bhs halus dll

30
21 BAB II KAJIAN PUSTAKA Waktu telah merubah segalanya: jadi tiada alasan kenapa bahasa harus terhindar daripada hukum alam ini. Time changes all things: there is no reason why language should escape this universal law. (Saussure, 1915:77) 2. 0 Mukadimah Bahasa adalah budaya sesebuah bangsa. Perubahan dalam taraf sosial dan cara hidup manusia secara tidak langsung akan menjadi agen untuk mengubah bahasa dalam sesebuah komuniti. Kajian mengenai ‘perubahan bahasa’ tidak begitu popular di rantau ini berbanding di negara-negara Barat terutamanya, Eropah. Kajian ‘perubahan bahasa’ yang paling hampir ialah yang pernah dijalankan oleh Robert Sibarani (2000) mengenai perubahan bahasa dari sudut leksikal di Sumatera Utara, Indonesia. Kajian beliau mengenai bahasa Batak lebih banyak tertumpu ke arah satu kajian antropolinguistik di mana menurut beliau, perubahan bahasa sangat berkait rapat dengan perubahan budaya. Sedangkan para ahli linguistik yang lain seperti Ferdinand de Saussure (1915), menegaskan bahawa perubahan bahasa berlaku kerana perubahan masa. Bagaimanapun apa yang diperkatakan oleh Robert Sibarani ataupun de Saussure hanyalah melibatkan perbezaan peristilahan dari sudut antropologi, falsafah serta linguistik sahaja. Bahasa tetap berubah kerana telah menjadi hukum alam.

Upload: lentera-minda-bahasa

Post on 09-Aug-2015

70 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BHS HALUS DLL

21

BAB II

KAJIAN PUSTAKA

Waktu telah merubah segalanya: jadi tiada alasan

kenapa bahasa harus terhindar daripada hukum alam

ini.

Time changes all things: there is no reason why

language should escape this universal law.

(Saussure, 1915:77)

2. 0 Mukadimah

Bahasa adalah budaya sesebuah bangsa. Perubahan dalam taraf sosial dan cara hidup

manusia secara tidak langsung akan menjadi agen untuk mengubah bahasa dalam

sesebuah komuniti. Kajian mengenai ‘perubahan bahasa’ tidak begitu popular di

rantau ini berbanding di negara-negara Barat terutamanya, Eropah. Kajian

‘perubahan bahasa’ yang paling hampir ialah yang pernah dijalankan oleh Robert

Sibarani (2000) mengenai perubahan bahasa dari sudut leksikal di Sumatera Utara,

Indonesia. Kajian beliau mengenai bahasa Batak lebih banyak tertumpu ke arah satu

kajian antropolinguistik di mana menurut beliau, perubahan bahasa sangat berkait

rapat dengan perubahan budaya. Sedangkan para ahli linguistik yang lain seperti

Ferdinand de Saussure (1915), menegaskan bahawa perubahan bahasa berlaku kerana

perubahan masa. Bagaimanapun apa yang diperkatakan oleh Robert Sibarani

ataupun de Saussure hanyalah melibatkan perbezaan peristilahan dari sudut

antropologi, falsafah serta linguistik sahaja. Bahasa tetap berubah kerana telah

menjadi hukum alam.

Page 2: BHS HALUS DLL

22

Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk melihat perubahan bahasa dari sudut

perbendaharaan kata dalam tempoh seratus tahun. Ini melibatkan surat-surat Raja

Melayu kepada Gabenor Francis Light (1786-1794) dengan koleksi surat rasmi Duli

Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1886-1894)

kepada gabenor Inggeris dan Siam. Sejumlah dua belas pucuk surat daripada kedua-

dua koleksi (Sir Francis Light dan Sultan Abdul Hamid) akan menjadi data kajian

berbentuk analisis wacana sahaja.

Komponen perubahan bahasa dapat dikesan dengan lebih jelas dalam beberapa aspek

iaitu dalam nahu, fonologi (atau sebutan), dan sintaksis (Leech, 1983) serta juga

dalam morfologi. Selain itu perubahan bahasa juga dapat ditemui dengan meluasnya

dalam bidang semantik. Sungguhpun perubahan bahasa dalam semantik wujud

dalam pelbagai sudut, namun kajian ini hanya akan memberi penekanan terhadap

perubahan makna denotasi dan makna konotasi sahaja. Kajian ini juga akan

mengambil kira perubahan makna dari sudut leksikal di samping memberi penekanan

terhadap perubahan bahasa dari aspek bahasa kiasan yang merupakan asas

pembinaan dalam ilmu semantik.

Akhir sekali, bab ini juga akan menumpukan perhatian dan meninjau definisi warkah

sosial diraja ataupun warkah sosial diraja yang akan menjadi sumber rujukan utama

kajian ini secara keseluruhannya. Pemilihan warkah sosial diraja sebagai sumber

kajian ialah kerana teks tersebut dilihat sebagai suatu wahana yang terkandung

Page 3: BHS HALUS DLL

23

domain-domain tertentu di dalamnya, dan dilengkapi dengan maklumat berbentuk

dokumentasi yang terakam kemas dalam suatu wacana lengkap.

2.1 Perubahan Bahasa

Kebanyakan kajian yang telah dijalankan berhubung dengan perubahan bahasa

melibatkan aspek-aspek leksikal dan nahu. Sesetengah bahasa di dunia telah

mengalami proses evolusi sehingga akhirnya menjadi suatu bahasa yang baru serta

moden. Misalnya, evolusi bahasa telah membawa perubahan besar kepada bahasa-

bahasa utama di dunia (Hudson, 2000) seperti bahasa Latin berubah menjadi bahasa

Itali, Sanskrit menjadi akar utama kepada bahasa Hindi, bahasa Cina lama kepada

bahasa Cina baru serta bahasa Mesir purba bertukar menjadi Coptic. Sekiranya kita

melihat jauh ke dalam bahasa Melayu, jelas sekali bahasa Melayu sendiri mengalami

proses perubahannya yang sangat ketara. Bermula dengan bahasa Melayu Purba

(Nik Safiah Karim, et al., 1995), kemudian bahasa ini mengalami proses evolusi

menjadi bahasa Melayu Kuno dan seterusnya menjadi bahasa Melayu Klasik sebelum

wujud bahasa Melayu seperti mana yang dipertuturkan pada hari ini.

Berbicara tentang perubahan bahasa, para ahli linguistik bersependapat secara umum

bahawa bahasa berubah dan disebarkan dalam tiga kaedah yang jelas. Pertamanya,

perubahan dari kumpulan kepada kumpulan dan ini melibatkan beberapa faktor

demografi seperti umur, status, gender (Fischer, 1958) yang dipetik daripada Fasold

(1993:223) dan juga daerah geografi. Di samping itu, Fishman (1991) pula

menambah yang faktor-faktor tekanan ekonomi, peranan media massa dan

Page 4: BHS HALUS DLL

24

pengenalan sosial (social identifiers) juga menjadi pendorong kepada perubahan ini.

