digest poli kk zswak

137
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak 1 HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN, MOTIVASI DAN PENCAPAIAN PELAJAR SEMESTER SATU DALAM MODUL MATEMATIK KEJURUTERAAN Azrul Mahfurdz Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Mukah Sarawak Saifuddin Semail Jabatan Matematik, Sains & Komputer Politeknik Sandakan Sabah ABSTRAK Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti hubungan gaya pembelajaran, motivasi dengan pencapaian pelajar semester 1 dalam Modul Matematik Kejuruteraan. Seramai 297 orang pelajar semester 1 dari beberapa jabatan yang berbeza telah dipilih sebagai sampel. Instrumen yang digunakan adalah Inventori Pembelajaran Di Sekolah oleh Selmes (1987) yang telah mengemukakan empat gaya pembelajaran iaitu permukaan, mendalam, terancang dan gigih usaha. Data pencapaian matematik pelajar pula telah diambil daripada keputusan peperiksaan akhir semester. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences15.0). Hasil analisis deskriptif mendapati bahawa kebanyakkan pelajar mengamalkan keempat-empat gaya pebelajaran. Bagi faktor motivasi, didapati nilai motivasi dalaman lebih tinggi berbanding motivasi luaran. Analisis kajian turut menemukan hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dan motivasi. Walaubagaimanapun didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran dan pencapaian pelajar. 1.0 PENGENALAN Pembangunan politeknik-politeknik di Malaysia bermula dari aspirasi negara ke arah menjadi sebuah negara perindustrian dan seterusnya meningkatkan daya saing dalam pasaran ekonomi dunia. Penubuhan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KPTM adalah bertujuan untuk melatih bakal pekerja separa profesional bagi menampung keperluan sumber manusia dalam jurusan teknikal, perdagangan dan perkhidmatan. Sumber tenaga kerja terlatih dalam bidang teknikal adalah suatu keperluan yang penting. Program yang ditawarkan di politeknik yang merangkumi bidang teknikal, perdagangan dan perkhidmatan sememangnya memerlukan pelajar mempunyai pengetahuan matematik yang secukupnya. Pengetahuan asas yang kuat dalam bidang matematik adalah penting dalam masyarakat kita yang menuju kearah sebuah negara maju yang berteraskan sains dan teknologi (Angela, 2001). Pembelajaran matematik dalam kurikulum politeknik haruslah dirancang supaya mencapai matlamatnya, iaitu untuk mempertingkatkan pengetahuan, ketrampilan dan minat pelajar dalam matematik. Pelajar diharapkan akan berupaya menggunakan matematik secara efektif untuk menyelesaikan masalah serta mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk

Upload: ruqoiyah-syaifullah

Post on 29-Oct-2015

106 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

1

HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN, MOTIVASI DAN PENCAPAIAN PELAJAR

SEMESTER SATU DALAM MODUL MATEMATIK KEJURUTERAAN

Azrul Mahfurdz

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Politeknik Mukah Sarawak

Saifuddin Semail

Jabatan Matematik, Sains & Komputer

Politeknik Sandakan Sabah

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti hubungan gaya pembelajaran, motivasi

dengan pencapaian pelajar semester 1 dalam Modul Matematik Kejuruteraan. Seramai 297

orang pelajar semester 1 dari beberapa jabatan yang berbeza telah dipilih sebagai sampel.

Instrumen yang digunakan adalah Inventori Pembelajaran Di Sekolah oleh Selmes (1987)

yang telah mengemukakan empat gaya pembelajaran iaitu permukaan, mendalam, terancang

dan gigih usaha. Data pencapaian matematik pelajar pula telah diambil daripada keputusan

peperiksaan akhir semester. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan

menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences15.0). Hasil analisis

deskriptif mendapati bahawa kebanyakkan pelajar mengamalkan keempat-empat gaya

pebelajaran. Bagi faktor motivasi, didapati nilai motivasi dalaman lebih tinggi berbanding

motivasi luaran. Analisis kajian turut menemukan hubungan yang signifikan di antara gaya

pembelajaran dan motivasi. Walaubagaimanapun didapati tidak terdapat perbezaan yang

signifikan antara gaya pembelajaran dan pencapaian pelajar.

1.0 PENGENALAN

Pembangunan politeknik-politeknik di Malaysia bermula dari aspirasi negara ke arah menjadi

sebuah negara perindustrian dan seterusnya meningkatkan daya saing dalam pasaran ekonomi

dunia. Penubuhan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KPTM adalah

bertujuan untuk melatih bakal pekerja separa profesional bagi menampung keperluan sumber

manusia dalam jurusan teknikal, perdagangan dan perkhidmatan. Sumber tenaga kerja terlatih

dalam bidang teknikal adalah suatu keperluan yang penting.

Program yang ditawarkan di politeknik yang merangkumi bidang teknikal, perdagangan dan

perkhidmatan sememangnya memerlukan pelajar mempunyai pengetahuan matematik yang

secukupnya. Pengetahuan asas yang kuat dalam bidang matematik adalah penting dalam

masyarakat kita yang menuju kearah sebuah negara maju yang berteraskan sains dan

teknologi (Angela, 2001).

Pembelajaran matematik dalam kurikulum politeknik haruslah dirancang supaya mencapai

matlamatnya, iaitu untuk mempertingkatkan pengetahuan, ketrampilan dan minat pelajar

dalam matematik. Pelajar diharapkan akan berupaya menggunakan matematik secara efektif

untuk menyelesaikan masalah serta mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk

Page 2: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

2

digunakan dalam subjek-subjek lain dan berfungsi secara produktif dalam kerjaya masa

hadapan mereka.

Pembelajaran matematik seringkali dianggap sebagai sesuatu yang sukar dan membosankan

kerana proses pembelajaran berlangsung dalam struktur bilik darjah tradisional, matematik

lebih menekankan penghafalan formula dan latih tubi, kemahiran menjawab soalan

peperiksaan dan pengajaran yang berpusatkan guru (Koh Lee Ling et al, 2008). Selain dari

itu, menurut Salawati (1998) faktor lain yang menyebabkan kemerosotan pencapaian pelajar

adalah disebabkan oleh pencapaian awal, kemahiran asas, minat, sikap, motivasi dan

kemahiran menyelesaikan masalah. Oleh yang demikian, adalah penting pelbagai cara

digunakan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam matematik sehingga ke tahap yang

cemerlang dan salah satu cara tersebut adalah melalui strategi pendekatan pembelajaran

pelajar.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Pencapaian pelajar yang rendah dan kelemahan dalam mata pelajaran matematik haruslah

ditangani dan diambil perhatian dengan lebih teliti. Ini adalah kerana, kelemahan di dalam

subjek ini akan menjejaskan pembelajaran pelajar di sesebuah institusi pendidikan. Menurut

Norlia et al (2006), kelemahan dalam mata pelajaran ini boleh mengakibatkan kurangnya

peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mengikuti kursus

tertentu yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran matematik tambahan. Oleh yang

demikian, adalah penting pelbagai cara digunakan untuk meningkatkan pencapaian pelajar

dalam matematik. Salah satu cara tersebut adalah melalui strategi pendekatan pembelajaran

atau pun gaya pembelajaran pelajar.

Pelbagai kajian telah dijalankan berkaitan gaya pembelajaran pelajar. Antaranya adalah

kajian yang dijalankan oleh Mokhtar Ishak & Rohani Ahmad (2001) untuk menentukan

hubungan pencapaian penyelesaian matematik dengan gaya belajar pelajar. Dalam kajian

berkenaan dapatan menunjukkan gaya belajar mempengaruhi pencapaian penyelesaian

matematik pelajar. Pensyarah seharusnya mengambil berat tentang cara seseorang pelajar itu

belajar. Namun begitu, apa yang berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung pensyarah kurang memberi penekanan tentang gaya pembelajaran yang sesuai

dan patut digunakan oleh pelajar. Oleh yang demikian, adalah penting seseorang pensyarah

mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar serta membantu mereka supaya mengamalkan gaya

pembelajaran yang dapat meningkatkan pencapaian mereka.

Selain daripada itu, kajian yang dijalankan oleh Norhani Bakri et al (2005) untuk

mengenalpasti punca prestasi pembelajaran yang lemah di kalangan pelajar mendapati

bahawa salah satu punca adalah faktor teknik belajar. Dalam kajian tersebut didapati cara

pembelajaran yang tidak konsisten dan tiada inisiatif untuk berusaha sendiri dengan mencari

bahan rujukan di perpustakaan merupakan faktor yang menjejaskan prestasi pembelajaran.

Oleh kerana gaya pembelajaran turut memainkan peranan penting dalam pencapaian pelajar,

maka satu kajian berkaitan gaya pembelajaran haruslah dibuat untuk melihat sejauh manakah

ia mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik di politeknik.

Page 3: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

3

3.0 KERANGKA KOSEPTUAL

Nor Azan et al (2004) telah mengakaji kebolehan kognitif, pengetahuan yang lepas dan gaya

pembelajaran memberi kesan terhadap pencapaian pelajar. Hasil kajian tersebut mendapati

sifat individu seperti gaya pembelajaran boleh memberi kesan kepada hasil pencapaian

pelajar. Sementara itu, hasil kajian yang diperolehi daripada Erica et al (2006) menunjukkan

terdapat perbezaan yang signifikan gaya pembelajaran di antara pelajar lelaki dan perempuan.

Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian

Satu kerangka konseptual telah dibentuk dan diubah suai daripada model Bryant (1974)

dalam kajian yang telah dibuat oleh Norlia et al (2006). Berdasarkan kerangka koseptual yang

dibentuk (ditunjukkan dalam Rajah 1), gaya pembelajaran dan dorongan motivasi akan

mempengaruhi pencapaian matematik pelajar.

4.0 PERSOALAN KAJIAN

Tujuan kajian adalah untuk melihat hubungan antara gaya pembelajaran dengan dorongan

motivasi pensyarah mempengaruhi pencapaian matematik pelajar. Kajian yang dijalankan ini

juga betujuan untuk melihat perbezaan gaya pembelajaran pelajar sijil dan diploma. Secara

terperinci kajian yang dijalankan adalah untuk menjawab persoalan kajian seperti berikut:

i. Apakah gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar dalam mata pelajaran

Matematik?

ii. Apakah motivasi yang mendorong pelajar belajar?

iii. Adakah terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dan motivasi?

iv. Adakah terdapat perbezaan gaya pembelajaran mengikut pencapaian?

GAYA PEMBELAJARAN

• PERMUKAAN

• MENDALAM

• TERANCANG

• GIGIH USAHA

PENCAPAIAN

MATEMATIK PELAJAR

DORONGAN MOTIVASI

• DALAMAN

• LUARAN

Page 4: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

4

5.0 HIPOTESIS KAJIAN

Berdasarkan tujuan kajian, hipotesis telah dibina untuk melihat hubungan gaya pembelajaran,

dorongan motivasi pensyarah dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik iaitu:

i. Tidak ada perhubungan signifikan antara motivasi dan gaya pembelajaran.

ii. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan gaya pembelajaran mengikut

pencapaian.

6.0 METODOLOGI

6.1 Reka bentuk kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah merupakan kajian tinjauan. Kaedah ini dipilih kerana

limitasi masa yang terhad dan mempertimbangkan dari segi kos dan tenaga. Di samping dapat

mengumpul jawapan responden dengan cepat, ia juga banyak digunakan dalam kajian untuk

menghuraikan sikap, pendapat, kepercayaan, perasaan, kualiti perkhidmatan, produk, tingkah

laku dan sebagainya. Kajian yang dijalankan ini juga hanya melibatkan kelompok yang kecil

sahaja. Oleh demikian, penggunaan kaedah kajian tinjauan ini adalah bersesuaian.

6.2 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian adalah seramai 1300 orang pelajar semester satu yang mengambil kursus

Matematik Kejuruteraan di Politeknik Mukah Sarawak. Daripada jumlah populasi tersebut

seramai 297 orang telah dipilih sebagai sampel secara rawak dalam kajian. Pemilihan jumlah

sampel ini adalah berdasarkan kepada jadual penentuan saiz sampel yang telah dikemukakan

oleh Krejcie dan Morgan (1970) dalam Chua Yan Piaw (2006).

6.3 Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian untuk menjawab persoalan

kajian yang telah dikemukan. Soal selidik yang diguna adalah berdasarkan Inventori

Pembelajaran di sekolah oleh Selmes (1987) dalam Norlia et al (2006) yang mengemukakan

empat gaya pembelajaran iaitu gaya mendalam, gaya permukaan, gaya terancang dan gaya

gigih usaha. Gaya kelima, gaya dorongan telah diubah suai untuk mengukur motivasi luaran

dan dalaman. Soal selidik yang dibina mempunyai enam bahagian. Susunan bahagian

tersebut seperti berikut:

A. Faktor Demografi D. Gaya Terancang

B. Gaya Mendalam E. Gigih Usaha

C. Gaya Permukaan F. Motivasi

6.4 Prosedur kajian

Sebelum soal selidik kajian diedarkan kepada sampel satu kajian rintis terlebih dahulu

dilakukan. Seramai 30 orang telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang dibina. Tujuan

kajian rintis dijalankan adalah untuk memastikan item soalan yang digunakan bersesuaian

dengan kajian, mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Nilai

kebolehpercayaan diukur dengan menggunakan nilai pekali alfa dengan bantuan pakej SPSS

Page 5: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

5

(Statistical Packages for Social Sciences15.0). Setelah ujian dijalankan didapati nilai

Cronbach Alpha bagi setiap bahagian ialah seperti ditunjukkan dalam Jadual 1. Secara

umumnya nilai tersebut agak baik dan membolehkan instrumen ini digunakan dalam kajian.

Jadual 1: Nilai Cronbach Alpha Kebolehpercayaan Item

Jenis Item Cronbach Alpha

Gaya Permukaan 0.852

Gaya Mendalam 0.829

Gaya Terancang 0.629

Gaya Gigih Usaha 0.864

Motivasi 0.874

6.5 Penganalisaan Data

Soal selidik yang telah dikutip disemak bagi memudahkan data dimasukkan dan dianalisis

menggunakan perisian SPSS. Dalam kajian ini, analisis yang dilakukan melibatkan statistik

diskriptif dan inferensi. Penggunaan statistik diskriptif adalah bertujuan untuk mendapatkan

nilai min, peratusan, kekerapan dan sisihan piawai bagi menjawab persoalan kajian pertama

dan kedua. Manakala bagi statistik inferensi pula, terdapat dua kaedah yang digunakan iaitu

Ujian Kolerasi Pearson bagi menjawab persoalan kajian ketiga dan ujian - t sampel bebas

untuk menjawab persoalan kajian keempat.

7.0 DAPATAN KAJIAN

7.1 Gaya Pembelajaran Diamalkan Oleh Pelajar

Persoalan kajian pertama adalah untuk melihat gaya pembelajaran yang diamalkan oleh

pelajar ketika belajar Matematik Kejuruteraan 1. Jadual 2 menunjukkan hasil data yang

diperolehi daripada 297 sampel di mana catatan min terendah adalah gaya terancang dengan

bacaan 3.04. Bagi gaya permukaan dan gaya gigih usaha mempunyai bacaan min yang sama

iaitu sebanyak 3.20. Manakala bagi gaya pembelajaran mendalam pula mencatatkan bacaan

tertinggi sebanyak 3.21.

Jadual 2: Skor Min Dan Sisihan Piawai Mengikut Gaya Pembelajaran

Gaya Pembelajaran Skor min Sisihan piawai

Gaya Permukaan 3.20 0.38

Gaya Mendalam 3.21 0.40

Gaya Terancang 3.11 0.38

Gaya Gigih Usaha 3.20 0.46

Hasil analisis turut menunjukkan keseluruhannya nilai min bagi empat gaya tersebut tidak

menunjukkan perbezaan yang banyak dan ini menunjukkan bahawa pelajar tidak hanya

menggunakan satu gaya sahaja dalam mempelajari modul Matematik Kejuruteraan 1.

7.2 Gaya Pembelajaran Permukaan

Hasil analisis setiap item, didapati kebanyakan pelajar memerlukan penerangan yang

terperinci oleh pensyarah mereka tentang tugasan yang perlu dibuat. Kenyataan ini dapat

dilihat melalui nilai min yang ditunjukkan, di mana item tersebut menyumbang nilai min

Page 6: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

6

yang paling tinggi dalam gaya pembelajaran terancang sebanyak 3.58. Selain itu, pelajar juga

dilihat memerlukan penerangan terperinci pensyarah dalam mengambil nota, perkara yang

perlu ditekankan semasa membaca dan penekanan semasa ulang kaji. Bagi catatan min

terendah pula, diperolehi bahawa kebanyakkan pelajar tidak menghafal nota mereka semasa

mengulang kaji iaitu dengan nilai sebanyak 2.52 (lihat Jadual 3).

Jadual 3: Min dan Sisihan Piawai Item Soalan Gaya Permukaan

Bil. Item Pembelajaran Mendalam Min S.P

1. Memerlukan penerangan terperinci tentang kerja yang perlu dibuat 3.58 0.62

2. Memerlukan penerangan terperinci apa yang perlu dicatat semasa

mengambil nota 3.33 0.67

3. Menumpukan perhatian kepada setiap fakta apabila membaca 3.30 0.59

4. Memerlukan penerangan terperinci apa yang perlu dilakukan dalam

pembacaan 3.21 0.65

5. Mengingat kembali apa yang ditulis dalam nota 3.30 0.56

6. Memerlukan penerangan terperinci apa yang perlu dibuat semasa

mengulang kaji 3.36 0.63

7. Membuat nota hanya tentang isi penting yang perlu dipelajari 3.37 0.63

8. Menumpukan kepada fakta apabila mengulang kaji 3.28 0.65

9. Menghafal semua fakta semasa mengulang kaji 2.86 0.77

10. Menghafal semua nota semasa membaca 2.52 0.77

11. Menulis nota yang kebanyakkan mengandungi maklumat berfakta sahaja 2.95 0.71

12. Menyusun kebanyakkan nota secara sistematik 2.95 0.71

7.3 Gaya Pembelajaran Mendalam

Berdasarkan Jadual 4, diperolehi nilai bacaan min terendah adalah pelajar tidak mencuba

memasukkan pandangan sendiri ketika mengambil nota dengan bacaan 2.94. Secara

keseluruhannya catatan menunjukkan bahawa, gaya pembelajaran dalaman yang diamalkan

oleh pelajar dalam modul Matematik Kejuruteraan 1 ini hanya berada pada paras sederhana

sahaja.

Jadual 4: Min dan Sisihan Piawai Item Soalan Gaya Mendalam

Bil. Item Pembelajaran Mendalam Min S.P

1. Berbincang dengan pelajar lain tentang topik semasa mengulang kaji 3.34 0.62

2. Meringkaskan bahan penting semasa membuat nota 3.46 0.55

3. Mengenalpasti maksud yang tersirat semasa membaca sesuatu isi

pelajaran 3.30 0.63

4. Merumuskan kaedah yang digunakan semasa menyelesaikan masalah 3.38 0.55

5. Meringkaskan isi pelajaran semasa mengulang kaji 3.32 0.58

6. Cuba menghubungkan pelbagai aspek semasa mengulang kaji 3.20 0.61

7. Cuba mengambil kira pelbagai aspek berhubung semasa menjawab soalan 3.18 0.58

8. Cuba mentafsirkan pertalian antara pelbagai aspek yang ditemui semasa

membaca 3.09 0.63

9. Cuba bertanya kepada diri sendiri beberapa soalan daripada pembacaan 3.13 0.73

10. Cuba mencantumkan nota pelajaran daripada pelbagai sumber 3.10 0.72

11. Cuba memberi pendapat sendiri apabila berpeluang 3.11 0.64

12. Cuba memasukkan pandangan sendiri semasa mengambil nota 2.94 0.72

Page 7: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

7

7.4 Gaya Pembelajaran Terancang

Jadual 5 menunjukkan item soalan yang dikemukakan dalam gaya pembelajaran terancang.

Daripada analisis didapati, secara keseluruhannya nilai min yang diperolehi dalam gaya

pembelajaran ini adalah merupakan catatan min terendah berbanding gaya pembelajaran lain.

Antara item yang diperhatikan rendah dalam gaya pembelajaran terancang adalah seperti

pelajar tidak membaca, mengulang kaji dan membuat nota dengan cepat. Walaupun terdapat

beberapa item yang mendapat nilai min yang rendah. Ini tidak memberi maksud pelajar tidak

merancang pembelajaran mereka kerana masih terdapat item-item lain yang berada pada

paras sederhana.

Jadual 5: Min dan Sisihan Piawai Item Soalan Gaya Terancang

Bil. Item Pembelajaran Terancang Min S.P

1. Merangka jawapan terlebih dahulu sebelum menjawab soalan ujian 3.14 0.77

2. Memperuntukkan masa yang mencukupi untuk membuat nota sendiri 3.20 0.63

3. Membaca nota sepantas mungkin 2.58 0.85

4. Memperuntukkan masa yang mencukupi untuk membuat nota yang

diperlukan 3.22 0.60

5. Mencuba membuat nota secepat mungkin 2.70 0.81

6. Mencuba membuat ulangkaji secepat mungkin 2.67 0.78

7. Memperuntukkan masa yang mencukupi untuk membuat rujukan

tambahan dengan sempurna 3.29 0.61

8. Memperuntukkan masa yang mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran 3.37 0.59

9. Memperuntukkan masa untuk mengulangkaji pelajaran dengan gaya

sendiri 3.38 0.55

10. Merancang supaya ulang kaji pelajaran dapat dilaksanakan dengan teliti 3.37 0.60

11. Merancang kerja-kerja pelajaran dengan cukup sempurna 3.31 0.66

7.5 Gaya Pembelajaran Gigih Usaha

Secara keseluruhannya min bagi gaya pembelajaran gigih usaha hanya berada pada paras

sederhana sahaja. Didapati item untuk pelajar mencari kelemahan apabila prestasi

pembelajaran menurun adalah merupakan nilai min tertinggi iaitu sebanyak 3.49. Data kajian

turut menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar banyak bergantung kepada pensyarah dan

tidak berdikari kerana sentiasa menunggu arahan darpada pensyarah untuk membaca dan

mengulang kaji pelajaran (lihat Jadual 6).

Jadual 6: Min dan Sisihan Piawai Item Soalan Gaya Gigih Usaha

Bil. Item Pembelajaran Gigih usaha Min S.P

1. Mencari punca kelemahan apabila prestasi menurun 3.49 0.61

2. Menggunakan beberapa buku lain untuk membuat tugasan selain nota

yang diberikan pensyarah

3.27 0.68

3. Menyiapkan sesuatu tugasan secepat mungkin 3.09 0.72

4. Membuat nota sendiri apabila ada kesempatan 3.19 0.63

5. Berusaha menyelesaikan masalah matematik walaupun ia sukar 3.31 0.61

6. Membaca apa yang perlu tanpa menunggu arahan pensyarah 3.07 0.75

7. Mengulang kaji semua topik tanpa menunggu arahan pensyarah 3.04 0.72

8. Menyiapkan tugasan lebih awal dari masa yang ditetapkan oleh pensyarah 3.19 0.67

9. Membuat latihan yang banyak secara sendiri 3.10 0.75

Page 8: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

8

Jadual 6: Min dan Sisihan Piawai Item Soalan Gaya Gigih Usaha (Samb.)

10. Mengulangi latihan yang telah di buat beberapa kali untuk menambah

kefahaman

3.31 0.67

11. Menggunakan beberapa buah buku lain selain nota pensyarah sebagai

rujukan

3.16 0.74

12. Berjumpa dengan pensyarah untuk bertanya masalah matematik yang

sukar untuk diselesaikan sendiri.

3.24 0.78

7.6 Motivasi

Analisis yang dilakukan dalam kajian ini juga ingin melihat faktor motivasi di kalangan

pelajar. Hasil daripada analisis didapati,nilai min motivasi dalaman lebih tinggi berbanding

motivasi luaran seperti ditunjukkan dalam Jadual 7.

Jadual 7: Min dan Sisihan Piawai Dorongan Motivasi

Bil. Dorongan Motivasi Min S.P

1. Motivasi dalaman 3.45 0.51

2. Motivasi Luaran 3.03 0.61

Jadual 8: Min dan Sisihan Piawai Item Soalan Motivasi

Bil. Item Dorongan Motivasi Min S.P

Dalaman

1. Merasa gelisah apabila ketinggalan dalam pelajaran 3.41 0.73

2. Ingin mempunyai markah yang tinggi daripada pelajar lain 3.56 0.63

3. Merasa malu apabila tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam

pelajaran

3.33 0.70

4. Ingin melakukan tugasan yang lebih baik daripada pelajar lain 3.52 0.60

5. Merasa gelisah apabila ketinggalan dalam kerja-kerja akademik 3.42 0.69

Luaran

6. Ingin Pensyarah tahu dia adalah pelajar terbaik 2.68 0.90

7. Ingin pensyarah tahu dia adalah pelajar yang boleh diharap 2.87 0.90

8. Merasa seronok bersaing dengan pelajar lain dalam kerja-kerja akademik

dan tugasan

3.36 0.68

9. Ingin tunjuk kepada pensyarah bahawa dia telah mencuba sedaya upaya 3.24 0.78

10. Merasa bimbang apabila pensyarah mengkritik tugasannya 3.04 0.88

Daripada analisis setiap item soalan pula, diperolehi bahawa kebanyakkan pelajar bersikap

ingin bersaing di antara satu sama lain seperti ditunjukkan dalam item motivasi dalaman.

Pelajar dilihat inginkan markah yang lebih tinggi berbanding pelajar lain dan ingin

melakukan tugasan lebih baik daripada pelajar lain mempunyai nilai min yang tinggi. Perkara

yang sama turut diperoleh dalam item soalan motivasi luaran, di mana pelajar merasa seronok

bersaing dengan pelajar lain dalam kerja-kerja akademik juga mencatatkan nilai min

tertinggi. Namun begitu, bagi dorongan motivasi luaran terdapat juga item yang rendah iaitu

ingin pensyarah mereka tahu mereka adalah pelajar terbaik dan ingin pensyarah tahu mereka

adalah pelajar yang boleh diharap dengan catatan min masing-masing adalah 2.68 dan 2.87

(lihat Jadual 8).

Page 9: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

9

7.7 Hubungan Gaya Pembelajaran dan Motivasi

Hasil analisis kolerasi mendapati terdapat kolerasi yang sederhana kuat antara gaya

pembelajaran terancang dan motivasi dalaman ( r = 0.51). Bagi pemboleh ubah yang lain

didapati semuanya berada pada paras yang lemah sahaja. Kolerasi antara gaya pembelajaran

dan motivasi dapat dilihat dalam Jadual 9 di bawah. Semua kolerasi tersebut signifikan pada

aras p < 0.01.

Jadual 9: Pekali Pearson Motivasi Dengan Gaya Pembelajaran

Motivasi

Gaya

Pembelajaran

Dalaman Luaran

1. Gaya Permukaan 0.46** 0.38**

2. Gaya Mendalam 0.43** 0.33**

3. Gaya Terancang 0.51** 0.45**

4. Gaya Gigih Usaha 0.34** 0.32**

** signifikan pada aras 0.01

7.8 Perbezaan Gaya Pembelajaran Mengikut Pencapaian

Hasil ujian – t yang ditunjukkan dalam Jadual 10 mendapati tidak terdapat perbezaan yang

signifikan gaya pembelajaran permukaan, dalaman, terancang dan gigih usaha mengikut

pencapaian pelajar. Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar yang lulus dan gagal

mengamalkan gaya pembelajaran yang sama. Oleh demikian, gaya pembelajaran pelajar tidak

mempengaruhi pencapaian pelajar dalam Modul Matematik Kejuruteraan 1.

Jadual 10: Ujian - t Gaya Pembelajaran Mengikut Pencapaian Pelajar

Gaya

Pembelajaran Frekuensi Pencapaian, n Min t p

Lulus 249 3.22 Permukaan

Gagal 48 3.19

0.549 0.583

Lulus 249 3.21 Dalaman

Gagal 48 3.21

-0.010 0.992

Lulus 249 3.17 Terancang

Gagal 48 3.10

1.122 0.263

Lulus 249 3.21 Gigih Usaha

Gagal 48 3.20

0.132 0.895

Nota: Signifikan pada aras p = 0.05

8.0 PERBINCANGAN

Hasil kajian yang telah dilaksanakan mendapati bahawa keempat-empat gaya pembelajaran

yang diamalkan oleh pelajar tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Secara

keseluruhannya pelajar tidak hanya menggunakan satu gaya pembelajaran sahaja dalam

mempelajari modul Matematik Kejuruteraan. Dapatan kajian yang diperolehi ini, disokong

oleh kajian lepas yang telah dilakukan oleh Norlia et al (2006) yang turut mendapat

keputusan yang sama. Bagi analisa item gaya pembelajaran, didapati kebanyakkan pelajar

terlalu bergantung kepada apa yang disampaikan oleh pensyarah semata-mata, pelajar tiada

Page 10: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

10

inisiatif untuk mencari bahan tambahan. Pelajar dilihat memerlukan penerangan terperinci

apa yang perlu dilakukan semasa membaca, membuat tugasan dan mengulang kaji. Sikap

seperti ini sudah tentulah akan merugikan pelajar itu sendiri, untuk mendapat keputusan yang

cemerlang pelajar seharusnya berdikari dan berusaha gigih dalam mengusai pembelajaran

dengan mencari nota-nota tambahan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada pensyarah.

Selain itu, pensyarah juga harus sedar bahawa kaedah pengajaran matematik haruslah

mengambil kira peralihan pelajar dari pembelajaran di sekolah ke peringkat IPT. Sebagai

tambahan pelajar perlu didedahkan kepada bagaimana untuk membangunkan gaya

pembelajaran sendiri oleh pelajar (Yudariah & Roselainy, 2001).

Bagi analisis kolerasi yang telah dibuat untuk melihat hubungan antara gaya pembelajaran

dan motivasi, keputusan menunjukkan bahawa hanya gaya pembelajaran terancang dan

motivasi dalaman sahaja menunjukkan hubungan sederhana kuat. Bagi gaya lain keputusan

yang diperolehi hanya menunjukkan hubungan berada pada paras lemah sahaja. Motivasi

merupakan suatu perkara yang penting kepada pelajar terutama sekali kepada pelajar baru

yang memasuki IPT. Peralihan kepada persekitaran pembelajaran yang baru kadang kala akan

menjadikan pelajar tertekan dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran semasa.

Menurut Norhani Bakri et al (2005), prestasi pembelajaran adakalanya dipengaruhi oleh

faktor pergaulan, minat serta motivasi pelajar. Cara pembelajaran di peringkat IPT yang

memerlukan perbincangan dan kerja kumpulan menimbulkan masalah bagi mereka yang

telah biasa belajar bersendirian dan tidak suka bergaul. Oleh demikian, amat perlu pelajar-

pelajar ini diberikan motivasi dan didedahkan dengan gaya pembelajaran yang sesuai di IPT.

Pendekatan seperti ini boleh dilakukan dengan menganjurkan program-program seperti

motivasi, klinik dan bengkel.

Bagi analisis yang dibuat untuk melihat adakah wujud perbezaan gaya pembelajaran bagi

pelajar lulus dan gagal, keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan gaya

pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar. Secara keseluruhan dalam kajian ini, bolehlah

dinyatakan di sini bahawa gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar tidak

mempengaruhi pencapaian mereka dalam modul Matematik Kejuruteraan 1.

9.0 KESIMPULAN

Secara umumnya kajian yang dijalankan ini hanya melihat faktor gaya pembelajaran dan

motivasi sahaja dalam mempengaruhi pencapaian pelajar. Walaupun hasil dapatan

menunjukkan keputusan yang sebaliknya, sebagai seorang pensyarah adalah menjadi suatu

yang penting untuk mengetahui gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajarnya, ini

adalah kerana setiap pelajar sudah tentunya mengamalkan cara belajar yang berlainan di

antara satu sama lain. Melalui maklumat ini sudah tentulah pensyarah akan lebih bersedia dan

dapat merancang aktiviti penganjaran dengan lebih baik dan sesuai untuk pelajar-pelajarnya.

Secara kesimpulannya, kajian ini telah dapat mengenalpasti gaya belajar dan tahap motivasi

pelajar yang diamalkan oleh pelajar dalam mempelajari Kursus Matematik Kejuruteraan 1.

Walaubagaimanapun, pengkaji tidak dapat mengenalpasti punca yang menyebabkan pelajar

gagal dalam modul ini. Oleh demikian satu kaji lanjutan perlu dilakukan bagi melihat punca-

punca tersebut. Antara punca lain yang boleh boleh dikaji adalah seperti pencapaian awal,

sikap, latar belakang akademik, kualiti pensyarah dan kaedah pengajaran.

Page 11: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

11

10.0 RUJUKAN

Angela Anthonysamy. 2001. Perkembangan pemikiran matematik pada peringkat awal

kanak-kanak: Satu pendekatan konstruktivsme. Prosiding seminar penyelidikan

pendidikan sains & matematik Sarawak 2001.

Bamidele A. Adesunloge, Oluranti Aladesanmi, Marshaleen henriques dan Chinedu Ivonye.

2008. The preferred learning among residents and faculty members of an internal

medicine residency program. Journal of the national medical association. Vol 100, No

2.

Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah dan statistik penyelidikan buku 1 kaedah penyelidikan. Kuala

Lumpur : McGraw – Hill (Malaysia).

Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah dan statistik penyelidikan buku 2 asas statistik penyelidikan.

Kuala Lumpur : McGraw – Hill (Malaysia).

Erica A. Wehrwein, Heidi L. Lujan dan Stephen E. Dicarlo. 2007. Gender differences in

learning style preferences among undergraduate physiology students. Advances in

physiologi education. 31 : 153 -157.

Julie E. Sharp. 2001. Teaching teamwork communication with Kolb learning style theory.

ASEE/IEEE Frontiers in education conference proceedings.

Koh Lee Ling, Choy Sau Kam, Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong dan Seah Ai Kuan. 2008.

Kesan pembelajaran koperatif terhadap sikap dan pencapaian matematik bagi murid-

murid sekolah rendah di sekitar Bandar Kuching. Jurnal penyelidikan IPBL Jilid 8

Mokhtar Ishak dan Rohani Ahmad. 2001. Hubungan pencapaian penyelesaian masalah

matematik dengan gaya belajar dan faktor-faktor bekaiatan di kalangan pelajar sekolah

menengah rendah. Prosiding seminar penyelidikan pendidikan sains dan matematik

Sarawak 2001.

Norasmah Othman dan Siti Rashidah Othman. 2006. Gaya pembelajaran Kolb dalam

matapelajaran Biologi. Jurnal Teknologi 40(E) 45 - 58.

Nor Azan Hj Mat Zin, Halimah Badioze Zaman dan Shahrul Azman Mohd Noah. 2004.

Individual instruction : Learning styles and mathematics ability diagnostic tool.

Procceding series, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Norhani Bakri, Noor Zainab Abd. Razak, Hamidah AB. Rahman dan Aminah Ahamad

Khalid. 2005. Punca prestasi pembelajaran yang lemah di kalangan pelajar Fakulti

Pengurusan dan Pembangunan Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Jurnal Teknologi 43(E), 29 – 44.

Norlia Abd Aziz, T. Subahan M, Meerah, Lilia halim dan Kamisah Osman. 2006. Hubungan

antara motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian matematik tambahan pelajar

tingkatan 4. Jurnal Pendidikan 31 123-141.

Saemah rahman dan John Arul Phillip. 2006. Hubungan antara kesadaran metakognasi,

motivasi dan pencapaian akademik pelajar universiti. Jurnal Pendidikan 31 21-39.

Sheri Clark, Elaine Seat dan Fred Weber. 2000. The performance of engineering students on

the group embedded figures test. ASEE/IEEE Frontiers in education conference

proceedings.

Salawati Hamid. 1998. Hubungan minat, sikap, motivasi dan kemahiran asas dengan

pencapaian pelajar dalam matematik. Latihan Ilmiah, Fakulti Pendidikan, Universiti

Kebangsaan Malaysia. Bangi.

Yudariah Mohd. Yusof dan Roselainy Abdul Rahman. 2001. Mathematics education at

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) : Learning from experience. Jurnal teknologi

34(E), 9-24.

Page 12: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

12

PENYELARASAN KOD KUMPULAN PELAJAR JABATAN (KKPJ)

DI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

Samsudin Mohd Saleh

Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Politeknik Kuching Sarawak

Ho Yoong Chow

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Politeknik Kuching Sarawak

ABSTRAK

Penggunaan sistem pengkodan untuk kumpulan pelajar jabatan yang berbeza-beza oleh setiap

jabatan akademik seringkali menyebabkan kesulitan sistem pengrekodan dan pemahaman

umum. Satu set Kod Kumpulan Pelajar Jabatan (KKPJ) diperkenalkan berdasarkan kepada

semester pengajian, kelayakan akademik dan kes khas yang dihadapi sepanjang pengajian.

Kumpulan kod pertama merupakan kod seksyen pelajar yang berkelayakan Sijil Pelajar

Malaysia (SPM) atau setaraf. Kumpulan kod kedua merupakan kod sekyen bagi pelajar

berkelayakan akademik yang lebih tinggi daripada SPM atau setaraf. Kumpulan kod ketiga

merupakan kod yang diberi kepada kumpulan pelajar yang terlibat dalam kes-kes khas dan

akan menyebabkan perlanjutan pengajian di politeknik.

1.0 PENGENALAN

Politeknik Kuching Sarawak merupakan satu instititusi pendidikan yang menawarkan

pelbagai program pengajian melalui enam jabatan akademik setiap semester pengajian.

Walaupun setiap program mempunyai kod singkatan yang telah ditetapkan oleh pihak

Jabatan Pengajian Politeknik, namun pelajar-pelajar harus dikumpulkan ke dalam kumpulan

yang berasingan mengikut semester pengajian masing-masing. Justeru itu, pelbagai jenis

sistem pengkodan kumpulan pelajar di setiap jabatan telah diwujudkan.

Sistem pengkodan ini digunakan untuk pelbagai tujuan di peringkat politeknik. Sistem

pengkodan yang berbeza-beza bukan sahaja menyusahkan sistem pengrekodan, malah

menyebabkan kesulitan dari segi pemahaman umum.

Walau bagaimanapun, penyelarasan sistem pengkodan harus mempertimbangkan pelbagai

jenis kes yang mungkin dihadapi oleh kumpulan pelajar seperti tangguh latihan industri,

tangguh pengajian, gantung pengajian, penilaian khas dan sebagainya yang akan

menyebabkan kumpulan pelajar tersebut tidak dapat menamatkan pengajian di politeknik

dalam tempoh maksimum yang ditetapkan, ataupun kelayakan akademik yang berlainan yang

membolehkan pelajar tamat pengajian lebih awal daripada pelajar semasa seperti program

integasi.

Page 13: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

13

1.1 Objektif Penyelarasan

i. Kod Kumpulan Pelajar Jabatan (KKPJ) baru dicadangkan untuk penyelarasan

penggunaan sistem pengkodan kumpulan pelajar di setiap jabatan akademik yang

mempunyai pelajar sendiri.

ii. KKPJ ini mencadangkan sistem pengkodan yang melibatkan kumpulan pelajar

yang kemasukan dengan kelayakan akademik Sijil Pelajar Malaysia (SPM/SPMV)

dan selain SPM/SPMV. Selain itu, kod ini juga mencadangkan pengumpulan

pelajar mengikut kes khas sepanjang pengajian di Politeknik Kuching Sarawak.

2.0 CADANGAN KOD

Kod yang dicadangkan menggunakan format yang mudah dibaca, mengandungi pemisah dan

ringkas. Dalam setiap kod yang dicadangkan, abjad yang digunakan adalah berhuruf besar.

Kandungan yang diperlukan untuk dikodkan adalah mengikut urutan berikut: “Singkatan

Program diikut semester semasa, Kumpulan Pelajar (atau Kod Kelayakan Akademik Khas)-

Kod Kes Khas (jika ada)”. Kod tambahan mungkin diperlukan oleh jabatan-jabatan tertentu,

dan harus ditambahkan selepas kod kes khas. Format penulisan minimun dan format lanjutan

adalah seperti berikut:

Minimum: “DDDxY”, untuk Program Diploma, dan “SSSxY” untuk Program Sijil.

Lanjutan: “DDDxY-KKz”

(Catatan: Huruf “x” dan “z” perlu digantikan dengan nilai angka yang berkaitan).

2.1 Bidang yang Diperlukan

Singkatan Program (DDD / SSS): Kod Kumpulan Pelajar Jabatan untuk program diploma

atau sijil diikuti dengan tempoh pengajian (semester) semasa.

Huruf ‘x’ selepas singkatan program merujuk kepada tempoh pengajian semasa pelajar.

Seksyen (Y): kumpulan pelajar, samada mengikut urutan abjab A hingga F, atau Program

Khas, iaitu Program Integrasi yang diberi kod “P” (masukan ke tahap 5), “Q” (masukan ke

tahap 3), atau “R” (masukan ke tahap 2); Program Secara Sambilan diberi kod “S”, dan

Program-program lain diberi kod “L”.

2.2 Bidang Tambahan

Kod Kes Khas (KK): kes yang menyebabkan lanjutan semester pengajian di politeknik.

Mempunyai dua aksara sahaja, diikuti dengan satu nilai angka yang menunjukkan bilangan

kali kes tersebut berlaku.

Huruf ‘z’ selepas Kod Kes Khas merujuk kepada bilangan kali kes tersebut berlaku untuk

kumpulan pelajar tersebut.

Page 14: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

14

2.3 Senarai Kod yang Digunakan

Jadual 1 menunjukkan kod seksyen kumpulan pelajar. Jadual 2 menunjukkan kod kelayakan

akademik khas. Jadual 3 menunjukkan kod kes khas.

Jadual 1: Kod Seksyen untuk Kumpulan Pelajar

BIL. KOD HURAIAN CONTOH

1. A, B, C,

D, E, F

Kumpulan Pelajar: Kumpulan pelajar dalam setiap program

mengikut sesi pengambilan.

DDD1A

Jadual 2: Kod Kelayakan Akademik Khas

BIL. KOD HURAIAN CONTOH

1. P, Q, R Lulusan Sijil Politeknik (Integrasi): Pelajar dengan

kelayakan sijil Politeknik dan mengikut Program Integrasi;

P (Integrasi Tahap Semester 5), Q (Integrasi Tahap

Semester 3), and R (Integrasi Tahap Semester 2).

DDD1P

DDD1Q

DDD1R

2. L Lulusan Lain: Pelajar dengan lulusan selain Sijil Politeknik

seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), dan sijil Kolej

Komuniti (telah melalui Program Foundation)

SSS1L

3. S Program Secara Sambilan: Pelajar yang mengambil

Program Secara Sambilan di Politeknik Malaysia.

DDD1S

Jadual 3: Kod Kes Khas

BIL. KOD HURAIAN CONTOH

1. GP Gantung Pengajian: Pelajar dikenakan tindakan tatatertib-

gantung pengajian. Diambilkira sebagai satu semester

pengajian.

DDD2A-

GP1

2. ML Mengulang Latihan industri: Mengulangi latihan industri,

maksimum sekali sahaja Diambilkira sebagai satu

semester pengajian.

DDD5A-

ML1

3. PK Penilaian Khas: Pelajar semester akhir yang gagal satu

kursus sahaja dan diberi penilaian khas. Diambilkira

sebagai satu semester pengajian

DDD7A-

PK1

Jadual 3: Kod Kes Khas (Samb.)

BIL. KOD HURAIAN CONTOH

4. TD Tidak Daftar Pengajian: Pelajar yang tidak daftar semula

di Politeknik dan tidak dapat dikesan. Menunggu tindakan

pihak berkenaan.

DDD2A-

TD1

5. TL Tangguh Latihan Industri: Pelajar menangguh latihan

industri disebabkan jumlah kredit lulus tidak mencukupi.

Diambilkira sebagai satu semester pengajian

DDD4A-

TL1

6. TP Tangguh Pengajian: Pelajar memperoleh kebenaran

menangguh pengajian. Tidak diambilkira sebagai satu

semester pengajian.

DDD2A-

TP1

Page 15: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

15

2.3.1 Bidang yang diperlukan: Singkatan Program

Satu sistem penomboran ditambahkan selepas setiap singkatan program yang digunakan

untuk mengenalpasti tempoh pengajian (semester) yang telah dilalui oleh kumpulan tersebut

di politeknik.

