definisi pentaksiran 1

14
Definisi Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian PENTAKSIRAN Definisi Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000). Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Tujuan Pentaksiran · Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran· Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran· Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran- pembelajaran.· Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.· Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.· Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.· Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran Aspek-aspek utama dalam pentaksiran instrumen kumpulan yang ditaksir respon kumpulan pentaksir skor

Upload: hasylim-bin-kushairi

Post on 03-Oct-2015

20 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kajian

TRANSCRIPT

Definisi Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian PENTAKSIRAN

Definisi

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000). Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Tujuan Pentaksiran

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaranMenilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaranMendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaikipengajaran-pembelajaran.Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

Aspek-aspek utama dalam pentaksiran

instrumen kumpulan yang ditaksir respon kumpulan pentaksir skorPENGUJIAN

Definisi

Pengujian merupakan satu proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Menurut Cronbach (1970)Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.

Menurut Robert Mills Gagne, pengujian ialah satu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku individu. Pengukuran ini merupakan suatu proses bagi guru untuk menentukan perubahan dan membuat pertimbangan nilai. Melalui pengujian, seseorang guru akan mudah untuk mengetahui tentang pencapaian objek, kaedah mengajar dan keberkesanan sesebuah kurikulum.

Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah ekstrovert atau introvertbagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:

Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.(Raminah 1991:2).

Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

PENILAIAN

DefinisiPenilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

DiagnosisPenilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan keperluan pelajar.

Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi pelajar. Sekiranya pelajar menghadapi masalah dalam pembelajaran, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan oleh guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.

PencapaianPenilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu, penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil kepada pelajar.Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.

Pemilihan dan PenempatanPenilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.

Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga adalah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.

Bimbingan dan kaunselingPenilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.

Tujuan lain Penilaian Ujian1.Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.2.Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain.3.Membuat perbandingan pencapaian pelajar dalam subjek tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain.4.Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya5.Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan.6.Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.7.Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.8.Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka.9.Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.

PERBEZAAN ANTARA PENILAIAN FORMATIF DAN PENILAIAN SUMATIF

Penilaian formatif dan penilaian sumatif mempunyai beberapa ciri-ciri perbezaan dari segi pengertian, tujuan, aktiviti, masa, bentuk sasaran, liputan, rekod dan tindakan.

Berikut merupakan perbandingan perbezaan antara dua jenis penilaian. JenisCiri Penilaian FormatifPenilaian Sumatif

PengertianSatu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas.

Satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian dalam sesuatu tap persekolahan.

TujuanMengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan dengan kada segera.Mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid di dalam kelas.

AktivitiMenjalankan ujian formal atau tidak formal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada dibuat secara individu, kumpulan atau menyeluruh.

Menjalankan ujian formal dalam beberapa waktu berdasarkan ketetapan jadual secara individu mengikut kelas.

MasaSemasa sesi pengajaran dilakukan atau setiap hujung bulan.Semasa semester pertama (pertengahan tahun) dan semester kedua (akhir tahun).

BentukUjian tidak formal (pemerhatian dan sesi soaljawab), atau formal (ujian bulan) melibatkan ujian kertas pensel dam masa yang singkat.

Ujian formal adalah ujian kertas pensel atau ujian, lisan dalam jangka masa yang ditetapkan mengikut kesesuaiannya.

Sasaran Secara individu, secara kumpulan atau kelas.

Secara kelas

Liputan Meliputi sesuatu kemahiran (ujian tidak formal) atau beberapa kemahiran (ujian formal)

Meliputi beberapa unit pembelajaran atau sesuatu tahap persekolahan

Rekod Tiada (bagi ujian tidak formal) dan penggunaan senarai semak atau rekod prestasi (bagi ujian formal)

Penggunaan rekod profil atau pensijilan.

Tindakan Membetulkan kelemahan dengan kadar segera atau menjalankan aktiviti pengayaan atau pemulihan di dalam kelas.

Menempatkan murid kumpulan atau kelas yang sesuai. Merancan g dan mengubahsuai pelajaran atau kurikulum. Memberi sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan.

TAKSONOMI DAN DOMAIN

Taksonomi Bloom

Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kognitif pelajar sahaja. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

1) Pengetahuan

Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan.2) Kefahaman

Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan menulis semula.3) Aplikasi

Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Membina graf daripada data dan lain-lain.4) Analisis

Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan, memastikan dan memilih.5) SintesisMenyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan.6) Penilaian

Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan.

Taksonomi Solo

Taksonomi Solo adalah singkatan daripada perkataan "The Structure of the Observed Learning Outcome". Ia merupakan kaedah mengklasifikasikan jawapan berdasarkan struktur hasil pembelajaran. Ia juga merupakan hierarki sebenar iaitu peningkatan perubahan secara kuantiti dan kualiti. Ia membimbing pembinaan item aras rendah dan item aras tinggi.

Aras Taksonomi Solo

1) Prestructural

Jawapan mengandungi maklumat yang tidak berkaitan.

2) UnistructuralJawapan mengandungi satu maklumat yang berkaitan.