Selain itu, bahasa juga berubah dari segi gaya kepada gaya (Bailey, 1973b), dan

perubahan ini akan juga mempengaruhi serta membentuk bahasa slanga. Walaupun

begitu, sebenarnya perubahan bahasa daripada segi perkataan kepada perkataan

(difusi leksikal) adalah bentuk yang paling jelas sekali (Robert Sibarani, 2000)

sekiranya kita ingin melihat perubahan dalam sebuah bahasa.

Justeru, Weinreich, Labov dan Herzog (1968:188) pula telah melihat perubahan ini

sebagai suatu variasi untuk meminda masalah (embedding problem) di samping

berperanan untuk mengukur perubahan dari segi fonologi dalam linguistik.

Bagaimanapun Sankoff dan Laberge (1989:239) yang dipetik daripada Fasold

(1993:244) pula, menyifatkan perubahan ini sebagai suatu variabel sosiolinguistik

atau faktor sosial yang paling penting sekali. Ini memandangkan bahasa yang

berubah itu akan diperlukan dalam pasaran linguistik (marche linguistique) sebagai

bahasa yang dapat memenuhi keperluan berbahasa untuk semua peringkat strata

masyarakat. Inilah yang mendorong kenapa bahasa itu harus terus berubah.

Sehubungan itu, dalam kajian ini ‘waktu’ atau ‘masa’ telah dilihat sebagai faktor

utama yang memainkan peranan penting dalam mengubah struktur bahasa. Menurut

Hudson (2000) lagi, faktor-faktor seperti saiz populasi, betapa intimnya hubungan

sosial penutur dengan penutur yang lain dalam sesebuah masyarakat, bilingualisme

dan juga keinginan penutur untuk meninggalkan bentuk linguistik yang standard

dalam sesebuah masyarakat bahasa kepada bentuk linguistik yang lain juga memberi

Page 5: BHS HALUS DLL

25

kesan kepada perubahan bahasa. Secara umumnya, perubahan bahasa juga akan

mengubah tatacara pertuturan daripada yang lebih formal kepada yang lebih kasual

ataupun sebaliknya. Dalam hal ini, biasanya akan melibatkan penyebaran leksikal

dan gaya dari golongan atasan kepada golongan di bawah.

Perkara ini telah dijelaskan oleh Labov (1972) dalam kajiannya terhadap masyarakat

atasan di Bandar New York yang antara lain ialah penekanan bunyi huruf ‘r’. Kajian

William Labov difokuskan terhadap penyebaran bunyi tersebut yang dipinjam pakai

dalam kalangan pembantu jualan di tiga buah pasar raya yang terkenal di New York

iaitu, Saks, Klein dan Macy. Labov akhirnya telah membuat kesimpulan bahawa

wujudnya peniruan gaya dan aksen (accent) yang jelas dalam kalangan pembantu

pasar raya itu; yang cuba meminjam prestij pertuturan bahasa golongan atasan di

bandar tersebut. Bagaimanapun Kroch (1978) pula dapat mengenal pasti bahawa

tiada kes yang menunjukkan wujudnya perubahan bahasa yang sistematik sebegitu

harus dimulai oleh golongan atasan. Hal ini juga kemudiannya diperakui Labov

(1980) setelah Labov membuat kajian asas di sembilan buah bandar yang melibatkan

beberapa bahasa termasuk Perancis, Sepanyol, Parsi serta Inggeris. Namun begitu

yang paling jelas di sini ialah perubahan bahasa biasanya melibatkan keupayaan

sesuatu bahasa menjadi semakin ringkas dan semakin mudah untuk dituturkan

(Downes, 1998).

Oleh itu dalam membicarakan hal ini, Grover Hudson (2000) telah berjaya

menggariskan lapan alasan kenapa sesuatu bahasa boleh dan harus berubah.

Page 6: BHS HALUS DLL

26

Pertama sekali, ialah untuk memudahkan penyebutannya (ease of articulation). Hal

ini dapat ditemui sebagaimana yang telah ditunjukkan dalam perubahan fonem.

Terdapat dua bentuk perubahan fonem iaitu proses kehilangan fonem yang disebut

sebagai deletion (‘pemotongan’) dan juga dalam proses asimilasi fonem. Kedua-dua

proses ini memberi penekanan dalam perubahan bahasa dari segi perkataan dan juga

frasa. Misalnya, dalam bahasa Inggeris bunyi dihentikan selepas sengauan. Oleh itu

perkataan akhir /b/ yang dilafazkan pada zaman Shakespeare telah mengalami

deletion, dan penyebutannya adalah tidak sama lagi seperti sekarang ini.

Keduanya, untuk menyatakan makna-makna baru (expression of new meanings).

Oleh yang demikian, bahasa harus berubah untuk disesuaikan dengan kehendak-

kehendak baru, idea-idea baru mahupun peristiwa-peristiwa baru. Kebanyakan

perkataan yang bermula daripada akronim menjadi lebih mantap dan disebut ramai

berbanding perkataan asalnya. Sebagai contoh pawagam (panggung wayang

gambar), flu yang dipetik dari influenza, fax singkatan kepada facsimile dan summits

pula datangnya dari frasa summits meeting. Selain itu perkataan seperti e-mail, laser,

scuba, dan radar menjadi lebih popular daripada perkataan asalnya. Seratus tahun

yang lalu, bahasa Inggeris juga telah meniru pakai perkataan Perancis seperti

amateur, envelope dan unique. Akhirnya perkataan-perkataan itu terus kekal sebagai

perkataan Inggeris sehingga hari ini. Malah dalam masyarakat Malaysia akhir-akhir

ini sudah wujud kecenderungan untuk memendekkan perkataan Inggeris dan

kemudian menjadikannya sebagai bahasa lisan Melayu seperti ‘ori’ kependekan

Page 7: BHS HALUS DLL

27

daripada original yang membawa maksud ‘tulen’ dan kata ‘ori’ itu telah digunakan

secara meluasnya. Malahan, kamus Dewan Bahasa dan Pustaka terbitan terbaru

(Edisi Keempat) memuatkan kata ini sebagai entrinya yang terbaru.

