diari mingguan pengurusan kokurikulum

42
TAJUK BUKU LOG KURSUS : PENGURUSAN KOKURIKULUM (KUMPULAN D) KOD KURSUS : CMP 2011 NAMA : NUR KAREENA AQILA BINTI MAHDZIR NO MATRIK : D20121058364 SEMESTER : SEMESTER 1 2012/2013 NAMA PENSYARAH : EN. YUSRI BIN YASIN TARIKH HANTAR : 15 DISEMBER 2012

Upload: nur-kareena

Post on 20-Jun-2015

5.110 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

TAJUK

BUKU LOG

KURSUS :

PENGURUSAN KOKURIKULUM (KUMPULAN D)

KOD KURSUS :

CMP 2011

NAMA : NUR KAREENA AQILA BINTI MAHDZIR

NO MATRIK : D20121058364

SEMESTER : SEMESTER 1 2012/2013

NAMA PENSYARAH : EN. YUSRI BIN YASIN

TARIKH HANTAR : 15 DISEMBER 2012

Page 2: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

DIARI MINGGUAN

TARIKH : 15 September 2012 MASA : 0800 – 1000

22 September 2012

NOTA PEMBELAJARAN AKTIVITI

Pengenalan mengenai kursus pengurusan kokurikulum.

Pengenalan atau pengetahuan asas dalam pengurusan kokurikulum.

Pengajaran dan pembelajaran mengenai pengurusan kokurikulum dan pengelolaan

kokurikulum.

Pembahagian ahli-ahli kumpulan D Pengurusan Kokurikulum kepada 10 kumpulan kecil iaitu

satu kumpulan mempunyai ahli 15 orang.

Kumpulan-kumpulan kecil tersebut pula diberikan masa untuk membincangkan mengenai

program yang akan dibuat.

TUGASAN / BAHAN AKTIVITI

1. RUJUK LAMPIRAN

REFLEKSI

Dapat mengetahui mengenai apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan pengurusan

kokurikulum.

Dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai aspek-aspek dalam pengurusan

kokurikulum.

Dapat mengenal ahli-ahli kumpulan dengan lebih rapat.

Page 3: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

DIARI MINGGUAN

TARIKH : 29 September 2012 MASA : 0800 – 1000

NOTA PEMBELAJARAN AKTIVITI

Rombakan semula kumpulan daripada 10 kumpulan kepada 5 kumpulan sahaja. Dimana

setiap kumpulan terdiri daripada lebih kurang 30 orang ahli.

Perbincangan semula mengenai program yang akan dikendalikan.

Pengajaran dan pembelajaran mengenai pengurusan persatuan/ kelab / dan unit

beruniform di sekolah.

Mahasiswa di dekatkan dengan pelbagai pendedahan berdasarkan pengalaman pensyarah.

Mahasiswa juga didedahkan dengan kaedah untuk membuat kertas kerja.

TUGASAN / BAHAN AKTIVITI

1.RUJUK LAMPIRAN

REFLEKSI

Mahasiswa dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai tugas setiausaha,

mengenai aspek surat menyurat, pengurusan mensyuarat rasmi, tugas-tugas ahli

jawatankuasa.

Dengan itu, mahasiswa dapat mengaplikasikan ilmu-ilmu tersebut semasa membuat

program yang telah ditetapkan sendiri oleh kumpulan masing-masing.

Mahasiswa dapat mengetahui cara yang betul dalam menyediakan satu kertas kerja.

Page 4: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

DIARI MINGGUAN

TARIKH : 6 Oktober 2012 MASA : 0800 – 1000

NOTA PEMBELAJARAN AKTIVITI

Pembentangan oleh ketua-ketua kumpulan.

Sebanyak 5 kertas kerja telah dibentangkan pada minggu ini.

Antara program yang telah dibentangkan dalam kuliah pada minggu ini ialah Kejohanan

Futsal, Kejohanan Bola Tampar, bengkel kecemasan awal serta Jabatan Pertahanan

Awam.

TUGASAN / BAHAN AKTIVITI

1. RUJUK LAMPIRAN

REFLEKSI

Mahasiswa dapat mengaplikasikan kerjasama antara kumpulan ketika

membentangkan kertas kerja kerana setiap ahli kumpulan membuat bahagian masing-

masing.

Contohnya, Bendahari membentangkan mengenai perbelanjaan yang diperlukan

ketika program dijalankan.

Page 5: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

DIARI MINGGUAN

TARIKH : 13 Oktober 2012 MASA : 0800 – 1000

NOTA PEMBELAJARAN AKTIVITI

Pengajaran dan pembelajaran mengenai pelaksanaan kokurikulum di sekolah.

TUGASAN / BAHAN AKTIVITI

1. RUJUK LAMPIRAN

REFLEKSI

Mahasiswa dapat mempelajari mengenai hal-hal yang berkaitan dengan aspek

pelaksanaan pengurusan kokurikulum.

Kuliah pada minggu ini dapat member pendedahan awal kepada mahasiswa sebelum

menjalani praktikum pada semester 6 nanti.

Page 6: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

DIARI MINGGUAN

TARIKH : 11 November 2012 MASA : 0800 – 1000

NOTA PEMBELAJARAN AKTIVITI

Pelaksanaan program pertama yang telah dibentangkan pada minggu ke-4.

Program yang dijalankan adalah program Kejohanan Futsal.

Program ini disertai oleh mahasiswa daripada kumpulan D sendiri.

Terdapat penyertaan daripada kumpulan lelaki dan kumpulan lelaki.

Kerjasama diantara ahli kumpulan dapat dilihat melalui program ini.

