dimensi horizontal dalam penyusunan kandungan

29
1 SEMESTER 2 SESI 2014/2015 KPF3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR TAJUK UTAMA DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK SUB TAJUK ABDUL AZIM BIN ABDUL RAZAK D2013106390 5 DIMENSI HORIZONTAL DALAM PENYUSUSNAN KANDUNGAN KURIKULUM : PRINSIP SKOP, IMBANGAN DAN INTEGRASI KUMPULAN KULIAH : B PENSYARAH : PUAN ZALINA BINTI AHMAD. Tarikh Serah : 18 APRIL 2015 REKA BENTUK KURIKULUM DI

Upload: azim-ria

Post on 11-Nov-2015

123 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

TUGASAN

TRANSCRIPT

20

SEMESTER 2 SESI 2014/2015KPF3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

TAJUK UTAMA

REKA BENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEHNAMANO. MATRIKSUB TAJUK

ABDUL AZIM BIN ABDUL RAZAKD20131063905DIMENSI HORIZONTAL DALAM PENYUSUSNAN KANDUNGAN KURIKULUM : PRINSIP SKOP, IMBANGAN DAN INTEGRASI

KUMPULAN KULIAH:B

PENSYARAH:PUAN ZALINA BINTI AHMAD.

Tarikh Serah : 18 APRIL 2015

ISI KANDUNGAN.

1.0 PENDAHULUAN

2.0 PENGENALAN KURIKULUM DAN REKA BENTUK KURIKULUM

3.0 MODEL PERKEMBANGAN REKA BENTUK DAN PRINSIP SUSUNAN KANDUNGAN KURIKULUM YANG MEMBENTUK DIMENSI HORIZONTAL DALAM PENYUSUNAN KURIKULUM DI MALAYSIA.3.1 MODEL PERKEMBANGAN REKA BENTUK KURIKULUM : MODEL TYLER 3.2 PENYUSUNAN KANDUNGAN KURIKULUM DALAM MODEL TYLER3.3 DIMENSI- DIMENSI PRINSIP DALAM PENYUSUNAN KANDUNGAN .KURIKULUM.

4.0 DIMENSI HORIZONTAL DALAM PENYUSUNAN KANDUNGAN KURIKULUM DI MALAYSIA.

5.0 ISU PENYUSUNAN KANDUNGAN KURIKULUM, DIMENSI HORIZONTAL DALAM REKA BENTUK KURIKULUM MALAYSIA :PENGAJARAN ELEMEN MERENTASI KURIKULUM (EMK)5.1 PENGAJARAN ELEMEN MERENTASI KURIKULUM (EMK)5.2 ISU DALAM PERLAKSANAAN ELEMEN-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK) BAGI ELEMEN KEUSAHAWANAN, KREATIF DAN ENOVASI DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI.

5.2.1 PUNCA DAN CABARAN TERHADAP ISU KURANG KEBERKESANAN DALAM PENERAPAN ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK).5.2.2 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN TERHADAP ISU KURANG KEBERKESANAN DALAM PENERAPAN ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK).

6.0 PENUTUP.

RUJUKAN

LAMPIRAN

3

4

5

67

10

11

1213

14

14

16

17

19

20

1.0 PENDAHULUAN

Dalam usaha membentuk generasi seimbangan dari segala rohani, sahsiah, fizikal dan intelek yang seterusnya mampu membina sebuah institusi masyarakat yang mahdhani, maka pendidikan dilihat merupakan medium utama dalam usaha tersebut. Ini kerana, pendidikan dilihat menjadi keperluan asas kepada individu bagi memperkembangkan daya usaha mereka malah menjadi perkara pokok dalam pembangunan sebuah negara. Pendidikan yang sempurna akan mampu menghasilkan individu yang seimbang dari aspek intelek, rohani, fizikal dan sahsiahnya.

Secara dasarnya pendidikan adalah satu proses yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Proses-proses pendidikan ini dapat diterjemahkan dalam konten kurikulum pendidikan yang memberi input kepada murid bagi menguasai kemahiran, ilmu dan nilai yang perlu disampaikan. Oleh itu, kurikulum merupakan aspek yang sangat penting dalam pendidikan. Perkembangan kurikulum perlulah mempertimbangkan beberapa aspek seperti keperluan kurikulum dengan keperluan masyarakat, perkembangan kurikulum dengan kemajuan teknologi, dan kurikulum perlu bersesuain dengan nilai tempatan dan setempat (Idi dan Abdullah, 2013).