Faktor yang ketiga ialah keinginan untuk mencuba perkataan-perkataan baru (desire

for novelty). Perkataan baru kebiasaannya akan membawa kepada dua pendekatan

sosial iaitu slanga dan jargon. Justeru, penggunaan slanga dan jargon ini akan dapat

menonjolkan prestij di samping untuk menunjukkan yang peserta komunikasi itu

mempunyai tanda pengenalan kumpulan komunikasinya yang tersendiri. Malah

menurut Hudson lagi, sesetengah perkataan memang telah merujuk dari mana asal

datangnya ilmu pengetahuan itu. Sebagai contoh, apabila penutur Inggeris bercakap

tentang muzik, mereka tidak dapat lari daripada meminjam pakai istilah-istilah Itali

dan apabila bercakap perihal bidang linguistik pula mereka juga tidak dapat

menafikan sumbangan bahasa Perancis. Di samping itu Hudson menambah lagi,

apabila berbicara tentang kerjaya perubatan; sekali lagi pengetahuan dalam bahasa

Jerman terpaksa dinobatkan dalam menyumbang istilah-istilahnya kepada penutur-

penutur bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa dalam domain-domain yang begini

secara langsung menunjukkan keinginan penutur untuk mencuba perkataan-perkataan

baru, lalu ini telah mendorong kenapa bahasa itu harus berubah. Di Malaysia pun

slanga dan jargon yang datangnya dari bahasa Indonesia telah merebak dengan

pantas dalam media massa terutamanya dalam novel dan filem.

Page 8: BHS HALUS DLL

28

Seterusnya yang keempat pula ialah untuk membiasakan diri atau penyeragaman

kepada penambahan bahasa (regularization or rule extension). Perubahan bahasa

dalam aspek ini hanya dalam morfologi, leksikal dan juga sintaksis. Kebiasaannya,

bahasa kanak-kanak banyak memberi sumbangan terhadap perubahan bahasa

terutamanya dalam aspek morfologi. Di dalam situasi ini, kita dapat lihat dengan

jelas yang mutakhir ini wujudnya kecenderungan penutur menggunakan bahasa lisan

kanak-kanak atau pelat kanak-kanak untuk e-mel, chatting atau mengirim SMS (Short

Messages Service). Justeru, bentuk bahasa yang digunakan itu secara tidak langsung

telah mengubah morfologi perkataan-perkataan dan sangat mirip sekali kepada

bahasa kanak-kanak. Perubahan bahasa ini juga telah menular kepada golongan

profesional yang memberi alasan, kaedah menggunakan bahasa kanak-kanak ini lebih

praktikal kerana ia ringkas dan bersifat mesra serta ini secara tidak langsung juga

memudahkan penyeragaman berbahasa. Keadaan ini pernah dinyatakan oleh Fasold

(1993:235) yang diterjemahkan sebagai; perubahan bahasa melibatkan keupayaan

sesuatu bahasa menjadi semakin ringkas dan semakin mudah untuk dituturkan.

Malah sejak dulu lagi, Bloomfield (1992) menyifatkan kenapa bahasa harus menjadi

semakin mudah dan ringkas ini sebagai tiada jawapan yang memuaskan dan

munasabah untuk menjawabnya.

Selain itu, yang kelimanya ialah untuk mengurangkan kelebihan-kelebihan yang

wujud dalam sesuatu bahasa (redundancy reduction) yang lain. Hal ini juga

dinyatakan oleh Coulmas, (1991:4), apabila beliau membincangkan tentang bahasa

Page 9: BHS HALUS DLL

29

Jerman. Analisis beliau antara lain menyelar penggunaan bahasa Jerman yang biadab

(boorish):

Ini bukanlah masa yang mudah kerana golongan atasan

tidak mendapat apa-apa faedah apabila mereka

menggunakan bahasa Jerman yang kasar berbanding

jika mereka menggunakan bahasa Perancis yang

anggun.

This was not an easy time, because the upper classes

had little to gain from using boorish German instead of

the elegant French.

Penyusutan penggunaan bahasa Jerman pada ketika itu sangat berkait rapat dengan

taraf bahasa itu sendiri. Bahasa Jerman ketika itu dianggap mempunyai banyak

kekurangan (inadequate). Oleh itu menurut Coulmas (1991), bahasa Jerman sendiri

telah gagal untuk membangun dan membina komunikasi moden dalam semua bidang

kerana golongan atasan lebih gemar bertutur dalam bahasa Perancis (dan Latin).

Beliau menambah bahawa, sekiranya Jerman ingin bersaing dengan negara maju

yang lain, bahasa tersebut haruslah ditingkatkan serta diperhalusi (refined) dan harus

pula berubah. Bertitik tolak dari itu, bahasa Jerman telah berubah untuk disesuaikan

dengan masyarakatnya agar dapat digunakan dalam pelbagai tingkat dan golongan

masyarakat.

Proses ‘membangsawankan’ bahasa Jerman telah menyebabkan bahasa tersebut

berubah dan seterusnya dapat diguna pakai dengan lebih efektif serta ini secara tidak

langsung dapat menolak amalan penggunaan bahasa Perancis secara berleluasa oleh

Page 10: BHS HALUS DLL

30

golongan atasan di Jerman. Malah menurut Jacob Grimm salah seorang daripada

penulis cerita dongeng yang terkenal dari Jerman (Aitchison, 1993:8), yang dipetik

dari Jespersen (1922:42) menegaskan:

...enam ratus tahun dahulu semua orang tahu yang

pertuturan harian, kesempurnaan dan kerapian dalam

bahasa Jerman yang begitu baik nahunya seperti hari

ini tidak pernah diimpikan.

... six hundred years ago every rustic knew, that is to

say practiced daily, perfections and niceties in the

German language of which the best grammarians

nowadays do not even dream.

(Jacob Grimm)

Alasan Hudson yang keenam pula berkait rapat dengan alasan bahawa perubahan

bahasa itu perlu kerana kesesuaian analisis minda (metanalysis). Ini adalah suatu

proses yang memerlukan seseorang itu dapat menganalisis sesuatu perkataan,

berdasarkan latar belakang pemahaman seseorang terhadap sesuatu bahasa. Dalam

hal ini terdapat dua bentuk metanalysis. Yang pertama, proses memahami perkataan

seperti –oholic dari perkataan alcoholic boleh dijadikan imbuhan untuk beberapa

terma seperti chocoholic dan workaholic dikenali sebagai ‘clever metanalysis’.

Kebolehan ini timbul kerana ‘kecerdikan’ minda menganalisis berdasarkan

sumbangan leksikal yang sedia ada. Contoh terma ini juga dapat kita lihat apabila

kita menyebut perkataan ‘China’ yang membawa maksud barangan tembikar atau

seramik dan bukannya negara. Begitu juga dengan perkataan ‘shoppe’ misalnya,

yang menerangkan kedai yang menjual barangan antik. Bentuk yang kedua pula

ialah ‘naive metanalysis’. Bentuk ini memberi implikasi pengetahuan kepada

Page 11: BHS HALUS DLL

31

pengguna komunikasi kerana ‘salah faham’ mereka terhadap penggunaan sesuatu

bahasa yang secara tidak langsung telah memberi peluang kepada kita membentuk

perubahan bahasa. Perubahan ini dapat ditemui dalam morfologi dan ini mempunyai

sejarah hubung kait dengan hubungan leksikal sesuatu perkataan yang salah.

Misalnya, salah dengar perkataan an apron memberi implikasi kepada penulisan

perkataan a napron yang langsung tidak mempunyai maksud.

