[first - 4] bh/dalam_negeri/pages ... 20/06/16

1
APAKAH antara nilai yang sangat dihargai manusia ji- ka bukan hubungan erat dan mesra sesama insan. Atas dasar kepercayaan tentang kuatnya pengaruh hubungan baik antara manusia ini, kumpulan dinamakan Beautiful People atau Insan Menawan telah dibentuk – 10 tahun lalu untuk golongan wanita sahaja – dengan tujuan membantu mereka mencapai impian atau merubah ke- hidupan menerusi jalinan hubungan. Mereka mungkin atau tidak menghadapi sesuatu keme- lut dalam hidup. Apa pun, Beautiful People adalah wadah untuk mereka mengejar hujung pelangi yang diidamkan bersama pembimbing atau mentor melalui pelbagai pro- gram. Baru-baru ini, kumpulan bersifat berbilang kaum itu menyambut ulang tahun ke-10. Setelah sedekad terben- tuk, kumpulan itu memerlukan lebih ramai tampil menja- di mentor sukarelanya. Liana (bukan nama sebenar), 17 tahun, pelajar menen- gah dan tinggal di rumah tumpangan Pertapis, adalah ant- ara mereka yang menunjukkan banyak perubahan sejak menyertai Beautiful People pada 2013. Dia ditemani ibunya, Cik Nora (bukan nama sebenar), 36 tahun, sebagai contoh besarnya kesan hubungan baik ibu-anak, semasa ditemui di rumah salah seorang mentor The Beautiful People, kaunselor Cik Shahrul Noentil, 48 tahun. “Dahulu saya seorang yang malu nak bercakap. Tapi, sejak sertai Beautiful People perlahan-lahan saya jadi bera- ni (bercakap). “Semasa kami ada kem keluarga, saya telah berucap kepada peserta dari rumah tumpangan lain...saya dapati bahawa saya sebenarnya bukan orang jenis pemalu,” kata Liana riang. Cik Nora, ibu tujuh anak pula berkata: “Dia dah ba- nyak berubah, sedia kongsi perasaannya dengan saya dan nampak dah boleh selesaikan masalahnya sendiri.” Liana, anak sulung dalam keluarganya, merancang me- neruskan pelajarannya selepas lulus peperiksaan pe- ringkat ‘N’ dan mahu memasuki bidang khidmat sosial atau pendidikan awal kanak-kanak. Ibu dua anak yang mahu namanya disiarkan sebagai Cik Dian Syahidah sahaja, pula turut menyatakan banyak kebaikan yang beliau dapati sejak menyertai Beautiful People dalam program yang dinamakan Baby Reader atau Baca Untuk Bayi. Ia program yang bertujuan menyokong ibu muda dalam aspek kemahiran menjadi ibu bapa dan mengurus kewangan. Cik Dian, 19 tahun, anak kelima dalam sembilan be- radik dan mempunyai dua anak – lelaki berusia tiga tahun dan perempuan berusia setahun – berkata bahawa sesi berbincang dengan ibu mentor amat bermanfaat baginya sebagai ibu muda. Beliau, yang bekerja di bahagian penyediaan makanan dan minuman, kini menanti saat mahu bernikah dengan tunangnya yang berusia 21 tahun selepas Hari Raya Ai- dilfitri nanti. Menerangkan lebih lanjut, Cik Meena Mylvaganam, 50-an tahun, salah seorang penggerak Beautiful People se- jak 2010, menerangkan pergerakan itu kini bekerjasama dengan lima rumah tumpangan, salah satunya Pertapis. “Mentor yang dipanggil ‘kakak’ dalam pergerakan ini juga belajar sama dengan menti atau ‘adik’ mereka, seper- ti lebih menghargai keluarga kami. “Dan semakin hubungan mereka berkembang, si ‘adik’ akan sedar mereka ada kekuatan dan akan diberi peluang untuk mencapainya,” jelas Cik Meena. Beliau menambah: “The Beautiful People ini juga sen- tiasa berubah dalam erti kata kami sentiasa menambah program baru. “Misalnya, kami bermula 10 tahun lalu sebagai satu program di bawah Beyond Social Services (pertubuhan yang memberi sokongan kepada belia berisiko). “Pada masa itu kami adakan program mentor untuk re- maja