Oleh itu, penyusunan kurikulum sangat penting dalam memastikan pendidikan yang dijalankan dapat memberi input dan penguasaan kepada murid dengan nilai, ilmu dan kemahiran yang mereka perlukan serta sangat penting kepada guru untuk menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran dengan berkesan . Penyusunan kurikulum sangat penting sebagai asas kepada pembentukkan individu yang berilmu dan dapat melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi intelek, emosi dan rohani seterusnya dapat memajukan negara melalui sistem pendidikan.

2.0 PENGENALAN KURIKULUM DAN REKA BENTUK KURIKULUM.

Istilah kurikulum berasal daripada perkataan Yunani curir bermaksud pelari dan curere bermaksud tempat memacu. Istilah curriculum di gunakan pertama kali di Universiti Paris pada 1576 untuk mengaitkan dengan order besar dalam pendidikan. Menurut Edward S. kurikulum membawa pengertian cara dan bahan-bahan yang mana pelajar akan berinteraksi untuk tujuan mencapai hasil pendidikan seperti yang ditentukan. Ralph Tyler (1935), pula mendifinisikan kurikulum adalah seluruh pengalaman belajar yang direncanakan dan diarahkan oleh sekolah untuk mencapai tujuan pendidikannya, Manakala Hilda Taba (1962)pula, kurikulum merupakan penyataan tentang tujuan pendidikan yang bersifat umum dan khusus, dimana bahannya dipilih dandiorganisasikan berdasarkan pada satu pola tertentu untuk kepentingan belajar dan mengajar

Kementerian Pendidikan Malaysia mendefinisikan, kurikulum dalam konteks Malaysia sebagai segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai- nilai dan norma, unsur- unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli- ahlinya.(Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979)

Di Malaysia, melalui akta pendidikan 1996 telah membentuk satu kurikulum tersendiri iaitu kurikulum kebangsaan yang merupakan suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan (Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997). Kurikulum kebangsaan membolehkan semua murid memperoleh ilmu, nilai dan budaya melalui satu program pendidikan yang di sampaikan oleh guru. Guru pula merupakan orang yang bertanggungjawab untuk memastikan kurikulum yang telah dibentuk dicerna dan disampaikan mengikut kreativiti dan kesesuaian persekitaran sekolah dan murid-murid.

Reka bentuk kurikulum pula menumpukan kepada usaha dengan mana sesuatu kurikulum atau konten pembelajaran itu dibina atau direka cipta, terutama dalam menyusun atur bahagian-bahagian yang terdapat dalam perancangan kurikulum. Reka bentuk kurikulum juga di istilahkan sebagai organisasi kurikulum yang merujuk kepada penyusunan kompenen dalam kurikulum agar menjadi entiti tersendiri dalam pendidikan. Jenis reka bentuk kurikulum yang dipilih bergantung kepada pendekatan kurikulum dan pengangan falsafahnya.

Kompenen dalam reka bentuk kurikulum pula adalah matlamat, tujuan dan objektif, isi kandungan, pengalaman pembelajaran dan pendekatan penilaian. Bagaimana setiap kompenan disusun dan diorganiskan secara tabii adalah perkara utama dalam reka bentuk kurikulum serta apakah penekanan yang diambil apabila kesemua komepenan ini disusun dan diorganisasikan, ini kerana kebanyakkan perancangan reka bentuk kurikulum mempunyai keempat-empat kompenan kurikulum tetapi dengan penekanan yang berbeza, sebagai contoh pada kebiasaannya isi kandungan mendepat penenkanan utama, namun reka bentuk kurikulum sekolah menkankan lebih kepada bojektif dan penilaian, sesetengahnya pula kepada aktiviti pelajar ataupun pengalaman pembelajaran.

3.0 MODEL PERKEMBANGAN REKA BENTUK DAN PRINSIP SUSUNAN KANDUNGAN KURIKULUM YANG MEMBENTUK DIMENSI HORIZONTAL DALAM PENYUSUNAN KURIKULUM DI MALAYSIA.