Setiap semester, sistem penomboran tersebut akan diubahsuai untuk menunjukkan bilangan

semester yang telah diikuti oleh kumpulan tersebut. Namun, nombor ini tidak semestinya

sama dengan tahap semester kursus yang diambil oleh kumpulan pelajar tersebut khasnya

apabila sesuatu kes khas wujud.

Namun, diingatkan bahawa semester pengajian kumpulan pelajar tidak semestinya sama

dengan tempoh pengajian. Semester pengajian semasa yang merujuk kepada struktur program

hanya ada empat (4) semester untuk program Sijil dan enam (6) semester untuk untuk

program Diploma.

Sebagai contoh, untuk pelajar Program Integrasi tahap 5 yang baru mendaftar, iaitu tempoh

pengajian yang pertama, KKPJ yang diberi adalah DDD1P, tetapi semester pengajian adalah

Semester Lima. Contoh kes tangguh latihan industri untuk pelajar program sijil pula, KKPJ

adalah SSS3A-TL1, tempoh pengajian tiga, tetapi masih semester Dua. Ketetapan ini

bertujuan untuk perbandingan statistik peperiksaan yang tepat.

2.3.2 Bidang yang diperlukan: Kod Kumpulan Pelajar

Setiap singkatan program harus diikuti dengan kod kumpulan pelajar (A~F) untuk pelajar

masukan SPM/V atau setaraf untuk membezakan kumpulan seksyen pelajar.

2.3.3 Bidang yang Diperlukan: Kod Kelayakan Akademik Khas

Kod Kelayakan Akademik Khas dibezakan mengikut jenis program yang diikuti. Kod

Program Integrasi ditunjukkan dengan P untuk tahap 5, Q untuk tahap 3 dan R untuk tahap 2;

Kod Program Secara Sambilan dengan kod S dan kod Program Lain-lain dengan kod L,

ditambahkan selepas nombor semester semasa yang menggantikan kod seksyen.

Sekiranya jabatan memutuskan untuk mewujudkan lebih daripada satu seksyen kumpulan

pelajar yang berkelayakan akademik khas, sebagai contoh dua seksyen pelajar Program

Integrasi tahap 5 (contoh: DDD1P), maka kumpulan pelajar tersebut dibezakan dengan

penambahan kod “A” sehingga “F” selepas kod Kelayakan Akademik Khas, iaitu

“DDD1PA” dan “DDD1PB”.

2.3.4 Bidang Tambahan: Kod Kes Khas

Seksyen terakhir untuk Kod Kumpulan Pelajar Jabatan adalah Kod Kes Khas yang harus

diikuti dengan satu nilai angka untuk menunjukkan bilangan kali kes tersebut berlaku.

Satu kumpulan pelajar mungkin terlibat dalam pelbagai kes khas dan lebih daripada sekali.

Sebagai contoh DDD9A-GP2-TL1 menunjukkan kumpulan pelajar ini telah dikenakan

tindakan tatatertib dan digantung pengajian sebanyak dua semester, kemudian menangguh

Latihan Industri. Urutan kod kes khas adalah berdasarkan kepada urutan berlaku kes tersebut

dan bukan mengikut urutan abjad. Kes yang berulang pula tidak perlu dikodkan semula

Page 16: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

16

kerana telah dinyatakan dalam nilai angka selepas setiap kod kes khas. (Sila rujuk Lampiran

Contoh Penggunaan: Kes 9)

Tiada kod untuk kes perlanjutan semester pengajian bagi kumpulan pelajar yang tidak lulus

semua kursus yang diperlukan dalam tempoh yang dirancangkan. Kes tersebut dikenalpasti

dengan sistem penomboran semester pengajian selepas singkatan program.

2.4 Pemisah (Separator)

Setiap kod harus dipisahkan dengan satu sempang (hyphen), untuk tujuan mengelakkan

kesilapan penulisan dan pembacaan.

3.0 RUMUSAN

Dengan penyelerasan KKPJ di peringkat politeknik, sistem pengrekodan yang teratur dapat

dilaksanakan dan justeru itu memudahkan pencarian dan rujukan pada masa hadapan. Selain

itu, KKPJ yang jelas dan teratur dapat mengelakkan daripada penggunaan kod yang

bercanggahan dengan kod lain yang digunapakai di peringkat politeknik yang sebenarnya

merujuk kepada perkara yang berlainan. Sebagai contoh, KKPJ ini dirujuk semasa

penyediaan kod Jadual Waktu Program Politeknik Kuching Sarawak untuk menentukan

bilangan seksyen kursus yang harus disediakan pada sesi pengajian berikutnya, tetapi tidak

menggunakan kod yang sama untuk seksyen jadual waktu yang jelas sekali merujuk kepada

perkara yang

Page 17: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

17

LAMPIRAN: Contoh Penggunaan

Kes 1: Penangguhan Latihan Industri

1 2 3 4 5 6 7

JAN 09 JUL 09 JAN 10 JUL 10 JAN 11 JUL 11 JAN 12

SEM1 SEM2 SEM3 SEM3/4 TL SEM4

( LI) SEM5 SEM6

DDD1A DDD2A DDD3A DDD4A-TL1 DDD5A-TL1 DDD6A-TL1 DDD7A-TL1

Nota: Pelajar dikehendaki menangguh latihan industri disebabkan jumlah jam kredit lulus yang tidak mencukupi, dan perlu menduduki semula

kursus yang gagal Namum, kes sebegini lazimnya membenarkan pelajar mengambil kursus yang berSEM lebih tinggi sekiranya jam kredit yang

didaftarkan tidak melebihi had yang ditetapkan.

Kes 2: Penangguhan Sesi Pengajian

1 2 3 4 5 6

JAN 09 JUL 09 JAN 10 JUL 10 JAN 11 JUL 11 JAN 12

SEM1 SEM2 TP SEM3 SEM4

( LI) SEM5 SEM6

DDD1A DDD2A - DDD3A-TP1 DDD4A-TP1 DDD5A-TP1 DDD6A-TP1

Nota: Sesi Jan ’10 tidak diambilkira dalam jumlah tempoh pengajian.

Kes 3: Penilaian Khas Untuk Pelajar Semester Akhir

1 2 3 4 5 6 7

JAN 09 JUL 09 JAN 10 JUL 10 JAN 11 JUL 11 JAN 12

SEM1 SEM2 SEM3 SEM4 ( LI) SEM5 SEM6 SEM5 PK DDD1A DDD2A DDD3A DDD4A DDD5A DDD6A DDD7A-PK1

Nota: Sekiranya pelajar semester akhir yang gagal satu kursus sahaja, pelajar tersebut hanya perlu menduduki semula penilaian-penilaian untuk

kursus yang gagal sahaja dalam tempoh yang ditetapkan.

Page 18: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

18

Kes 4: Melanjut Semester Pengajian

1 2 3 4 5 6 7

JAN 09 JUL 09 JAN 10 JUL 10 JAN 11 JUL 11 JAN 12

SEM1 SEM2 SEM3 LI SEM4 ( LI) SEM5 SEM6 SEM6 LS DDD1A DDD2A DDD3A DDD4A DDD5A DDD6A DDD7A

Nota: Kumpulan pelajar yang tidak dapat menamatkan pengajian dalam jumlah tempoh pengajian biasa dan perlu lanjut pengajian lagi. Namun

tiada kod diperlukan kerana difahamkan pelajar yang tidak terlibat dalam kes khas lain adalah lanjut semester (LS).

Kes 5: Program Integrasi (Masukan keSEM 2, Kod R)

1 2 3 4 5 6

JAN 09 JUL 09 JAN 10 JUL 10 JAN 11 JUL 11

SEM2 SEM3 SEM5 SEM6 SEM6 LS SEM6 PK

DDD1R DDD2R DDD3R DDD4R DDD5R DDD6R-PK1

Nota: Kod Kumpulan Pelajar Jabatan tidak menunjukkan SEM kursus yang diambil, dan tiada latihan industri.

Kes 6: Program Secara Sambilan

1 2 3 4 5 6 7

JAN 09 JUL 09 JAN 10 JUL 10 JAN 11 JUL 11 JAN 12

- - - - - - PK

DDD1S DDD2S DDD3S DDD4S DDD5S DDD6S DDD7S-PK1

Nota: Berdasarkan kepada turutan semester. Tidak dapat menentukan SEM kursus yang diambil disebabkan ketidakseragaman kombinasi kursus

yang ditawarkan oleh setiap jabatan setiap semester. Tiada latihan industri.

Kes 7: Latihan industri Dua Kali

1 2 3 4 5 6 7

JAN 09 JUL 09 JAN 10 JUL 10 JAN 11 JUL 11 JAN 12

SEM1 SEM2 SEM3 SEM4 ( LI) SEM4 (ML) SEM5 SEM6

DDD1A DDD2A DDD3A DDD4A DDD5A-ML1 DDD6A-ML1 DDD7A-ML1

Nota: Gagal latihan industri pada sei Jul ’10 dan mengulanginya pada sesi Jan ’11.

Page 19: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

19

Kes 8: Tindakan Tatatertib (Digantung Dua Sesi Pengajian)

1 2 3 4 5 6 7 8

JAN 09 JUL 09 JAN 10 JUL 10 JAN 11 JUL 11 JAN 12 JUL 12

SEM1 SEM2 GP GP (2) SEM3 SEM4 ( LI) SEM5 SEM6

DDD1A DDD2A DDD3A-GP1 DDD4A-GP2 DDD5A-GP2 DDD6A-GP2 DDD7A-GP2 DDD8A-GP2

Nota: Pelajar dikenakan tindakan tataterbib pada sesi Jan ’10, maka keputusan penilaian dimansuhkan pada sesi tersebut. Kemudian digantung

pengajian pada sesi seterusnya, Jul ’10. Menyambung pengajian pada sesi

Jan ’11.

Kes 9: Kes Berulang (Tangguh Pengajian dan Tangguh Latihan Industri)

1 2 - 3 4 5 - 6 7

JAN 09 JUL 09 JAN 10 JUL 10 JAN 11 JUL 11 JAN 12 JUL 12 JAN 13

SEM1 SEM2 TP SEM3 SEM3/4 TL SEM4 ( LI) TP (2) SEM5 SEM6

DDD1A DDD2A - DDD3A-TP1 DDD4A-

TP1-TL1

DDD5A-TP1-

TL1 -

DDD6A-

TP2-TL1

DDD7A-

TP2-TL1

Nota: Pelajar diluluskan untuk tangguh pengajian pada sesi Jan ’10. Kemudian tangguh latihan industri disebabakan jam kredit lulus tidak

mencukupi untuk menjalankan latihan industri pada sesi Jan ’10. Pelajar mendapat kelulusan untuk tangguh pengajian lagi pada sesi Jan ’12.

Menyambung pengajian pada sesi Jul ’12.

Kes 10: Pelbagai Kes

1 2 - 3 4 5 6 7 8 9

JAN 09 JUL 09 JAN 10 JUL 10 JAN 11 JUL 11 JAN 12 JUL 12 JAN 13 JUL 13

SEM1 TP SEM2 SEM3 SEM3/4 TL SEM4 ( LI) SEM4

(ML) SEM5 SEM6

SEM6 LS (MAX)

DDD1A - DDD2A-

TP1

DDD3A-

TP1

DDD4A-

TP1-TL1

DDD5A-

TP1-TL1

DDD6A-

TP1-TL1-

ML1

DDD7A-

TP1-TL1-

ML1

DDD8A-

TP1-TL1-

ML1

DDD9A-

TP1-TL1-

ML1

Nota: Sekiranya sistem mengambilkira sesi Jul ’09 sebagai satu sesi pengajian, kumpulan pelajar tersebut mungkin telah digagal dan

diberhentikan pada sesi Jan’13. Maka hanya sembilan semester pengajian diambilkira tetapi melibatkan 10 sesi pengajian.

Page 20: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

20

Catatan:

1. Setiap jadual di atas mempunyai 4 barisan data. Barisan teratas mewakil Tempoh Pengajian (Semester). Barisan kedua atas mewakil Sesi

Pengajian Semasa, Barisan ketiga mewakili norma tahap semeser kursus yang seharusnya diikuti, dan Barisan keempat mewakili Kod

Kumpulan Pelajar Jabatan.

2. KKPJ yang dicondongkan tulisannya (Itallic) pada Barisan ketiga menunjukkan kes khas yang ditekankan dalam contoh kes tersebut.

3. KKPJ yang dicondongkan tulisannya (Itallic) pada Barisan keempat menunjukkan kumpulan pelajar tersebut sedang menjalani latihan

industri dan tidak tersenarai dalam Lembaran Markah Jabatan tersebut pada sesi pengajian semasa.

Page 21: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

21

KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM KLINIK MATEMATIK

MELALUI SIKAP PELAJAR DAN PENCAPAIAN MATEMATIK

Marhana Abdul Latif

Lenny Kolina Majalis

Mohd Syahizan Shahabani

Jeffery Abat Maramat

Jabatan Matematik, Sains & Komputer

Politeknik Kuching Sarawak

Nur Yahzelina Hanafi

Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi

Politeknik Kuching Sarawak

ABSTRAK

Kertas ini adalah suatu perancangan untuk meninjau keberkesanan Program Klinik

Matematik terhadap sikap pelajar dan pencapaian Matematik apabila pensyarah menjalankan

program Klinik Matematik dalam membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran

matematik. Rekabentuk kajian ini berdasarkan kuasi eksperimen dengan menggunakan ujian

pra-ujian pos kepada pelajar yang terlibat dengan program ini. Peserta kajian terdiri daripada

35 orang pelajar dari Program SKE1/ S6 iaitu pelajar yang gagal Kursus Matematik 1 (B

1001) samada kali pertama atau kali kedua. Ujian sikap dalam bentuk soal selidik dan ujian

pencapaian matematik digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan data dan dapatan data

dianalisis secara kuantitatif. Dapatan kajian akan digunakan untuk menunjukkan tahap

keberkesanan program Klinik Matematik dalam meningkatkan pencapaian matematik di

Politeknik Kuching Sarawak.

1.0 PENGENALAN

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Kuching Sarawak adalah jabatan yang

dipertanggungjawabkan ke atas Kursus Matematik, Sains Juruteknik dan Aplikasi komputer

di Politeknik Kuching, Sarawak (Poliku) . Kursus Matematik, Sains dan Komputer

merupakan kursus asas yang diwajibkan ke atas semua pelajar kejuruteraan Semester 1, 2 3,

4, 5 dan Semester Akhir. Terdapat 5 kursus Matematik yang dipertanggungjawabkan kepada

JMSK yang di ajar kepada pelajar mengikut semester iaitu B 1001, B 2001 dan B3001, B

1009 dan B 2009, 1 kursus Sains iaitu B 1004 (Semester 1) dan 1 kursus Komputer iaitu B

1003 (Semester 1)

Statistik Peperiksaan Akhir menunjukkan bahawa Matematik adalah antara kursus yang

menyumbang kepada kegagalan pelajar. Selain dari itu, modul teknikal yang berkait dengan

Matematik juga merupakan faktor kepada kegagalan ini.

Kelemahan pelajar terhadap kursus Matematik memang sering dibincangkan oleh pelbagai

pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung termasuk di Politeknik KPTM.

Permasalahan tentang kelemahan pelajar dalam kursus ini sentiasa dibincangkan dalam

mesyuarat Ketua-ketua Jabatan pada setiap semester. Beberapa cadangan yang dibuat dalam

Page 22: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

22

mesyuarat tersebut telah pun dilaksanakan di setiap politeknik bagi mengurangkan dan

mengatasi masalah kelemahan Matematik.

Program Klinik Matematik adalah program yang dirancang dan dilaksanakan dengan

mengenalpasti pelajar lemah matematik (tumpuan kepada kursus matematik 1- B 1001) di

mana pelajar ini akan diwajibkan menghadiri kelas rawatan atau pemulihan. Klinik yang

dijalankan kepada 35 pelajar SKE1/ S6 pada setiap Jumaat petang menekankan kefahaman

pelajar kepada konsep matematik dan meningkatkan pengetahuan mereka yang

sememangnya lemah dalam matematik. Kajian ini akan mengukur kesan pelaksanaan

program ini terhadap sikap pelajar serta peningkatan pencapaian mereka dalam matematik.

1.1 Latar Belakang Masalah

Kursus Matematik merupakan kursus yang memerlukan pelajar berfikir secara kreatif dan

berimaginasi tinggi serta minat. Masalah memahami sesuatu konsep adalah berkait rapat

dengan istilah tidak faham, tidak hafal dan tidak ingat kerana apabila konsep itu dapat

dikuasai maka ia boleh menghafal dan menyimpannya dalam minda sebagai ingatan

(Sulaiman Masri, 1998). Hal ini berlaku disebabkan sesetengah istilah Matematik sukar

disebut (Silberman, 1979) menyebabkan pelajar sukar untuk mengingat dan menghafal.

Selain daripada konsep, proses matematik juga memainkan peranan yang penting kerana

menurut kajian Abu Hasaan Kassim (1998) menunjukkan bahawa ciri-ciri asas matematik

termasuk nombor, simbol, formula dan persamaan . Walaubagaimanapun, pelajar yang tidak

dapat membuat perkaitan di antara matematik dan aplikasi kejuruteraan akan menghadapi

masalah dalam penyelesaian masalah. Menurut Selvaratnam dan Fraser (1982), penyelesaian

masalah adalah satu keadaan di mana seseorang itu mempunyai satu arah yang hendak

dicapai tetapi jalan penyelesaiannya menghadapi jalan buntu. Kemahiran dalam penyelesaian

masalah telah menjadi objektif asas dalam pengajaran Matematik.

Proses pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa inggeris juga menjadi faktor

yang menyumbang kepada kegagalan kursus matematik. Sikap pelajar yang sememangnya

mempunyai asas yang lemah dalam matematik akan bertambah buruk dengan tidak

menyiapkan tugasan atau latihan serta peratus kehadiran ke kelas yang semakin merosot.

Di atas kesedaran bahawa pemahaman konsep dalam kursus matematik adalah penting dan

akan digunakan dalam aplikasi modul kejuruteraan telah mendorong pengkaji untuk

melaksanakan Program Klinik Matematik serta melihat keberkesanannya terhadap sikap dan

pencapaian pelajar.

1.2 Pernyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk mengukur sejauhmanakah keberkesanan Program Klinik

Matematik melalui sikap dan pencapaian pelajar terhadap kursus matematik. Program Klinik

matematik ini menumpu kepada pelajar lemah dari setiap kelas di mana mereka diwajibkan

menghadiri sesi pembelajaran tambahan . Penerangan tentang konsep matematik serta

latihtubi di harap dapat membantu pelajar memahami kursus matematik. Antara kelemahan

dalam asas matematik yang dikenalpasti adalah;

i. kelemahan dalam pengetahuan asas pelajar.

ii. kelemahan dalam menulis formula matematik.

Page 23: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

23

iii. kelemahan dalam menulis persamaan matematik.

iv. kesukaran dalam memahami konsep matematik.

v. kesukaran dalam memahami pengistilahan matematik yang digunakan dalam sesi

pengajaran.

vi. kekeliruan penggunaan simbol.

vii. masalah pengetahuan dalam pengoperasian matematik yang terhad.

Dengan pelaksanaan klinik matematik ini, diharapkan pelajar dapat mendisiplinkan diri

menghadiri kuliah, menyiapkan tugasan serta meningkatkan minat mereka terhadap kursus

matematik.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau keberkesanan pelaksanaan Program Klinik Matematik

melalui sikap pelajar dan pencapaian matematik.

2.1 Persoalan Kajian

Apakah kesan Program Klinik Matematik terhadap:

i. Sikap pelajar terhadap pembelajaran matematik

ii. Pencapaian pelajar dalam matematik

2.3 Kepentingan Kajian

Perbincangan kajian berpotensi untuk menjadikan kursus matematik sebagai kursus yang

diminati atau disenangi oleh semua pelajar politeknik melalui usaha:

i. meningkatkan minat pelajar terhadap kursus matematik

ii. melengkapkan pengetahuan dan pemahaman pelajar dalam matematik dan dapat

diaplikasi dalam kursus kejuruteraan

iii. meningkatkan prestasi pencapaian kursus matematik dalam Peperiksaan Akhir

Semester

3.0 REKABENTUK KAJIAN

Kajian dibuat menggunakan kaedah ujian pra-pasca dan soal selidik di mana hasil dapatan

dijangka dapat mengukur keberkesanan program klinik matematik. Ujian pra-pasca diberikan

kepada 35 pelajar yang mengikuti program ini manakala soal selidik juga diberikan kepada

pelajar yang sama untuk melihat sikap mereka terhadap kursus matematik. Data yang

diperolehi akan dianalisis secara kuantitatif statistik dan diskriptif yang menjurus kepada

huraian peratus dan min . Kajian ini dijangka akan membantu dalam menambahbaik proses

pengajaran dan pembelajaran matematik di Politeknik Kuching Sarawak.

Page 24: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

24

3.1 Pensampelan

Populasi kajian terdiri dari pelajar Politeknik Kuching Sarawak yang mengambil kursus

matematik. Sampel yang dipilih adalah terdiri daripada pelajar yang pernah gagal kursus

matematik dan mengulang kursus samada kali pertama atau kedua.

3.2 Instrumentasi Kajian

Instrumen kajian yang digunakan ialah:

i. Soal selidik:

Soal selidik diberi kepada 35 sampel terdiri dari pelajar SKE1/ S6 untuk melihat

reaksi dan tingkah laku pelajar secara tidak langsung mengenai sikap mereka terhdap

kursus matematik.

ii. Ujian Penilaian:

Dua (2) set soalan diedarkan sebagai ujian penilaian iaitu ujian sebelum pelaksanaan

program dan selepas pelaksanaan program klinik matematik bagi mengukur

keberkesanan program tersebut.

Penyemakan jawapan dan markah ujian penilaian dianalisis untuk melihat perubahan dalam

pencapaian dan mengenalpasti kesilapan pelajar.

Page 25: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

25

LAMPIRAN

SOAL SELIDIK SIKAP PELAJAR TERHADAP MATEMATIK DAN PROGRAM

KLINIK MATEMATIK

BAHAGIAN A (DEMOGRAFI RESPONDEN)

(SILA TANDAKAN √ )

1 JANTINA * LELAKI

PEREMPUAN

2 UMUR * 18 – 20 TAHUN

> 20 TAHUN

3 MENGAMBIL MODUL B 1001 * KALI PERTAMA

KALI KEDUA

KALI KETIGA

4 KEPUTUSAN SPM * MATEMATIK

MODEN

MATEMATIK

TAMBAHAN

5 JABATAN NYATAKAN

6 KURSUS NYATAKAN

BAHAGIAN B (PERSEPSI TERHADAP MATEMATIK)

SKALA LIKERT

1 - SANGAT TIDAK SETUJU

2 - TIDAK SETUJU

3 - SETUJU

4 - SANGAT SETUJU

BIL PENYATAAN 1 2 3 4

1 Saya sangat berminat belajar matematik

2 Matematik adalah kursus yang sangat sukar

3 Saya meluangkan masa yang banyak dalam

mempelajari dan membuat latihan matematik

4 Saya sentiasa mengulangkaji dan merujuk sumber-

Page 26: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

26

sumber lain dalam meningkatkan pengetahuan

matematik saya

5 Kurikulum Matematik di politeknik berbeza

samasekali dengan apa yang telah saya pelajari di

sekolah dahulu

6 Kaedah pembelajaran matematik di politeknik

berbeza dengan kaedah yang telah saya pelajari

dahulu

7 Saya tidak suka dengan kaedah pengajaran oleh

pensyarah di politeknik

8 Saya dapati pensyarah matematik tidak

berpengalaman dalam bidang tersebut

9 Biasanya saya faham semasa pembelajaran di dalam

kelas tetapi saya tidak dapat menjawab setiap soalan

yang diberi

10 Saya berminat untuk mengikuti klinik matematik

11 Klinik matematik membantu meningkatkan

pengetahuan saya dalam matematik

12 Saya bersedia mengikuti apa-apa program berkaitan

matematik

13 Saya pasti program klinik matematik memberi

manafaat kepada pelajar lemah seperti saya

CADANGAN SAYA DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN MATEMATIK DI

POLITEKNIK :

Terima kasih atas kerjasama anda menjawab soalan dengan jujur.

Page 27: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

27

MEMBUDAYAKAN PERISIAN SUMBER TERBUKA DI KALANGAN

PENSYARAH POLITEKNIK

Zakir Hussain Ibrahim

Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi

Politeknik Mukah Sarawak

ABSTRAK

Salah satu isu yang sering diperkatakan kesekian lamanya adalah penggunaan perisian tulen.

Perisian tulen pada asasnya memerlukan kos untuk memperolehinya. Sebagai alternatif

kepada kos yang perlu ditanggung oleh pengguna komputer terutamanya para akademik dan

ilmuwan maka penggunaan perisian sumber terbuka adalah sebagai alternatif. Penulisan ini

cuba sedikit sebanyak untuk mencadangkan kepada golongan ini tentang pilihan yang boleh

mereka guna pakai.

1.0 PENGENALAN

Setelah dua tahun kita berada dalam skim DH yang menitik beratkan kriteria kecemerlangan

di mana salah satunya adalah menghasilkan penulisan. Masih ramai yang belum nampak hala

tuju skim DH itu sendiri atau dapat merealisasikan kriteria kecemerlangan. Ada yang

bergerak ke arah itu namun kekangan demi kekangan perlu dihadapi. Ada yang tengah

berusaha untuk menulis sesuatu atau membuat kajian namun terlampau banyak persoalan

hingga wujudnya kebuntuan.

Kenapa wujudnya fenomena sedemikian? Kenapa kita sering diganggu-gugat oleh pemikiran-

pemikiran yang tampak membelenggukan kita hingga menjadikan kita, warga politeknik,

tidak mampu untuk bersaing dengan masyarakat-masyarakat ilmuwan dalam institusi

pengajian tinggi yang lain?

Persoalan-persoalan inilah cuba dirungkai penulisan ini untuk memberi kesedaran

terutamanya dikalangan warga politeknik yang ingin melakukan kajian mahupun membuat

penulisan. Perlu ada kesedaran bahawa penggunaan perisian-perisian komputer perlu kepada

keikhlasan dan rasa penuh tanggungjawab. Hakikatnya tiada siapa yang nampak perilaku kita

dan kebiasaannya pihak berwajib tidak akan memeriksa komputer individu.

2.0 PERSPEKTIF ISLAM

Sebagai insan yang mempunyai yang mempunyai pegangan tauhid perlu kepada satu

pendekatan yang serius terhadap penggunaan perisian sumber terbuka. Ini adalah kerana

salah satu tututan dalam Islam ialah berusaha untuk mencari rezeki yang halal. Dalam Surah

an-Nahl ayat 114 Allah SWT mewahyukan:

“Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah

kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah,

jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.”

Page 28: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

28

Ini diperkukuhkan lagi dalam Surah al-Baqarah ayat 188 yang menegaskan:

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu

dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah)

kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta

manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

Manakala Rasulullah saw bersabda: "Penjual dan pembeli sama-sama bebas menentukan jual

beli selagi keduanya belum berpisah; jika keduanya berterus terang dan jujur, maka jual-beli

mereka diberkati Allah; tetapi jika keduanya saling mendustai dan tidak berterus terang,

maka berkat dalam jual beli mereka itu akan hilang.''1

Maka persoalan selanjutnya yang timbul, apakah dengan menggunakan perisian yang

sumbernya adalah pasti daripada bukan yang haq menyumbang kearah kepayahan dalam

membudayakan ilmu dalam institusi seperti politeknik? Apakah fenomena ini yang

menyebabkan perilaku-perilaku masyarakat politeknik seperti di atas? Sekiranya inilah punca

sesuatu itu berlaku maka adakah pilihan atau alternatif yang boleh kita gunakan bagi

memastikan kita dapat memenuhi kriteria kecemerlangan?

3.0 KOS IMPLIKASI

Salah satu pilihan yang ada adalah berhijrah daripada Microsoft Windows kepada sistem

yang memberi anda kebebasan kepada anda untuk mengguna tanpa batasan-batasan seperti

pembayaran ke atas lesen-lesen penggunaan. Untuk makluman pembaca, walaupun Windows

memberi lesen mengguna-pakai perisian sama ada sistem pengoperasian (OS) mahupun

perisian-perisian Windows lain, pengguna tidak ada hak ke atas perisian tersebut. Dengan

kata lain, hak ke atas OS masih lagi hakmilik Windows dan bukan hakmilik pengguna.

Sekiranya kita mempunyai lebih daripada satu komputer di rumah, kita tidak boleh

memasang OS yang ada walaupun cakera padat OS tersebut ada pada kita. Ini kerana,

kebiasaannya satu CD bermakna satu lesen.

Maka bayangkan kos yang terpaksa ditanggung oleh pengguna untuk setiap lesen bagi setiap

perisian. Contohnya:

Perkara Anggaran Harga (RM)

Sistem Pengoperasian Proprietary 500

Perisian Antivirus 150

Perisian Office Suite Edisi Pelajar 400

Jumlah Kos 1050

Walaupun pada masa kini kos untuk komputer peribadi atau komputer riba atau komputer

netbook adalah murah tetapi apabila kita buat anggaran sedemikian, dapat kita lihat bahawa

kos ini tidak mengizinkan untuk penjawat awam memiliki perisian tulen. Maka jalan mudah

yang di ambil adalah untuk membeli perisian cetakrompak. Dari segi etika, ia adalah menjadi

1 Hadis Riwayat An-Nasa'iy dalam sunannya, Jilid 4. Hadis nombor 4310

Page 29: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

29

satu kesalahan. Dari segi perundangan, ia juga merupakan satu kesalahan, seperti yang

termaktub dalam Akta Cakera Optikal Tahun 20002.

4.0 MEMECAH KEBUNTUAN...LINUX ADALAH SUSAH

Seringkali apabila ditanya kepada pengguna komputer kenapa tidak menggunakan linux

sebagai pengganti kepada OS Windows, alasan yang dikemukakan adalah “Linux adalah

susah...”. Dan kebanyakan orang akan berhenti setakat itu tanpa memberi maklum balas

tentang apa yang susah mengenai linux. Adakah linux itu susah dari segi installation? Adakah

linux memerlukan kita hafal arahan-arahan tertentu untuk memastikan linux dapat online?

Adakah linux memerlukan seorang genius untuk faham bagaimana memasang linux dalam

komputer? Tidak ada penerangan secara terperinci mengenai mengapa kebanyakan pengguna

menganggap linux itu susah. Hanya berdasarkan prasangkan dan prejudis dari mulut ke

mulut.

Langkah awal yang boleh diambil oleh pihak politeknik untuk mempergiatkan dan

mempertingkatkan penggunaan perisian sumber terbuka, adalah dengan mengadakan dan

menganjurkan kursus-kursus mengenai perisian sumber terbuka. Ini boleh dilakukan dengan

kerjasama pihak Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit

atau MAMPU secara am. Ataupun terus berhubung dengan pihak Malaysian Public Sector

Open Source Software secara khusus. Pihak ini terlibat secara langsung dengan usaha-usaha

Kerajaan Malaysia untuk mengurangkan kos penggunaan perisian yang memerlukan kepada

pembayaran penggunaan seperti lesen penggunaan.

Pihak MAMPU mempunyai objektif berikut3:

i. Mengurangkan jumlah kos pemilikan.

ii. Meningkatkan kebebasan memilih penggunaan perisian

iii. Meningkatkan kebolehgunaan di antara sistem

iv. Meningkatkan pertumbuhan industri ICT

v. Meningkatkan pertumbuhan industri OSS

vi. Meningkatkan pertumbuhan komuniti pengguna dan pemaju/pembina OSS

vii. Mengurangkan jurang digital

Dengan usaha sama ini maka, kesedaran dan pengetahuan para akademik di politeknik akan

bertambah. Sejajar dengan itu, maka golongan-golongan ini akan dapat melihat bahawa

terdapat banyak kelebihan dalam penggunaan perisian sumber terbuka.

Dalam kriteria kecemerlangan pensyarah politeknik diminta untuk menjalankan penulisan

dan kajian. Maka apakah perisian yang boleh digunapakai sebagai alternatif kepada perisian

berbayar yang tentu sekali tidak mampu dibeli oleh individu-individu penjawat awam?

Terdapat banyak perisian-perisian sebagai galang ganti perisian-perisian yang berbayar.

Contohnya perisian SPSS, perisian ini adalah popular dikalangan pengkaji. Perisian ini

adalah mahal harganya untuk satu lesen penggunaan. Bayangkan kos yang dapat dijimatkan

dengan mengguna perisian seperti PSPP untuk menggantikan SPSS.

2 Act 606 Optical Discs Act 2000 [Reprint - 2001] 3 http://www.oscc.org.my/content/view/33/52/ dilayari pada 24 November, 2009

Page 30: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

30

Antara perisian-perisian yang boleh digunapakai di peringkat politeknik adalah perisian-

perisian seperti berikut:

i. OpenOffice: Digunakan untuk mengganti perisian berbayar seperti Microsoft

Office.

ii. GNU PSPP: Perisian yang dapat digunakan untuk mengganti SPSS.

iii. VYM: Perisian untuk membuat peta minda (mindmap) yang dapat membantu

dalam penulisan

4.1 OpenOffice

Perisian OpenOffice (Rajah 1) adalah perisian Office seperti juga Microsoft Office. Ia

mempunyai perisian sebanding dengan Microsoft Office. Antaranya adalah:

i. Writer – Words

ii. Calc – Excel

iii. Impress – Powerpoint

Dari segi fungsi dan penggunaan adalah hampir serupa di antara kedua-dua perisian.

Rajah 1: Paparan OpenOffice

4.2 GNU PSPP

Perisian GNU PSPP (Rajah 2) adalah pengganti kepada SPSS. Walaupun SPSS adalah satu

perisian yang cukup mantap sekiranya pensyarah atau warga akademik politeknik ingin

menjalankan kajian namun GNU PSPP adalah juga merupkan satu perisian yang mampu

menyaingi SPSS. Cuma mungkin pada perisian GNU PSPP ada beberapa fungsi yang

mungkin tidak disediakan.

4.3 VYM

VYM (Rajah 3) adalah kependekan untuk View Your Mind. Perisian ini boleh kita gunakan

untuk brainstorming dan membuat peta minda (mindmap). Dengan ini kita dapat

membuahkan ide-ide yang boleh digunapakai dan dilihat sebagai permulaan kepada

penghasilan sesuatu penulisan.

Page 31: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

31

Rajah 2: Paparan Utama GNU PSPP

Rajah 3: Paparan Kerja VYM

5.0 PENUTUP

Terdapat banyak perisian yang boleh digunapakai oleh pensyarah-pensyarah serta ahli-ahli

akademik peringkat politeknik untuk digunapakai secara percuma tanpa kekangan kos yang

mahal akibat pelesenan. Dengan mengubah dan memilih untuk menggunapakai perisian-

perisian sumber terbuka. Namun begitu, perlu difahami bahawa perisian sumber terbuka

bukan bermakna tiada syarat-syarat dan terma-terma dalam pelesenan. Masih wujud

kekangan-kekangan pelesenan. Cumanya pelesenan di dalam sumber terbuka adalah

kebebasan untuk memiliki perisian tersebut untuk disebar dan dikongsi bersama pengguna-

pengguna lain. Bahkan digalakkan pengguna untuk menambahbaik perisian yang digunapakai

dengan beberapa syarat yang termaktub dalam GNU4 dan GPL

5.

Penggunaan perisian dari sumber yang sahih dari segi cara perolehan adalah penting.

Bersandarkan sumber yang sahih, maka barakah dari hasil usaha dan titik peluh itu akan

4 https://help.ubuntu.com/8.04/about-ubuntu/C/about-gnu.html dilayari pada 25 November, 2009 5 http://www.gnu.org/licenses/gpl.html dilayari pada 25 November, 2009

Page 32: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

32

datang. Tamsilan yang boleh dibuat dibuat adalah seperti dua orang petani yang

mengusahakan dua bidang tanah yang sama keluasannya dengan cangkul yang sama

dimensinya. Cuma perbezaannya adalah seorang petani menggunakan cangkul yang

diperolehi dengan cara halal dan seorang petani lagi memperolehi cangkul dari hasil curian.

Maka titik peluh tulang empat kerat petani pertama akan membawa barakah dalam rezeki

yang dibawa pulang untuk anak dan isterinya.

Kosakata

Sistem Pengoperasian – Suatu perisian untuk memastikan komputer dapat digunapakai.

Antara sistem pengoperasian yang popular di pasaran adalah Windows. Sistem

pengoperasian yang lain adalah seperti MacOS, Unix dan Linux serta beberapa sistem

pengoperasian yang lain. Kependekan untuk sistem pengoperasian adalah OS yang

membawa makna Operating System.

Cakera padat – Dalam Bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Compact Disc. Kependekan untuk

media ini adalah CD. CD dalam dunia pengkomputeran bukannya untuk perisian-

perisian sahaja, malah CD digunapakai sebagai media storan sekunder. Hasil daripada

teknologi CD, kini terdapat pelbagai storan optikal lain seperti DVD, HD DVD dan

Blueray Disc.

Perisian sumber terbuka – Lebih dikenali sebagai Open Source Software (OSS).

Kebiasaannya perisian ini digunapakai bersama dengan OS Linux. Open Source

Initiative (OSI)6 adalah satu pertubuhan yang cuba untuk mengetengahkan penggunaan

perisian sumber terbuka dikalangan pengguna komputer.

Online – Istilah yang sering digunapakai dewasa ini untuk menggambarkan sesuatu keadaan.

Slanga yang digunapakai apabila pengguna ada pada talian adalah on9. Maksudnya

secara kasar adalah berada atas talian atau mempunyai sambungan terus ke internet.

SPSS –Perisian statistik kependekan bagi Statistical Package for Social Scientist.

PSPP –Perisian sumber terbuka alternatif kepada SPSS. Makna-makna PSPP7 adalah Perfect

Statistics Professionally Presented, Probabilities Sometimes Prevent Problems dan

People Should Prefer PSPP.

6 http://www.opensource.org/ dilayari pada 25 November, 2009 7 http://www.gnu.org/software/pspp/faq.html dilayari pada 1 Disember, 2009

Page 33: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

33

TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN BERPUSATKAN

PELAJAR DI POLITEKNIK KPTM (ZON SELATAN)

Ridzman Husin @ Ibrahim

Mahdzir Jamia’an

Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Politeknik Mukah Sarawak

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk meninjau pelaksanaan pengajaran

berpusatkan pelajar di politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) zon

selatan. Sampel kajian dipilih secara rawak melibatkan 235 orang pensyarah yang

dikategorikan kepada dua bidang pengkhususan iaitu bidang kejuruteraan dan bidang bukan

kejuruteraan daripada tiga buah politeknik zon selatan iaitu Politeknik Johor Bahru,

Politeknik Merlimau dan Politeknik Port Dickson. Data-data dikumpul menggunakan

instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan program SPSS versi 11.5. Dapatan kajian

menunjukkan para pensyarah politeknik zon selatan mengimplementasikan pengajaran

berpusatkan pelajar tetapi menggunakan kaedah tertentu sahaja. Tiga daripada lima kaedah

yang diskopkan dalam kajian ini sering dilaksanakan dalam pengajaran berpusatkan pelajar di

politeknik zon selatan iaitu kaedah amali, kaedah projek dan kaedah interaktif. Manakala

pelaksanaan bagi kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBL) dan kaedah lawatan pula

tidak begitu popular di kalangan pensyarah-pensyarah di politeknik zon selatan. Selain itu,

dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi pelaksanaan

kaedah pengajaran berpusatkan pelajar antara pensyarah-pensyarah dari bidang kejuruteraan

dan bidang bukan kejuruteraan di politeknik zon selatan. Didapati juga pelaksanaan kaedah

pengajaran berpusatkan pelajar yang diimplementasikan oleh pensyarah adalah berbeza di

sekurang-kurangnya dua buah politeknik zon selatan kecuali di antara Politeknik Johor Bahru

dengan Politeknik Port Dickson sahaja yang tidak begitu berbeza pelaksanaannya. Dari segi

kekangan dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar pula, kekangan yang paling

utama adalah dari aspek pentaksiran di mana penilaian di politeknik masih banyak

menggunakan ujian kertas pensel selain daripada tugasan sampingan yang membebankan.

Keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar

di politeknik KPTM khususnya politeknik zon selatan sering diimplementasikan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) selaras dengan matlamat KPTM.

1.0 PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha untuk memperkembangkan potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang serta

dapat menyumbang kepada kesejahteraan individu, masyarakat dan negara selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan matlamat

pendidikan negara menjadi realiti. Salah satunya ialah dari segi pendekatan, kaedah dan

teknik pengajaran yang diguna pakai oleh para pendidik untuk membantu meningkatkan

penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran pelajar. Pendekatan pengajaran yang

dimaksudkan adalah pengajaran berpusatkan pelajar.

Page 34: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

34

Pengajaran berpusatkan pelajar adalah merupakan suasana pengajaran dan pembelajaran di

mana pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Pelajar bukan setakat mendengar

penerangan guru tetapi juga membuat pelbagai aktiviti seperti perbincangan, penyelesaian

masalah dan lain-lain. Interaksi dua hala yang wujud di antara pelajar dengan pelajar serta

pelajar dengan guru mewujudkan suasana mesra dan menyediakan keadaan konduktif bagi

proses pembelajaran. Pengajaran yang dilaksanakan ini juga mengambil kira kesesuaian

dengan kebolehan pelajar, minat pelajar dan penglibatan pelajar yang aktif (Esah, 2004).

Kember (1997) telah menggambarkan bahawa terdapat dua strategi yang umum dalam

pengajaran iaitu berpusatkan guru dan berpusatkan pelajar. Beliau juga menyatakan bahawa

ilmu pengetahuan itu dibina oleh pelajar sendiri manakala pensyarah pula adalah seorang

fasilitator dalam pembelajaran dan bukan setakat seorang penyampai maklumat sahaja. Ini

jelas menunjukkan bahawa beliau lebih menjurus kepada strategi pengajaran berpusat pelajar.

Mok Soon Sang (2004) telah menyenaraikan sebanyak 10 ciri-ciri pengajaran dan

pembelajaran berpusatkan pelajar yang membezakannya dengan strategi berpusatkan

pensyarah. Ciri-ciri tersebut ialah:

i. Pelajar memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, sedangkan pensyarah berperanan sebagai pemimpin yang

membimbing pelajar menjalani aktiviti pembelajaran. ii. Komunikasi dan interaksi di antara pensyarah dan pelajar adalah secara 2 hala.

Pensyarah menggunakan kaedah menyoal untuk membimbing pelajar supaya

berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan mereka. iii. Ciri kepimpinan pensyarah bersifat demokratik. Pelajar-pelajar sentiasa

digalakkan memberi pendapat mereka. Pensyarah banyak menggunakan kaedah

perbincangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. iv. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif

pembelajaran pelajar. v. Perkembangan pelajar adalah secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek,

rohani, sosial dan jasmani. vi. Ujian formatif adalah ditekankan dan keputusan ujian kerapkali digunakan untuk

mengkaji kelemahan-kelemahan pelajar. vii. Penyampaian pensyarah ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya

pelajar-pelajar memahami fakta-fakta yang disampaikan dan mereka berupaya

membuat kesimpulan. viii. Peluang interaksi di antara pelajar adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang

positif seperti tolong-menolong, bekerjasama dan bertolak ansur jelas dapat

dipupuk. ix. Mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan. Perbezaan pelajar dari segi

kebolehan dan minat diberikan perhatian. x. Pelajar-pelajar menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Menurut kenyataan Mohamed Rashid (2006) yang dipetik dalam teks ucapannya di

Konvokesyen Politeknik Ungku Omar 2006 yang lalu, objektif kedua dalam Pelan Strategi

2005 - 2010 mereka telah menggariskan bahawa kaedah pengajaran berpusatkan pelajar perlu

Page 35: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

35

diimplementasikan di sesebuah politeknik bagi menyediakan persekitaran dan sumber

pembelajaran yang berkualiti.

Sebaliknya, hasil daripada kajian Noorhidayah (2005) mendapati bahawa strategi pengajaran

berpusatkan guru lebih kerap diamalkan dan dilaksanakan oleh pensyarah-pensyarah di

politeknik. Pengajaran sebegini tidak menggalakkan pelajar-pelajar belajar secara aktif

(Rashidi dan Abdul Razak, 1995) dan kadangkala tidak dapat menolong kita mencapai

objektif pemikiran kritikal mahupun kreatif atau penguasaan sesuatu kemahiran psikomotor

kognitif (Mok Soon Sang, 2004).

