detik-detik penuh inspirasi · merujuk kepada bagaimana tm ... dengan perasaan berat hati, ......

28
Detik-Detik Penuh Inspirasi

Upload: lamnhan

Post on 23-Mar-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Detik-Detik Penuh Inspirasi

Dalam kehidupan dan perniagaan, terdapat pelbagai detik yang lebih bermakna berbanding yang lain. Detik-detik yang memberi kami inspirasi dan membuka ruang kepada pelbagai kemungkinan yang positif. Bagi TM, perubahan kepimpinan pada 2017 telah menyuntik semangat baharu kepada organisasi dan menginspirasikan transformasi yang meningkatkan lagi keupayaan dan mengukuhkan kelebihan daya saing kami.

Penyata Pengerusi

44

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

TAN SRI DATO’ SERI DR SULAIMAN MAHBOBPengerusi

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

45

Para pemegang saham yang dihargai sekalian,

Laporan tahun lalu merupakan kali pertama kami mengemukakan sebuah laporan tahunan yang bersepadu. Konsep laporan bersepadu kami merujuk kepada bagaimana TM sebagai sebuah Kumpulan akan terus mencipta nilai, di samping menyatakan pelan-pelan jangka pendek, sederhana dan panjang serta keupayaan kami untuk terus berkembang secara mampan.

Pada tahun ini, matlamat kami adalah untuk membentangkan laporan bersepadu yang lebih telus. Sepanjang tahun-tahun yang lepas, kami telah berkongsi Penunjuk Prestasi Utama (KPI) tahunan kami kepada semua para pemegang saham serta pihak-pihak berkepentingan, agar membolehkan mereka meneliti dan menilai pencapaian prestasi kami, di samping mendapat gambaran tentang perancangan masa depan kami. Laporan ini turut mengandungi semua maklumat yang anda perlukan mengenai TM seperti objektif, strategi, operasi perniagaan, cabaran yang dihadapi serta cara-cara menanganinya.

Penyata Pengerusi

Penyata Pengerusi

46

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

BILANGAN PELANGGAN unifi YANG MELANGGAN DENGAN KELAJUAN 10 MBPS DAN KE ATAS

TM mencapai hala tuju yang dirancang dalam memacu konvergens dan memperkasakan

digital, dalam usaha untuk mempercepatkan penerimaan penggunaan jalur lebar di dalam negara, demi merealisasikan sebuah ekonomi digital, di samping terus merekodkan kejayaan

dalam penciptaan nilai.

Penyata Pengerusi

Terlebih dahulu, izinkan saya memulakan penyataan saya ini dengan memaklumkan pertukaran di kalangan beberapa kepimpinan di TM pada tahun 2017. Kami telah mengumumkan pelantikan Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO), berkuat kuasa mulai 1 Mei 2017, berikutan persaraan Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa sebagai CEO Kumpulan TM yang berkuat kuasa 30 April 2017.

Pada masa yang sama, kami turut mengumumkan pelantikan Datuk Bazlan Osman yang pada waktu itu merupakan Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (GCFO) sebagai Pengarah Eksekutif/Timbalan CEO Kumpulan berkuat kuasa pada 1 April 2017.

Di bawah kepimpinan Tan Sri Zamzamzairani, TM telah berjaya mencatatkan beberapa pencapaian yang penting. Di antaranya, mengatasi pelbagai cabaran yang dihadapi semasa proses pengasingan pada tahun 2008, kejayaan melancarkan projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) negara yang mendapat pengiktirafan global serta pelancaran unifi, iaitu perkhidmatan tiga serangkai yang pertama di negara ini pada tahun 2010. Tan Sri Zamzamzairani telah mencorakkan aspirasi TM sebagai Peneraju Konvergens Malaysia dan seterusnya telah memimpin serta membentuk TM menjadi seperti ianya hari ini. Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), TM juga telah muncul sebagai peneraju terunggul dalam tempoh 10 tahun berlangsungnya Program Transformasi GLC, di bawah kepimpinan Tan Sri Zamzamzairani yang bermula pada tahun 2015.

Dengan perasaan berat hati, saya ingin mengucapkan selamat jalan kepada Tan Sri Zamzamzairani, seorang ‘tokoh warga TM yang sejati’ serta ‘pemimpin transformasi’ yang berjaya mencungkilkan semangat kekitaan dan memberi makna serta tujuan di kalangan Warga Keluarga TM sepanjang tempoh sembilan tahun memegang jawatan sebagai CEO Kumpulan dan Pengarah Urusan. Kewibawaan beliau merupakan sesuatu yang instrumental dalam memacu kejayaan Syarikat sehingga kini. Tan Sri Zamzamzairani akan diingati sebagai seorang pemimpin yang memiliki kewibawaan, semangat, karisma serta berintelek. Seperti yang pernah dikatakan oleh beliau “TM bukan hanya sekadar sebuah organisasi, ianya adalah sebuah institusi”, dan sesungguhnya ini terbukti benar sekiranya dilihat akan matlamat serta nilai yang dipegang serta ditampilkan oleh semua Warga Keluarga TM. Terima kasih Tan Sri Zamzamzairani untuk legasi yang ditinggalkan.

Pada masa yang sama, saya juga ingin mengucapkan selamat datang kepada Dato’ Sri Shazalli serta mengucapkan tahniah kepada beliau dan Datuk Bazlan di atas pelantikan mereka berdua. Lembaga Pengarah dengan sebulat suara telah bersetuju bahawa kepimpinan Dato’ Sri Shazalli serta pengalaman beliau yang meluas dalam penjenamaan, jualan dan pemasaran akan diperlengkapkan dengan kebolehan Datuk Bazlan yang telah terbukti, maka menjadikan mereka berdua pilihan yang tepat untuk melaksanakan objektif strategik TM pada hari-hari yang mendatang.

Justeru itu, saya dengan rasa sukacitanya, membentangkan Laporan Tahunan Bersepadu TM bagi tahun 2017. Kami akan terus mengukuhkan lagi kepimpinan sebagai Peneraju Konvergens Negara dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan penyelesaian konvergens. Kami juga akan memastikan penekanan yang lebih mendalam diberikan dalam sumbangan terhadap pembangunan negara lantas mencipta nilai untuk semua pihak berkepentingan kami, dengan matlamat untuk benar-benar menjadikan hidup lebih mudah buat semua.

201679%

201798%

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

47

SOROTAN PRESTASI 2017

Beberapa tahun lalu, kami telah menyusun semula fokus perniagaan kami kepada tiga kluster berdasarkan sektor pelanggan kami yang utama, di dalam usaha untuk memberi khidmat yang lebih baik kepada sasaran pasaran kami. Pada tahun 2017, kami telah melancarkan penjenamaan semula tiga kluster ini, di mana unifi menawarkan perkhidmatan untuk gaya hidup individu dan di kediaman; TM ONE menawarkan penyelesaian konvergens secara menyeluruh untuk perniagaan menegak; dan TM GLOBAL menampilkan aspek yang lebih bersepadu dalam menawarkan khidmat kepada penyedia perkhidmatan telekomunikasi domestik dan antarabangsa.

Saya dengan berbesar hati ingin melaporkan untuk prestasi penuh TM tahun 2017, TM mencapai hala tuju yang dirancang dalam memacu konvergens dan memperkasakan digital, dalam usaha untuk mempercepatkan penerimaan penggunaan jalur lebar di dalam negara, demi merealisasikan sebuah ekonomi digital, di samping terus merekodkan kejayaan dalam penciptaan nilai.

Secara keseluruhannya, TM tetap berdiri teguh biarpun berada dalam persekitaran yang mencabar, dengan mengekalkan hasil serta keuntungan yang stabil. Hasil Kumpulan mencapai jumlah RM12.09 bilion, bersandarkan sumbangan hasil internet yang lebih tinggi dengan peningkatan sebanyak 8.3% berbanding 2016 iaitu sebanyak RM3.97 bilion; menyumbangkan 32.9% daripada jumlah hasil. Selain itu, bilangan pelanggan unifi yang melanggan pada kelajuan 10 Mbps dan ke atas juga telah meningkat kepada 98% berbanding 79% pada penghujung tahun 2016 hasil daripada pelbagai inisiatif yang dijalankan. Perolehan sebelum faedah dan cukai (EBIT) pula berjumlah RM1.09 bilion dan yang paling memberangsangkan, kami telah berjaya melangkaui sasaran indeks kepuasan pelanggan (TRI*M) iaitu sebanyak 73, untuk tujuh tahun berturut-turut.

Walaupun berdepan dengan suasana industri yang mencabar pada tahun 2017, kami terus menempa kemajuan berpaksikan objektif perniagaan kami dan memenuhi komitmen terhadap pihak berkepentingan. Kami telah mengisytiharkan dividen interim pertama sebanyak 9.4 sen sesaham bagi tahun kewangan ini, yang dibayar pada Oktober 2017, dan Lembaga Pengarah telah mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 12.1 sen sesaham pada Februari 2018; menjadikan jumlah dividen keseluruhan sebanyak 21.5 sen sesaham, atau RM808.0 juta. Ini membuktikan TM terus kekal memenuhi komitmen untuk memberi dividen kepada para pemegang saham yang dihargai seperti yang dijanjikan setiap tahun.

Sejak pengasingan pada tahun 2008, kami telah mengukuhkan jumlah pulangan kepada pemegang saham (TSR), pada kadar melebihi 393.3%. Selain daripada itu, kami turut berbangga dengan sumbangan yang diberikan oleh TM dalam usaha membina negara dan memperkayakan kualiti kehidupan rakyat Malaysia, dan inilah yang ingin saya ketengahkan dalam perutusan saya ini.

MEMBINA SEBUAH NEGARA DAN EKONOMI DIGITAL

Salah satu sumbangan utama kami kepada negara adalah pembangunan infrastruktur rangkaian HSBB yang bertaraf dunia yang menyokong sebahagian besar daripada perkhidmatan dan penyelesaian yang kami tawarkan di samping perkhidmatan oleh para penggiat industri yang lain. Sejak tahun 2008, kami telah bekerjasama dengan Kerajaan untuk melancarkan HSBB, pada mulanya di bandar-bandar besar, dan kini, menerusi projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Fasa 2 (HSBB2) serta projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB), ke kawasan-kawasan yang selainnya di seluruh negara.

Baru-baru ini, pada Januari 2018, TM dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menandatangani satu MoU untuk bersama-sama merangka pelan pelaksanaan untuk merealisasikan Pelan Fiber Seluruh Negara (NFP) oleh Kerajaan. Kolaborasi ini akan memanfaatkan kekuatan gabungan kedua-dua GLC dengan sebaiknya dari segi jangkauan, infrastruktur serta kepakaran. Secara khususnya, sinergi ini akan mengupayakan struktur kos yang paling cekap, dan mempercepatkan lagi capaian rangkaian jalur lebar gentian. Selanjutnya, pelaksanaan di bawah TM dan TNB, yang merupakan dua institusi terkemuka di Malaysia, akan menjamin keselamatan infrastruktur yang strategik dan kritikal kepada negara. Rangkaian yang dicadangkan ini akan turut meneruskan penyertaan akses terbuka oleh para penggiat industri bagi menggalakkan persaingan sektor swasta dalam jalur lebar runcit.

Dengan adanya rangkaian HSBB yang teguh, ini akan meningkatkan daya tarikan negara kepada pelabur asing, lantas menggalakkan kemasukan pelaburan asing secara langsung. Kami sedar bahawa dengan menjadikan perkhidmatan kami lebih mudah diakses dan mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia, ini akan menggalakkan kebolehan di dalam bidang ICT, perolehan ilmu pengetahuan serta membina keupayaan yang lebih tinggi, dan dengan itu, terus merapatkan jurang sosioekonomi dan memastikan keterangkuman dalam ekonomi digital yang baharu ini.

JUMLAH PEMBAYARAN DIVIDEN

Dividen interim pertama sebanyak

9.4 sen sesaham dibayar pada Oktober 2017

Dividen interim kedua sebanyak

12.1 sen sesaham diumumkan pada Februari 2018

Jumlah dividen keseluruhan sebanyak

21.5 sen sesaham

atau RM808.0 juta

Penyata Pengerusi

48

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

membolehkan orang ramai menghubungi mereka sewaktu berlakunya krisis. Kami juga telah melancarkan versi khas aplikasi tersebut bagi golongan cacat penglihatan.

MENJUARAI TANGGUNGJAWAB SOSIAL & KELESTARIAN

TM telah sekian lama menjadi pelindung kepentingan negara dan kami berbangga dengan peranan unik yang kami mainkan dalam membina negara seperti yang dihuraikan di atas, dan ini juga merupakan asas kepada Tanggungjawab Korporat (CR) serta bidang Kelestarian kami. Banyak di antara inisiatif CR kami bermula sebagai sumbangan dengan niat yang murni kepada komuniti, dan setelah bertahun-tahun, ianya berkembang dengan menambahkan unsur kebertanggungjawaban yang lebih mantap. Menepati visi kami untuk menjadikan hidup dan perniagaan lebih mudah demi kesejahteraan Malaysia, kami telah menyemai kelestarian ke dalam perniagaan serta Pelan Operasi Tahunan kami, agar ia diberi penekanan yang sewajarnya dalam semua tindakan semasa dan masa hadapan. Bagi TM, kemampanan kami terletak pada usaha bersepadu untuk kekal relevan kepada para pelanggan di samping mencipta nilai buat semua pihak berkepentingan. Di peringkat makro, kami yakin ini akan diterjemahkan kepada Kehidupan Pintar, Perniagaan Pintar, Bandar Pintar, Komuniti Pintar dan akhirnya, sebuah Negara Pintar yang mengupayakan ekonomi digital Malaysia. Malah, perbelanjaan CR tahunan TM yang disasarkan sentiasa melebihi daripada apa yang dicadangkan, iaitu 1% daripada Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) untuk semua GLC seperti yang telah diumumkan baru-baru ini oleh YAB Perdana Menteri. Perbelanjaan CR ini adalah untuk kedua-dua bidang sosial serta alam sekitar dan ini memperlihatkan komitmen kami untuk menjadi Warga Korporat yang bertanggungjawab yang boleh dicontohi.