Dimensi horizontal dalam penyusunan kandungan kurikulum pendidikan negara bermaksud susunan secara sebelah-menyebelah kandungan atau elemen kurikulum melalui prinsip susunan kandungan kurikulum iaitu skop, imbangan dan integrasi. Dimensi horizontal dalam penyusunan kandungan kurikulum ini dengan erti kata lain adalah susunan isi kandungan daripada pelbagai matapelajaran yang sama atau sebelah menyebelah untuk menjadi satu matapelajaran yang lain. Sebagai contoh isi kandungan dalam subjek mikroekonomi, makroekonomi, ekonomi monetari dan ekonometrik digabung menjadi subjek baru iaitu ekonomi pengurusan.

Dimensi horizontal dalam penyusunan isi kandungan kurikulum merupakan susunan prinsip-prinsip dalam penyusunan kandungan kurikulum iaitu imbangan, skop dan integrasi. Dalam membincangkan dimensi horizontal dalam penyusunan kandungan kurikulum ini, model atau teori pekembangan kurikulum yang perlu difahami adalah model tyler kerana penyusunan kandungan adalah salah satu daripada empat langkah dalam pekembangan kurikulum menurut model tyler.

3.1 MODEL PERKEMBANGAN REKA BENTUK KURIKULUM : MODEL TYLER

Model Tyler atau model Objektif-Rasional diperkenalkan oleh seorang tokoh pendidikan pada tahun 1949 iaitu Ralph Tyler dalam buku tulisanya iaitu Basic Principle of Curriculum and Instruction (1949). Melalui buku ini Tyler menjelaskan bagaimana untuk merancang satu bentuk kurikulum agar sesuai dengan tujuan dan matlamat sistem pendidikan.

Model Tyler ini menghuraikan pengembangan kurikulum dalam bentuk langkah-langkah konkrit secara terperinci dalam lingkungan dasar-dasar pengembangan. Menurut model ini terdapat empat soalan asas yang perlu dijawab bagi membentuk kurikulum yang dinamakan sebagai Tyler`s Rationale. Soalan-soalan asas tersebut adalah :

1. Apakah tujuan pendidikan sekolah yang perlu dicapai ?What educational purposes should the school seek to attain?2. Apakah pengalaman pendidikan yang boleh diberikan yang mungkin untuk mencapai tujuan ini ?What educational experiences can be provided that are likely to attain these purposes?3. Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini dianjurkan dengan berkesan ?How can these educational experiences be effectively organized?4. Bagaimana kita boleh menentukan sama ada tujuan ini sedang dicapai ?How can we determine whether these purposes are being attained?

Berdasarkan daripada soalan-soalan yang dikemukakan ini, reka bentuk kurikulum melibatkan empat langkah utama dalam memperkembangkan reka bentuk kurikulum. Empat langkah ini adalah kompenen matlamat, kandugan, kaedah dan penilaian. Langkah-langkah ini disusun secara berturutan dalam model tyler. Keempat-empat kompenen langkah utama boleh dilihat seperti berikut :

3.2 PENYUSUNAN KANDUNGAN KURIKULUM DALAM MODEL TYLER

Antara langkah utama dalam perkembangan reka bentuk kurikulum adalah kompenen penyusunan kandungan dalam kurikulum yang juga merupakan langkah kedua dalam langkah pekembangan reka bentuk kurikulum. Daripada kompenen ini dapat dilihat bagaimana reka bentuk kurikulum disusun dalam dimensi horizontal yang melibatkan prinsip skop, imbangan dan integrasi.

Dalam mengembangkan reka bentuk kurikulum pemilihan kandungan kurikulum sangat penting. Pemilihan kandungan kurikulum ini bermaksud pemilihan subjek, kandungan atau pengalaman pembelajaran yang perlu didedahkan kepada pelajar bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Pemilihan kandungan ini memerlukan perancangan kurikulum agar bersesuaian dengan pengalaman sedia ada pelajar dan pengalaman baru yang perlu dicapai pelajar. Oleh itu, proses pemilihan kandungan sangat memerlukan kreativiti yang lebih luas pendidik dalam sesi pembelajaran.

