diari konsep geografi 942/1 bab 11: unsur cuaca dan iklim

Download Diari Konsep Geografi 942/1 Bab 11: Unsur Cuaca dan Iklim

If you can't read please download the document

Upload: cikgunikmie

Post on 12-Jun-2015

806 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

Bab 11: Unsur Cuaca dan Iklim, Sinaran dan Bahangan serta Bajet Haba Konsep/Huraian 1. Cuaca Merujuk kpd fenomena harian yg sentiasa berubah mengikut masa dan tempat. Cth, cuaca temapt A tidak sama dgn tempat B w/pun hanya beberapa kilometer. 2. Iklim Merujuk kpd purata unsur cuaca spt suhu, hujan, kelembapan udara dlm temph 35 thn dan iklim meliputi skala yg luas spt sebuah negara atau wilayah. 3. Suhu Darjah kepanasan udara di sesuatu tempat kesan bahangan matahari. Index suhu diukur dlm unit darjah celsius oleh dgn menggunakan alat Termometer Six. 4. Kerpasan Merangkumi hujan, salji, hujan batu dan hujan beku. Unsur kerpasan yg paling penting ialah hujan. Hujan terjadi akibat proses pemeluwapan dan kondensasi. 5. Kelembapan udara Merujuk kpd jmlh wap air yg terdpt dlm udara. 6. Kelembapan mutlak Kandungan wap air yg sebenarnya terdpt dlm udara pd satu masa (dinyatakan dlm unit gram semeter padu gm/m3). 7. Kelembapan bandingan Nisbah jmlh wap air yg sebenarnya terdpt dlm udara berbanding dgn jmlh wap air yg boleh ditampung oleh udara berkenaan dlm keadaan suhu tertentu (dinyatakan dlm bentuk peratus). Kelembapan bandingan 100 peratus menandakan udara mencapai tahap tepu dan berada pd takat suhu mengembun. 8. Awan Merupakan titisan air yg sgt halus yg berdiameter antara 0.02mm 0.06 mm serta terapung di udara. Terbentuk akibat penyejukan udara di bawah takat beku yang meyebabkan wap air terpeluwap di atmosfera. 9. Tekanan udara Merupakan tekanan yg dihasilkan oleh atmosfera terhdp permukaan bumi. Berubah-ubah mengikut ketinggian. Disukat dengan alat barometer aneroid dlm unit milibar (mb) . 10. Angin Adalah udara yg bergerak mendatar. Bertiup dari kawasan tekanan udara tinggi ke kawasan tekanan udara rendah. Alat yg digunakan utk mengukur halaju angin ialah anemometer dan kesan halajunya dilihat berdasarkan skala Beufort . 11. Bajet haba/Imbangan haba Kesimbangan yg berlaku antara jmlh bahangan m/hari yg msk ke sistem bumi dgn jmlh bahangan bumi yg dibebaskan semula ke angkasa 12. Serakan Partikel-partikel dlm atmosfera akan menyerak banhangan m/hari secara mendatar apabila bahangan tersebut dipancarkan kepadanya. Serakan bergantung kepada saiz partikel berbanding dgn jarak gelombang bahangan suria. 13. Serakan Rayleigh Berlaku sekiranya saiz partikel lebih kecil dari jarak gelombang (0.45 mikron)

menyebabkan langit berwarna biru. 14. Serakan Mei Berlaku sekiranya saiz partikel sama besar dgn jarak gelombang menyebabkan langit berwarna kekuningan. 15. Serapan Banhangan m/hari diserap oleh waip air + karbon dioksida (15%) dan ozon (2%). 36% mengalami albedo (pembalikan olh sistem bumi). 47% shj sampai ke permukaan bumi. 16. Balikan/pantulan Bahangan m/hari akan dipantulkan semula ke angkasa lepas apabila terkena partikelpartikel yg berwarna cerah seperti manik hujan. 17. Albedo Darjah keputihan atau kecerahan permukaan bumi yg memantulkan kembali sinaran m/hari. Ini bermakna nisbah antara cahaya yg dipantulkan dgn cahaya yg diterima olh permukaan bumi. 18. Output suria Kadar pengeluaran tenaga elektromagnet olh pusat m/hari. Bergantung kpd kadar pertukaran hidrogen kpd helium. Jika byk hidrogen di tukar kpd helium maka suhu m/hari menjadi lbh panas dan tenaga elektromagnet yg terhasil juga tinggi. 19. Kadar tukaran normal Bagi setiap kenaikan 100 meter suhu akan jatuh sebanyak 0.65 darjah C. 20. Olak suhu Keadaan yg wujud apabila semakin tinggi muka bumi suhu sekitarnya juga akan meningkat. 21. Olak suhu permukaan Berlaku hampir dgn permukaan bumi pada waktu malam akibat penyerapan bahangan bumi olh lapisan bawah atmosfera. 22. Olak suhu di atas permukaan Terjadi di lapisan atmosfera atas yg jauh dr permukaan bumi. Berlaku akibat pertembungan dus jisim udara yg panas dan sejuk yg mempunyai ketumpatan yg berlainan. Akibat pertembungan, jisim udara panas akan naik ke atas manakala jisim udara sejuk akan turun ke bawah. Justeru itu akan kedapatan peningkatan suhu apabila ketinggian meningkat. Sumber: Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Fizikal, STPM