TUGASAN / BAHAN AKTIVITI

1.RUJUK LAMPIRAN

REFLEKSI

Melalui program ini, mahasiswa dapat menyerlahkan bakat dalam bidang sukan.

Selain daripada itu, mahasiswa juga dapat meningkatkan kecerdasan diri serta dapat

menghilangkan tekanan.

Mahasiswa dapat belajar bekerjasama dengan ahli kumpulan, memberi sokongan

kepada ahli-ahli kumpulan yang menyertai kejohanan ini.

Page 7: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

DIARI MINGGUAN

TARIKH : 24 Oktober 2012 MASA : 0800 – 1000

NOTA PEMBELAJARAN AKTIVITI

Follow up oleh pensyarah mengenai program yang masih belum berjalan.

Ketua-ketua berbincang dengan pensyarah mengenai program yang akan diadakan.

TUGASAN / BAHAN AKTIVITI

1.RUJUK LAMPIRAN

REFLEKSI

Keseluruhan aktiviti dijalankan selepas berbincang dengan pensyarah

Page 8: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

DIARI MINGGUAN

TARIKH : 4 Disember 2012 MASA : 2000 - 2300

NOTA PEMBELAJARAN AKTIVITI

Aktiviti Bengkel Pertolongan Cemas yang disampaikan oleh En. Mohd Faiz.

Di dalam bengkel ini disampaikan maklumat mengenai jenis-jenis darah, jenis salur darah,

jenis luka, akibat luka, jenis rawatan yang diperlukan, cara membuat ikatan buku sila, cara

untuk mengikat anduh bagi luka kecil dan luka besar dan aspek-aspek kebersihan ketika cuba

membuat pertolongan cemas.

TUGASAN / BAHAN AKTIVITI

1.RUJUK LAMPIRAN

REFLEKSI

Mahasiswa dapat mengetahui mengenai asas pertolongan cemas.

Mahasiswa jugak dapat berpeluang untuk mencuba membuat pertolongan cemas

ketika membuat praktikal secara berkumpulan.

Page 9: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

DIARI MINGGUAN

TARIKH : 5 Disember 2012 MASA : 2030 – 2330

NOTA PEMBELAJARAN AKTIVITI

Aktiviti Kejohanan Bola Tampar.

Pengarah Pengarah Mohd Amri bin Mohd Azlan.

Saya selaku Timbalan Pengarah.

Bertindak untuk mengendalikan keseluruhan aktiviti disamping membantu Pengarah.

TUGASAN / BAHAN AKTIVITI

1.RUJUK LAMPIRAN

REFLEKSI

Melalui program ini, mahasiswa dapat menyerlahkan bakat dalam bidang sukan.

Selain daripada itu, mahasiswa juga dapat meningkatkan kecerdasan diri serta dapat

menghilangkan tekanan.

Mahasiswa dapat belajar bekerjasama dengan ahli kumpulan, memberi sokongan

kepada ahli-ahli kumpulan yang menyertai kejohanan ini.

Page 10: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

DIARI MINGGUAN

TARIKH : 6 Disember 2012 MASA : 2030 – 2300

NOTA PEMBELAJARAN AKTIVITI

Aktiviti Malam Simfoni Budayasia oleh Kelab Kebudayaan di Dewan Kolej Zaaba

Pengarah program Mohd Fadhzil bin Md Idris

Kesemua kumpulan mengambil bahagian dalam malam ini.

Di antara aktiviti yang dilakukan ialah nyanyian dan lakonan.

TUGASAN / BAHAN AKTIVITI

1.RUJUK LAMPIRAN

REFLEKSI

Melalui program ini, mahasiswa dapat menyerlahkan bakat dalam kebudayaan.

Selain daripada itu, mahasiswa juga dapat meningkatkan kecerdasan diri serta dapat

menghilangkan tekanan.

Mahasiswa dapat belajar bekerjasama dengan ahli kumpulan, memberi sokongan

kepada ahli-ahli kumpulan yang menyertai malam ini.

Page 11: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

DIARI MINGGUAN

TARIKH : 15 Disember 2012 MASA : 0730 – 1230

NOTA PEMBELAJARAN AKTIVITI

Aktiviti Sehari Bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Pengarah Program Muhammad Ikhwan Muiz bin Mohd Rosdi.

Peserta diberikan taklimat sebelum membuat latihan kebakaran.

TUGASAN / BAHAN AKTIVITI

1.RUJUK LAMPIRAN

REFLEKSI

Mahasiswa dapat mempelajari serta mempraktikkan bagaimana untuk menggunakan

pemadam api sekiranya berlaku sebarang kebakaran.

Oleh itu, mahasiswa akan lebih berani untuk membantu sekiranya berlaku apa-apa

yang tidak diigini terutamanya kecemasan yang melibatkan kebakaran.

Page 12: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

Lampiran 1

Pengenalan kepada Pengurusan Kokurikulum

1.0 Pengenalan

Kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan

terancang yang sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Aktiviti, proses dan

isi kandungan pengajaran dan pembelajaran kokurikulum dilaksanakan samada melalui badan

beruniform, persatuan, kelab, sukan dan permainan.

2.0 Sejarah

Aktiviti kokurikulum di sekolah bermula sejak zaman penjajahan British.

1. 1909 - ditubuhkan pasukan Pengakap sekolah yang pertama di Singapura.

2. 1956 - Penekanan aktiviti kokurikulum oleh Kementerian Pendidikan secara

berkumpulan di dalam surat arahan School Course of Studies Regulation 1956.

3. 1985 - Mata pelajaran kokurikulum yang mengambil masa 60 minit dimasukkan ke

dalam jadual waktu persekolahan dalam KBSR.