Rangka kerja TM untuk CR dan Kelestarian meliputi tiga teras, iaitu bidang Ekonomi, Alam Sekitar dan Sosial.

Laporan Kelestarian 2017 kami akan memberikan butiran lanjut mengenai program CR dan Kemampanan kami.

MENYOKONG KEBANGGAAN MALAYSIA DALAM PENDIDIKAN, INOVASI DAN SUKAN

Didorong oleh semangat kebangsaan, TM memainkan peranan yang aktif di dalam bidang-bidang yang penting untuk pembangunan negara, yakni bidang pendidikan, inovasi dan sukan.

Dalam bidang pendidikan, kami menghulurkan bantuan secara holistik daripada peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Yayasan kami - Yayasan Telekom Malaysia (YTM) - telah menyediakan biasiswa dan bantuan kewangan kepada lebih 15,000 pelajar sekolah rendah, menengah serta universiti yang berjumlah melebihi RM500 juta sejak tahun 1994. Universiti Multimedia (MMU) merupakan universiti swasta yang pertama dalam negara yang menawarkan pendidikan tinggi yang berkualiti khusus dalam bidang berkaitan ICT serta bersedia untuk keperluan industri Ekonomi Digital. Menerusinya, 97% daripada graduannya telah memperolehi pekerjaan dalam tempoh enam bulan setelah menamatkan pengajian mereka. Selain itu, kami juga sehingga kini telah mengambil sejumlah 14 buah sekolah sebagai sekolah angkat, di mana kami telah membina makmal ICT, mengadakan bengkel latihan dan kemahiran berasaskan ICT di samping menganjurkan seminar motivasi dan merangka modul untuk kursus robotik.

Demi mengukuhkan lagi perkhidmatan komuniti, kami menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 5,500 pusat komuniti dan sekolah menerusi kerjasama dengan SKMM, di bawah Program Penyediaan Perkhidmatan Sejagat (USP).

Dengan memanfaatkan Pusat Digital Kumpulan (GDC), Telekom Research & Development Sdn. Bhd. (TM R&D), Universiti Multimedia (MMU) serta rakan strategik kami dalam industri; kami berada pada kedudukan yang tepat untuk merangsang dan memupuk inovasi, kreativiti dan keusahawanan dalam ekosistem TM dan Ekonomi Digital secara amnya, di samping mengambil kesempatan terhadap peluang pasaran.

Kami sentiasa berusaha menjadikan HSSB mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia, dan sebagai mendukung agenda nasional ini, kami sebenarnya telah pun memulakan usaha ini lebih awal lagi, mendahului Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri. Sejak bulan Januari, kami telah menaik taraf perkhidmatan jalur lebar di kediaman pelanggan yang berkelayakan yang tinggal di kawasan yang memiliki infrastruktur yang bersesuaian, lantas membolehkan mereka menikmati kelajuan yang lebih tinggi pada harga yang sama di bawah Pelan Penambahbaikan Jalur Lebar (BIP). Pada penghujung tahun, kami juga telah melancarkan dua pakej mampu milik baharu yang menyasarkan pelajar institusi pengajian tinggi serta e-usahawan, yakni dua segmen pelanggan yang dikenal pasti akan mendapat banyak faedah daripada HSBB. Selain itu, kami turut melancarkan aplikasi unifi Wifi i-foundit! yang membolehkan semua rakyat Malaysia mengakses internet melalui wifi@unifi di seluruh negara. Inisiatif yang masih berjalan ini telah pun menampakkan hasil yang diharapkan, dan diyakini akan terus menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk menikmati jalur lebar berkelajuan tinggi serta peluang yang dapat diperolehi dari digital.

Untuk menggalakkan lagi pembangunan menerusi jalur lebar, kami juga telah memanfaatkan kecekapan teras TM ONE bagi merealisasikan aspirasi negara untuk menjadi hab digital dan IoT bertaraf dunia di rantau ini. Dalam proses tersebut, kami turut menyumbang kepada perkembangan ekonomi dengan menawarkan peluang kerja berkemahiran tinggi.

Pada September 2017, kami telah melancarkan sebuah pusat panggilan baharu di Graha Maju, Melaka, serta IPDC kami yang serba canggih di Johor. Ini merupakan Pusat Data komersial yang pertama di Malaysia yang mendapat pensijilan Tahap III Uptime Institute bagi reka bentuk dan pembinaan kemudahan. Adalah dijangkakan pelancaran kedua-dua kemudahan ini bakal melonjakkan ekonomi negara serta membuka peluang kepada lebih banyak peluang pekerjaan.

Selain itu, kami juga menggerakkan pembangunan zon pintar dalam negara yang menjadi pemangkin aktiviti-aktiviti ekonomi bernilai tinggi. Menerusi MoU yang telah ditandatangani dengan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) pada September 2017, kami sedang mempersiapkan sistem yang akan mengupayakan keselamatan pintar, mudah alih pintar serta tenaga pintar dan juga pengurusan kemudahan di Iskandar Malaysia. Kami juga telah menandatangani MoU dengan Malaysia Airport Holdings Berhad pada awal Januari 2017 bagi menyediakan Perkhidmatan Pintar di KLIA Aeropolis, yang sedang dibangunkan sebagai pusat lapangan terbang bertaraf dunia yang juga merupakan sebuah destinasi pelancongan. Iskandar Malaysia telah berjaya menarik minat beberapa perbadanan tempatan dan antarabangsa yang terkemuka, dan kami menjangkakan yang sama bagi KLIA Aeropolis.

Sementara itu, pelancaran Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M) pada bulan September dijangka akan merangsangkan pembangunan ekonomi di Sabah dan Sarawak. Pelaksanaan SKR1M dijayakan menerusi Perkongsian Awam Swasta (PPP) antara TM dan pihak Kerajaan.

MELINDUNGI INFRASTRUKTUR KRITIKAL NEGARA

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa TM memainkan peranan yang unik dan penting dalam membina dan menyediakan infrastruktur komunikasi yang strategik dan kritikal, yang merupakan suatu aspek yang amat penting untuk negara. Kami telah terpilih sebagai satu-satunya penyedia perkhidmatan yang dipercayai untuk melindungi Pemasangan Strategik Utama seperti stesen komunikasi bukit serta stesen pendaratan kabel, dan diiktiraf sebagai agensi sokongan dalam Arahan No. 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ini adalah untuk memastikan perkhidmatan telekomunikasi akan tetap terpelihara sekiranya berlaku sebarang bencana atau kecemasan. Tanggungjawab yang dipikul ini merupakan suatu penghormatan bagi kami dan kami akan terus mendukung tugas ini sebagaimana yang telah kami lakukan selama ini sejak ditubuhkan sebagai sebuah jabatan kerajaan. Menjadi ahli MKN merupakan suatu perlanjutan semula jadi kepada peranan kami yang sedia ada dan dengan itu kami dapat menyediakan perkhidmatan respons kecemasan negara, MERS999, menerusi kolaborasi dengan kerajaan. Daripada MERS999, kami telah maju setapak lagi dengan menyediakan untuk rakyat Malaysia aplikasi SaveME 999 POLIS yang dibina bersama dengan Polis Diraja Malaysia bagi

Penyata Pengerusi

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

49

menyelaraskan strategi syarikat demi usaha ke arah Memacu Konvergens dan Memperkasakan Digital. Hasilnya jelas dapat dilhat di dalam prestasi operasi dan kewangan kami, yang akan diperincikan dalam Perbincangan & Analisis Pengurusan.

Kami juga telah menghasilkan suatu tema baharu untuk menyemarakkan inspirasi di kalangan warga kerja TM iaitu dengan meraih lebih banyak ‘Perkongsian Detik-detik Kehidupan’ pelanggan kami. Idea yang dimaksudkan melalui tema ini adalah dengan adanya TM yang menyediakan pelbagai perkhidmatan yang membolehkan semua warga Malaysia agar terus terhubung setiap masa, untuk berkongsi setiap detik-detik yang berharga di dalam kehidupan bersama teman-teman, ahli keluarga dan semua insan yang bermakna buat mereka, maka ini akan terus meningkatkan kepercayaan mereka terhadap TM.

PENGHARGAAN

Sepanjang perjalanan selama ini, TM telah mengecapi kemajuan yang hebat dan dengan itu, saya ingin berterima kasih kepada semua pihak-pihak yang berkepentingan di atas segala sokongan yang telah diberikan.

Buat para pemegang saham, kami memberikan penghargaan dan penghormatan yang tertinggi di atas kepercayaan yang telah diletakkan terhadap TM dan kami nekad untuk membalas yang setanding dengannya dengan memberikan pulangan yang menarik serta mampan. Kami amat berterima kasih kepada Kerajaan dan pihak pengawal selia kerana memupuk ekosistem industri yang sihat. Selain itu, kami juga berterima kasih kepada semua rakan-rakan niaga dan anggota media di atas semua sokongan yang diberikan sepanjang kembara perjalanan kami yang masih berterusan.

Saya turut ingin menyampaikan penghargaan yang ikhlas kepada seluruh Warga Keluarga TM yang telah bersama-sama membentuk TM menjadi seperti ianya pada hari ini iaitu sebuah syarikat Peneraju Konvergens. Di kalangan Lembaga Pengarah, saya dikelilingi oleh individu-individu yang berkaliber dan berwibawa tinggi, lantaran itu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas komitmen serta dedikasi yang telah mereka curahkan untuk memastikan TM berkembang dengan mampan. Saya juga ingin mengungkapkan terima kasih yang istimewa ditujukan khas kepada Dato’ Ibrahim Marsidi yang telah meletak jawatan, di atas sumbangan beliau sepanjang bersama kami. Bagi pihak rakan sejawat di dalam Lembaga Pengarah, kami mengharapkan yang terbaik bagi beliau.

Paling penting, ucapan terima kasih yang seikhlasnya juga ditujukan kepada semua warga kerja TM yang merupakan enjin sebenar kepada pembangunan TM. Hasil usaha kerja keras mereka serta kesanggupan untuk memberi lebih dari jangkauan telah membolehkan kami mencapai pelbagai kejayaan yang menjadi titik penting dalam perjalanan kami. Tatkala kami menuju ke fasa yang seterusnya yang lebih mencabar, saya yakin bahawa mereka akan mampu menghadapi cabaran-cabaran tersebut dalam usaha untuk membawa TM ke tahap yang lebih tinggi.

Akhir kata, buat semua pelanggan-pelanggan kami, terima kasih diucapkan di atas kesetiaan dan sokongan anda. Anda akan sentiasa dan terus mencetuskan inspirasi kepada kami untuk berusaha memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda. Jadikanlah TM hari ini, dan hari-hari yang mendatang sebagai satu-satunya rakan pilihan anda untuk berkongsi semua detik-detik kehidupan.

Dari segi pembangunan sukan negara, kami telah membantu mengenal pasti dan memupuk lebih daripada 200 bakat bola sepak dari peringkat akar umbi di seluruh negara. Daripada jumlah ini, 50 pemain telah merealisasi impian mereka untuk menghadiri Sekolah Bola Sepak Manchester United (MUSS) menerusi inisiatif ‘Mencari Ramli’ sepanjang 6 musim yang lalu. Kami turut menaja pertandingan di peringkat kebangsaan dan serantau. Baru-baru ini dan yang paling bermakna, kami merupakan Penaja Platinum bagi Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (KL2017), dengan menyediakan kemudahan keterhubungan dan penyiaran bagi membolehkan liputan secara langsung di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Selain daripada penajaan kami, ahli TM Team Malaysia turut hadir beramai-ramai, menyokong atlet kebangsaan kita dengan penuh semangat. Tenaga serta semangat patriotisme di kalangan anggota pasukan bukan sekadar mendorong atlet-atlet Malaysia meraih kejayaan, bahkan mereka turut mendapat pengiktirafan sebagai ‘Pasukan Sorak Rasmi Atlet Negara’. Ia merupakan sumber kebanggaan negara apabila Malaysia muncul sebagai juara pada temasya KL2017!

MENDUKUNG TADBIR URUS KORPORAT DAN KEWIBAWAAN KAMI

TM meletakkan keutamaan yang tinggi dalam memastikan pengendalian perniagaan dijalankan berasaskan kewibawaan, ketelusan dan tadbir urus yang teguh. Ini merupakan salah satu tanggungjawab berat yang dipikul oleh sebuah syarikat senarai awam seperti kami, untuk terus menyemai keyakinan dan kepercayaan yang diletakkan terhadap kami oleh pihak berkepentingan. Sebagai warga korporat contoh yang mempertahankan tadbir urus korporat, TM sekali lagi menerima pujian di kedua-dua majlis Anugerah Tadbir Urus ASEAN Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (MSWG) dan juga majlis Anugerah Laporan Korporat Tahunan Kebangsaan (NACRA). Paling penting, kami telah berjaya meraih Anugerah Emas untuk Laporan Bersepadu pada tahun yang pertama kami mengemukakan laporan dengan pendekatan baharu ini.

Selain itu, kami turut memberi penekanan terhadap kepentingan adanya tahap kewibawaan yang tertinggi, seperti yang dapat dilihat dengan pelbagai ikrar integriti yang ditandatangani selama ini. Pada tahun ini, kami membawa komitmen kami ke peringkat yang lebih tinggi dengan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Majlis tersebut telah menyaksikan penyertaan lebih daripada 26,000 Warga Keluarga TM dari seluruh negara yang turut disertai oleh anggota anak syarikat kami di Indonesia, PT VADS Indonesia, yang mana penyertaan adalah melalui perkhidmatan TelePresence yang dijalankan di pejabat masing-masing. Penyiaran acara secara langsung ini mengukuhkan lagi kewibawaan dan tadbir urus korporat kami. Kami merupakan syarikat telekomunikasi pertama di negara ini yang melafazkan ikrar ini melalui perkhidmatan TelePresence, lalu menjadikan ia sesi ikrar yang terbesar dan terkini dari segi teknologi, setakat ini.

