cerpen - detik yang tergugat

39
Detik Yang Tergugat Osman Ayob

Upload: 27031993

Post on 30-Jul-2015

194 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

Osman Ayob

Page 2: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

TEMA

• Cabaran getir yang dihadapi oleh sepasang Sintar

kesan daripada penggunaan alat teknologi/kemajuan

teknologi moden dalam bidang pertanian sehingga

menggugat kedamaian dan keselamatan hidup

mereka.

– Kegelisahan dan kecemasan yang dihadapi oleh sepasang

Sintar yang bersarang di kawasan sawah padi.

Page 3: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

PERSOALAN

• Tanggungjawab kekeluargaan yang besar

– Sintar betina dan Sintar jantan berganding bahu dalam menjalankan tanggung jawab mereka terhadap anak-anak yang baru lahir. Kedua-dua ekor Sintar ini memikul tanggungjawab memberi makan dan menjaga keselamatan anak-anak mereka bersama.

• Semangat kekeluargaan yang teguh

– Kedua-dua ekor Sintar ini bermuafakat menjaga keselamatan anak-anak mereka yang masih kecil itu. Seandainya, Sintar betina keluar mencari makan, Sintar jantan akan menjaga anak-anak mereka dan sebaliknya. Contoh m.s 74.

Page 4: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

PERSOALAN

• Kemajuan yang dicapai oleh masyarakat petani– Kalau dahulu, masyarakat petani menuai padi secara tradisional, kini kemajuan

telah membantu para petani mendapat hasil keuntungan yang lumayan iaitu

menuai padi dengan menggunakan jentera pemotong padi. Hasil kemajuan

masyarakat petani telah menggugat kehidupan masyarakat mergastua.

• Kasih sayang yang mendalam– Kasih sayang dan saling memahami wujud dalam kehidupan Sintar betina dan

Sintar jantan. Sikap ini dipupuk demi kesejahteraan hidup mereka bersama

anak-anak yang baru lahir. Ini jelas kelihatan sewaktu mereka bersama-sama

mengharungi keadaan hujan lebat untuk melindungi anak-anak yang baru

lahir. Selain itu, kedua-dua ekor Sintar juga terbang mengelilingi jentera

pemotong padi sambil menjerit-jerit untuk menarik perhatian pemandu

jentera tersebut agar memberhentikan jenteranya. Disebabkan tiada respons

daripada pemandu jentera itu, akhirnya Sintar Betina mengambil keputusan

untuk mati bersama anak-anaknya.

Page 5: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang TergugatPERSOALAN

• Kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi masalah– Sintar jantan tabah dan sabar menghadapi karenah Sintar betina sewaktu mereka

berada dalam saat-saat kegetiran. Kehadiran jentera pemotong padi menguji kesabaran

dan ketabahan Sintar jantan menghadapi sikap Sintar betina yang masih mentah

pengalaman hidup. Sintar betina agak emosi sewaktu menghadapi petaka yang bakal

melenyapkan anak-anaknya disebabkan oleh rasa keibuan yang begitu mendalam. Usia

yang agak berbeza menyebabkan Sintar jantan mengalah untuk menyelesaikan konflik

antara mereka berdua berhubung dengan kedatangan jentera pemotong padi itu. Sintar

jantan akhirnya terbang sendirian sambil menjerit-jerit mengelilingi pemandu jentera

pemotong padi dengan harapan dapat menarik perhatian pemandu tersebut.

• Kejujuran dan kesetiaan– Sewaktu imbas kembali, Sintar betina teringat akan kejujuran dan kesetiaan Sintar jantan

dalam menghadapi dugaan hidup. Pada waktu itu, Sintar jantan sanggup mengharungi

kelebatan hujan bersama dengan Sintar betina untuk melindungi anak-anak mereka

yang baru lahir itu dan juga sewaktu kehadiran jentera pemotong padi yang hampir

memusnahkan kehidupan mereka sekeluarga.

Page 6: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

PERSOALAN

• Toleransi atau bertolak-ansur dalam kehidupan berumah

tangga

– Sikap Sintar jantan yang matang banyak membantunya menangani karenah

Sintar betina. Sintar jantan juga banyak mengalah demi keharmonian hidup

berkeluarga.

• Kesan penggunaan alat-alat teknologi moden

– Pencemaran bunyi khususnya dari bunyi deruman jentera pemotong padi yang

memecahkan keheningan pagi seperti yang dibayangkan oleh Sintar betina

dalam cerpen “Detik Yang Tergugat”.