3.0 Konsep

1. Sekitar tahun 60-an dan 70-an umumnya kokurikulum dianggap sebagai aktiviti

yang berasingan dan ia tidak begitu penting dalam perkembangan dan proses

pengajaran serta pembelajaran pelajar di sekolah.

2. Kini diterima sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah tetapi masih kurang

mendapat tempat sewajarnya berbanding kurikulum akademik.

3. Realitinya di antara kokurikulum dan kurikulum saling berkaitan dan segala

aktivitinya dapat mengukuhkan dan mengayakan pembelajaran pelajar di dalam

kelas.

Page 13: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

4.0 Falsafah

Gerak kerja kokurikulum diasaskan atas kepercayaan bahawa :

1. Semua murid mempunyai bakat dan minat yang boleh dimajukan.

2. Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri dan rakan sebaya.

3. Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental (intelek)

dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani.

4. Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid untuk keperluan masyarakat.

5. Masyarakat juga bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan dalam mendidik

murid.

5.0 Matlamat

1. Menyemai perasaan muhibbah perpaduan dan integrasi nasional di kalangan generasi

muda.

2. Peningkatan disiplin pelajar.

3. Pengalaman yang menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan formal.

4. Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sahsiah dan

kemasyarakatan di kalangan pelajar.

5. Menyumbangkan usaha membina iklim, budaya dan tempat yang menarik dan

menyeronokkan.

6. Perimbangan antara perkembangan intelek (akademik) dengan perkembangan jasmani,

rohani dan emosi.

7. Menyemai nilai-nilai pendidikan dalam gerak kerja kokurikulum

8. Pengisian masa lapang dengan berfaedah.

Page 14: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

6.0 Jenis-jenis aktiviti di dalam kokurikulum

Aktiviti Persatuan Nilai pendidikan umum

dan khusus Matlamat pendidikan

1. Kawat Semua pasukan pakaian

seragam

Bekerjasama,

pancaindera, sihat,

bertolak ansur, taat dan

mematuhi pemimpin,

cergas, cekap dan

sebagainya.

Bekerjasama,

pancaindera, sihat,

bertolak ansur, taat dan

mematuhi pemimpin,

cergas, cekap dan

sebagainya.

2. Perkhemahan Hampir semua pasukan

pakaian seragam dan

sesetengah persatuan

Bekerjasama, sihat,

cergas, tolong-

menolong,

siap sedia, berdikari,

berusaha dan

sebagainya.

Bekerjasama, sihat,

cergas, tolong-menolong,

siap sedia, berdikari,

berusaha dan

sebagainya.

3. Gotong-

royong

Hampir semua pasukan

pakaian seragam dan

sesetengah persatuan

Bekerjasama, tolong

menolong, berdikari,

simpati dan

menghormati

orang lain.

Bekerjasama, tolong

menolong, berdikari,

simpati dan menghormati

Page 15: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

Aktiviti Persatuan

Nilai pendidikan

umum dan

khusus

Matlamat pendidikan

4. Pengembaraan Pengakap, Pandu

Puteri,

Kadet, Kelab

Kembara

Bekerjasama, sihat,

cergas,

tolong-menolong,

berdikari

dan menyiasat.

Disiplin diri, cintakan

alam

sekitar, perpaduan dan

Bertanggungjawab

5. Perbahasan Bahasa dan persuratan Kepimpinan,

penggunaan

bahasa yang baik,

kesopanan, berfikiran

kritikal,

keyakinan diri dan

berhujah

dan baik.

Kepimpinan,

penggunaan

bahasa yang baik,

kesopanan, berfikiran

kritikal,

keyakinan diri dan

berhujah

dan baik.

6. Permainan Bola Jaring, Olahraga

dll.

Pemikiran strategik,

semangat kerjasama,

semangat kesukanan,

menghormati

peraturan,

keyakinan diri dan

tekun.

Pemikiran strategik,

semangat kerjasama,

semangat kesukanan,

menghormati

peraturan,

keyakinan diri dan

tekun.

Page 16: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

Lampiran 2

Contoh kertas kerja

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KERTAS KERJA

SUKAN BOLA TAMPAR

2012

TARIKH :

01 JANUARI 2010

TEMPAT :

DEWAN SITC

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ANJURAN:

KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT

PENGURUSAN KOKURIKULUM

UKT 1301

DENGAN KERJASAMA:

PUSAT KOKURIKULUM

Page 17: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan sumbangan kewangan

daripada Pusat Kokurikulum dengan tujuan berikut:

1.1 Untuk mendapatkan kelulusan program termasuk bantuan kewangan dari Pengarah

Pusat Kokurikulum.

2.0 PENGENALAN

Program ini adalah berdasarkan keperihatinan pihak mahasiswa terhadap perkara-perkara

berikut:

2.1 Latar belakang program yang akan dijalankan.

2.2 Menghuraikan kepentingan jika perlu melibatkan pihak luar.

2.3 Nyatakan pihak yang akan bekerjasama (jika ada)

3.0 OBJEKTIF

3.1 Nyatakan objektif/tujuan yang hendak dicapai.

3.2 Memberikan huraian okjektif yang mantap dan jelas maksudnya serta tidak meleret

leret.

3.3 Ada hubungkait dengan matlamat program, jika sekiranya bekerjasama dengan pihak

luar.

4.0 JUSTIFIKASI

Memberikan penjelasan mengenai keperluan untuk mengadakan program.

5.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : .......................................

Hari : .......................................

Tempat : .......................................

(Nyatakan justifikasi jika ingin mengadakan program di luar kampus.