MENYELARASKAN BUDAYA, STRATEGI DAN PELAKSANAAN

Seiring dengan penjenamaan dan penyelarasan semula organisasi yang dijalankan pada tahun ini, TM turut melalui evolusi di dalam kepimpinan Syarikat. Pada tanggal 1 Mei, Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly telah mengambil alih kepimpinan Kumpulan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) yang baharu. Sebuah jawatan baharu juga telah diwujudkan, iaitu Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, yang telah diisi oleh mantan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (GCFO), Datuk Bazlan Osman. Seterusnya, Nor Fadhilah Mohd Ali telah dilantik sebagai GCFO yang baharu, manakala Dato’ Kairul Annuar Mohamed Zamzam sebagai Ketua Pegawai Strategi kami.

Bersama-sama barisan kepimpinan TM yang lain, pemimpin-pemimpin baharu kami telah menilai semula prestasi Syarikat untuk tahun 2017, dan seterusnya bersama-sama,membentuk pelan-pelan pelaksanaan yang mempunyai 10 teras utama, yang dikenali sebagai PERFEXE 10. PERFEXE 10 merupakan suatu model pelaksanaan, yang bertujuan untuk

Tan Sri Dato’ Seri Dr Sulaiman MahbobPengerusi

Perbincangan & Analisis Pengurusan

50

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

DATO’ SRI MOHAMMED SHAZALLI RAMLYKetua Pegawai Eksekutif Kumpulan

DATUK BAZLAN OSMANTimbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

51

Perbincangan & Analisis Pengurusan kami bagi tahun kewangan 2017 dibentangkan secara bersama oleh Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly, yang telah dilantik sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) berkuat kuasa mulai 1 Mei 2017, serta Datuk Bazlan Osman, mantan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (GCFO) sejak 2005 dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berkuat kuasa mulai 1 April 2017.

Dato’ Sri Shazalli menggantikan Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa,

yang bersara setelah menerajui Syarikat selama sembilan tahun. Bagi

pihak pengurusan serta seluruh Warga Keluarga TM, kami memberi

penghormatan kepada Tan Sri Zamzamzairani di atas kepimpinan

serta khidmat beliau yang cemerlang kepada Syarikat, sehingga

meletakkan TM kepada kedudukannya hari ini. Kami juga mengiktiraf

Dato’ Sri Shazalli dan Datuk Bazlan sebagai pemimpin yang akan

membawa perubahan yang akan terus mengukuhkan legasi TM, di

samping menyuntik semangat dan tenaga baru ke dalam Syarikat bagi

memastikan kami terus mengekalkan kedudukan sebagai peneraju di

dalam industri yang berkembang pesat serba mencabar ini.

Perbincangan & Analisis Pengurusan

Perbincangan & Analisis Pengurusan

52

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Para pemegang saham yang dihargai sekalian,Ianya merupakan suatu penghormatan bagi kami apabila dilantik untuk menyandang jawatan kami masing-masing pada setengah tahun pertama di bawah seliaan, dan kami berbangga dapat membentangkan perbincangan dan analisis ini, di mana adalah diharapkan menerusinya, kami dapat memaklumkan dengan jelas kejayaan yang telah dicapai oleh TM sepanjang tahun ini serta strategi yang memacu kami, di samping cabaran yang ditangani.

Persaingan dalam industri jelas semakin sengit sepanjang dekad yang lalu. Namun demikian, kami sentiasa mengalu-alukan persaingan yang sihat di kalangan para penggiat industri kerana ini akan mendorong kami untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Kami memiliki kelebihan di mana kami sentiasa merintis inovasi serta pembaharuan teknologi, dan kami akan terus mengubah industri ini. Kami berupaya mencapai kedudukan kami kini dengan wujudnya infrastruktur TM yang serba canggih yang telah dibangunkan sejak beberapa tahun yang lalu, di samping mendapat sokongan yang teguh daripada pihak berkepentingan kami, khususnya para pelanggan dan pemegang saham.

Kini, kami memperluaskan sempadan konvergens, dengan mengaburi garis-garis yang dahulunya dibatasi oleh perkhidmatan tradisional dan seterusnya menerajui perubahan dengan menawarkan penyelesaian kepada rakyat Malaysia bagi menjadikan hidup mereka lebih mudah. Sebagai Peneraju Konvergens Malaysia, kami adalah satu-satunya penyedia perkhidmatan yang berupaya menghubungkan rakyat Malaysia pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, dengan menggunakan apa-apa peranti. Di peringkat makro, kami percaya ini akan diterjemahkan kepada Kehidupan Pintar, Perniagaan Pintar, Bandar Pintar, Komuniti Pintar, dan akhirnya, sebuah Negara Pintar. Walau bagaimanapun, kami sedar bahawa dalam industri yang berkembang pesat dengan persaingan yang semakin sengit, kami tidak boleh berlengah. Oleh itu, tahun 2017 merupakan tahun di mana kami berusaha untuk mengukuhkan lagi kedudukan kepimpinan kami dengan terus membina kepercayaan warga Malaysia terhadap keupayaan kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik setiap kali mereka perlu berhubung ke dunia digital - sama ada sesama insan atau kepada maklumat - di Malaysia atau di persada global.

Visi kami untuk Menjadikan Hidup dan Perniagaan Lebih Mudah demi Kesejahteraan Malaysia, dimanifestasi dalam segala yang kami lakukan; dengan menjadi sebahagian penting di dalam detik-detik perkongsian kehidupan pelanggan dan pihak berkepentingan kami. Kami faham bahawa detik-detik ini perlu diraikan dan dikongsi bersama setiap orang yang bermakna kepada mereka. TM sentiasa berada di sisi mereka, 24 jam sehari, sama ada mereka berada di rumah, di tempat kerja atau dalam perjalanan, tanpa mengira jenis peranti yang mereka gunakan. Kami benar-benar yakin bahawa kepercayaan dan kesetiaan para pelanggan adalah kunci untuk mencapai ketenangan fikiran dan secara tidak langsung, menjadikan kehidupan mereka lebih terhubung, lebih bermanfaat dan lebih mudah.

Tahun ini turut menyaksikan kami terus menyokong agenda jalur lebar negara dan Ekonomi Digital Kerajaan. Kami telah membangunkan dan mengukuhkan lagi infrastruktur dan liputan rangkaian kami. Ini adalah termasuk usaha bersepadu untuk menepati sasaran yang telah dipersetujui di bawah perjanjian HSBB2 serta Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB), yang telah ditandatangani bersama oleh TM dan Kerajaan pada Disember 2015.

Kami juga telah menyempurnakan beberapa fasa rangkaian Evolusi Jangka Panjang (LTE) berkelajuan tinggi, yang telah menyegerakan liputan perkhidmatan kami dan serta-merta melengkapkan rangkaian tetap dengan perkhidmatan tanpa wayar. Selain itu, untuk memenuhi keperluan mereka yang sentiasa bergerak dan memerlukan hubungan internet di mana-mana sahaja mereka berada, kami telah menambah bilangan titik liputan unifi Wifi di seluruh negara, dan sehingga kini, kami telah mewujudkan lebih daripada 9,400 titik liputan di serata pelosok negara.

Pencapaian ini adalah sorotan utama prestasi Tahun Kewangan 2017 (TK2017) kami yang memperlihatkan daya tahan TM di tengah-tengah persekitaran yang mencabar, di mana TM berupaya mempertahankan hasil dan keuntungannya. Pada masa yang sama, ia ternyata amat menggalakkan apabila tumpuan kami yang berterusan terhadap pelanggan telah menempatkan kami dalam kalangan jenama yang paling dipercayai di Malaysia. Pada tahun 2017, kami sekali lagi mencatatkan indeks kepuasan pelanggan yang tinggi, seperti yang telah diukur oleh TRI*M. Kami bukan sekadar melepasi purata industri global, iaitu sebanyak 66, untuk tujuh tahun berturut-turut, malahan melangkaui sasaran kami sendiri, iaitu 73.

Kini, kami memperluaskan sempadan konvergens, dengan mengaburi garis-garis

yang dahulunya dibatasi oleh perkhidmatan tradisional dan seterusnya

menerajui perubahan dengan menawarkan penyelesaian kepada rakyat Malaysia bagi menjadikan hidup mereka lebih mudah.

Perbincangan & Analisis Pengurusan

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

53

Seluruh Kumpulan, iaitu kluster perniagaan kami (unifi, TM ONE dan TM GLOBAL), fungsi perniagaan, fungsi pusat dan perniagaan sokongan, telah menetapkan aspirasi baharu di samping sasaran Pelan Perniagaan masing-masing sebagai ikhtiar untuk memotivasi anggota agar mencapai prestasi yang lebih mantap. Ini telah memberi semangat baharu kepada warga kerja kami untuk mencabar keupayaan mereka untuk menjangkaui KPI.

Aspirasi

Kami akan terus mengikuti perkembangan pesat dalam landskap teknologi, dan menerima pakai teknologi terkini mendahului penggiat industri yang lain bagi menyediakan perkhidmatan yang unggul kepada para pelanggan kami dan kekal berada di hadapan sebagai pencetus perubahan. Ia juga merujuk kepada kepantasan kami bekerja di peringkat dalaman serta tahap kelajuan pelaksanaan inisiatif kami.

Pemacuan

Kami wujud untuk menyediakan penyelesaian konvergens buat para pelanggan kami dan menyerlahkan gaya hidup digital mereka bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan dengan menggunakan apa-apa peranti. Ini memerlukan pendekatan yang berbeza untuk pelaksanaan, untuk menambah baik perniagaan yang sedia ada dengan tahap digitalisasi lebih tinggi. Menerusi analisis dan kaedah baharu, cara kami bekerja dapat dipertingkatkan dengan lebih efisyen dan dapat menaikkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi.

Pelaksanaan

OBJEKTIF & STRATEGI KAMI

Pada tahun 2017, kami telah mengenal pasti matlamat baharu untuk mengaitkan objektif dan strategi kami dalam usaha untuk merakam detik-detik perkongsian bermakna dalam kehidupan pelanggan kami. Ini akan diterjemahkan kepada perkongsian perolehan yang lebih besar apabila mereka memperuntukkan bajet yang lebih tinggi untuk keperluan komunikasi dan digital mereka. Perkhidmatan jalur lebar telah menjadi keperluan isi rumah yang kritikal, dan sepenting dengan utiliti lain, jika tidak lebih penting lagi. Kami berpegang pada matlamat untuk menjadi penyedia perkhidmatan komunikasi pilihan rakyat Malaysia untuk memenuhi keperluan tempat kediaman mereka. Ini dapat membantu rakyat Malaysia untuk kekal terhubung kepada dunia digital walau di mana-mana sahaja mereka berada. Kesudahannya, ini akan membawa lebih banyak penciptaan nilai untuk semua pihak berkepentingan; para pelanggan, anggota dan pemegang saham kami.

Kami terus mengekalkan dua teras strategi utama, iaitu Memacu Konvergens dan Memperkasakan Digital, dengan objektif untuk menjadikan hidup lebih mudah. Bagi Memacu Konvergens, kami mengguna pakai teknologi terkini dan menyampaikan produk serta perkhidmatan yang relevan bagi menyalurkan pengalaman digital yang sempurna kepada setiap orang. Ini akan mengekalkan keunggulan kami di dalam industri. Justeru, ia berkait rapat dengan teras untuk Memperkasakan Digital, yang memerlukan ‘pendigitan’ dalam sebahagian besar daripada sistem dan proses dalaman kami demi meningkatkan produktiviti dan kecekapan. ‘Digitalisasi’ turut diperlukan, merangkumi inisiatif-inisiatif pembangunan dan pengenalan aplikasi inovatif untuk memantapkan pengalaman pelanggan dan peluang perniagaan baharu.

Untuk mencapai objektif strategik kami dengan lebih pantas dan cekap, kami telah merangka sebuah model pelaksanaan baharu - PERFEXE 10. Perancangan baharu ini terhasil setelah pihak pengurusan kami mengadakan perbincangan dan penilaian tentang kedudukan Kumpulan sekarang dan sejauh mana serta sepantas mana kami ingin berada. “PERFEXE” adalah singkatan bagi “Perfect Execution” atau Pelaksanaan Sempurna dan nombor “10” menandakan 10 pelan-pelan berkeutamaan tinggi yang diolah untuk memotivasi anggota-anggota secara proaktif dan membawa TM ke peringkat seterusnya. PERFEXE 10 akan menggerakkan inisiatif strategik kami mulai dari sekarang. Ia bertunjangkan prinsip-prinsip berikut:

Perbincangan & Analisis Pengurusan

54

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

MEREALISASI STRATEGI KAMI MENERUSI PERFEXE 10

Yakin sebagai Nilai Mutlak Kami memperkuat unsur yakin dalam inti pati jenama, iaitu ‘Mudah, Diyakini dan Inovatif’ kerana kami percaya adalah penting bagi kami untuk memperoleh keyakinan pelanggan terhadap kemampuan kami dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada mereka. Seterusnya, keyakinan mereka bakal meraih kesetiaan berpanjangan lantas menyarankan perkhidmatan kami kepada orang lain. Ini memerlukan kecemerlangan perkhidmatan yang konsisten, yang diukur menerusi Skor Penggalak Bersih (NPS) - penunjuk kebarangkalian para pelanggan mempromosi perkhidmatan kami kepada orang lain. NPS menjumlahkan kedua-dua skor pengalaman pelanggan (Cx) sewaktu berinteraksi dengan kami, serta skor pengalaman pengguna (Ux) semasa mereka menggunakan perkhidmatan kami. Keseluruhannya, aspirasi kami adalah untuk menyemat keyakinan sebagai nilai mutlak pada para pelanggan yang sedia ada dan bakal pelangggan.

Menyatukan unifiDalam usaha kami memacu portfolio produk dan perkhidmatan kami ke arah konvergens, kami menggabungkan pelbagai jenama perkhidmatan kami seperti Streamyx, TM WiFi, HyppTV dan webe kepada satu identiti tunggal – unifi. Baru-baru ini, unifi telah diberi nafas baharu dari segi jenama bagi mencerminkan penyempurnaan jenama tunggal yang merangkumi perkhidmatan mudah alih dan TV, di samping penawaran perkhidmatan WiFi di kediaman dan tempat awam. Dengan tindakan strategik menyatukan unifi, kami kini tampil sebagai satu-satunya jenama di Malaysia yang menawarkan keterhubungan internet yang pantas di mana-mana sahaja; sama ada unifi Home untuk talian tetap di rumah, unifi Wifi atau unifi Mobile semasa dalam perjalanan. Ia juga menyajikan aneka tontonan kandungan bertaraf dunia menerusi unifi TV dan unifi PlayTV, dan kesemuanya di bawah satu bumbung jenama unifi. unifi kini menyempurnakan pengalaman konvergens bagi memenuhi aspirasi digital para pelanggan kami.