Alasan yang seterusnya ialah, memahami makna-makna yang usang atau kuno

(obsolescence of meanings). Dalam perancangan bahasa Melayu misalnya,

perkataan-perkataan yang sudah kuno atau usang telah ‘dihidupkan’ kembali dan

perubahan bahasa ini telah menambah perbendaharaan kata dalam bahasa tersebut.

Perkataan seperti Tun, Tan Sri, Datuk, Datin, cerakin, dermaga dan limbungan

(Abdullah Hassan dan Ainon, 1995:145) serta darjat, telah digunakan dengan meluas

serta berjaya pula menggantikan perkataan-perkataan yang sebelum ini berbau

bahasa penjajah. Bagaimanapun kadang-kadang makna-makna usang atau kuno

begini cuba dicantas dan akhirnya wujud pula fenomena penyusutan bahasa. Ini juga

dapat dikategorikan dalam perubahan bahasa.

Hal ini dapat dibuktikan iaitu sejak zaman kedatangan Columbus, bahasa kaum Red

Indian telah ‘dibunuh’ dan hal ini berterusan sehingga kini. Bahasa lisan penduduk

asli kaum Red Indian seperti Navojo, Hualapai, Crow dan Tohono O’odham juga

dijangka akan menghadapi masalah yang sama walaupun masih terdapat sejumlah

penutur asli dalam bahasa tersebut. Kajian Crawford (1995) juga merujuk kepada

Page 12: BHS HALUS DLL

32

kajian yang telah dibuat oleh Michael Krauss (1992) di mana Krauss telah berjaya

mengesan; bahawa hanya 45 daripada 175 bahasa-bahasa asli ini akan terus

dikekalkan sehingga tahun 2000. Sedangkan keadaan ini berbeza sekali di New

Zealand di mana bahasa Inggeris sedia menerima serap perbendaharaan kata asli

Moari dalam perubahan bahasanya (Holmes, 2001).

Anda (dari luar) tidak dapat menyedarkan orang lain

dari memupuk atau mengekalkan bahasa mereka.

You cannot from outside inculcate into people the will

to revive or maintain their languages.

(Michael Krauss, 1992:19)

Akhir sekali, alasan yang kelapan ialah kerana hubungan sesuatu bahasa dengan

bahasa di persekitarannya (language contact). Dalam hal ini, kita dapat kenal pasti

kebanyakan bahasa sangat dipengaruhi oleh bahasa yang berada ‘dekat dengannya’

ketika bahasa tersebut mengalami proses evolusinya. Kajian yang dipelopori Lesley

Milroy (1980) telah membuktikan wujudnya satu rantaian sosial antara kelas.

Bagaimanapun Hudson lebih memberi tumpuan kepada hubungan antara bangsa dan

daerah geografi. Misalnya, keakraban bahasa Perancis dengan Inggeris dari segi

leksikal sangat dipengaruhi oleh hubungannya ketika Perancis di bawah jajahan

Norman. Begitu juga dengan sistem fonologi bahasa Indo-Eropah di selatan India

sangat dipengaruhi oleh penyebutan fonologi Hindi sementara bagi penutur bahasa

bukan Indo-Eropah pula fonologi mereka dipengaruhi oleh bahasa Tamil dan Telegu.

Peminjaman morfologi asing biasanya terjadi jika sesuatu bahasa itu mempunyai

Page 13: BHS HALUS DLL

33

hubungan yang sangat rapat dengan bahasa yang lain. Misalnya, bahasa Ma’a di

timur Afrika yang telah sekian lama menjadi jiran bahasa Bantu di selatan Tanzania

dan ini telah mempengaruhi imbuhan kepada kata nama untuk bahasa Ma’a. Hal

begini sepatutnya tidak terjadi kerana bahasa Ma’a adalah dari keluarga bahasa

Cushitic. Akhir sekali dari segi sintaksis pula, pengaruh perubahan bahasa sangat

ketara bagi bahasa-bahasa di Afrika seperti Semitic, Amharic dan Cushitic yang jelas

meniru sintaksis bahasa Arab.

James Crawford (1995) telah mengemukakan beberapa petanda untuk mengenal pasti

jika sesuatu bahasa itu telah berubah dengan sepenuhnya. Dalam hal ini, beliau telah

membuat tiga andaian iaitu:

(a) Kefasihan sesuatu bahasa meningkat selaras dengan peningkatan usia

sesebuah komuniti. Bagaimanapun pada peringkat generasi muda, mereka

lebih gemar bertutur dalam bahasa kumpulan sendiri (slanga).

(b) Penggunaan bahasa asal hanya digunakan dalam domain-domain tertentu

sahaja. Misalnya, dalam domain agama dan domain kegiatan kebudayaan.

(c) Peningkatan jumlah ibu bapa yang gagal mengajar anak mereka bertutur

dalam bahasa yang lebih formal.

Jika ditinjau, bagaimana dan apakah elemen-elemen yang menyebabkan perubahan

bahasa dalam kalangan masyarakat Melayu; persoalan sosiolinguistik menjadi aspek

yang paling penting. Perubahan bahasa ini berkait rapat dengan perubahan budaya

bahasa Melayu itu sendiri. Masyarakat terus berubah, penggunaan bahasa halus dan

Page 14: BHS HALUS DLL

34

bahasa diraja (walaupun mempunyai nilai H-variety) yang dianggap susah dan tidak

lagi digunakan orang kecuali dalam domain-domain rasmi sahaja. Hal ini dapat

dilihat yang bahasa diraja hanya digunakan untuk adat istiadat pertabalan,

perkahwinan diraja, anugerah pingat-pingat kebesaran ataupun sambutan hari

keputeraan diraja sahaja serta dalam penulisan surat-surat menyurat diraja sahaja.

Situasi yang berlaku dalam ‘masyarakat bahasa’ juga turut mempengaruhi

masyarakat di sekelilingnya. Misalnya, wujudnya juga perubahan dalam bahasa

filem Melayu, misalnya, penggunaan ‘tuan hamba’ diubah menjadi ‘encik’, ‘awak’

atau ‘mak cik” dan sebagainya. Bagaimanapun perubahan begini tidak wujud secara

drastik dalam penulisan warkah sosial diraja.

2.2 Analisis Wacana

Analisis wacana ditakrifkan oleh Berelson (1971) sebagai satu teknik penyelidikan

lahiriah yang dibuat secara objektif, sistematik dan kualitatif. Berelson (1971) juga,

menyifatkan kajian wacana sebagai suatu kajian yang menjimatkan masa serta murah

perbelanjaannya, lebih-lebih lagi pula analisis wacana boleh merangkumi suatu

tempoh masa panjang. Dalam hal ini, Bailey (1984) juga tidak teragak-agak untuk

bersependapat dengan Berelson (1971) yang kaedah analisis wacana ini adalah

berkualiti tinggi. Walaupun begitu ramai penyelidik ragu-ragu, kerana kaedah

pengukurannya yang disifatkan sebagai tidak menggambarkan keadaan yang

sebenarnya. Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1988:218), wacana

adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat dan wacana boleh terdiri daripada ayat,

sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, siri buku dan sebagainya yang di

Page 15: BHS HALUS DLL

35

dalam teks tersebut serta memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan

fikiran yang berurutan. Oleh itu dalam kata lain wacana adalah satu satuan bahasa

yang lengkap. Kesimpulannya, analisis wacana adalah kajian mengenai satuan

bahasa yang lengkap dalam satu genre dan dalam ruang lingkup domainnya.