Page 7: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

PERUTUSAN & PENGAJARAN

• Perutusan

– Sikap bertanggungjawab penting dalam kehidupan berkeluarga. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap anak-anak.

– Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak amat mendalam sehingga sanggup berkorban demi/dengan anak-anak.

– Sikap bertimbang rasa terhadap makhluk lain perlu pada diri manusia.

– Sikap saling tolong-menolong serta bertolak-ansur penting dalam kehidupan suami isteri/ berkeluarga. (Perihal sintar betina dan sintar jantan)

– Sikap prihatin dan ingat-mengingati perlu ada dalam kehidupan bermasyarakat (masyarakat mergastua) – perihal puyuh yang memberi peringatan kepada Sintar.

Page 8: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang TergugatPERUTUSAN & PENGAJARAN

• Pengajaran

– Kita hendaklah mengamalkan sikap bertanggungjawab terutama dalam menjaga kebajikan dan kepentingan keluarga kita sendiri, bahkan sanggup berkorban demi kepentingan bersama.

• Ini dapat dilihat menerusi cerpen “Detik Yang Tergugat” yang mana Sintar jantan dan Sintar betina bersama-sama menjaga kebajikan dan keselamatan anak-anak mereka yang baru lahir.

– Semangat kekeluargaan mestilah dipertahankan sepanjang masa demi menjamin keharmonian hidup.

• Sintar jantan dan Sintar betina saling bermuafakat dalam menjalani kehidupan dan ini menimbulkan suasana yang harmonis dalam kehidupan mereka sekeluarga.

– Janganlah mengetepikan nilai-nilai kemanusiaan yang sedia ada walaupun dengan kehadiran teknologi moden.

• Jentera menuai padi amatlah penting dalam kehidupan masyarakat petani dalam zaman moden ini tetapi cara penggunaannya haruslah berhemah tinggi. Kehadiran kehidupan mergastua yang menumpang membuat sarang di sawah padi harus dijaga sewaktu musim menuai.

Page 9: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

PERUTUSAN & PENGAJARAN

• Pengajaran

– Kita hendaklah menjaga habitat mergastua yang telah wujud demi kesejahteraan sistem ekologi.

• Burung memainkan peranan yang penting dalam kehidupan yang mana mereka akan memakan ulat-ulat yang merosakkan tanaman. Dengan kehadiran mergastua ini, menyelamatkan masyarakat petani daripada kerugian ribuan ringgit dalam pertanian. Oleh itu, masyarakat petani tidak harus memusnahkan habitat mergastua demi kesejahteraan sistem ekologi.

– Kita hendaklah mengamalkan budaya tolong-menolong dan ingat-mengingati dalam hidup bermasyarakat.

• Puyuh jantan dan Puyuh betina yang dalam perjalanan menyelamatkan keluarga mereka mengingatkan Sintar betina dan Sintar jantan untuk menyelamatkan diri jika tidak mahu terbunuh. Walaupun Puyuh laki bini tidak dapat membantu Sintar sekeluarga, sekurang-kurangnya mereka mengingatkan Sintar untuk berusaha menyelamatkan keluarganya. Ini juga berlaku dalam kehidupan manusia yang mana budaya tolong-menolong dan ingat-mengingati diamalkan.

Page 10: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

PLOT

• Plot yang mudah dan berunsur kronologi.

– Permulaan atau eksposisi

• Cerpen ini dikenalkan secara mudah yang mana bunyi

deruman jentera penuai padi memecah keheningan

pagi sehingga menyebabkan Sintar betina berasa

gelisah dengan kehadiran jentera tersebut.

Page 11: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

PLOT

• Konflik

– Ini dapat dilihat bagaimana Sintar betina berada dalam keadaan

konflik. Diri Sintar betina dan anak-anaknya dalam bahaya dan

kemungkinan mereka terbunuh kerana jentera pemotong padi

berfungsi menuai padi yang sedang menguning dan akan

memusnahkan sarang kediaman mereka.

– Dalam keadaan tertekan, Sintar betina teringat akan Sintar jantan yang

keluar mencari makan bersamanya pagi tadi dan masih belum

kelihatan. Konflik semakin bertambah apabila Sintar betina melihat

burung ruak-ruak terbang menyelamatkan diri.