Mentransformasi Perniagaan unifiDemi mempercepatkan pertumbuhan unifi, kami beralih daripada kaedah konvensional dalam menjalankan perniagaan kepada model penjualan dan pemasaran digital, bagi membolehkan kami menawan dan menarik pelanggan secara pukal melalui aplikasi mudah alih dan WiFi awam. Langkah pertama kami ke arah ini telah bermula pada bulan September dengan pelancaran aplikasi unifi Wifi i-foundit! yang membolehkan para pengguna mencari dan terhubung kepada lebih daripada 9,400 titik liputan di seluruh Malaysia. Dalam menyediakan keterhubungan yang lancar untuk semua rakyat Malaysia dan para pelancong, aplikasi ini akan menjadi gerbang untuk lebih banyak perkhidmatan unifi buat bakal pelanggan. Ini merupakan cara kami untuk membolehkan seramai mungkin bakal pelanggan cuba untuk menikmati unifi, yang diupayakan oleh aplikasi digital.

TM ONE sebagai Pengupaya Digital Industri MenegakKami sedang membentuk TM ONE sebagai pakar penyelesaian perniagaan yang bertumpu untuk industri merentasi sektor swasta dan awam, dan telah mengistilahkan pendekatan kami dalam menyediakan penyelesaian berkaitan industri mengikut keperluan khusus pelanggan kami sebagai ‘verticalisation’. Menggunakan pendekatan ini, penyelesaian bertumpu industri menegak akan ditawarkan berbanding dengan penjualan tradisional yang berasaskan keterhubungan sahaja. Beberapa industri telah dikenal pasti sebagai keutamaan tertinggi untuk penjanaan keuntungan serta-merta. Dikuasakan oleh rangkaian yang selamat, kemudahan Pusat Data bertaraf dunia, serta kepakaran industri untuk ICT, Penyumberluaran Proses Perniagaan (BPO) serta Perkhidmatan Pintar, TM ONE menguasakan para pelanggan untuk merealisasi sepenuhnya potensi peluang digital dan keperluan perniagaan mereka.

Memacu Pertumbuhan dengan TM GLOBALTM GLOBAL merupakan sayap perniagaan global dan borong kami yang memberi perkhidmatan kepada penyedia perkhidmatan komunikasi global dan tempatan. Ia turut memainkan peranan penting dalam menggalakkan pengurangan kos untuk Kumpulan TM. Kluster perniagaan ini berhasrat untuk memacu pertumbuhan perniagaannya menerusi penyetempatan data dan penambahbaikan EBIT dan hasil yang berterusan. Penyetempatan data merujuk kepada menyetempatkan kandungan antarabangsa ke dalam negara bagi meminimumkan jalur lebar antarabangsa dan menawarkan akses yang lebih mudah untuk perniagaan pada harga yang lebih rendah. Tambahan pula, TM GLOBAL sedang memperluaskan perniagaannya dengan menembusi lebih dalam ke pasaran ASEAN menerusi pelbagai perniagaan inovatif dan pengaturan teknologi.

01_

05_

03_

02_

04_

Perbincangan & Analisis Pengurusan

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

55

MEREALISASI STRATEGI KAMI MENERUSI PERFEXE 10

Memperkasakan DigitalMemperkasakan Digital melibatkan ‘pendigitan’ (mendorong produktiviti melalui digital) dan ‘digitalisasi’ (perolehan keuntungan perniagaan digital) yang mana digabungkan, akan membolehkan kami meraih sepenuhnya peningkatan produktiviti dan keuntungan baharu daripada peluang digital yang terbentang. Usaha-usaha ini ditadbir oleh jawatankuasa pengurusan tertinggi. Kami telah melancarkan beberapa aplikasi mudah alih untuk Warga Keluarga TM seperti FLOW, untuk komunikasi dan kolaborasi seluruh Kumpulan; GROW, sebuah aplikasi berasaskan awan yang memudahkan anggota untuk maju dalam kerjaya mereka; dan HERO yang menjadi perantara bagi Warga Keluarga TM untuk membantu menyalurkan isu-isu yang dihadapi oleh para pelanggan terus kepada pengurusan Pengalaman Pelanggan untuk penyelesaian yang pantas. Buat para pelanggan kami, wifi@unifi, WiFi Optimiser dan unifi PlayTV boleh didapati melalui AppStore dan Google Play bagi meningkatkan pengalaman unifi mereka. Kesemua aplikasi ini akan sentiasa berada dalam fasa beta memandangkan fungsi-fungsinya akan ditambah baik secara berterusan mengikut keperluan semasa.

Menggalakkan Kegembiraan AnggotaKami percaya bahawa budaya kerja yang positif dengan pengaturan kerja yang berorientasikan hasil dan fleksibel berpotensi untuk menyediakan faedah yang besar untuk anggota secara individu dan organisasi secara amnya, yang diukur oleh Indeks Kegembiraan Utama (KHI). Menyedari bahawa kegembiraan anggota serta produktiviti adalah saling berkaitan, matlamat kami adalah untuk memastikan Warga Keluarga TM disediakan dengan persekitaran, atau suasana kerja yang akan meningkatkan KHI mereka.

Mempercepat Pelaksanaan RangkaianRangkaian kami terus berkembang setiap hari dan kami telah merangka pelan untuk menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi kepada rakyat Malaysia dengan lebih pantas melalui kedua-dua infrastruktur tetap dan tanpa wayar. Bagi menyegerakan pelaksanaannya, kami memberi nafas baharu kepada infrastruktur yang sedia ada dengan menaik taraf kelajuan serta memperkenalkan teknologi baharu dalam komunikasi tanpa wayar. Kami juga telah mengenal pasti bangunan kediaman bertingkat tinggi terpilih di seluruh negara sebagai sebahagian daripada pelan perkembangan dan kami sedang bekerjasama dengan vendor-vendor pilihan untuk pelaksanaan yang cepat dan berkesan.

07_

06_

08_

Meliberasi WiFiKami memiliki kekuatan yang unik menerusi WiFi kerana kami mempunyai liputan yang meluas ke seluruh negara. Kami sedang memantapkan WiFi dengan usaha-usaha memperluas liputan ke lokasi berkepadatan tinggi seperti hab pengangkutan, termasuk lapangan terbang, hotel, pusat membeli-belah, restoran serta pusat penjagaan kesihatan. Kami turut meneguhkan kewujudan jenama kami dengan mengupayakan ‘@unifi’ kepada semua pengecam set perkhidmatan (SSID) WiFi di mana sahaja, merangkumi kediaman, premis komersial dan kawasan awam. Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap jenama perkhidmatan kami dan meliberasi mereka untuk menikmati pengalaman unifi yang lancar bukan setakat di rumah, malah di mana sahaja.

Mengerah AsetMengerah aset merujuk kepada pelan kami untuk memaksimumkan penggunaan aset yang sedia ada. Sambil melaksanakan PERFEXE 10 dan mengetengahkan idea inovatif, kami akan terus memastikan pulangan terhadap sumber dalaman dan aset kami yang sedia ada terlebih dahulu. Ini merujuk kepada cara-cara penggunaan aset secara optimum seperti port jalur lebar, WiFi awam, ruang Pusat Data dan kabel dasar laut. Seluruh Kumpulan akan menjuarai inisiatif-inisiatif penjimatan kos bagi memperbaikkan lagi aliran tunai bersih Kumpulan. Penjimatan dan perbelanjaan secara pintar akan kekal sebagai keutamaan, sementara kami mengimbangi model pelaksanaan baharu dan keuntungan kami.

09_ 10_

Tahun 2017 dipenuhi dengan transformasi, namun mencabar buat TM. Meskipun demikian, kami terus berada pada landasan yang tepat dan memberi tumpuan sepenuhnya untuk mencapai teras strategi kami. KPI dan KHI kami adalah berpandukan strategi PERFEXE 10 yang dibincangkan di atas, dan kami akan terus jadikannya panduan pada tahun 2018.

Perbincangan & Analisis Pengurusan

56

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

ULASAN PRESTASI KEWANGAN

Berlatarkan persekitaran yang agak mendesak, kami berupaya mengekalkan hasil dan keuntungan yang stabil. Hasil kendalian kami bagi TK2017 adalah sebanyak RM12.09 bilion bersandarkan sumbangan hasil internet yang lebih tinggi; dengan menyaksikan pertumbuhan yang teguh pada kadar 8.3% TKT sehingga mencecah RM3,974.0 juta, meningkat daripada RM3,668.3 juta pada 2016. Ini diterajui oleh kluster perniagaan unifi kami, yang terus menzahirkan cadangan konvergens kami seperti yang dinyatakan. Perkhidmatan internet dan multimedia menyumbang 32.9% kepada jumlah hasil Kumpulan pada 2017, berbanding 30.4% pada 2016.

Walaupun kami berhadapan dengan cabaran dari segi hasil disebabkan oleh persaingan dan perbelanjaan berkaitan ICT yang agak lemah oleh sektor korporat dan awam; kami telah menumpukan usaha ke arah mengoptimumkan kos bagi mengekalkan keuntungan. Terdapat beberapa butiran bukan kendalian yang memberi impak terhadap angka yang dilaporkan, yang kami perjelaskan di bawah.

Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) Dilaporkan Kumpulan bagi TK2017 ialah 5.6% lebih rendah daripada TK2016 sebanyak RM3.58 bilion, sebahagian besarnya disebabkan oleh kos kendalian yang lebih tinggi berkait dengan perkhidmatan mudah alih. EBITDA Ternormal kami pada TK2017 ialah RM3.67 bilion, namun setelah menyingkirkan butiran bukan kendalian seperti kerugian pertukaran asing ke atas penyelesaian perdagangan dan penempatan, ianya adalah 3.9% lebih rendah berbanding TK2016.

Keuntungan Kendalian [Perolehan Sebelum Faedah dan Cukai (EBIT)] Kumpulan bagi TK2017 adalah 5.3% lebih rendah berbanding tahun lalu, dengan jumlah RM1.09 bilion. Ini berpunca daripada kos kendalian yang lebih tinggi, biarpun terdapat pengurangan dalam susut nilai dan caj pelunasan. Walau bagaimanapun, kami telah mengekalkan EBIT Ternormal Kumpulan yang berjumlah RM1.19 bilion selepas menyingkirkan kerugian pertukaran asing ke atas penyelesaian

HASIL

RM12.09 bilion

Jumlah perbelanjaan modal (CAPEX)

RM2.76 bilion

sebagai peratusan hasil ialah 22.8%

Keuntungan Kendalian Kumpulan (Perolehan Sebelum Faedah dan Cukai (EBIT))

RM1.09 bilion adalah 5.3% lebih rendah berbanding tahun lalu

Dividen tunai interim kedua satu peringkat sebanyak 12.1 sen sesaham atau

RM454.7 juta

Jumlah bayar keluar dividen ialah 21.5 sen sesaham atau

RM808.0 juta

PATAMI Ternormal Kumpulan ialah 1.8% lebih tinggi dengan jumlah

RM863.2 juta

2017

2017

2016

2016

1,048.0

929.7

918.5

776.0

Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) Dilaporkan Kumpulan (RM)

Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Bukan Kawalan (PATAMI)(RM)

juta

juta

14.1% pertumbuhan

19.8% pertumbuhan

perdagangan dan penempatan antarabangsa, serta kerugian pelupusan aset kewangan.

Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) Dilaporkan Kumpulan melonjak 14.1% kepada RM1.05 bilion berbanding RM918.5 juta pada tempoh yang sama tahun lalu. Kami mencatatkan pertumbuhan 19.8% dalam Keuntungan selepas Cukai dan Kepentingan Bukan Kawalan (PATAMI) Dilaporkan Kumpulan berjumlah RM929.7 juta berbanding RM776.0 juta yang diperolehi pada TK2016. Penyebab utamanya adalah keuntungan tukaran asing ke atas peminjaman Kumpulan pada TK2017. Setelah menyingkirkannya, PATAMI Ternormal Kumpulan adalah 1.8% lebih tinggi dengan jumlah RM863.2 juta.

Jumlah perbelanjaan modal (CAPEX) bagi TK2017 sebagai peratusan hasil adalah 22.8%, dengan jumlah RM2.76 bilion, yakni lebih rendah daripada panduan pada S3 2017, disebabkan oleh penyusunan semula keutamaan projek di peringkat dalaman. Perbelanjaan merangkumi 42% daripada jumlah yang telah dibelanjakan kepada akses, diikuti oleh rangkaian teras pada kadar 34% dan baki 24% adalah untuk sistem sokongan.

Seiring dengan dasar dividen, Kumpulan mengisytiharkan dividen tunai interim kedua satu peringkat sebanyak 12.1 sen sesaham atau RM454.7 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017. Berserta dengan dividen interim pertama sebanyak 9.4 sen sesaham yang berjumlah RM353.2 juta dan dibayar pada 13 Oktober 2017, jumlah bayar keluar dividen adalah sebanyak 21.5 sen sesaham, atau RM808.0 juta. Dividen interim kedua akan dibayar pada 13 April 2018.

Untuk ulasan lebih mendalam berkenaan Prestasi Kewangan kami, sila rujuk buku Penyata Kewangan yang disertakan secara berasingan; dan mengenai Pengurusan Kewangan kami, rujuk kepada Ulasan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO Kumpulan), pada muka surat 64 hingga 69, iaitu bahagian berikutnya selepas Perbincangan & Analisis Pengurusan ini.

Untuk ulasan lebih mendalam berkenaan Prestasi Kewangan kami, sila rujuk buku Penyata Kewangan yang disertakan secara berasingan; dan mengenai Pengurusan Kewangan kami, rujuk kepada Ulasan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO Kumpulan), pada muka surat 64 hingga 69, iaitu bahagian berikutnya selepas Perbincangan & Analisis Pengurusan ini.