6.0 SENARAI TETAMU KEHORMAT DAN PERASMI PROGRAM

Page 18: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

Senaraikan nama TETAMU KEHORMAT dan nyatakan nama PERASMI ( jika orangnya

berbeza )

7.0 SENARAI PENCERAMAH

Sila berikan maklumat lengkap mengenai setiap orang penceramah yang dicadang

8.0 KUMPULAN SASARAN/PESERTA

8.1 Nyatakan siapa peserta program(sama ada pelajar/kakitangan/ masyarakat luar

atau antarabangsa dan jumlahmya)

8.2 Berikan justifikasi (mengapa mereka dipilih)

8.3 Sertakan maklumat lengkap peserta

9.0 TENTATIF PROGRAM

Sediakan cadangan tentatif yang akan dilaksanakan dari awal hingga akhir program

termasuk aturcara perasmian dan penutup. Nyatakan juga masa, tempat, nama penceramah

dan tajuk penceramah.

10.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

10.1 Sediakan senarai nama penuh Ahli Jawatankuasa berserta nombor matrik dan

jawatan yang disandang serta peranan dan tugasnya.

10.2 Bagi melincinkan aktiviti/projek setiap ajk di atas boleh melantik ahli

jawatankuasa kecil masing-masing.

10.3 Semua jawatan dan ajk yang ditetapkan adalah kekal untuk digunakan bagi setiap

urusan surat menyurat.

11.0 ANGGARAN KEWANGAN

Nyatakan secara terperinci dan logik anggaran pendapatan dan perbelanjaan program dan

diperincikan mengikut butir-butir perbelanjaan. Nyatakan jumlah pembiayaan yang

diperlukan:

Page 19: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

11.1 Pendapatan

11.2 Perbelanjaan

11.3 Sumbangan

12.0 KEPERLUAN PERALATAN

Senarai keperluan-jika ada

13.0 PENUTUP

Nyatakan ucapan terima kasih dan memohon untuk pertimbangan dan kelulusan

14.0 TANDATANGAN

Sila sediakan ruang tandatangan nama penuh serta jawatan penyedia kertas kerja,

disemak oleh Tenaga Pengajar, diperakukan oleh Penyelaras, dan diluluskan oleh

Pengarah Pusat Kokurikulum.

PERHATIAN: Bagi program/aktiviti yang melibatkan kerjasama daripada persatuan/kelab,

kertas kerja untuk kelulusan aktiviti dan peruntukan kewangan harus disediakan oleh

pelajar kursus kokurikulum dan bukan daripada ahli jawatankuasa persatuan/kelab lain atau

instruktur kokurikulum.

Page 20: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

Contoh:

Disediakan

oleh:

Setiausaha,

Nama Program.

Nama Kursus Kokurikulum

Berkredit

........................................

( ) tel no.

Disemak

oleh:

Tenaga Pengajar

Nama Kursus Kokurikulum

Berkredit

........................................

( )

Diperakukan

oleh:

Penyelaras

Pusat Kokurikulum

........................................

( )

Diluluskan

oleh:

Pengarah,

Pusat Kokurikulum.

Universiti Pendidikan Sultan Idris

........................................................

( )

Page 21: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

Lampiran 3

Contoh pelaksanaan kokurikulum di sekolah

STRATEGI PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

Bil Perkara Tindakan Tarikh Laksana

1. Pendaftaran Pelajar

a) Edarkan borang pendaftaran kokurikulum

(BPK1, BPK2 & BPK3) kepada semua

pelajar.

b) Pastikan semua pelajar mendaftar dalam

ketiga-tiga komponen kokurikulum:

- Persatuan / Kelab

- Pasukan Pakaian Seragam

- Kelab Permainan

c) Kutip semula borang pendaftaran dan

asingkan ketiga-tiga bahagian mengikut

komponen kokurikulum tersebut.

d) Catatkan maklumat kokurikulum pelajar

dalam borang data kokurikulum (BDK)

dalam 2 salinan.

e) Serahkan semua borang pendaftaran dan

satu salinan asal borang data kokurikulum

(BDK) kepada Setiausaha Kokurikulum

sessi pagi / petang pada 15 Januari.

f) Setiausaha Kokurikulum menyerahkan

borang pendaftaran pelajar kepada Ketua

Guru Penasihat untuk dianalisa mengikut

tingkatan.

Setiausaha

Kokurikulum.

Penyelaras

persatuan,

pasukan pakaian

seragam dan

kelab permainan.

Guru Tingkatan.

Setiausaha

Kokurikulum.

Ketua Guru

Penasihat.

9 Januari

14 Januari

15 Januari

Page 22: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

g) Borang analisa kokurikulum yang telah

dilengkapi diserahkan kembali kepada

Setiausaha Kokurikulum untuk difotostat

dan difailkan.

Guru Tingkatan.

12 Januari

21 Januari

2. Pendaftaran Pelajar Baru

a) Kenal pasti pelajar baru di kelas masing-

masing.

b) Dapatkan borang pendaftaran

kokurikulum (BDK) daripada Setiausaha

Kokurikulum.

c) Agihkan borang kepada pelajar dan kutip

semula borang tersebut.

d) Pastikan pelajar memilih ketiga-tiga

komponen dalam kokurikulum dan catat

maklumat tersebut dalam borang data

kokurikulum pelajar (BDK).

e) Serahkan borang pendaftaran (BPK)

kepada Setiausaha Kokurikulum sessi pagi

/ petang.

Guru Tingkatan

Sepanjang Tahun

3. Data Kokurikulum Mengikut Kelas

a) Tuliskan nama penuh pelajar dalam huruf

BESAR. Gunakan borang BDK.