Berdasarkan kepada tinjauan yang telah dijalankan di Politeknik Kulim menunjukkan bahawa

sebilangan besar pensyarah masih mengamalkan kaedah ‘chalk and talk’ dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kemudahan pengajaran yang disediakan tidak begitu

sesuai untuk pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar di samping bilangan pelajar untuk

setiap kelas adalah terlalu ramai dan menyukarkan proses pengajaran.

3.0 KERANGKA TEORI KAJIAN

Berdasarkan kerangka konsep kajian pada Rajah 1, tinjauan dibuat terhadap pelaksanaan

pengajaran berpusatkan pelajar di politeknik di mana ianya melihat kepada aspek kaedah

pengajaran. Lima kaedah pengajaran sahaja difokuskan untuk kajian ini iaitu kaedah amali,

interaktif, pembelajaran berasaskan masalah (PBL), projek dan lawatan. Pensyarah politeknik

dipilih dari dua bidang yang berbeza iaitu bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan di tiga

buah politeknik zon selatan iaitu Politeknik Johor Bahru, Politeknik Merlimau dan Politeknik

Port Dickson.

Penyelidik juga menentukan sama ada terdapat perbezaan pelaksanaan pengajaran

berpusatkan pelajar antara pensyarah-pensyarah di tiga buah politeknik zon selatan serta

antara pensyarah-pensyarah kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Selain itu, penyelidik juga

mengkaji kekangan yang dihadapi pensyarah dalam mengimplementasikan pengajaran

berpusatkan pelajar ini di mana dapat menyediakan maklumat kepada pihak politeknik

terutama dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, penyelidik

dapat membuat suatu kesimpulan dan cadangan berkaitan pelaksanaan pengajaran

berpusatkan pelajar di politeknik zon selatan khususnya.

4.0 METODOLOGI

4.1 Sampel Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah persampelan secara rawak. Ini kerana

populasi kajian adalah besar selain dapat memudahkan penyelidik memilih sampel yang

diperlukan. Kaedah pensampelan secara rawak merupakan cara terbaik untuk mendapatkan

satu sampel yang mewakili populasi (Sulaiman, 1994). Melalui kaedah persampelan ini,

setiap individu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. Selain itu, kaedah persampelan

ini juga sesuai digunakan untuk mengkaji populasi yang mempunyai ciri-ciri seragam.

Sampel yang dipilih adalah melibatkan pensyarah-pensyarah dari jabatan-jabatan yang

berbeza di tiga buah politeknik zon selatan seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.

Page 36: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

36

Rajah 1: Kerangka Konsep Kajian

Populasi merupakan keseluruhan fenomena yang ingin dikaji (Syed Arabi Idid, 2002). Dalam

kajian ini, populasi kajian adalah terdiri daripada pensyarah-pensyarah di politeknik zon

selatan. Jumlah populasi kajian adalah seperti dalam Jadual 2.

Jadual 1: Pemilihan Sampel Kajian

Bil. Politeknik Jabatan Sampel

Kejuruteraan Mekanikal 15

Kejuruteraan Elektrik 15

Rekabentuk & Komunikasi Visual 40

Hospitaliti & Fesyen 20

1. Politeknik Johor Bahru

Matematik, Sains & Komputer 5

Kejuruteraan Mekanikal 15

Kejuruteraan Elektrik 15

Kejuruteraan Awam 22

Perdagangan 15

Hospitaliti 15

2. Politeknik Merlimau

Matematik, Sains & Komputer 6

Politeknik Zon Selatan

PELAKSANAAN

PENGAJARAN

BERPUSATKAN

PELAJAR

Kaedah Pengajaran :

(i) Amali

(ii) Interaktif

(iii) PBL

(iv) Projek

(v) Lawatan

Pensyarah Politeknik

Kekangan

Kejuruteraan

Bukan

Kejuruteraan

Bidang Pengkhususan

Politeknik

Johor Bahru

Politeknik

Merlimau

Politeknik Port

Dickson

P

e

r

b

e

z

a

a

n

Pelaksanaan Pengajaran Berpusatkan Pelajar

di Politeknik KPTM Zon Selatan

Kesimpulan & Cadangan

Page 37: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

37

Jadual 1: Pemilihan Sampel Kajian (Samb.)

Bil. Politeknik Jabatan Sampel

Kejuruteraan Mekanikal 15

Kejuruteraan Elektrik 15

Kejuruteraan Awam 22

Perdagangan 30

3. Politeknik Port Dickson

Matematik, Sains & Komputer 6

Jumlah 271

Jadual 2: Populasi Kajian

Bil. Politeknik Jumlah Pensyarah

1. Politeknik Johor Bahru, Johor 328

2. Politeknik Kota, Melaka 83

3. Politeknik Merlimau, Melaka 235

4. Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan 271

Jumlah 917

4.2 Instrumentasi

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian bagi

mendapatkan data-data kajian. Penyelidik menggunakan ukuran kebolehpercayaan Alpha-

Cronbach untuk menguji kebolehpercayaan item-item soal selidik. Nilai kebolehpercayaan

atau Alpha-Cronbach adalah ukuran yang digunakan bagi mengukur darjah konsistensi dalam

instrumen kajian (Gliem dan Gliem, 2003).

Merujuk kepada Jadual 3, jelas menunjukkan kesemua item soal selidik ini mempunyai nilai

koefisien kebolehpercayaan (Alpha-Cronbach) melebihi 0.6. Ini menunjukkan

kebolehpercayaan item yang dibina di dalam borang soal selidik ini mempunyai

kebolehpercayaan yang baik.

Jadual 3: Hasil Ujian Kebolehpercayaan Item Soal Selidik

Bil. Fokus Item Jumlah

Item

Jumlah

Sampel

(Alpha - Cronbach)

1. Kaedah Amali 6 10 0.8296

2. Kaedah Interaktif 6 10 0.6777

3. Kaedah PBL 6 10 0.9361

4. Kaedah Projek 6 10 0.6403

5. Kaedah Lawatan 6 10 0.6606

6. Kaedah Pengajaran Berpusatkan Pelajar

(Keseluruhan) 30 10 0.8659

7. Kekangan Dalam Pelaksanaan Pengajaran

Berpusatkan Pelajar 10 10 0.9328

Keseluruhan 40 10 0.9003

4.3 Penganalisisan Data

Data yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis secara kuantitatif. Demografi responden

dikaji dalam bentuk penjadualan taburan frekuensi dan peratus. Skor min telah digunakan

bagi mengetahui sama ada pembelajaran berpusatkan pelajar diimplementasikan oleh

Page 38: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

38

pensyarah. Ujian –T Sampel Bebas (Independent Sample T-Test) pula digunakan bagi

mengetahui sama ada terdapat perbezaan pelaksanaan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar

antara pensyarah-pensyarah daripada bidang kejuruteraan dengan bidang bukan kejuruteraan.

Bagi mengetahui perbezaan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar yang

diimplementasikan di tiga buah politeknik tersebut, analisis Varians Satu Faktor (One Way

ANOVA) digunakan. Skor min pula digunakan bagi mengetahui kekangan-kekangan yang

dihadapi oleh pensyarah dalam usaha melaksanakan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar

di politeknik zon selatan. Di dalam kajian ini, kesemua penganalisisan data adalah

menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS).

5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 Pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar

Berdasarkan kepada hasil dapatan kajian, jumlah skor min keseluruhan bagi pelaksanaan

pengajaran berpusatkan pelajar adalah berada pada tahap yang tinggi iaitu 3.95. Julat skor

min adalah dalam lingkungan 3.61 hingga 4.22 manakala julat sisihan piawai pula berada

dalam lingkungan 0.692 hingga 1.210. Kaedah amali menunjukkan skor min yang paling

tinggi iaitu 4.22 manakala kaedah lawatan pula menunjukkan skor min yang paling rendah

iaitu 3.61. Ini jelas menunjukkan bahawa hanya 3 kaedah sahaja yang biasanya dilaksanakan

dalam pengajaran berpusatkan pelajar di politeknik zon selatan iaitu kaedah amali, kaedah

projek dan kaedah interaktif. Selain itu, tidak ramai pensyarah-pensyarah di politeknik zon

selatan yang mengimplementasikan kaedah PBLdan kaedah lawatan. Namun begitu, secara

keseluruhannya, pengajaran berpusatkan pelajar telah diimplementasikankan di politeknik

zon selatan tetapi dengan menggunakan kaedah tertentu sahaja. Hasil dapatan kajian telah

diringkaskan dalam bentuk jadual seperti dalam Jadual 4.

Jadual 4: Pelaksanaan Pengajaran Berpusatkan Pelajar

Bil. Item Skor

Min

Sisihan

Piawai

Tafsiran

Min

1. Kaedah Amali 4.22 0.760 Tinggi

2. Kaedah Interaktif 4.01 0.735 Tinggi

3. Kaedah PBL 3.76 0.973 Sederhana

4. Kaedah Projek 4.13 0.692 Tinggi

5. Kaedah Lawatan 3.61 1.210 Sederhana

Keseluruhan

(Pelaksanaan Pengajaran Berpusatkan

Pelajar)

3.95 0.669 Tinggi

5.1.1 Kaedah amali

Pengajaran secara amali adalah pengajaran yang dilaksanakan secara praktikal dengan

menggunakan kemahiran sendiri bagi mengesahkan suatu konsep dan teori yang telah

dipelajari serta dapat membentuk sikap dan pemikiran kreatif. Hasil analisis bagi item-item

untuk pelaksanaan kaedah pengajaran secara amali ditunjukkan dalam Jadual 5.

Page 39: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

39

Jadual 5: Kaedah Amali

No.

Item Item

Skor

Min

Sisihan

Piawai

Tafsiran

Min

B6 Melaksanakan P&P di bilik khas 4.09 0.924 Tinggi

B7 Menyediakan peralatan yang sesuai 4.17 0.915 Tinggi

B8 Memberikan penerangan mengenai

langkah-langkah penting 4.32 0.819 Tinggi

B9 Membuat demonstrasi (tunjuk cara) 4.23 0.853 Tinggi

B10 Menggalakkan pelajar bertanya 4.34 0.824 Tinggi

B11 Meminta pelajar menulis laporan amali 4.18 1.015 Tinggi

Keseluruhan (Kaedah Amali) 4.22 0.760 Tinggi

5.1.2 Kaedah interaktif

Pengajaran secara interaktif adalah pengajaran yang dilaksanakan melalui aktiviti perbualan,

soal jawab, pertukaran pendapat / idea dan perkongsian maklumat antara pensyarah dan

pelajar di mana memerlukan penglibatan aktif pelajar. Hasil analisis bagi item-item untuk

pelaksanaan kaedah pengajaran secara interaktif ditunjukkan dalam Jadual 6.

Jadual 6: Kaedah Interaktif

No.

Item Item

Skor

Min

Sisihan

Piawai

Tafsiran

Min

B12 Membentuk kumpulan kecil di dalam

kelas 3.96 0.949 Tinggi

B13 Mengadakan aktiviti perbualan

(pertukaran pendapat) 3.96 0.786 Tinggi

B14 Memberikan topik yang sesuai untuk

perbincangan (sumbang saran) 3.91 0.911 Tinggi

B15 Menggalakan pelajar mengeluarkan

pendapat (idea) secara bebas 4.11 0.832 Tinggi

B16 Mengawasi aktiviti sebagai pemerhati

(fasilitator) 4.13 0.787 Tinggi

B17 Membuat penilaian melalui

penglibatan aktif pelajar 3.96 0.946 Tinggi

Keseluruhan (Kaedah Interaktif) 4.01 0.735 Tinggi

Merujuk kepada Jadual 5.3, skor min keseluruhan bagi pelaksanaan kaedah pengajaran secara

interaktif adalah tinggi iaitu 4.01 (s = 0.735). Julat skor min bagi setiap item berada dalam

lingkungan 3.91 hingga 4.13. Kesemua item berada pada tahap tafsiran min yang tinggi.

Purata yang diperolehi menunjukkan secara keseluruhannya responden

mengimplementasikan kaedah pengajaran secara interaktif di politeknik. Sisihan piawai bagi

setiap item adalah kurang daripada 1.000. Ini menunjukkan bahawa serakan taburan skor bagi

kesemua item tidak begitu jauh dari nilai skor min dalam taburannya.

5.1.3 Kaedah PBL

Pengajaran secara PBL adalah pengajaran yang dilaksanakan melibatkan penyelesaian

masalah melalui penjanaan idea menggunakan pemikiran analitis dan kritis secara

berkumpulan mengikut prosedur-prosedur PBL. Hasil analisis bagi item-item untuk

Page 40: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

40

pelaksanaan kaedah pengajaran secara PBL ditunjukkan dalam

Jadual 7.

Jadual 7: Kaedah PBL

No.

Item Item

Skor

Min

Sisihan

Piawai

Tafsiran

Min

B18 Meminta pelajar membentuk

kumpulan 3.74 1.019 Sederhana

B19 Memberikan penerangan mengenai

prosedur melaksanakan PBL 3.69 1.059 Sederhana

B20 Memberikan aplikasi permasalahan

berkaitan pelajaran 3.77 0.964 Sederhana

B21 Menggalakkan pelajar menjana idea

secara berkumpulan 3.80 1.040 Tinggi

B22 Meminta pelajar memberi maklum

balas tugasan kerja kumpulan 3.83 1.042 Tinggi

B23 Menilai pelajar melalui hasil setiap

prosedur PBL 3.75 1.081 Sederhana

Keseluruhan (Kaedah PBL) 3.76 0.973 Sederhana

Jadual 7 menunjukkan bahawa skor min keseluruhan bagi bagi pelaksanaan kaedah

pengajaran secara PBL adalah sederhana iaitu 3.76 (s = 0.973). Kesemua item menunjukkan

skor min kurang daripada 4.00 di mana julat skor min bagi setiap item berada dalam

lingkungan 3.69 hingga 3.83. Purata yang diperolehi menunjukkan bahawa responden jarang

melaksanakan kaedah pengajaran secara PBL.

5.1.4 Kaedah Projek

Pengajaran secara projek adalah pengajaran yang dilaksanakan dengan cara pelajar

mengalami dan membuat sendiri di mana mereka dapat menonjolkan segala pengetahuan dan

kemahiran masing-masing. Hasil analisis bagi item-item untuk pelaksanaan kaedah

pengajaran secara projek ditunjukkan dalam Jadual 8.

Berdasarkan kepada Jadual 8, jumlah skor min keseluruhan bagi pelaksanaan kaedah

pengajaran secara projek adalah tinggi iaitu 4.13 (s = 0.692). Julat skor min bagi item pula

berada dalam lingkungan 3.88 hingga 4.27. Walaupun item B24 mencatat skor min terendah,

namun ia masih berada pada tahap tafsiran min yang tinggi. Item B28 mencatat skor tertinggi

iaitu 4.27. Hasil daripada soal selidik ini membuktikan bahawa kaedah pengajaran secara

projek memang dilaksanakan di politeknik.

Jadual 8: Kaedah Projek

No.

Item Item

Skor

Min

Sisihan

Piawai

Tafsiran

Min

B24 Memberikan tajuk untuk pilihan pelajar 3.88 0.914 Tinggi

B25 Meminta pelajar mendapatkan tajuk

yang sesuai 4.06 0.892 Tinggi

B26 Meminta pelajar menyediakan

’proposal’ ringkas 4.11 0.870 Tinggi

Page 41: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

41

Jadual 8: Kaedah Projek (Samb.)

No.

Item Item

Skor

Min

Sisihan

Piawai

Tafsiran

Min

B27 Menyelia perjalanan projek secara

berterusan 4.24 0.743 Tinggi

B28 Menilai hasil projek melalui

pembentangan 4.27 0.791 Tinggi

B29 Menilai hasil projek melalui laporan

projek 4.25 0.761 Tinggi

Keseluruhan (Kaedah Projek) 4.13 0.692 Tinggi

5.1.5 Kaedah Lawatan

Pengajaran secara lawatan adalah pengajaran yang dilaksanakan dengan memberi

pendedahan dan pengalaman kepada pelajar di mana mereka dapat melihat sendiri keadaan

sebenar mengenai perkara yang telah dipelajari. Hasil analisis bagi item-item untuk

pelaksanaan kaedah pengajaran secara projek ditunjukkan dalam Jadual 9.

Jadual 9: Kaedah Lawatan

No.

Item Item

Skor

Min

Sisihan

Piawai

Tafsiran

Min

B30 Meminta pelajar menguruskan

prosedur lawatan 3.56 1.247 Sederhana

B31 Membimbing pelajar menguruskan

prosedur lawatan 3.59 1.235 Sederhana

B32 Mengawasi perjalanan lawatan 3.63 1.242 Sederhana

B33 Menggalakkan pelajar bertanya

semasa lawatan 3.68 1.266 Sederhana

B34 Meminta pelajar menceritakan

pengalaman daripada lawatan 3.62 1.277 Sederhana

B35 Menilai pelajar melalui laporan hasil

lawatan 3.61 1.260 Sederhana

Keseluruhan (Kaedah Lawatan) 3.61 1.210 Sederhana

Jadual 9 menunjukkan bahawa skor min keseluruhan bagi pelaksanaan kaedah pengajaran

secara lawatan adalah 3.61 (s = 1.210) di mana ia berada pada tahap tafsiran min sederhana.

Ini bermaksud bahawa kaedah pengajaran secara lawatan tidak begitu dilaksanakan dalam

proses P&P di politeknik.

5.2 Kekangan dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar

Jadual 10 menunjukkan bahawa skor min keseluruhan bagi kekangan dalam pelaksanaan

pengajaran berpusatkan pelajar adalah berada pada tafsiran min yang sederhana iaitu 3.36 (s

= 0.730). Julat skor min bagi setiap item pula berada dalam lingkungan 2.93 hingga 3.78.

Terdapat dua item yang menunjukkan skor min kurang daripada 2.00 iaitu item B42

mengenai penilaian dan item B43 mengenai tugasan sampingan. Ini menunjukkan bahawa

penilaian yang dijalankan di politeknik banyak menggunakan ujian kertas pensel.

Selain itu, tugasan sampingan yang membebankan menjadi alasan kebanyakan pensyarah-

pensyarah di politeknik kurang melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar. Kadar

Page 42: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

42

keseluruhan purata min yang sederhana menunjukkan bahawa responden sememangnya

menghadapi pelbagai kekangan dalam melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar.

Jadual 10: Kekangan Dalam Pelaksanaan Pengajaran Berpusatkan Pelajar

No.

Item Item

Skor

Min

Sisihan

Piawai

Tafsiran

Min

B36 Kemudahan P&P mencukupi 3.13 1.135 Sederhana

B37 Kemudahan P&P berfungsi dengan baik 3.29 1.007 Sederhana

B38 Susun atur di dalam kelas bersesuaian

untuk P&P 3.38 0.979 Sederhana

B39 Bilangan pelajar dalam satu kelas tidak

terlalu ramai 3.29 1.180 Sederhana

B40 Masa untuk pelaksanaan pengajaran

berpusatkan pelajar mencukupi 3.45 0.984 Sederhana

B41 Isi pelajaran bersesuaian untuk

pengajaran berpusatkan pelajar 3.60 0.922 Sederhana

B42 Penilaian Berterusan (PB) kurang

menggunakan ujian bertulis 2.93 1.167 Sederhana

B43 Tugasan sampingan tidak mengganggu

pelaksanaan P&P 2.98 1.441 Sederhana

B44 Pelajar memberikan perhatian dengan

baik di dalam P&P 3.78 0.811 Sederhana

B45 Pelajar terlibat secara aktif di dalam

P&P 3.75 0.978 Sederhana

Keseluruhan (Kekangan) 3.36 0.730 Sederhana

6.0 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Bagi tujuan memudahkan proses perbincangan, penyelidik menggambarkan dapatan

persoalan kajian secara keseluruhan seperti ditunjukkan dalam Jadual 11.

Jadual 11: Dapatan Persoalan Kajian

Perkara Dapatan Kajian

Pelaksanaan Pengajaran

Berpusatkan Pelajar di

Politeknik Zon Selatan

Pensyarah-pensyarah di politeknik zon selatan

mengimplementasikan pengajaran berpusatkan pelajar

tetapi menggunakan kaedah tertentu.

Pensyarah sering menggunakan kaedah pengajaran secara

amali dalam proses P&P di politeknik zon selatan.

Kaedah pengajaran secara interaktif kerap dilaksanakan di

dalam proses P&P di politeknik zon selatan.

Kaedah pengajaran secara PBL kurang dilaksanakan dan

kurang popular di kalangan pensyarah-pensyarah

politeknik zon selatan.

Ramai pensyarah di politeknik zon selatan melaksanakan

kaedah pengajaran secara projek.

Pelaksanaan Kaedah Pengajaran

Berpusatkan Pelajar di

Politeknik Zon Selatan

Tidak ramai pensyarah di politeknik zon selatan

melaksanakan kaedah pengajaran secara lawatan.

Page 43: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

43

Jadual 11: Dapatan Persoalan Kajian (Samb.)

Perkara Dapatan Kajian

Perbezaan Pelaksanaan Kaedah

Pengajaran Berpusatkan Pelajar

Antara Pensyarah-Pensyarah

Mengikut Bidang Pengkhususan

di Politeknik Zon Selatan

Pelaksanaan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar yang

diimplementasikan oleh pensyarah dari bidang

kejuruteraan adalah berbeza dengan pensyarah dari bidang

bukan kejuruteraan.

Pelaksanaan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar yang

diimplementasikan oleh pensyarah-pensyarah di antara

politeknik zon selatan adalah berbeza. Perbezaan Pelaksanaan Kaedah

Pengajaran Berpusatkan Pelajar

Antara Pensyarah-Pensyarah di

Tiga Buah Politeknik Zon

Selatan

Kecuali pelaksanaan kaedah pengajaran berpusatkan

pelajar yang diimplementasikan oleh pensyarah-pensyarah

di Politeknik Johor Bahru tidak ada begitu berbeza dengan

pelaksanaannya di Politeknik Port Dickson.

Penilaian Berterusan (PB) banyak menggunakan ujian

bertulis

Tugasan sampingan mengganggu pelaksanaan P&P

Kemudahan P&P kurang mencukupi

Kemudahan P&P tidak berfungsi dengan baik

Bilangan pelajar dalam satu kelas terlalu ramai

Susun atur di dalam kelas kurang bersesuaian untuk P&P

Masa untuk pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar

tidak mencukupi

Isi pelajaran kurang bersesuaian untuk pengajaran

berpusatkan pelajar

Pelajar terlibat secara aktif di dalam P&P

Kekangan Dalam Pelaksanaan

Pengajaran Berpusatkan Pelajar

di Politeknik Zon Selatan

Pelajar memberikan perhatian dengan baik di dalam P&P

Kajian ini dilaksanakan berpandukan kepada persoalan dan objektif kajian. Secara

keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa:

i. Pensyarah-pensyarah di politeknik zon selatan telah melaksanakan pengajaran

berpusatkan pelajar bagi menggantikan kaedah pengajaran secara ‘chalk and talk’

seterusnya mencapai objektif ketiga Pelan 2006 - 2010 KPTM.

ii. Kaedah yang paling kerap diimplementasikan adalah kaedah amali, diikuti dengan

kaedah projek dan kaedah interaktif.

iii. Kaedah PBL dan kaedah lawatan kurang dilaksanakan dan kurang popular di

kalangan pensyarah-pensyarah politeknik zon selatan kerana tidak ramai

pensyarah yang mengimplementasikannya dalam P&P.

iv. Pelaksanaan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar yang diimplementasikan oleh

pensyarah dari bidang kejuruteraan adalah berbeza dengan pensyarah dari bidang

bukan kejuruteraan.

v. Pelaksanaan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar yang diimplementasikan oleh

pensyarah-pensyarah di antara politeknik zon selatan adalah berbeza kecuali

pelaksanaan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar yang diimplementasikan oleh

pensyarah-pensyarah di Politeknik Johor Bahru tidak mempunyai perbezaan yang

ketara dengan pelaksanaannya di Politeknik Port Dickson.

Page 44: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

44

vi. Kekangan yang dihadapi dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar

adalah dari aspek penilaian, Penilaian Berterusan (PB) di mana banyak

menggunakan ujian bertulis.

vii. Kemudahan P&P di politeknik kurang mencukupi dan ianya tidak berfungsi

dengan baik.

viii. Bilangan pelajar dalam satu kelas terlalu ramai dan susun atur di dalam

kelasnya kurang bersesuaian untuk P&P berpusatkan pelajar ini.

ix. Pensyarah menyifatkan bahawa tugasan sampingan amat membebankan dan

menganggu pelaksanaan P&P berpusatkan pelajar ini.

Kajian ini telah berjaya menjawab persoalan-persoalan kajian dan seterusnya mencapai

objektif dan matlamat kajian iaitu untuk meninjau sejauh mana pelaksanaan pengajaran

berpusatkan pelajar di kalangan pensyarah-pensyarah di politeknik pada masa kini khususnya

politeknik zon selatan. Kaedah pengajaran ini dilihat dapat menyediakan persekitaran dan

sumber pembelajaran yang berkualiti seperti mana dikehendaki oleh pihak Kementerian

Pengajian Tinggi sebagai mana telah mereka sasarkan dalam Pelan Strategi 2006 - 2010.

Secara keseluruhannya, penyelidik dapat mengenal pasti kaedah yang diimplementasikan

dalam pengajaran berpusatkan pelajar di politeknik zon selatan khususnya termasuk

kekangan yang dihadapi dalam pelaksanaannya. Seterusnya, cadangan telah dikemukakan

kepada pihak-pihak yang berkepentingan iaitu pihak KPTM, pihak pentadbiran politeknik

dan pensyarah-pensyarah politeknik untuk sebarang tindakan yang sepatutnya.

6.1 Cadangan Kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Data dan maklumat kajian ini amat penting dalam memberi input kepada pihak Kementerian

Pengajian Tinggi sebagai maklum balas bagi mencapai matlamat Pelan Strategi 2005 - 2010.

Oleh yang demikian, pihak KPTM dapat menilai sejauh mana pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran di politeknik. Secara keseluruhannya, KPTM juga memperoleh gambaran

terhadap tahap pendidikan yang dilaksanakan di politeknik. Berikut adalah cadangan

penyelidik kepada pihak KPTM:

i. Pihak KPTM dicadangkan agar mewujudkan satu badan khas yang mana

bertanggungjawab menilai pelaksanaan pengajaran yang diimplementasikan oleh

seseorang pensyarah.

ii. Pihak KPTM perlu mengadakan seminar, kolokium, ceramah atau sebagainya di

peringkat kebangsaan berkaitan pengajaran berpusatkan pelajar dan terbuka

kepada semua pensyarah di seluruh politeknik di Malaysia.

6.2 Cadangan Kepada Pentadbiran Politeknik

Dapatan kajian ini boleh digunakan untuk penambahbaikan kaedah pengajaran yang lebih

berkesan bukan sahaja di politeknik zon selatan sahaja tetapi boleh diguna pakai oleh seluruh

politeknik di Malaysia.

i. Dalam usaha menjadikan politeknik sebagai pusat kecemerlangan pendidikan

bertaraf dunia, kualiti pengetahuan dan kemahiran guru-guru perlu

dipertingkatkan. Salah satu komponen kemahiran yang menjadi aset penting yang

mesti dimiliki ialah kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran

sedemikian dapat membantu usaha meningkatkan keberkesanan proses pengajaran

dan pembelajaran akademik. Oleh itu, setiap pensyarah perlu menguasai bidang

Page 45: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

45

pedagogi. Justeru pihak politeknik perlu memastikan agar semua pensyarah

mengikuti kursus, bengkel, seminar atau kolokium yang berkaitan pengajaran dan

pembelajaran sekurang-kurangnya sekali setahun.

ii. Pihak politeknik hanya memberikan tumpuan kepada ujian kertas pensel sahaja

sebagai instrumen dominan untuk menilai pelajar. Instrumen selain kertas pensel

dianggap tidak releven. Justeru penyelidik mencadangkan supaya pentaksiran di

politeknik harus dipelbagaikan. Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

boleh diberikan skor atau markah perlu dijadikan instrumen pengujian, contohnya

cerapan, ujian kepantasan dan berkumpulan, pemerhatian, senarai semak, ujian

pencapaian, ujian prestasi, ujian situasi, pentaksiran hasil kerja, nota buku log,

rakaman pita audio dan diari pelajar. Ini akan menjurus kepada pengajaran

berpusatkan pelajar.

iii. Pihak pentadbiran politeknik perlu sentiasa memantau masalah-masalah yang

dihadapi oleh para pensyarah sama ada dari segi kemudahan pengajaran dan

pembelajaran atau pun sebagainya.

6.3 Cadangan Kepada Pensyarah Politeknik

Pensyarah-pensyarah politeknik adalah merupakan golongan yang paling penting dalam

mengimplementasikan pengajaran berpusatkan pelajar. Mereka juga adalah merupakan

responden kepada kajian ini. Maka, para pensyarah politeknik dicadangkan seperti mana

berikut:

i. Pensyarah dicadangkan agar mempraktikkan dan mempelbagaikan kaedah dan

teknik pengajaran terutama pengajaran berpusatkan pelajar.

ii. Pensyarah dicadangkan agar menyertai kursus, seminar, kolokium atau yang

berkaitan dengan pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar yang dianjurkan

oleh mana-mana agensi.

iii. Pensyarah harus diberi motivasi agar prihatin dengan misi dan visi politeknik bagi

menyediakan pelajar dengan kemahiran-kemahiran tertentu dalam menyediakan

tenaga kerja separa profesional dalam bidang teknikal, perdagangan dan

hospitaliti.

7.0 RUJUKAN

Esah Sulaiman (2004). “Pengenalan Pedagogi.” Skudai : UTM.

Kember, D. (1997). “A Reconceptualisation Of The Research Into University Academics

Conceptions Of Teaching.” Learning and Instruction. 7 (3). 255-275.

Mohamed Rashid Navi Bax (2006). ”Perutusan Dari Dr. Mohamed Rashid b. Navi Bax,

Pengarah Bahagian Pengurusan Politeknik Malaysia.” dalam Nor Ainon Zakaria,

Hafidzah Ahmad Abbas & Amrul Fazli Mohamad. ”Buletin Konvokesyen Politeknik

Ungku Omar (PUO) ” Ipoh : PUO. 2.

Mok Soon Sang (2004). “Ilmu Pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).”

3rd. ed. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Noorhidayah Abdul Kassim (2005). “Amalan Penggunaan Pendekatan Pengajaran Oleh

Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam Di Politeknik.” KUiTTHO : Tesis Sarjana

Pendidikan.

Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995). “Pengajaran Dalam Bilik Darjah : Kaedah &

Strategi.” Kajang: Masa Enterprise.

Page 46: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

46

Sulaiman Ngah Razali (1997). “Pedagogi : Teori dan Praktik.” Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Page 47: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

47

POLYTECHNIC KUCHING STUDENTS’ FOUNDATION IN MATHEMATICS:

THE CASE OF LOGARITHMS

Jeffery Abat Maramat

Mathematics, Science and Computer Department

Polytehnic Kuching, Sarawak

ABSTRACT

The paper presents the findings of one hundred Polytechnic Kuching (POLIKU) students’

understanding when working with logarithms. A specially designed test sheet, with questions

classified according to cognitive level, will be used. The data will be analyzed in detail to

examine the kinds of understanding students have about the topic. Results indicate students’

disposition towards a procedural approach and reliance on rules, rather than on the meaning

of concepts.

1.0 INTRODUCTION

Logarithms were invented by John Napier (1550-1617), Baron of Merchiston, in Scotland

nearly 400 years ago. Nowadays, information technologies such as calculators and computers

have taken over this computational role. Yet logarithms remain a great tool for calculation in

mathematics and science. To date, logarithms still be found in polytechnic mathematics

curricula.

Understanding the concept of a logarithm builds on the relationship between the additive and

multiplicative structure of numbers. The importance of logarithms lies in converting an

addition/subtraction into a multiplication/division of two logarithms numbers; that is, the

computational power of logarithms relies on the relationship between multiplication/division

and addition/subtraction.

One of major obstacles to students in Mathematics Engineering 1 (B1001) is to comprehend

with indices and logarithms. Their understanding of the fundamental concept of logarithms

still remains in doubt. Thus, this study was conducted with the aim of examining the

students’ level of understanding of indices and logarithms.

The paper begins with a description of the methods and results and follows with a discussion

of the implications of the findings are presented as a way of helping lectures make use of this

research in a meaningful way.

2.0 OBJECTIVES

This study addresses the understanding of logarithms and common difficulties which students

encounter as they study this topic. The study focuses on the two main objectives: (1) To

provide an account of students' understandings and misunderstandings of the concept of

logarithms. (2)To investigate the possible sources of the difficulties that affects students’

understanding, and explores how it is possible to overcome or at least to reduce these

Page 48: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

48

difficulties. The results indicate students’ disposition towards a procedural approach and

reliance on rules, rather than on the meaning of concepts. The paper concludes with

pedagogical considerations.

3.0 METHOD

Participants in this research were one hundred students enrolled in the Mathematics

Engineering 1 (B1001) course. Data collection relied on one main source: A Test Instrument.

The test was examined to the participants upon completion of their study of the unit on

logarithms.

3.1 Test Instrument

A test paper, named Test of Students’ Understanding of Logarithms, consisting of 7

questions. The items were designed to explore students’ learning difficulties and errors in

logarithms. Since an objective of this study was to investigate the possible sources of the

difficulties that affects students’ understanding, different level of questions are produced as

shown in table 1 based on a modified version of Bloom’s Taxonomy (Bloom et al., 1956):

Knowledge or Computation, Understanding and Application.

Table 1: Test Instrument

3.2 Participants

The test instrument was given to one hundred Polytechnic students under test conditions on

July 2008. The study sample comprised 30 students from diploma course and 70 from

certificate courses. More students from certificate courses were selected because of their poor

SPM mathematics result compared to diploma students.

Analysis Process

Page 49: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

49

Originally, four categories were classified to analyze each of answer: “correct answer”, “not

complete” and “no answer” and “incorrect answer”. The “not complete” category, which was

created originally to account for solutions that were incomplete but could possibly lead to a

correct answer if done fully, had to be combined with the “wrong answer” category due to a

low occurrence of such responses in each item. The “no answer” category accounted for test

items that were left completely blank. Finally, there were three categories available to track

the objectives. In conclusion, the frequency of response for each category in a test item was

computed.

4.0 FINDINGS

This part analyzed the overall result obtained by students for each questions in the various

levels: Basic, Proficient and Advanced. Discussion for each level of question was made to

comprehend their performance.

Overall Level of Understanding of Logarithms

As can be seen from the table 2, the success rate for Basic test items was about 95%, but

when the items became progressively more difficult, the percentages dipped to a level of

about 65% for Proficient items and to a low of about 20% for Application items. Most of the

students did understand the fundamental knowledge of logarithms. However, when the

questions were extent to higher level of understanding, the rate exponentially decreased.

4.1 Basic Items

In this level, 95% of them had grasped the fundamental knowledge of logarithms including

changing the form of logarithm to index form and vice versa. Another 5% possibly came

from students who are unable to differentiate between base, number and index.

Table 2: Overall Performance

Level Number of

Question

Maximum Number

of Correct Responses

Number of

Correct

Responses

Percentage of

Correct

Responses

Basic 3 300 270 90%

Proficien

t 3 300 195 65%

Applicat

ion 1 100 20 20%

However, a minor decrease was shown when solving question 3 with poor success rate. It

rather surprising that this item turned out to be difficult especially it was thought to be

straightforward 12=x with 3x = 36 being presumably a familiar algebra equation problem.

10% of their answers were categorized as wrong answer which giving response of 36

3=x

than the expected 12. Another 10% were giving no response.

Page 50: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

50

Table 3: Participants’ responses: BASIC

4.2 Proficient Items

The overall success rate in this category was roughly 65%, suggesting that the participants

had demonstrated a reasonable understanding of the underlying concepts of logarithms

beyond simply recalling the definition or the direct application of logarithmic laws.

Table 4: Participants’ responses: PROFICIENT

For instance, it was encouraging to find participants doing rather well in a fairly searching

question that asked for the value of x for questions 1 and 2. Averages of 63% students were

capable to solve the problems using logarithm laws and find value of x as 2 (Question 1) and

x as 0 (Question 1). The difficulty in this item lies on the interpretation the participants made

of x, which is a logarithm of another logarithm.

On the other hand, there were a few items in which the participants found far from being

routine and straightforward. An example is question 2, which asked the participants to

evaluate value of 03 =x where most them giving response 1=x . It does appear that many

participants encountered some difficulty in relating 03 =x and 0=x .

4.3 Application Items

The overall performance in this level was approximately 20%. A significant number of the

participants did appear to have some difficulty with the question, with bulk of them were

unable to answer the question.

Page 51: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

51

Table 5: Participants’ responses: APPLICATION

What makes this question interesting is that it was a combination of knowledge of logarithm

laws, algebra equation problem-solving, and common logarithm. This question required well

understanding in logarithms laws as in step 1 to 2 and algebra equation as in step 4 as well. It

required the participants to evaluate value of x by base 10 logarithm as shown in step 6 to

step 9.

1277 7)2(

−−+ xx

0= ________________Step 1

xx 77749 •−• 12= ________________Step 2 x742 • 12= ________________Step 3

x7 42

12=

________________Step 4

x7 7

2=

________________Step 5

7lgx 7

2lg=

________________Step 6

x8451.0 5441.0−= ________________Step 7

x 8451.0

5441.0−=

________________Step 8

x 644.0−= ________________Step 9

Another 60% participants were also able to achieve step 3, but a serious mistake was spotted

when their workings were observed closely. Their workings were found to carry the

following mistake when move to

step 4:

x7 42

12=

x7 2

7=

Here, x742 • 12= was wrongly apparently to be equivalent to,

x712• 42= which simplifies

to 2

7

.

This part offered only the participants’ level of understanding of logarithms by analyzing

their performance in the test. The analysis does confirm that students can often perform the

mechanical computations with logarithms but there is not always a high level of

understanding behind these calculations.

Page 52: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

52

5.0 DISCUSSION

The pedagogical ideas that I have unraveled from this study go far beyond the concept of

logarithms. I found that some students have very weak algebra skills, while others do not

understand indices. The lack of prerequisite knowledge undermines their learning process

before it begins. But these questions were not a part of this study. However, several other

sources directly related to the context of this study were identified. They provoked immediate

difficulties in students' understanding of logarithms. I believe these relevant sources were

identified in every test question.

It was always important for the lectures to be consistent with the terminology used in the

mathematics class. If the word "indices" is dominant in the teacher's vocabulary, the meaning

of this word should be made clear to the students. Shifting from "indices" to "power" creates

confusion for students, as a word "power" has dual meaning in mathematics. One of them is

an “indices "; another is an “indices exponential expression". It becomes an obstacle when

students change the logarithmic form into the exponential form and vise-versa. It leads

students to the simple manipulation of three terms: indices, base, and power.

New notations are often difficult for students, and they should therefore be firmly established

at the start. In the case of the balog

notation, students often perceive alog as a variable,

rather than an operator because of its resemblance to algebraic notations with which they are

familiar. Thus, it is important for teachers to explain and emphasise to students that alog in

the term balog

is actually an instruction (or an operator) for finding the index required on

the base a to give the value b, and that balog

, when treated as a whole, is simply the index to

be found.

This study provides a system consists of Basic, Proficient and Application level which were

used to model the students’ understanding of logarithms. The results present a description of

students’ difficulties with logarithms, and also suggest possible explanations of the sources of

these difficulties. As such, this study lays a foundation for future research on this topic. It

presents students’ difficulties as they can be attributed to the conceptual obstacle. Among the

few implications for teaching practice that were developed in this study, the focus here is on

the initial introduction of the concept. Further research will investigate the feasibility and the

benefits of this approach.

6.0 CONCLUSION

This study explored the polytechnic students’ level of understanding of logarithms. The

conclusion drawn from this study is that most students were unable to understand the

concept, as they lack the prerequisite knowledge required to understand logs as numbers and

therefore do not develop an operational meaning of logarithms. One of the main

accomplishments of this research was the common difficulties in the students' understanding

of this phenomenon were discovered. Possible sources of these difficulties were analyzed and

some suggestions to deal with these difficulties were proposed.

Page 53: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

53

7.0 REFERENCES

Bloom, B. S., Engelhart, M. D., Hill, W. H., Furst, E. J. & Krathwohl, D. R. (1956).

Taxonomy of educational objectives: Cognitive domain. New York: Longman.

Wikipedia (2009). The free encyclopedia. http://en.wikipedia.org

Page 54: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

54

KESEDIAAN PROFESIONALISME PENSYARAH NOVIS DI POLITEKNIK

MALAYSIA

Mohd Syafaril Jamaluddin

Zamry Ahmad Mokhtar

Jabatan Kejuruteraan Awam

Politeknik Mukah Sarawak

Sapon Ibrahim

Fakulti Pendidikan Teknik & Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

ABSTRAK

Perkembangan pendidikan begitu pesat, mencabar dan canggih, memerlukan perhatian yang

serius dalam kalangan pendidik. Maka tugas sebagai seorang tenaga pengajar di Politeknik

Malaysia kini juga kian mencabar. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk menilai

kesediaan profesionalisme pensyarah novis di Politeknik Malaysia dari pelbagai aspek dalam

memperlengkapkan diri sebelum melalui proses pengesahan jawatan sebagai pensyarah

sebenar. Pemilihan sampel di lima buah Politeknik Malaysia yang dipilih adalah dalam

kalangan pensyarah novis yang telah berkhidmat tiga tahun dan ke bawah. Instrumen kajian

yang telah digunakan ialah borang soal selidik bagi mengukur tahap kesediaan

profesionalisme pensyarah novis. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package

for the Social Sciences for Windows (SPSS) versi 11.5 bagi mendapatkan data skor min dan

peratusan. Kaedah peratusan digunakan untuk menganalisis data bagi latar belakang

responden, manakala purata skor min digunakan untuk menganalisis data bagi aspek-aspek

kesediaan profesionalisme pensyarah novis di samping strategi pengajaran dan pembelajaran

serta sistem sokongan di politeknik. Analisis yang dijalankan menunjukkan bahawa hampir

keseluruhan responden mempunyai tahap kesediaan yang tinggi sebagai seorang pensyarah

novis di politeknik. Beberapa aspek masih dalam tahap sederhana dan ini dicadangkan

bahawa pensyarah novis perlu mempertingkatkan aspek maklumat tentang sukatan pelajaran

dan penilaian serta pengujian untuk memiliki kesediaan profesionalisme yang tinggi sebagai

pensyarah.

1.0 PENDAHULUAN

Ahli-ahli pendidik sangat mengutamakan kualiti dalam pendidikan. Isu kualiti dalam

pendidikan kini lebih banyak dibincangkan dalam forum dan seminar. Perkembangan

pendidikan begitu pesat, mencabar dan canggih, memerlukan perhatian yang serius dalam

kalangan pendidik. Pelaksanaan reformasi pendidikan menuntut pensyarah terutama

pensyarah novis berusaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran

mengajar yang terkini demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang

profesion perguruan yang kian mencabar. Selain daripada bidang pengajaran yang menjadi

tunggak dan inti profession perguruan, bidang pengurusan juga perlu dititikberatkan yang

mana sekarang ini sudah menjadi satu keperluan kepada tenaga pengajar (Mohd Rais, 1991).

Selain mengajar, tenaga pengajar juga terlibat dengan pelbagai aktiviti serta tugas lain dan ini

akan menyebabkan tanggung jawab mereka semakin bertambah (Mohd Noor Affendy, 2004).

Page 55: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

55

Lazimnya, pensyarah baru atau novis selalu dianggap telah memiliki pengetahuan, kemahiran

dan nilai di samping strategi pengurusan, pengajaran dan pembelajaran dalam memikul

tanggung jawab sebagai seorang pensyarah yang cekap. Walau bagaimanapun, kekurangan

pengalaman menjadi tekanan kepada pensyarah novis (Moron,1990). Mereka masih baru dan

mentah (Williams, 2001) serta mudah tersinggung, tidak begitu pasti dengan tahap

kemampuan mereka (Johnston dan Ryan, 1980) dan masih bersifat introspektif iaitu bersifat

penilikan diri atau penelitian fikiran sendiri (Pajak dan Blase, 1982).