Perbincangan & Analisis Pengurusan

Prestasi Kewangan (Bagi TK2017)

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

57

unifi

ULASAN OPERASI PERNIAGAAN

Pencapaian Utama pada 2017

Melepasi

1 juta pelanggan unifi

TM ONE melancarkan Pusat Data Teras Iskandar Puteri

(IPDC) dengan perakuan Tahap III

TM GLOBAL menambah

3 rangkaian kabel dasar laut baharu merentasi ASEAN

Pada tahun di bawah kajian, kami meneruskan usaha untuk memastikan para pelanggan kami diperkayakan dengan perkhidmatan konvergens unifi pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, serta menggunakan apa-apa sahaja peranti, yang seterusnya akan membawa lebih makna kepada penyelesaian konvergens kami yang sebenar.

Tahun 2017 menyaksikan kami terus mengembangkan rangkaian kami sehingga mengecapi liputan perkhidmatan unifi yang lebih luas untuk kedua-dua perkhidmatan tetap dan tanpa wayar. Pelan pascabayar unifi Mobile (dahulunya dikenali sebagai webe) telah berjaya mendapatkan sokongan yang padu, dengan daya tarikan tawaran mampu miliknya. Setakat bulan Januari 2018, 10% daripada Isi Rumah TM telahpun melanggan unifi Mobile, dan kami menjangkakan jumlah tersebut akan meningkat lagi dengan pelancaran unifi Mobile hibrid pelan #BEBAS pada hujung bulan Januari 2018.

Kami menyahut seruan Kerajaan untuk menambah baik kebolehmampuan, jangkauan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar. Pada tahun 2017, di bawah Pelan Penambahbaikan Jalur Lebar (BIP), kami telah berjaya meningkatkan pengalaman digital kediaman-kediaman di Malaysia serta pelanggan- pelanggan PKS dengan menaikkan taraf kelajuan perkhidmatan jalur lebar yang masih dijual pada harga yang sama. Usaha ini mendedahkan penghargaan kami terhadap sokongan serta kepercayaan yang telah diberikan oleh para pelanggan kami kepada unifi selama ini.

Untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sering berubah-ubah, kami telah mengembangkan perkhidmatan ke segmen pasaran yang baharu, yang secara khususnya menyasarkan sektor pendidikan dan syarikat-syarikat permulaan. Kedua-dua sektor ini merupakan demografik yang dijangka oleh Kerajaan sebagai pendorong penting kepada pembangunan

ekonomi digital negara. Kami telah melancarkan ‘pek pendidikan’ unifi khas untuk golongan remaja, khususnya para pelajar di institusi pengajian tinggi serta pek unifi e-biz untuk e-usahawan.

Setakat ini, kami berpuas hati dengan sambutan pasaran terhadap inisiatif-inisiatif yang telah kami laksanakan sepanjang tahun ini, malahan kami amat berbangga dengan pencapaian hebat unifi Home yang berjaya melepasi jumlah sejuta pelanggan pada bulan Jun 2017. Setakat bulan Januari 2018, jumlah pelanggan kami telah meningkat kepada 1.1 juta, di mana 98% daripadanya melanggani kelajuan 10 Mbps dan lebih tinggi.

Untuk ulasan yang lebih lanjut mengenai perniagaan unifi kami sepanjang tahun ini, sila rujuk di muka surat 73 hingga 75.

Seperti di dalam ulasan Prestasi Kewangan, operasi perniagaan kami terus mengekalkan prestasi biarpun mengharungi keadaan pasaran yang mencabar. Kluster perniagaan utama kami, yang kini dinamakan unifi, TM ONE dan TM GLOBAL begitu sibuk menguruskan serta memenuhi permintaan pelanggan, dan dalam masa yang sama mengukuhkan perkhidmatan keterhubungan teras kami dengan menawarkan pelbagai penyelesaian konvergens. Pada bulan Ogos 2017, kami secara rasminya telah memperkenalkan PERFEXE 10 yang memaparkan pelan-pelan tertentu yang telah dirumuskan khas sebagai panduan kami. Kami akan memastikan pemantauan di atas kemajuan setiap pelan dijalankan secara teliti serta menilai kembali inisiatif-inisiatif tertentu bagi memastikan pelaksanaan pelan-pelan tersebut adalah tepat pada masanya. Walaupun PERFEXE 10 merupakan sebuah pelan jangka masa panjang, kami amat berbangga dengan kemajuan pelan-pelan tersebut di setiap kluster perniagaan setakat ini.

Jumlah pelanggan jalur lebar

2.3 juta

Pelanggan unifi TV

1.1 juta

Nota: Statistik yang dipaparkan adalah setakat 31 Januari 2018

Pelanggan unifi

1.1 juta

Kadar penembusan isi rumah unifi Mobile

10% daripada Isi Rumah TM

Saluran unifi TV

115 (65 saluran berdefinisi tinggi)

98% kelajuan

10Mbps dan lebih tinggi

Perbincangan & Analisis Pengurusan

58

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

seterusnya. Pada bulan November 2017, kami telah menandatangani perjanjian strategik dengan Gamuda Land yang bakal menyaksikan TM menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan rangkaian di Ladang Kundang, Selangor sepanjang empat tahun yang akan datang.

Pada masa yang sama, TM ONE telah terus membangunkan dua Pusat Data yang serba canggih dan terkini di Johor dan Lembah Klang. Kedua-dua Pusat Data ini adalah saling terhubung untuk membentuk kemudahan Pusat Data Teras Berkembar untuk lewahan tinggi. Pada bulan November 2017, suatu pencapaian penting telah diperolehi apabila kami berjaya menyempurnakan dan melancarkan IPDC dengan perakuan pembawa neutral Tahap III. Sejak dilancarkan, 17% daripada ruangnya telah dihuni oleh institusi perbankan dan kewangan yang berprofil tinggi dan pelanggan dari sektor awam, serta lebih banyak ruang telah dikhaskan untuk bakal pelanggan. Kami menjangkakan perniagaan Pusat Data ini akan berkembang dengan lebih pesat lagi apabila Pusat Data Teras Lembah Klang (KVDC) dilancarkan sepenuhnya pada tahun 2018. Satu lagi pencapaian penting pada tahun ini ialah pelancaran Pusat Panggilan baharu TM ONE di Melaka, yang pada masa ini menempatkan lebih daripada 300 orang pegawai khidmat pelanggan yang fasih dalam pelbagai bahasa, antaranya, bahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin.

Perbincangan lanjut mengenai rancangan TM ONE dan strateginya boleh didapati di muka surat 79 hingga 81.

Dalam negara, TM GLOBAL terus menyokong pelaksanaan rangkaian LTE, serta membina fiber tapak hala balik mudah alih untuk para pelanggannya.

Untuk bacaan lebih lanjut mengenai projek dan rancangan masa depan TM GLOBAL, sila rujuk di muka surat 84 hingga 85.

TM GLOBAL

TM ONE

Dengan PERFEXE 10, semua akaun yang dahulunya di bawah TM Enterprise, TM Government, GITN, VADS dan VADS Lyfe, kini terletak di bawah satu jenama dan satu organisasi, iaitu TM ONE.

Kluster perniagaan TM ONE menyediakan perkhidmatan serta penyelesaian yang mengupayakan syarikat swasta dan agensi kerajaan untuk mengukuhkan cara kerja mereka. TM ONE berpegang kepada ungkapan ‘Consider IT Done’ bagi menampilkan kepakaran dan kemampuannya di samping menjadi daya penggerak. Perkhidmatan

Pusat Data:

9 di Malaysia, 1 di Hong Kong

Kabel Dasar Laut:

20kabel dasar laut yang merentang

sejauh lebih daripada190,000 km

Titik Kehadiran (PoP)

Antarabangsa:

21 lokasi

Domestik:

9 lokasi

5Pejabat Serantau:

Amerika Syarikat, United Kingdom, Hong Kong,

Australia, Singapura

Pusat Panggilan:

9 di Malaysia, 3 di Indonesia,

dengan anggaran 8,000 ejen

TM GLOBAL terus memainkan peranan dalam menempatkan Malaysia serta TM sebagai pintu gerbang kepada rantau ASEAN yang ideal bagi seluruh dunia; dan perluasan kabel dasar laut kekal sebagai unsur utama untuk mencapai hasrat ini.

keterhubungan untuk data, internet dan suara disatukan dengan perkhidmatan Pusat Data, ICT dan Penyumberan Luar Proses Perniagaan (BPO), Perkhidmatan Pintar serta penawaran mobiliti bagi membolehkan penyelesaian yang lengkap untuk memenuhi keperluan khusus perniagaan menegak. Kami memperkenalkan suatu pendekatan pasaran yang kami namakan sebagai ‘verticalisation’, yakni menawarkan penyelesaian konvergens untuk industri/perniagaan menegak bagi memenuhi potensi digital mereka sepenuhnya dengan menjadi rakan digital mereka yang percayai .

Sebagai contoh, kami terpilih untuk menyediakan penyelesaian konvergens bagi perniagaan menegak Peruncitan & Hospitaliti menerusi penyertaan perkongsian B2B dengan QSR Brands pada bulan Oktober 2017. Menerusi perkongsian ini, kami akan menyediakan penyelesaian konvergens yang lengkap dengan tembok api, suis dan titik capaian WiFi kepada lebih daripada 1,000 cawangan restoran QSR di seluruh Malaysia untuk tempoh lima tahun

Pada tahun 2017, tiga rangkaian kabel dasar laut baharu telah disempurnakan, iaitu Malaysia-Kemboja-Thailand (MCT), Pintu Gerbang Laluan Nusantara (NuGate) dan Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M). Ini merupakan penambahan yang membawa kepada sejumlah 20 kabel dasar laut dengan laluan gentian melebihi 190,000 km. Pada tahun yang sama, TM GLOBAL turut mewujudkan sebuah Titik Kehadiran (PoP) baharu di Marseilles, Perancis, bagi para penyedia perkhidmatan yang memerlukan keterhubungan ke Eropah.

Perbincangan & Analisis Pengurusan

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

59

ULASAN FUNGSI PERNIAGAAN

Di dalam TM, fungsi-fungsi utama perniagaan kami adalah terdiri daripada pelbagai bahagian iaitu - IT&NT serta Pengalaman Pelanggan (CX), yang sebelum ini dikenali sebagai Pengurusan Pengalaman Pelanggan dan Transformasi (CEMT). Kedua-dua bahagian ini berfungsi untuk menyokong penyampaian dan operasi perkhidmatan yang berhubung dengan pelanggan untuk kluster perniagaan kami. Pusat Digital Kumpulan (GDC) telah menjadi sebuah fungsi pusat teras baharu sejak penubuhannya pada tahun 2017, sejajar dengan teras strategi kami untuk Memperkasakan Digital.

IT&NT dikenali sebagai ‘kilang’ bagi produk dan perkhidmatan TM kerana bahagian ini secara keseluruhannya bertanggungjawab untuk merancang, membina, menyampai, mengendali serta menyelenggara infrastrukur rangkaian dan sistem IT Kumpulan, yang menjadi tempat kebergantungan semua produk dan perkhidmatan kami. Pasukan pakar di bahagian ini bekerja 24/7 untuk memantau dengan teliti rangkaian dan sistem IT kami agar dapat menyampaikan pengalaman pelanggan yang terbaik.

Sorotan Utama

Tumpuan terhadap

memfiberasi bangunan bertingkat tinggi baharu

Lebih daripada 540,000 km gentian dipasang di seluruh negara

Lebih daripada 5TB kapasiti internet antarabangsa

Sorotan Utama

Skor TRI*M Melebihi purata industri global untuk tahun ketujuh berturut-turut

Melancarkan

Aplikasi HERO memperkasa anggota sebagai duta untuk produk dan perkhidmatan kami

Melanjutkan

waktu operasi TM Live Chat 9 pagi sehingga tengah malam

Pada tahun di bawah kajian, IT&NT terus memperluaskan liputan jalur lebar dan WiFi di seluruh negara. Setakat penghujung tahun 2017, lebih daripada 5.3 juta port jalur lebar telah dipasang di seluruh negara, dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 2.6 juta port menyokong kelajuan 10 Mbps dan ke atas, manakala lebih daripada 7,500 titik capaian WiFi telah diberi nafas baharu dengan hala balik berkelajuan tinggi bagi memantapkan pengalaman pelanggan. Menerusi perkongsian dengan para pemaju, IT&NT turut memberi tumpuan kepada usaha memfiberasi bangunan bertingkat tinggi baharu, terutamanya yang berada dalam lingkungan liputan HSBB kami.

Inisiatif lain turut diperkenalkan untuk mengerah aset kami yang sedia ada. Rangkaian dipermudahkan dengan mengguna pakai seni bina yang lebih padu dengan sebuah sistem tunggal yang menggabungkan pelbagai fungsi bagi membolehkan rangkaian kami menyokong peluang perniagaan baharu. Di kawasan SUBB, gelung-gelung kuprum yang terpilih telah digantikan dengan gentian serta dipendekkan bagi mengoptimumkan keupayaan teknologi Talian Digital Pelanggan Dengan Kadar Bit Sangat Tinggi (VDSL). Prestasi Mampan & Penambahbaikan Rangkaian (SPINE) turut diperkenalkan bagi mengurangkan rangkaian tergendala dan aduan pelanggan, serta menambah baik kitaran masa, lantas menyumbang kepada pengurangan kadar kerosakan serta peningkatan pengalaman pelanggan. Selain itu, IT&NT juga telah melancarkan aplikasi mudah alih di dalam TM yang dipanggil EYES yang membolehkan anggota kami membuat laporan kepada pasukan yang berkenaan dengan

sendiri, tentang sebarang kejadian yang berpotensi menyebabkan gangguan perkhidmatan, seperti kerja-kerja penggalian, tiang runtuh atau lurang yang terbuka.

