definisi guru

Upload: ranjeet-kumar

Post on 02-Nov-2015

95 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

penerangan

TRANSCRIPT

Definisi Guru

2.0 Definisi GuruMenurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Seorang guru ialah merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Menurut Mok Soon Sang (1990) pula, guru merupakan seorang ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan masyarakat berstatus. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawab untuk mendidik pelajar di sekolah. Guru juga sebagai anggota masyarakat, harus pandai bergaul dengan masyarakat. Untuk itu, guru harus menguasai psikologi sosial, memiliki pengetahuan tentang hubungan antara manusia dan sebagai anggota masyarakat, guru mempunyai keterampilan membina kelompok, berkerjasama dalam kelompok untuk menyelesaikan sesuatu masalah.Dalam bahasa Arab pula dipanggil sebagai mudarris yang bermaksud sebagai pengajar. Walau bagaimanapun dalam islam guru itu bukan sahaja bertugas sebagai pengajar sahaja. Mereka akan dipanggil dengan pelbagai penggilan yang merujuk kepada tanggungjawab guru yang sebenar. Antara pnggilan tersebut ialah al-Muallim, al-Murabbi, al-Muaddib dan al-Mursyid. Al-Muallim bermaksu menyampaikan ilmu yang benar. manakala al-Murabbi pula merujuk kepada menjayakan proses tarbiah atau mendidik. Al-Muaddib pula bermaksud mengajar adab dan budi pekerti dan al-Mursyid yang bermaksud membentuk kepimpinan insan.Antara fungsi dan peranan guru ialah guru sebagai pendidik dan pengajar haruslah memiliki kestabilan emosi, ingin memajukan pelajar, bersikap realistik, bersikap jujur dan terbuka, peka terhadap perkembangan terutamanya dalam inovasi pendidikan. Maka guru harus memiliki dan menguasai berbagai jenis bahan pelajaran, menguasai teori dan praktikal pendidikan, menguasai kurikulum dan metodologi pengajaran.Wednesday, 17 July 2013

GURU SEBAGAI SATU PROFESION

PERGURUAN SEBAGAI SATU PROFESION

Konsep perguruan

Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakalaperguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu sepertisekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.

Berdasarkan pengertian yang dihuraikan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa perguruan merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang mengajar atau melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institut-institut pendidikan lain untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat.

Pekerjaan yang dianggap professional.

Ciri-ciri pekerjaan yang dianggap profesional ialah:

1. Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.

- Sesebuah pekerjaan yang profesional mestilah merupakan pekerjaan yang unik dan penting, sama ada kepada masyarakat atau negara.

2. Banyak menggunakan keupayaan intelek.

- Memerlukan keupayaan intelek yang tinggi untuk melakukannya. Tugas guru contohnya merupakan suatu pekerjaan yang perlu ada intelek yang tinggi agar guru-guru dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan.

3. Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas.

- Pekerjaan yang profesional juga memerlukan seorang yang pakar dalam suatu bidang tersebut dan benar-benar mahir dalam bidangnya.

4. Mendapat latihan khusus.

- Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting dan harus dilakukan dengan betul. Oleh itu, seseorang haruslah mendapat latihan ikhtisas terlebih dahulu sebelum menceburkan diri dalam bidang tersebut. Latihan ikhtisas ini membolehkan mereka mahir dan faham tanggungjawab yang harus mereka pikul semasa melaksanakan tugas mereka.

5. Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja.

- Bidang profesional memerlukan seseorang pekerja yang rajin, cekap dan dedikasi terhadap kerjanya. Sikap ini akan menjamin kualiti kerana mementingkan mutu dan perkhidmatan yang cemerlang merupakan ciri penting dalam pekerjaan profesional.

6. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya.

- Seseorang yang terlibat dalam pekerjaan profesional mestilah menjadi ahli kepada organisasi di mana mereka bekerja. Ahli dalam organisasi itu pula terikat dengan autonomi organisasi yang akan menentukan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh semua ahli organisasi. Peraturan-peraturan tersebut diwujudkan demi mengawal kualiti perkhidmatan.

7. Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut.

- Setiap jenis profesion mempunyai kod etika tersendiri dan berlainan dengan profesion yang lain. Namun begitu, tujuannya adalah sama, iaitu untuk membolehkan seseorang pekerja itu mematuhi garis panduan dan dasar etika yang telah ditetapkan oleh organisasi.

8. Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.