Analisis wacana mula popular di Amerika Syarikat dan United Kingdom sekitar

tahun 50-an. Konsep ini berkembang hasil wujudnya teori yang dikemukakan oleh

Firth (1964) yang mengatakan ‘makna wujud dalam konteks’. Menurut Firth, makna

bukan merupakan idea yang terkandung secara tersendiri dan beku dalam perkataan

sebaliknya makna ditentukan oleh keperihalan keadaan atau konteks situasi. Konsep

ini juga diperjuangkan oleh Halliday yang memperjuangkan Teori Firth yang dipetik

daripada Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1988:217) yang memperincikan

lagi bahawa sifat dan struktur bahasa mempunyai hubungan dengan fungsi bahasa

dan fungsi itu ada kaitannya dengan kebudayaan alam bahasa itu sendiri. Oleh itu,

huraian struktur bahasa mestilah mengambil kira kegunaan bahasa itu dalam

sesebuah masyarakat. Dipetik dari sumber yang sama, Halliday telah mengenal pasti

yang bahasa itu mempunyai tiga fungsi yakni; fungsi alami, fungsi hubungan dan

fungsi tekstual. Sehubungan itu, dalam fungsi tekstualnya, Halliday menjelaskan

yang penggunaan bahasa dalam konteks situasi adalah satu wacana yang betul-betul

hidup dan wujud.

Oleh yang demikian struktur bahasa dan intonasi dalam ayat-ayat yang terjalin secara

sambung-menyambung dalam bentuk teks dan berkaitan dengan konteks

Page 16: BHS HALUS DLL

36

penggunaannya disebut sebagai wacana. Hal ini wujud dalam warkah sosial raja

(warkah rasmi) yang dilihat sebagai adanya sambung menyambung antara satu

wacana dengan satu wacana yang lain. Walaupun teks tersebut dikerat-kerat dalam

domain-domain yang jelas, tetapi kesinambungannya antara satu masa kepada masa

yang dilihat seperti satu sambungan yang jelas.

Kajian terawal analisis wacana dimulai sekitar tahun 1930 apabila Bronislaw

Malinowski memulakan kajian di gugusan kepulauan Pasifik Selatan (Kepulauan

Trobriad) untuk menterjemahkan teks-teks bahasa Kiriwinia ke dalam bahasa

Inggeris. Kesukaran berbuat demikian membuat Malinowski (1930) menyedari

bahawa perlunya satu peristilahan untuk mengungkap lingkungan pertuturan dan

keadaan di mana tempat teks itu ditemui.

Justeru, Malinowski (1930) menggariskan yang analisis wacana harus juga memberi

perhatian kepada faktor-faktor di luar linguistik seperti;

(a) bahasa juga digambarkan melalui perlakuan yang dapat menjelaskan

mengenai sesebuah masyarakat serta fungsi-fungsi kesedaran emotif seperti

‘penggerak bahasa’

(b) bahasa mesti dilihat dalam konteks sosial serta kepentingan maknanya bagi

sesuatu ujaran untuk tujuan penggunaan dan statusnya

(c) bahasa harus dilihat dari segi sejarah budaya para penuturnya secara

keseluruhan iaitu sama ada secara praktis atau secara ritual.

Page 17: BHS HALUS DLL

37

Konsep Malinowski diperpanjang oleh Firth (1964) dan kemudiannya dimantapkan

lagi oleh Hymes (1967). Ahli antropologi Amerika Syarikat yang terkenal itu

memperluaskan konsep konteks situasi ini walaupun kerangka yang sama sudah pun

dinyatakan oleh Firth. Bermula daripada perlumbaan-perlumbaan ini, analisis

wacana akhirnya menjadi semakin mantap dan tepat. Mengikut Harimurti

Kridalaksana (1978), wacana mempunyai hubungan dalam empat aspek iaitu;

hubungan leksikal, hubungan nahu, hubungan fonologi dan hubungan semantik.

Oleh itu dengan merujuk kepada hubungan semantik ini, analisis wacana dapat dikaji

dalam dua segi iaitu apabila kita melihat aspek berikut:

(a) Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana yang merupakan

preposisi seperti dalam hubungan sebab dan akibat; hubungan sebab dan

hasil; hubungan sebab dan tujuan; hubungan latar dan kesimpulan; hubungan

syarat dan hasil; hubungan perbandingan; hubungan memperkuatkan isi serta

hubungan yang ditambah (additive).

(b) Hubungan semantik dari segi konteks atau latar wacana seperti yang terdapat

dalam hubungan kesatuan tajuk dan topik; hubungan sosial antara penutur dan

pendengar serta laras bahasa yang digunakan.

2.3 Semantik

Semantik adalah kajian tentang makna, dan sejak dulu semantik tidak dianggap

sebagai bidang yang bereputasi baik. Huraian saintifiknya dianggap tidak tulen dari

segi metodologinya (Chomsky, 1965). Bagaimanapun Katz dan Fodor (1963) yang

dipetik daripada Akmajian et. al (1995) menyifatkan metodologi semantik hanya

Page 18: BHS HALUS DLL

38

bersandarkan kecekapan berbahasa penutur yang menghuraikan ‘makna’ sahaja.

Oleh itu huraian ini hanya berdasarkan pengetahuan penutur dan tidak bersifat

ilmiah. Ini sudah pasti sangat merumitkan sekiranya dikaitkan tafsiran yang berbeza

antara satu individu dengan individu yang lain ketika mengungkap makna sesuatu

leksikal. Keadaan akan menjadi semakin kabur sekiranya tafsiran itu pula melepasi

sempadan geografi, gender, status sosial dan juga umur. Sementara itu Glucksberg &

Danks (1975), menterjemahkan semantik sebagai satu set kemungkinan makna bagi

sebarang kata yang dinyatakan. Menurut Glucksberg & Danks (1975) lagi, semantik

merupakan set kemungkinan bagi perasaan, imej, idea, konsep, fikiran dan inferens

(penyimpulan) yang mungkin dihasilkan oleh seseorang apabila sesuatu leksem

tersebut didengar dan diproses.

Oleh yang demikian Glucksberg dan Danks (1975) mentafsirkan, makna sebagai

‘imej’ dan ‘konsep’. Sehubungan itu, dalam Teori Mentalis, makna dianggap sebagai

suatu entiti. Sebaliknya Wittgenstein (1953) pula telah menolak Teori Mentalis itu

dan mengemukakan Teori Penggunaan yang mentafsirkan makna sebagai sesuatu

ungkapan yang ditentukan oleh masyarakat bahasa.