Sebagai tambahan, IT&NT turut meneruskan beberapa inisiatif yang tertumpu kepada proses pendigitan bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti Syarikat. Sebuah sistem baharu yang dinamakan Digitalisasi Inventori (CEREBRO) telah dilaksanakan bagi menangani aspek keutuhan data melalui pengautomatan kemas kini inventori rangkaian. Satu lagi inisiatif - Revolusi Digital – Ketangkasan di Net (DRAGON), memberi tumpuan kepada pendigitan proses pengurusan projek dari hujung ke hujung. Selain itu, TM SWIFT+ (Sistem Pengurusan Tenaga Kerja) juga telah diperkenalkan sebagai platform untuk mendigitalkan proses jaminan dan proses memenuhi keperluan. Keupayaan sistem IT kami telah dipercepatkan dengan mewujudkan ‘seni bina dua kelajuan’, di mana domain yang berhubung dengan pelanggan ditangani oleh Sistem Penglibatan manakala domain yang berhubung dengan rangkaian ditangani oleh Sistem Rekod.

IT&NT - KILANG PRODUK & PERKHIDMATAN KAMI

Dalam industri perkhidmatan yang serba berdaya saing, adalah penting bagi kami untuk memastikan pengalaman para pelanggan sewaktu berinteraksi dengan kami adalah berbeza daripada yang lain, agar dapat menarik mereka untuk sentiasa kekal bersama kami sebagai penyedia perkhidmatan yang diyakini. Dalam TM, bahagian Pengalaman Pelanggan (CX) kami menyokong teguh usaha untuk memastikan bahawa setiap interaksi pelanggan dengan kami adalah menyenangkan, mudah dan tidak dapat dilupakan.

CX - MEMUPUK KEYAKINAN MENERUSI PENGALAMAN PELANGGAN

Perbincangan & Analisis Pengurusan

60

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Sorotan Utama

Melancarkan

unifi.com.my portal layan diri

Melancarkan

hub@tm, sebuah pusat sehenti untuk semua aplikasi berkaitan TM

Melancarkan lebih daripada

20 aplikasi untuk anggota dan pelanggan kami

TM telah berusaha ke arah ini sejak tahun 2015, sewaktu perangkaan hala tuju Budaya Perkhidmatan yang akan mengambil masa selama enam tahun. Fasa pertama hala tuju tersebut (2015-2016) adalah untuk pembinaan asas yang teguh bagi menyediakan perkhidmatan yang cemerlang. Kami kini berada dalam fasa kedua yang berkisar tentang ‘Menyemarakkan Kesungguhan untuk Memberi Khidmat’ di mana anggota dipastikan benar-benar menghayati apa yang dimaksudkan dengan ‘organisasi berorientasikan perkhidmatan’.

Inisiatif utama dalam usaha kami untuk memupuk inovasi dalam Budaya Perkhidmatan, ialah HERO, suatu aplikasi mudah alih yang dicipta dan dibina di dalam TM dengan tujuan untuk menggalakkan penghayatan terhadap budaya perkhidmatan di kalangan Warga Keluarga TM. HERO telah dirangka bagi membolehkan anggota berkhidmat sebagai duta bagi produk dan perkhidmatan kami, serta memperkasakan anggota untuk melaporkan sebarang permintaan atau aduan yang diterima daripada pelanggan terus kepada pasukan sokongan yang bersesuaian untuk tindakan segera.

Berpandukan strategi Memperkasakan Digital, kami berusaha memahami permintaan pasaran semasa terhadap kemudahan digital serta memberi tumpuan untuk merangka laluan ke arah pengupayaan pengalaman pelanggan digital. Pelanggan- pelanggan yang memilih untuk mendapatkan bantuan sokongan daripada kami akan diperkayakan dengan pengalaman saluran omni menerusi saluran digital seperti TM Live Chat, laman sosial, aplikasi mudah alih serta alat usaha sendiri dalam talian.

Kami turut menambah baik TM Live Chat sebagai salah satu inisiatif untuk menyegerakan penyelesaian isu-isu pelanggan unifi. Bilangan anggota pasukan kami yang mengendali TM Live Chat turut ditambah, manakala waktu operasi dilanjutkan dari pukul 9 pagi ke 8 pagi sehingga tengah malam setiap hari. Kami menjangkakan bahawa 80% daripada interaksi dengan pelanggan akan dialih kepada saluran digital, yang mana ianya bukan sahaja untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, bahkan akan turut menyumbang kepada penjimatan kos operasi pada masa hadapan.

GDC merupakan fungsi pusat yang baharu ditubuhkan bagi merealisasi aspirasi kami untuk Memperkasakan Digital. Tumpuan utamanya merangkumi ‘pendigitan’ proses dan sistem yang sedia ada untuk beralih daripada kaedah tradisional ke arah digital untuk melengkapkan sesuatu kerja, di mana usaha ini akan membolehkan TM memantapkan perkhidmatan dan interaksinya dengan pelanggan serta anggota. GDC turut mengusahakan inisiatif ‘digitalisasi’ bagi mencipta peluang perniagaan baharu untuk TM yang dipacu oleh digital. Sungguhpun GDC baru sahaja ditubuhkan pada awal tahun 2017, ia telah meraih pelbagai kejayaan dalam perjalanan ke arah ‘pendigitan’ dan ‘digitalisasi’ TM. Ini membuktikan dedikasi yang didukung oleh GDC dalam merealisasi strategi Memperkasakan Digital. Paling menyerlah, pada September 2017, GDC telah melancarkan portal web unifi.com.my, iaitu portal tunggal layan diri untuk interaksi berkenaan perkhidmatan berkaitan unifi, yang membolehkan pelanggan memohon atau menaik taraf perkhidmatan mereka, menyemak penggunaan, membayar bil serta menyelesaikan masalah dalam talian dengan berbual dengan ejen-ejen untuk mendapatkan bantuan sokongan.

GDC, dengan kerjasama daripada beberapa bahagian lain buat julung kalinya telah menganjurkan Sidang Kemuncak CX Digital TM 2017 pada bulan Ogos, bagi mewujudkan kesedaran dan keterujaan terhadap pemerkasaan digital di kalangan Warga Kerja TM. Acara tersebut telah mempamerkan inovasi digital daripada serata organisasi di samping sesi perbincangan dan dialog oleh para pemimpin dan pakar industri. Beberapa inisiatif telah diperkenalkan

Perbincangan & Analisis Pengurusan

PUSAT DIGITAL KUMPULAN (GDC) - MEREALISASI ASPIRASI KAMI UNTUKMEMPERKASAKAN DIGITAL

semasa acara tesebut, seperti pelancaran hub@TM, sebuah pusat sehenti bagi semua aplikasi yang dicipta untuk Warga Keluarga TM seperti FLOW, GROW, HERO, Helo dan TMmedic. Pada masa yang sama, MoU turut ditandatangani dengan GRAB untuk bekerjasama dalam beberapa urusan perniagaan demi memperoleh faedah untuk kedua-dua belah pihak. Akhir sekali, acara tersebut telah mengetengahkan perkongsian TM dengan syarikat-syarikat permulaan seperti Instaweb, Wariscan dan Drawzania yang bertujuan untuk memperkasakan mereka untuk beranjak ke arah digital. Sehingga kini, GDC telah melancarkan lebih daripada 20 aplikasi untuk anggota dan pelanggan kami.

Dalam usaha untuk menempatkan TM sebagai pemimpin inovasi digital, adalah amat penting bagi TM untuk memiliki bakat digital yang sewajarnya. Justeru itu, GDC menjalin kerjasama erat dengan Modal Insan Kumpulan untuk membangunkan rangka kerja Bakat Digital.yang memberi penekanan terhadap usaha meningkatkan kemahiran anggota yang sedia ada di samping mengambil kemahiran pakar dari luar, menawarkan imbuhan yang kompetitif untuk menarik bakat baru di samping mengekalkan bakat yang sedia ada, membentuk laluan kerjaya khusus untuk anggota yang berkemahiran dan menobatkan TM sebagai syarikat yang terkenal dalam mencungkil serta mencipta bakat berkepakaran dalam bidang digital.

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

61

KE ARAH TENAGA KERJA YANG DIPERKASAKAN OLEH DIGITAL

Di TM, kami sedia maklum tentang kepentingan setiap anggota dalam mencapai matlamat serta objektif Kumpulan. Sungguhpun barisan kepimpinan kami yang memikul tanggungjawab ke arah menjayakan visi serta strategi Syarikat, namun Warga Keluarga TM yang selainnya pula memainkan peranan yang penting dalam menterjemahkannya kepada kerja-kerja seharian. Sebagai majikan pilihan, kami sentiasa komited untuk memastikan semua aspek motivasi dan kesejahteraan anggota kami adalah dipenuhi. Hari ini, tatkala kami berusaha untuk menjadi satu-satunya Peneraju Konvergens Malaysia yang dipercayai, kami akan terus memastikan anggota kami diperkasa untuk menyumbang kepada kembara Kumpulan ke arah digital di samping memberi keyakinan kepada mereka bahawa TM adalah tempat yang membuka peluang untuk mereka menempa kejayaan.

Dalam persiapan TM menerajui era digital, warga kerja kami perlu membuat persediaan secara berterusan sesuai mengikut keperluan dan peredaran zaman. Pembentukan GDC merupakan langkah pertama kami dalam menerajui kembara digital kami, di mana warga kerja kumpulan tersebut merupakan peneraju digital yang terpilih dari serata Kumpulan. Bersama dengan peneraju-peneraju digital ini, GHCM telah membentuk suatu rangka kerja bagi memantapkan kecekapan serta kebolehan digital di kalangan anggota kerja kami. Pelbagai pelaburan yang berkaitan dengan latihan dan program berkaitan digital telah dijalankan, antaranya adalah perkongsian dengan Stanford D. School untuk melatih dan mentauliah 15 anggota yang terpilih sebagai pakar dalam Reka Minda. Salah satu usaha untuk memupuk budaya inovatif di kalangan warga kerja adalah dengan menganjurkan sebuah bengkel reka minda yang telah diadakan secara besar-besaran pada 8 Mac 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor yang berjaya menarik 1,000 penyertaan dari seluruh negara. Di samping itu, kami juga telah menganjurkan hackathon untuk memangkin kreativiti anggota ke tahap yang lebih tinggi.

Proses dan sistem sumber manusia kami juga telah melalui revolusi digital di mana sistem pengurusan prestasi untuk anggota eksekutif yang terdahulu telah digantikan dengan GROW, iaitu sebuah aplikasi berasaskan awan yang membolehkan anggota merancang, mengurus dan menjejaki perkembangan kerjaya mereka.

Penggunaan ‘Analytics’ merupakan salah satu usaha penting yang diterapkan agar membolehkan budaya kerja yang fleksibel serta berorientasikan hasil. Inisiatif ini membolehkan Syarikat menghasilkan rangka kerja pengurusan sumber manusia yang lebih dinamik dan teguh dan seterusnya memacu untuk memastikan tenaga kerja TM digunakan secara optimum keseluruhannya. Meskipun masih di peringkat awal, kami percaya dengan memperkenalkan budaya fleksibiliti di tempat kerja yang berpandukan analisis yang kukuh, ianya akan dapat menyumbang kepada produktiviti yang lebih tinggi serta kegembiraan di kalangan tenaga kerja TM secara keseluruhannya.

TANGGUNGJAWAB KORPORAT DAN KELESTARIAN

Visi kami di TM adalah untuk Menjadikan Hidup dan Perniagaan Lebih Mudah, demi Kesejahteraan Malaysia. Bagi mencapai matlamat ini, kami terus menempatkan prinsip tanggungjawab korporat sebagai nadi kepada rangka kerja kelestarian. Ini merupakan landasan yang penting untuk membina nilai mampan kepada para pemegang saham kami. Strategi tanggungjawab korporat kami adalah bahagian yang penting dalam merealisasi objektif teras kelestarian. Sebagai sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan pembina negara, kami adalah sebahagian dari golongan berkepentingan di dalam fabrik sosial Malaysia. Kami berbangga dan mengambil serius terhadap peranan kami ini.

Kehadiran Revolusi Industri 4.0 memerlukan tenaga kerja Malaysia mencapai set kemahiran yang tertentu agar tidak ketinggalan untuk kemajuan ini. Di samping memastikan warga kerja kami memperoleh pengetahuan dan kepakaran yang diperlukan, TM turut memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang pendidikan untuk rakyat Malaysia, dan menyokong wawasan Kerajaan untuk membina sebuah negara berpendapatan tinggi yang didorong oleh tenaga kerja yang berkemahiran. Menerusi Universiti Multimedia (MMU), institusi pendidikan yang dimiliki oleh kami sepenuhnya, kami menawarkan pendidikan berkualiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi menyumbang ke arah pembentukan bakat-bakat masa depan dalam era digital. Manakala, melalui biasiswa Yayasan TM (YTM) kami turut menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar cemerlang yang terpilih untuk melanjutkan pendidikan tinggi di luar dan dalam negara. Seiring dengan itu, kami turut menyokong agenda pendidikan Kerajaan dengan menyumbang kepada sekolah-sekolah luar bandar di bawah Program Sekolah Angkat TM. Kami juga menggalakkan penerapan inovasi di dalam pendidikan melalui program-program TM 3Ducation dan TM Robotics. Selain itu, kami turut menggalakkan kecemerlangan pendidikan melalui sukan menerusi program TM-CoachUnity yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar sekolah luar bandar untuk berjaya dalam sukan dan akademik.

Pelbagai projek keusahawanan juga telah dilaksanakan di Lembah Klang dan Kemaman, di mana kami berkongsi ilmu perniagaan dengan para usahawan Malaysia. TM turut mengetuai Rangkaian Tindak Balas dan Bantuan Bencana GLC (GDRN), dan bersama-sama dengan GLC yang lain, bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk memberi bantuan ketika berlakunya bencana alam di Malaysia.

Kami turut berada di barisan hadapan di kalangan syarikat-syarikat korporat dalam usaha untuk memulihara alam sekitar di sekeliling tempat kami beroperasi. Di premis-premis perniagaan terpilih, kami memantau secara berterusan penggunaan tenaga, emisi GHG dan jejak peninggalan karbon. Ilmu yang diperolehi daripada inisiatif hijau kami telah dikongsikan bersama dengan pelajar-pelajar sekolah serta pihak-pihak yang berkenaan melalui program kesedaran alam sekitar .

Kami telah memperincikan inisiatif tanggungjawab sosial korporat kami dalam Penyata Kelestarian di muka surat 16 hingga 19 dan juga dalam Laporan Kelestarian yang berasingan.