Guru Tingkatan

9 Januari

Page 23: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

b) Nama ditullis mengikut susunan abjad dan

didahului dengan senarai nama pelajar

lelaki.

c) Pelajar WAJIB menyertai ketiga-tiga

komponen kokurikulum.

d) Borang BDP yang lengkap diserahkan

kepada Setiausaha Kokurikulum pada 15

Januari.

e) Pada setiap hujung bulan, guru tingkatan

bertanggungjawab memaklumkan daata

terkini kepada Setiausaha Kokurikulum

jika ada sebarang perubahan. Jika tidak,

data awal dianggap sahih.

14 Januari

15 Januari

4. Data Kokurikulum Mengikut Tingkatan

a) Guru Ketua Penasihat mengisi borang data

kokurikulum mengikut tingkatan.

b) Tulis nama penuh pelajar mengikut

susunan abjad dengan mendahulukan nama

pelajar lelaki.

c) Gunakan borang berasingan mengikut

tingkatan.

d) Semua borang yang telah lengkap

hendaklah diserahkan kepada Setiausaha

Kokurikulum.

Semua Ketua

Penasihat.

Ketua Penasihat.

16 Januari

21 Januari

5. Aktiviti Mingguan

a) Aktiviti mingguan bagi persatuan dan

kelab dijalankan berasingan antara sessi

pagi dan petang mengikut jadual aktiviti

Semua Guru

Penasihat.

Setiap minggu

Page 24: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

yang telah ditetapkan. Contoh pada hari

Selasa dan Rabu.

b) Aktiviti pasukan pakaian seragam

ditetapkan setiap hari sabtu yang bukan

cuti umum.

- sebarang perubahan tarikh aktiviti atau

perjumpaan perlu dimaklumkan kepada

Setiausaha Kokurikulum / Guru Penolong

Kanan Kokurikulum.

c) Setiap persatuan / kelab mesti mengadakan

perjumpaan sekurang-kurangnya 10 kali

setahun.

6. Buku Laporan Persatuan / Kelab

a) Laporan mestilah ditulis oleh pelajar setiap

kali perjumpaan diadakan dan disahkan

oleh Guru Penasihat.

b) Buku laporan mesti mengandungi

maklumat:

- Nama Persatuan / Kelab

- Perlembagaan tahun semasa

- Laporan mesyuarat agung

- Rancangan tahunan

- Senarai nama ahli jawatankuasa dan

ahli

- Analisa / data ahli mengikut

tingkatan

- Jadual kedatangan pelajar

- Jadual kutipan yuran

- Penyata akaun bulanan

- Laporan mingguan

Ahli

Jawatankuasa

Persatuan dan

Kelab.

Semua Guru

Penasihat.

Setiap minggu

Awal tahun

Page 25: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

- Laporan aktiviti luar (jika ada)

- Laporan pelaksanaan kokurikulum

tahun semasa

- Data dan analisis penilaian ahli

- Laporan prestasi tahun semasa

- Penyata akaun terakhir / tutup

akaun.

c) Buku laporan mesti disimpan oleh Ketua

Penasihat / Guru Penasihat. Guru

Penasihat b ertanggungjawab

mengemukakan buku laporan apabila

diminta oleh Penyelaras Persatuan / Kelab /

Setiausaha Kokurikulum / Guru Penolong

Kanan Kokurikulum.

d) Buku laporan hendaklah dihantar kepada

Penyelaras Persatuan / Kelab setiap tiga

bulan sekali.

Guru Penasihat

Persatuan / Kelab

Semasa ke

Semasa

Akhir tahun

29 Mac

Page 26: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

28 Jun

29 September

7. Fail Persatuan / Kelab

a) Fail persatuan / kelab yang disimpan

dibilik Guru Penolong Kanan

Kokurikulum perlu dikemaskinikan dari

semasa ke semasa.

b) Segala kandungan dalam fail tersebut

mestilah lengkap seperti yang disenaraikan

di dalam fail masing-masing.

Guru Penasihat

Persatuan / Kelab

Sepanjang tahun

8. Buku Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO)

a) Guru Tingkatan

i) Memastikan semua pelajar mempunyai

buku GERKO pada awal tahun.

ii)Mengumpulkan buku GERKO pada 27

Ogos untuk membuat penilaian.

iii)Memindahkan penilaian yang dibuat

oleh

Guru Penasihat ke dalam buku GERKO.

iv)Membuat ulasan dalam buku GERKO.

v) Hantar buku GERKO dan senarai nama

pelajar kepada GURU PENYELARAS

TINGKATAN.

Guru Tingkatan

Semua Guru

Awal Tahun

27 Ogos

3 September

15 September

Page 27: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

vi)Serahkan semula buku GERKO kepada

pelajar setelah ditandatangani oleh

penyelaras-penyelaras.

b) Guru Penasihat

i) Mengumpul dan menandatangani

kedatangan pelajar di dalam buku

GERKO setiap kali mengadakan

perjumpaan.

ii)Serahkan semula buku GERKO kepada

pelajar selepas tamat aktiviti.

Tingkatan

Semua Guru

Tingkatan

Sepanjang Tahun

9. Mesyuarat AGung / Rancangan Tahunan / Senarai

Ahli Jawatankuasa

a) Persatuan / Kelab mengadakan Mesyuarat

Agung pada perjumpaan pertama.

b) Serahkan rancangan tahunan serta senarai

Ahli Jawatankuasa dan ahli kepada

Penyelaras Persatuan / Kelab pada 20

Februari: Sila gunakan borang-borang

yang disediakan.

Semua Guru

Penasihat

30 Januari

6 Februari

20 Februari

10. Pelajar Tingkatan 5 – Aktif Dalam Kokurikulum

a) Senarai nama pelajar berkenaan perlu

diserahkan.

b) Guru Penasihat diharap dapat mengenal

pasti ahli persatuan / kelab di kalangan

pelajar Tingkatan 5 yang aktif dan layak

Semua Guru

15 Ogos

15 Ogos

Page 28: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

menerima sijil, serahkan nama pelajar

tersebut kepada Setiausaha Kokurikulum.

c) Sijil-sijil penghargaan hanya diberi kepada

Ahli Jawatankuasa dan ahli yang aktif.