perempuan berisiko. Kini, selepas 10 tahun, kami te- lah memperkenalkan program baru seperti Baby Reader dan Free For Good iaitu program untuk pesalah perem- puan sebelum mereka keluar penjara. “Tahun ini, satu lagi pembaharuan telah diperkenalkan iaitu program Heroes’ Journey atau Perjalanan Hero yang dibuka kepada ‘adik’ lelaki pula dengan tujuan sama seper- ti untuk ‘adik’ perempuan.” Beautiful People, yang kini merupakan satu entiti be- bas, diasaskan oleh Cik Melissa Kwee, 44 tahun. Ketika ini ia mempunyai sekitar 100 pasangan mentor dan menti. Namun, oleh kerana mereka bergerak dalam suasana kekeluargaan, seorang menti mungkin mempun- yai lebih daripada seorang mentor. DETIK 10 tahun membantu bekas penagih dadah wanita kembali ke pangkuan masyarakat bukan sa- haja membuat persatuan Wira bertambah yakin akan kepentingan khidmatnya, malah perlunya ia diper- luas. Namun, soal dana menjadi hambatan utama. Ma- ka, pada tahun ini ia mengorak langkah mengadakan projek mengumpul derma dengan sasaran $100,000 dalam setahun mendatang. Wira, sebuah badan sekular yang membuka pintu- nya kepada semua kaum, ialah akronim bagi Women in Recovery Association atau Persatuan Untuk Wani- ta Dalam Pemulihan diasaskan oleh usahawan ke- masyarakatan, Cik Sajni Linda Abdullah, pada 2006. Naib presiden Wira, Cik Hamidah Johari, berkata persatuan itu mahu mengambil peluang bulan Ra- madan ini dengan meletakkan kotak derma di bebera- pa tempat, selain menulis surat rayuan kepada bebera- pa individu agar menghulurkan sumbangan. Selain itu, ia juga telah menyediakan khidmat pang- gilan telefon - 9095-0120 - yang membolehkan orang ramai menderma $70 untuk seguni beras dan barang makanan lain atau $35 bagi separuh barangan terse- but. Wang yang terkumpul akan turut digunakan se- bagai derma makanan termasuk kuih Raya dan habuan kepada anggota Wira sempena Hari Raya Aid- ilfitri. Sehubungan itu, Cik Hamidah mendedahkan baha- wa Wira ingin memperoleh taraf sebagai Institusi Ber- taraf Awam atau Institution of A Public Character (IPC) yang akan membolehkannya mengeluarkan res- it pemotongan cukai daripada penderma yang layak. “Selain itu, kami juga mahu melicinkan lagi pengu- rusan Wira dan berura-ura mengambil seorang lagi pe- gawai eksekutif untuk menjalankan kerja kebajikan kami. Ketika ini kami ada seorang saja pegawai sambi- lan untuk menjalankan tugas tersebut. Ini semua me- merlukan dana,” terang Cik Hamidah, 59 tahun. Sukarelawan Ustaz Nazree Wahid, 34 tahun, juru- latih dan konsultan motivasi, pula ingin memainkan peranan meningkatkan kesedaran orang ramai ter- hadap Wira. Beliau bercadang mengadakan sesi minum teh dan ceramah pada akhir tahun ini bagi mengetengahkan beberapa wanita yang telah berjaya mengatasi caba- ran dalam hidup mereka. Rancangan lain Wira termasuk melakukan lebih ba- nyak lawatan ke rumah anggota bagi mengenal pasti keperluan mereka dengan lebih baik. Ketika ini persatuan tersebut mempunyai 376 ang- gota aktif dan masih dapat dihubungi Wira daripada sekitar 600 anggota yang pernah dicatat sebelum ini. Sekitar 40 peratus merupakan janda, 30 peratus masih bersuami dan 30 peratus lagi tidak berkahwin tetapi mempunyai anak. Lebih separuh daripada mereka Melayu berusia antara 18 dengan 50-an tahun. Namun, rancangan lebih besar persatuan itu ialah membuka sebuah rumah tumpangan sementara untuk bekas penagih wanita. Presiden Wira, Cik Ang Poh Wah, 58 tahun, yang telah terlibat dalam kerja pemulihan dadah selama 20 