Empat perkara utama yang perlu dititikberatkan dan yang menjadi isu mengenai pensyarah

novis ialah hubungan, persediaan akademik, persekitaran kerja seperti masalah mendapatkan

sokongan (Murphy, 2005 dan Mariani et al. 2006) dan ciri-ciri personaliti (Syuhada Choo

Abdullah, 2001 dan Melo Patricia, 2003). Seseorang pensyarah novis itu perlu menanamkan

diingatannya bahawa usaha untuk melaksanakan sesuatu program adalah untuk mengubah

dan meningkatkan profesionalisme mereka sebagai seseorang pensyarah novis yang kurang

berpengalaman. Usaha ini tidak akan tercapai melainkan pensyarah novis ini mempunyai

semangat yang kental dan mantap untuk meningkatkan kualiti, akauntabiliti dan

profesionalisme seorang pensyarah (Nor Shahima Othman, 2006). Untuk memenuhi kriteria

sebagai seorang pensyarah yang profesional pelbagai cabaran perlu dihadapi sebelum dan

dalam waktu berkhidmat. Latihan perguruan yang setara dan mutu latihan ditentukan oleh

satu badan penilai yang berautoriti dan berpengalaman dalam profesion perguruan (Wan

Mohd Rashid, 2004). Latihan mengajar yang dijalankan merupakan satu bentuk kurikulum

yang berstruktur digubal secara kolektif oleh pakar-pakar pendidikan (Finch dan Crunkilton,

1992). Mohd Noor Affendy (2004), menyatakan bahawa kebanyakan tenaga pengajar

memerlukan program latihan dalam aspek pengetahuan iaitu dengan meningkatkan

pengetahuan kandungan dan pengetahuan am serta kemahiran mengurus seperti kemahiran

mengawal kelas dan emosi serta kemahiran komunikasi. Apple (2001) menyatakan bahawa,

komponen pengetahuan juga boleh dikonsepkan sebagai kepercayaan seseorang tentang

pengetahuan fakta serta objek. Menurut Parkay (1998) pula, dalam menghadapi zaman

moden yang mencabar, para pensyarah novis dikehendaki mempunyai berbagai-bagai

kebolehan dan keistimewaan. Mereka mestilah menjadi orang yang tahu dan yakin terhadap

pengetahuan dan sentiasa ingin belajar. Selain itu juga, pensyarah novis perlu menyedari

hakikat bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan

adalah bersifat futuristik, maka untuk itu, mereka hendaklah mempunyai kemampuan dalam

menyediakan generasi muda bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang mencakupi usaha

ke arah pembentukan masyarakat industri, ekonomi global, kebanjiran teknologi dan

limpahan maklumat sejagat (Abdullah Ahmad Badawi, 2005).

Dalam bidang teknikal pensyarah novis bukan sahaja perlu memiliki keterampilan pengajaran

dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas tetapi juga di makmal dan bengkel. Setiap pensyarah

novis memiliki ciri personaliti, minat dan kebolehan yang berbeza. Selain itu, para pensyarah

novis seharusnya menyedari tentang tugas dan juga tanggung jawab yang telah diserahkan

kepada mereka sebagai seorang pendidik yang akan mencorakkan masa depan anak bangsa.

Di samping itu, terdapat pandangan negatif sebahagian staf politeknik terhadap pensyarah

novis yang dikatakan tidak mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap atau nilai yang

diperlukan dalam memenuhi keperluan untuk menjadi seorang pensyarah di Politeknik

Malaysia (Nor Haziah Hussin, 2003). Pastinya mereka perlu memperlengkapkan diri dengan

pelbagai teknik dan kemahiran mengajar untuk memastikan tanggung jawab tersebut dapat

dilaksanakan dengan sempurna dan lebih bermakna. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk

melihat kesediaan profesionalisme pensyarah novis di Politeknik Malaysia dari pelbagai

Page 56: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

56

aspek dalam memperlengkapkan diri sebelum melalui proses pengesahan jawatan sebagai

pensyarah sebenar.

2.0 KERANGKA TEORI KAJIAN

Kerangka teori kajian yang dibina adalah berasaskan kepada hasil-hasil kajian yang telah

dijalankan. Kerangka teori kajian ini diadaptasi dan diubahsuai dari Veenman (1984) dan

Heck & Walcott (1997) mengikut keperluan kajian yang dibuat (lihat Rajah 1). Untuk tujuan

kajian ini, teori tersebut telah diubahsuai dan dibina semula dengan menggantikan masalah

kepada kesediaan profesionalisme pensyarah novis di Politeknik Malaysia. Pada peringkat

awal menjalankan tugas, pensyarah novis akan mengalami kejutan realiti (Venmann 1984).

Pensyarah novis akan menghadapi pelbagai kesediaan, di samping strategi pengajaran dan

pembelajaran serta sistem sokongan yang dihadapi dalam tempoh awal perkhidmatan. Setelah

kesediaan profesionalisme pensyarah novis di kenal pasti, maka dapat dibuat sesuatu

cadangan bagi mempertingkatkan tahap kesediaan profesionalisme pensyarah-pensyarah

novis di Politeknik Malaysia.

3.0 METODOLOGI

3.1 Sampel Kajian

Seramai 207 orang responden yang terdiri daripada para pensyarah novis di lima buah

politeknik iaitu Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah (PTSB), Politeknik

Sultan Azlan Shah Tanjung Malim, Perak (PSAS), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,

Dungun, Terengganu (PSMZA), Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) dan Politeknik Port

Dickson, Negeri Sembilan (PPD) telah berjaya menjawab soal selidik dengan lengkap.

Responden adalah terdiri daripada 55 (26.6%) pensyarah lelaki dan 152 (73.4%) pensyarah

perempuan dan daripada keseluruhan responden 39.6% (n=82) berumur 20 hingga 25 tahun,

50.7% (n=105) berumur 26 hingga 30 tahun dan 9.7% (n=20) berumur 31 hingga 35 tahun.

Manakala bilangan reponden dari segi tempoh perkhidmatan pula, 55.6% (n=115) berkhidmat

di antara 0-1 tahun, 21.3% (n=44) berkhidmat di antara 1-2 tahun dan 2-3 tahun serta 1.9%

(n=4) yang berkhidmat di antara 3-4 tahun.

3.2 Instrumentasi

Pengkaji telah memilih untuk menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Ini

kerana penggunaan borang soal selidik dapat membantu pengumpulan data secara terus

daripada subjek dan mendapatkan pandangan responden terhadap objektif kajian (Mohd

Najib, 1999) serta memudahkan proses penganalisisan data (Manson dan Bramble, 1997).

Borang soal selidik yang digunakan terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu Bahagian

A, B, C dan D yang perlu dijawab oleh pensyarah novis. Pengkaji telah merujuk penulisan

Norasmah Othman et al. (2006) dan telah membuat pengubahsuaian untuk disesuaikan

dengan kesediaan profesionalisme yang dihadapi oleh pensyarah novis di politeknik.

Instrumen ini mempunyai 158 item yang terdiri daripada latar belakang demografi di

kalangan pensyarah novis dan kesediaan pensyarah novis dalam memulakan perkhidmatan di

Politeknik Malaysia. Petunjuk yang menjadi fokus utama kajian ialah merangkumi aspek-

aspek kesediaan profesionalisme pensyarah novis seperti kemahiran, pengetahuan, nilai dan

sebagainya.

Page 57: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

57

Rajah 1: Kerangka Teori Kajian

3.3 Penganalisaan Data

Data-data yang diperolehi dari borang soal selidik dimasuk dan direkodkan di dalam perisian

Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 11.5. Setelah itu, data ini dianalisis

secara deskriptif yang melibatkan skor min. Hasil analisis yang diperolehi ini,

dipersembahkan dalam bentuk jadual yang bersesuaian. Pengkaji juga menggunakan ujian

Independent t-test (Ujian-T Sampel Bebas) untuk melihat perbezaan antara aspek kesediaan

profesionalisme pensyarah novis di Politeknik Malaysia mengikut perbezaan jantina. Selain

itu, ujian ANOVA sehala digunakan untuk melihat perbezaan secara statistik antara

kesediaan profesionalisme pensyarah novis di Politeknik Malaysia mengikut perbezaan dari

segi Kelulusan Akademik Tertinggi.

• Kesediaan Profesionalisme

• Strategi Pengajaran & Pembelajaran

• Sistem Sokongan

Demografi:

• Politeknik

• Jantina

• Umur

• Taraf Perkahwinan

• Kelulusan Akademik & Ikhtisas

• Pengkhususan mata pelajaran yang

diajar

• Tempoh bertugas sebagai pensyarah

Terlatih

• Kategori kelas yang diajar

• Bantuan/Sokongan yang diterima

PENINGKATAN KESEDIAAN

PROFESIONALISME PENSYARAH NOVIS

PENSYARAH NOVIS DI

POLITEKNIK MALAYSIA

Page 58: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

58

4.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Aspek Kesediaan Profesionalisme Pensyarah Novis di Politeknik

Terdapat 10 aspek Kesediaan Profesionalisme Pensyarah Novis yang dianalisis untuk

menjawab persoalan kajian yang pertama. Daripada hasil kajian ini, purata skor min

keseluruhan aspek kesediaan profesionalisme pensyarah novis adalah seperti yang

ditunjukkan di Jadual 1.

Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pensyarah novis memang mempunyai kesediaan

profesionalisme dalam menjalankan tugas sebagai seorang tenaga pengajar di Politeknik.

Profesionalisme adalah sesuatu yang berkaitan dengan bidang profesion seperti pendidikan

(Mok Soon Sang, 2000) dan dalam konteks kajian ini, ciri-ciri profesionalisme merujuk

kepada tahap kesediaan seseorang pensyarah baru dari aspek pengajaran dan pembelajaran,

personaliti diri, penguasaan ilmu dalam sesuatu bidang dan keyakinan untuk menjadi seorang

pensyarah.

Jadual 1: Purata skor min keseluruhan aspek kesediaan profesionalisme pensyarah novis

Bil Aspek Kesediaan PurataSkor Min

1 Maklumat Tentang Sukatan Pelajaran 3.66

2 Sumber/Resos 3.87

3 Persediaan Prapengajaran 3.74

4 Pengajaran di Kelas/Makmal 3.73

5 Pengurusan dan Pengawalan Kelas 3.83

6 Pengujian dan Penilaian 3.62

7 Hubungan Interpersonal 4.22

8 Kokurikulum 3.76

9 Polisi Politeknik, Pengurusan dan 3.78

10 Lain-lain kesediaan 3.88

Purata Keseluruhan 3.81

4.2 Kesediaan Profesionalisme Pensyarah Novis dari Segi Perbezaan Jantina

Hasil dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan kesediaan profesionalisme pensyarah

novis dari segi perbezaan jantina seperti Jadual 2. Selain menggunakan analisis skor min,

pengkaji juga menggunakan ujian Independent t-test (Ujian-T Sampel Bebas).

Jadual 2 : Kesediaan profesionalisme pensyarah novis dari segi perbezaan jantina

Aspek Kesediaan Jantina

Skor Min

(L)

(P)

t df Nilai P

(2 hujung)

Min

Perbezaan

3.80 0.19 Maklumat Tentang Sukatan

Pelajaran 3.61 1.65 205 0.101

0.19 3.83 -0.06

Sumber/Resos 3.89

-0.51 205 0.610 -0.06

3.68 -0.08 Persediaan Prapengajaran

3.76 -0.82 205 0.409

-0.08

Page 59: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

59

Jadual 2 : Kesediaan profesionalisme pensyarah novis dari segi perbezaan jantina (Samb.)

Aspek Kesediaan Jantina

Skor Min

(L)

(P)

t df Nilai P

(2 hujung)

Min

Perbezaan

3.72 -0.02 Pengajaran di Kelas/Makmal

3.74 -0.18 205 0.860

-0.02 3.85 0.03 Pengurusan dan Pengawalan

Kelas 3.82 0.31 205 0.759

0.03 3.59 -0.04

Pengujian dan Penilaian 3.63

-0.34 205 0.737 -0.04

4.09 -0.17 Hubungan Interpersonal

4.26 -1.65 205 0.102

-0.17 3.80 0.05

Kokurikulum 3.75

0.46 205 0.649 0.05

3.70 -0.10 Polisi Politeknik, Pengurusan

dan Perkhidmatan 3.81 -1.07 205 0.288

-0.10 3.87 -0.02

Lain-lain kesediaan 3.89

-0.18 205 0.854 -0.02

3.79 Purata Keseluruhan

3.82 * N (lelaki = 55; perempuan = 152); p = 0.05

4.3 Kesediaan Profesionalisme Pensyarah Novis dari Segi Perbezaan Kelulusan

Akademik Tertinggi

Jadual 3 menunjukkan skor min dan hasil ujian ANOVA sehala untuk kesediaan

profesionalisme pensyarah novis dari segi perbezaan kelulusan akademik tertinggi. Analisis

ujian ANOVA sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara semua

aspek kesediaan profesionalisme pensyarah novis dari segi kelulusan Akademik Tertinggi, di

mana semua aspek kesediaan profesionalisme menunjukkan nilai signifikan lebih daripada

0.05. Manakala hasil keputusan purata skor min keseluruhan bagi pensyarah novis lulusan

Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana ialah 3.98, 3.78 dan 3.81 masing-masing.

Jadual 3: Kesediaan profesionalisme pensyarah novis menurut perbezaan kelulusan

akademik tertinggi

ASPEK KESEDIAAN KELULUSAN AKADEMIK TERTINGGI Skor Min Nilai P

Diploma 3.80

Ijazah Sarjana Muda 3.73

Ijazah Sarjana 3.63

Maklumat Tentang Sukatan Pelajaran

Ijazah Kedoktoran 0

0.484

Diploma 3.79

Ijazah Sarjana Muda 3.80

Ijazah Sarjana 3.91

Sumber/Resos

Ijazah Kedoktoran 0

0.506

Diploma 3.97

Ijazah Sarjana Muda 3.72

Ijazah Sarjana 3.73

Persediaan Prapengajaran

Ijazah Kedoktoran 0

0.971

Page 60: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

60

Jadual 3: Kesediaan profesionalisme pensyarah novis menurut perbezaan kelulusan

akademik tertinggi (Samb.)

ASPEK KESEDIAAN KELULUSAN AKADEMIK TERTINGGI Skor Min Nilai P

Diploma 3.93

Ijazah Sarjana Muda 3.70

Ijazah Sarjana 3.74

Pengajaran di Kelas/Makmal

Ijazah Kedoktoran 0

0.952

Diploma 4.13

Ijazah Sarjana Muda 3.76

Ijazah Sarjana 3.84

Pengurusan dan Pengawalan Kelas

Ijazah Kedoktoran 0

0.715

Diploma 3.85

Ijazah Sarjana Muda 3.59

Ijazah Sarjana 3.61

Pengujian dan Penilaian

Ijazah Kedoktoran 0

0.885

Diploma 4.20

Ijazah Sarjana Muda 4.19

Ijazah Sarjana 4.23

Hubungan Interpersonal

Ijazah Kedoktoran 0

0.830

Diploma 3.94

Ijazah Sarjana Muda 3.72

Ijazah Sarjana 3.76

Kokurikulum

Ijazah Kedoktoran 0

0.935

Diploma 4.04

Ijazah Sarjana Muda 3.72

Ijazah Sarjana 3.79

Polisi Politeknik, Pengurusan dan

Perkhidmatan

Ijazah Kedoktoran 0

0.928

Diploma 4.13

Ijazah Sarjana Muda 3.89

Ijazah Sarjana 3.86

Lain-lain kesediaan

Ijazah Kedoktoran 0

0.893

Diploma 3.98

Ijazah Sarjana Muda 3.78

Ijazah Sarjana 3.81

Purata Keseluruhan

Ijazah Kedoktoran 0

* N (Diploma = 11; Ijazah Sarjana Muda = 60; Ijazah Sarjana = 136; Ijazah Kedoktoran = 0);

p = 0.05

4.4 Strategi Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Novis

Hasil keputusan menunjukkan kesediaan profesionalisme pensyarah novis berdasarkan

strategi proses pengajaran dan pembelajaran. Keputusan menunjukkan yang kesediaan

profesionalisme pensyarah novis berkaitan dengan strategi proses pengajaran dan

pembelajaran berada pada tahap tinggi kesediaannya, di mana purata keseluruhan skor min

sebanyak 3.85 (N=22).

Page 61: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

61

4.5 Sistem Sokongan di Politeknik

Hasil dapatan kajian menunjukkan kesediaan profesionalisme pensyarah novis berdasarkan

sistem sokongan di politeknik berada pada tahap tinggi kesediaannya, di mana purata

keseluruhan skor min sebanyak 3.75 (N=22)

5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, hasil keputusan yang diperolehi adalah positif dan amat

memberangsangkan. Semua aspek kesediaan profesionalisme pensyarah novis yang dikaji

menunjukkan nilai skor min pada tahap yang tinggi, di mana pensyarah novis bersedia untuk

menjadi seorang pensyarah novis yang baik dan cemerlang di politeknik. Walaupun begitu,

aspek kesediaan dalam mendapatkan maklumat tentang sukatan pelajaran berada dalam tahap

sederhana. Dapatan ini sejajar dengan Ornstein (1995) yang menyatakan bahawa selain

pengetahuan pedagogi, pensyarah atau guru itu perlu juga tahu dan mempunyai maklumat

tentang ilmu yang hendak diajar. Keperluan ini juga disokong oleh Clarke dan Cutler (1990)

yang berpendapat pensyarah perlu mengambil masa untuk berfikir dan menyusun bahan

pengajaran dengan sistematik bagi memudahkan perbincangan dan menyemak kefahaman

pelajarnya.

Tahap kesediaan pensyarah novis perempuan lebih tinggi berbanding dengan tahap kesediaan

pensyarah novis lelaki. Keputusan ini disokong dengan kajian yang dibuat oleh Norasmah

Othman et al. (2006) yang menyatakan bahawa pensyarah novis perempuan lebih memiliki

tahap kesediaan yang tinggi sebagai seorang pensyarah. Purata skor min dalam strategi proses

pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap tinggi. Hasil keputusan tersebut menyangkal

dapatan kajian Siti Hawa Othman et al. (2006) dan Norasmah et al. (2006) yang menyatakan

bahawa golongan pensyarah novis memerlukan banyak kemahiran mengajar, terutama sekali

dari segi strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu mereka mengajar

dengan baik.

Tahap kesediaan profesionalisme pensyarah novis berkaitan dengan sistem sokongan di

politeknik adalah berada dalam tahap yang tinggi. Hasil keputusan ini bertentangan dengan

tafsiran yang dibuat oleh Mariani et al. (2006) yang menyatakan pensyarah novis menghadapi

masalah mendapatkan sistem sokongan di politeknik yang mungkin berpunca daripada

kelemahan kemudahan infrastruktur yang sedia ada di tempat kerja, kurangnya kerjasama

daripada staf atau pensyarah berpengalaman dan kurangnya sokongan Ketua Unit, Ketua

Jabatan atau Pengarah.

Pada kesimpulannya, pensyarah novis perlu dibantu dan diberi tunjuk ajar bagaimana untuk

membiasakan diri berkhidmat buat pertama kalinya di politeknik. Diharapkan dengan minat

yang mendalam pada profesion perguruan yang wujud pada pensyarah novis, mereka perlu

memiliki tahap kesediaan profesionalisme yang tinggi dalam meneruskan cita-cita dalam

mendidik anak bangsa.

6.0 RUJUKAN

Abdullah Ahmad Badawi (2005). “Belanjawan 2006 Bela Rakyat Berpendapatan Rendah.”

[On-line]. Dicapai pada 22 Febuari 2007 di

Page 62: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

62

http://www.pmo.gov.my/WebNotesApp/PMMain.nsf/0/436316245d1dcae748256efa0

02ed673?OpenDocument

Apple, M.W. (2001). “Educating The Right Way.” New York: RoutledgeFalmer, Taylor and

Francis Group.pp : 35 – 53.

Clark, D. C. dan Cutler B. R. (1990). “Teaching An Introduction, Florida Harcourt Barce

Jovannovich.

Finch, C.R. dan Crunkilton, J.R. (1992). “Curriculum Development in Vocational and

Technical Education.” Massachusettes: Allyn and Bacon. Pp : 7, 12.

Heck, R. H. & Wolcott, L. P. (1997). “Beginning Teachers: A Statewide Study of Factors

Explaining Successful Completion of the Probationary Period.” Educational Policy,

11 (1): 111-133

Johnston, J. M., and Ryan, K. (1980). “ Research on The Beginning Teacher: Implications

For Teacher Education.” Columbus: Ohio State University.

Manson, E.J. dan Bramble, W. .J. (1997). “Research In Education.” Kerper Boulevard, USA:

Brown and Benchmark Publications.

Mariani Md Noor dan Siti Rafiah Abd. Hamid (2006). “Sistem Sokongan Mengatasi Masalah

Guru Novis.” dlm. “Kesediaan Profesionalisme Guru Novis: Cadangan Model

Latihan.” Institut Pengajian Tinggi Awam, Bahagian Pendidikan Guru, Jawatankuasa

Penyelarasan Pendidikan Guru, Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru. Edisi

Pertama. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Melo P. (2003). “The Novice Teacher’s Experience: Ethical Conflicts In Teaching.” W.-M.

Roth Connections. 3. 175-189.

Mohd Najib Abdul Ghaffar (1999). “Penyelidikan Pendidikan.” Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai Johor.

Mohd Noor Affendy Mohd Ali (2004). “Keperluan Latihan Tenaga Pengajar Politeknik Bagi

Meningkatkan Kualiti Pendidikan Teknik Vokasional.” Kolej Universiti Teknologi

Tun Hussein Onn: Tesis Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional.

Mohd Rais Abdul Karim (1991). “Pengurusan Tenaga dan Sumber dalam Meningkatkan

Produktiviti Guru.” Jurnal Pengurusan Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian

Pendidikan Malaysia. 1(2). Jun 1991. 10-18.

Mok Soon Sang (2000). “Pendidikan di Malaysia.” Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala

Lumpur: pp248.

Moron, S. W. (1990). “Schools and the Beginning Teachers.” Phi Delta Kappan, 11 (70):

210-213

Murphy, J. C. (2005). “The Strunggles Ang Triumphs Of A Novice Teacher.” Kappa Delta Pi

Record. 41(4). Hlm.180-184.

Norasmah Othman, Zamri Mahamod, Suhaida abdul kadir, Abdul Rasid Jamian, Mohammed

Sani Ibrahim dan Bhasah Abu Bakar (2006). “Masalah Profesionalisme Guru Novis.”

dlm. “Kesediaan Profesionalisme Guru Novis: Cadangan Model Latihan.” Institut

Pengajian Tinggi Awam, Bahagian Pendidikan Guru, Jawatankuasa Penyelarasan

Pendidikan Guru, Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru. Edisi Pertama.

Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Nor Shahima Othman (2006). “Kajian Penilaian Terhadap Pensyarah Novis Lepasan Kolej

Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO).” Tesis Sarjana Pendidikan

Taknik dan Vokasional. Fakulti Pendidikan Teknikal, KUiTTHO Batu Pahat.

Nor Haziah Hussin (2003). “Kajian Tahap Profesionalisme Keguruan Lepasan Sarjana

Pendidikan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO).” Tesis Sarjana

Pendidikan Taknik dan Vokasional. Fakulti Pendidikan Teknikal, KUiTTHO Batu

Pahat.

Ornstein A. C. (Ed) (1995). “Theory into Practice, US: Allyn & Bacon.

Page 63: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

63

Pajak, E. B. dan Blase, J. J. (1982). “Teaching The Loss Of Innocence And The

Psychological Development Of A Professional Self.” Educational Horizons. 61 (6).

Hlm. 65-72.

Parkay, F. W. (1998). “Becoming a Teacher.” Massachusettes: Allyn and Bacon.

Siti Hawa Othman, Mazlen Arepin, Norasmah Othman, Zamri Mahamod & Bhasah Abu

Bakar (2006). “Strategi Guru Novis Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.” dlm.

“Kesediaan Profesionalisme Guru Novis: Cadangan Model Latihan.” Institut

Pengajian Tinggi Awam, Bahagian Pendidikan Guru, Jawatankuasa Penyelarasan

Pendidikan Guru, Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru. Edisi Pertama.

Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Syuhada Choo Abdullah (2001). “Aktiviti Kokurikulum Latih Pelajar Berani Bersaing”

Veenman, S. (1984). “Perceived Problem of Beginning Teachers.” Review of Education

Research, 54 (2): 143-178.

Wan Mohd Rashid Wan Ahmad (2004). “Teacher Recognition And Professionalism.” Batu

Pahat: Penerbit KUiTTHO.

William, D. D. (2001). “Prepairing Teachers As Inquires Through A University-Public

School Partnership: Responding To The Face Of The Other.”

Page 64: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

64

MENINGKATKAN KESEDIAAN PELAJAR UNTUK LATIHAN AMALI LOGIK

DIGIT DI POLITEKNIK MUKAH, SARAWAK

Sudiman Suhaili

Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi

Politeknik Mukah Sarawak

ABSTRAK

Aktiviti makmal merupakan satu kemestian dalam kursus logik digit di politeknik. Ia melatih

pelajar menguasai kemahiran saintifik, khususnya melalui aktiviti amali atau eksperimen.

’Jotter book’ adalah pendekatan untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti ini. Sekaligus

akan menjayakan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar (student centered) iaitu pemerolehan

pengetahuan dan kemahiran adalah melalui penglibatan pelajar secara aktif.

1.0 PENGENALAN

Aktiviti makmal merupakan satu kemestian dalam kursus logik digit di politeknik. Kaedah

makmal adalah kaedah yang melatih pelajar menguasai kemahiran saintifik, khususnya

melalui aktiviti amali atau eksperimen. Seperti mata-mata pelajaran sains yang lain,

pengajaran dan pembelajaran bagi logik digit mengutamakan pendekatan inkuiri-penemuan,

sama ada secara induktif ataupun secara deduktif.

Melalui latihan amali, saya dapat mengaplikasikan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar

(student centered) iaitu pemerolehan pengetahuan dan kemahiran adalah melalui penglibatan

pelajar secara aktif. Sebanyak sepuluh aktiviti amali dijalankan sepanjang semester. Markah

penuh untuk aktiviti amali adalah dua puluh lima persen daripada keseluruhan markah

Penilaian Berterusan.

Pada semester Julai 2009, saya mengajar tiga buah kelas bagi kursus logik digit untuk pelajar

yang mengikuti program Diploma Teknologi Maklumat di Politeknik Mukah. Setiap pelajar

diperuntukkan sebuah manual amali atau ‘Laboratory Manual Book’ yang mengandungi

sepuluh tajuk amali dengan pernyataan teori dan langkah-langkah kerja untuk setiap amali.

Amali dijalankan secara berkumpulan yang terdiri daripada dua hingga tiga orang pelajar.

Saya akan membimbing pelajar dan menunjukkan demontrasi untuk mendapatkan data yang

diperlukan berdasarkan panduan yang diberikan. Pelajar kemudiannya diberi masa seminggu

untuk menyiapkan laporan amali.

Masalah utama bagi sebahagian besar pelajar saya ialah kurangnya persediaan sebelum dan

semasa menjalankan aktiviti amali. Hal ini dapat dibuktikan dengan ramai pelajar tidak dapat

melaksanakan amali dengan baik. Ini mengakibatkan laporan amali yang dihantar kurang

bermutu dan menjejaskan markah mereka.

Page 65: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

65

2.0 REFLEKSI MASALAH

Daripada tinjauan saya, pelajar tidak mengambil berat tentang latihan amali. Sebahagian

besar pelajar tidak membuat persediaan untuk aktiviti amali dan hanya membaca manual

ketika latihan amali hendak dimulakan. Pelajar tidak merasakan penting untuk mengulangkaji

atau mengingati kembali kemahiran yang diperlukan kerana telah disediakan langkah-

langkah kerja yang perlu diikuti.

Pelajar tidak membaca dengan teliti dan memahami langkah-langkah kerja amali. Pelajar

beranggapan bahawa latihan amali tidak memerlukan mereka berfikir dan hanya perlu

melakukan amali mengikut demonstrasi yang ditunjukkan oleh pensyarah. Akibatnya pelajar

tidak dapat menyesuaikan keadaan dan menyelesaikan masalah yang baharu sekiranya

berlaku situasi yang tidak sama seperti dalam demonstrasi.

Pelajar mengambil mudah cara merekod data yang diperolehi semasa amali. Sebilangan besar

pelajar mencatatkan data di atas kertas contengan. Kemungkinan data tersebut akan hilang

apabila diperlukan untuk menghasilkan laporan.

Pelajar menghadapi masalah untuk menyediakan laporan amali dan sering berlaku mereka

menyalin daripada rakan-rakan lain. Selain itu, penilaian laporan amali pelajar gagal

mengaitkan data amali yang diperolehi dengan teori.

3.0 FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi masalah, didapati bahawa pelajar menghadapi masalah-masalah berikut

semasa menjalankan latihan amali:

i. tidak membuat persiapan sebelum amali dijalankan;

ii. tidak membaca dan memahami langkah-langkah kerja amali;

iii. tidak mahir mengenalpasti ‘intergrated circuit’ yang diperlukan untuk amali;

iv. tidak mahir membina litar logik dan mengendalikan ‘digital trainer’ semasa

amali;

v. tidak merekod data yang diperolehi semasa amali dengan baik;

vi. tidak dapat menghasilkan laporan amali yang baik.

Bagi mengatasi masalah ini saya akan menggunakan pendekatan penyediaan ‘jotter book’.

Pelajar perlu dirangsang untuk membuat persediaan, berdisiplin dan berminat untuk

menjalankan latihan amali. Pelajar juga akan didedahkan dengan cara penulisan laporan yang

baik dan merekod data dengan berkesan.

4.0 PERSOALAN KAJIAN

i. Adakah para pelajar telah membuat persediaan yang secukupnya setiap kali

sebelum memasuki makmal dan memulakan amali dengan cara menyediakan

‘jotter book’?

ii. Adakah keberkesanan latihan amali akan bertambah apabila menggunakan ‘jotter

book’?

Page 66: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

66

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

5.1 Objektif Am

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pencapaian dalam kursus F1030

Logik Digit di Politeknik Mukah.

5.2 Objektif Khusus

Objektif khusus yang diharapkan dapat dicapai di akhir kajian ini adalah:

i. Pelajar menyediakan ‘jotter book’ dan membuat persiapan sebelum menjalankan

latihan amali.

ii. Pelajar dapat melaksanakan latihan amali dengan berkesan.

iii. Pelajar dapat menghasilkan laporan amali yang baik.

iv. Meningkatkan pencapaian dalam latihan amali untuk kursus F1030 Logik Digit di

Politeknik Mukah.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini ialah 40 orang pelajar kumpulan DNS1A daripada

program Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) di Politeknik Mukah. Kumpulan sasaran

ini terdiri daripada pelajar yang mempunyai latar belakang pencapaian akademik, jantina dan

rekod disiplin yang berbeza.

7.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

7.1 Tinjauan Awal

Senarai tarikh-tarikh latihan amali diedarkan kepada pelajar. Setiap pelajar diminta untuk

membuat persedian dengan membaca dan memahami manual amali sebelum memasuki

makmal. Didapati semua pelajar membawa manual amali dan kertas-kertas catatan ke dalam

makmal.

Pada peringkat permulaan ini pelajar tidak diwajibkan untuk menyediakan ‘jotter book’.

Walau bagaimanapun, pelajar diminta menyediakan draf laporan sebelum sesi amali tamat.

Draf laporan ini mengandungi data daripada pemerhatian amali, jawapan kepada soalan-

soalan aplikasi dan kesimpulan daripada latihan amali pada hari tersebut.

Di antara langkah-langkah yang telah diambil untuk mengutip data kajian adalah:

i. Semasa sesi amali dijalankan, draf laporan pelajar telah dikutip secara mengejut.

Pemerhatian secara berstruktur dijalankan untuk melihat keberkesanan latihan

amali pada hari tersebut.

ii. Temubual dijalankan kepada dua kumpulan pelajar. Kumpulan pertama adalah

pelajar-pelajar yang dapat menyediakan draf laporan dengan baik. Kumpulan

kedua pula adalah pelajar-pelajar yang tidak dapat menyediakan draf laporan

Page 67: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

67

dengan baik selepas sesi amali berakhir. Hasil temubual penting untuk mengetahui

persediaan yang digunapakai oleh pelajar sebelum memulakan amali.

7.2 Tindakan yang Dicadangkan

Melalui tinjaun awal yang telah dilakukan, satu program yang dikenali sebagai “Jotter book

dan Amali Berpisah Tiada” telah dilaksanakan. Cara perlaksanaan adalah seperti berikut:

i. Menyediakan format kandungan ‘jotter book’ yang berkesan dan menerangkan

format penulisan tersebut kepada pelajar.

ii. Tidak membenarkan pelajar masuk ke dalam makmal selagi mereka tidak

menyediakan ‘jotter book’ yang betul.

iii. Pensyarah menyemak ‘jotter book’yang disediakan oleh pelajar berdasarkan

format penulisan pada setiap kali sebelum amali dijalankan dan selepas selesai

amali dijalankan. Semakan dalam bentuk pemerhatian dijalankan dari meja ke

meja.

iv. Pensyarah menggalakkan pelajar hanya menggunakan ‘jotter book’ sebagai

rujukan ketika menjalankan amali.

v. Pensyarah akan menilai hasil kerja pelajar dan mereka yang menyediakan ‘jotter

book’ mengikut format yang betul dan berkesan akan diberi markah bonus serta

akan mendapat peluang untuk membentangkannya di dalam kelas amali tersebut.

vi. Pelajar yang telah dipilih membuat pembentangan, dan berjaya membentangkan

latar belakang amali yang bakal dijalankan pada hari itu dengan baik akan diberi

keistimewaan, iaitu pelajar tersebut tidak perlu membuat semula bahagian

pengenalan dan kaedah kajian di dalam laporan amali yang harus dihantar.

vii. ‘Jotter book’ yang telah dilengkapkan dihantar sebagai laporan amali. Pelajar

dikehendaki menghantar laporan amali dalam tempoh masa seminggu selepas

latihan amali tersebut.

8.0 KESIMPULAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mencari alternatif bagaimana hendak meningkatkan

keberkesanan pengajaran dan pembelanjaran amali modul Logik Digit. Kajian ini juga

bermatlamat untuk mencari kaedah bagi memastikan semua pelajar menghantar laporan amali

tepat pada masa yang ditetapkan.

Setelah membuat pertimbangan, ‘jotter book’ telah dipilih sebagai instrumen kajian. Kaedah

pemerhatian, soal-selidik dan temubual akan diaplikasikan bermula dari tinjauan masalah

sehinggalah ke dapatan hasil kajian. Daripada hasil tinjauan masalah yang telah dilakukan,

pelajar-pelajar program Diploma Teknologi Maklumat dari Politeknik Mukah telah dipilih

sebagai kumpulan sasaran dan kajian ini dijalankan di dalam semester satu, bermakna kajian

tindakan ini dijalankan ketika pelajar melaksanakan amali litar logik Logik Digit.

Setelah kajian ini selesai, kesimpulan perlu menjawab persoalan “Adakah keberkesanan

amali litar logik dapat dipertingkatkan melalui penggunaan ‘jotter book’, sekiranya pensyarah

komited dan disiplin mengikuti program tersebut.

Page 68: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

68

LAMPIRAN

TINJAUAN AWAL

PEMERHATIAN KEBERKESANAN AMALI

BERDASARKAN DRAF LAPORAN AMALI PELAJAR

(% Pelajar)

Bil. Masalah Sebelum

Tindakan

Selepas Tindakan

(Penyediaan jotter

diwajibkan)

1. Pelajar membuat draf laporan/jotter di dalam

makmal semasa sesi amali dijalankan. 12.5%

2.

Pelajar menyediakan jadual untuk

memasukkan data/pemerhatian di dalam draf

laporan/jotter.

17.5%

3.

Pelajar menggunakan draf laporan/jotter

sepenuhnya ketika menjalankan amali tanpa

merujuk manual.

5%

4. Format dan kandungan draf laporan/jotter

memuaskan. 15%

5. Pelajar menghantar laporan amali yang baik. 25%

Page 69: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

69

TINJAUAN AWAL

SOALAN TEMUBUAL

Bil. Soalan

1. Apakah persediaan yang anda lakukan sebelum memasuki makmal.

2. Adakah anda menyediakan draf laporan sebelum memasuki makmal?

3. Apakah masalah yang anda hadapi semasa hendak menyediakan draf laporan?

4. Adakah anda merasakan cara persediaan yang anda amalkan sekarang membantu

anda semasa menjalankan amali?

5. Mengapa anda tidak mencatat data/pemerhatian di dalam draf laporan yang telah

disediakan?

6. Tahukah anda apakah kepentingan membaca dan memahami langkah-langkah

kerja amali sebelum memasuki makmal?

7. Tahukah anda apakah kepentingan menyediakan draf laporan sebelum memasuki

makmal?

Page 70: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

70

FORMAT ISI KANDUNGAN JOTTER BOOK

1. Tajuk

2. Teori

3. Objektif

4. Bahan/peralatan/rajah bagi peralatan untuk amali/eksperimen yang tertentu contoh:

diagram logik sambungan litar.

5. Prosedur

• prosedur yang dibuat mesti mudah difahami dalam bentuk gambarajah atau

carta alir.

6. Pemerhatian/Jadual pengumpulan data.

7. Tutorial/Pengolahan data (bagi eksperimen tertentu yang melibatkan pengiraan).

8. Segala maklumat tambahan berkaitan dengan eksperimen yang dijalankan.

Page 71: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

71

KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN DAN LATIHAN

STAF: PERSEPSI STAF AKADEMIK

Clara Ong Guat Leng

Pejabat Pengarah

Politeknik Kuching Sarawak

Jemien Ental

Mahathir Mohamad Kamin

Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan

Politeknik Kuching Sarawak

Alan Ling Ying Leh

Jabatan Matematik, Sains & Komputer

Politeknik Kuching Sarawak

ABSTRAK

Pada masa kini, Malaysia yakin kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal

insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Justeru, JPPKK

mengamanahkan Bahagian Latihan dan Kerjaya (BLK) bagi merancang, merangka dan

melaksanakan Program Peningkatan Profesionalisme untuk Pegawai Pendidikan Pengajian

Tinggi (PPPT) di semua peringkat meliputi pembangunan sikap (attitude), kemahiran (skills)

dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian. Sehubungan itu, Agenda Pembangunan

Modal Insan JPPKK dihasilkan sebagai satu inisiatif latihan, pendidikan dan pembangunan

modal insan bagi memantapkan kebolehan, keupayaan dan komitmen tenaga kerja

profesional JPPKK sehingga mencapai aras yang cemerlang. Walau bagaimanapun, aspek

keberkesanan perlu dititikberatkan agar segala perancangan dan pelaksanaan agenda dapat

mencapai sasaran. Oleh itu, satu kajian telah dibuat di Politeknik Kuching Sarawak (PKS)

bagi menilai keberkesanan program-program latihan tersebut, khusus untuk mendapatkan

persepsi PPPT di PKS terhadap kursus yang telah dihadiri. Sebanyak 384 borang soal selidik

telah diedarkan, dengan 318 orang telah memberi respon. Daripada keputusan kajian, didapati

kebanyakan pegawai bersetuju bahawa mereka telah memperoleh pengetahuan baru dan

berlaku juga peningkatan pengetahuan dan kemahiran sedia ada. Mereka juga berpendapat

bahawa segala yang diperoleh dapat diaplikasikan semasa menjalankan tugas harian. Dapatan

juga menyatakan bahawa latihan/kursus yang dihadiri pada keseluruhannya efektif. Melalui

kajian ini juga, PPPT PKS bersetuju bahawa Kursus Dalam Perkhidmatan (KUDAP) yang

dilaksanakan di kampus lebih berkesan dari segi transfer of training dan cost effective

berbanding dengan program latihan/kursus lain. Walau bagaimanapun, kekuatan dan

kelemahan setiap program tersebut telah dibincang dan di sini, dikemukakan cadangan

langkah-langkah pengukuhan untuk meningkatkan kejayaan program pada masa hadapan.

1.0 PENDAHULUAN

Perkembangan pesat dalam aspek teknologi maklumat dan komunikasi, ekonomi yang

dinamik dan persaingan yang hebat di dunia masa kini menuntut Negara kita mengorak

langkah untuk mempastikan pembangunan modal insan dan budaya prestasi tinggi menjadi

Page 72: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

72

agenda utama dalam perancangan pembangunannya. Sehubungan dengan itu, bagi memenuhi

aspirasi menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kerajaan telah merangka

pelbagai inisiatif bertujuan melahirkan modal insan sektor awam yang berpengetahuan dan

berkemahiran serta mengamalkan budaya prestasi tinggi. Usaha ini seterusnya dizahirkan

sebagai fokus utama dalam Misi Nasional 2006 – 2020, Pendekatan Islam Hadhari,

Rancangan Malaysia Kesembilan, Rancangan Malaysia Kesembilan, Pelan Induk K-Ekonomi

dan Pelan Induk Perindustrian Ketiga 2006-2020 (Agenda Pembangunan Modal Insan,

Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti)

Seterusnya untuk mempastikan peningkatan profesionalisme dan kemahiran tenaga kerja di

kalangan penjawat awam, selain memupuk budaya kerja yang cemerlang dan berinovasi,

kerajaan telah merangka Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. Melalui dasar ini,

setiap anggota perkhidmatan awam di semua peringkat adalah dikehendaki mengikuti kursus

sekurang-kurangnya tujuh (7) hari dalam setahun. Keadaan ini mengkehendaki setiap jabatan

kerajaan perlu merancang dan melaksanakan program latihan yang merangkumi berbagai-

bagai peringkat. Peringkat tersebut dimulai dengan Peringkat Pra-Penempatan untuk

dikususkan untuk anggota perkhidmatan awam yang baru dilantik. Peringkat Asas pula

adalah untuk anggota yang telah berkhidmat dari awal perlantikan hingga tempoh tiga tahun.

Bagi Peringkat Pertengahan adalah melibatkan tempoh anggota yang telah berkhidmat antara

tiga hingga sepuluh tahun. Peringkat Lanjutan adalah untuk anggota yang telah berkhidmat

lebih daripada sepuluh tahun dan Peringkat Peralihan untuk anggota yang akan meninggalkan

perkhidmatan dalam tempoh dua tahun sebelum bersara (Pekeliling Perkhidmatan Awam

Bilangan 6 Tahun 2005 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005, JPA).

2.0 PERANAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

(JPPKK)

JPPKK berperanan mempastikan usaha menyediakan tenaga kerja separa professional yang

berpengetahuan, berkemahiran dan berinovasi untuk keperluan negara dapat dipenuhi. Usaha

ini memerlukan perancangan yang teliti agar peranan yang dimainkan oleh Politeknik dan

Kolej Komuniti adalah selari dengan aspirasi nasional. Sehubungan dengan itu, bagi

mempastikan peranan ini dapat dilakukan dengan berkesan, JPPKK telah mengorak langkah

dengan memantapkan keupayaan semua Politeknik dan Kolej Komuniti ke arah pencapaian

cemerlang melalui Pelan Strategik 2005-2010 dan Agenda Pembangunan Modal Insan 2008-

2015. Kedua-dua pelan ini memberikan penekanan kepada konsep pembelajaran berterusan

dan peningkatan profesionalisme berterusan sebagai keutamaannya sejajar dengan fungsinya

sebagai sebuah learning organization.

Sesebuah learning organization adalah sebuah organisasi yang mempunyai ciri-ciri di mana

wujudnya program peningkatan profesionalisme yang terancang dan berterusan dalam

organsasi tersebut. JPPKK sebagai sebuah learning organization telah menubuhkan Bahagian

Latihan dan Kerjaya (BLK) yang berfungsi merancang dan melaksanakan pelbagai program

latihan untuk semua staf Politeknik dan Kolej Komuniti bagi memenuhi keperluan Dasar

Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.

Page 73: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

73

3.0 PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME

Berdasarkan kepada Model Program Pembangunan Modal Insan Multikompetensi (rujuk

Rajah 1) yang menunjukkan tahap kompetensi yang diperlukan dan tiga petatuju

pembangunan profesionalisme (Kamaruddin, 2009), BLK telah merancang dan melaksanakan

beberapa program latihan setiap tahun bagi semua warga Politeknik untuk melahirkan

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) yang kompeten, berilmu pengetahuan dan

berprestasi tinggi (rujuk Jadual 1).