Perancangan penyusunan kandungan kurikulum perlu dilaksanakan dengan kreatif dan menyeluruh bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Sebagai contoh penyusunan bahan kurikulum disusun mengikut aras bagi setiap unit pembelajaran dan mengikut aras kesukaran iaitu dari pada aras mudah ke aras yang lebih kompleks bertujuan untuk menghasilkan penerimaan yang optimum dari seorang pendidik kepada muridnya. Dalam model Tylers mencadangkan tiga prinsip utama dalam penyusunan kandungan iaitu prinsip kesinambungan, prinsip ketertiban dan prinsip kesepaduan.

1. Prinsip kesinambungan Prinsip kesinambungan bermaksud peningkatan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh murid selaras dengan pertumbuhan fizikal, pemkembangan mentah dan peningkatan umur murid. Menurut Tyler satu kurikulum yang sempurna adalah apabila mempunyai kesinambungan kurikulum yang lancar dimana satu pembelajaran itu dimulai dengan peringkat yang paling asas atau mudah, diteruskan dengan kebolehan murid untuk mengaplikasikannya dan seterusnya meneroka bagi tahap yang lebih tinggi pula.

2. Prinsip Ketertiban.Prinsip kedua dalam penyusunan kandungan adalah prinsip ketertiban yang membawa pengertian jumlah timbun-tambah ilmu, kemahiran dan nilai yang dibina menerusi pembelajaran yang dilaksanakan merentas waktu. Prinsisp ini menjelaskan bahawa pembelajaran perlulah sentiasa berturutan dan berterusan agar murid menguasai ilmu, kemahiran dan nilai menguasai berdasarkan pengalaman lalu dan mampu memberi peluang kepada pelajar belajar secara luas dan mendalam3. Prinsip kesepaduan.Prinsip seterusnya pula adalah prinsip kesepaduan, iaitu prinsip dimana murid dapat menghubungkait satu ilmu dengan satu ilmu yang lain. Ini bermakna melalui prinsip ini pengalaman pembelajaran dalam satu ilmu atau kemahiran dapat diguna oleh pelajar untuk dihubungkaitkan dengan ilmu atau kemahiran yang lain bagi menjadikan pembelajaran adalah satu yang menyeluruh dan holistic.

Dalam reka bentuk kurikulum tiada satu reka bentuk yang boleh dikatakan unik tetapi setiap reka bentuk kurikulum mempunyai kualiti tersendiri yang berbeza atau sama dengan reka bentuk kualiti yang lain.Oleh itu mengabungkan reka bentuk- reka bentuk kurikulum akan menjadikannya lebih unik (T.Henson, 1995) .Daud Hamzah (1995) dalam buku Penerokaan Teori Kurikulum dan T.Henson (1995) dalam buku Curriculum development for educational reform menambah lagi dua lagi prinsip dalam penyusunan kandungan kurikulum iaitu prinsip skop kandungan dan prinsip imbangan kandungan.

1. Prinsip Skop kandungan.Melalui prinsip skop atau litupan kandungan ini merujuk kepada kedalaman kandungan kurikulam pada mana-mana tahap pada masa-masa tertentu. Ganbungan keluasan dan kedalaman kandungan berkaitan dengan tahap pendidikan yang membolehkan murid menguasai kandungan mengikut tahap pendidikan dan kognitif murid..

2. Prinsip Imbangan kandungan.Prinsip imbangan kandungan pula merujuk kepada kadar agihan, kepadatan muatan dan kesesuaian kandungan dengan masa pembelajaran yang diperuntukkan kepada murid bagi menguasainya. Prinsip imbangan menekankan kepada satu perkara dalam satu masa (one point in time) maka prinsip ini adalah dalam dimensi horizontal atau menegak.

3.3 DIMENSI- DIMENSI PRINSIP DALAM PENYUSUNAN KANDUNGAN KURIKULUM.

Dalam penyusunan kandungan kurikulum terdapat lima prinsip utama bagi menjadikan susunan kandungan kreatif dan menyeluruh bagi mencapai matlamat kurikulum seperti yang telah ditetapkan. Prinsip prinsip tersebit adalah :

1. Prinsip kesinambungan2. Prinsip ketertiban.3. Prinsip kesepaduan4. Prinsip skop kandungan5. Prinsip imbangan kandungan.