Page 12: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

PLOT

• Konflik

– Sintar jantan pulang membawa seekor ulat untuk diberi kepada anak-

anaknya. Mereka berbincang bagaimana untuk menyelamatkan

keluarga mereka setelah burung Puyuh laki bini mengingatkan mereka

supaya cepat mencari tempat yang lebih selamat kerana jentera

pemotong padi sudah hampir ke tempat kediaman mereka.

– Sintar laki bini yang mempunyai anak-anak yang masih kecil,

menyukarkan lagi perancangan mereka untuk menyelamatkan diri.

Page 13: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

PLOT

• Kemuncak atau klimaks

– Akhirnya apabila jentera pemotong padi semakin hampir dengan kediaman mereka, mereka berpakat untuk menarik perhatian serta simpati pemandu jentera itu dengan terbang mengelilingi jentera pemotong padi sambil menjerit dan memekik.

• Peleraian

– Sintar sekeluarga terselamat apabila jentera pemotong padi tiba-tiba berhenti apabila jentera tersebut menghampiri kawasan kediaman mereka. Ini disebabkan keadaan tanah paya yang dalam serta lembut menyukarkan jentera pemotong padi untuk bergerak.

Page 14: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

PLOT

• Unsur Plot

– Imbas kembali• Sintar betina teringat Sintar jantan yang keluar mencari makan

bersama-sama dengannya pagi itu di saat-saat ia berada dalam keadaan cemas dan gelisah akan kehadiran jentera pemotong padi. Sintar jantan masih belum pulang pada ketika itu.

– Suspens• Teknik digunakan berleluasa sepanjang cerpen ini. Plotnya

bermula dengan kehadiran jentera pemotong padi suatu pagi sehingga menimbulkan kecemasan dalam diri Sintar betina. Pada akhir plot, pengarang mematikan keadaan suspens ini dengan memberhentikan jentera pemotong padi secara mengejut yang mana jentera itu tidak dapat bergerak kerana berada dalam kawasan tanah paya yang dalam dan lembut.

Page 15: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

PLOT

• Unsur Plot

– Kejutan

• Pengarang mematikan enjin jentera pemotong padi secara tiba-tiba apabila jentera itu termasuk dalam kawasan lumpur yang dalam.

– Penggunaan dialog

• Terdapat penggunaan dialog dalam cerpen Detik yang Tergugat. Ini dapat dilihat melalui perbualan antara Sintar jantan dan Sintar betina serta perbualan antara pemandu jentera dengan Pak Tani.

Page 16: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

PLOT

• Unsur Plot

– Monolog dalaman

• Pengarang juga menggunakan teknik ini untuk

menunjukkan keadaan Sintar betina yang semakin bimbang

melihat apa yang berlaku di sekitaran tempat tinggalnya.

Contoh:

– Sintar betina tak percaya, Sintar jantan boleh tersesat pagi ini. Ceruk

mana, angkasa mana tidak pernah dijengahnya? Sintar betina

membiarkan pertanyaan itu bergelombang dalam kekalutan

fikirannya. (halaman 76)

– Puyuh betina saling berpandangan dengan Sintar betina. Dadanya

sebak, pilu dan terharu. Kasihan, bisik hatinya. (halaman 82)

Page 17: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

PLOT

• Unsur Plot

– Konflik luaran

• Pengarang menggunakan teknik ini untuk

menggambarkan keadaan yang di luar jangkauan Sintar

jantan dan Sintar betina. Konflik luaran ini lebih jelas

kelihatan pada Sintar betina yang berada dalam

kegelisahan menanti kepulangan Sintar jantan dan

melihat jentera pemotong padi semakin menghampiri

petak kediaman mereka.

Page 18: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

PLOT

• Unsur Plot

– Konflik dalaman

• Ini jelas digambarkan melalui watak Sintar betina yang

begitu tertekan apabila jentera pemotong padi semakin

menghampiri habitat mereka. Anak-anaknya yang

masih kecil menyukarkan lagi proses pemindahan

mereka. Ini ditambah lagi apabila Sintar betina melihat

pasangan puyuh menerbangkan anak-anak mereka ke

tempat yang lebih selamat.