4.0 KEBERKESANAN SESUATU PROGRAM LATIHAN

Sesuatu program latihan dianggap berkesan apabila berlakunya perubahan tingkahlaku

seseorang peserta di tempat kerja setelah mengikuti latihan tersebut. Pencapaian cemerlang

seseorang peserta semasa kursus tidak menjamin tahap pencapaian yang sama selepas beliau

kembali ke tempat kerja. Menurut Theories of Behaviourism, pembelajaran sebenarnya satu

perhubungan di antara rangsangan (stimulus) dan gerakbalas (reaction), di mana pengulangan

(repetition) sesuatu tindakan boleh memperkukuhkan lagi proses pembelajaran. Tindakan

pengukuhan seperti memberi galakan, pujian, penghargaan yang positif dapat mendorong

peserta untuk belajar. Pengulangan sesuatu tindakan adalah aktiviti yang sangat sesuai untuk

memperkembangkan kemahiran seseorang (Ibrahim, 2001).

Dalam perancangan dan pelaksanaan program latihan, aspek utama yang perlu

dipertimbangkan adalah keberkesanan sesuatu program. Sekiranya seseorang peserta kursus

dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam tugas harian di tempat kerja, maka

boleh dikatakan “transfer of training” telah berlaku. Transfer of training akan menyebabkan

perubahan tingkahlaku seseorang akibat peningkatan tahap pengetahuan dan kemahiran. Jadi,

sesuatu program latihan boleh dikatakan berkesan apabila berlakunya transfer of training di

kalangan peserta kursus selepas tamat kursus/latihan (Ibrahim, 2001).

5.0 PELAKSANAAN DAN KEBERKESANAN PROGRAM PENINGKATAN

PROFESIONALISME DI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS)

Program-Program Peningkatan Profesionalisme yang dilaksanakan di Politeknik Kuching

Sarawak adalah terdiri daripada :

i. program-program daripada Bahagian Latihan dan Kerjaya, JPPKK seperti dalam

Jadual 1

ii. program-program yang dirancang oleh Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan

(ULPL) di bawah Kursus Dalam Perkhidmatan (KUDAP).

Jadual 2 menunjukkan status perlaksanaan program BLK di PKS untuk tahun 2009. Menurut

Pegawai Latihan di ULPL, setakat ini, sejumlah RM 364,620.00 telah diperuntukkan untuk

melaksanakan semua program yang dirancang oleh BLK. Jadual 3 menunjukkan status

pelaksanaan program Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan, PKS. Jumlah peruntukan untuk

Kursus Dalam Perkhidmatan (KUDAP) adalah sejumlah RM 20,000. Untuk tujuan

perbincangan tentang keberkesanan program tersebut, hanya kursus-kursus yang

dilaksanakan pada tahun 2009 dirujuk. “Pegawai” merujuk kepada PPPT (DH 29 hingga

DH 54).

Page 74: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

74

Satu kajian mengenai keberkesanan kursus yang dilaksanakan dari 1 Januari hingga 27

Oktober 2009 telah dijalankan pada 16 hingga 27 Oktober 2009 dengan menggunakan borang

soal selidik. Sebanyak 384 borang telah diedarkan kepada semua pegawai. Data kajian

dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 16.0. Keputusan kajian tersebut adalah seperti

dalam Jadual 4.

5.1 Program Penajaan Pasca Ijazah (Skim Hadiah Latihan Persekutuan), Penajaan

Ijazah Pertama (Cuti Belajar Separuh Gaji) Dan Pengajian Tanpa Penajaan

(Pendidikan Jarak Jauh)

Daripada Jadual 2, bilangan pegawai yang melanjutkan pelajaran adalah sangat kurang iaitu

tiga orang sahaja untuk ketiga-tiga program tersebut. Data Unit Latihan Dan Pendidikan

Lanjutan tahun 2008 menunjukkan bahawa bilangan yang terlibat juga seramai tiga orang (1-

Pendidikan Jarak Jauh, 1-Sarjana, 1- phd). Jadi, tiada pertambahan dalam bilangan pegawai

yang terlibat dalam program ini. Maklumat ini menunjukkan bahawa walaupun banyak

peluang diberi kepada pegawai untuk meningkatkan lagi ilmu akademik, namun budaya

pembelajaran berterusan dan usaha peningkatan ilmu akademik boleh dianggap masih kurang

di kalangan mereka (Jumlah PPPT Gred 29 hingga Gred 54 di PKS ialah 389). Banyak usaha

perlulah dicurahkan untuk mendorong pegawai supaya mengikuti kursus yang sesuai untuk

meningkatkan lagi ilmu akademik atau mencapai tahap kelayakan akademik yang lebih

tinggi.

5.2 Kursus Kepimpinan Instruksional Dan Pembangunan Andragogi (KIPA)

Sasaran peserta kursus ini adalah pensyarah baru yang dilantik ke Skim Perkhidmatan

Pendidikan Pengajian Tinggi di mana Program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (DPLI)

tidak lagi diambil sebagai satu pra-syarat lantikan tetap. Sebelum tahun 2008, adalah wajib

untuk pensyarah menjalani latihan pendidikan untuk pengesahan dalam jawatan tetap. Walau

bagaimanapun, pendedahan kepada aspek pedagogi masih perlu diberi memandangkan tugas

utama pensyarah adalah mengajar dan mereka terlibat secara langsung dalam proses

pengajaran-pembelajaran di bilik kuliah. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki

mereka menjadi kurang bermakna sekiranya mereka gagal menyampaikannya kepada pelajar

(Shareeha, 2009).

Sebelas daripada dua belas orang pegawai (91.7%) bersetuju bahawa program KIPA telah

meningkatkan pengetahuan dan mereka boleh mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

yang diperolehi dalam tugas harian, iaitu transfer of training telah berlaku (rujuk Jadual 4).

Walaupun secara individu, program KIPA boleh meningkatkan profesionalisme pensyarah

dalam pendidikan dan dianggap sebagai berkesan, bilangan pensyarah baru yang belum

mengikuti kursus itu masih ramai. Menurut seorang Pegawai Latihan, seramai 126 orang

masih menunggu tawaran menghadiri kursus. Daripada 126 orang, seramai 25 telah

menunggu selama hampir setahun dan masih belum ditawarkan kursus. Keadaan ini amat

merunsingkan kerana ia akan menjejaskan proses pengajaran - pembelajaran dan tahap

motivasi pelajar serta keyakinan pelajar terhadap pensyarah sekiranya pensyarah masih

menggunakan pendekatan yang lebih berpusatkan pensyarah.

5.3 Kursus Persegaran (Refresher)

Skim Perkhidmatan Pengajian Tinggi membolehkan seseorang pegawai yang mendapat

kenaikan pangkat untuk memilih laluan kerjaya, iaitu sama ada memikul tugas pengurusan

Page 75: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

75

atau menjadi seorang pensyarah secara columnrise. Program ini dilaksanakan khas untuk

mereka yang telah lama menjadi seorang pengurus dan dikehendaki memikul tugas baru

sebagai seorang pensyarah selepas kenaikan pangkat. Tujuan kursus adalah untuk

memantapkan lagi kebolehan dan kemahiran pedagogi serta meningkatkan profesionalisme

pegawai tersebut sebagai seorang pendidik (Shareeha, 2009). Terdapat dua orang pensyarah

dalam kategori ini di PKS tetapi selepas bertugas selama 5 bulan, mereka masih belum diberi

Kursus Persegaran. Berdasarkan kajian tersebut, pelaksanaan kursus ini didapati agak

perlahan. Oleh itu, pegawai tersebut masih kurang cekap dalam melaksanakan semula tugas

sebagai seorang pensyarah selepas sekian lama terlibat dalam bidang pengurusan.

5.4 Latihan Pengurusan Dan Kepimpinan Organisasi (LDK)

Program ini bertujuan untuk menyediakan latihan kepimpinan kepada Pengarah dan

Timbalan Pengarah baru ke arah merealisasikan hasrat JPPKK untuk menghasilkan

kepimpinan institusi yang unggul dan berketrampilan dalam pengurusan (Shareeha, 2009).

Menurut seorang Pegawai Latihan, setakat ini, Pengarah dan Timbalan Pengarah baru di PKS

belum mengikuti latihan tersebut.

5.5 Program Peningkatan Kemahiran (PPK)

Program ini menyediakan latihan kemahiran kepada PPPT Gred DH 29 hingga DH 44 untuk

meningkatkan lagi mutu kemahiran pegawai dan keyakinan diri dalam penyampaian ilmu

pengetahuan kepada pelajar. Kandungan kursus dirangka untuk memperkayakan kompetensi

seseorang dalam bidang yang berkaitan sama ada reskilling atau upskilling. Diharap selepas

tamat kursus, pensyarah dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman

yang diperolehi di institusi demi memantapkan lagi proses pengajaran- pembelajaran

(Setiawan, 2009).

Data dari ULPL menunjukkan seramai 78 orang pegawai telah menghadiri PPK pada tahun

2009. Daripada 78 orang ini, seramai 62 telah memberi maklumbalas melalui borang soal

selidik. 95.2% bersetuju bahawa program ini telah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran

mereka. 87.1% mengatakan bahawa pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi boleh

diaplikasikan dalam tugas harian dan 85.5 % bersetuju bahawa PPK adalah berkesan dan

memberi impak kepada mereka (rujuk Jadual 4). Pada keseluruhannya, PPK boleh dianggap

sebagai berkesan, cuma pelaksanaannya perlu dikaji semula untuk memastikan bahawa

pelaksanaan program ini adalah cost effective memandangkan seramai 374 PPPT Gred 29

hingga Gred 44 di PKS wajib menghadiri kursus ini di Semenanjung Malaysia atas sebab

PPK telah dijadikan sebagai salah satu kriteria kecemerlangan bagi Skim Perkhidmatan

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi.

5.6 Career Path Competency Matrix (CPCM)

Program CPCM bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan soft skill

kepada PPPT Gred DH 41 hingga DH 54. CPCM juga telah dijadikan sebagai salah satu

kriteria kecemerlangan bagi kenaikan pangkat. Kursus tersebut adalah lebih bersifat generik,

iaitu berfokuskan kepada peningkatan softskill dan profesionalisme kerjaya PPPT mengikut

gred masing-masing (Aliza, 2009).

Seramai 22 orang pegawai telah menghadiri CPCM pada tahun 2009 dan 19 orang daripada

mereka telah memberi respon terhadap kajian keberkesanan kursus. 94.7% mengatakan

Page 76: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

76

bahawa CPCM telah meningkatkan pengetahuan atau kemahiran mereka, 84.2% boleh

menggunakan ilmu pengetahuan mereka dalam tugas harian dan 78.9% berpendapat bahawa

CPCM adalah efektif dan memberi impak kepada mereka. Pada keseluruhannya, CPCM

boleh dikatakan berkesan dari segi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seseorang

pegawai mengikut objektif setiap modul yang dilaksanakan. Tetapi, sekiranya dibandingkan

dengan PPK, dari persepsi pegawai, CPCM kurang berkesan dan tidak memberi impak yang

besar kepada mereka. Dari segi transfer of training, pengetahuan yang diperolehi oleh

pegawai dalam CPCM adalah kurang diaplikasikan. Ini mungkin disebabkan peningkatan

dalam soft skill adalah tidak begitu ketara serta pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi

tidak boleh digunakan dalam masa yang singkat tetapi hanya berguna pada masa depan iaitu,

bukan mengikut keperluan semasa pegawai.

5.7 Coaching And Mentoring Untuk melahirkan barisan kepimpinan yang mempunyai bakat kepimpinan yang menyerlah

dan bersedia memikul tanggungjawab yang lebih berat, BLK telah memperkenalkan program

Coaching and Mentoring untuk PPPT Gred DH 43 hingga DH 54. Kursus ini bertujuan untuk

memberi pendedahan kepada pegawai tentang prinsip-prinsip yang berkaitan dengan

coaching, iaitu satu proses interaktif di antara pengurus dan penyelia dalam usaha

menyelesaikan masalah staf bawahan atau membangunkan mereka, dan mentoring, di mana

pegawai yang berpengalaman dan berkemahiran perlu memberi khidmat nasihat dan

bimbingan kepada individu lain demi mempertingkatkan keyakinan diri individu yang

dibimbing (Roslina, 2009).

Merujuk kepada Jadual 4, kedua-dua responden mengatakan bahawa kursus Coaching and

Mentoring adalah sangat berfaedah kepada mereka, iaitu kursus itu telah meningkatkan

pengetahuan mereka dalam bidang tersebut dan mereka telah banyak mengaplikasikan

pengetahuan yang diperolehi dalam tugas harian di mana mereka perlu bersemuka dengan

staf dan pelajar setiap hari. Berdasarkan maklumbalas dan persepsi positif terhadap kursus

ini, maka adalah wajar untuk BLK meneruskan pelaksanaannya pada tahun yang akan datang.

5.8 Sangkutan Industri Pensyarah (SIP)

Ekoran dari maklumbalas yang didapati daripada pihak industri bahawa staf Politeknik secara

amnya kurang pendedahan dan pengalaman industri untuk meningkatkan kualiti pengajaran

mereka khasnya dalam bidang teknikal, BLK telah merangka Program SIP untuk memberi

peluang kepada mereka yang ingin mendapat pengalaman di industri dalam bidang

bersesuaian dengan keperluan kursus di Politeknik. Pendedahan dari segi perkembangan

teknologi, budaya kerja dan amalan industri di sektor swasta adalah amat penting bagi

seseorang pegawai yang bertanggungjawab atas pembangunan modal insan negara yang

berkualiti. Program ini dianggap sebagai kursus pendek selama 3 bulan di industri (Hanizah,

2009).

Mengikut rekod ULPL, tiada pegawai yang mengikuti Program Sangkutan Industri Pensyarah

pada tahun 2009. Hanizah (2009) melaporkan bahawa bilangan pensyarah dari PKS yang

terlibat dalam SIP yang paling ramai adalah pada tahun 2007. Bilangan pensyarah yang

terlibat dalam program ini adalah tidak menggalakkan. Menurut seorang Pegawai Latihan,

antara faktor yang mungkin menjadi penghalang kepada penglibatan pensyarah dalam SIP

adalah bidang yang dipohon kurang sesuai, budaya kecemerlangan belum mantap, masalah

Page 77: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

77

keluarga, pegawai tidak biasa dengan budaya kerja di swasta dan tidak diberi pelepasan oleh

Pengarah disebabkan kekurangan staf.

5.9 English Enhancement Program (EEP)

Pada asalnya, EEP dilaksanakan untuk mewujudkan satu avenue untuk pegawai

berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan pada masa yang sama bertujuan untuk

meningkatkan keyakinan diri pada pegawai untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Mulai

Julai 2008, kurikulum di Politeknik perlu disampaikan dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar

semester 1 (Christopher, 2009).

Peruntukan sejumlah RM 20,000 untuk EEP baru diterima dan pihak ULPL, PKS sedang

berusaha untuk melaksanakannya. Jadi, keberkesanan program ini tidak boleh dibincangkan

di sini. Walau bagaimanapun, program ini adalah sangat penting kerana pegawai yang fasih

dalam Bahasa Inggeris boleh mendorong pelajar berkomunikasi juga dalam Bahasa Inggeris

dan secara tidak langsung, meningkatkan kebolehpasaran pelajar kerana Bahasa Inggeris

adalah bahasa yang digunakan di industri.

5.10 Kolaborasi Antarabangsa

Menurut Hanizah (2009), JPPKK telah menjalinkan hubungan rapat dengan beberapa

industri, contohnya, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Lembaga

Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB ), ICIMB (M) Sdn. Bhd (Perbankan dan

Perakaunan), MDEC (Multimedia Development Corporation) dan Siemens Malaysia Sdn

Bhd. Tujuan utama kolaborasi ini adalah untuk menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan

bagi teknologi terkini di dalam negara dan di luar negara. Dalam program tersebut, pegawai

dan pelajar Politeknik akan dilatih oleh pihak industri dalam bidang yang tertentu. Program

ini adalah sangat berfaedah bukan sahaja untuk pegawai dan pelajar, tetapi juga untuk

Politeknik sebagai sebuah institusi yang terlibat dalam pembangunan modal insan. Dengan

cara ini, barulah Politeknik boleh memastikan kursus-kursus yang ditawarkan adalah sentiasa

relevan kepada industri demi mempertingkatkan kebolehpasaran pelajar dan

memperkukuhkan status politeknik sebagai sebuah pusat kecemerlangan. Mengikut data

ULPL, setakat ini, tiada staf dari PKS yang terlibat dalam program ini.

5.11 Kursus Dalam Perkhidmatan (KUDAP)

Dengan peruntukan sejumlah RM 20,000 yang diberi oleh BLK, ULPL, PKS

bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan program latihan mengikut keperluan

staf. Menurut seorang Pegawai Latihan, seramai 382 orang pegawai telah menghadiri kursus

yang berkaitan dengan pengajaran-pembelajaran (Jadual 3). Jadual 5 menunjukkan keputusan

kajian untuk KUDAP. Bilangan responden adalah seramai 263 orang. Didapati bahawa

99.5% mengatakan bahawa KUDAP yang berkaitan dengan pengajaran-pembelajaran telah

meningkatkan pengetahuan mereka, 94.0% boleh menggunakan pengetahuan yang diperolehi

dalam tugas harian iaitu transfer of training telah berlaku dan 92.5% bersetuju kursus yang

dilaksanakan adalah efektif dan memberi kesan yang besar kepada mereka.

Sekiranya peratusan responden yang memberi jawapan yang positif dalam setiap item dalam

kajian untuk ketiga-tiga kursus iaitu, PPK, CPCM dan KUDAP dibandingkan, didapati

bahawa peratusan itu adalah paling tinggi bagi KUDAP. Ini bermaksud persepsi staf PKS

terhadap keberkesanan kursus yang dirancang dan dilaksanakan di bawah KUDAP adalah

Page 78: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

78

lebih efektif dari segi peningkatan dalam ilmu pengetahuan dan transfer of training. Di

samping itu, kursus-kursus tersebut diadakan di kampus PKS dan oleh sebab itu, lebih ramai

orang boleh mengikutinya. Jadi, dari segi cost effective, KUDAP dianggap sangat berkesan.

6.0 LANGKAH-LANGKAH PENGUKUHAN UNTUK MENINGKATKAN

KEJAYAAN PROGRAM

6.1 Menubuhkan Pusat Latihan dan menyediakan latihan di institusi

Memandangkan seramai 126 orang pensyarah di PKS masih belum ditawarkan kursus KIPA

dan terdapat kekangan kewangan, dicadangkan bahawa latihan ini diadakan di Kuching.

Maka, perlaksanaan program boleh dipercepatkan dan menampung semua staf baru kerana

perbelanjaan untuk setiap orang telah banyak berkurangan. Sekiranya, pensyarah baru boleh

dibimbing lebih awal, maka profesionalisme pensyarah boleh dipertingkatkan lagi demi

memantapkan kualiti proses pengajaran-pembelajaran. Untuk PPK, oleh kerana bilangan

pegawai (DH 29 hingga DH 44) yang wajib hadir PPK adalah sangat ramai dan pada masa

sekarang, terdapat kekangan kewangan, maka dicadangkan bahawa PPK juga dibuat di

kampus PKS. Untuk menjayakan perlaksanaannya, dicadangkan sebuah Pusat Latihan

ditubuhkan di kampus, dengan bantuan kewangan daripada JPPKK untuk menyediakan

latihan kemahiran teknikal kepada staf PKS. Dengan cara ini, latihan simulasi boleh diadakan

selain daripada On-The-Job Training yang boleh dilakukan di bengkel. Langkah ini adalah

untuk memastikan bahawa Transfer of Training berlaku secara positif dan berkesan pada

setiap individu kerana terdapat persamaan di antara apa yang dipelajari dengan keadaan

sebenar di bengkel.

6.2 Menyediakan jurulatih-jurulatih di institusi dan mengurangkan kebergantungan

kepada pembekal latihan luar

Bagi program KIPA, masalah kekangan pelaksanaan yang dihadapi oleh Institut Aminuddin

Baki seperti masalah menampung bilangan pensyarah yang ramai, boleh diatasi dengan

menyediakan jurulatih-jurulatih sendiri melalui Program Training of Trainer (TOT) yang

telah dirancangkan oleh BLK untuk tahun 2011 hingga 2015. Untuk itu, adalah baik

sekiranya setiap institusi mempunyai jurulatih sendiri supaya program KIPA dan PPK boleh

dilaksanakan dengan cepat memandangkan bilangan peserta wajib hadir adalah terlalu ramai.

Bayaran Insentif perlu diberi kepada jurulatih sekiranya latihan itu berlaku di luar waktu

pejabat. Untuk menjadikan PPK lebih cost effective, seorang Pegawai Latihan mencadangkan

bahawa PKS boleh menggunakan kepakaran yang sedia ada di kampus atau menjemput

kepakaran daripada politeknik lain sebagai jurulatih. Selain daripada itu, beliau juga

mencadangkan bahawa pihak JPPKK mengeluarkan sijil kehadiran dan mengiktirafkan sijil

tersebut untuk tujuan kenaikan pangkat. Pada masa sekarang, banyak peruntukan digunakan

untuk menjemput orang luar dari syarikat kerana sijil yang dikeluarkan oleh mereka diberi

keutamaan. Pihak industri yang telah menjalin kolaborasi dengan JPPKK dan Politeknik

boleh dijemput untuk memberi latihan atau sebagai penceramah.

6.3 Memperbaiki hubungan antara pihak jurulatih dengan peserta kursus untuk

memantapkan Transfer of Training

Kebanyakan kursus yang diadakan melibatkan syarikat pembekal latihan. Walaupun

kandungan kursus diberi kepada mereka, kelemahan mereka dalam penyampaian kursus

Page 79: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

79

adalah disebabkan mereka kurang faham atau tidak tahu latar belakang peserta dan institusi.

Berdasarkan kepada Theory of Humanistic, seseorang jurulatih sepatutnya membaiki

hubungan mereka dengan peserta kursus. Dia dikehendaki bertindak sebagai seorang

fasilitator dan pembimbing, iaitu dia perlu memahami latar belakang dan budaya kerja

peserta serta masalah yang dihadapi oleh mereka. Apa yang berlaku sekarang adalah ramai

jurulatih dari syarikat tidak mengaitkan kandungan kursus dengan keadaan peserta dan

institusi. Mereka tidak mendorong peserta kursus untuk menghayati apa yang dipelajari dan

bagaimana mengaplikasikan pengetahuan baru di tempat kerja. Oleh itu, peserta kursus

merasa bahawa mereka hanya mendengar syarahan sahaja semasa kursus. Jadi, adalah

menjadi peranan urusetia untuk memastikan jurulatih yang dijemput boleh membantu

pegawai Politeknik meningkatkan lagi tahap profesionalisme dan kualiti kepimpinan mereka.

6.4 Menganjur kursus yang mana kemahiran/pengetahuan yang diajar boleh

diaplikasikan di tempat kerja

Perlaksanaan program peningkatan profesionalisme untuk pegawai PKS melibatkan satu

perbelanjaan yang sangat tinggi disebabkan faktor geografi dan logistik. Oleh itu, beberapa

orang responden berpendapat bahawa kursus-kursus yang ditawarkan mestilah sesuatu yang

berguna kepada pegawai. Untuk menjamin keberkesanan program latihan, satu analisis

keperluan bagi setiap individu perlu dibuat secara terperinci supaya kursus yang dianjurkan

adalah sesuai dan diminati pegawai. Mereka juga mengatakan bahawa kursus berkaitan

dengan kemahiran pedagogi dan technology updates seharusnya diberi keutamaan. Masa

yang mencukupi perlu diperuntukkan untuk sesi praktikal. Kursus yang berperingkat perlu

diperkenalkan untuk meningkatkan kemahiran pegawai secara berterusan. Kursus

pertauliahan contohnya certified chargeman juga sangat sesuai untuk melengkapkan pegawai

dengan kemahiran yang tertentu. Jadi, dicadangkan analisis keperluan pegawai dan organisasi

perlu dibuat dengan terperinci supaya apa yang dipelajari dalam kursus boleh diaplikasikan di

tempat kerja.

6.5 Mengkaji semula proses pendaftaran kursus dan pemilihan peserta kursus

Dicadangkan cara permohonan untuk kursus tersebut dikaji semula kerana pada masa

sekarang, pegawai wajib memohon bagi kursus PPK dan CPCM secara online tetapi didapati

tidak terpilih untuk mengikuti kursus pada tahun yang sama. Menurut seorang pensyarah DH

41, keadaan ini boleh mengurangkan motivasi pegawai kerana beliau tidak diberitahu bila dia

boleh mengikuti kursus, menyebabkan dia berada dalam keadaan kekeliruan. Jadi, sekiranya

seorang pegawai telah memohon, adalah baiknya pegawai diberitahu bila dia boleh mengikuti

kursus walaupun kursus ini diadakan pada tahun berikut. Beberapa orang responden

mengatakan bahawa apabila mereka memilih kursus secara online, kandungan kursus secara

terperinci tidak ditunjukkan, menyebabkan si pemohon itu tidak boleh menilai sama ada

kursus tersebut sesuai untuk mereka atau tidak.

6.6 Mengadakan program latihan semasa cuti semester

Program latihan haruslah diadakan semasa cuti semester khasnya bagi pensyarah untuk

mengelakkan gangguan dalam proses pengajaran-pembelajaran. Didapati bahawa pada masa

sekarang, banyak kursus diadakan semasa perkuliahan dijalankan dan kadang-kala

sekumpulan pensyarah perlu meninggalkan kelas untuk menghadiri kursus. Keadaan ini

boleh menjejaskan perlaksanaan pengajaran- pembelajaran dan seterusnya mengurangkan

motivasi pelajar dan keyakinan mereka terhadap Politeknik.

Page 80: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

80

7.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kepada persepsi pegawai terhadap keberkesanan program latihan yang telah

dilaksanakan, pada keseluruhannya, perlaksanaan program peningkatan profesionalisme yang

berterusan di PKS dikira berkesan walaupun tahap keberkesanan untuk setiap program adalah

berlainan. Secara amnya, kebanyakan pegawai mengatakan bahawa melalui program latihan

itu, pengetahuan dan kemahiran mereka telah meningkat dan ilmu baru yang diperolehi boleh

digunakan semasa mereka melaksanakan tugas harian. Kandungan kursus menjadi lebih

bermakna sekiranya selepas disampaikan, transfer of training berlaku dengan jayanya.

Komitmen tinggi daripada pemimpin institusi dan pegawai sendiri serta sikap pegawai dalam

menjayakan program latihan merupakan faktor yang sangat penting dalam usaha

mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran secara berterusan di institusi.

Kegigihan pihak Politeknik Kuching Sarawak dalam usaha membangunkan tenaga kerja

boleh menjamin pencapaian status sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan pada masa yang

akan datang.

8.0 RUJUKAN

Agenda Pembangunan Modal Insan, Peningkatan Profesionalisme Berterusan, Jabatan

Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, 2007

Aliza Bt. Md Atan (2009), Career Path Competency Matrix (CPCM), Majlis Dialog

Pembangunan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pengajian pada 11-

13 Mac 2009 di Hotel Renaissance, Melaka

Christopher Suresh Martin (2009), English Enhancement Programme, Majlis Dialog

Pembangunan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pengajian pada 11-

13 Mac 2009 di Hotel Renaissance, Melaka

Hanizah Bt. Anaittulah (2009), Program Sangkutan Industri, Majlis Dialog Pembangunan

Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pengajian pada 11-13 Mac 2009

di Hotel Renaissance, Melaka.

Ibrahim Bin Mamat (2001), Effective Design and Successful Management of Training,

Eastview Publications Sdn. Bhd.

Kamaruddin Bin Hamzah (2009), Kertas Pembentangan, Majlis Dialog Pembangunan

Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pengajian pada 11-13 Mac 2009

di Hotel Renaissance, Melaka.

Perintah Am, Bab “A” hingga Bab “G”, Edisi 2009, MDC Publishers Sdn. Bhd.

Setiawan Bin Hardono (2009), Program Peningkatan Kemahiran, Majlis Dialog

Pembangunan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pengajian pada 11-

13 Mac 2009 di Hotel Renaissance, Melaka.

Shareaha Binti Din (2009), Latihan Kepimpinan Instruksional dan Pembangunan Andragogi,

Majlis Dialog Pembangunan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Pengajian Tinggi pada 11-13 Mac 2009 di Hotel Renaissance, Melaka.

Page 81: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

81

LAMPIRAN

Rajah 1: Model Program Pembangunan Modal Insan Multikompetensi

Catatan:

Rajah di atas adalah diekstrak daripada Buku Agenda Pembangunan Modal Insan,

Peningkatan Profesionalisme Berterusan, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti

ARAS

ORGANISASI

Gred

JUSA

Keupayaan dan Kemahiran

Minimum

Komponen

Kompetensi

Budaya

Prestasi Tinggi

Gred

Jawatan

Gred

53/54

Gred

51/52

Gred

43/44

Gred

47/48

Gred 29

hingga

Gred 42 PENDEDAHAN

PENERAPAN

PEMBANGUNAN

PENGUKUHAN

PENGEMBANGAN

PENDIDIKAN

PROFESIONAL-

ISME

KOMPETENSI

UMUM

KOMUNIKASI

ICT

KOMPETENSI

KHUSUS

KETRAMPILAN

DIRI

KEPIMPINAN

DAN

PENGURUSAN

Orientasi budaya kerja

perkhidmatan awam dan

penerapan nilai-nilai positif

Pemahaman matlamat,

fungsi dan budaya organisasi

Pembinaan keupayaan

melaksanakan tugas dengan

cepat dan menepati piawaian

umum organisasi

Meningkatkan kemahiran sedia

ada dan membentuk kemahiran

baharu dalam aspek kepakaran,

profesionalisme dan kepimpinan

Mengukuhkan keupayaan yang

selaras dengan cabaran-cabaran

semasa dengan memfokus kepada

daya kepimpinan, integriti dan

jaringan kerja

Page 82: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

82

Jadual 1: Program Latihan BLK yang dilaksanakan pada tahun 2009

PETATUJU

PROGRAM-PROGRAM

Penajaan Pasca Ijazah:

Skim Hadiah Latihan Persekutuan (Sepenuh masa/secara

sambilan)

Penajaan Ijazah Pertama:

Cuti Belajar Separuh Gaji

1

Pembangunan

Profesionalisme Melalui

Peningkatan Ilmu

Akademik

Pengajian Tanpa Penajaan:

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) (menyambung pengajian secara

sambilan tanpa kemudahan elaun melainkan cuti tanpa rekod

untuk menghadiri peperiksaan)

Kursus Kepimpinan Instruksional dan Pembangunan Andragogi

(KIPA) bagi PPPT baru. Ia merupakan Latihan Ikhtisas

Pengajaran dan Pembelajaran jangka pendek selama 3 minggu.

Kursus Persegaran (refresher) untuk mereka yang kembali

mengajar selepas urusan naik pangkat dan berpindah kategori.

Latihan Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi (LPK) untuk

memberi ilmu dan kemahiran “memimpin organisasi” bagi

Pengarah dan Timbalan Pengarah baru (naik pangkat).

Program Peningkatan Kemahiran (PPK) adalah kursus teknikal

yang wajib dihadiri oleh setiap PPPT Gred DH 29 hingga DH 44

bagi kategori I dan II.

Career Path Competency Matrix (CPCM) yang berunsur generik

dan pembangunan diri yang wajib dihadiri oleh setiap PPPT bagi

semua kategori.

2

Pembangunan

Profesionalisme Seiring

Kriteria kecemerlangan

Coaching dan Mentoring adalah kursus pendedahan kepada PPPT

gred DH 43 dan ke atas untuk membolehkan mereka

mengamalkannya dalam hubungan bersama pegawai-pegawai

bawahan.

Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) selama tiga bulan.

English Enhancement Program (EEP) yang berfokuskan kepada

Language Camp dan Parliamentary Debate. 3

Peningkatan

Kemahiran/Kepakaran

Kolaborasi Antarabangsa khasnya perpindahan ilmu dan teknologi

terkini daripada negara luar. Menggalakkan lawatan

penandaarasan dan kerjasama dua hala dalam negara dan

antarabangsa.

Catatan: Maklumat tersebut diringkaskan daripada Majlis Dialog Pembangunan

Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pengajian Tinggi pada 11-13 Mac 2009

di Hotel Renaissance, Melaka

Page 83: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

83

Jadual 2: Status perlaksanaan program BLK di PKS untuk tahun 2009

PETATUJU PROGRAM

BILANGAN STAF

YANG TELAH

HADIR

JUMLAH

PERUNTUKAN

(RM)

Penajaan Pasca Ijazah: Skim

Hadiah Latihan Persekutuan

(cuti bergaji penuh)

Sarjana-2 -

Penajaan Ijazah Pertama: Cuti

Belajar Separuh Gaji 0 -

1

Pengajian Tanpa Penajaan:

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) 1 -

Kursus Kepimpinan

Instruksional dan

Pembangunan Andragogi

(KIPA)

12 32,000.00

Kursus Persegaran (refresher) 0

Latihan Pengurusan dan

Kepimpinan Organisasi

(LPK)

0 5,000.00

Program Peningkatan

Kemahiran (PPK) 78 176,420.00

Career Path Competency

Matrix (CPCM) 22 120,000.00

2

Coaching dan Mentoring 3 11,200.00

Sangkutan Industri Pensyarah

(SIP) 0 0

English Enhancement

Program (EEP) 0 20,000

3

Kolaborasi Antarabangsa

khasnya perpindahan ilmu

dan teknologi terkini

0 -

JUMLAH 364,620.00

Jadual 3: Status perlaksanaan program Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan di PKS untuk

tahun 2009

PROGRAM

BILANGAN

PESERTA

KURSUS

JUMLAH

PERUNTUKAN

(RM)

Kursus Dalam Perkhidmatan (KUDAP):

• Kursus yang berkaitan dengan pengajaran &

pembelajaran

382

• Kursus yang tidak berkaitan dengan

pengajaran & pembelajaran

215

20,000

Sumber: Unit latihan Dan Pendidikan Lanjutan Politeknik Kuching Sarawak

Page 84: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

84

Jadual 4: Keputusan Kajian untuk program latihan BLK

Responden Meningkatkan

pengetahuan

Pengetahuan

yang diperolehi

dapat

digunakan

dalam

menjalankan

tugas harian

Kursus efektif

dan memberi

kesan/impak Jenis Kursus

Bil.

Kadar

respon

(%)

Ya

(%)

Tidak

(%)

Ya

(%)

Tidak

(%)

Ya

(%)

Tidak

(%)

Kursus

Kepimpinan

Instruksional

dan

Pembangunan

Andragogi

(KIPA)

12

(*Jum

=12)

100 91.7 8.3 91.7 8.3 91.7 8.3

Program

Peningkatan

Kemahiran

(PPK)

62

(*Jum

=78)

79.5 95.2 4.8 87.1 12.9 85.5 14.5

Career Path

Competency

Matrix

(CPCM)

19

(*Jum

=22)

86.4 94.7 5.3 84.2 15.8 78.9 21.1

Coaching and

Mentoring

2

(*Jum

=3)

66.7 100 0 100 0 100 0

Page 85: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

85

Jadual 5: Keputusan Kajian untuk KUDAP

Responden Meningkatkan

pengetahuan

Pengetahuan

yang

diperolehi

dapat

digunakan

dalam

menjalankan

tugas harian

Kursus

efektif dan

memberi

kesan/impak Jenis kursus

Bilangan

Kadar

respon

(%)

Ya

(%)

Tidak

(%)

Ya

(%)

Tidak

(%)

Ya

(%)

Tidak

(%)

Kursus Dalam

Perkhidmatan

(KUDAP)-

Kursus yang

berkaitan

dengan

Pengajaran-

Pembelajaran

263

(*Jum=382) 68.8 99.5 0.5 94.0 6.0 92.5 7.5

* Merujuk kepada jumlah pegawai yang telah hadir kursus

Page 86: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

86

KEMAMPUAN MATEMATIK DAN HUBUNGANNYA DENGAN SIKAP

Mohd Zahri Jaafar

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Politeknik Mukah Sarawak

Mariati Masduki

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer

Politeknik Mukah Sarawak

ABSTRAK

Kemampuan matematik amat memainkan peranan dalam pengajian tinggi terutamanya dalam

bidang teknikal. Di politeknik masalah timbul apabila institusi terbabit berdepan dengan

kelemahan pelajar dalam kursus matematik. Pensyarah dikatakan menghadapi kemurungan

suasana dalam pengajaran dan pembelajaran, kekurangan kehadiran dan kemorosotan prestasi

pelajar dalam kursus-kursus yang melibatkan kemahiran matematik. Kajian ini cuba

meninjau kesan sikap terhadap pencapaian matematik pelajar yang melibatkan seramai 123

sampel pelajar di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Mukah Sarawak. Menggunakan

korelasi Spearman Rho, dapatan menunjukkan pelajar yang positif sikapnya terhadap

matematik memberi kesan yang baik dalam pencapaian matematik.

1.0 PENGENALAN

Pencapaian akademik pelajar sangat mempengaruhi reputasi sesebuah institusi pengajian.

Dalam pada itu, matematik adalah suatu matapelajaran yang biasanya menjadi indikator

terhadap pencapaian pelajar dalam beberapa matapelajaran lain. Di politeknik terutamanya

dalam bidang teknikal, kelemahan dalam kursus matematik dianggap akan menurunkan

prestasi akademik pelajar dalam beberapa kursus yang memerlukan analisis secara pengiraan.

Politeknik Mukah Sarawak (PMU) khususnya Jabatan Kejuruteraan Mekanikal amat

menekankan keperluan kemahiran matematik dalam kebanyakan kursus yang disediakan.

Kemahiran matematik mula diterapkan kepada pelajar semester satu bagi program diploma

dan sijil dalam kursus Matematik Kejuruteraan 1 (B1001). Namun kebimbangan timbul

apabila prestasi akademik pelajar dalam kursus ini tidak menunjukkan pencapaian yang

memberangsangkan sejak kemasukan awal pelajar ke jabatan tersebut.

Berdasarkan Rajah 1, dapat diperhatikan bahawa pada sesi Julai 2007 pelajar Sijil

Kejuruteraan Mekanikal (SKM) berhadapan dengan masalah dalam kursus Metematik

Kejuruteraan 1 (B1001) berbanding kursus lain. Daripada 87 orang pelajar, 31% daripadanya

gagal dalam kursus tersebut. Secara relatifnya, walaupun terdapat peningkatan pencapaian

dalam kursus Metematik Kejuruteraan 1 (B1001) di antara sesi Julai 2007 dan Januari 2008,

kecemerlangan dalam kursus ini masih berada pada tahap yang membimbangkan (lihat

Rajah 2 dan Rajah 3).

Page 87: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

87

100 100 100 98.85

80.46

97.7 10095.4

100

68.97

92.77

0

20

40

60

80

100

120

KURSUS

Pera

tus (%

)

A1001

A1002

A1003

B1001

B1003

B1004

E1063

J1001

J1002

J1003

R1001

Rajah 1: Pencapaian kursus bagi program SKM sesi Julai 2007 (Sumber: Unit Peperiksaan

PMU)

9

40

4

1

17

2

1

11

4

5

11

3

6

5

15

72

12 31

0

30

000603 10

06

817

301 0000

10

20

30

40

50

60

70

Bil. Pelajar

A A- B+ B B- C+ C D D- E+ E E- F

Gred

B1004

B1003

B1001

Rajah 2: Analisis gred kursus matematik kejuruteraan program SKM semester satu sesi Julai

2007 (Sumber: Unit Peperiksaan PMU)

Pelbagai aspek boleh mempengaruhi masalah berkenaan. Ming Chang Wu dan Greenan

(2003) mendapati, kelemahan dalam matematik untuk bidang vokasional dan teknologi

adalah berpunca daripada sikap negatif yang wujud dalam diri pelajar terhadap matapelajaran

tersebut. Sikap negatif timbul daripada kekecewaan mereka sejak di alam persekolahan lagi.

Mereka dikatakan gagal untuk mengasimilasi matematik sebagai sesuatu yang kontekstual

dalam kehidupan seharian. Akhirnya minat dan motivasi untuk mempelajari matematik selalu

menurun sehingga wujud stigma dalam diri bahawa “saya tidak bagus dalam matematik”.

Sikap boleh didefinisikan sebagai kecenderungan untuk merespon secara positif atau secara

negatif terhadap sesuatu idea, perseorangan, objek atau situasi tertentu (Ciccarelli & Meyer,

2006). Sikap dipengaruhi oleh perkembangan seseorang melalui pengalaman-pengalaman

merentasi kehidupannya samada di tempat tinggal, alam persekolahan, tempat kerja dan

Page 88: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

88

sebagainya. Pembentukannya boleh dipelajari dengan meneliti reaksi emosional orang lain

dan seterusnya akan diterjemahkan dalam bentuk tingkahlaku.

3

30

6

30

2

15

3

1

8

3

4

8

2

7

3

6

15

0

6

000 00

7

00

6

00

5

100 102

0

5

10

15

20

25

Bil. Pelajar

A A- B+ B B- C+ C D D- E+ E E- F

Gred

B1004

B1003

B1001

Rajah 3: Analisis gred kursus matematik kejuruteraan program SKM semester satu sesi

Januari 2008 (Sumber: Unit Peperiksaan PMU)

Menurut Morris dan Maisto (2005), sikap secara relatifnya adalah suatu “persepaduan yang

stabil antara kepercayaan, perasaan dan tingkahlaku yang cenderung terhadap sesuatu

perkara” (ms. 571). Komponen kepercayaan merujuk kepada kandungan fakta, pandangan

dan pengetahuan yang dimiliki individu sementara komponen perasaan merujuk kepada

emosi-emosi seperti “suka”, “cinta”, “benci” terhadap sesuatu perkara. Manakala komponen

tingkahlaku merujuk kepada kecenderungan seseorang untuk bertindak dengan cara tertentu

terhadap sesuatu perkara samada untuk mendekatinya mahupun mengelaknya.

Perkaitan antara sikap dan gender telah lama dibuktikan. Kajian menunjukkan bahawa sikap

terhadap matematik antara lelaki dan perempuan adalah berbeza. Harnisch et. al (1986) telah

melakukan kajian berimpak tinggi melibatkan pelajar di sepuluh buah negara dan mendapati

lelaki lebih bersikap positif memandangkan mereka memiliki keupayaan visualisasi ruang

yang tinggi yang diperlukan dalam kemahiran matematik. Baru-baru ini Meelissen dan

Luyten (2008) menyokong dapatan tersebut dan mendapati pencapaian pelajar perempuan

dalam matematik lebih lemah berbanding pelajar lelaki. Mereka menemui pelajar perempuan

memiliki keyakinan diri yang lemah apabila mempelajari matematik.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), apabila pelajar meletakkan diri mereka

sebagai seorang yang lemah dalam matematik, para pensyarah berhadapan dengan suasana

pembelajaran yang suram, ketidakhadiran kelas yang tinggi dan penurunan prestasi pelajar.

Berdasarkan kepentingan kursus matematik di politeknik dan kemunculan masalah-masalah

tersebut, dengan tujuan menggalakkan peningkatan pencapaian pelajar kami percaya

pemeriksaan terhadap sikap pelajar mampu menyumbang pengetahuan dan pemahaman ke

Page 89: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

89

arah membantu proses P&P bagi kursus matematik di dalam politeknik. Justeru beberapa

persoalan kajian dibangunkan bagi membantu menemukan objektif kajian ini iaitu:

i. Adakah terdapat perbezaan pencapaian pelajar dalam kursus B1001 menurut

perbezaan peringkat pengajian?

ii. Adakah gender mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus B1001?

iii. Adakah gender mempengaruhi sikap pelajar terhadap kursus B1001?

iv. Adakah terdapat perbezaan sikap terhadap kursus B1001 menurut perbezaan

peringkat pengajian?

v. Sejauh manakah sikap mempengaruhi pencapaian pelajar dalam B1001?

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Kaedah Kajian

Bagi menentukan sikap pelajar terhadap kursus Matematik Kejuruteraan 1 (B1001), kaedah

tinjauan digunakan. Data diperolehi secara kuantitatif melalui soal selidik penilaian kendiri

yang diberikan kepada sampel.