Untuk itu kita dapat mengimbau semula Model Segi Tiga Semiotik yang

dikemukakan oleh Ogden dan Richard (1923) iaitu perkataan adalah berkait rapat

dengan objek yang ada hubungan secara langsung dengannya. Ini bermakna, setiap

masyarakat menentukan makna bagi sesuatu perkara dengan merujuk kepada sesuatu

benda. Hal ini tentu sahaja dapat dilihat dengan jelas, terutamanya dalam dialek.

Page 19: BHS HALUS DLL

39

Rajah 2.0 – Model Segi Tiga Semiotik

Sumber: Rajah diadaptasi daripada Ogden dan Richard (1923)

2.3.1 Makna Denotasi dan Konotasi

Makna denotasi atau makna rujukan dapat ditafsirkan sebagai aspek makna yang

paling rapat hubungannya dengan perlambangan atau simbol linguistik (Nida dan

Taber, 1974:205). Menurut Nida dan Taber lagi, makna konotasi pula lebih

memperlihatkan sikap emosi sebagai sumber rujukan. Untuk itu, Asim Gunarwan

(1994:50) menunjukkan pengertian ini dengan mengambil contoh perkataan ‘babi’

dalam bahasa Indonesia bukan sekadar maknanya sejenis binatang dalam denotasinya

tetapi membawa pengertian konotasi yang lebih luas dan mendalam sebagai

mempunyai sifat negatif yakni ‘pengotor’. Sebaliknya kalau dalam bahasa Melayu di

Malaysia, makna ‘babi’ membawa pengertian konotasi yang berbeza pula, iaitu

dihubungkaitkan dengan terma untuk memaki hamun. Begitu juga perlambangannya

dalam bahasa Inggeris. Selain itu untuk memaki hamun, dalam bahasa Inggeris

Fikiran (konsep)

Simbol (perkataan) Rujukan (benda)

Page 20: BHS HALUS DLL

40

‘babi’ juga membawa konotasi ‘pelahap’, sebaliknya dalam slanga Inggeris Amerika

pula ‘babi’ merujuk kepada polis.

Daripada kenyataan ini, apabila sesuatu maksud melibatkan pertemuan dua bahasa

yang berbeza akan wujud keadaan di mana suatu titik pertemuan yang dikenali

sebagai objek individu dapat dikenal pasti. Secara umumnya perkembangan erti kata

atau makna kata boleh disimpulkan dalam empat peringkat sepertimana yang

dinyatakan Cruttenden 1979; Reich 1976; Clark, 1977 yang dipetik daripada Asim

Gunarwan (1994) yakni:

(a) peringkat penyempitan erti kata

(b) peringkat pemanjangan berlebihan

(c) peringkat medan semantik

(d) peringkat generalisasi

2.4 Warkah Sosial Diraja atau Warkah Diraja

Penggunaan perkataan ‘warkah’ di sini menggambarkan surat yang ditulis oleh raja-

raja atau kerabatnya. Penulisan warkah menggunakan bahasa istana dan bahasa

halus. Kamus Dewan 2004, mentafsirkan warkah sebagai surat yakni; secebis kertas

atau beberapa helai yang terkandung di dalamnya berita, keterangan atau perjanjian,

pengakuan atau pertanyaan. Raja Mashitah Raja Ariffin (2001) pula menerangkan

pengiriman berita pada peringkat awalnya dilakukan secara lisan. Bagaimanapun

apabila kemahiran menulis dapat dikuasai, pengutusan surat biasanya melibatkan

Page 21: BHS HALUS DLL

41

raja-raja sahaja, kemudian keluarga diraja, seterusnya sahabat keluarga diraja dan

diperluas kepada kaum saudagar dan peniaga.

Warkah yang formal ditulis oleh raja-raja Melayu sejak dulu untuk tujuan diplomatik

dan perdagangan. Asmah Haji Omar (1988:1), mendefinisikan warkah rasmi

sebagai, ‘surat rasmi boleh ditulis oleh seseorang atas nama peribadinya atau atas

nama pejabat atau syarikat’. Ekoran itu, penulisan warkah rasmi oleh Sultan Kedah

dan sultan-sultan lainnya dalam disertasi ini ditakrifkan sebagai menulis surat rasmi

atas kedudukannya sebagai pemerintah negeri serta mewakili jajahan takluknya. The

World Book Encyclopedia (1992:186) mendefinisikan penulisan warkah sebagai:

...satu cara menyampaikan mesej dalam bentuk

penulisan kata-kata. Manusia menulis warkah untuk

tujuan perdagangan dan peribadi. Warkah

perdagangan pada umumnya lebih formal sifatnya

berbanding dengan warkah yang peribadi.

...a way of communicating a message in written words.

People write letter for both business and personal

reasons. Business letters are generally more formal

than personal letter.

Sehubungan itu, dalam kajian ini istilah warkah rasmi atau warkah diraja juga

dikenali sebagai warkah sosial diraja.

Page 22: BHS HALUS DLL

42

2.5 Bahasa Halus

Ahli-ahli linguistik telah menggariskan beberapa ciri-ciri dalam pembentukan bahasa

halus. Hal ini telah disimpulkan oleh Amran Ahmad (1993:42) dan diringkaskan

oleh penyelidik bahawa antara ciri-ciri bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu

mesti merangkumi perkara berikut:

(a) Pemilihan penggunaan kata-kata yang bersopan dan tinggi ertinya.

(b) Penggunaan sistem nahu yang lengkap dan tersusun dengan lancar serta

teratur supaya penerima tidak tergores hatinya.

(c) Penggunaan sistem ganti nama yang betul dan tepat serta bersopan santun.

Dalam konteks ini, apabila seseorang berbicara mestilah dimulakan dengan

orang tua kemudiannya diikuti dengan individu yang lebih muda usianya.

Penggunaan perkataan-perkataan tertentu misalnya, dalam suasana kematian

perkataan, ‘mayat’ digantikan dengan ‘jenazah’. “Bila simpan?” bukannya,

“Sudah tanam?” ‘Allahyarham, Mendiang, Almarhumah’ bukannya ‘si mati’.

(d) Pemilihan peribahasa pula lebih bercorak abstrak. Kebiasaannya penerangan

dapat dibuat secara berkias beribarat. Contoh, sekiranya si penutur ingin

melahirkan rasa tidak puas hati terhadap seorang sahabat yang melupainya

kerana mendapat teman baru, dia akan menggunakan kiasan berikut: “Sudah

mendapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.” Bagaimanapun dalam

bahasa biasa si penutur mungkin dapat berkata sebagai, “Orang sudah tidak

mahu berkawan dengan kita, maklumlah sudah ada kawan baru.”