Kelima-lima prinsip penyusunan kandungan kurikulum ini boleh di lihat dan diletakkan mengikut dua dimensi iaitu dimensi vertical dan dimensi horizontal. Prinsip penyusunan kandungan dalam dimensi vertical adalah Prinsip kesinambungan dan prinsip turutan,. Manakala prinsip skop, integrasi dan imbangan merupakan prinsip kandungan yang dimasukkan sebagai dimensi horizontal. Hubungkait dua dimensi penyusunan kandungan iaitu dimensi vertical dan dimensi horizontal dapat dilihat dalam rajah dibawah. PRINSIP IMBANGANDIMENSI HORIZONTALPRINSIP KESINAMBUNGANDIMENSI VERTICAL

PRINSIP TURUTAN

PRINSIP SKOPPRINSIP INTEGRASI

4.0 DIMENSI HORIZONTAL DALAM PENYUSUNAN KANDUNGAN KURIKULUM DI MALAYSIA.

Dimensi horizontal dalam penyusunan kandungan kurikulum adalah bererti, susunan kandungan secara sebelah-menyebelah, dengan kata lain kandungan pembelajaran bagi satu subjek adalah menyebelah atau sealiran dengan satu lagi sebjek dari segi konten dan penilaian.Dalam dimensi horizontal hasil yang sama di kumpul pada satu tema dan topik dengan menentukan skop kandungan kurikulum secara mendatar atau sealiran (Shahid Hassan, 2013).

Dimensi horizontal juga boleh difahami sebagai susunan isi kandungan daripada pelbagai matapelajaran yang sama atau sebelah menyebelah untuk menjadi satu matapelajaran yang lain. Sebagai contoh isi kandungan dalam subjek mikroekonomi, makroekonomi, ekonomi monetari dan ekonometrik digabung menjadi subjek baru iaitu ekonomi pengurusan. Prinsip-prinsip penyusunan kandungan kurikulum dalam dimensi horizontal adalah seperti berikut :

1. Prinsip skop kandungan2. Prinsip integrasi3. Prinsip imbangan

Prinsip skop kandungan dalam dimensi horizontal melibatkan keluasan dan kedalaman konten dan hasil dalam sesuatu matapelajaran. Dalam prinsip ini beberapa perkara perlu dilihat iaitu perkara yang penting dalam mata pelajaran, pengalaman murid, kesediaan murid untuk belajar sendiri, penekanan kognitif atau afektif, matlamat pembelajaran dan elemen kepelbagaian.

Prinsip integrasi pula menekankan kepada kadar hubungan pelbagai jenis pengetahuan yang berbeza kedalam satu pengalaman dan kemahiran murid agar,merekadapat menghubungkaitkan dengan ilmu atau kemahiran yang lain bagi menjadikan pembelajaran adalah satu yang menyeluruh dan holistic. Oleh itu kandungan kurikulum dibentuk secara bersepadu iaitu pelbagai disiplin digarap sebagai contoh memasukkan isu-isu semasa masyarakat dan negara dalam pembelajaran, tidak hanya semata-mata teori di dalam kelas sahaja.

Melalui dimensi horizontal ini, konten kurikulum di bentuk berdasarkan prinsip-prinsip penyusunan kandungan kurikulum berkenaan. Isi kandungan matapelajaran dalam dimensi ini diintegrasi menjadi satu ilmu dan kemahiran dalam disiplin ilmu yang sama (Shahid Hassan,2013). Dimensi horizontal membantu menyesuaikan konsep yang saling berkaitan dalam setiap matapelajaran yang mempunyai kaitan displin (interdisciplinary subject).

5.0 ISU PENYUSUNAN KANDUNGAN KURIKULUM, DIMENSI HORIZONTAL DALAM REKA BENTUK KURIKULUM MALAYSIA :PENGAJARAN ELEMEN MERENTASI KURIKULUM (EMK)

Dimensi horizontal dalam penyusunan kandungan kurikulum melibatkan tiga prinsip utama dalam elemen kandungan iaitu prinsip kesepaduan, prinsip skop kandungan dan prinsip imbangan. Melalui dimensi ini, satu kandungan kurikulum tersebut disusun berdasarkan kesamaan atau sebelah menyebelah dalam elemen kurikulum, Isu dalam penyusunan kandungan kurikulum, dimensi horizontal dalam reka bentuk kurikulum di Malaysia yang ingin diberikan perhatian adalah pengajaran elemen merentasi kurikulum di Malaysia.