Penasihat

Setiausaha

Kokurikulum

11. Pertandingan

a) Pertandingan Kawat Kaki antara Pasukan

Pakaian Seragam Sekolah (Peringkat

Sekolah)

b) Setiap Pasukan Pakaian Seragam perlu

menyediakan satu pasukan untuk

pertandingan ini.

c) Larian Kecergasan akan dijalankan pada

satu tarikh yang ditetapkan.

d) Semua perjumpaan persatuan dan kelab

diteruskan bagi memberi peluang mereka

berlatih bagi menyertai pertandingan

peringkat kelab yang berbentuk karnival

yang akan berlangsung sepanjang tahun.

e) Butiran lengkap akan disediakan oleh

penyelaras masing-masing.

Semua Guru

Penasihat

Ahli

Jawatankuasa

Pertandingan

Semua Guru

Penasihat

Semua Penyelaras

2 Mei

11 Jan

26 April

14 Mei

30 Jun

14 Mei

12. Kerja Amal Kokurikulum – SEKOLAH KITA

Page 29: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

TANGGUNGJAWAB KITA

a) Persatuan / Kelab yang terpilih akan diberi

kawasan untuk dijaga kebersihan dan

keceriaan sepanjang tahun.

b) Ketua Penasihat bertanggungjawab

memastikan Ahli Jawatankuasa Persatuan /

Kelab masing-masing menyusun jadual

bertugas untuk tujuan tersebut.

c) Guru Penasihat bertanggungjawab

mengarahkan ahli-ahlinya membersihkan

kawasan apabila didapati kawasan tersebut

kotor, atau pada bila-bila masa yang

difikirkan perlu.

d) Peta lokasi akan dipaparkan di papan

kenyataan kokurikulum dan di bilik guru.

e) Pemeriksaan akan dibuat sepanjang tahun.

Ketua Keceriaan

dan Lanskap

Ketua Penasihat

Semua Guru

Penasihat

Penyelaras Papan

Kenyataan

Awal tahun

Awal tahun

Sepanjang tahun

22 Februari

Sepanjang tahun

13. Penilaian Kokurikulum

a) Penyelaras Kokurikulum, Penyelaras

Persatuan / Kelab dan Penyelaras Kelab

Permainan:

i) Mengedarkan borang penilaian kepada

pelajar melalui guru tingkatan.

Semua Penyelaras

20 Ogos

Page 30: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

ii)Mengumpul buku GERKO untuk

ditandatangani.

iii)Mengedarkan salinan sijil pelajar

Tingkatan 5.

iv) Mengumpul salinan sijil pelajar

Tingkatan 5 daripada guru tingkatan 5

dan menghantarnya ke pejabat untuk

urusan menaip.

v) Membuat analisis prestasi kokurikulum

mengikut tingkatan / jantina / bangsa

untuk dihantar ke Unit Kokurikulum,

Jabatan Pendidikan Negeri.

b) Ketua Guru Penasihat dan Guru Penasihat

i) Bertanggungjawab mengagihkan borang

penilaian kepada Guru-Guru Penasihat

lain dalam Persatuan / Kelab masing-

masing.

ii) Membuat penilaian dengan memberi

markah dan gred berdasarkan arahan

Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan

Negeri (Rujuk bahagian panduan

Setiausaha

Kokurikulum

Guru Penolong

Kanan

Kokurikulum

Ketua Guru

Penasihat

Semua Guru

Penasihat

3 September

20 September

18 September

20 Ogos -

27 Ogos

Page 31: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

pengurusan kokurikulum)

iii)Memastikan gred pencapaian ahli

Persatuan / Kelab masing-masing

direkodkan di dalam Buku Laporan.

iv)Ketua Guru Penasihat bertanggungjawab

menyerahkan semua borang penilaian

yang telah lengkap kepada Guru

Tingkatan.

c) Guru Tingkatan

i) Mengedarkan borang penilaian

kokurikulum kepada pelajar kelas

masing-masing.

ii) Merekodkan markah dan gred

pencapaian pelajar ke dalam buku

GERKO.

iii)Membuat ulasan yang membina serta

menandatangan buku GERKO pelajar.

iv)Memastikan semua maklumat pelajar

diisi dalam buku GERKO sebelum

dihantar kepada Penyelaras.

v) Mengedarkan buku GERKO kepada

Ketua Guru

Penasihat

Semua Guru

Tingkatan

27 Ogos

20 Ogos

27 Ogos -

3 September

4 September

Page 32: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

pelajar untuk ditandatangani oleh

ibubapa / penjaga dan disimpan oleh

pelajar sehingga tahun berikutnya.

5 September

14. Sijil Kokurikulum Tingkatan 5

a) Pengagihan Sijil Kokurikulum pelajar

kepada Guru Tingkatan mengikut kelas.

b) Guru Tingkatan memilih markah terbaik

daripada tempoh dua tahun terkini untuk

direkodkan dalam deraf sijil kokurikulum.

c) Pencapaian terbaik pelajar dicatat dan

ulasan diberikan berdasarkan pencapaian

pelajar.

d) Deraf sijil dihantar ke pejabat untuk ditaip

oleh jurutaip dan ditandatangani oleh Guru

Penolong Kanan Kokurikulum.