tahun, berkata bahawa meskipun program pemulihan di penjara adalah baik, wanita bekas penagih memer- lukan khidmat pemulihan lanjut. “Ia sesuatu yang kami boleh fikirkan tetapi bagaim- ana prasarananya nanti belum diketahui,” kata Cik Ang. Setiausaha Wira, Cik Victoria Goh, menambah: “Bagi wanita yang baru keluar dari penjara, beban yang perlu mereka tanggung adalah lebih besar dari- pada lelaki kerana jangkaan seperti tanggungjawab menjaga anak dan menguruskan rumah tangga yang diletak di atas pundak mereka. “Justeru, mereka perlukan rumah peralihan untuk mendapatkan sokongan tambahan bagi menyesuai- kan diri dengan lebih baik dalam keluarga dan masyarakat.” Cik Ang pula menambah: “Ada wanita yang tidak keluar mendapatkan bantuan kerana komitmen mere- ka kepada keluarga atau mereka tiada masa dan aki- batnya mereka menanggung sendiri kesukaran.” PERSATUAN Untuk Wanita Dalam Pemulihan (Wira) diasaskan oleh Cik Sa- jni Linda Abdullah, 47 tahun, 10 tahun lalu. Wira ditubuhkan dengan dua matla- mat: E Memberi sokongan kepada bekas penagih wanita yang baru dibebaskan dari penjara melalui khidmat jagaan lan- jut. E Mengadakan kumpulan sokongan bagi mereka yang ingin membina hidup baru. BEAUTIFUL People dibentuk pada 2006 sebagai satu program bimbingan untuk remaja perempuan berisiko di bawah Beyond Social Services, sebuah pertubuhan yang membantu remaja sedemikian. Pada tahun lalu ia tidak lagi bergerak di bawah Beyond dan berfungsi sendiri sebagai pergerakan sukarela. Ia diasaskan Cik Melissa Kwee, 44 tahun, yang juga ketua pegawai eksekutif (CEO) Pu- sat Sukarela dan Kedermawanan Nasional atau National Volunteer and Philanthropy Centre (NVPC). Beautiful People yang bersifat berbilang kaum, berfungsi sebagai wadah untuk membi- na jambatan perhubungan dengan remaja pe- rempuan berisiko. Beautiful People boleh di- hubungi melalui e-mel [email protected] atau di Face- book-nya. Latar belakang Wira Perjalanan 10 tahun ‘Beautiful People’ dan Wira Kenali kumpulan ‘beautiful’ DAKAPAN PEMBAKAR SEMANGAT: Cik Shahrul Noentil (depan, kanan), salah seorang mentor Beautiful People, begitu gembira mendakap Liana (bukan nama sebenar) yang kini sudah berubah menjadi remaja lebih yakin. Memerhatikan ialah seorang lagi mentor, Cik Meena Mylvaganam (belakang, kiri), dan Cik Dian Syahidah, yang menyertai program Baby Reader di bawah pergerakan tersebut. – Foto JOHARI RAHMAT Mengejar impian melalui ikatan perhubungan Dua badan sukarela yang khusus dibentuk untuk wanita – Beautiful People dan Persatuan Untuk Wanita Dalam Pemulihan (Wira) – menyambut ulang tahun ke-10 mereka tahun ini dengan menyingkap pencapaian dan mengatur rancangan masing-masing demi memberi khidmat yang lebih baik pada masa depan. DEWANI ABBAS ([email protected]) meninjau perjalanan dan harapan mereka. Wira rancang perkukuh kewangan demi pertingkat khidmat RANCANG PROGRAM: Presiden Wira, Cik Ang Poh Wah (duduk, ketiga dari kiri) bersama sukarelawan persatuan itu, setiausaha, Cik Victoria Goh (duduk, kiri); naib presiden, Cik Hamidah Johari (duduk, kedua dari kanan); sukarelawan Wira, Cik Hamidah Ibrahim (berdiri, kedua dari kanan) dan Ustaz Nazree Wahid (berdiri, kanan); kakitangan, Cik Jihan Mohd Noor (berdiri, kedua dari kiri) dan anggota Wira dikenali sebagai Cik Nora (berdiri, kiri), Cik Imah (duduk, kedua dari kiri) dan Cik Liza (duduk, kanan) di pejabat Wira di Kitchener Complex di French Road, – Foto M.O. SALLEH 4 Berita Harian | Isnin, 20 Jun 2016 Berita SETEMPAT