Elemen merentasi kurikulum merupakan nilai tambah dalam setiap kandungan kurikulum di sekolah. Elemen-elemen ini membawa nilai-nilai yang harus diterapkan kepada pelajar. Elemen-elemen ini terdiri daripada nilai-nilai tambah seperti kemahiran, pengetahuan dan nilai murni yang dimasukkan kedalam standard kandungan bagi peringkat rendah dan menengah

5.1 PENGAJARAN ELEMEN MERENTASI KURIKULUM (EMK)

Menurut Bahagian Pembangunan Kurikulum 2010, elemen merentasi kurikulum merupakan unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan kurikulum. Elemen-elemen ini melibatkan elemen-elemen yang sedia ada dalam KSSR iaitu bahasa; pendidikan alam sekitar, nilai murni,sains dan teknologi; dan patriotisme dan ditambah dengan elemen baru iaitu Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), keusahawananserta kreativiti dan inovasi.

Pelaksanaan elemen-elemen ini telah dimulakan daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah lagi, namun apabila semakkan baru dibuat, maka tiga elemen lagi ditambah dalam kandungan kurikulum dalam satu standard kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2010. Tiga elemen tersebut adalah keusahawanan, kreatif dan enovasi dan teknologi makluamt dan komunikasi (TMK).

Elemen-elemen ini diterapkan dalam kandungan pelbagai matapelajaran di peringkat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan sekolah menengah. Elemen-elemen dalam EMK dimasukkan dalam pelbagai kandungan matapelajaran bertujuan untuk mengukuh kemahiran dan keterampilan modal insan supaya dapat mendepani cabaran dimasa hadapan. Inisiatif menerapkan elemen ini dalam kurikulum sekolah juga merupakan tindakkan menghadapi cabaran baru dalam abad 21 ini.

Elemen keusahawanan merujuk kepada penerapan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam proses membudayakan keusahawanan (BPK,2010) seperti mengamalkan sikap dan gaya berfikir keusahawanan. Elemen kreatif dan enovasi pula merujuk kepada penerapan kebolehan minda berinmaginasi dan mencerna sesuatu maklumat untuk menyelesaikan masalah. Elemen ini membolehkan murid lebih berdaya cipta dan berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti. Elemen teknologi maklumat dan komunikasi pula merujuk kepada penekanan terhadap penggunaan teknologi seperti komputer, alat komunikasi, perisian dan aplikasi memproses atau memperoleh dalam kandungan kurikulum. Ini bagi menyediakan kandungan kurikulum yang menarik dan memberi menyediakan murid kepada kemahiran yang sangat penting pada era moden ini.

5.2 ISU DALAM PERLAKSANAAN ELEMEN-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK) BAGI ELEMEN KEUSAHAWANAN, KREATIF DAN ENOVASI DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI.

Isu dalam pelaksanaan EMK adalah mengenai keberkesanan penerapan elemen-elemen EMK kedalam kandungan mata pelajaran. Isu utama yang dihadapi adalah kebolehan murid bagi mengaplikasikan elemen-elemen ini dalam setiap kandungan matapelajaran yang dipelajari. Sebagai contoh murid tidak dapat mengaitkan nilai-nilai keusahawanan dalam mempelajari matapelajaran sains dan matematik. Isu ini menyebabkan penerapan elemen merentas kurikulum tidak dapat dilaksanakan dan dicapai dengan berkesan.

Isu ini terbukti apabila murid tidak dapat menghayati nilai-nilai keusahawanan dalam diri merena apabila mempelajari sesuatu matapelajaran, natijahnya, nilai-nilai dalam setiap elemen ini masih kurang pada diri murid di akhir pembelajaran. Murid masih lagi tidak dapat memberi idea-idea bernas dan kreatif dalam pembelajaran.

5.2.1 PUNCA DAN CABARAN TERHADAP ISU KURANG KEBERKESANAN DALAM PENERAPAN ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK).