3) Multistructural

Jawapan mengandungi beberapa maklumat yang berkaitan.

4) RelationalJawapan mengandungi hubung kait di antara maklumat yang berkaitan.

5) Extended Abstract

Jawapan tidak hanya meliputi maklumat berkaitan tetapi merangkumi maklumattambahan.

Taksonomi Krathwohl

Taksonomi Karathwohl termasuk di dalam domain afektif yang meliputi emosi, sikap, dan nilai murid. Pengasas bagi taksonomi ini adalah David R. Krathwohl.Aras taksonomi Krathwohl

1) Penerimaan

Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

2) Gerak balas

Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

3) Menilai

Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

4) Organisasi

Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.Di sini saya ingin memaparkan diantara kebaikan-kebaikan peperiksaan terhadap pelajar-pelajar, iaitu: 1. Peperiksaan besar berkemungkinan akan dapat merangsang pelajar-pelajar supaya belajar dan berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat mengejar cita-cita dan menjadi orang yang berkelulusan tinggi. Kekadang peperiksaan mampu mengubah seseorang pelajar yang tidak berakhlak dan bodoh kepada pelajar yang dikagumi dan berakhlak tinggi kerana melalui peperiksaan kita akan dapat mempelajari pentingnya ilmu pengetahuan dan sesungguhnya kita akan dapat menilai dan merasakan bahawa usaha kita menghulur tangan kepada sekalian cikgu dan keprihatinan kita yang sentiasa berjaga malam hanya kerana ingin mengulangkaji tidak disia-sia. 2. Peperiksaan boleh mengajar seseorang pelajar bahawa ilmu pengetahuan adalah kunci kejayaan. Sebelum kita berjaya melunaskan cita-cita kita tentu saja banyak dugaan yang mendatang seperti ada seorang pelajar bergelar otak cair yang merupakan saingannya. Tentu mereka akan menemui pelbagai kesusahan kerana mempunyai kepandaian yang sama. Peperiksaan akan memberi kita peluang untuk menilai dan meneliti kebolehan dan bakat seseorang pelajar itu. 3. Peperiksaan juga dapat meningkatkan kedudukan pelajar-pelajar yang lemah kerana dengan adanya dorongan dan didikan yang sempurna mereka akan terangsang untuk memulakan kejayaannya melalui peperiksaan dan setelah percubaan pertama dan seterusnya mereka tidak mungkin akan terkecundang di tengah jalan lagi. 4. Peperiksaan juga dikategorikan sebagai satu pengajaran kerana pelajar akan dapat memperbaiki kesalahan yang telah dilakukan semasa menulis atau membaca. Keburukannya juga ada banyak seperti: 1. Peperiksaan boleh memberi tekanan terhadap pelajar yang berjiwa lemah kerana siang malam, setiap hari dan setiap ketika, hanya satu kerjanya membaca, belajar, membaca, belajar. Oleh itu, ibu bapa dan guru amat diperlukan untuk menolong pelajar tersebut supaya tiada tekanan emosi dalam bidang pembelajaran. 2. Peperiksaan juga boleh merosakkan kebahagiaan seorang pelajar kerana kekadang ibubapa sering tidak ambil endah dan tidak sesekali memberi sokongan moral terhadap anaknya sendiri. Lebih teruk lagi jika pelajar itu tidak pernah merasa kasih sayang kedua ibu bapanya yang hanya mahukan kemegahan dan bersombong dengan keputusan yang disandang oleh anaknya. 3. Kesihatan pelajar juga boleh terjejas jika sentiasa meremeh-temehkan waktu menjamu selera kerana hendak mengulangkaji. Bukankah sia-sia jika pelajar itu terlajak tidur kerana tidak cukup tidur ataupun kerana tidak sihat maka tidak hadir ke dewan peperiksaan. Itulah kebaikan dan keburukan yang dapat saya huraikan. Di sini saya ingin menekankan bahawa seseorang yang bergelar pelajar seharusnya mengenal erti peperiksaan demi untuk mencapai cita-cita yang besar.

KesimpulanSistem penilaian dan peperiksaan meletakkan satu standard yang tinggi supaya dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berwibawa. Pengendalian sistem peperiksaan dan penilaian yang profesional dan sistematik menjadikan sistem pendidikan kita diiktiraf dunia.Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif/pemikiran afektif/perasaan dan tingkah laku moral.

RUJUKANBarr. R, Blachowicz. L, Katz.C, & Kaufman.B (2002).Reading Diagnosis For Teachers: An Instruction Approach. London: Allyn And Bacon.Rebecca & Rozmiarek (2006).Improving Reading Skills: Across The Content Areas.California: Corwin Press.Ryder.J.R & Graves.F.M (2003).Reading And Learning In Content Areas. Third Edition.United States: John Wiley & Sons.Tierney, R.J. & Readance, J.E (2000).Reading Strategies And Practices. Boston: Allyn & Bacon.

Yahya Othman (2003).Mengajar Membaca: Teori Dan Aplikasi. Kuala Lumpur: PTS Profesional.Yahya Othman (2008).Proses Dan Strategi Membaca Berkesan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.