Upload: dangkiet

Post on 04-Feb-2017

234 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: [first - 4] bh/dalam_negeri/pages ... 20/06/16

APAKAH antara nilai yang sangat dihargai manusia ji-ka bukan hubungan erat dan mesra sesama insan.

Atas dasar kepercayaan tentang kuatnya pengaruhhubungan baik antara manusia ini, kumpulan dinamakanBeautiful People atau Insan Menawan telah dibentuk – 10tahun lalu untuk golongan wanita sahaja – dengan tujuanmembantu mereka mencapai impian atau merubah ke-hidupan menerusi jalinan hubungan.

Mereka mungkin atau tidak menghadapi sesuatu keme-lut dalam hidup. Apa pun, Beautiful People adalah wadahuntuk mereka mengejar hujung pelangi yang diidamkanbersama pembimbing atau mentor melalui pelbagai pro-gram.

Baru-baru ini, kumpulan bersifat berbilang kaum itumenyambut ulang tahun ke-10. Setelah sedekad terben-tuk, kumpulan itu memerlukan lebih ramai tampil menja-di mentor sukarelanya.

Liana (bukan nama sebenar), 17 tahun, pelajar menen-gah dan tinggal di rumah tumpangan Pertapis, adalah ant-ara mereka yang menunjukkan banyak perubahan sejakmenyertai Beautiful People pada 2013.

Dia ditemani ibunya, Cik Nora (bukan nama sebenar),36 tahun, sebagai contoh besarnya kesan hubungan baikibu-anak, semasa ditemui di rumah salah seorang mentorThe Beautiful People, kaunselor Cik Shahrul Noentil, 48tahun.

“Dahulu saya seorang yang malu nak bercakap. Tapi,sejak sertai Beautiful People perlahan-lahan saya jadi bera-ni (bercakap).

“Semasa kami ada kem keluarga, saya telah berucapkepada peserta dari rumah tumpangan lain...saya dapatibahawa saya sebenarnya bukan orang jenis pemalu,” kataLiana riang.

Cik Nora, ibu tujuh anak pula berkata: “Dia dah ba-nyak berubah, sedia kongsi perasaannya dengan saya dannampak dah boleh selesaikan masalahnya sendiri.”

Liana, anak sulung dalam keluarganya, merancang me-neruskan pelajarannya selepas lulus peperiksaan pe-ringkat ‘N’ dan mahu memasuki bidang khidmat sosialatau pendidikan awal kanak-kanak.

Ibu dua anak yang mahu namanya disiarkan sebagaiCik Dian Syahidah sahaja, pula turut menyatakan banyakkebaikan yang beliau dapati sejak menyertai BeautifulPeople dalam program yang dinamakan Baby Readeratau Baca Untuk Bayi.

Ia program yang bertujuan menyokong ibu mudadalam aspek kemahiran menjadi ibu bapa dan menguruskewangan.

Cik Dian, 19 tahun, anak kelima dalam sembilan be-radik dan mempunyai dua anak – lelaki berusia tiga tahundan perempuan berusia setahun – berkata bahawa sesiberbincang dengan ibu mentor amat bermanfaat baginyasebagai ibu muda.

Beliau, yang bekerja di bahagian penyediaan makanandan minuman, kini menanti saat mahu bernikah dengantunangnya yang berusia 21 tahun selepas Hari Raya Ai-dilfitri nanti.

Menerangkan lebih lanjut, Cik Meena Mylvaganam,50-an tahun, salah seorang penggerak Beautiful People se-jak 2010, menerangkan pergerakan itu kini bekerjasamadengan lima rumah tumpangan, salah satunya Pertapis.

“Mentor yang dipanggil ‘kakak’ dalam pergerakan inijuga belajar sama dengan menti atau ‘adik’ mereka, seper-ti lebih menghargai keluarga kami.

“Dan semakin hubungan mereka berkembang, si ‘adik’akan sedar mereka ada kekuatan dan akan diberi peluanguntuk mencapainya,” jelas Cik Meena.

Beliau menambah: “The Beautiful People ini juga sen-tiasa berubah dalam erti kata kami sentiasa menambahprogram baru.

“Misalnya, kami bermula 10 tahun lalu sebagai satuprogram di bawah Beyond Social Services (pertubuhanyang memberi sokongan kepada belia berisiko).