- Pekerjaan yang profesional memerlukan pekerja yang bukan sahaja rajin dan cekap, malahan juga perlu ada tanggungjawab. Tanggungjawab tersebut bukan hanya meliputi tugas-tugas yang mesti dilaksanakannya tetapi turut merangkumi segala keputusan-keputusan yang telah dibuat. Jika seseorang itu bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuatnya, maka jelaslah bahawa sesuatu kerja itu mempunyai ciri-ciri pekerjaan atau profesion yang profesional.

Mengapakah taraf professional dalam bidang perguruan sering dipertikaikan?

Sesetengah masyarakat masih lagi menganggap profesion perguruan bukanlah suatu pekerjaan yang profesional. Ini kerana ramai di kalangan individu yang terbabit memikirkan bahawa profesion keguruan ini tidak seglamour pentadbir, eksekutif firma-firma, akauntan, doktor perubatan ataupun peguam. Mereka juga seringkali menganggap kerja ini sebagai pilihan terakhir dan terpaksa. Sebab itulah ada di kalangan mereka yang beranggapan sedemikian.

Faktor lain yang menyebabkan timbulnya sebab mereka mempertikaikannya ialah mereka menganggap pekerjaan tersebut merupakan pekerjaan biasa yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Mereka masih terpengaruh dengan keadaan lampau di mana seseorang yang telah tamat Darjah Enam boleh menjadi guru. Wujudnya guru pengganti semasa seorang guru cuti bersalin juga adalah satu sebab yang mendorong mereka mengatakan bahawa pekerjaan guru bukanlah satu pekerjaan yang profesional.

Berdasarkan pengalaman anda sila beri pandangan peribadi anda adakah jawatan guru layak dianggap sebagai jawatan profesional? Berikan alasan untuk memperkukuhkan jawapan anda.

Pada pandangan saya, jawatan guru memang layak dianggap satu pekerjaan profesional. Hal ini tidak boleh dipertikaikan lagi kerana, ciri-ciri pekerjaan ini banyak mengandungi ciri-ciri sebuah pekerjaan yang profesional. Mungkin sesetengah orang yang tidak terlibat dalam profesion ini menganggap pekerjaan ini tidak profesional kerana tugas guru hanya mengajar sahaja. Namun, sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam pekerjaan ini, barulah mereka sedar bahawa seorang guru bukan hanya perlu mengajar, tetapi perlu juga melakukan banyak tugas lain yang bukannya senang untuk dilakukan oleh orang yang tidak berpengalaman.

Mengapakah sesetengah masyarakat tidak memandang pekerjaan guru sebagai profesional sedangkan mereka tidak tahu tugas guru sebenarnya? Pendek kata, tugas seorang guru bukan hanya mengajar semata-mata, malah boleh juga melakukan tugas-tugas golongan profesional yang lain, contohnya menjadi doktor, akauntan, eksekutif, hakim, polis, jurutera, kerani dan sebagainya.

Etika perguruan.

Etika ialah suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.

Dalam konteks perguruan, etika yang dipegang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah Tatasusila Profesion Keguruan. Etika tersebut menjadi garis panduan dan dasar yang harus dipatuhi oleh semua kakitangan perguruan. Seseorang yang melanggar etika tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib dan dikenakan hukuman sewajarnya.

Hubungan penghayatan tatasusila dengan peningkatan taraf profesionalisme keguruan

Seperti mana sebuah kata-kata yang sering diungkapkan, Segala sesuatu itu bermula daripada diri kita dulu. Ungkapan tersebut akan menjelaskan hubungan penghayatan tatasusila dengan peningkatan taraf profesionalisme keguruan.

Terlebih dahulu, kita cuba memahami makna penghayatan tatasusila. Penghayatan tatasusila bermakna seseorang pendidik memahami dan mematuhi etika perguruan atau tatasusila yang telah ditetapkan oleh organisasi pendidikan. Maksudnya, jika seseorang itu memahami dan mematuhi segala peraturan yang termaktub dalam etika perguruan maka dia telahpun menghayati tatasusila tersebut.

Peningkatan taraf profesionalisme pula bermakna menaikkan atau meningkatkan martabat profesion keguruan khususnya di negara kita. Martabat yang tinggi akan menjadikan profesionalisme itu disanjung tinggi, mempunyai nilai dan berkualiti tinggi.

Perlu diingat, sekiranya kita hendak menaikkan taraf profesionalisme keguruan, diri kita sendiri haruslah telah bersedia terlebih dahulu. Kesediaan tersebut adalah dari segi memahami tanggungjawab sebenar seorang guru, mematuhi tatasusila dan sedia menerima segala perubahan. Sifat-sifat diri seperti itu yang wujud daripada pemahaman tatasusila akan melahirkan seorang guru yang berkualiti dan seterusnya dapat meningkatkan taraf profesionalisme keguruan.

