah itu, kita perlu kerjasama daripada semua pihak

4 Mewujudkan undang-undang yang lebih ketata untuk menangani masalah rasuah bola sepak.

Ayat ini tergantung kerana frasa kerja tidak boleh menjadi subjek ayat.

Kerajaan mewujudkan undang-undang yang lebih ketata untuk menangani masalah rasuah bola sepak.

5 Dia yang memainkan peranan penting dalam pembangunan kampung itu.

Ayat ini tergantung kerana tidak ada predikat dengan kehadiran kata hubung ‘yang’.

Dia memainkan peranan yang penting dalam pembangunan kampung itu.

6 Perindustrian Malaysia yang amat pesat.

Ayat ini tergantung kerana tidak ada predikat dengan kehadirian kata hubung ‘yang’.

Perindustrian Malaysia amat pesat.

7 Ini kerana ibu bapa ialah orang yang paling rapat dengan anak-anak.

ATAUHal ini kerana ibu bapa ialah orang yang paling rapat dengan anak-anak.

Ayat ini tidak gramatis kerana klausa keterangan tidak boleh menjadi predikat ayat.

ATAUAyat ini tidak gramatis kerana tidak mempunyai predikat ayat.

Hal ini demikian kerana ibu bapa ialah orang yang paling rapat dengan anak-anak.

ATAUHal ini penting kerana ibu bapa ialah orang yang paling rapat dengan anak-anak.

Wongsehgin/SMK Rosli Dhoby, Sibu/2009

Page 22: Senarai Analisis Kesalahan Bhs

(iii) Kesalahan Struktur Ayat PasifKESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 Masalah yang mereka hadapi belum dapat diselesaikan.

Kata kerja berimbuhan di- perlu digunakan bagi ayat pasif yang mempunyai frasa nama objek ialah kata ganti nama diri orang ketiga.

Masalah yang dihadapi oleh merekai belum dapat diselesaikan.

2 Kita harus menghargai kemudahan yang kerajaan sediakan.

Kata kerja berimbuhan di- perlu digunakan bagi ayat pasif yang mempunyai frasa nama objek ialah kata ganti nama diri orang ketiga.

Kita harus mengharagi segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

3 Kita harus berbangga dengan nilai-nilai ketimuran yang masyarakat kita warisi sejak dahulu.

Kata kerja berimbuhan di- perlu digunakan bagi ayat pasif yang mempunyai frasa nama objek ialah kata ganti nama diri orang ketiga.

Kita harus berbangga dengan nilai-nilai ketimuran yang diwarisi oleh masyarakat kita sejak dahulu.

4 Masalah yang dihadapi oleh awak belum dapat diselesaikan.

Kata kerja berimbuhan di- tidak boleh digunakan bagi ayat pasif yang mempunyai frasa nama objek ialah kata ganti nama diri orang kedua.

Masalah yang awak hadapi belum dapat diselesaikan.

5 Masalah yang dihadapi oleh kami belum dapat diselesaikan.

Kata kerja berimbuhan di- tidak boleh digunakan bagi ayat pasif yang mempunyai frasa nama objek ialah kata ganti nama diri orang pertama.

Masalah yang kami hadapi belum dapat diselesaikan.

6 Masalah yang dihadapi oleh saya belum dapat diselesaikan.

Kata kerja berimbuhan di- tidak boleh digunakan bagi ayat pasif yang mempunyai frasa nama objek ialah kata ganti nama diri orang pertama.

Masalah yang saya hadapi belum dapat diselesaikan.

7 Tempat itu saya belum kunjungi

Bagi frasa kerja pasif kata ganti nama diri orang pertama, kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti nama diri dengan kata kerja pasif.

Tempat itu belum saya kunjungi

*Kata Ganti Nama DIri Orang Pertama –- aku, saya, kami, kita, beta, hamba*Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua – awak, engkau, anda, kamu*Kata Ganti Nama DIri Orang Ketiga – dia/ia, -nya, mereka, beliau, baginda, pelajar itu, kerajaan, masyarakat, ibu

bapa dll

(iv) Ayat GabunganKESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 Zaki mewakili USM, manakala UKM diwakili oleh Jusuh.

Ayat itu tidak gramatis kerana ayat-ayat yang digabungkan dengan kata hubung ‘dan’ adalah tidak sama jenis, iaitu ayat aktif dan ayat pasif.

Zaki mewakili USM, manakala Jusuh mewakili UKM.

2

Hadiah untuk pemenang pertama bernilai Rm1,000 manakala RM500 untuk pemenang hadiah kedua.

Ayat itu tidak gramatis kerana ayat-ayat yang digabungkan dengan kata hubung ‘manakala’ tidak setara.

Hadiah untuk pemenang pertama bernilai Rm1,000 manakala hadiah untuk pemenang kedua bernilai RM500.

Wongsehgin/SMK Rosli Dhoby, Sibu/2009