Page 23: BHS HALUS DLL

43

2.6 Bahasa Istana

Bahasa istana atau juga dikenali sebagai bahasa diraja atau bahasa raja-raja (Asmah,

1987) telah mewujudkan dua jurang komunikasi yang melibatkan perbezaan sosial

kelas. Warkah raja-raja Melayu menggunakan bahasa istana yang sangat jelas untuk

mempersembahkan maksudnya kepada penerima warkah. Warkah daripada (atau

kepada) penerima yang berbeza kedudukan sosial dan darah dirajanya akan ditulis

dalam bahasa istana yang tidak sama juga. Justeru jika diteliti dengan lebih

mendalam, secara tersiratnya seolah-olah wujud satu tatacara yang jelas mengenai

taraf penerima warkah berkenaan dalam warkah sosial diraja. Ini dapat dilihat

daripada kata pembuka surat, ganti nama dan kata sapaan yang digunakan serta

gelaran yang tertentu yang diguna pakai. Ketentuan bahasa ini telah ditetapkan sejak

awal oleh ‘bahasa istana’ ini. Hal ini disahkan oleh Dato’ Haji Wan Shamsudin bin

Wan Mohd. Yusuf (2002:4-7), yakni warkah sosial diraja yang dikirimkan kepada

adinda Sultan Kedah, Tuanku Abdul Aziz (Raja Muda), Wan Muhammad Saman

(Perdana Menteri), King Chulalongkorn (sahabat) dan Sir John Anderson

(Pesuruhjaya Inggeris di Negeri-Negeri Melayu) berbeza gaya bahasa istananya.

Hak ini dapat dikesan dengan jelas dalam bahagian mukadimah warkah beradat

tersebut.

2.7 Bahasa dalam Warkah Diraja

Bahasa yang digunakan dalam warkah rasmi (warkah sosial raja) ialah bahasa halus

dan bahasa istana. Bahasa halus ditafsirkan oleh Asmah Haji Omar (2004) sebagai

Page 24: BHS HALUS DLL

44

bahasa yang menunjukkan kesantunan yang baik dan ini tidak hanya merujuk kepada

bahasa istana. Perkataan dan frasa-frasanya mestilah sangat halus dan

menggambarkan seni keperibadian penggunanya. Di Nusantara ini, kehalusan

bahasa Melayu, Sunda, Madura, Bali dan Jawa dapat dilihat dari segi bahasa-bahasa

tersebut yang telah meletakkan jarak antara penutur dan penerima mesej. Hal ini

digambarkan dengan jelas apabila kita meninjau seni penulisan warkah diraja.

Kehalusan bahasa Jawa dapat ditinjau dari tingkat kasta bahasa Jawa itu sendiri.

Dalam bahasa Jawa terdapat lima hingga enam tingkat bahasa yang dituturkan secara

berlainan untuk individu yang berlainan dalam status yang tidak sama dalam

masyarakat itu, ini diakui sendiri oleh Holmes (2001:101) yang diterjemahkan

sebagai, bahasa Jawa sangat rumit. Bahasa halus itu digunakan oleh kumpulan

tertinggi yang terdiri daripada mereka yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi

serta golongan bangsawan. Menurut Holmes (2001) lagi, hal ini tidak berlaku dalam

bahasa Inggeris. Walaupun wujudnya, Queen’s Language, tetapi ini hanyalah

melibatkan dari aspek penyebutan serta pemilihan perkataan dan ini bukannya bahasa

berkasta sebagaimana bahasa Jawa mahupun bahasa Sanskrit.

Walaupun warkah diraja ini tidak menggunakan bahasa yang begitu rumit dengan

kasta-kastanya, namun perbezaan antara sultan/raja dan penerima yang bukan

sultan/raja dapat dikesan dengan jelas. Penggunaan bahasa halus di Malaysia akan

hanya mengambil kira bagaimana penutur menggunakan bahasa yang bersopan dan

Page 25: BHS HALUS DLL

45

baik sahaja. Asmah Haji Omar dalam bukunya, The Linguistic Scenery in Malaysia

(1992:175-86) telah mengenal pasti empat kaedah penggunaan bahasa halus iaitu;

(a) kaedah menyampai sesuatu secara menyindir mesra (beating about the bush),

(b) penggunaan pantun atau ayat dengan memberi pembayang untuk melahirkan

maksud yang tersirat,

(c) merendah diri dengan menggunakan kaedah – bertutur secara bertentangan

(terbalik), dan

(d) penggunaan kata pantang dan kata pengganti.

Bahasa yang digunakan dalam warkah sosial diraja, adalah bahasa yang formal dalam

laras yang standard. Memandangkan warkah yang dipilih ialah surat-surat yang

ditulis oleh raja-raja Melayu, sudah tentu sifat rasminya ditambah pula dengan ciri-

ciri bahasa dirajanya yang secara tidak langsung menunjukkan ciri-ciri bahasa

halusnya. Sehubungan itu, tiga ciri utama bahasa yang terkandung di dalam warkah

diraja ini ialah dari sudut aneka bahasanya iaitu; bahasa formal, bahasa istana dan

bahasa halus. Selain itu, tidak dinafikan bahasa diraja berbau klasiknya yang

tersendiri.

Sungguhpun penulisan surat rasmi biasa yang menggunakan bahasa halus kurang

sesuai, namun begitu dalam warkah rasmi atau warkah sosial raja, wujudnya

kekecualian yang sangat ketara. Seperti yang dinyatakan, walaupun bahasa Melayu

tidak seperti bahasa Jawa yang mempunyai lima atau enam tingkat kasta, namun

perbezaan tingkat bahasa ini jelas ditunjukkan dalam penulisan warkah diraja jika

Page 26: BHS HALUS DLL

46

dibandingkan dengan surat rasmi tulisan orang awam. Memandangkan bahasa

berubah, penulisan bahasa diraja dan bahasa halus dalam penulisan warkah juga

secara teori seharusnya menunjukkan perubahan. Pernyataan ini diselaraskan pula

dengan teori dialektologi yang dikemukakan oleh Chamber dan Trudgill (1990) yang

menyifatkan wujudnya penyebaran dialek (dalam konteks ini ialah penyebaran

bahasa).

Hal tersebut juga pernah ditunjukkan oleh Bailey (1973b) dalam diagram khusus

untuk memperlihatkan yang bahasa berubah dan disebarkan dalam bentuk bulatan.