Antara punca kepada kurangnya kebekesanan dalam penerapan elemen merentas kurikulum di peringkat sekolah adalah antaranya kurang kecekapan guru dalam menghubung jalinkan elemen-elemen EMK dalam matapelajaran, kurangnya kreativiti guru dalam kaedah penyampaian EMK kepada murid dan sistem pendidikan yang lebih beroreantasikan peperiksaan menyebabkan murid kurang dapat menghubungkait pembelajaran di kelas dengan kehidupan seharian.

Cabaran yang dihadapi bagi menerapkan elemen merentasi kurikulum adalah merujuk kepada, kaedah yang selalu digunapakai oleh guru dalam penyampaian pada sesi pembelajaran dan pengajaran. Dalam setiap mata pelajaran guru lebih mengutamakan untuk menghabiskan silibus dan kandungan matapelajaran tersebut sahaja sehingga kurang memberi penekanan kepada penerapan elemen eperti keusahawanan, kreatif dan enovasi dan TMK. Para guru lebih suka menggunakan kaedah lama dalam memberi tugasan kepada murid.

Pembelajaran dan pengajaran yang lebih berorientasikan peperiksaan dan penilaian juga menyebabkan kurangnya penekanan terhadap elemen-elemen ini. Hal ini kerana, elemen-elemen ini hanya akan diguna sekiranya perlu sahaja oleh guru, ini menyebabkan murid juga kurang memberi tumpuan kepada aspek elemen-elemen ini, murid lebih menumpukan untuk mendapat keputusan yang terbaik tanpa mengambil nilai-nilai tambah dalam matapelajaran yang dipelajari.

Selain itu, akibat kurangnya aktiviti dalam kelas yang melibatkan penekanan kepada nilai tambah melalui elemen merentas kurikulum ini menyebabkan para murid tidak dapat mengaplikasi pengetahuan yang diperoleh dari dalam kelas ke dalam kehidupan seharian mereka. Ini menyebabkan susunan kandungan elemen merentasi kurikulum ini kurang berkesan dan murid tidak dapat menghayati pengetahuan yang mereka peroleh dari dalam kelas.

5.2.2 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN TERHADAP ISU KURANG KEBERKESANAN DALAM PENERAPAN ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK).

Penyusunan kandungan yang baik tidak memberi jaminan kepada penghayatan yang baik kepada murid, sebaliknya, perlaksanaan dalam melaksanakannya perlu juga di ambil tindakkan yang sirius.

Antara cadangan dalam menambah baik lagi penerapan EMK dalam kandungan kurikulum adalah melatih para guru dalam memberi penyampaian yang kreatif di dalam kelas. Ini bermaksud, guru perlu mempunyai daya kreativiti dalam menyampaikan maklumat dan berjaya menghubung jalinkan antara kandungan matapelajaran yang diajar dengan nilai-nilai tambah yang ditetapkan dalam elemen merentasi kurikulum. Guru-guru tidak seharusnya hanya pasif dalam mengajar subjek tertentu dengan tidak mengaitkan dengan kehidupan sebenar dan nilai-nilai tambah yang lain.

Seterusnya, memberi kebebasan kepada murid dalam menentukan sesi pembelajaran yang sesuai didalam kelas. Ini kerana, dengan mengawal atau menghadkan kebebasan murid menentukan sesi pembelajaran dalam kelas menyebabkan guru akan menyekat kebolehan dan kebebasan murid untuk berfikir secara kreatif dan inovasi. Perbanyakkan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi kebebasan kepada murid bagi membina idea juga sangat diperlukan. Guru boleh berperanan sebagai fasilitator dengan hanya memantau aktiviti murid tetapi murid yang bebas menentukan idea mereka.

Yang berikutnya, pembelajaran dan memperoleh pengetahuan tidak sepatutnya semata-mata demi peperiksaan dan penilaian. Ini kerana ia menyebabkan murid hanya memfokuskan untuk mendapat keputusan yang cemerlang sahaja tanpa mahu memndapatkan nilai-nilai tambah yang lain di dalam kelas. Ini sudah tentu satu pembaziran waktu pembelajaran dan pengajaran. Tindakkan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, sangat penting bagi menangani masalah ini. Oleh itu, usaha dari kementerian seperti memperkenalkan Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) dan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu usaha yang baik bagi mengubah sistem berpusatkan peperiksaan ini disamping memberi kebebasan kepada murid dan guru serta sekolah dalam menerapkan nilai-nilai tambah dalam diri murid.