Keputusan akhir kursus B1001 responden yang terlibat dalam kajian ini telah diperolehi

daripada Unit Peperiksaan Politeknik Mukah Sarawak dan digunakan sebagai indikator

pencapaian pelajar. Keputusan kursus ini telah diterjemahkan dalam bentuk pentaksiran

dengan julat ordinal daripada kategori A (cemerlang) hingga kategori E (gagal). Keputusan

ini juga diselaraskan bersama-sama instrumen kajian. Melalui pelarasan ini, tiada responden

yang menjawab instrumen melebihi daripada sekali.

3.2 Sampel

Polpulasi adalah terdiri daripada pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Mukah

Sarawak semester satu sesi Julai 2008 iaitu seramai 214 orang. Sebanyak 156 soal selidik

dikendalikan pada penghujung semester dan 123 orang responden telah melengkapkan soal

selidik tersebut. Bilangan ini mewakili 78.8% daripada bilangan soal selidik yang telah

diedarkan.

Dengan menggunakan kaedah pensampelan secara rawak berkelompok, sebahagian besar

responden yang terlibat dalam kajian ini adalah lelaki (n = 110, 89.4%) manakala 10.6%

adalah perempuan (n = 13). Sementara bilangan sampel mengikut peringkat pengajian

kelihatan seimbang dengan 50.4% melaporkan pelajar peringkat sijil (n = 62) dan 49.6%

adalah pelajar diploma (n = 61).

3.3 Instrumentasi

Soal selidik penilaian kendiri telah digunakan sebagai instrumen bagi mengenalpasti sikap

responden dan telah dikonstruk dengan mengambil kira komponen-komponen sikap itu

sendiri – kepercayaan, perasaan dan tingkahlaku. Soal selidik berskala Likert ini berjulat

antara 1 (sangat tidak setuju) hingga 5 (sangat setuju) telah dibangunkan untuk mengenal

pasti sikap pelajar terhadap kursus Matematik Kejuruteraan 1.

Page 90: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

90

Item-item seperti “Kursus Matematik Kejuruteraan 1 bukan kursus yang menarik” (perasaan),

“Saya tidak mahu mempelajari Kursus Matematik Kejuruteraan 1 lebih dari apa yang wajib

diketahui” (tingkahlaku) dan “Kursus Matematik Kejuruteraan 1 adalah tidak penting dalam

kehidupan seharian” (kepercayaan) adalah antara item-item yang sengaja diterbalikkan dari

segi ayatnya bagi meningkatkan kebolehpercayaan instrumen. Kebolehpercayaan instrumen

dengan menggunakan kaedah konsistensi dalaman menunjukkan nilai alpha Cronbach

berjulat antara 0.60 hingga 0.72 bagi ketiga-tiga komponen sikap.

Sementara bagi tujuan untuk menentukan kemampuan matematik responden, keputusan akhir

semester sesi Julai 2008 kursus B1001 telah digunakan sebagai data untuk pencapaian

pelajar.

3.4 Analisis

Statistik deskriptif telah dimanipulasi untuk menerangkan taburan pencapaian pelajar dan

sikap pelajar dalam kursus B1001. Manakala dua jenis ujian parametrik (ujian-T dan Anova)

dan dua jenis ujian bukan parametrik (ujian Khi-Kuasa Dua dan kolerasi Spearman’s Rho)

digunakan dalam kajian ini berdasarkan syarat kenormalan taburan data dan skala

pengukuran data. Bagi menganalisis data, SPSS versi 12.0 telah dikendalikan.

4.0 DAPATAN

4.1 Pencapaian Kursus B1001

Daripada total sampel (n = 123) sebanyak 68% responden dianggap lulus dalam ujian yang

diberikan dengan 21% responden adalah dalam kategori cemerlang. Rajah 4 menghuraikan

pencapaian kursus B1001 dengan lebih terperinci.

E-

1%E

7% E+

5%

C

19%

C+

10%B-

9%

B

7%

B+

10%

A-

11%

A

21% E- E E+

C C+ B-

B B+ A-

A

Rajah 4: Pencapaian dalam kursus B1001

Hasil daripada ujian Khi Kuasa Dua untuk sampel kajian menunjukkan bahawa terdapat

perbezaan pencapaian kursus B1001 yang signifikan antara pelajar sijil dan diploma (χ =

49.160, df = 9, p < 0.01). Berdasarkan nilai rasidual piawai, didapati pelajar sijil cenderung

Page 91: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

91

untuk mendapat keputusan yang rendah (E, E+, C dan C+) sementara pelajar diploma dilihat

lebih ramai mendapat keputusan yang cemerlang (A dan A-). Kajian ini juga mendapati

bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian pelajar mengikut gender

(χ = 14.627, df = 9, p > 0.05).

4.2 Sikap terhadap Matematik Kejuruteraan 1

Dalam kajian ini, nilai min bagi sikap pelajar terhadap B1001 yang dicatatkan dalam

kumpulan yang mengandungi 123 orang pelajar ini adalah sederhana tinggi (M = 3.91 ±

0.60). Komponen “kepercayaan” dilihat sebagai penyumbang terbesar kepada sikap pelajar

yang positif dengan min, M = 4.17 ± 0.57. Dua lagi komponen sikap iaitu “perasaan” dan

“tingkahlaku” masing-masing mencatatkan min, M = 3.81 ± 0.74 dan M = 3.76 ± 0.60.

Ujian-T menunjukkan tiada perbezaan dalam sikap yang signifikan antara pelajar lelaki dan

perempuan (t = -0.368, df = 121, p > 0.05). Sebaliknya ujian yang sama juga membuktikan

bahawa terdapat perbezaan sikap yang signifikan secara statistik di antara pelajar sijil dan

pelajar diploma (t = -2.449, df = 121, p < 0.05). Perbezaan min telah menunjukkan pelajar

diploma mempunyai sikap yang lebih positif berbanding pelajar sijil.

Bagi melihat hubungan di antara sikap dan pencapaian pelajar dalam B1001, ujian korelasi

bagi pekali Spearman’s rho menunjukkan terdapat bukti-bukti kukuh untuk membuat

kesimpulan bahawa terdapat hubungan linear yang positif antara dua perkara tersebut. Bagi

sampel kajian ini (n = 123) kekuatan kolerasi adalah sederhana, r = 0.541, p < 0.01.

5.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau bagaimana sikap terhadap kursus Matematik

Kejuruteraan 1 mempengaruhi pencapaian pelajar. Secara kolektif, pelajar memiliki sikap

yang agak positif untuk mempelajari matematik. Ini seolah-olah menterjemahkan bahawa

kebanyakan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal memiliki minat, pandangan dan

kesediaan terhadap matematik. Perkara ini berpotensi untuk dimanipulasi oleh pensyarah dan

pelajar sendiri bagi menjadikannya sebagai stimulasi dalam proses P&P.

Tambahan pula kajian ini telah membuktikan sikap pelajar mempengaruhi pencapaian

mereka dalam matematik. Dengan kata lain ketinggian sikap pelajar dalam mempelajari

matematik boleh menjamin prestasi mereka. Persoalan yang timbul adalah bagaimana untuk

membantu meningkatkan sikap pelajar yang lemah? Dalam kajian ini, perkara ini merujuk

kepada pelajar peringkat sijil. Berdasarkan korelasi yang wujud dalam sikap dengan

pencapaian pelajar, pelajar sijil didapati lebih lemah pencapaiannya lantaran sikap mereka

yang negatif terhadap matematik.

Menurut Morris dan Maisto (2005), sesetengah individu mempunyai kecenderungan untuk

mengatasi sikapnya sendiri dengan maksud untuk berkelakuan yang sepatutnya dalam sesuatu

situasi. Individu yang memiliki pemantauan kendiri yang tinggi boleh bertindak dengan baik

menurut ekspektasi orang lain. Pensyarah boleh melaksanakan peneguhan kepada pelajar

bagi mengubah sikap mereka seperti dendaan dan pujian. Kekerapan latih tubi, kuiz, tugasan

dan seumpamanya juga boleh membantu.

Page 92: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

92

Peniruan personaliti dengan menjadikan pensyarah sebagai idola atau model juga membantu

perkembangan sikap disamping galakan daripada ibu bapa dan rakan-rakan. Kedua-dua ini

berpotensi untuk memupuk sikap yang positif dalam kalangan pelajar. Pensyarah wajar

membentuk peribadi dan ruang P&P yang ceria dan kondusif dalam usaha menarik minat

pelajar dalam P&P. Morris dan Maisto (2005) mendakwa, pelajar yang minat kepada

pensyarahnya boleh menerima sikap pensyarah tersebut terhadap subjek yang tidak disukai

oleh pelajar berkenaan, walaupun ia bertentangan dengan sikapnya sendiri (ms.572).

Pelajar juga harus dikelompokkan dalam kumpulan yang memiliki kerjasama dan persaingan

yang baik di antara ahli kumpulannya. Ini mungkin dapat membantu pelajar yang bersikap

negatif menentang sikapnya sendiri dalam suasana persaingan. Namun perhatian harus

diberikan kerana strategi kolaborasi antara pelajar boleh mengundang plagiatrisme ketika

membuat tugasan.

Sementara itu kajian ini tidak konsisten dengan dapatan kajian-kajian lepas. Pelajar dilihat

lebih homogen dalam pencapaian dan sikap terhadap matematik menurut perbezaan gender.

Ini menjelaskan keupayaan pelajar perempuan adalah setara dengan pelajar lelaki dalam

matematik walaupun pelajar lelaki dilihat lebih dominan dalam kajian ini. Menurut Steel dan

Ambady (2006), perubahan sikap antara lelaki dan perempuan terhadap sesebuah bidang

akademik adalah tidak ketara. Berkemungkinan pemilihan bidang akademik tidak

dipengaruhi oleh gender walaupun secara tradisionalnya bidang mekanikal lebih stereotaip

kepada golongan lelaki.

Walaubagaimanapun waspada harus diambil apabila membincangkan dapatan kajian ini.

Sikap tidak boleh dijadikan sebagai indikator utama untuk meramal pencapaian matematik

pelajar (Papanastasiou, 2000). Dari perspektif praktikal, data kami tidak menyediakan amaun

pengaruh sikap terhadap pencapaian matematik. Tambahan pula korelasi antara sikap dan

pencapaian matematik menunjukkan pada tahap sederhana. Ini menunjukkan masih terdapat

beberapa faktor yang mempengaruhi kemampuan matematik pelajar.

Justeru kajian lanjutan wajar dilaksanakan untuk menemukan pengaruh pencapaian

matematik dan seterusnya membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar dengan cara

mengatasi masalah-masalah P&P yang dihadapi oleh pensyarah dan pelajar. Adalah menarik

sekiranya faktor kecerdasan minda, pengaruh ibubapa, gaya pembelajaran dan sosio-ekomoni

pelajar dilihat secara bersama dalam implikasi terhadap pencapaian matematik pelajar.

6.0 RUJUKAN

Ciccarelli, S., K., & Meyer, G., E. (2006). Psycology. Pearson: New Jersey.

Harnisch, D., L., Steinkamp, M., W., Shiow-Ling Tsai, & Walberg, H., J. (1986). Cross-

National Differences In Mathematics Attitude And Achievement Among Seventeen-

Year-Olds. International Journal Development, 6(4), 233-244.

Meelissen, M., & Luyten, H. (2008). The Dutch gender gap in mathematics: Small for

achievement, substantial for beliefs and attitudes. Studies in Educational Evaluation,

34, 82–93.

Ming Chang Wu & Greenan, J., P. (2003). The Effects of a Generalizable Mathematics Skills

Instructional Intervention on the Mathematics Achievement of Learners in Secondary

CTE Programs. Journal of Industrial Teacher Education, 40(2). Dicapai pada 20

November 2008 dalam http://scholar.lib.vt.edu/ejournals/JITE/v40n2/wu.html.

Page 93: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

93

Morris, C., G., & Maisto., A., A. (2005). Psycology: An Introduction. Pearson: New Jersey.

Papanastasiou, P. (2000). Effects on attitudes and beliefs on mathematic achievement. Studies

in educational evaluation, 26, 27-42.

Page 94: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

94

PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN DI KALANGAN PENSYARAH-

PENSYARAH DI TIGA BUAH JABATAN KEJURUTERAAN POLITEKNIK

MUKAH SARAWAK

Mahdzir Jamia’an

Syeira Azniel Abdul Ghapar

Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Politeknik Mukah Sarawak

ABSTRAK

E-pembelajaran merupakan konsep yang mengintegrasikan teknologi maklumat dan

komunikasi sebagai medium penyampaian maklumat dan proses pengajaran dan

pembelajaran. Pensyarah merupakan salah satu komponen yang terlibat secara langsung

dalam perlaksanaan sistem pembelajaran di institusi pengajian amnya dan politeknik

khususnya. Sehubugan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti cabaran-cabaran

dan kekangan yang wujud dalam kalangan pensyarah politeknik khususnya di Politeknik

Mukah Sarawak (PMU). Hubungan antara pengetahuan tentang e-pembelajaran dengan

kekerapan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran turut dikaji.

Responden terdiri daripada pensyarah-pensyarah di Jabatan Kejuruteraan PMU. Dapatan

kajian menunjukkan bahawa cabaran utama dalam penggunaan sistem e-pembelajaran adalah

proses penyediaan bahan yang memerlukan kemahiran menggunakan ICT oleh setiap

pensyarah. Di samping itu, kurangnya kursus kemahiran e-pembelajaran yang berkala

menjadi antara penyumbang kepada cabaran kepada responden bagi menggunakan sistem e-

pembelajaran secara optimum.

1.0 PENDAHULUAN

Revolusi pendidikan yang bertunjangkan teknologi maklumat sebagai pemangkin kepada

penguasaan ilmu pengetahuan telah wujud pada abad ke-21. Ledakan teknologi maklumat

menjadi faktor pendorong kepada perkembangan persejagatan yang akan menjadikan dunia

semakin terbuka dan tiada sempadan. Dengan perkembangan era globalisasi dan keperluan

semasa dalam abad ke-21, institusi pendidikan perlu memainkan peranan dalam memberikan

cabaran pendidikan kepada pelajar-pelajarnya. Cabaran ini diperlukan agar pelajar-pelajar

sentiasa bersedia dengan arus perkembangan semasa. Menurut Aggarwal (2000), pendidikan

pada abad ke-21 memerlukan :

i. Kebebasan dan tiada kekangan dari aspek masa dan tempat untuk menjalankan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

ii. Pendidikan yang dijalankan adalah berorentasikan teknologi untuk mencapat

matlamat.

iii. Pendidikan berpusatkan pelajar. Manakala pensyarah hanya berperanan sebagai

pembimbing.

iv. Pihak yang terlibat di dalam sistem ini mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai

bahasa dan kemahiran.

Page 95: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

95

Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini, berlaku beberapa perubahan dan

inovasi dalam sektor pendidikan. Paradigma pembelajaran yang sedia wujud akibat inovasi-

inovasi ini telah mengorak langkah bagi institusi-institusi utama untuk melihat kembali

proses mengaksesan maklumat dan penyampaiannya di sekolah, kolej, maktab dan universiti.

Institusi pendidikan bukan lagi merupakan pengedar tunggal pengetahuan dan proses

pembelajaran tidak lagi dibatas oleh ruang dan masa. Persekitaran e-pembelajaran yang

sedemikian adalah berlandaskan kepada penggunaan internet.

Selaras dengan perkembangan ini juga, maka persekitaran sistem e-pembelajaran lebih

menjurus kepada penyampaian latihan dan pendidikan melalui internet. Perkembangan ini

akan membolehkan sesebuah organisasi seperti institusi pengajian tinggi menggunakan

kesempatan sepenuhnya menggunakan kemudahan sedia ada seperti teknologi desktop atau

komputer peribadi, komputer riba dan rangkaian komputer. E-pembelajaran ini boleh sampai

secara terus kepada komputer pelajar apabila dan di mana diperlukan. Dalam era internet,

penggunaannya semakin tersebar dan kini sebahagian besar golongan pendidik menggunakan

internet untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat. Ditambah pula dengan teknologi

tanpa wayar (wireless technology), internet pada masa kini bukan sahaja dapat diakses di

mana-mana, bahkan ia juga boleh dilayari pada bila-bila masa. Sifat teknologi tanpa wayar

yang mobility atau mudah atur menyebabkan ia sangat sesuai dijadikan sebagai platform

permudah cara dan menyokong sistem e-pembelajaran (Sabitha, 2005).

Sistem e-pembelajaran merupakan salah satu cabang di dalam revolusi pendidikan pada abad

ke-21. Sistem yang berasaskan teknologi maklumat ini merupakan satu asset penting dalam

memenuhi keperluan pensyarah dan pelajar bagi mencorak dan menjana minda selaras

dengan perkembangan dunia tanpa sempadan kini.

Terdapat pelbagai idea pemikiran dan usaha yang dilakukan untuk meningkatkan mutu

pendidikan di negara ini. Salah satu usaha yang dilakukan untuk meningkatkan mutu

pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah melalui pembelajaran elektronik (e-

pembelajaran). Untuk melahirkan pelajar-pelajar universiti yang berkualiti dan

berketerampilan, kaedah P&P yang pelbagai haruslah diterapkan. Sistem e-pembelajaran

merupakan salah satu cara pembelajaran terkini dengan pelbagai kelebihan seperti mudah dan

cepat mendapatkan maklumat, fleksibel, dan sesuai dalam semua keadaan.

Bagi melahirkan generasi yang bersedia dalam menerajui alaf baru, negara memerlukan

perubahan dan pembaharuan dari aspek pendidikan yang bercorak konvensional kea rah

pendidikan yang menggunakan alat P&P yang lebih canggih dan interaktif. Menurut Wan

Mohd Zahid (1993), reformasi pendidikan perlu diwujudkan untuk memastikan pendidikan

negara tidak terkebelakang daripada ledakan teknologi maklumat yang sentiasa berkembang.

Pendapat ini turut disokong dengan pendapat yang diutarakan oleh Marguerita (2002), yang

menyatakan bahawa pendidikan akan tetap berubah dan ia tidak akan mengambil kira apa

yang akan berlaku dan bagaimana ia akan berlaku. Perubahan sistem pendidikan ini

merupakan usaha bersama supaya ia seiring dengan perkembangan teknologi pada hari ini.

Perkhidmatan berasaskan elektronik atau maya kini dilihat pesat membangun dari semasa ke

semasa. Perkhidmatan ini meliputi bidang pendidikan, bidang korporat, bidang perniagaan

dan sebagainya. Skop perkhidmatan berasaskan elektronik ini dilihat amat meluas dengan

beberapa cabaran masa depan yang harus ditangani bersama. Menurut Gunasekaran, et, al

(2002), cabaran-cabaran yang harus ditangani adalah;

Page 96: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

96

i. Setiap negara harus menyediakan kemudahan pendidikan kepada rakyatnya.

ii. Ahli perniagaan harus melatih para pekerjanya.

iii. Institusi pendidikan harus menyediakan satu kerangka program yang lebih

inovatif

Oleh yang demikian, pensyarah seharusnya bijak menggunakan peluang yang sedia ada pada

masa kini kerana kemahiran, teknik-teknik pengajaran dan pengetahuan yang cukup akan

menjadikan proses P&P menggunakan sistem e-pembelajaran menjadi lebih menarik. Bagi

merealisasikan matlamat ini, pensyarah terlebih dahulu haruslah dibekalkan dengan ilmu

serta kemahiran yang cukup. Proses menyediakan pensyarah yang terlatih di dalam

penggunaan e-pembelajaran ini pastinya terdapat kekangan dan halangan yang harus diatasi

bagi meningkatkan mutu P&P.

1.1 Pernyataan Masalah

Walaupun perkembangan penggunaan teknologi pendidikan di Malaysia selama lebih kurang

sepuluh tahun ini boleh dikatakan agak pantas, namun terdapat beberapa isu dan masalah

yang perlu difikirkan bersama. Pelbagai usaha akan digunakan bagi meningkatkan

penggunaan sistem e-pembelajaran di kalangan pensyarah.

Menurut Norasikin et,al (2006), bagi individu yang tidak didedahkan dengan teknologi e-

pembelajaran, mereka mungkin merasa takut untuk mempelajarinya. Pendedahan yang

meluas dalam bentuk latihan harus diberikan supaya pensyarah dapat menggunakan sistem

tersebut dalam tugas mereka. Manakala kursus-kursus kemahiran lanjutan hanya

dilaksanakan mengikut permintaan dari jabatan atau unit-unit di Politeknik Mukah Sarawak

(PMU). Oleh itu, kursus berkaitan e-pembelajaran haruslah diadakan dengan lebih kerap dan

berkala bagi memastikan pensyarah-pensyarah mahir dan sentiasa didedahkan dengan

persekitaran e-pembelajaran bagi meningkatkan lagi tahap penggunaannya.

Pembelajaran elektronik merupakan satu usaha pembaharuan dalam proses P&P bagi

menggantikan kaedah konvensional. Walaubagaimanapun, kesediaan untuk menggantikan

kaedah konvensional haruslah dikaji dengan teliti. Menurut Morgan (2001), cabaran yang

harus difikirkan bersama adalah bagaimana untuk mengaplikasikan penggunaan e-

pembelajaran secara optimum di kalangan keadaan dan situasi yang bersesuaian di samping

mengekalkan pembelajaran secara konvensional. Namun begitu, terdapat cabaran-cabaran

dan halangan yang harus dikenal pasti bagi memastikan ia dapat diaplikasikan dengan baik.

Cabaran dan halangan kepada pensyarah-pensyarah dikaji sebagai satu usaha

mengoptimumkan penggunaan sistem e-pembelajaran semasa proses P&P.

Pensyarah merupakan salah satu komponen yang terlibat di dalam proses penggunaan sistem

e-pembelajaran. Menurut Wai Ching Poon (2004), sikap atau karektor pensyarah merupakan

salah satu elemen yang menyumbang kepada keberkesanan sistem e-pembelajaran.

Sehubungan dengan itu, kajian yang akan dijalankan adalah untuk mengenal pasti cabaran

dan halangan di dalam penggunaan sistem e-pembelajaran di kalangan pensyarah.

Kajian yang akan dijalankan adalah untuk mengenalpasti halangan dan kekangan dalam

penggunaan sistem e-pembelajaran di kalangan pensyarah-pensyarah bagi tiga buah Jabatan

Kejuruteraan Politeknik Mukah Sarawak serta mengenalpasti langkah-langkah yang boleh

digunakan bagi mengatasi halangan dan kekangan penggunaan sistem e-pembelajaran semasa

proses P&P dijalankan.

Page 97: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

97

1.2 Matlamat Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kekangan dan halangan serta langkah-langkah yang

boleh digunakan bagi mengatasi masalah penggunaan e-pembelajaran di kalangan pensyarah-

pensyarah Jabatan Kejuruteraan PMU. Fokus kajian tertumpu kepada dua aspek kerangka

utama iaitu kekangan yang wujud dalam penggunaan e-pembelajaran dan langkah-langkah

yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah tersebut. Kajian akan dijalankan di kalangan

pensyarah-pensyarah di tiga buah Jabatan Kejuruteraan PMU. Fokus kajian tertumpu kepada

kumpulan pensyarah baru dan pensyarah lama bagi mengkaji signifikan secara statistik

terhadap amalan penggunaan e-pembelajaran dalam proses P&P. Perincian objektif kajian

adalah:

i. mengenalpasti cabaran dan kekangan yang wujud dalam penggunaan sistem e-

pembelajaran di kalangan pensyarah-pensyarah di tiga buah Jabatan Kejuruteraan

Politeknik Mukah Sarawak (PMU).

ii. mengenalpasti langkah-langkah yang boleh digunakan bagi mengatasi cabaran dan

kekangan dalam penggunaan sistem e-pembelajaran di kalangan pensyarah-

pensyarah di tiga buah Jabatan Kejuruteraan Politeknik Mukah Sarawak (PMU).

1.3 Kepentingan

Kajian yang akan dijalankan adalah untun mengenalpasti kekangan-kekangan dalam

penggunaan e-pembelajaran di kalangan pensyarah di tiga buah Jabatan Kejuruteraan

Politeknik Mukah Sarawak yang menyebabkan penggunaannya kurang mendapat sambutan

untuk dijadikan sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam proses pengajaran dan

pembelajaran atas talian. Kepentingan kajian ini dilihat daripada aspek pihak pentadbiran dan

pensyarah itu sendiri.

Cadangan langkah-langkah bagi mengatasi kekangan terhadap penggunaan sistem e-

pembelajaran di kalangan pensyarah ini diharap dapat menjadikan penggunaan sistem e-

pembelajaran yang lebih efektif dan interaktif selain memaksimumkan penggunaannya. Di

samping itu, pensyarah yang terlibat dapat mengetahui tahap kompentensi mereka dan

kompetensi yang diperlukan untuk menjadi pensyarah yang berkualiti. Di samping itu,

instrument yang dibina juga boleh digunakan untuk membuat penilaian kendiri dan

memotivasikan diri terhadap tahap kompetensi terkini yang mereka miliki.

Dari sudut pihak pentadbiran, dapatan kajian ini boleh digunakan untuk mengukur tahap

keberkesanan penggunaan pembelajaran elektronik di PMU seiring dengan perubahan semasa

yang menjadikan pembelajaran elektronik sebagai komponen teras proses P&P. Kajian ini

diharapkan membantu pihak pentadbiran PMU terutama untuk merangka silibus pembelajran

yang lebih berkesan bagi meningkatkan penggunaan e-pembelajaran di kalangan pensyarah-

pensyarah PMU.

2.0 SISTEM E-PEMBELAJARAN.

Sistem e-pembelajaran merupakan pembelajaran berasaskan internet. Ia berfungsi untuk

menyediakan pembelajaran melalui komputer. Konsep e-pembelajaran adalah untuk

membuat perubahan ke atas cara mengajar dan belajar. Umum diketahui, sistem e-

Page 98: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

98

pembelajaran merupakan satu kaedah terkini dalam proses P&P yang terdiri daripada lima

komponen utama.

Menurut Wai Ching Poon (2004), lima komponen atau faktor utama yang saling berkait rapat

di antara satu dengan yang lain yang menjadikan sistem e-pembelajaran lebih berkesan

adalah :

i. tingkah laku pelajar,

ii. karektor atau sikap pensyarah,

iii. aplikasi teknologi yang bersikap interaktif,

iv. teknologi atau sistem, dan

v. institusi.

Menurut Alexander (2001), pengajar atau pensyarah memainkan peranan dalam mengukur

tahap keberkesanan pembelajaran elektronik. Pensyarah harus merancang dan memikirkan

strategi yang paling berkesan untuk meningkatkan tahap kesedaran pelajar tentang

kepentingan pembelajaran elektronik ini. Di samping itu, mereka harus merancang aktiviti

yang berkesan agar matlamat dan objektif P&P tercapai.

Roffe (2002) menyatakan bahawa, komponen-komponen pembelajaran elektronik ini boleh

dihasilkan dalam pelbagai format iaitu satu komuniti pelajar, pakar-pakar di dalam

pembelajaran elektronik dan kaedah penyampaian bahan pengajaran yang digunakan. Oleh

itu, dapat dikatakan bahawa e-pembelajaran mewakili satu cara manusia berkomunikasi dan

belajar secara atas talian sebagai kunci untuk proses pembelajaran yang semakin kompetatif

dalam era ICT kini.

Penilaian terhadap tahap penggunaan pembelajaran elektronik merupakan satu isu yang perlu

dibincangkan bersama. Menurut Shirley (2001) terdapat beberapa persoalan yang perlu

dibincangkan iaitu:

i. Seandainya pembelajaran elektronik tidak dikira sebagai penilaian terhadap

sesuatu matapelajaran, pelajar tidak akan menggunakan bahan tersebut dan

tidak akan melibatkan diri di dalam proses pembelajaran elektronik,

ii. Pelajar turut tidak akan melibatkan diri sekiranya bahan yang disediakan tidak

dikemaskini dan diperbaharui dari semasa ke semasa, dan,

iii. Faktor halangan dalaman iaitu kesedaran diri di kalangan pengguna-pengguna

baru yang tidak berpengalaman.

Menurut Heather (2002), huruf ‘e’ yang diguna pakai untuk e-pembelajaran bukanlah

merujuk kepada elektronik ataupun elektrik tetapi ianya merujuk kepada entropy, yang boleh

didefinisikan sebagai:

i. Kemampuan sistem yang digunakan untuk berubah secara spontan. Semasa

proses P&P berlaku, pensyarah atau pelajar yang mengikuti kelas (secara on-

line) mudah untuk melayari laman web yang lain untuk mendapatkan bahan

atau maklumat yang berkaitan dengan apa yang dipelajarinya tanpa perlu

membawa peralatan pembelajaran yang digunakan di tempat lain. Secara

amnya, mereka mudah untuk berubah dari satu laman web ke laman web yang

lain tanpa perlu membayar kos ‘pengangkutan’ yang maksimum.

Page 99: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

99

ii. Penilaian secara rawak dan tidak terikat dengan tertib untuk menggunakan

sistem. Bermaksud, sesiapa sahaja yang mengikuti kelas secara on-line bebas

untuk mengikuti kelas berkenaan di mana sahaja asalkan tempat yang ingin

digunakan itu dilengkapi dengan kemudahan internet.

Ramai pelajar percaya bahawa kaedah pembelajaran yang terbaik berlaku apabila wujudnya

interaksi secara langsung pelajar dengan pensyarah di dalam dewan kuliah. Perkara ini

melibatkan aktiviti kedua-dua pihak iaitu pengajar dengan pelajar itu sendiri. Walau

bagaimanapun, persepsi ini haruslah diubah agar kita tidak ketinggalan dengan arus

perkembangan teknologi yang melanda bidang pendidikan khususnya. Perubahan daripada

kaedah konvensional kepada kaedah baru harus bermula dengan segera. Walau

bagaimanapun, menurut Morgan (2001), interaksi di dalam bilik darjah iaitu interaksi dua

hala juga penting kerana ia merupakan satu elemen yang berharga dalam proses pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas. Terdapat waktu di mana penting untuk mengumpulkan para

pelajar di dalam satu kelompok yang sama supaya mereka dapat kenal dan saling bertukar-

tukar pandangan antara satu sama lain. Dengan ini, pembelajaran secara holistik dapat

dipraktikkan dengan berkesan di mana mereka dapat belajar secara terus atau secara

langsung.

Peningkatan dalam penggunaan komputer dan kemahiran ICT boleh menjadi pemangkin

kepada pembentukan persekitaran pembelajaran elektronik atau e-pembelajaran.

Perkembangan yang pesat dan integrasi kepada keperluan tenaga kerja mahir terutamanya di

dalam bidang ICT adalah disebabkan oleh kemajuan di dalam bidang pendidikan. Usaha

untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan Pendidikan akan menjadi

reality dengan usaha menjadikan sistem e-pembelajaran sebagai sebahagian daripada elemen

kecemerlangan tersebut.

2.1 Kaedah Pembelajaran Menggunakan Sistem e-Pembelajaran

Secara umumnya, kaedah penyampaian (delivery system) menggunakan sistem e-

pembelajaran dapat dibahagikan kepada dua kaedah iaitu komunikasi satu hala dan

komunikasi dua hala (Tafiardi, 2005). Komunikasi atau interaksi antara guru dan murid

memang sebaiknya melalui sistem dua hala. Dalam teknologi e-pembelajaran, ia juga boleh

diklasifikasikan sebagai kominikasi dua arah dengan pentafsiran yang berbeza iaitu:

i. Dilaksanakan secara langsung iaitu pensyarah memberi penerangan secara

langsung kepada pelajar mendengarnya secara atas talian.

ii. Dilaksanakan secara tidak langsung seperti menggunakan platform atas talian

seperti sistem Blackboard, Yahoo Group dan sebagainya.

Menurut Tafiardi lagi, terdapat beberapa karekteristik bagi sistem e-pembelajaran iaitu:

i. Menggunakan teknologi atas talian. Pensyarah dengan pelajar, pelajar dengan

pelajar atau pensyarah dengan pensyarah dapat berkomunikasi dengan mudah

tanpa dibatasi halangan atau kekangan.

ii. Memanfaatkan teknologi komputer (multimedia dan rangkaian komputer).

iii. Menggunakan bahan-bahan atau material yang bersifat kendiri (self-learning

material) yang boleh diakses oleh pensyarah dan pelajar pada bila-bila masa.

Page 100: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

100

iv. Memanfaatkan sistem e-pembelajaran untuk membangunkan kurikulum,

prestasi kemajuan pelajar serta perkara-perkara yang berkaitan dengan

pengurusan pendidikan.

Sistem e-pembelajaran sememangnya berkait rapat dengan internet. Penggunaan sistem e-

pembelajaran yang optimum dapat mempengaruhi tugas pensyarah dalam proses P&P. pada

zaman dahulu, proses pembelajaran didominasi oleh guru atau pensyarah atau dikenali

sebagai pembelajaran berasaskan guru, kini proses P&P banyak didominasi oleh peranan

guru dan buku (the era of teacher and book) dan pada masa akan datang, proses P&P akan

didoninasi oleh peranan guru, buku dan teknologi (the era of teacher, book and technology).

Selaras dengan perkembangan teknologi dalam pendidikan, pensyarah seharusnya

menyiapkan diri dengan segala kemahiran ICT agar dapat bersaing seiring dengan

perkembangan teknologi.

2.2 Kebaikan dan Kelemahan Sistem e-Pembelajaran

Penggunaan sistem e-pembelajaran yang efektif dapat mewujudkan suasana pembelajaran

yang menggalakkan pelajar lebih berinovatif dan kreatif. Selain daripada penyediaan bahan-

bahan nota dan latihan melalui, pensyarah turut dapat menggalakkan pelajar mencari ilmu,

melibatkan diri dalam perbincangan akademik serta menyumbang ilmu dalam dunia siber.

Kaedah ini akan menghasilkan bukan sahaja pelajar yang akan menjadi pekerja berilmu dan

cerdik ICT tetapi juga berdikari dan berani menghadapi sebarang cabaran dalam dunia era

informasi komunikasi kini. Sesi pembelajaran yang tidak mengenal sempadan ini merupakan

pembelajaran yang boleh mendedahkan seseorang kepada lebih banyak pengetahuan. Ia turut

menggalakkan persaingan dalam membentuk individu yang berintelektual tinggi.

Menurut Broadbent (2003), terdapat tujuh kebaikan e-pembelajaran kepada pensyarah.

Berikut disenaraikan kebaikan yang diperolehi kepada pensyarah iaitu:

i. Sistem e-pembelajaran membolehkan pensyarah membangunkan bahan-bahan

menggunakan sumber World Wide Web.

ii. Membenarkan pensyarah untuk menghubungkan maklumat dalam bentuk

yang lebih menarik berbanding dengan berasaskan teks sahaja.

iii. Memudahkan pensyarah untuk mendapatkan maklumat pada bila-bila masa

dan tempat.

iv. Membenarkan pensyarah mempakej maklumat-maklumat yang penting untuk

membolehkan pelajar mendapatkannya.

v. Menyimpan rekod bagi perbincangan dan membernarkan rujukan semula

melalui penggunaan aliran perbincangan pada papan bulletin.

vi. Menghasilkan lebih banyak kepuasan bagi pelajar melalui kualiti pencapaian

pelajar.

vii. Mengurangkan kos perjalanan dan penginapan yang berkaitan dengan progam

latihan.

Walau bagaimanapun, penggunaan sistem e-pembelajaran tidak terlepas daripada pelbagai

kekurangan dan kelemahan. Antara kekurangannya ialah:

i. Kurangnya interaksi antara pensyarah dengan pelajar. Kurang interaksi boleh

menyebabkan penyerapan nilai positif yang kurang dalam proses P&P.

Page 101: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

101

ii. Kecenderungan mengabaikan aspek akademik dan sosial sebaliknya

cenderung ke arah aspek perniagaan.

iii. Proses P&P cenderung kepada latihan bukannya pendidikan.

iv. Pelajar yang tidak bermotivasi tinggi cenderung gagal.

v. Kemudahan infrastruktur internet yang tidak meluas.

vi. Kurangnya tenaga pakar dalam bidang ICT.

2.3 Kesediaan Pensyarah Dalam e-Pembelajaran

Tenaga akademik yang sibuk dengan beban tugas dalam bidang masing-masing sukar

mencari masa untuk mendalami teknolog e-pembelajaran yang sentiasa berubah dengan

pantas. Tambahan pula pengubahsuaian dan rekabentuk semula kandungan silibus yang

diajar untuk disesuakan dengan kaedah baru memerlukan masa, usaha dan komitmen yang

banyak daripada pensyarah. Kaedah pembelajaran secara elektronik biasanya memerlukan

penggunaan teknologi multimedia dan ini memaksa pensyarah menstruktur dan mereka

bentuk semula silibus supaya aspek visual, audio, video dan animasi berkesinambungan dan

dapat menarik perhatian serta kefahaman peljar mengikuti kuliah. Kebanyakan pensyarah

telah selesa dengan kaedah pengajaran yang sedia ada sukar untuk menerima perubahan dan

mempelajari kemahiran penyampaian pengetahuan dalam bentuk yang baru. Faktor ini

berkemungkinan disebabkan oleh teknologi baru tersebut yang asing kepada mereka (Rosmah

et.al,2001).

Kesediaan pensyarah untuk menggunakan sistem e-pembelajaran sebagai sebahagian

daripada proses P&P juga harus disulami dengan kursus dan latihan yang diberikan oleh

institusi. Menurut Norasikin et.al (2006), salah satu objektif latihan ialah mengubah sikap

individu terhadap sesuatu yang dianggap baru. Dalam konteks ini, sistem e-pembelajaran

akan dianggap sebagai sesuatu perkara yang baru. Dengan latihan dan kursus yang diberikan,

secara tidak langsung penggunaan sistem e-pembelajaran akan dianggap sebagai sesuatu

perkara yang baru. Dengan latihan dan kursus yang diberikan, secara tidak langsung

penggunaan sistem e-pembelajaran dapat ditingkatkan hasil latihan yang diberikan.

Pendedahan yang diberikan secara meluas dalam bentuk latihan dan kursus kemahiran dapat

membiasakan pensyarah dengan sistem e-pembelajaran yang disediakan oleh pihak institusi.

2.4 Kekangan Dalam Penggunaan Sistem e-Pembelajaran

Keinginan untuk melakukan perubahan cara mengajar daripada kaedah konvensional kepada

penggunaan e-pembelajaran di kalangan pensyarah dilihat menjadi faktor kepada

perlaksanaan penggunaan e-pembelajaran yang optimum. Sikap untuk melakukan perubahan

dilihat sangat sukar dilaksanakan memandangkan bebanan tugas dan kekangan masa

pensyarah dengan komitmen dan tugas-tugas lain selain daripada proses P&P. Menurut kajian

yang dilakukan di University of Tartu pada tahun 2005, seorang pensyarah seharusnya

memperuntukkan sekurang-kurangnya sembilam jam seminggu untuk tujuan pengajaran dan

pembelajaran. Manakala bagi setiap jam kuliah, masa bagi membuat persediaan mengajar

adalah sekurang-kurangnya tiga jam. Walau bagaimanapun, terdapat tugas-tugas sampingan

yang mengganggu tugas pensyarah untuk proses pengajaran dan pembelajaran seperti

khidmat masyarakat, tugas-tugas pentadbiran, penyelidikan dan tugas penyeliaan pelajar.

Menurut Beverly (2000), perubahan daripada menggunakan kaedah konvensional iaitu

pengajaran secara bersemuka (face to face) kepada kaedah terkini iaitu pengajaran berasaskan

web atau e-pembelajaran memerlukan komitmen yang tinggi atau cabaran yang besar kepada

Page 102: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

102

pensyarah. Pendapat ini disokong oleh Rosmah et al. (2001), dengan menyatakan bahawa

kebanyakan tenaga pengajar lebih selesa dengan kaedah pengajaran yang sedia ada dan sukar

untuk menerima perubahan dan mempelajari kemahiran penyampaian pengetahuan dalam

bentuk baru. Ini berkemungkinan disebabkan oleh teknologi baru tersebut adalah asing

kepada mereka.

Tambah menyukarkan lagi keadaan, proses pengubahsuaian dan rekabentuk semula

kandungan silibus dan matapelajaran yang diajar untuk disesuaikan dengan kaedah baru

memerlukan masa, usaha dan komitmen yang banyak daripada pensyarah. Kaedah e-

pembelajaran biasanya memerlukan penggunaan teknologi multimedia dan ini memaksa

pensyarah mereka bentuk dan menstruktur semula silibus atau mata pelajaran yang diajar

supaya aspek visual dan animasi dapat menarik perhatian serta kefahaman pelajar.

Di samping itu, pensyarah juga dilihat kurang diberi latihan dan kursus pendedahan tentang

penggunaan sistem e-pembelajaran bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Perkembangan teknologi yang pesat memerlukan institusi akademik membuat persediaan dari

segi pengetahuan, kemahiran dan kepakaran berkaitan dengan perlaksanaan sistem e-

pembelajaran. Tambahan pula, literasi mengenai tele-pendidikan yang menggunakan internet

sangat penting untuk diketahui oleh pensyarah di sesebuah institusi. Memandangkan

pensyarah merupakan komponen terpenting dalam mengaplikasikan sistem e-pembelajaran di

sesebuah institusi, maka wajarlah pensyarah diberi latihan dan pendedahan yang cukup

berkaitan dengan sistem e-pembelajaran.

3.0 RUMUSAN

Penggunaan sistem e-pembelajaran pada masa kini mula berkembang dengan pesat seiring

dengan kemajuan negara. Penggunaannya yang semakin optimum di universiti dan institusi

pengajian tinggi dilihat banyak memberi implikasi positif dalam proses P&P. terpulang

kepada individu itu sendiri dalam menyediakan diri daripada pelbagai aspek bagi memastikan

mereka tidak jauh ketinggalan dengan arus kemajuan dan perkembangan teknologi dalam

bidang pendidikan khususnya. Kesediaan pensyarah untuk menyediakan diri dalam

menggunakan sistem e-pembelajaran dalam proses P&P amatlah diharapkan bagi

memastikan perlaksanaan e-pembelajaran berkesan dan mencapai objektifnya.

4.0 RUJUKAN

A Gunasekaran, Ronald D. Mcneil, Dennis Shaul (2002). : E-Learning: Research and

Applications.”Journal of Industrial and Commercial Training, Vol.34.2.

Ahmad Faizal Mohamad (2005). “Penggunaan Sistem embelajaran Blackboard dalam

Pengajaran Di Kalangan Pensyarah KUITTHO.” Kolej Universiti Teknologi Tun

Hussein Onn: Tesis Sarjana

Annil Aggarwal (2000). “Web – Based Learning And Teaching Technologies:

Opportunities.” London: Idea Group Publishing

Baharuddin Aris, Noraffandy Yahaya, Jamaluddin Haji Harun dan Zaidatun Tasir, (2000).

Teknologi Pendidikan: Siri Modul Pembelajaran, Skudai, Johor : Universiti Teknologi

Malaysia.

Beverly Abey (2000). “Instructional and Cognitive Impacts Of Web-Based Educational.”

London Idea Group Publishing.

Page 103: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

103

Broadbent, B (2003), “Championing E-Learning”.Dilayari pada 23 August 2006 di World

Wide Web :http://www.e-learninghub.com/articles/learning management system.html

Drs Tafiardi (2005). “Meningkatkan Mutu Pendidikan Melalui E-Learning.” Universitas

Negeri Jakarta, Jurnal Pendidikan Penabur, No.4 / Th IV.

Gareth Morgan (2001).” Thirteen “Must ask” Questions About e-Learning Products and

Services.” Journal of Learning Organization. Vol 8(5). 203-210

Heather Shea-Shultz dan Forgarty (2002). “Online Learning Today: Strategies that work.”

San Francisco : Bernet-Koehler Publisher, Inc.

Ian Roffe (2002). “E-Learning Engagement, Enhancement, and Execution.” Journal of

Quality Assurannce in Education. Vol 10 (1). 40-50

Marguerita Mcvay Lynch (2002). “ The Online Educator: A Guide To Creating The Vitual

Classroom.” London and New York: Routledge Falmer.

Mohd Najib Abdul Ghaffar (1999).” Penyelidikan Pendidikan. “ Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai, Johor

Nik Azis Nik Pa (1999). “Potensi Intelek (Edisi 2).” Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norizah Taib, Zanariah Mahyun (2002). “E-Pembelajaran Dalam Pendidikan Teknikal: Satu

Tinjauan.” Jurnal Pendidikan Guru.