Hari ini, tatkala kami berusaha untuk menjadi satu-satunya Peneraju Konvergens Malaysia yang dipercayai, kami akan terus memastikan anggota kami diperkasa untuk menyumbang kepada kembara Kumpulan ke arah

digital Kumpulan di samping memberi keyakinan kepada mereka bahawa TM adalah tempat yang membuka peluang untuk mereka menempa

kejayaan.

Perbincangan & Analisis Pengurusan

62

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Perancangan kami adalah fleksibel bersesuaian dengan perubahan semasa, sambil mengekalkan fokus jitu terhadap matlamat akhir kami, yakni Memacu Konvergens dan Memperkasakan Digital.

Bagi kluster perniagaan unifi, kami menjangkakan perkhidmatan unifi akan menjadi penyumbang utama kepada prestasi Kumpulan. Ini dibuktikan daripada pertumbuhan pelanggan yang konsisten dan juga peningkatan trend menaik taraf kelajuan kepada lebih daripada 10 Mbps.

Tambahan lagi, kami terdorong dengan pencapaian unifi Mobile yang telah berjaya menembusi 10% ke dalam Isi Rumah TM sehingga kini. Kami yakin trend ini akan berterusan dengan pelancaran pelan #BEBAS yang baharu, serta proposisi menarik lain yang sedang dalam perancangan kami. Menerusi penawaran konvergens unifi, kami akan memperkasa gaya hidup digital yang diidamkan bagi mengekalkan pelanggan sedia ada, sambil berusaha menarik lebih ramai lagi untuk menyertai kami, terutamanya pelanggan-pelanggan di bangunan bertingkat tinggi dan kawasan lingkungan WiFi.

Bagi TM ONE, kami menjangkakan akan terus berhadapan dengan cabaran yang berterusan memandangkan pelanggan dari kedua-dua sektor swasta dan awam amat mementingkan pengurangan kos di samping mengharapkan perkhidmatan yang terbaik. TM ONE dan TM GLOBAL juga akan menangani cabaran ini dengan menawarkan perkhidmatan inovatif yang kos efektif sambil terus meneroka peluang perkongsian baharu. Kami berharap untuk mendapat daya tarikan yang lebih tinggi dalam perniagaan Pusat Data apabila KVDC disempurnakan sepenuhnya dan dihubungkan dengan IPDC melalui rangkaian yang sama pada tahun 2018.

Kumpulan TM turut menjangkakan potensi peluang pertumbuhan baharu menerusi TM GLOBAL. Tumpuan TM GLOBAL seterusnya adalah untuk terus memacu pertumbuhan perniagaan dengan menjana hasil selain daripada perkhidmatan keterhubungan. TM GLOBAL akan terus memainkan peranan penting dalam mendorong pengurangan kos di seluruh Kumpulan dengan mengurus keperluan untuk jalur lebar antarabangsa, pengembangan perayauan WiFi antarabangsa, mengupayakan teknologi penyampaian media, serta mengurangkan kos perkhidmatan LTE dan perkhidmatan TM yang lain. TM GLOBAL juga akan memimpin usaha untuk mengukuhkan kedudukan kami di rantau ASEAN menerusi perkongsian strategik dan kerjasama. Kami sentiasa mengadakan perbincangan dengan rakan niaga yang berpotensi dan berharap dapat mengumumkan kolaborasi baharu tidak lama lagi.

PENGURUSAN RISIKO

Sebagai sebuah Kumpulan, kami sentiasa memantau risiko-risiko yang dapat mempengaruhi perniagaan kami dan seterusnya mempersiapkan langkah-langkah yang bersesuaian untuk mengurus dan mengurangkan risiko-risiko tersebut . Sejak sekian lama, kami telah mewujudkan sebuah Tadbir Urus dan Rangka Kerja bagi Pengurusan Risiko Perniagaan (ERM) untuk melaksanakan fungsi tersebut. Ketua Penyelaras Risiko telah dilantik di semua bahagian utama Kumpulan bagi menyelaras aktiviti dan budaya pengurusan risiko yang efektif.

Sepanjang tahun di bawah ulasan, persaingan pasaran yang begitu sengit telah menyaksikan para penyedia perkhidmatan bertarung untuk menawarkan nilai perkhidmatan yang terbaik bagi memenuhi jangkaan dan permintaan pelanggan yang semakin meningkat, terutamanya keinginan mereka terhadap gaya hidup digital yang lebih bermakna.

Selain daripada untuk membimbing organisasi dalam melaksanakan pelan-pelan yang berkeutamaan tinggi, PERFEXE 10 turut dirangka untuk mengambil kira risiko persaingan dan yang mungkin boleh menyebabkan jurang di dalam hasil pendapatan. Menerusi PERFEXE 10, pelaksanaan pelan-pelan kami berupaya mengenal pasti risiko operasi perniagaan kami terlebih dahulu, yang seterusnya membolehkan kami mengambil langkah-langkah untuk mengurangkannya.

Keselamatan siber terus menjadi faktor risiko yang penting di dalam usaha kami ke arah Memperkasakan Digital dan seterusnya bergerak maju ke arah dunia IoT serta teknologi disruptif seperti Rangkaian Takrifan Perisian (SDN) dan Rangkaian Fungsi Maya (NFV). Pada tahun ini, kami telah berdepan dengan beberapa serangan siber global, termasuk serangan perisian hasad dan tebusan, yang juga dikenali sebagai ransomware. Bagi menangani ancaman-ancaman yang berpotensi menyebabkan kerosakan besar ini, kami memberi lebih tumpuan kepada usaha memantapkan kawalan keselamatan logik serta menggantikan firewall sedia ada dengan yang terkini, dilengkapi keupayaan yang lebih tinggi. Kemaskini perisian yang berterusan serta program-program kesedaran turut diadakan di kalangan Warga Keluarga TM bagi meminimumkan ancaman siber.

Penekanan yang diberikan ke atas strategi teras kami untuk Memperkasakan Digital, akan mengalami risiko sekiranya ada sebarang kekurangan dalam keupayaan digital kami kerana ianya boleh menghalang kejayaan program transformasi digital kami yang telah dirangkakan. Oleh yang demikian, kami telah menubuhkan Majlis Digital yang ditadbir oleh GDC, untuk memantau situasi-situasi yang membolehkan risiko dikurangkan. Majlis Digital ini adalah di bawah pengendalian Ketua Pegawai Digital kami bagi memastikan kejayaan program digital kami.

MEMACU KE HADAPAN PADA 2018

Di TM, kami meramalkan tahun 2018 akan kekal positif meskipun persaingan dan ketidakpastian menyelubungi industri. Menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), pertumbuhan ekonomi Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 5.9% pada 2017, didorong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan dan diperkukuhkan lagi dengan permintaan global. Melangkah ke hadapan, ekonomi Malaysia dijangka tumbuh pada kadar 5.4% pada 2018, sekali lagi dipacu oleh permintaan domestik.

Pada tahun-tahun yang mendatang, kami akan terus bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan termasuk yang di luar jangkaan.

Perbincangan & Analisis Pengurusan

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

63

Pada tahun-tahun yang mendatang, kami akan terus bersedia untuk

menghadapi segala kemungkinan termasuk yang di luar jangkaan.

Perancangan kami adalah fleksibel dan bersesuaian dengan perubahan semasa, sambil mengekalkan fokus yang jitu terhadap matlamat akhir

kami, yakni Memacu Konvergens dan Memperkasakan Digital.

Dari sudut pandangan Fungsi-Fungsi Perniagaan pula, IT&NT akan memberi fokus kepada inisiatif-inisiatif yang akan memantapkan lagi pengurusan tenaga kerja, menambah baik rangkaian dan membina momentum pendigitan, dengan menumpukan usaha untuk merealisasikan tujuh keutamaan yang merangkumi pengenalan dan pembentukan SDN/NFV, menzahirkan infrastruktur dan menyokong pelbagai inisiatif PERFEXE 10 seperti memperkembangkan liputan WiFi dan rangkaian LTE serta menguasai bangunan bertingkat tinggi. Kesemua usaha ini merupakan tambahan kepada usaha-usaha lain seperti pemberian nafas baharu kepada jaluran tembaga bagi menambah baik kualiti aset sedia ada serta menyediakan analitik data dan memperolehi pemahaman yang mendalam agar dapat memberikan perkhidmatan yang lebih mantap.

Kami juga bercadang untuk menyepadukan sepenuhnya rangkaian kami dengan IT untuk menghasilkan konvergens digital yang lengkap, lantas mencipta peluang-peluang perniagaan, serta memastikan kos diurus dengan cekap. Kami berikhtiar untuk meningkatkan kecemerlangan operasi perkhidmatan demi faedah Kumpulan serta para pelanggan kami.

Bagi CX pula, fokus adalah terarah kepada penyediaan landasan untuk memperoleh pandangan holistik tentang pengalaman pelanggan. Landasan ini akan dijadikan pemangkin untuk usaha-usaha penambahbaikan menerusi dua aspek: pengalaman digital pengguna, dan rekaan inovatif yang berpaksikan insan dan tingkah laku.

Sementara itu, GDC akan mengutamakan beberapa bidang penting. Pertamanya, fokus akan diberikan kepada usaha memperkayakan pengalaman pelanggan menerusi interaksi secara digital seiring dengan langkah kami ke arah digitalisasi yang sepenuhnya pada tahun-tahun yang mendatang. Portal layan diri unifi akan terus dibangunkan sebagai gerbang utama untuk para pelanggan. Penaiktarafan akan dilaksanakan agar para pelanggan dapat berinteraksi dan membantu sesama sendiri melalui ‘crowdsourcing’ dengan unsur permainan. Dengan memanfaatkan pembelajaran yang diperoleh daripada portal layan diri unifi, GDC akan mereplikasikan portal yang sama untuk pelanggan perusahaan dengan kerjasama TM ONE.

Akhir kata dalam mengorak langkah ke hadapan pada tahun 2018, kami akan terus berpandukan strategi Memacu Konvergens dan Memperkasakan Digital dalam setiap perkara yang dikerjakan. Dengan berpandukan kepada PERFEXE 10, kami yakin akan melaksanakan pelan-pelan dengan lebih tertumpu dan cekap. Kami ingin menjemput semua pemegang-pemegang saham dan pihak-pihak yang berkepentingan untuk turut berkongsi semangat optimis kami terhadap masa depan TM yang diyakinkan oleh rekod prestasi kami yang telah terbukti berjaya menzahirkan pertumbuhan serta pulangan. Lebih-lebih lagi, kami ingin mengukuhkan komitmen serta kedudukan TM sebagai satu-satunya institusi kebangsaan yang diberi kepercayaan untuk membangun dan melindungi unsur yang teras dalam masa depan digital Malaysia iaitu telekomunikasi. Sesungguhnya komitmen ini tidak akan mengurangkan peranan kami yang unik sebagai rakan kongsi dalam pembinaan negara dan, pastinya, sebagai Peneraju Konvergens Malaysia. Ayuh, mari kongsikan semua detik-detik indah anda bersama kami, izinkan kami membantu menjadikan hidup dan perniagaan anda lebih mudah, demi kesejahteraan Malaysia.

Dato’ Sri Mohammed Shazalli RamlyPengarah Urusan/

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

Datuk Bazlan Osman Pengarah Eksekutif/

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif

Kumpulan

Ulasan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan

64

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

NOR FADHILAH MOHD ALIKetua Pegawai Kewangan Kumpulan

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

65

Kami mencapai hasil kendalian yang stabil di dalam sektor yang rata-ratanya merekodkan

penurunan dengan mencatatkan hasil kendalian sebanyak RM12.09 billion, didorong oleh hasil

internet & multimedia yang lebih tinggi.

Ulasan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan

BERDAYA SAING DENGAN DISIPLIN KEWANGAN YANG UTUH

2017 merupakan tahun yang membuktikan daya tahan TM dalam menghadapi persekitaran yang mencabar. Cabaran lanskap ini menuntut keteguhan fokus kami terhadap disiplin dan kecekapan pengurusan kewangan demi memacu organisasi ke tahap yang lebih tinggi.

Kami mencapai hasil kendalian yang stabil di dalam sektor yang rata-ratanya merekodkan penurunan dengan mencatatkan hasil kendalian sebanyak RM12.09 billion, didorong oleh hasil internet & multimedia yang lebih tinggi. Prestasi ini disebabkan oleh peningkatan jumlah pelanggan unifi mobile dan kediaman. Pelaburan yang lebih rendah dari sektor swasta dan awam merupakan faktor utama pengurangan hasil data pada tahun 2017, manakala hasil suara masih menunjukkan prestasi merundum akibat daripada penurunan jumlah pelanggan serta penggunaan, namun dapat disokong oleh sumbangan borong yang lebih tinggi di TM GLOBAL. Walaupun demikian, TM ONE menunjukkan prestasi yang menggalakkan pada suku tahun keempat, dimana kami mengharapkan ia petanda bahawa keadaan akan menjadi bertambah baik dan harus kami pantau dengan teliti.

Dari segi kos, peningkatan kos kendalian sebahagian besarnya didorong oleh perkembangan dalam mobiliti dan juga faktor luaran seperti turun naik nilai mata wang asing. Hal ini telah mengakibatkan EBITDA Kumpulan bagi tahun 2017 lebih rendah pada kadar 5.6% daripada tahun 2016, iaitu sebanyak RM3.58 bilion.

Setelah mengasingkan elemen-elemen bukan kendalian seperti kerugian pertukaran mata wang asing ke atas penyelesaian perdagangan dan simpanan, EBITDA Dinormalisasi kami adalah 3.9% lebih rendah. EBIT Kumpulan bagi tahun 2017 adalah 5.3% lebih rendah pada jumlah RM1.09 bilion, manakala EBIT Dinormalisasi Kumpulan adalah 0.2% lebih tinggi daripada tahun 2016, sebanyak RM1.19 bilion.