Page 19: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

WATAK DAN PERWATAKAN

• Osman Ayob telah menampilkan tiga golongan watak iaitu

watak manusia, watak haiwan dan objek tertentu (jentera

pemotong padi). Walau bagaimanapun, watak haiwan lebih

menyerlah dalam cerpen ini. Watak haiwan yang terdiri

daripada sepasang Sintar dan mereka mempunyai empat ekor

anak kecil diberi perwatakan, sikap dan sifat manusia untuk

menghidupkan tema dan persoalan-persoalan cerpen ini.

Umpamanya terdapat perasaan gelisah, cemas,

bertanggungjawab, berdialog, berfikir dan sebagainya.

Page 20: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

WATAK DAN PERWATAKAN

• Sintar Betina

– Watak utama dalam cerpen ini. Digambarkan sebagai seekor burung betina yang sudah ‘bersuami’ dan mempunyai empat ekor anak yang baru lahir. Digambarkan sebagai ibu yang pengasih dan penyayang terhadap anak-anaknya yang masih kecil. Juga merupakan ibu yang bertanggungjawab baik dari segi kebajikan mahupun keselamatan anak-anaknya. Contohnya, sewaktu sarang kediamannya hampir musnah dibenamkan jentera pemotong padi, Sintar betina begitu cemas sekali akan keselamatan anak-anaknya.

– Sintar betina juga mengamalkan sikap saling bekerjasama dengan Sintar jantan, tolong-menolong dan mempunyai persefahaman yang baik dengan ‘suaminya’. Ia juga digambarkan sebagai seekor bini yang setia. Contohnya sewaktu saat genting, Sintar betina setia menanti kepulangan Sintar jantan ke sarang mereka.

Page 21: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

WATAK DAN PERWATAKAN

• Sintar Betina

– Sintar betina juga sanggup mengorbankan kepentingan diri sendiri demi keselamatan anak-anaknya dengan terbang berlegar-legar bersama Sintar jantan untuk menarik perhatian pemuda pemandu jentera agar tidak meranapkan kediaman mereka.

– Sikap cemas dan gelisah juga digambarkan dalam perwatakan Sintar betina. Ini jelas dilihat sewaktu jentera pemotong padi sudah menghampiri sarang kediaman anak-anaknya yang masih kecil.

– Osman Ayob juga menggambarkan sikap sedih yang dimiliki oleh Sintar betina. Sedih kerana mengenangkan nasib anak-anaknya dan juga sedih kerana mengenangkan Sintar jantan yang masih belum kembali daripada mencari makan, sedangkan anak-anak mereka dalam keadaan bahaya.

Page 22: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

WATAK DAN PERWATAKAN

• Sintar Jantan

– Watak pembantu untuk mengukuhkan jalan cerita cerpen ini. Pengarang juga telah memaparkan beberapa watak yang agak menyerlah. Sintar jantan digambarkan sebagai seekor ‘suami’ dan bapa yang bertanggungjawab kepada Sintar betina dan anak-anaknya terutama dalam mencari makanan.

– Sintar jantan juga mempunyai sifat kasih-sayang yang kukuh terhadap Sintar betina dan anak-anaknya yang masih kecil. Ini boleh dilihat bagaimana Sintar jantan sanggup menjerit sekuat hatinya untuk menarik perhatian pemandu jentera sehingga hampir kehilangan suaranya.

– Sikap sabar dan tabah juga digambarkan dalam diri Sintar jantan yang matang dalam menangani karenah Sintar betina yang masih mentah pengalaman hidup. Walaupun semacam timbul konflik dalam perhubungannya dengan Sintar betina gara-gara kedatangan jentera pemotong padi dan pembikinan sarang di sawah padi, Sintar jantan cepat-cepat mengalah untuk menamatkan konflik tersebut.

Page 23: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

WATAK DAN PERWATAKAN

• Sintar Jantan– Pengarang juga menggambarkan sifat jujur dan setia

pada Sintar jantan. Ini dapat dilihat melalui ingatan Sintar betina di mana Sintar jantan sanggup mengharungi suasana getir bersama dengannya.

– Sintar jantan juga bersikap rasional dalam perbincangan. Sewaktu Sintar jantan dan Sintar betina berbincang mengenai kedatangan jentera pemotong padi, Sintar jantan berusaha memberi hujah-hujah yang bernas untuk meredakan kecemasan yang melanda diri Sintar betina.

Page 24: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

GAYA BAHASA

• Diksi

– Banyak diksi yang digunakan dalam dunia pertanian seperti sawah padi, menuai, musim tengkujuh dan sebagainya. Ada juga diksi yang menunjukkan dunia mergastua.