Setiausaha

Kokurikulum

Guru Tingkatan 5

Guru Tingkatan 5

3 September

3 September –

27 September

30 September

15. Laporan Pelaksanaan Kokurikulum

a) Semua Persatuan / Kelab / Pasukan Pakaian

Seragam / Kelab Permainan wajib

menyediakan laporan pelaksanaan

kokurikulum masing-masing.

b) Laporan tersebut hendaklah dibuat dengan

kemas dan menarik (bertaip) dalam kertas

A4 dan dijilid.

c) Gambar-gambar yang berkaitan perlu

disertakan sebagai bukti aktiviti telah

dijalankan.

Ketua Guru

Penasihat

Ahli Jawatankuaa

Persatuan / Kelab

/ Pasukan

Pakaian Seragam

/ Kelab

Permainan

Januari – Ogos

Page 33: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

d) Laporan mestilah mengandungi:

i) Nama Persatuan / Kelab / Pasukan

Pakaian Seragam / Kelab Permainan dan

tahun pada muka surat hadapan.

Contoh:

LAPORAN PELAKSANAAN

KOKURIKULUM PERSATUAN

BAHASA

MELAYU SESSI 2003

ii) Isi Kandungan

iii) Kata alu-aluan Guru Penasihat

iv) Kata alu-aluan Pengerusi

v) Latar belakang Persatuan (ringkas)

vi) Rancangan Tahunan

vii) Aktiviti sepanjang tahun serta gambar

viii) Pencapaian / Kejayaan sepanjang tahun

ix) Penilaian dan Penutup

x) Lampiran (jika perlu)

e) Bagi aktiviti yang melibatkan pertandingan,

jadual pertandingan yang melibatkan

pelajar dan keputusan pertandingan

hendaklah ditulis dengan lengkap.

f) Bagi Pasukan Pakaian Seragam, catatkan

Ketua Guru

Page 34: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

gred yang dicapai oleh ahli dalam bahagian

penilaian.

Contoh:

Taekwando – Tali pinggang hitam, 2 orang

(tulis nama dan tingkatan)

Penasihat

Ahli

Jawatankuasa

Persatuan / Kelab

/ Pasukan

Pakaian Seragam

/ Kelab

Permainan

30 Ogos

16. Penyerahan Bahan-Bahan Kokurikulum

a) Pastikan semua buku GERKO (biru0

diserahkan kepada pelajar.

b) Serahkan Buku Laporan yang lengkap

kepada Setiausaha Kokurikulum dan

pastikan fail kokurikulum masing-masing

dikemaskinikan dan diserahkan kepada

Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Guru Tingkatan

Guru Ketua

Penasihat

29 September

Page 35: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

Lampiran 4

Futsal

TEKNIK FUTSAL

FUTSAL

TEKNIK DASAR

Dalam futsal ada beberapa elemen dasar yang harus dipahami ketika bermain futsal,

secaraumum, tidak berbeda jauh dengan bermain sepak bola konvensional. Namun ada beberapa

yang perlu dilakukakan dengan keahlian khusus.

Berikut teknik-teknik dasar dalam futsal yang mutlak harus di kuasai oleh setiap pemain futsal:1.

Kontrol BolaTeknik mengontrol bola dalam permainan futsal dapat dilakukan dengan

menggunakan kakidalam, kaki luar dan telapak kaki sebelah depan memanfaatkan sol sepatu.

Teknik mengontrol bola dengan sol dalam futsal sangat penting sehingga harus dikuasai oleh

setiap pemain.2. Passing/PengumpanOperan bisa dilakukan dengan menggunakan beragam sisi

kaki. mau memakai kaki dalam, kakiluar, ujung kaki, tumit, atau sisi bawah tidak ada yang salah.

Namun yang paling baik adalahmenggunakan kaki dalam dengan arah mendatar. Pasalnya,

operan ini memiliki akurasi paling baik di banding yang lainnya. Termasuk umpan panjang yang

menyusur lapangan. dan juga yang paling penting ketepatan mengoper bola pad kawan.

Bermain Futsal tidak jauh berbeda dengan bermain Sepak bola pada umumnya, butuh

kekuatanstamina, mental dan strategi. Ada sedikit perbedaan mendasar dalam hal pola permainan

dan pengaturan serangan. Pola permainan dalam Futsal banyak didominasi permainan kaki ke

kaki, maksudnya pengaturan dalam bertahan, maupun menyerang lebih banyak dilakukan dengan

umpan-umpan pendek, mengingat ukuran lapangan yang lebih kecil dibanding lapangan sepak

bola. Dengan pola seperti ini skill dan kekompakan tim terutama dalam mengolah bola,

mengumpan, menjaga pertahanan dan menyerang ke daerah lawan sangat diperlukan. Di dalam

Futsal jarang sekali diterapkan umpan-umpan panjang, strategi ini hanya buang-buang energi,

disamping itu juga tidak mencerminkan permainan yang baik dan enak dilihat . Namun

demikian, bukannya hal tersebut dilarang atau tidak disarankan, tinggal kembali kepada

Page 36: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

individusendiri, mau bagaimana memainkan permainan Futsal tersebut. Jarangnya teknik-teknik

tersebut diterapkan, hal ini lebih kepada bisa terciptanya pola permainanyang cantik, enak dilihat

serta proses gol yang indah. Begitu juga dengan heading bola, gol-golyang tercipta dengan

kepala bisa lebih terlihat bagus dan enak untuk dilihat, terlebih jika proses penyerangan tersebut

dilakukan dengan pola penyerangan terstruktur. Nah sekarang tinggal bagaimana kita membuat

suatu pola dan strategi bermain yang bagus,untuk hal itu tentunya ada beberapa hal yang menjadi

fokus utama dalam menciptakan pola permainan yang bagus.