“Pada masa itu kami adakan program mentor untuk re-maja perempuan berisiko. Kini, selepas 10 tahun, kami te-lah memperkenalkan program baru seperti Baby Readerdan Free For Good iaitu program untuk pesalah perem-puan sebelum mereka keluar penjara.

“Tahun ini, satu lagi pembaharuan telah diperkenalkaniaitu program Heroes’ Journey atau Perjalanan Hero yangdibuka kepada ‘adik’ lelaki pula dengan tujuan sama seper-ti untuk ‘adik’ perempuan.”

Beautiful People, yang kini merupakan satu entiti be-bas, diasaskan oleh Cik Melissa Kwee, 44 tahun.

Ketika ini ia mempunyai sekitar 100 pasangan mentordan menti. Namun, oleh kerana mereka bergerak dalamsuasana kekeluargaan, seorang menti mungkin mempun-yai lebih daripada seorang mentor.

DETIK 10 tahun membantu bekas penagih dadahwanita kembali ke pangkuan masyarakat bukan sa-haja membuat persatuan Wira bertambah yakin akankepentingan khidmatnya, malah perlunya ia diper-luas.

Namun, soal dana menjadi hambatan utama. Ma-ka, pada tahun ini ia mengorak langkah mengadakanprojek mengumpul derma dengan sasaran $100,000dalam setahun mendatang.

Wira, sebuah badan sekular yang membuka pintu-nya kepada semua kaum, ialah akronim bagi Womenin Recovery Association atau Persatuan Untuk Wani-ta Dalam Pemulihan diasaskan oleh usahawan ke-masyarakatan, Cik Sajni Linda Abdullah, pada 2006.

Naib presiden Wira, Cik Hamidah Johari, berkatapersatuan itu mahu mengambil peluang bulan Ra-madan ini dengan meletakkan kotak derma di bebera-pa tempat, selain menulis surat rayuan kepada bebera-pa individu agar menghulurkan sumbangan.

Selain itu, ia juga telah menyediakan khidmat pang-gilan telefon - 9095-0120 - yang membolehkan orangramai menderma $70 untuk seguni beras dan barangmakanan lain atau $35 bagi separuh barangan terse-but.

Wang yang terkumpul akan turut digunakan se-bagai derma makanan termasuk kuih Raya danhabuan kepada anggota Wira sempena Hari Raya Aid-ilfitri.

Sehubungan itu, Cik Hamidah mendedahkan baha-wa Wira ingin memperoleh taraf sebagai Institusi Ber-taraf Awam atau Institution of A Public Character(IPC) yang akan membolehkannya mengeluarkan res-it pemotongan cukai daripada penderma yang layak.

“Selain itu, kami juga mahu melicinkan lagi pengu-rusan Wira dan berura-ura mengambil seorang lagi pe-gawai eksekutif untuk menjalankan kerja kebajikankami. Ketika ini kami ada seorang saja pegawai sambi-lan untuk menjalankan tugas tersebut. Ini semua me-merlukan dana,” terang Cik Hamidah, 59 tahun.

Sukarelawan Ustaz Nazree Wahid, 34 tahun, juru-latih dan konsultan motivasi, pula ingin memainkanperanan meningkatkan kesedaran orang ramai ter-hadap Wira.

Beliau bercadang mengadakan sesi minum teh danceramah pada akhir tahun ini bagi mengetengahkanbeberapa wanita yang telah berjaya mengatasi caba-ran dalam hidup mereka.

Rancangan lain Wira termasuk melakukan lebih ba-nyak lawatan ke rumah anggota bagi mengenal pastikeperluan mereka dengan lebih baik.

Ketika ini persatuan tersebut mempunyai 376 ang-gota aktif dan masih dapat dihubungi Wira daripadasekitar 600 anggota yang pernah dicatat sebelum ini.Sekitar 40 peratus merupakan janda, 30 peratusmasih bersuami dan 30 peratus lagi tidak berkahwintetapi mempunyai anak. Lebih separuh daripadamereka Melayu berusia antara 18 dengan 50-antahun.

Namun, rancangan lebih besar persatuan itu ialahmembuka sebuah rumah tumpangan sementara untukbekas penagih wanita.

Presiden Wira, Cik Ang Poh Wah, 58 tahun, yangtelah terlibat dalam kerja pemulihan dadah selama 20tahun, berkata bahawa meskipun program pemulihandi penjara adalah baik, wanita bekas penagih memer-lukan khidmat pemulihan lanjut.