6.0PENUTUP. Kurikulum merupakan medium utama dalam sistem pendidikan negara kerana ia merupakan medium pemnayampaian yang paling berkesan kepada murid. Kurikulum negara yang berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara perlu disusun dan rekabentuk dengan baik agar model kurikulum yang dibina tersebut mampu memberi manfaat dan menyediakan generasi muda dengan pengetahuan dan ilmu yang sangat berguna dalam menghadapi cabaran yang besar dalam era yang penuh persaingan ini.Reka bentuk kurikulum adalah satu usaha bagi mereka cipta dan membina konten kurikulum yang sesuai di negara berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara. Reka bentuk yang berkesan boleh dibentuk dan dikembangkan melalui empat langkah utama dengan empat kompenen yang utama iaitu matlamat, kandugan, kaedah dan penilaian. Antara langkah yang penting pula adalah penyusunan kandungan iaitu kompenan kedua dalam langkah tersebut. Penyusunan kandungan ini melibatkan dua dimensi yang utama iaitu vertical dan horizontal dengan setiap dimensi mengandungi prinsip penyusunan kandungan yang penting dan mempunyai peranan yang tersendiri. Dimensi-dimensi dapat memudahkan bagi menyusun kandungan kurikulum yang berkesan. Dimensi Horizontal dalam penyusunan kandungan kurikulum terdiri daripada tiga prinsip utama sangat penting untuk diperhalusi. Kerana melalui dimensi horizontal ini dapat disusn kandungan kurikulum tersebut secara sebelah menyebelah dan merentasi kurikulum. Ini penting bagi menyediakan pelajar kepada konten pengetahuan yang sama diaplikasi dari matapelajaran atau elemen lain dan disesuaikan dalam setiap matapelajaran. Antara contoh penyusunan kandungan dimensi horizontal adalah Elemen Mrentasi Kurikulum (EMK)yang mengaplikasikan dimensi horizontal dalam penyusunan kandungan untuk memperkembangkan reka bentuk kurikulum negara Malaysia ini. EMK dilihat mampu memberi nilai tambah yang bermutu kepada murid disamping mereka belajar dalam kurikulum yang tertentu.

Secara kesimpulannya, kurikulum dapat dikembangkan dengan baik apabila penyusunan kandungan sama ada secara dimensi vertical atau horizontal di buat dengan teliti dan baik.Penyusunan kandungan secara horizontal sekiranya di susun dengan baik dapat memberi input kepada pelajar dan dapat menghubungkaitkan setiap matapelajaran yang di pelajari disamping dapat dapat memperkembangkan potensi individu secara berterusan dan menghargai ilmu pengetahuan berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

RUJUKAN.

R. Durgherty. (1995). National Curriculum Asseeement, Britain: The Falmer Press.T.Henson. (1995). Curriculum Development :For Education Reform, New York: HarperCollins College PublishersMohd. Daud Hamzah(1995).Penerokaan Teori Kurikulum. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.Taba. H. (1962). Curriculum Development - Theory & Practise. New York: Harcourt,Brace and World. Shahid Hassan. (2013). Concepts of vertical and horizontal integration as an approach to integrated curriculum. Education In Medecine Journal.

Mohd Shukri Hanapi ( 2011 ). Kesepaduan ilmu naqli, sains makmurkan alam sejagat. Berita Harian. 27 Januari 2011. Halaman 32

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2011), Elemen Merentas Kurikulum , Diperoleh pada April 1, 2015 daripada http://apps2.moe.gov.my/ kurikulum/v2/kssr/ index.m php /pengenalan/emk

IPG Kampus Pendidikan Islam, (2015), Elemen Merentas Kurikulum , Diperoleh pada April 1, 2015 daripada http://www.ipislam .edu.my/index.php/page /KSSR/565/ ELEMEN-MERENTAS-KURIKULUM

LAMPIRAN

1.1 PETA MINDA