Memandangkan bahasa istana wujud dalam bulatan yang sama dengan bahasa

Melayu, penyebaran bahasa Melayu di rantau ini sepatutnya juga mempengaruhi

bahasa istana. Bagaimanapun apa yang berlaku adalah sebaliknya, Penyebaran dan

penggunaan bahasa dalam warkah sosial diraja tidak tertakluk kepada kekangan-

kekangan tertentu mahupun pengaruh-pengaruh tertentu secara mutlak. Sebagai

contoh, secara teori sekiranya berlaku perubahan bahasa yang bersifat rasmi seperti

perubahan dalam sintaksis dan morfologi, dan sudah pasti perubahan itu akan dimulai

dengan warkah sosial diraja terlebih dahulu. Oleh yang demikian, perubahan bahasa

yang wujud dalam warkah sosial diraja ini akan dijadikan kayu pengukur untuk

melihat secara ‘selari’ dengan apa yang berlaku di luar kawasan istana. Ini

memandangkan pada saat media massa belum lagi berkembang dengan pesat, apa-

apa perubahan bahasa yang diterima oleh istana, akan mengambil masa pula untuk

‘menular’ kepada pihak awam. Namun begitu dalam penulisan warkah sosial diraja,

perubahan ini tidak ‘dituruti’ sebagaimana sepatutnya. Perubahan bahasa istana

Page 27: BHS HALUS DLL

47

tertakluk pada hukumnya sendiri. Sejauh mana hal ini benar, akan dibincangkan

dalam Bab III.

Memang benar penulisan warkah diraja mula tergelincir dari ciri-ciri bahasa klasik

dan bahasa istananya. Namun, jika membandingkan warkah daripada Phya Sina

Nunchit (Pemerintah Cerai Buri/Kedah) kepada William James Salmond, Residen

Canselor Pulau Pinang (dalam warkah) yang berusia 170 tahun ini dengan warkah

Sultan Selangor kepada Sultan Kedah ini, seolah-olah bahasa dalam warkah sosial

diraja masih terikat dengan unsur-unsur klasik, halus dan istana, walaupun waktu

berubah.

Surat tulus ikhlas kasih sayang yang tiada berkeputusan

selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan

iaitu daripada beta Phya Sina Nuchit... Cerai Buri.

Barang diwasilkan Tuhan Seru Sekalian Alam apalah

kiranya sampai kepada sahabat beta William Salmod

Esq. Pulau Pinang yang akil bijaksana masyhur

kepujian pandai mengambil hati segala handai taulan

sekelian....

(Khamis, 9 November 1837)

Sumber: Mikrofilem Perpustakaan Nasional Singapura

Qulahul-Haq

Warkah yang tulus ikhlas ini adalah terbitnya daripada

Paduka Kekanda Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj

ibni Almarhum Sultan Hishamudin Alam Shah Alhaj,

Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri Selangor Darul

Ehsan. Mudah-mudah barang diwasalkan oleh Tuhan

seru sekalian alam Kemajlis Duli Yang Maha Mulia

Seri Paduka Adinda Al-Sultan Almu’tasimu Billahi

Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam

Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah....

Page 28: BHS HALUS DLL

48

(Istana Alam Shah, 27 November 1992)

Sumber: Disalin dari Pejabat D.Y.M.M. Sultan Kedah,

Wisma Darulaman

Dengan membandingkan kedua-dua contoh yang berbeza masa 155 tahun, seolah-

olah bahasa dalam warkah sosial diraja Melayu masih terikat dengan unsur-unsur

klasik, halus dan istana, walaupun waktu berubah. Ini kerana perubahan bahasa

dalam warkah sosial diraja tidak begitu selari sifatnya dengan apa yang berlaku di

luar istana. Dalam tempoh tersebut bahasa Melayu di luar istana telah berpindah dari

bahasa klasik kepada bahasa moden.

Justeru sekiranya Teori Firth (Firthian) diguna pakai untuk membincangkan

persoalan ini, rumusan yang dapat dibuat ialah penutur akan memulakan komunikasi

lisan dengan menggunakan phatic communion (penggerak bahasa) dan hal ini juga

wujud dalam warkah diraja. Bagaimanapun penggerak bahasa yang akan digunakan

dalam penyelidikan warkah diraja ini dikenali sebagai kata sapaan pembuka surat.

Untuk memulakan sesuatu komunikasi, penutur pula harus merujuk kepada latar

sosiolinguistik dan tatacara (adab) berbicara (Asmah Haji Omar, 1992). Oleh yang

demikian, dalam penulisan warkah sosial diraja (warkah rasmi) hal yang sama juga

diambil kira untuk memulakan kepala pembuka warkah, isi kandungan warkah dan

penutup warkah.

Page 29: BHS HALUS DLL

49

2.8 Genre sebagai Wacana

Menurut Halliday dan Hasan (1976:2), genre merupakan satu teks (wacana) rakaman

sebuah peristiwa komunikasi. Menurut mereka lagi, sesuatu teks dianggap sebagai

mantap apabila dilengkapi dengan satu pengertian bahasa yang luas. Sehubungan

itulah, kita dapat lihat perbezaan antara satu teks dengan teks yang lain tetapi teks-

teks tersebut mempunyai satu hubungan jaringan yang berterusan. Jalinan yang

berterusan ini dianggap sebagai genre.

Wacana telah ditakrifkan dengan pengertian yang lebih sederhana. Abdul Razak

Abdul Karim (1998) mencatatkan; wacana merupakan bahasa yang berfungsi untuk

melaksanakan tugas-tugas tertentu dalam konteks situasi dan ini berbeza dengan

ayat-ayat yang mungkin tertera di papan tulis. Wacana atau teks boleh dilihat dalam

bahasa pertuturan (lisan), penulisan atau bentuk-bentuk saranan yang digunakan

untuk menyatakan apa sahaja yang difikirkan. Sehubungan itu, Hymes (1995)

menambah semua bahasa terikat dengan konteks budaya dan konteks situasi yang

dianggap sebagai genre itu. Justeru, penulisan warkah diraja adalah satu genre.

2.9 Kesimpulan

Dengan merujuk kepada Rajah 2.2 berikut, dapat dirumuskan yang perubahan bahasa

berlaku dalam dua cara; iaitu pengukuhan sesuatu bahasa atau penghilangan sesuatu

bahasa. Kedua-dua cara ini berkait rapat dengan perubahan masa. Perubahan masa

memberi kesan sama ada wujudnya pengukuhan sesuatu bahasa misalnya, Masa 1

berubah ke Masa 4 menyebabkan sesuatu kosa kata atau perbendaharaan kata bahasa

Page 30: BHS HALUS DLL

50

menjadi semakin mantap. Hal ini juga menjadi sebaliknya apabila Masa A berubah

secara evolusi kepada Masa D (perubahan ke kiri dan kanan hanya menunjukkan

gerakan masa sahaja dan bukannya tahun berbalik) menyebabkan sesuatu kosa kata

bahasa menjadi kurang mantap dan mungkin akan hilang terus. Dalam bahasa

penulisan diraja, perubahan bahasa boleh berlaku pada kedua-dua cara ke depan dan

ke belakang.

=============================================================

Masa 4

Petunjuk: Kosa Kata

Masa 3

Masa 2

Masa 1

Masa A

Masa B

d)

e) Masa C

Masa D

Rajah 2.1 – Pengukuhan dan Penghilangan Kosa Kata Mengikut

Perubahan Masa

Sumber: Rajah disesuaikan dan diadaptasi dari Effect of Time on Linguistic

Ecosystem (Kaplan & Baldauf, 1999:312)

=============================================================