“Ia sesuatu yang kami boleh fikirkan tetapi bagaim-ana prasarananya nanti belum diketahui,” kata CikAng.

Setiausaha Wira, Cik Victoria Goh, menambah:“Bagi wanita yang baru keluar dari penjara, bebanyang perlu mereka tanggung adalah lebih besar dari-pada lelaki kerana jangkaan seperti tanggungjawabmenjaga anak dan menguruskan rumah tangga yangdiletak di atas pundak mereka.

“Justeru, mereka perlukan rumah peralihan untukmendapatkan sokongan tambahan bagi menyesuai-kan diri dengan lebih baik dalam keluarga danmasyarakat.”

Cik Ang pula menambah: “Ada wanita yang tidakkeluar mendapatkan bantuan kerana komitmen mere-ka kepada keluarga atau mereka tiada masa dan aki-batnya mereka menanggung sendiri kesukaran.”

PERSATUAN Untuk Wanita DalamPemulihan (Wira) diasaskan oleh Cik Sa-jni Linda Abdullah, 47 tahun, 10 tahunlalu.

Wira ditubuhkan dengan dua matla-mat:

E Memberi sokongan kepada bekaspenagih wanita yang baru dibebaskandari penjara melalui khidmat jagaan lan-jut.

E Mengadakan kumpulan sokonganbagi mereka yang ingin membina hidupbaru.

BEAUTIFUL People dibentuk pada 2006sebagai satu program bimbingan untuk remajaperempuan berisiko di bawah Beyond SocialServices, sebuah pertubuhan yang membanturemaja sedemikian.

Pada tahun lalu ia tidak lagi bergerak dibawah Beyond dan berfungsi sendiri sebagaipergerakan sukarela.

Ia diasaskan Cik Melissa Kwee, 44 tahun,yang juga ketua pegawai eksekutif (CEO) Pu-sat Sukarela dan Kedermawanan Nasionalatau National Volunteer and PhilanthropyCentre (NVPC).

Beautiful People yang bersifat berbilangkaum, berfungsi sebagai wadah untuk membi-na jambatan perhubungan dengan remaja pe-rempuan berisiko. Beautiful People boleh di-h u b u n g i m e l a l u i e - m e [email protected] atau di Face-book-nya.

Latar belakang Wira

Perjalanan 10 tahun ‘Beautiful People’ dan Wira

Kenali kumpulan ‘beautiful’

DAKAPANPEMBAKARSEMANGAT: CikShahrul Noentil(depan, kanan), salahseorang mentorBeautiful People,begitu gembiramendakap Liana(bukan namasebenar) yang kinisudah berubahmenjadi remaja lebihyakin. Memerhatikanialah seorang lagimentor, Cik MeenaMylvaganam(belakang, kiri), danCik Dian Syahidah,yang menyertaiprogram BabyReader di bawahpergerakan tersebut.– Foto JOHARIRAHMAT

Mengejar impian melalui ikatan perhubungan

Dua badan sukarela yang khusus dibentuk untuk wanita – Beautiful People dan Persatuan Untuk Wanita Dalam Pemulihan (Wira) – menyambutulang tahun ke-10 mereka tahun ini dengan menyingkap pencapaian dan mengatur rancangan masing-masing demi memberi khidmat yang lebih baik pada masa depan.

DEWANI ABBAS ([email protected]) meninjau perjalanan dan harapan mereka.

Wira rancang perkukuh kewangan demi pertingkat khidmat

RANCANG PROGRAM: Presiden Wira, Cik Ang Poh Wah (duduk, ketiga dari kiri) bersama sukarelawan persatuan itu,setiausaha, Cik Victoria Goh (duduk, kiri); naib presiden, Cik Hamidah Johari (duduk, kedua dari kanan); sukarelawan Wira,Cik Hamidah Ibrahim (berdiri, kedua dari kanan) dan Ustaz Nazree Wahid (berdiri, kanan); kakitangan, Cik Jihan Mohd Noor(berdiri, kedua dari kiri) dan anggota Wira dikenali sebagai Cik Nora (berdiri, kiri), Cik Imah (duduk, kedua dari kiri) dan CikLiza (duduk, kanan) di pejabat Wira di Kitchener Complex di French Road, – Foto M.O. SALLEH

4 Berita Harian | Isnin, 20 Jun 2016

Berita SETEMPAT