Norasikin Fabil, Haslina Hassan, Masitoh Hashim, Ramlah Mailok, Zawawi Ismail, Chia Sen

Chun (2006). “Latihan “Information Communication Technology’ (ICT): Sumbangan

dalam Peningkatan Profesionalisme Perguruan.” Dilayari pada 28 Januari 2007 di

World Wide Web: http://www.malaysia.net/people/rkho/pdf/morasikinUPSI.pdf

Ranjit Kaur, Siok Chua Lay (2002). “ Tinjauan Penggunaan Internet Di Kalangan Guru

Pelatih Institusi Bahasa Melayu Malaysia (IBMM) Ke Arah Pembelajaran Elektronik.”

Dilayari pada 13 Januari 2007 di World Wide

Web:http://www.malaysia.net/people/rkho/pdf/ranjit/PDF

Rohana Yusuf (2003). “ Penyelidikan Sains Sosial. (1st Ed.).” Pahang:PTS Publications &

Distributor Sdn Bhd.

Rosmah bt. Mat Isa, Rashidah bt. Arshad, Nor Liza bt. Abdullah, Rohayu bt. Abdul Ghani,

(2001). “ E-Pembelajaran: Isu dan Cabaran Pelaksanaan Di Malaysia.” Selangor,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sabitha Marican (2005).” Kaedah Penyelidikan Sains Sosial.” Kuala Lumpur: Prentice Hall.

Shirley Alexander (2001). “E-Learning developments and experiences.” Journal of Education

and Training, Vol. 43(4/5). 240-248.

Smyth, J. (1987). “Educating teachers changing the nature pedagogical knowledge.” London

: The Falmer Press.

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (1993).” Wawasan Pendidikan : Agenda Pengisian .” Kuala

Lumpur: Nurin Interprise.

Wai – Ching Poon, Kevin Lock-Teng Low, David Gun-Fie Yong (2004).” A Study of Web

Based Learning (WBL) Environment in Malaysia.” Journal of Educational

Management, Vol.18(6). 347-385.

Page 104: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

104

BAGAIMANA MENARIK MINAT PELAJAR CEMERLANG MENJADI

PEMBIMBING RAKAN TUTOR BAGI KURSUS PERAKAUNAN AWALAN

Mohd Shah Yunus

Mobil Sahran

Muhammad Nazri Abd Halim

Sharifah Hajiah Wan Man

Jabatan Perdagangan

Politeknik Kuching Sarawak

ABSTRAK

Kertas ini adalah suatu perancangan bertujuan melihat kaedah untuk menarik minat pelajar

cemerlang kursus perakaunan awalan bagi menyertai program rakan tutor anjuran Jabatan

Perdagangan di Polteknik Kuching Sarawak. Kajian ini akan menjadikan pelajar cemerlang

sebagai focus group untuk mengkaji tentang minat mereka menjadi pembimbing dalam

program rakan tutor.

1.0 PENGENALAN.

Perakaunan awalan adalah merupakan satu kursus yang wajib diambil oleh setiap pelajar di

Jabatan Perdagangan, Politeknik Kuching Sarawak. Ia juga merupakan salah satu kursus teras

dalam sukatan kursus Diploma Akauntansi, Diploma Pengajian Perniagaan, Sijil Pengajian

Perniagaan dan Sijil Penyimpanan Kira. Kursus Perakaunan Awalan wajib diambil pada

semester satu dan mengikut laporan peperiksaan setiap semester ia merupakan salah satu

kursus yang mencatatkan peratusan kegagalan paling tinggi di Jabatan Perdagangan. Masalah

ini berlaku disebabkan kebanyakan pelajar lepasan sekolah yang mendaftar di politeknik

tidak mempunyai asas dalam perakaunan awalan. Kursus perakaunan adalah merupakan

subjek yang penting seperti yang telah ditegaskan oleh Suhaida Abdul Kadir et al. (2006), di

mana pendidikan perakaunan seharusnya diberi tumpuan dan galakan terhadap pelajar supaya

cemerlang dalam aspek perakaunan kerana ia banyak memberi sumbangan kepada

pembangunan ekonomi negara. Sehubungan dengan itu, mata pelajaran perakaunan dianggap

sebagai satu mata pelajaran yang sukar dan hanya pelajar pandai sahaja yang dapat

mengikutinya.

Berikutan daripada ini, Jabatan Perdagangan dengan kerjasama Unit Kaunseling Politeknik

Kuching Sarawak telah memperkenalkan Program Rakan Tutor pada Julai 2006. Tujuan

program ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar untuk memahami dan

mengulangkaji kursus perakaunan awalan. Program ini dijalankan oleh pembimbing yang

secara sukarela menjadi rakan tutor kepada pelajar yang mengambil kursus berkenaan.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Setelah hampir empat tahun perlaksanaannya, Program Rakan Tutor masih belum berkesan

meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir bagi kursus perakaunan awalan.

Ini kerana kursus yang ditawarkan di IPT sering dikaitkan dengan bebanan kerja yang berat,

Page 105: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

105

masa pertemuan yang panjang, bahan kursus yang banyak dan kurang pilihan terhadap

kursus. Selain itu, keadaan semulajadi bidang ini yang terlalu teknikal dan mementingkan

format serta prosedur boleh menyebabkan pelajar yang baru mengenal perakaunan berasa

terancam (Rohaila Yusof et al., 2007). Walaubagaimanapun, pelbagai usaha telah dilakukan

bagi memastikan semua pelajar dapat menguasai subjek perakaunan. Antaranya ialah dengan

menubuhkan Program Rakan Tutor. Tetapi malangnya program tersebut tidak berjalan lancar

seperti yang telah dirancang. Antara beberapa sebab yang dapat dikenalpasti adalah pelajar

kurang berminat untuk menjadi peserta dan juga menjadi pembimbing kursus atau rakan tutor

dalam program tersebut. Bilangan penyertaan pelajar menjadi semakin berkurangan pada

setiap semester dan pada sesi Julai 2009, program ini langsung tidak mendapat sambutan

daripada pelajar.

3.0 PERSOALAN KAJIAN

i. Mengapa pelajar cemerlang tidak berminat untuk menjadi pembimbing atau rakan

tutor?

ii. Bagaimanakah untuk menarik minat pelajar cemerlang untuk menjadi

pembimbing rakan tutor?

4.0 KAJIAN LEPAS

Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku hasil daripada pengalaman. Pengalaman

seseorang hasil daripada pengolahan pemikiran ke atas rangsangan-rangsangan yang diterima

melalui pancainderanya Atan Long (1980) di dalam Yusifa Mohd Yusof (2005). Dengan itu

ia bersesuaian bagaimana pelajar dapat menerima sesuatu pembelajaran tersebut seperti yang

di nyatakan oleh Keefe (1991), iaitu teori-teori pembelajaran ini memperlihatkan bahawa

pembelajaran adalah bersifat kognitif, afektif dan tingkahlaku psikologi yang relatif stabil

sebagai petunjuk bagaimana pelajar melihat, berinteraksi dan bertindak balas kepada suasana

pembelajaran.

Persepsi negatif pelajar terhadap subjek perakaunan telah menyebabkan kegagalan yang besar

dalam subjek tersebut. Keadaan ini telah dibukti oleh Knechel et al. (1994) di dalam Rohaila

Yusof et al. (2007), pelajar dari bidang pengurusan perniagaan mendapati kursus pengantar

perakaunan sebagai kursus yang tidak disenangi dan terpaksa diharungi sebagai kursus wajib.

Kebosanan terhadap proses membaca urusniaga berulang kali, kebosanan terhadap gaya

pengajaran pensyarah dan kekecewaan kerana gagal melihat kepentingan ilmu perakaunan

bagi pelajar bukan pengkhususan perakaunan ditambah pula dengan kursus perakaunan ini

sebagai kursus yang banyak melibatkan format bernombor adalah penyebab utama mengapa

pelajar tidak berminat dengan pendidikan perakaunan dan gagal di dalam peperikasaan.

Selain itu, starategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama digunakan di dalam

pendidikan perakaunan sehinggalah ke hari ini terdiri daripada pengajaran secara kuliah, latih

tubi dan demonstrasi penyelesaian masalah oleh guru serta hanya berpusatkan guru semata-

mata sangat membosankan dan tidak menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran

tersebut (Beegle & Coffee, 1991; Emore & Cress, 1989 di dalam Suhaida Abd kadir et al.

(2006).

Page 106: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

106

Kelas bimbingan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pencapaian pelajar

dan sesuatu mata pelajaran. Seperti hasil kajian yang diperolehi dari

www.kmpk.matrik.edu.my, menunjukkan bahawa pencapaian pelajar telah menunjukkan

peningkatan yang sangat ketara. Perubahan ini dapat dilihat apabila para pelajar menjadi

lebih bersemangat untuk belajar, lebih berkeyakinan dan mampu menyelesaikan masalah

tindak balas kimia dengan betul. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kelas bimbingan

kimia dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam mekanisma tindak balas kimia.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang akan dilaksanakan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat daripada pelajar

cemerlang mengenai maklumbalas mereka terhadap Program Rakan Tutor. Kajian ini juga

bertujuan untuk mencari bentuk ganjaran atau kemudahan yang diberikan kepada pelajar

cemerlang dan samada ia dapat menarik minat mereka untuk menjadi pembimbing atau rakan

tutor tersebut.

Antara objektif kajian ini adalah:

i. Mengenal pasti punca pelajar cemerlang tidak mahu terlibat dengan Program

Rakan Tutor.

ii. Mengenal pasti kaedah untuk menarik minat pelajar cemerlang agar menyertai

Program Rakan Tutor.

iii. Menambah baik aktiviti program rakan tutor yang sedia ada.

6.0 KEPENTINGAN KAJIAN

6.1 Kepada pembimbing atau rakan tutor.

i. Memberikan kesedaran kepada pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang

untuk berkongsi ilmu dengan pelajar-pelajar yang mengambil kursus perakaunan

awalan.

ii. Memupuk semangat saling bantu-membantu sesama rakan dan membantu rakan-

rakan untuk memahami dengan lebih lanjut tentang apa yang telah mereka pelajari

sewaktu kuliah.

6.2 Kepada pihak jabatan

i. Memberikan maklumat kepada Unit Kaunseling dan pihak jabatan tentang bertapa

pentingnya peranan pembimbing atau rakan tutor dalam menjayakan program

rakan tutor.

ii. Memberikan cadangan kepada pihak jabatan agar memberikan sedikit ganjaran

untuk menghargai jasa yang dimainkan oleh pembimbing atau rakan tutor.

iii. Memberikan maklumat atau cara untuk menarik minat pelajar terhadap program

rakan tutor.

Page 107: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

107

6.4 Kepada Politeknik

i. Memberikan gambaran tentang pentingnya langkah-langkah dan cara untuk

meningkatkan lagi keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

ii. Agar Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) mengambil

kira tentang perlunya diadakan kursus, bengkel dan latihan dalaman secara

intensif untuk guru-guru pemulihan bagi menyediakan kemahiran dan

pengetahuan dalam menyedia, mengendalikan serta menggunakan bahan bantu

mengajar dalam setiap aktiviti pembacaan dalam kelas pemulihan.

7.0 METODOLOGI KAJIAN

7.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini adalah kajian tindakan yang bertujuan menarik minat pelajar cemerlang untuk

menjadi menjadi pembimbing atau rakan tutor. Selain itu ia bertujuan untuk melaporkan

sebarang makluman yang diperolehi daripada soal selidik yang ditujukan kepada 82 orang

pelajar senior yang cemerlang dalam kursus perakaunan di Jabatan Perdagangan, Politeknik

Kuching Sarawak.

Sebarang maklumbalas daripada pelajar cemerlang mengenai program ini sangat penting

dalam meneruskan program rakan tutor ini.

7.2 Peserta

Pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam

kursus Perakaunan Awalan. Mereka dipilih berdasarkan kepada keputusan peperiksaan

mereka bagi kursus Perakaunan Awalan yang pernah diduduki oleh mereka. Rekod atau data

pelajar berkenaan diambil daripada Unit Peperiksaan, Politeknik Kuching Sarawak.

7.3 Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu melalui ceramah motivasi dan borang soal

selidik. Ceramah motivasi sangat berkesan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya

menjadi pembimbing atau rakan tutor serta menarik minat mereka untuk menyertai program

tersebut. Borang soal selidik adalah lebih sesuai digunakan untuk mendapatkan data yang

lebih tepat, di samping itu juga pelajar dapat menjawab soalan dalam keadaan yang tenang

tanpa adanya unsur-unsur tekanan. Ianya juga sesuai digunakan kerana ia ia membolehkan

pelajar berfikir sejenak sebelum menjawab soalan.

7.4 Analisis Data

Semua borang soal selidik akan diproses menggunakan sistem komputer SPSS dan akan

dianalisa dalam bentuk jadual dan peratusan. Hasil dapatan akan dibincangkan dan akan

dikemukakan kepada jabatan beserta dengan cadangan-cadangan yang difikirkan sesuai.

Page 108: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

108

8.0 RUMUSAN

Berdasarkan dapatan daripada ke tiga-tiga objektif di atas rumusan akan dibuat setelah data-

data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah-kaedah yang disebutkan diatas. Apa

yang perlu dibincangkan di dalam kajian ini adalah usaha-usaha untuk menambahbaik

program rakan tutor ini setelah mengenalpasti punca-punca keengganan pelajar cemerlang

untuk terlibat sama di dalam program ini. Segala cadangan akan diambilkira dan diajukan

kepada pihak atasan bagi memastikan program ini terus berjalan dengan lancar di masa-masa

akan datang.

9.0 RUJUKAN

Laman web http://www.sabah.edu.my

Norhani Bakri, Noor Zainab Abd. Razak, Hamidah Ab. Rahman (K) & Aminah Hj Ahmad

Khalid, Punca Prestasi Pembelajaran Yang Lemah Di Kalangan Pelajar Fakulti

Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia, Jurnal Teknologi, 43(E) Dis. 2005:

29–44 © Universiti Teknologi Malaysia Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

Rohaila Yusof, Faridah Karim & Norasmah Othman, Kesan Strategi Pembelajaran

Pengalaman Terhadap Pembangunan Kompetensi: Perspektif Pendidikan Perakaunan,

Jurnal Teknologi, 46(E) Jun 2007: 1.26 © Universiti Teknologi Malaysia

Suhaida Abdul Kadir, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Noran Fauziah Yaakub, Habibah Elias

Rohani, Ahmad Tarmizi, Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 37, Kesan

Strategi Pembelajaran Koperatif Terhadap Prestasi Pelajar Dalampendidikan

Perakaunan, Universiti Putra Malaysia.

Unit Peperiksaan, Politeknik Kuching Sarawak

Yufiza Mohd Yusof, (2005) Gaya Pembelajaran Dan Hubungannya Dengan Pencapaian

Pelajar Perakaunan Kolej Matrikulasi Perak.

Page 109: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

109

SECOND LANGUAGE WRITING ANXIETY

Catherine Nguoi Chui Lam General Studies Department

Mukah Polytechnic of Sarawak

ABSTRACT

More often than not, people overlook the impact of inherent apprehension of the writers in

approaching a writing task due to the complex nature of the writing process. However, the

abundance of studies on writing recently has suggested writing anxiety as one of the

influential affective filters in the writing process. Thus, in view of the heavy emphasis of

writing element in English modules, this study has been initiated, with the aim to explore the

construct from three different aspects, i.e the level of writing anxiety, factors leading to

writing anxiety as well as the difficulties faced by students when approaching a writing task

in the hope that the findings from this study would help the students to overcome their fears

in writing and ultimately promote language learning in the formal educational setting.

1.0 BACKGROUND OF THE STUDY

Second language acquisition has been widely explored in the last few decades, resulting in a

difficulty to tease out a definite factor contributing to the difficulties in learning the target

language. A shift of the recent research focus from educators to learners however unearthed

the significance of affective variables in the learning process. Out of which, anxiety had been

identified as one of the promising factors which would impede the process of language

learning and thus impact on the academic achievement.

Academic writing has long posed a threat to the learners in the academic field. Nonetheless,

writing is increasingly gaining its prominence especially at the tertiary level of education due

to the social needs that it is expected to satisfy. Therefore, in view of the growing importance

of technical writing in polytechnic, educators could not afford even the slightest means of

negligence on this matter. The accumulated evidence on writing anxiety has eventually

stimulated my interest to do a study on this topic.

Putting aside the command of the language, writing is in reality a very complex process due

to the nature of the productive skills involved. Writing could be described as an attempt to

translate one’s thoughts into words as the output. A piece of writing is thus more often than

not, the end-result of one’s cognition and as a less rewarding activity; writing is heavily

dependent on learners’ factors. Therefore, the significance of affective filters cannot be

overlooked in exploring the writing process.

A review on the literature thus discovered that a lot of research has been conducted on

writing anxiety, one of the affective variables identified to have an impact on the writing

process (Daly, Vangelisti, & Witte, 1988, as in Daisey, 2009). As such, this study is

interested to explore how this particular affective variable would affect the writing process of

the learners so as to come out with any possible solution to rectify the situation. Thus, it is

Page 110: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

110

deemed that this study would have a potential implication on the English teaching and

learning process in the future.

1.1 Research Questions

i. What is the level of writing anxiety of the target group?

ii. What are the difficulties faced by the target group when they are doing the writing

tasks?

iii. What are the factors generating the writing anxiety of the target group?

1.2 Definition of terms

The terms related to this study are defined as follows:

i. Second language learning

In the context of this study, second language learning refers to the learning of

English, whereby this language is predominantly described as the second language

in this society though in reality, English is not necessarily the second language of

the community. As for the target group of this study, English is never their second

language either. This multilingual community has English as their third or even

the fourth language.

ii. Writing anxiety

Writing anxiety is defined as a “fear of the writing process that outweighs the

projected gain from the ability to write” (Thompson, 1980, p.121, as in Kurt &

Atay, 2007). In other words, it is a construct that characterizes if a person will

undertake or shun writing (Daly, Vangelisti, & Witte, 1988, as in Daisey, 2009).

Writing anxiety is thus considered as an influential affective filter which would

forbid a person from approaching the writing task if it amounts to a certain level.

The level of writing anxiety would thus determine whether a person would

ultimately undertake the writing task or avoid themselves from being involved in

the process. The latter normally has a discouraged experience when it comes to

writing task which ultimately leads him to despise writing. ‘Writing anxiety’ and

‘writing apprehension’ may be used interchangeably because there is no clear-cut

differentiation in their definitions.

2.0 LITERATURE REVIEW

2.1 Second Language Learning

Second language learning is affected by a number of interrelated factors, such as the nature of

linguistic input, learners’ factors and situational factors. A good understanding of the learners

would thus help the educators to tailor the linguistic input according to the needs of the

learners so as to enhance the effectiveness of a learning process. In exploring the learners’

factors in relation to second language learning, learners’ age, aptitude, motivation,

personality, cognitive styles as well as the affective variables come into the existence. These

factors would ultimately determine the extent to which a learner can excel in the second

Page 111: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

111

language learning. Since the focus of this study is on affective variables, this topic would be

further discussed in the next paragraph.

2.1.1 Affective variables

According to Krashen and Terrell (1987), second language acquisition is affected by affective

filters, i.e writers’ emotional state and attitudes towards the writing task (as in Richards &

Rodgers, 2001). Three main affective variables have been identified, namely learners’

motivation, their self confidence and anxiety. Learners with a low affective filter tend to

excel in second language acquisition while those with a high affective filter appear to be

lagging behind of the former group. Thus, in order to help the learners with a high affective

filter as to acquire the target language successfully, learning activities should be designed in a

way that could reduce the level of their affective filter.

2.2 Language anxiety

Second language learning and language anxiety have long been researched by the researchers

in the field (MacIntyre, & Gardner, 1991, as in Kondo, 2006). Several studies conducted by

MacIntyre and Gardner (1991) revealed a high correlation between the two variables (as in

Kondo, 2006), suggesting language anxiety as one of the predictors of one’s success in the

language learning. However, Kondo’s findings on the relationship between language anxiety

and proficiency suggested a new angle to the phenomenon whereby speaking anxiety has

been revealed as a poor indicator of the proficiency. That is, speakers with high proficiency

level do not necessarily suffer from an insignificant level of speaking anxiety. Thus,

educators should not overlook the impact of language anxiety on students with high language

proficiency as well.

According to MacIntyre, & Gardner (1991), there are generally two types of anxiety, namely

trait anxiety and situation-specific anxiety. Trait anxiety refers to the establishment of

anxious feeling in any situation whereby the latter would only be experienced at a given

context, i.e at a particular time and situation. Communication apprehension, test of anxiety

and fear of negative evaluation are three categories summing up the concept of language

anxiety (Horwitz, et al., 1986, as in Kondo, 2006).

2.2.1 Factors generating writing anxiety

A review on the studies done on writing anxiety discovered that some of the findings

contradict one another, with a variety of factors claimed to be the main factors leading to

writing anxiety. Generally, these factors could be divided into three main categories, i.e

learners-related factors, instructor-related factors and task-related factors.

Learners-related factors differ across individuals, due to the fact that as a unique entity on its

own right, each individual approaches writing task in a different way and would thus has a

different writing experience. The findings from the study conducted by Nor Shidrah Mat

Daud, Nuraihan Mat Daud & Noor Lide Abu Kassim (2003) revealed that low level of

language proficiency is a crucial factor affecting the writing process. It further claimed that

poor performance was the cause for writing anxiety and not vice-versa. In other words,

writing anxiety is stemmed from the low level of learners’ language proficiency. Thus, it is

suggested that learners with low level of language proficiency would be very much affected

Page 112: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

112

by writing anxiety in the writing process as compared to those who excel in the language

study.

On the other hand, Madigan, Linton, and Johnston (1996) suggested that writer’s negative

self-talk as partly responsible for writing anxiety rather than his or her writing ability (as in

Daisey, 2009). Contradictorily, writers’ language proficiency is not considered as an

influential factor in this context. To conclude, regardless of the language proficiency, writers

with high language proficiency level would also be affected by writing anxiety in the process

of writing if they have a relatively low level of self-confidence.

Besides, learners’ past writing experiences has also been identified as one of the main factors

generating anxiety among the learners with high level of writing anxiety (Atay & Kurt,

2006). On the other hand, Clark (2003) suggested that students’ negative perception towards

writing and their lack of confidence in writing as potential factors leading to learner’ anxiety

in writing.

Instructor-related factor has also been identified as one of the main factors contributing to

learners’ writing anxiety. For example, a result-oriented instructor who puts a heavy

emphasis on the evaluation and grades of the writing task would end up increasing the level

of writing anxiety of the learners indirectly. (ibid).

Task-related factors, such as time limit, physical setting, and the writing topic itself are also

suggested to be the potential factors leading to writing anxiety (ibid). Findings from the study

conducted by Atay & Kurt (2006) revealed that learners with low level of writing anxiety

tend to be affected primarily by task-related factors, i.e time limit and exams as compared to

those with high level of writing anxiety. The latter would be mostly affected by learners-

related factors and instructors-related factors.

2.2.2 Ways to overcome writing anxiety

Daisey (2009) conducted a study to explore ways to reduce the writing apprehension faced by

Secondary Preservice Teachers across different subject areas. The introduction of “how-to”

book in order to serve the purpose has been proven a success when the book has effectively

sparked off the interest lying deep inside the writers and enhanced learners’ retention on the

knowledge imparted.

The study further validated the claim that activities promoting learners’ autonomy would

enhance the learning process. When the learners are given more freedom and decision-

making power, as in practicing their own choice and creativity in the writing tasks, their

writing anxiety can be substantially decreased. This information is tremendously helpful for

the educators to design writing task in the future.

Three methods of writing a “how-to” book are suggested by Daisey (2009). First, the task

involved must tell the readers ‘how not to do something’, in a humorous way. Since the focus

here is not on the content, the learners’ worry to deliver wrong message is thus relinquished.

The second method involves assigning roles to the readers whereby the writers have the total

control over a particular role in a writing task and thus are expected to lead the readers into

taking up a role. The third method exploits gap-filling activities to generate as many talks as

possible among the learners so that they have more ideas to craft a piece of writing which in

return, building up their confidence in translating their thoughts into words on the paper.

Page 113: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

113

3.0 METHODOLOGY

3.1 Research Design

An action research is chosen as the research design of this study because the idea to initiate

this study is sparked off by the events evolving around the researcher. This study is designed

as such to solve the problem that the researcher encountered as an English Lecturer at a

polytechnic whereby the challenges to teach the group of Integrasi students were readily lied

ahead this semester. The problem is further intensified by the heavy emphasis of curriculum

on writing element in the specific module. Thus, this study aims to look into the problem and

most importantly, it is hoped that this study would result in any practical outcome as to solve

the problem identified.

3.2 Participants

A total of 69 students will participate in this study. They were all fifth semester Diploma

students taking engineering courses, i.e Civil Engineering and Electrical Engineering in

Mukah Polytechnic. This group of students is currently holding Certificate qualification and

they wish to extend their studies in order to get a Diploma. As compared to other fifth

semester Diploma students, this group of students is far lagging behind in terms of their

performance in the target language.

They belong to the age group of 20-25, with at least 10 years of formal English learning

experience in schools before they further their studies at tertiary level of institution. None of

them is an English native speaker and most of them don’t learn English as their second

language. English only comes into their list as the third or fourth language. None of them has

English as their home language and English-speaking instances are generally scarce among

them.

Fifth semester students are chosen as the target group of the study in view of the significant

emphasis of the writing element in the module taken by these students this semester, i.e

A4003 English for Technical Purposes 4. Objectives outlined in the syllabus are formulated

around writing and presenting information in graphs and charts as well as the four types of

technical reports, i.e Incident Report, Investigative Report, Progress Report and Field Report.

Thus, this study intends to explore the difficulties that the students face when it comes to

writing in the target language and the potential factors leading to the problem in the hope that

a list of activities could be devised based on the needs of the target group.

3.3 Research Instrument

Two instruments would be used to collect data in this study, i.e the structured type of

questionnaire adapted from Second Language Writing Anxiety Inventory (SLWAI) (Cheng,

2004, as in Atay & Kurt, 2006) and an open-ended questionnaire.

Second Language Writing Anxiety Inventory (SLWAI) is chosen because of the suitability of

the questionnaire for the target group in this study since it is developed with reference to the

L2 writing anxiety. Taking into account the English proficiency level of the target group, an

English/BM bilingual questionnaire would be used so as to increase the validity of the study.

The questions in the questionnaire are carefully translated into BM so as not to misrepresent

the meanings intended by the developer.

Page 114: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

114

3.4 Data collection procedures

Data from this study would be collected through Second Language Writing Anxiety

Inventory (SLWAI) questionnaire and the data would then be validated by means of

triangulation through an open-ended questionnaire, which is devised to provide a deeper

insight into the research topic explored. A questionnaire consisting 22 structured items and a

set of open-ended questions would be distributed to the target group. The open-ended

questions were adapted from Atay and Kurt (2006). To be specific, the respondents were

asked to (1) describe the difficulties they faced when attending to writing task (2) specify the

situation and people causing the anxiety in their setting (3) explain how they overcome the

anxiety, if there is any.

3.5 Data Analysis

Quantitative and qualitative strategies are employed in analyzing the data collected from this

study. The first part of the data analysis would focus on finding out the level of writing

anxiety of the target group (first objective of this study). Information gathered from SLWAI

questionnaire is analyzed by summing the ratings of the respondents. Responses from

negative statements would then be reversed so that the score depicts the actual level of the

writing anxiety of the target group. The score correlates with the level of writing anxiety

whereby a higher score denotes a higher level of writing anxiety and vice-versa. The second

part of the data analysis would focus on answering the second and the third objectives of this

study, i.e identifying the difficulties and factors leading to writing anxiety of the target group.

Data collected from the open-ended questionnaire would be analyzed by means of pattern

coding (Miles & Huberman, 1994, as in Atay & Kurt, 2006) and tabulated for the purpose of

analysis.

4.0 SUMMARY

This study is conducted to look into the writing behaviour of the students, specifically their

writing anxiety. Specific objectives are formulated to explore how does this particular

affective variable affect students’ writing behaviour. Second Language Writing Anxiety

Inventory (SLWAI) questionnaire and an open-ended questionnaire adopted from Cheng,

2004 (as in Atay & Kurt, 2006) are used to collect data in this study. The respondents of this

study consist of 127 polytechnic undergraduates who are currently taking Certificate Courses

in PMU. The findings of this study would offer insights into factors contributing to writing

anxiety and for practical significance, the results of this study are deemed helpful for the

educator to effectively tailor the teaching materials and design the learning activities

according to the needs of the students so as to help them to overcome their fears in writing.

Thus, the findings of this study would shed some light on ways to reduce the level of writing

anxiety of the students as low level of writing anxiety is, more often than not, a catalyst to

enhance the language teaching and learning in the formal educational setting. To conclude,

this study is deemed to have highly significant implications on language teaching and

learning in general. Further research could be carried out to look into how the teaching

materials and learning activities can be designed as such to reduce the level of writing anxiety

of the students and to provide a more comprehensive wrap-up of the present topic.

Page 115: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

115

5.0 REFERENCES

Atay, D., & Kurt, G. (2006). Asian EFL Journal: Prospective teachers and L2 writing anxiety.

8 (4). Retrieved August 26, 2009 from http://www.asian-efl-

journal.com/Dec_06_da&gk.php

Clark, D. C. (2003). Explorations into writing anxiety: helping students their fears and focus

on learning. Retrieved August 25, 2009 from

http://zircon.mcli.dist.maricopa.edu/mlx/warehouse/01401-01500/01411/clark_rpt.pdf

Daisey, P. (2009). The Benefit of Authoring “How-to” Books to Reduce the Writing of

Secondary Preservice Teachers. Retrieved August 28, 2009 from

http://www.eric.ed.gov/ERICDocs/data/ericdocs2sql/content_storage_01/0000019b/8

0/44/8e/97.pdf

Kondo, Y. (2006). A study on relationship between language anxiety and proficiency: In a

case of Japanese learners of English. Retrieved August 27, 2009 from

http://www.paaljapan.org/resources/proceedings/PAAL10/pdfs/kondo.pdf

Kurt, G., & Atay, D. (2007). The effects of peer feedback on the writing anxiety of

prospective Turkish teachers of EFL. Journal of Theory and Practice in Education,

3(1). Retrieved August 25, 2009 from

http://eku.comu.edu.tr/index/3/1/gkurt_datay.pdf

Nor Shidrah Mat Daud, Nuraihan Mat Daud, & Noor Lide Abu Kassim (2003). Second

language writing anxiety: cause or effect. Retrieved August 26, 2009 from

http://www.melta.org.my/Doc/second_lang_writing_anxiety.pdf

Richards, J.C., & Rodgers, T. S. (2001). Approaches and methods in language teaching:

CUP.

Page 116: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

116

PENCAPAIAN SPM DAN PERSEPSI ARAS KESUKARAN TOPIK

TERHADAP PENCAPAIAN P1105 PERAKAUNAN AWALAN

DI JABATAN PERDAGANGAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

SESI JULAI 2009

Mohd Shah Yunus

Ermizam Edni

Muhammad Nazri Abdul Halim

Arfieen Mokhtar

Jabatan Perdagangan

Politeknik Kuching Sarawak

Jong Lai Fook

Unit Peperiksaan

Politeknik Kuching Sarawak

ABSTRAK

Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang akan dilakukan terhadap pelajar-pelajar Semester

I, sesi Julai 2009 bagi mengetahui pencapaian mereka dalam P1105 Perakaunan Awalan

berbanding dengan pencapaian mereka dalam Prinsip Akaun semasa Sijil Pelajaran Malaysia.

Lanjutan, tahap kesukaran P1105 Perakaunan Awalan, jenis jurusan dan jantina. Lanjutan

daripada itu juga kajian ini juga cuba mendapatkan persepsi tahap kesukaran bagi kesepuluh

topik dalam P1105 Perakaunan Awalan berdasarkan jenis jurusan dan jantina. Kajian akan

dijalankan terhadap semua pelajar semester satu sesi Julai 2009.

1.0 PENGENALAN

Perakaunan Awalan adalah merupakan satu kursus yang wajib diambil oleh setiap pelajar di

Jabatan Perdagangan, Politeknik Kuching Sarawak. P1105 Perakaunan Awalan

memperkenalkan prinsip-prinsip asas perakaunan kewangan kepada pelajar semester 1

Diploma Perakaunan, Diploma Pengajian Perniagaan, Siji Penyimpanan Kira dan Sijil

Pengajian Perniagaan. Di sini pelajar akan belajar cara-cara merekodkan transaksi awal

menggunakan dokumen-dokumen asas sehinggalah membuat akaun penamat seperti

Imbangan Duga, Penyata Untung rugi dan Kunci Kira-Kira. Matlamat pendidikan P1105 ini

adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang

mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan

masalah yang belum pernah mereka temui.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Pada sesi Julai 2009 terdapat seramai 212 orang pelajar yang mendaftar di Jabatan

Perdagangan, Politeknik Kuching Sarawak dimana jumlah pelajar Diploma Akauntansi ialah

71 orang, Diploma Pengajian Perniagaan 69 orang, Sijil Penyimpanan Kira 32 orang, dan

Sijil Pengajian Perniagaan 40 orang. Pencapaian pelajar dalam P1105 Perakaunan Awalan

pada sesi tersebut ialah 69 orang (A/A-), 58 orang (B+/B/B-), 62 orang(C+/C/C-), 23 orang

Page 117: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

117

gagal (rujuk lampiran: Jadual 1). Berdasarkan statistik tersebut, pencapaian P1105

Perakaunan Awalan pada sesi Julai 2009 kurang memuaskan dan berbagai andaian

berhubung dengan perkara tersebut diperkatakan. Tinjauan pendapat beberapa orang

pensyarah menyatakan, konsep asas dan sikap pelajar terhadap subjek Prinsip adalah punca

kepada pencapaian yang kurang memuaskan. Pencapaian pelajar dalam Prinsip Akaun

diperingkat SPM dianggap oleh pensyarah sebagai pengukur kepada pencapaian Perakaunan

Awalan di peringkat Politeknik. Mereka menyatakan fenomena ini bukan sahaja berlaku pada

tahun tersebut tetapi juga berlaku tahun sebelumnya. Tinjauan pendapat pelajar secara rawak

pula menyatakan P1105 Perakaunan Awalan adalah susah. Oleh itu, pandangan pensyarah

dan pandangan pelajar telah digunakan oleh penyelidik sebagai asas terhadap kajian ini.

Kajian ini akan cuba untuk mengenalpasti adakah pencapaian P1105 Perakaunan Awalan

mempunyai hubungan dengan beberapa subjek tertentu seperti pencapaian Prinsip Akaun,

Matematik Tambahan, Matematik Moden dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM dan lanjutan

daripada itu juga kajian ini akan cuba mengenalpasti persepsi pelajar terhadap tahap

kesukaran bagi setiap topik dalam subjek P1105 Perakaunan Awalan yang rata-rata

sebahagian besar pelajar menyatakan susah.

3.0 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:

i. Adakah pencapaian Prinsip Akaun di peringkat SPM mempunyai hubungan

dengan pencapaian P1105 Perakaunan Awalan di Politeknik.

ii. Adakah persepsi tahap kesukaran setiap topik dalam P1105 Perakaunan Awalan

itu berbeza berdasarkan pencapaian P1105 Perakaunan Awalan di Politeknik.

iii. Adakah wujud perbezaan pencapaian P1105 Perakaunan Awalan berdasarkan

jenis jurusan dan jantina.

iv. Lanjutan daripada itu juga, adakah persepsi aras kesukaran setiap topik dalam

P1105 Perakaunan Awalan itu berbeza berdasarkan jenis jurusan dan jantina.

4.0 KAJIAN LEPAS

Perakaunan telah hidup ribuan tahun dahulu yang mana sistem perakaunan yang pertama

telah dikesan di Timur Tengah lebih kurang 7,000 tahun dahulu (Wikipedia). Dewasa ini

perakaunan terus mengorak langkah apabila teknologi komputer memainkan peranan penting

dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu perakaunan adalah nadi kepada setiap

organisasi yang mana walaupun ianya bukanlah satu jabatan yang menghasilkan pengeluaran

secara hakiki tetapi adalah penyumbang utama kepada hala tuju sesebuah syarikat adakah ia

mampu untuk terus mengharungi cabaran demi cabaran dalam arus globalisasi. Maka setiap

individu daripada peringkat kanak-kanak hingga dewasa haruslah memperlengkapkan diri

dengan perkembangan perakaunan. Namun begitu masih terdapat berbagai faktor yang telah

dikenalpasti oleh penyelidik-penyelidik terdahulu yang menjadi penentu dan penghalang

terhadap pencapaian P1105 Perakaunan Awalan bagi setiap umur.

Kajian-kajian terdahulu mendapati faktor jantina, pengetahuan asas, sikap, faktor keluarga,

guru, atribut pelajar dan kemudahan prasarana adalah penentu kepada pencapaian Matematik

pelajar (Fennema 1977; Shadbolt 1976; Anneke, Adelene dan Karel 2001). Dalam kajian ini

hanya bebrapa faktor sahaja yang ingin diterokai oleh penyelidik untuk dikenalpasti

Page 118: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

118

berdasarkan objektif kajian yang telah dinyatakan iaitu faktor jantina, jenis jurusan,

pencapaian SPM dan persepsi tahap kesukaran Matematik.

Menurut Pruett (1994) mendapati bahawa jantina mempunyai impak terhadap pencapaian

Matematik iaitu pelajar perempuan memperolehi pencapaian yang lebih rendah berbanding

pelajar lelaki. Amin (1996) mendapati tiada perbezaan antara pencapaian pelajar lelaki dan

perempuan dalam Matematik. Oleh itu faktor jantina adalah tidak konsisten terhadap

pencapaian Matematik.

Azmi (1991) mendapati bahawa pelajar aliran sastera lemah dalam matematik. Dapatan ini

disokong oleh Foo Siet Chooi(1998) yang mendapati bahawa kelemahan pelajar aliran sastera

dalam matematik disebabkan oleh sikap negatif mereka terhadap subjek tersebut dan

menganggap subjek matematik sesuai untuk pelajar aliran sains. Beliau juga mendapati

bahawa kemahiran dan pengetahuan asas juga penting dalam matematik.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah:

i. mengenalpasti hubungan antara pencapaian Prinsip Akaun di peringkat SPM

dengan pencapaian P1105 Perakaunan Awalan di peringkat Politeknik.

ii. mengkaji hubungan pencapaian P1105 Perakaunan Awalan dengan persepsi

pelajar terhadap tahap kesukaran setiap topik dalam P1105 Perakaunan Awalan.

iii. menguji perbezaan jenis jurusan dan jantina dengan tahap pencapaian P1105

Perakaunan Awalan.

iv. mengkaji perbezaan persepsi tahap kesukaran setiap topik dalam P1105

Perakaunan Awalan berdasarkan jenis jurusan dan jantina.

6.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian ini ialah:

i. membantu menyediakan maklumat kelayakan minima Prinsip Akaun, Matematik,

Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris yang diperlukan oleh Program di

Jabatan Perdagangan Politeknik;

ii. membantu pihak HEA merangka dasar tahap kesukaran soalan dan penyemakan

kedalaman silibus;

iii. membolehkan pensyarah bersedia dengan keupayaan sedia ada pelajar dalam

pengetahuan Prinsip Akaun;

iv. membantu pensyarah yang terlibat merangka startegi pengajaran yang berkesan;

v. pensyarah lebih memfokuskan terhadap topik-topik yang dianggap sukar oleh

pelajar.

Page 119: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

119

7.0 METODOLOGI KAJIAN

7.1 Instrumen Kajian

Kajian ini adalah satu kajian deskriptif. Instrumen yang digunakan ialah borang soalselidik.

Borang ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A,B dan C. bahagian A

melibatkan pengumpulan maklumat berhubung dengan faktor demografik dan keputusan

Prinsip Akaun, Matematik Moden, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris di peringkat

SPM dan maklumat pencapaian P1105 Perakaunan Awalan serta tahap kelulusan Bahasa

Inggeris di peringkat SPM.

Bahagian B terdiri dari sepuluh soalan yang berkaitan dengan persepsi tahap kesukaran bagi

setiap topik berkaitan dengan faktor yang menyumbang kepada pencapaian yang baik dan

faktor yang menyebabkan pencapaian yang lemah dalam P1105 Perakaunan Awalan.

Bahagian C terdiri daripada soalan terbuka yang melibatkan pandangan dan cadangan

terhadap kursus P1105 Perakaunan Awalan.

7.2 Persampelan

Pada sesi Julai 2009 terdapat seramai 212 orang pelajar yang mendaftar dimana jumlah

pelajar Diploma Akauntasi ialah 71 orang, Diploma Pengajian Perniagaan 69 orang, Sijil

Penyimpanan Kira 32 orang, Siji Pengajian Perniagaan 40 orang. Cadangan responden ialah

terdiri pelajar dari semester dua setiap program pada semester Januari 2010 yang mana

mereka baru sahaja mengambil kursus P1105 pada semester sebelumnya.

7.3 Analisis Data

Analisis data akan menggunakan SPSS, Anova dan Ujian korelasi. Ujian T dijalankan untuk

menguji perbezaan pencapaian P1105 Perakaunan Awalan dan persepsi tahap kesukaran

topik berdasarkan Jantina. Ujian ANOVA adalah untuk melihat perbezaan persepsi tahap

kesukaran topik dan pencapaian P1105 Perakaunan Awalan berdasarkan jenis jurusan. Bagi

mengukuhkan hubungan pemboleh ubah ini, maka Ujian Korelasi antara pencapaian

Matematik Tambahan, Matematik Moden dan Bahasa Inggeris dan persepsi tahap kesukaran

topik terhadap pencapaian P1105 Perakaunan Awalan dilakukan.

8.0 RUMUSAN

Berdasarkan dapatan daripada keempat-empat objektif di atas rumusan akan dibuat setelah

data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah-kaedah yang disebutkan diatas.

Apa yang menarik untuk dibincangkan ialah adakah benar wujudnya hubungan antara

pencapaian Prinsip Akaun, Matematik Tambahan, Matematik Moden dan Bahasa Inggeris di

peringkat SPM dengan pencapaian P1105 Perakaunan Awalan di peringkat Politeknik?

Sekiranya benar maka sesuatu harus dilakukan demi memastikan kualiti pelajar Politeknik

khususnya Politeknik Kuching Sarawak sentiasa berada pada tahap yang tertinggi dan

mengekalkan Politeknik 5 bintang yang telah kita perolehi baru-baru ini.

Page 120: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

120

9.0 RUJUKAN

Abdullah bin Othman, Persepsi Pelajar Terhadap Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

Pembelajaran Matapelajaran Sains, UUM 2002

Kembek bte Ramlee, Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Bagi Matapelajaran Perakaunan

Kewangan di Dalam Tajuk Perkongsian 1Untuk Pelajar Dip;oma Akauntansi

Semester 3 diPoliteknik UngkuOmar, KUITTHO.