Ulasan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan

66

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

IMTN 001 IMTN 002 IMTN 003 IMTN 004 IMTN 005 IMTN 006 IMTN 007 IMTN 008 IMTN 009 IMTN 010 IMTN 011 IMTN 012 IMTN 013 IMTN 014 IMTN 015

Kupon 4.50% 4.20% 4.20% 4.00% 3.95% 3.95% 3.93% 4.30% 4.82% 4.738% 4.55% 4.55% 4.23% 4.88% 4.58%

Tarikh Matang

25 Jun 2021

13 Sep 2021

10 Dis 2021

13 Mei 2022

19 Dis 2022

28 Apr 2023

23 Jun 2022

18 Dis 2020

21 Mac 2024

27 Jun 2024

7 Okt 2024

20 Dis 2024

10 Jun 2022

28 Nov 2025

3 Sep 2027

Prinsipal (RM)

300,000,000 300,000,000 200,000,000 250,000,000 300,000,000 400,000,000 250,000,000 200,000,000 300,000,000 300,000,000 300,000,000 300,000,000 300,000,000 300,000,000 500,000,000

Ulasan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan

Kami mencatatkan sejumlah RM1.05 bilion bagi PBT Dilaporkan Kumpulan, iaitu 14.1% lebih tinggi serta peningkatan yang memberangsangkan pada kadar 19.8% dalam PATAMI Dilaporkan Kumpulan yang berjumlah RM929.7 juta berbanding RM776.0 juta pada tahun 2016. Penyumbang utama kepada peningkatan ini adalah daripada laba pertukaran mata wang asing ke atas pinjaman Kumpulan pada tahun lalu. Tanpanya, PATAMI Dinormalisasi Kumpulan adalah 1.8% lebih tinggi, sebanyak RM863.2 juta.

Sambil TM agresif melaksanakan pelannya untuk Memacu Konvergens dan Memperkasakan Digital, kami perlu menumpukan fokus yang lebih teliti terhadap aliran tunai dan nisbah kendalian kami bagi memastikan kami dapat mengekalkan tahap kemajuan di samping mencipta nilai mampan buat pihak berkepentingan kami.

Jumlah perbelanjaan modal kami bagi tahun 2017 adalah sebanyak RM2.76 bilion, atau 22.8% daripada hasil. Daripada jumlah tersebut, 42% daripadanya telah dibelanjakan untuk capaian, diikuti oleh 34% diperuntukkan untuk perbelanjaan rangkaian teras serta baki 24% lagi untuk sistem sokongan. Perbelanjaan modal pada tahun lalu adalah lebih rendah daripada panduan awal dan juga berbanding tahun 2016. Pengurangan perbelanjaan modal tersebut adalah disebabkan oleh penyusunan semula prioriti dalam projek-projek syarikat.

Kami menutup tirai tahun ini dengan baki tunai yang kukuh berjumlah RM1.72 bilion, dengan aliran keluar utama sejajar dengan fasa pelaburan yang tinggi serta pengembangan operasi kami. Kami mengawal dengan teliti bilangan hari pungutan dan Belum Terima Perdagangan (AR), khususnya daripada pelanggan perkhidmatan terurus, dengan tersedianya inisiatif kredit dan pungutan yang bersesuaian.

Kami sentiasa berhati-hati dalam memastikan kedudukan kewangan kami kukuh dan mengekalkan nisbah hutang dalam lingkungan panduan penimbal, iaitu 2.5x Hutang Kasar/EBITDA bagi memelihara kedudukan kredit gred pelaburan TM. Pada tahun 2017, nisbah Hutang Kasar/EBITDA kami adalah pada 2.3x. Keadaan ini membolehkan kami terus mampu memperkembangkan operasi TM, sama ada melalui program sedia ada atau dengan hutang baharu.

PENARAFAN KREDIT TM

RAM AAA

Moody’s A3 (kredit dasar a3)

S&P A- (sacp a-)

Fitch A-

HUTANG SEDIA ADA TM PADA 31 DISEMBER 2017

Hutang Mata Wang Tempatan

TMISIS B

Kupon 4.870%

Tarikh Matang 28 Dis 2018

Prinsipal (RM) 925,000,000

Nota: TMISIS ialah singkatan bagi Sekuriti Pendapatan Terikat Islam TM

Nota:

(i) ICP adalah singkatan bagi Kertas Komersil Islam dan IMTN adalah singkatan bagi Nota Jangka Sederhana Islam

(ii) IMTN 001 hingga IMTN 007 telah diterbitkan di bawah program ICP/IMTN sehingga RM2.0 bilion

(iii) IMTN 008 hingga IMTN 015 telah diterbitkan di bawah program ICP/IMTN sehingga RM3.0 bilion

Hutang Mata Wang Asing

Bon Yankee

Kupon 7.875%

Tarikh Matang 1 Ogos 2025

Prinsipal (USD) 300,000,000

Pinjaman USD

Kadar Faedah 3mLibor + 0.91%

Tarikh Matang 30 Okt 2020

Prinsipal (USD) 100,000,000

Nota:

(i) Pengaturan swap telah dibuat untuk pinjaman USD kepada pendedahan RM dengan purata kadar faedah

sebanyak 4.01%

EMTN 001 EMTN 002 EMTN 003

Mata Wang USD USD USD

Kupon 3.70% 1mLibor + 1.35%

3.422%

Tarikh Matang 25 Feb 2026 21 Ogos 2023 15 Nov 2026

Prinsipal (RM) 50,000,000 50,000,000 75,000,000

Nota:

(i) EMTN adalah singkatan bagi Nota Jangka Sederhana Euro.

(ii) EMTN 001 hingga EMTN 003 telah diterbitkan di bawah program sukuk EMTN pelbagai mata wang

sehingga USD750.0 juta, yang berasaskan Islamik.

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

67

IMTN 001 IMTN 002 IMTN 003 IMTN 004 IMTN 005 IMTN 006 IMTN 007 IMTN 008 IMTN 009 IMTN 010 IMTN 011 IMTN 012 IMTN 013 IMTN 014 IMTN 015

Kupon 4.50% 4.20% 4.20% 4.00% 3.95% 3.95% 3.93% 4.30% 4.82% 4.738% 4.55% 4.55% 4.23% 4.88% 4.58%

Tarikh Matang

25 Jun 2021

13 Sep 2021

10 Dis 2021

13 Mei 2022

19 Dis 2022

28 Apr 2023

23 Jun 2022

18 Dis 2020

21 Mac 2024

27 Jun 2024

7 Okt 2024

20 Dis 2024

10 Jun 2022

28 Nov 2025

3 Sep 2027

Prinsipal (RM)

300,000,000 300,000,000 200,000,000 250,000,000 300,000,000 400,000,000 250,000,000 200,000,000 300,000,000 300,000,000 300,000,000 300,000,000 300,000,000 300,000,000 500,000,000

Sebelum pengasingan pada 1 April 2008, TM telah membentuk iltizam dividennya menerusi penyata dasar dividen seperti berikut:

“Dalam menentukan nisbah pembayaran dividen bagi mana-mana tahun kewangan selepas Pengasingan yang Dicadangkan, Syarikat kami bercadang untuk menggunapakai polisi dividen yang progresif dalam membolehkan kami memberikan dividen yang stabil dan berkekalan kepada pemegang-pemegang saham kami di samping mengekalkan struktur modal yang efisien dan memastikan pembiayaan yang cukup untuk pertumbuhan di masa hadapan.

Syarikat kami ingin mengagihkan dividen tahunan sebanyak RM700 juta atau sehingga 90.0% daripada PATAMI yang dinormalisasi, yang mana lebih tinggi. Dividen hanya akan dibayar jika diluluskan oleh Lembaga Pengarah kami dan diambil daripada dana yang tersedia untuk tujuan pengagihan berkenaan. Jumlah dan tempoh sebenar pembayaran dividen akan bergantung kepada kedudukan tunai dan perolehan tersimpan, prestasi kendalian, prospek perniagaan, monetisasi asset-aset bukan teras, unjuran kedudukan perbelanjaan modal dan cadangan pelaburan lain, tanggungjawab semasa dan yang dijangka serta perkara-perkara lain yang difikirkan berkaitan oleh Lembaga Pengarah.”

(No Rujukan Pengumuman Bursa Malaysia TM-081113-37325)

Tarikh Pengumuman:13/11/2008

Dengan objektif kami untuk memberi pulangan yang mampan kepada para pelabur kami, kami telah mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 12.1 sen sesaham, atau RM454.7 juta. Berserta dengan dividen interim pertama sebanyak 9.4 sen sesaham yang dibayar pada Oktober 2017, ia menjadikan jumlah pembayaran dividen sebanyak 21.5 sen sesaham, atau RM808.0 juta bagi tahun 2017 - melebihi iltizam dividen minimum kami sebanyak RM700 juta - pada kadar 94% PATAMI Dinormalisasi kami.

Ulasan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan

68

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Ulasan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan

JUMLAH PEMEGANG SAHAM

22,352*Pemegang Saham Institusi/Runcit

*setakat 5 Mac 2018

Pemegang Saham Utama

Khazanah Nasional BerhadKumpulan Wang Simpanan PekerjaAmanahraya Trustees Berhad

55.30%

Pegangan Saham Asing

11.38%

393.3%Jumlah Pulangan Keseluruhan kepada Pemegang Saham sejak Pengasingan

Pada tahun 2017, kami terus mengukuhkan hubungan dengan pihak berkepentingan dengan cara yang proaktif dan telus, serta bertepatan masa agar mereka dapat mengikuti perkembangan strategi, prestasi dan aktiviti-aktiviti utama perniagaan kami. Demi memastikan pematuhan terhadap amalan terbaik, semua komunikasi dengan ahli pasaran modal kami ditadbir oleh dasar serta garis panduan syarikat dan ia adalah sejajar dengan pelbagai tadbir urus serta garis panduan pendedahan yang dikawal selia oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.

Sepanjang tahun ini, topik-topik utama yang menarik minat para pelabur institusi kami adalah berkaitan strategi Konvergens, prestasi unifi mobile, penetapan harga jalur lebar dan juga penjelasan mengenai PERFEXE 10. Sukacitanya, aktiviti-aktiviti kami sepanjang tahun 2017 telah diterima baik dan harga saham kami secara relatifnya, kekal stabil.

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

69

KE ARAH PENCIPTAAN NILAI: KEWANGAN DAN PERFEXE 10

Kewangan Kumpulan telah diamanahkan untuk menerajui teras “Mengerah Aset” di dalam PERFEXE 10. Kami dituntut untuk meneliti lebih rapi hal-hal perniagaan yang berkaitan dengan pelaburan baru, perbelanjaan pintar serta pengurusan aset bagi memastikan pulangan tertinggi dan kecekapan dapat dicapai dengan setiap ringgit yang telah dibelanjakan.

Pengurusan aliran tunai dan penyata kedudukan kewangan syarikat merupakan petunjuk yang ketara pada tempoh ini dan keutamaan diberikan kepada pengekalan nisbah kecairan yang kukuh. Bagi memastikan kami mampu menjana pelan-pelan perniagaan syarikat (berpandukan perbelanjaan modal disekitar pertengahan ke-paras tinggi 20-an % daripada hasil) serta mengambil kira obligasi pembayaran hutang kami dalam anggaran RM925 juta pada tahun ini, kami telah mewujudkan sebuah pelan modal komprehensif yang membincangkan dan mengemukakan saranan berhubung dengan pengumpulan dana, pengurusan risiko, serta pelan perbendaharaan yang teguh.

Bagi merealisasikan aspirasi TM Ke Arah Digital berteraskan Memperkasa Digital Berpandukan PERFEXE 10, pelbagai projek berimpak tinggi sedang kami laksanakan seperti projek TRACE, CONCISE dan PLATINUM III, dan projek-projek ini sedang berjalan dengan lancar. Kami juga sedang membina aplikasi digital untuk menjadikan hidup lebih mudah untuk Warga Keluarga TM, seperti pengenalan aplikasi WINGS yang merupakan aplikasi mudah alih yang dibina bagi memudahkan permohonan perjalanan bagi tugasan di luar negara. Aplikasi inovatif ini diantaranya, menyokong interaksi yang berkesan merentasi rantaian nilai dan menyingkirkan proses kertas kerja yang kurang cekap. Kami juga menyokong dan menggalakkan pemerkasaan digital pada keseluruhan syarikat. Penggunaan kaedah digital atau moden mempunyai faedah bernilai yang dapat dilihat melalui pengurangan dan/atau penghindaran kos, selain meningkatkan kecekapan operasi.

Di Kewangan Kumpulan, kami menyokong sepenuhnya PERFEXE 10 dan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan perlaksanaan strategi kewangan sebagai komplemen kepada strategi perniagaan. Pengukuhan disiplin kewangan di setiap peringkat dalam Kumpulan diperlukan bagi memastikan kami berupaya menyediakan modal yang mencukupi untuk kelestarian pertumbuhan TM, selain memerlukan usahasama oleh semua. Pada dasarnya, faktor utama yang mendorong usahasama ini adalah penglibatan yang teguh antara organisasi kewangan dan juga bahagian kendalian, termasuk anak-anak syarikat kami. Berserta dengan nilai asas Kewangan Kumpulan untuk menjadi rakan yang memberi nilai kepada perniagaan di samping menampilkan integriti yang tinggi, kecekapan dan kepelbagaian dalam set kemahiran, kami yakin akan kemampuan kami untuk mencapai hasil dan menyumbang kepada penciptaan nilai kepada Kumpulan TM.

TRACE

Sistem jaminan hasil di TM yang membolehkan pengesanan awal dan pemulihan kesan daripada kebocoran hasil dengan menumpukan perhatian kepada titik-titik kawalan utama kebocoran dengan menyediakan kajian lengkap dan menyeluruh pada semua bahagian di dalam rantaian pengurusan hasil

CONCISE

Penambahbaikan sistem pengurusan kredit dan kutipan yang bermatlamat mengukuhkan pengurusan risiko kredit menerusi gabungan pelbagai strategi kutipan berdasarkan profil risiko pelanggan, analisa ramalan serta mengguna pakai teknologi berpiawaian industri

PLATINUM III

Perkhidmatan pembayaran baru untuk Kumpulan TM

Penggunaan kaedah digital atau moden mempunyai faedah bernilai yang dapat dilihat melalui pengurangan dan/atau

penghindaran kos, selain meningkatkan kecekapan operasi.