1. Penguasaan terhadap bola.

Untuk melatih penguasaan bola tahap pertama adalah dengan memfokuskan pada kekuatan

dankelincahan dalam pergerakan kaki, sebagaimana saya jelaskan dalam artikel Tips warming

upsebelum bermain futsal, pemanasan sangat diperlukan, lakukan sesering mungkin dribling

untuk menselaraskan pergerakan kaki dan arah bola, bisa dilakukan dengan variasi zig-zag.

2. Komposisi Pemain.

Untuk membentuk tim yang bagus, cermati skill tiap-tiap pemain dalam hal penguasaan bola,

pengaturan serangan dan menyerang.Tempatkan pemain yang memiliki model pergerakan

kakiyang rapat sebagai pemain bertahan, rapat di sini maksudnya model pergerakan kakinya

yangtidak terlalu panjang, hal ini bisa lebih berguna untuk menghambat laju pergerakan bola

lawan,dan sebaliknya tipe pemain dengan pergerakan panjang lebih bisa dimanfaatkan

sebagai penyerang.Untuk pemain tengah dibutuhkan sosok yang memiliki kemampuan mengatur

serangan dan yanglebih diutamakan adalah kemampuan stamin yang paling prima, mengingat

posisinyamemungkinkan melakukan penyerangan dan bertahan

3. Teknik dan Pola Permainan.

Jumlah pemain Futsal bisa dilakukan 5 atau 6 orang termasuk penjaga gawang.

Penempatan pemain yang pas menurut karakter dan gaya permainan masing-masing posisi akan

lebihmenyeimbangkan pola dalam bertahan maupun menyerang, adapun posisi yang bisa

diterapkansebagai berikut.Jumlah pemain 5 orang :

Page 37: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

1. Pola 1 – 2 – 2

FORMASI

Jumlah pemain 6 orang :

1. Pola 1-2-1-2

Untuk pola ini 1 orang penjaga gawang, 2 orang back kiri dan kanan, 1 gelandang dan 2

striker kiri dan kanan.Pada saat bertahan posisi semua berada di daerah sendiri dengan pola:

FORMASI

Pengatur serangan yakni gelandang bisa mengumpan ke posisi dua penyerang dan bola

bisadimainkan diketiga posisi tersebut guna mencari celah untuk shooting bola ke gawang

Page 38: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

lawan.Tugas back kiri/kanan selain menjaga pergerakan lawan, juga ada pembagian tugas ambil

bolamati didaerah sendiri, jika bola mati ada di kanan maka back kanan yang mengambil bola,

begitu juga sebaliknya, diusahakan jangan saling mengambil posisi,

tujuannya agar selalu fokus terhadap daerah/wilayahnya sendiri. Sementara tugas

gelandangyakni mengatur serangan dan membantu pertahanan, makanya gelandang paling

memilikistamina dan skill yang lebih prima.

Lampiran Bengkel Pertolongan Cemas

Jenis-jenis darah

1. Darah merah

2. Darah putih

3. Platelet

Jenis-jenis salur darah

1. Arteri

2. Vena

3. Kapilari

Jenis-jenis luka

1. Luka terbuka

2. Luka tertutup ( menyebabkan lebam )

Pertolongan cemas bermaksud bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada

seseorang yang tercedera dalam sebarang kemalangan atau mengalami kecemasan atau sakit

secara mengejut sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan.

Tujuan pertolongan cemas diadakan

1. Menyelamatkan nyawa

2. Mengurangkan kesakitan dan penderitaan mangsa

3. Mengelakkan keadaan mangsa daripada bertambah buruk

Page 39: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

4. Menggalakkan rawatan dan pemulihan mangsa dengan segera.

Situasi yang memerlukan CPR

1. Lemas

2. Renjatan elektrik

3. Panah petir

4. Strok

5. Sakit jantung

6. Rebah tanpa sebab

Situasi yang memerlukan CPR setelah pemeriksaan, dia :

1. Tidak bergerak

2. Tiada respon

3. Tidak bahagia

4. Tidak bernafas

5. Tiada denyutan nadi

Prinsip-prinsip CPR

1. Hubungi ambulan

2. Lakukan CPR pada mangsa yang tidak bernafas dan tiada nadi

3. Mulakan debgan bantuan pernafasan

4. ECC diberi berselang seli dengan pernafasan

5. Lakukan sehingga pulih atau doktor tiba

6. Setelah pulih, letak mangsa pada kedudukan pemulihan

ECC- External Cardiac Compression

ECC digunakan ketika gagal mengesan denyutan jantung (nadi) mangsa. Tujuan ini adalah untuk

memaksa darah beredar menerusi jantung dan keseluruhan anggota badan.

Ikatan buku sila

Menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz.

Page 40: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

Menyambung tali khemah/bungkusan hadiah/ikatan anduh.

Mudah dibuka.

Dikenali sebagai 'left over right and right over left'.

Cara mengikat kain anduh

Page 41: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum

Lampiran

LATIHAN KEBAKARAN

Objektif :

1. Murid dapat menyelamatkan diri jika sekiranya berlaku kebakaran .

2. Murid dapat berwaspada sentiasa dan berhati-hati dengan kebakaran.

3. Murid dapat mengikuti laluan untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran

Prosedur:

Aktiviti :

1. Guru membunyikan loceng amaran kebakaran

2. Murid keluar dari kelas masing-masing secara teratur tetapi pantas mengikut laluan yang telah

ditetapkan.

3. Murid berkumpul di luar bangunan sekolah, iaitu di depan sekolah.

4. Guru menerangkan tujuan latihan kabakaran kepada murid.

5. Murid balik ke kelas masing-masing.

Page 42: Diari mingguan  pengurusan kokurikulum