Mior Shaharuddin bin Mior Abu Bakar, Hubungan Antara Sikap Terhadap Sains Dan

Pencapaian di Dalam Matapelajaran Sains Di kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan

Empat, UUM 2002

Mohamad Naim Jusoh, Mohd Mahyudin Nordin, Anis Turmidi, Mohd Salleh Ahmad, Kajian

Pencapaian SPM dan Persepsi Aras Kesukaran Topik Terhadap Pencapaian

Matematik QM016 di Kolej Matrikulasi Perlis. 2006

Noor Azulida bte Ahmad. Hubungkait Antara Pendekatan Pembelajaran dan Pencapaian

Matematik Pelajar Tingkatan Empat di Daerah Sik, Kedah Darul Aman. 2003

Silibus P1105 – Perakauanan Awalan, Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Yufiza Mohd Yusof, Gaya Pembelajaran Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Pelajar

Perakaunan, Kolej Matrikulasi Perak. 2005

Page 121: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

121

LAMPIRAN: Jadual 1

KEPUTUSAN PENILAIAN BAGI KURSUS P1105 - PERAKAUNAN AWALAN

Sesi Januari 2009

Gred DAT % DPM % SPK % SPP % jumlah

A 11 36.67 2 6.06 1 4.55 0 - 14

A- 4 13.33 1 3.03 0 - 1 3.23 6

B+ 5 16.67 4 12.12 0 - 2 6.45 11

B 5 16.67 4 12.12 4 18.18 1 3.23 14

B- 4 13.33 7 21.21 6 27.27 6 19.35 23

C+ 0 - 3 9.09 1 4.55 3 9.68 7

C 1 3.33 10 30.30 7 31.82 13 41.94 31

Gagal 0 - 2 6.06 3 13.64 5 16.13 10

Jumlah 30 100.00 33 100.00 22 100.00 31 100.00 116

KEPUTUSAN PENILAIAN BAGI KURSUS P1105 - PERAKAUNAN AWALAN

Sesi Julai 2009

Gred DAT % DPM % SPK % SPP % jumlah

A 34 47.89 10 14.49 3 9.38 0 - 47

A- 8 11.27 11 15.94 3 9.38 0 - 22

B+ 6 8.45 9 13.04 3 9.38 0 - 18

B 8 11.27 9 13.04 2 6.25 3 7.50 22

B- 3 4.23 10 14.49 3 9.38 2 5.00 18

C+ 8 11.27 5 7.25 4 12.50 7 17.50 24

C 3 4.23 10 14.49 11 34.38 14 35.00 38

Gagal 1 1.41 5 7.25 3 9.38 14 35.00 23

Jumlah 71 100.00 69 100.00 32 100.00 40 100.00 212

Page 122: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

122

SIKAP PELAJAR POLITEKNIK MUKAH SARAWAK TERHADAP

KURSUS MATEMATIK KEJURUTERAAN 1

Zamry Ahmad Mokhtar

Reminjus Anding

Jabatan Kejuruteraan Awam

Politeknik Mukah Sarawak

A. Azman Arshad

Nur Ashikin Lakman

Jabatan Matematik, Sains & Komputer

Politeknik Mukah Sarawak

ABSTRAK

Kertas ini bertujuan adalah suatu perancangan kajian untuk mengenal pasti sama ada sikap

pelajar dapat memberi kesan kepada pencapaianya terhadap kursus Matematik Kejuruteraan 1

(B1001). Statistik menunjukkan 61 peratus daripada 244 pelajar Politeknik Mukah Sarawak

(PMU) gagal dalam B1001 bagi sesi Januari 2009. Kajian ini hanya difokuskan kepada

pelajar yang mengambil kursus B1001 di PMU. Kajian tertumpu pada tiga buah jabatan iaitu

Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan Jabatan

Kejuruteraan Elektrik (JKE). Pemilihan ini adalah berdasarkan penawaran kursus adalah

sama untuk ketiga-tiga jabatan. Instrumen kajian yang akan digunakan ialah Modified

Fennema-Sherman Attitude Scale yang mengandungi 47 item. Terdapat empat indikator yang

akan digunakan iaitu mengukur keyakinan diri pelajar terhadap kursus tersebut, kegunaan isi

kandungan sukatan kursus itu sendiri dalam kehidupan mereka, faktor jantina dan pandangan

pelajar terhadap sikap pensyarah. Berdasarkan kepada kajian ini, dapatan yang dijangka ialah

wujud hubungan di antara sikap pelajar dengan pencapaiannya dalam kursus Matematik

Kejuruteraan 1. Ini adalah kerana, sikap yang positif terhadap sesuatu kursus dapat memberi

rangsangan kepada pelajar dalam memperoleh pencapaian akademik pelajar yang baik.

1.0 PENGENALAN

Perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi menuntut kita sebagai pelajar untuk

sentiasa berusaha menambah ilmu supaya tidak tercicir dalam arus zamannya. Dengan

bantuan kerajaan, banyak pusat-pusat pendidikan telah dibuka atau dinaiktaraf untuk

kemudahan pembelajaran rakyat di negara ini. Selain itu pihak kerajaan dan swasta juga telah

menyediakan pelbagai jenis bentuk tabung pinjaman kewangan kepada para pelajar yang

ingin melanjutkan pelajaran mereka ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Persoalannya kenapa

perkara sebegini berlaku?. Jawapannya, pihak kerajaan tahu bahawa asas pembentukan

sesebuah institusi, tamadun atau kerajaan adalah berteraskan ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu,

sesebuah kelompok atau masayarat yang dibentuk tak ubah seperti sebuah tin kosong. Tidak

ada nilainya. Jika tampuk pimpinan dipegang oleh masyarakat seperti ini maka kerajaan akan

mudah ditipu, sentiasa bergantung kepada pihak luar. Lama kelamaan negara akan tergadai.

Sehubungan itu, rakyat sebagai modal insan di negara ini perlu sentiasa menguasai ilmu.

Kini, modal insan yang berkualiti adalah kemestian bukan lagi satu kelebihan. Salah satu

Page 123: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

123

cabang ilmu yang penting ialah matematik. Matematik merupakan mata pelajaran penting

dalam kurikulum di negara kita. Mata pelajaran ini mula diajarkan dari peringkat tadika

hinggalah diperingkat kolej dan universiti.

Kepentingan matematik dapat dilihat kerana kekuatan dan keutuhan sesuatu tamadun atau

teknologi amat bergantung kepada matematik. Ini kerana melalui matematik penguasaan

teknologi akan dapat dicapai kerana matematik dianggap sebagai teras kepada komponen

teknologi. Melihatkan trend terkini dapat dilihat bahawa masyarakat kita kini amat

memandang negatif terhadap corak pendidikan matematik kerana masih ramai yang

beranggapan bahawa pendidikan matematik merupakan suatu cabang yang sukar. Kita tidak

dapat nafikan bahawa untuk mendalami bidang matematik sememangnya memerlukan

kecerdasan pemikiran yang tinggi dengan disertai dengan sikap yang mendalam terhadap

mata pelajaran tersebut. Tetapi kita juga harus mengakui bahawa ia bukanlah suatu beban jika

dipandang dari sudut positif. Untuk membekal modal insan yang berkualiti ke era ekonomi

global yang berpaksikan pengetahuan ia memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang

mantap dari pelbagai sudut dan kerjasama yang erat daripada semua pihak. Justeru itu, kajian

yang akan dilaksanakan ini akan melihat adakah terdapat hubungan di antara sikap pelajar

dengan pencapainya dalam kursus matematik kejuruteraan.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Pensyarah di Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) sering dipersoalkan kerana

pencapaian pelajar untuk Matematik Kejuruteraan 1 (B1001) didapati merosot. Statistik

menunjukkan 61 peratus daripada 244 pelajar Politeknik Mukah Sarawak (PMU) gagal dalam

B1001 bagi sesi Januari 2009. Kemerosotan ini dikaitkan dengan sikap pelajar yang tidak

minat atau dengan mengatakan matematik itu susah semasa mempelajarinya. Kajian lepas ada

menyatakan sikap pelajar terhadap kursus matematik mempunyai hubungan dengan

pencapaiannya (Fitt, 1957). Kepercayaan, sikap dan kecekapan diri berkait rapat terhadap

kesan pencapaian akademik (Relich & Way, 1994; Philippou, 1998; Thompson, 1992). Sikap

adalah penting kerana ia berhubung dengan pencapaian matematik pelajar (Frazier-Kouassi,

1999). Kita tidak dapat mengelak untuk tidak menggunakan aplikasi matematik. Jika diteliti

dengan baik, hampir kesemua kehidupan harian kita melibatkan proses matematik

sebagaimana pentingnya ia digunakan sebagai syarat kemasukan ke IPT. Oleh yang

demikian, satu kajian perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca kemerosotan pelajar

terhadap kursus Matematik Kejuruteraan 1.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti sikap pelajar terhadap kursus Matematik

Kejuruteraan 1. Objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini ialah:

i. Mengenal pasti sikap pelajar terhadap kursus Matematik Kejuruteraan 1.

ii. Mengenal pasti hubungan di antara sikap pelajar dengan pencapaiannya dalam

kursus Matematik Kejuruteraan 1.

Page 124: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

124

4.0 PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian yang telah dinyatakan, soalan kajian adalah seperti berikut:

i. Apakah sikap pelajar terhadap kursus Matematik Kejuruteraan 1.

ii. Adakah terdapat hubungan di antara sikap pelajar dengan pencapaiannya dalam

kursus Matematik Kejuruteraan 1.

5.0 HIPOTESIS

Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap pelajar dengan pencapaiannya.

6.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini hanya difokuskan kepada pelajar yang mengambil kursus Matematik Kejuruteraan

1 (B1001) di PMU. Kajian tertumpu pada tiga buah jabatan iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam

(JKA), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE).

Pemilihan ini adalah berdasarkan penawaran kursus adalah sama untuk ketiga-tiga jabatan.

7.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan diantara sikap pelajar dengan pencapaianya

dalam kursus Matematik Kejuruteraan 1 di PMU. Kepentingan kajian ini adalah:

i. Untuk mendapat maklumat dan maklum balas yang berguna kepada pihak

pengurusan JMSK terhadap kekurangan dan permasalahan yang dikenal pasti

supaya kursus Matematik

Kejuruteraan 1 dapat diperbaiki serta dapat memenuhi objektifnya.

ii. Untuk mendapat maklumat mengenai sikap pelajar terhadap kursus Matematik

Kejuruteraan 1.

iii. Untuk membantu para pensyarah dalam memupuk minat pelajar supaya mereka

menyedari kepentingan kursus Matematik Kejuruteraan 1 ini.

iv. Untuk dijadikan rujukan kepada pengkaji-pengkaji lain yang ingin melakukan

kajian yang berkaitan dengan kajian ini.

8.0 BATASAN KAJIAN

Batasan kajian ini terhad terhadap pelajar yang mengambil kursus Matematik Kejuruteraan 1

di PMU sahaja. Keesahan maklumat adalah bergantung kepada keikhlasan dan kejujuran

responden dalam memberi jawapan di dalam borang soal selidik.

9.0 KAEDAH KAJIAN

Kajian yang akan dijalankan adalah berbentuk tinjauan secara kuantitatif dengan mengambil

sampel sebanyak 148 orang pelajar JKA, JKE dan JKM. Soal selidik yang dibangunkan

Page 125: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

125

merujuk kepada insrumen Modified Fennema-Sherman Attitude Scale yang telah

diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Analisis data melibatkan analisis diskriptif bagi

mencari tahap yang berkaitan dan analisis inferensi menggunakan korelasi Pearson bagi

melihat hubungan dua pembolehubah berkenaan.

9.1 Instrumentasi

Instrumen kajian yang akan digunakan ialah Modified Fennema-Sherman Attitude Scale yang

mengandungi 47 item. Item-item tersebut berdasarkan lima skala maklum balas dari A hinga

E, iaitu (A) ‘sangat setuju’, (C) ‘tidak pasti’ dan (E) ‘sangat tidak setuju’. Terdapat empat

indikator yang digunakan iaitu mengukur keyakinan diri pelajar terhadap kursus tersebut,

kegunaan isi kandungan sukatan kursus itu sendiri dalam kehidupan mereka, faktor jantina

dan pandangan pelajar terhadap sikap pensyarah.

Bagi setiap satu indikator tersebut mengandungi 12 item, kecuali bagi indikator faktor jantina

mengandungi 11 item. Bagi indikator yang mengandungi 12 item, enam daripadanya adalah

item positif dan enam item lagi adalah item negatif. Manakala, bagi indikator faktor jantina,

enam daripadanya adalah item positif dan lima item lagi adalah item negatif.

10.0 JANGKAAN DAPATAN

Berdasarkan kepada kajian ini, dapatan yang dijangka ialah wujud hubungan di antara sikap

pelajar dengan pencapaiannya dalam kursus Matematik Kejuruteraan 1. Ini adalah kerana,

sikap yang positif terhadap sesuatu kursus dapat memberi rangsangan kepada pelajar dalam

memperoleh pencapaian akademik pelajar yang baik.

11.0 KESIMPULAN

Kajian ini akan memberikan kita maklumat mengenai sikap pelajar Politeknik Mukah

Sarawak terhadap kursus Matematik Kejuruteraan 1. Kajian lepas ada menunjukkan konsep

dan kecekapan kendiri, pendekatan pembelajaran, keyakinan diri terhadap matematik serta

sikap terhadap pendidikan matematik telah menunjukkan bahawa pembolehubah-

pembolehubah tersebut berhubung rapat dengan pencapaian matematik (Wong, 1995; Drew

& Watkins, 1998). Walaubagaimanapun fokus pengkaji adalah mengenai sikap pelajar

terhadap matematik dan pengkaji menjangkakan wujudnya hubungan di antara sikap pelajar

dengan pencapaiannya dalam kursus Matematik Kejuruteraan 1.

12.0 RUJUKAN

Drew, P. Y., & Watkins, D. (1998). Affective variables, learning approaches and academic

achievement: A causal modelling investigation with Hong Kong tertiary students.

British Journal of Educational Psychology, 68, 173-188.

Fitt, A. B. (1990). An experimental study of children ‘s attitude to school in Auckland, New

Zealand. British Journal of Psychology, 57, him 25-30.

Frazier-Koussi, S. (1999). A psychological study of mathematics attitudes and achievement

among female Ivorian students. Working paper 268, Institute for Social Research,

University of Michigan.

Page 126: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

126

Philippou, G. N.(1998). The effects of a preparatory mathematics program in changing

prospective teachers’ attitudes towards mathematics. Educational Studies in

Mathematics, 35, 189-206.

Relich, J., Way, J., & Martin, A. (1994). Attitudes to teaching mathematics: Further

development of a measurement instrument. Journal of Educational Psychology, 85(1),

41-48.

Thompson, A. G. (1992). Teachers’s beliefs and conceptions: A synthesis of the research. In

D. A. Grouws (Ed.), Handbook of research on Mathematics teaching and learning (pp.

127-146). Reston, VA: Macmillan.

Wong, N. Y. (1995). The relationship between Hong Kong student’s perception of their

mathematics classroom environment and their approaches of learning: A longitudinal

study. Unpublished doctor of philosophy thesis, University of Hong Kong, Hong

Kong.

Page 127: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

127

PENDEKATAN GAYA PEMBELAJARAN DALAM

KURSUS TEKNOLOGI BAHAN 1

Mohd Zahri Jaafar

Verawaty Ismail

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Politeknik Mukah Sarawak

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk melihat keberkesanan strategi pengajaran dengan

merangsang gaya pembelajaran pelajar dengan menggunakan Model Gaya Minda

Gregorc (1982). Rencaman pelbagai teknik pengajaran berdasarkan gaya

pembelajaran pelajar diaplikasikan dalam proses P&P kursus Teknologi Bahan 1 ke

atas 30 orang pelajar Sijil Kejuruteraan Mekanikal semester akhir. Sikap peserta

terhadap kursus ini dan strategi P&P juga akan dikenalpasti. Kajian ini mendapati

pengajaran yang terlalu menumpukan kepada gaya pembelajaran pelajar tidak

menjanjikan prestasi pelajar yang baik dalam kursus ini. Beberapa faktor yang

mempengaruhi pencapaian pelajar turut dibincangkan secara ringkas.

1.0 PENGENALAN

Keperluan pembelajaran pelajar bukan perkara baru yang dibincangkan dalam dunia

pendidikan. Di Politeknik Mukah Sarawak (PMU) yang sedang rancak beroperasi

sejak memulakan pengambilan pelajar pada Julai 2005, juga tidak terkecuali dengan

menumpukan aspek kecemerlangan akademik pelajar melalui penetapan sasarannya

sebanyak 80% orang pelajar melepasi tahap lulus.

Pada tahun 2008, Jabatan Pengajian Potiteknik dan Kolej Komuniti telah mewajibkan

penilaian akademik pelajar dilaksanakan dengan menuruti pembahagian 50%

penilaian berterusan (kuiz, tutorial, tugasan, amali dan ujian) dan 50% selebihnya

adalah berdasarkan peperiksaan akhir. Secara khusus, melalui perbualan peribadi

kami dengan beberapa pelajar menyatakan perubahan ini mengundang kerisauan

kepada mereka yang sebelum ini menjadikan amalan dengan memberatkan

kebergantungan markah terhadap penilaian berterusan.

Bagi memenuhi matlamat “output” yang digariskan oleh PMU, pelbagai aspek yang

mempengaruhi pencapaian akademik pelajar perlu dilihat dengan kanta mata yang

lebih luas. Beberapa kajian menunjukkan pencapaian pelajar dalam akademik tidak

harus disentuh secara unilateral. Secara tradisional, antara perkara yang

mempengaruhi pencapaian pelajar termasuklah motivasi (Ryan, Mims & Koestner,

1983; Makri-Botsari. 1999), sikap terhadap pembelajaran (Daly, Bell & Korinek,

1987), prestasi institusi pengajian, kecerdasan individu (Rindermann & Neubauer,

2001) dan gaya pembelajaran (Kolb, 1984). Dalam menjulang kemahiran vokasional,

ada juga yang mencadangkan agar strategi koperatif, strategi kurikulum, strategi

pengajaran, sokongan pihak pentadbiran, dan pembangunan profesionalisme

dimantapkan secara menyeluruh (Ramlee Mustapha et al., 2003).

Page 128: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

128

Walaupun pembangunan akademik pelajar perlu dilihat dalam pelbagai sudut, kami

cenderung untuk melihat secara mikro terhadap gaya pembelajaran pelajar. Pelajar

dikatakan mengalami kesulitan untuk belajar jika tidak mengenali gaya pembelajaran

mereka. Walhal menurut Rodolico (2002), sesiapa yang tidak belajar bagaimana ia

belajar adalah mengundang kegagalan. Lantaran itu pelajar perlu tahu bagaimana cara

mereka belajar. Tambahan pula para pelajar tidak mampu menyesuaikan gaya

pembelajarannya dengan gaya pensyarahan pensyarah secara mendadak (Potter &

Maccaro, 2000).

1.1 Fokus Permasalahan

Sebagai pensyarah kursus Teknologi Bahan (J3022) di PMU, kami selalu mengambil

berat soal penerimaan pembelajaran pelajar dalam proses P&P. Akhir-akhir ini

melalui perbualan dengan beberapa pensyarah yang mengajar kursus yang sama di

politeknik masing-masing, difahamkan bahawa kursus ini adalah kursus “tolak-

menolak” dalam kalangan pensyarah. Apabila ditanyakan lebih lanjut, mereka

katakan bahawa pengajaran kursus ini membosankan kerana banyak bersifat teori.

Sedari itu kami mula merasakan bahawa pelajar kami juga sebenarnya menunjukkan

rasa bosan. Keadaan ini menimbulkan pertanyaan adakah gaya pengajaran kami tidak

serasi dengan gaya pembelajaran pelajar?

Ketidakserasian ini berpotensi untuk membuatkan para pelajar berasa bosan, ponteng

kuliah, melemahkan semangat yang berkaitan dengan kursus, kurikulum dan diri

mereka sendiri, dan lebih parah lagi apabila pelajar berhenti dari pengajiannya.

Pensyarah juga berhadapan dengan pemarkahan pelajar yang rendah, kehadiran yang

kurang, kuliah yang suram dan dalam sesetengah kes pensyarah dibenci pelajar

(Felder & Silverman, 1988; Felder & Henriques, 1995). Tambahan pula, kebanyakan

pengajar tidak merancang pengajaran mereka untuk disesuaikan dengan semua gaya

pembelajaran (Stitt-Gohdes et al., 1999), biarpun “banyak kajian terhadap gaya telah

menemui bahawa memadankan gaya pengajaran pengajar dengan gaya pembelajaran

pelajar mempengaruhi prestasi di dalam suasana bilik darjah” (Miller, 2005; ms.288).

Bagi mencapai keserasian gaya ini, Potter dan Maccaro (2000) mencadangkan adalah

lebih baik jika para pelajar yang mengadaptasikan gaya pembelajaran kepada gaya

pengajaran pensyarah. Dengan cara ini adalah lebih mudah. Begitupun, banyak

cadangan yang dibangkitkan (seperti Miller, 2005; Wintegest at al., 2001; Sizoo at al.,

2005; Kulinna & Cothran, 2003) supaya pensyarah wajar mempelbagaikan gaya

pengajaran mereka supaya dapat memenuhi kehendak pelajar untuk belajar. Pelajar

akan lebih memahami pelajaran apabila mereka melalui proses manipulasi,

pemerhatian, perbincangan, penggunaan deria atau apa-apa aktiviti yang

memaksimumkan penglibatan mereka di dalam proses pembelajaran.

1.2 Objektif Kajian

Berdasarkan pengalaman kami merasakan para pelajar sedang mengalami situasi-

situasi yang dibincangkan di atas. Justeru timbul persoalan, adakah teknik pengajaran

kami tidak kongruen dengan gaya pembelajaran pelajar? Oleh demikian kajian

tindakan ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk melihat kesan strategi pengajaran

terhadap pencapaian pelajar. Di samping itu objektif sekunder kajian ini antara

lainnya adalah:

Page 129: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

129

i. mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar

ii. mengenalpasti sikap pelajar terhadap pengajaran pensyarah

2.0 GAYA MINDA GREGORC

Model Gaya Minda Gregorc (1982) banyak digunakan dalam kajian-kajian gaya

pembelajaran (Harasym et al., 1995; Thompson et al., 2002; Fuller et al, 2000). Model

ini menyatakan bahawa minda manusia mempunyai dua dimensi yang semula jadi

untuk ia menerima dan menyatakan sesuatu informasi dengan cara yang cekap dan

berkesan. Dua dimensi tersebut adalah kemampuan persepsi dan kemampuan

pengaturan. Kemampuan persepsi adalah cara individu menerima maklumat manakala

kemampuan pengaturan pula adalah berkenaan dengan cara menyusun dan

menggunakan maklumat tersebut. Aliran pemerolehan jenis gaya minda adalah seperti

skematik di dalam Rajah 1.

Rajah 1: Pembahagian saluran gaya minda [Adaptasi daripada Gregorc (1982)]

Kemampuan persepsi dibahagikan kepada dua saluran iaitu kemampuan konkrit

(concrete) dan kemampuan abstrak (abstract). Kemampuan concrete membolehkan

seseorang mentafsirkan sesuatu maklumat yang diperoleh melalui deria seperti visual

dan audio. Sebaliknya kemampuan abstract membolehkan maklumat ditafsirkan

melalui penaakulan dan melibatkan gerak hati bagi memperkatakan tentang perasaan

dan konsep yang subjektif. Kualiti ini berkehendakkan individu tersebut

menggunakan imaginasi dan biasanya dia berurusan dengan sesuatu yang maya

daripada deria fizikal.

Manakala kemampuan pengaturan dibahagikan kepada berurutan (sequential) dan

rawak (random). Kemampuan sequential membenarkan minda menyusun dan

menyelenggara informasi dalam bentuk linear atau cara satu persatu. Individu ini

menuruti sorotan logik pemikiran dan memerlukan perancangan. Sebaliknya

kemampuan pengaturan random adalah kemampuan menyusun atau menyelenggara

Pensyarah dan Pelajar

Concrete Abstract Sequential Random

Kemampuan

Persepsi

Kemampuan

Pengaturan

i. Concrete sequential (CS)

ii. Concrete random (CR)

iii. Abstract sequential (AS)

iv. Abstract random (AR)

Page 130: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

130

secara bukan linear atau tiada pengaturan yang khusus. Individu ini mampu

melangkau langkah sesuatu prosedur tetapi masih mampu mencapai perkara yang

dihasratkan.

Daripada saluran-saluran tersebut, Gregorc (1982) menyilangkan dua kontinum

kemampuan minda yang berjulat daripada Concrete kepada Abstract (kemampuan

persepsi) dan daripada sequential kepada random (kemampuan pengaturan). Ini

menjadikan gaya minda dibahagikan kepada empat jenis gaya iaitu: (i) Concrete

sequential (CS); (ii) Concrete random (CR); (iii) Abstract sequential (AS); dan (iv)

Abstract random (AR).

Secara ringkas, individu CS cenderung kepada dunia fizikal dan hands-on yang

berstruktur, tertib dan boleh dijangka (cth: juruteknik), sementara individu AS

menyukai tugas-tugas bersifat pemikiran reflektif dan korelasi yang berkeadaan

intelek dan rasional (cth: ahli akademik). Bagi individu AR, mereka cenderung

kepada tugas-tugas bukan fizikal dan harmoni yang menuntut ekspresi emosi dan

kreativiti (cth: ahli puisi) manakala individu CR lebih berminat kepada tugas-tugas

penyelidikan serta berisiko (cth: ahli seni perfileman) (Gould & Caswell, 2006).

Menurut Gregorc (1982) setiap orang tidak semestinya memiliki gaya minda yang

tunggal. Ada individu yang memiliki lebih daripada satu jenis gaya minda yang

disebut bimodal. Individu sebegini memiliki keutamaan pembelajaran yang pelbagai

di mana ia lebih fleksibel kemampuannya untuk berhubungan dengan pensyarah dan

suasana pembelajaran.

Secara ringkas, individu CS cenderung kepada dunia fizikal dan hands-on yang

berstruktur, tertib dan boleh dijangka (cth: juruteknik), sementara individu AS

menyukai tugas-tugas bersifat pemikiran reflektif dan korelasi yang berkeadaan

intelek dan rasional (cth: ahli akademik). Bagi individu AR, mereka cenderung

kepada tugas-tugas bukan fizikal dan harmoni yang menuntut ekspresi emosi dan

kreativiti (cth: ahli puisi) manakala individu CR lebih berminat kepada tugas-tugas

penyelidikan serta berisiko (cth: ahli seni perfileman) (Gould & Caswell, 2006).

Menurut Gregorc (1982) setiap orang tidak semestinya memiliki gaya minda yang

tunggal. Ada individu yang memiliki lebih daripada satu jenis gaya minda yang

disebut bimodal. Individu sebegini memiliki keutamaan pembelajaran yang pelbagai

di mana ia lebih fleksibel kemampuannya untuk berhubungan dengan pensyarah dan

suasana pembelajaran.

3.0 METODOLOGI

3.1 Peserta Kajian

Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar program Sijil Kejuruteraan Mekanikal semester

empat kursus Teknologi Bahan 1 (J3022) yang kami kendalikan pada sesi Julai 2009.

Seramai 30 orang pelajar bersetuju untuk terlibat dalam kajian ini. Daripada total

peserta, lima orang adalah pelajar mengulang kursus ini.

Page 131: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

131

3.2 Kaedah Kajian

Kajian tindakan ini dimulakan dengan mengedarkan kertas pra-ujian bagi kursus

J3022 kepada pelajar. Kemudian pelajar akan diajar dengan strategi pengajaran yang

pelbagai menurut gaya pembelajaran pelajar. Topik yang dipilih adalah Kerja-Kerja

Logam dengan objektif agar di akhir pembelajaran pelajar dapat: (i) menjelaskan

maksud proses kerja sejuk dan proses kerja panas; (ii) menyenaraikan jenis-jenis

proses kerja sejuk dan proses kerja panas; dan (iii) menyenaraikan kebaikan dan

keburukan proses kerja sejuk dan proses kerja panas. Sebelum mengakhiri sesi kajian,

pelajar diberi pasca-ujian yang berkaitan dengan topik tersebut. Bentuk soalan tidak

jauh berbeza dengan pra-ujian. Gaya pembelajaran pelajar turut diindentifikasi dengan

menggunakan Gregorc Style Delineator (GSD) (Gregorc, 2004) sementara respon

pelajar terhadap gaya pengajaran pensyarah diperolehi melalui soal selidik pada

penghujung sesi kajian.

3.5 Strategi P&P

Pengajaran dan pembelajaran akan dilakukan selepas pra-ujian. Rencaman teknik

pengajaran menurut Model Gaya Minda Gregorc (1982) digunakan bagi merangsang

pembelajaran pelajar. Terlebih dahulu nota edaran diagihkan, diikuti dengan

pembentangan objektif pembelajaran bagi menarik perhatian pelajar CS. Kemudian

persembahan video proses pembuatan trompet ditayangkan sebelum penerangan

dibuat. Teknik ini menjadi stimulasi kepada pelajar CS dan CR kerana mereka

cenderung kepada pembuktian yang konkrit. Potensi peserta AR dan CR juga

dicungkil dengan set induksi tersebut memandangkan mereka gemar membuat

hipotesis dengan intuisi masing-masing..

Selepas itu persoalan-persoalan seperti “Apa yang diperhatikan?”, “Bagaimana ia

dilakukan?”, “Mengapa menggunakan teknik demikian?”dan “Apakah komponen atau

peralatan lain yang mungkin menjalani proses yang sama?”. Si AS dijangka akan

menunjukkan kelebihan analitikal ketika itu.

Disamping itu gambarajah skematik yang menerangkan jenis-jenis proses

dibentangkan. Ia akan diselangi dengan perbincangan-perbincangan ringkas dalam

kumpulan kecil pelajar apabila beberapa persoalan dibangkitkan selepas sedikit

penerangan. Kerjasama dalam kumpulan dipercayai boleh menyenangkan pelajar CR

dan AR. Pada pengujung sesi P&P, peserta diminta untuk membuat beberapa

kesimpulan. Keadaan ini membuka ruang kepada peserta AS untuk menunjukkan

kebolehannya memindahkan pengetahuan dan idea.

3.6 Instrumentasi

Pra-ujian dan pasca-ujian dibangunkan dengan memenuhi kehendak objektif-objektif

pembelajaran bagi topik terbabit dengan mengadaptasi beberapa soalan peperiksaan

akhir yang lalu. Ini adalah bertujuan bagi menjamin kesahan soalan-soalan yang akan

diberikan kepada peserta.

Sementara GSD (Gregorc, 2004) digunakan dalam kajian ini untuk mengenal pasti

gaya minda peserta. Kebolehpercayaan GSD telah diuji dengan kaedah konsistensi

dalaman menggunakan alpha Cronbanch dan juga kaedah kestabilan di antara

Page 132: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

132

pengurusan ujian yang pertama dan kedua melalui membabitkan pekali korelasi bagi

ujian pra-pasca. Gregorc (1982) melaporkan julat Alpha Cronbanch adalah di antara

0.89 dan 0.93 manakala pekali korelasi di antara ujian pertama dan ujian kedua adalah

berjulat antara 0.85 ke 0.88 untuk keempat-empat gaya minda (Thompson et al.,

2002).

Respon pelajar terhadap gaya pengajaran pensyarah turut diambil melalui soalan

terbuka dalam soal-selidik yang akan diedarkan penghujung sesi kajian ini. Soalan-

soalan yang ditanya adalah seperti: “Adakah kamu suka dengan teknik pengajaran

yang dilaksanakan seperti tadi?”; “Perlukah teknik pengajaran seperti ini dilaksanakan

oleh pensyarah selepas ini?”; dan “Apa yang kamu boleh terangkan tentang teknik

pengajaran pensyarah tadi?”.

4.0 DAPATAN

4.1 Taburan Gaya Minda

Gaya minda peserta dilihat bervariasi dengan kebanyakan mereka memiliki gaya

minda bimodal

(n = 28, 60.0%). Pemilikan gaya minda CS-AS-AR mencatatkan frekuensi yang

tertinggi (n = 8, 26.7%). Tiga gaya minda dominan yang paling rendah menunjukkan

frekuensi seramai seorang (3.3%) dengan masing-masing gaya minda jenis AS, CS-

CR dan AS-AR. Majoriti peserta (96.7%) memiliki lebih daripada satu jenis gaya

minda. Ini seharusnya menjadi satu kelebihan dalam menyerap pelbagai teknik

pengajaran di dalam bilik kuliah. Jadual 1 memperincikan gaya minda peserta.

Jadual 1: Frekuensi taburan gaya minda pelajar

Gender Gaya Minda

Dominan Lelaki Perempuan Total

AS 0.0 1.0 1.0

(0.0%) (9.1%) (3.3%)

CS-AS 3.0 1.0 4.0

(15.8%) (9.1%) (13.3%)

CS-AR 4.0 3.0 7.0

(21.1%) (27.3%) (23.3%)

CS-CR 1.0 0.0 1.0

(5.3%) (0.0%) (3.3%)

AS-AR 1.0 0.0 1.0

(5.3%) (0.0%) (3.3%)

AS-CR 2.0 0.0 2.0

(10.5%) (0.0%) (6.7%)

AR-CR 1.0 2.0 3.0

(5.3%) (18.2%) (10.0%)

CS-AS-AR 6.0 2.0 8.0

(31.6%) (18.2%) (26.7%)

AS-AR-CR 1.0 2.0 3.0

(5.3%) (18.2%) (10.0%)

19.0 11.0 30.0 Total

(100.0%) (100.0%) (100.0%)

Page 133: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

133

4.2 Prestasi P&P

Prestasi peserta dinilai menurut peningkatan peratusan pencapaian ujian dengan

membezakan skor antara pra-ujian dan pasca-ujian. Analisis menunjukkan min

peningkatan skor adalah M = 46.1, SD = 15.2. Separuh daipada peserta (n=15)

mencatatkan peningkatan kurang daripada 50%. Ini disebabkan oleh 14 orang peserta

(46.7%) gagal melepasi keputusan 50% dalam pasca-ujian. Dapatan juga

menunjukkan seramai lima peserta (16.7%) mengalami peningkatan skor paling

banyak iaitu sebanyak 23.1. Prestasi minimum dan maksimum adalah masing-masing

19.3 dan 69.2. Daripada Rajah 2, graf dilihat cenderung kepada bentuk pencong

negatif. Ini membuktikan prestasi adalah lemah.

69.2

65.4

63.5

61.6

61.5

59.7

57.7

53.8

52.0

51.9

48.0

48.1

46.2

44.2

38.5

36.6

34.6

23.1

19.3

59.6

0

1

2

3

4

5

6

Peningkatan Skor

Frekuen

si

Rajah 2: Prestasi pelajar (perbezaan pasca-ujian dan pra-ujian)

4.3 Sikap Terhadap Strategi Pengajaran

Semua peserta memberi respon yang positif dengan persoalan “Adakah kamu suka

dengan teknik pengajaran yang dilaksanakan sebentar tadi?”. Rata-rata mengatakan

bahawa teknik pengajaran yang digunakan adalah mudah difahami. Sebahagian

daripada mereka turut bersetuju teknik tersebut membuatkan mereka mudah

mengingati pengajaran. Tiada perbezaan ketara respon di antara pelajar yang pernah

mengulang kursus ini dan pelajar kali pertama.

Tayangan video mengenai kerja-kerja logam dilihat sebagai kekuatan dalam P&P.

Seorang peserta yang mengulang kursus ini menyatakan:

R1 : “...senang masuk otak dan terus ingat kerana belajar dan

terus uji apa yang telah dibelajar sebentar tadi.”

Page 134: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

134

Seperti yang dijangkakan, pelajar apabila dirangsang dengan kaedah yang sesuai

berpotensi menarik minat mereka dengan menyediakan ruang pembentukan pola

pemikiran ke atas topik yang dibincangkan:

R2 : “Saya suka sebab ada slide gambar dan contoh bahan kerja

yang ditunjukkan [pada] setiap [sub-] topik. .Ini

menyebabkan saya berfikir panjang terhadap apa yang

diajarkan.”

R3 : “..saya suka kerana ia diberikan gambaran awal dan

pengajaran melibatkan video dan contoh [adalah] mengikut

kegunaan harian.”

R4 : “...proses pembelajaran tadi memerlukan pelajar untuk

berfikir.”

Perbincangan ringkas dalam kumpulan dan cungkilan persoalan-persoalan kepada

peserta nyata mampu menyediakan stimulasi bagi peserta yang memiliki gaya minda

AS. Ekspresi peserta tersebut boleh dilihat melalui pernyataan berikut:

R5 : “..teknik pengajaran [ini] adalah seronok kerana berada

dalam kumpulan...”

R6 : “...mudah faham dan senang untuk bertanya jika tidak

faham.”

R7 : “..dapat memberikan maklumat serta membolehkan kami

bertukar-tukar pendapat...kami dapat bekerjasama dalam

kumpulan.”

Teras strategi P&P yang telah dilakukan adalah dengan mempelbagaikan teknik

pengajaran. Ia adalah bermotifkan stimulasi kecenderungan pelajar dalam P&P

dengan memanipulasi gaya minda mereka bertujuan untuk menarik minat pelajar.

Secara kolektif dapatan sikap peserta menggambarkan mereka bersetuju dengan

teknik pengajaran yang digunakan.

5.0 PERBINCANGAN, IMPLIKASI & KESIMPULAN

Kajian ini menunjukkan lebih daripada separuh pelajar memiliki gaya minda trimodal.

Seharusnya mereka mempunyai penerimaan yang lebih meluas terhadap pengajaran.

Secara keseluruhan, hal ini dibuktikan dengan peningkatan skor di antara pra-ujian

dan pasca-ujian oleh semua peserta. Walaubagaimanapun peningkatan ini dilihat

sebagai lemah. Ketika sikap peserta menunjukkan positif apabila aktiviti P&P

dipelbagaikan menurut kecenderungan gaya pembelajaran mereka, pencapaian peserta

masih lagi tidak memberangsangkan. Ini disokong oleh Rinaldi dan Gurung (2006)

yang telah mendapati aktiviti yang berbeza dan memfokus kepada gaya pembelajaran

yang berbeza tidak menunjukkan kesan ke atas keberkesanan dalam pembelajaran.

Page 135: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

135

Disebalik dapatan kajian ini kami pasti terdapat faktor lain yang mempengaruhi

pencapaian pelajar dalam kursus ini. Kemungkinan wujud kesan daripada tahap

pendidikan dan motivasi pelajar seperti yang dicadangkan oleh Brown (2003).

Apabila ini berlaku, kesepadan gaya pembelajaran antara pelajar dan pensyarah tidak

lagi menjamin pencapaian yang besar. Demikian juga dengan sikap pelajar terhadap

teknik pengajaran pensyarah. Sikap yang positif tidak boleh dijadikan sebagai

indikator yang mutlak untuk meramal pencapaian pelajar. Oleh itu keperluan untuk

memahami motivasi dalam pembelajaran dan kesinambungan proses memahami

pelajar adalah menjadi suatu kepentingan dalam kursus Teknologi Bahan 1 selepas

ini.

Di suatu aspek, kami agak setuju dengan keluhan pelajar yang menyatakan kursus

teori adalah susah! Dalam kursus ini beberapa maklumat perlu disimpan dalam

memori. Keupayaan memori dilihat kritikal dalam kursus ini. Sebelum pasca-ujian

dilaksanakan, peserta diminta untuk membuat semakan ke atas nota dalam jangka

masa yang amat terhad (10 minit). Berkemungkinan masa mengingat atau menghafal

maklumat adalah tidak mencukupi. Kemampuan kecerdikan juga penting dalam

menduduki kursus ini. Mereka perlu bijak untuk mengaitkan sesuatu teori kepada

teori yang lain atau dengan pengalaman sendiri.

Berdasarkan kajian ini, kami mencadangkan bahawa pelajar memerlukan suasana

pembelajaran seperti ini secara berterusan. Adalah tidak mencukupi bagi pelajar untuk

“menikmati” persekitaran pembelajaran seumpama ini bagi sesuatu topik.

Eksploitasi gaya pembelajaran pelajar mungkin dipandang tradisional sifatnya.

Namun kami melihat ia berpotensi untuk dimanfaatkan dalam aktiviti P&P

berdasarkan ciri-ciri lazim individu. Walaupun faktor kepelbagaian tidak terhad

kepada gaya pembelajaran semata-mata, kajian ini telah menyediakan bukti secara

emperikal mengenai pengaruh gaya pembelajaran dan kehadiran beberapa aspek

dalam meramal prestasi P&P seperti yang dibincangkan.

6.0 BATASAN KAJIAN

Disebabkan kami cuba melihat kesan kepelbagaian aktiviti pengajaran terhadap

pencapaian pelajar melalui saluran gaya pembelajaran, kajian ini tidak mengukur

keberkesanan sesuatu aktiviti seperti paparan video, aktiviti perbincangan dan soal-

jawab dalam proses P&P ke atas pelajar. Kami berpendapat bahawa kehadiran

persoalan-persoalan keberkesanan aktiviti tersebut secara berasingan hanya akan

menimbulkan komplikasi untuk menganilisa respon peserta terhadap aktiviti yang

mereka cederung. Tambahan pula kajian ini tidak dapat untuk digeneralisasikan

kepada semua pelajar yang mengambil kursus ini.

7.0 RUJUKAN

Brown, B. L. (2003). Teaching style vs. learning style. Myths and realities, (Dokumen

ERIC No. ED 482329), 26, 2-4.

Page 136: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

136

Daly, J., A., Bell, R., A., & Korinek, J. (1987). Interrelationship among attitudes

towards academic subject. Contemporary educational psychology, 12, 147-

155.

Felder, R. M., & Henriques, E. R. (1995). Learning and teaching styles in foreign and

second language education. Foreign Language Annals, 28(1), 21–31.

Felder, R. M., & Silverman, L. K.(1988). Learning and teaching styles in engineering

education. Engineering Education, 78(7), 674–681.

Fuller, D., Norby, R. F., Pearce, K., & Strand, S. (2000). Internet Teaching By Style:

Profiling the on-line professor. Educational Technology & Society, 3(2), 71-

85.

Gould, T. E., & Caswell, S. V.(2006). Stylistic learning difference between

undergraduate athletic training students and educators: Gregorc mind style.

Journal of Athletic Training, 41(1), 109-116.

Gregorc, A. F. (1982). An adult's guide to style. Columbia, CT: Gregorc Associates.

Gregorc, A. F. (2004). Gregorc style delineator: A self-assessment instrument for

adults. Columbia, CT: Gregorc Associates.

Harasym, P. H., Leong, E. J., Lucier, G. E., & Lorscheider, F. L. (1995). Gregorc

learning style and achievement in anatomy and psychology. Advance in

Psychology Education, 13(1), 56-60.

Kolb, D. A., (1984). Experiential learning: Experience as the source of learning and

development. New Jersey: Prentice-Hall.

Kulinna, P. H., & Cothran, D. J. (2003). Physical education teachers self-reported use

and perceptions of various teaching styles. Learning and instruction,13(6),

597-609.

Makri-Botsari, E. (1999). Academic Intrinsic Motivation: Developmental Differences

and Relations to Perceived Scholastic Competence, Locus of Control and

Achievement. Evaluation and research in education, 13(3), 157-171.

Miller, L. M. (2005). Using learning styles to evaluate computer-based instruction.

Computer in Human Behavior, 21, 287-306.

Potter, M., & Maccaro, K. (2000). The business of teaching business. Journal of

business education, 1. Dicapai pada Ogos 2006 dari

http://abe.villanova.edu/proc2000/n034.pdf.

Ramlee Mustapha, Ruhizan Mohd Yasin, Hamdan Mohd Ali (2003). Integrasi

Akademik dan Vokasional: Rasional dan Cabaran. Jurnal pendidikan, 28, 77-

90.

Rinaldi, C., & Gurung, R.(2006). Should teaching and learning styles match? A

Journal of the the Scholarship of Teaching and Learning. Dicapai pada

September 2006 dari

http://www.uwosh.edu/programs/teachingforum/public_html/?module=display

story&story_id=648&format=html

Rindermann, H., & Neubauer, A., C. (2001). The influence of personality on three

aspects of cognitive performance: processing speed, intelligence and school

performance. Personality and individual differences, 30, 829-842.

Rodolico, J. T. (2002). Teaching cognitive learning strategies and vocabulary testing.

Hwa Kang Journal of TEFL, 8, 1-20. Dicapai pada Disember 2005 dari

http://www.hkjtefl.org/2002-Rodolico-Teaching.html

Rohaila Yusof, Norasimah Othman & Faridah Karim (2005). Strategi pembelajaran

pengalaman berasaskan model Kolb dalam pendidikan perakaunan. Jurnal

pendidikan, 31, 113-128.

Page 137: Digest Poli Kk Zswak

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

137

Ryan, R., M., Mims, V., & Koestner, R. (1983). Relation of reward contingency

interpersonal context to intrinsic motivation: A review and test using cognitive

evaluation theory. Journal of personality and social psychology, 45(4), 736-

750.

Sizoo, S. L., Agrusa, J. F., & Iskat, W. (2005). Measuring and developing the learning

strategies of adult career and vocational education students. Education, 125(4),

527-538.

Stitt-Gohdes, W. L. (2001). Business education students’ perferred learning styles.

Journal of Career and Technical Education, 18(1), 32-45.

Thompson, D., Orr, B., Thompson, C., & Park, O., (2002). Preferred learning style of

postsecondary technical institute instructors. Journal of Industrial Teacher

Education, 39(4). Dicapai pada Mac 2006 dari

http://scholar.lib.vt.edu/ejournals/JITE/v39n4/thompson.html.

Thompson, D., Orr, B., Thompson, C., & Park, O., (2002). Preferred learning style of

postsecondary technical institute instructors. Journal of Industrial Teacher

Education, 39(4). Dicapai pada Mac 2006 dari

http://scholar.lib.vt.edu/ejournals/JITE/v39n4/thompson.html.

Wintergerst, A. C., DeCapua, A., & Itzen, R. (2001). The construct validity of one

learning styles instrument. System, 29, 385-403.