• Ayat

– Ayat-ayat yang digunakan sungguh menarik dan sesuai dengan cerpen. Bahasa yang digunakan begitu indah sekali sehingga boleh meresap jauh ke dalam fikiran pembaca. Contoh:

• Sintar betina tak sanggup lagi menyembunyikan kebimbangan yang mengasak rongga dadanya.

( halaman 81 )

Page 25: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

GAYA BAHASA

• Unsur Gaya Bahasa

– Metafora

• Unsur perbandingan yang dipanggil metafora juga

digunakan oleh pengarang. Contohnya:

– tangkai hati (halaman 73)

– lagu lapar (halaman 75)

– desa kelahiran (halaman 77)

– sudut hati (halaman 77)

– padang perjuangan (halaman 77)

Page 26: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

GAYA BAHASA

• Unsur Gaya Bahasa

– Simile

• Unsur perbandingan simile digunakan oleh pengarang

dalam cerpennya “Detik Yang Tergugat”. Contohnya:

– ... seperti kepantasan anak panah terlepas... (halaman 75)

– ... kekuning-kuningan bagai laut emas... (halaman 76)

– ... terhampar bagai permaidani indah. (halaman 77)

– ... terangguk-angguk mematuk buah-buahan padi seolah-olah

membuang garang. (halaman 80)

Page 27: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

GAYA BAHASA

• Unsur Gaya Bahasa

• Personifikasi

– Antara unsur personifikasi yang digunakan ialah:

• ... Perutnya pula nyanyi lagu lapar... (halaman 75)

• ... jentera gergasi yang sentiasa memuntahkan jerami patah bertaburan (halaman 78)

• ... kegusaran yang mengoyak isi hatinya. (halaman 81)

• ... kekalutan yang mengepung setiap penjuru fikirannya sekarang.

(halaman 81)

• ... gigi-gigi besi itu berputar rakus membelit dan menelan berbelas-belas perdu padi sekali lalu. (halaman 84)

Page 28: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

GAYA BAHASA

• Unsur Gaya Bahasa

– Hiperbola

• Selain yang telah disebut, terdapat juga unsur hiperbola

yang digunakan oleh pengarang. Di antaranya ialah:

– ... kegusaran yang mengoyak isi hatinya. (halaman 81)

– ... kekalutan yang mengepung setiap penjuru fikirannya

sekarang. (halaman 81)

Page 29: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

GAYA BAHASA

• Unsur Gaya Bahasa

– Perulangan

• Unsur ini tidak begitu menonjol, hanya digambarkan

oleh pengarang sewaktu bunyi burung Sintar jantan

seperti ini:

“Khek! Khekk! Khekkk!”

“Khek! Khekk! Khekkk!”

“Khek! Khekk! Khekkk!” (halaman 85)

Page 30: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

GAYA BAHASA

• Unsur Gaya Bahasa

– Simpulan Bahasa

• Simpulan bahasa yang digunakan juga amat menarik.

Contohnya:

– cerah-cerah tanah (halaman 74)

– sepenggalah tinggi (halaman 76)

– isi hati (halaman 81)

– mati akal (halaman 82)

– sekelip mata (halaman 84)

Page 31: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

GAYA BAHASA

• Unsur Gaya Bahasa– Peribahasa

• Contoh peribahasa yang digunakan antaranya ialah bagai murai gila tercabut ekor (halaman 82) yang digunakan bagi menggambarkan suasana bingit yang tidak menentu.

– Paradoks• Antara ungkapan paradoks yang digunakan ialah:

– ... melonjak bersama kebimbangan... (halaman 74)

– ... membiarkan pertanyaan itu bergelombang dalam kekalutan

fikirannya. (halaman 76)

Page 32: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

GAYA BAHASA

• Unsur Gaya Bahasa

• Dialog

– Terdapat unsur gaya bahasa dialog yang digunakan sama ada dalam bentuk imbas kembali ataupun masa kini, khususnya dialog di antara Sintar betina dan Sintar jantan.

“Pertolongan macam mana boleh aku lakukan!” Gusar sekali suara Sintar jantan. Sintar betina menjeling setitis air matanya meleleh ke pipinya.

“Jadi kau rela anak-anak kita dibaham jentera laknat itu?”

“Kalau sudah ditakdirkan begitu, apakan daya kita.”

“Kau bercakap ikut perasaan nak selamatkan diri kau saja” bantah Sintar betina kesal. (halaman 83)

Page 33: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

LATAR

– Latar Tempat

• Pada umumnya, peristiwa berlaku di tengah-tengah sawah padi di

mana Sintar jantan dan Sintar betina membuat sarang kediaman

mereka di situ.

• Terdapat juga latar di sekitar kampung di mana burung Sintar ini

mencari makanan mereka.

– Latar Masa

• Secara khusus, latar masa digambarkan pada musim menuai padi.

Pengarang ada juga menggambarkan kejadian pada waktu pagi

(disebut pagi yang bening ) dan waktu petang.

Page 34: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

LATAR

• Latar Masyarakat

– Terdapat dua jenis masyarakat yang digambarkan

oleh pengarang iaitu masyarakat burung dan

masyarakat manusia.

• Masyarakat burung

– Walaupun Sintar betina dan Sintar jantan boleh kita kategorikan

dalam kumpulan mergastua, pengarang telah memberikan

perasaan, fikiran dan lain-lain lagi yang menyerupai manusia.

Oleh sebab itu, Sintar diberi tanggungjawab, bekerjasama,

memerlukan simpati dan sebagainya. Selain Sintar, ada juga

binatang lain seperti ayam dan burung puyuh dalam cerpen ini.

Page 35: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

LATAR

• Latar Masyarakat

– Terdapat dua jenis masyarakat yang digambarkan

oleh pengarang iaitu masyarakat burung dan

masyarakat manusia.

• Masyarakat manusia

– Terdiri daripada para petani dan pemandu jentera pemotong

padi. Para petani telah digambarkan sebagai golongan yang

sudah maju, agak mewah dan sudah mampu menggunakan

teknologi moden dalam kerja-kerja menyemai benih padi dan

menuai padi.

Page 36: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

SUDUT PANDANGAN

– Pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga serba tahu dalam cerpen ini. Tumpuan pengarang lebih kepada Sintar betina yang merupakan protagonis dalam “Detik Yang Tergugat.” Selain itu, pengarang juga menumpukan perhatian kepada Sintar jantan dan watak manusia. Contohnya:

• Sintar betina hinggap pula di tangkai padi paling tinggi di sebelah sarangnya. Dia memandang lagi. Jentera itu mula bergerak selari di tepi permatang. Bunyinya menyakitkan telinga Sintar betina. Walaupun tempat dia berada sekarang di tengah petak, namun bunyi seperti ribut itu bagaikan menyentak-nyentak tangkai hatinya. Sintar betina berasa dirinya bergegar, kecut perutnya melihat jentera perkasa entah dari mana datangnya itu.

(halaman 73)

Page 37: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

SUDUT PANDANGAN

– Pengarang juga bercerita dengan merujuk kepada

Sintar jantan seperti berikut:

• Sintar jantan masih terbang berlegar-legar, memerhati

pemuda pemandu dan petani tua itu bercakap-cakap sambil

mengawang-gawangkan tangan. (halaman 86)

• Penceritaan juga difokuskan kepada watak lain, iaitu watak

manusia. Contohnya:

• Pemuda pemandu tadi sudah turun dari jenteranya, berjalan

ke arah petani tua bersemutar kain kelabu yang

menunggunya di atas permatang. (halaman 86)

Page 38: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

SUDUT PANDANGAN

– Terdapat juga sudut pandangan orang ketiga

terbatas di mana watak-watak dan persoalan-

persoalan yang diceritakan hanya bertumpu pada

luaran atau atasan sahaja. Ini jelas kelihatan pada

watak-watak yang tidak menjadi tumpuan

penceritaan. Contohnya:

• burung ruak-ruak, burung ayam-ayam dan juga

masyarakat kampung.

Page 39: Cerpen - Detik Yang Tergugat

Detik Yang Tergugat

SUDUT PANDANGAN

– Pengarang juga menggunakan sudut pandangan objektif atau dramatik pada bahagian-bahagian tertentu. Dalam hal ini, pengarang bertindak dari luar lingkaran persoalan dan berperanan sebagai pemerhati. Contohnya:

• Dia terbang dalam kegelisahan, berputar-putar bagai murai gila tercabut ekor. Hinggap di satu tangkai padi, terbang semula dan hinggap lagi. Mulutnya membising tak keruan. Sintar betina memerhati saja. Dia lebih-lebih gelisah lagi. (halaman 82)