Pembelajaran sepanjang hayat

Konsep pembelajaran sepanjang hayat atau lifelong learning bukanlah merupakan satu konsep yang baru dalam sistem pendidikan negara. Belajar sepanjang hayat, membawa makna: Kita harus sentiasa belajar sepanjang hidup kita dan yang paling penting sekali ialah pembelajaran mestilah melahirkan tindakan pro-kehidupan.

Pembelajaran sepanjang hayat dari segi konsepnya merangkumi pengertian yang begitu luas. Konsep ini merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal di sekolah, pusat latihan vokasional, atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di sekolah.

Pengalaman yang bersifat pengetahuan seperti ini tidak akan dapat dipelajari secara bentuk yang biasa, tidak juga secara formal dan latihan. Ia memerlukan pusingan yang berterusan mencipta, dissemination dan memahami erti perkongsian ilmu. Berdasarkan kepada pandangan di atas, pembelajaran sepanjang hayat dapat disimpulkan kepada proses seperti berikut:

Proses pembelajaran seseorang secara berterusan sama ada bagi tujuan meningkat kemahiran atau membangunkan kerjaya dalam sesuatu bidang pekerjaan pada masa sekarang, mahupun pada masa akan datang.

Proses pembelajaran seseorang bagi meningkatkan ilmu pengetahuan tidak akan berakhir apabila seseorang itu meninggalkan alam persekolahan, ia adalah proses sepanjang hayat.

Menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang hayat.

Sebagai seorang pendidik, kita haruslah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang dinamik. Oleh itu, setiap guru harus menerima dan menambahkan ilmunya melalui pembelajaran sepanjang hayat untuk disebarkan kepada para pelajar.

Guru harus memahami dan menghayati tugasnya sebagai guru yang menghendaki agar kita bertanggungjawab terhadap tugas-tugas lain selain daripada mengajar. Oleh itu, guru haruslah sentiasa belajar memahami tugas-tugasnya.

Guru juga perlu mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang hayat agar sentiasa mempertingkatkan mutu kehidupan dan dapat membentuk individu yang berfikiran rasional, inovatif, kreatif dan mempunyai daya tahan fizikal dan mental.

Selain menjadi sumber maklumat kepada para pelajar, guru juga menjadi bahan rujukan rakan setugas dan ibu bapa. Oleh itu, mengamalkan prinsip pembelajaran sepanjang hayat akan menjadikan ilmu seseorang guru itu sentiasa dinamik.Guru perlu mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat agar dapat memahami budaya ilmu yang akan diterapkan kepada para pelajar.

Langkah yang boleh anda dan guru lakukan untuk mempertingkatkan tahap profesionalisme perguruan.

1. Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan

o Kemahiran ikhtisas penting bagi setiap guru kerana itu mendorong dan membantu guru menyampaikan pengajaran kepada para pelajar.

o Bagi memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang dianjurkan oleh jabatan. Kursus-kursus tersebut termasuklah juga Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman.

2. Membuat penyelidikan dan penulisan

o Penyelidikan dan penulisan dalam pendidikan antaranya bertujuan untuk mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran seseorang guru.

o Contoh permasalahan yang boleh dikenalpasti dalam proses penyelidikan ialah, penggunaan bahan bantu pelajaran, strategi dan kaedah mengajar, pengurusan aktiviti berkumpulan, perancangan aktiviti pemulihan dalam pendidikan dan penyediaan lembaran kerja sebagai penilaian.

3. Usaha ke arah perkembangan kendiri

o Guru perlu meningkatkan perkembangan kendiri masing-masing. Perkembangan tersebut akan melibatkan pembentukan konsep kendiri seterusnya mempengaruhi cara kerja seseorang guru.

o Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu guru tersebut melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan. Ini seterusnya akan meningkatkan kualiti pengajaran seseorang guru.

4. Peka terhadap perkembangan pendidikan dan teknologi terkini

o Guru yang baik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta peka terhadap perkembangan pendidikan terkini. Mereka harus sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan zaman.

o Setiap guru juga perlu bersedia menerima sebarang perubahan sistem pendidikan agar pengetahuannya selari dengan keperluan masa kini.

5. Pembelajaran sepanjang hayat

o Pembelajaran sepanjang hayat membolehkan ilmu seseorang guru itu lebih dinamik.

o Ilmu pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak maklumat kepada pelajar. Ini akan mewujudkan keyakinan dan kebolehpercayaan pelajar terhadap seseorang guru.

Akauntabiliti keguruan.

Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti keguruan membawa maksud tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku, murid-murid dan profesion keguruan.

Hubungan akauntabiliti dengan peningkatan profesionalisme keguruan.

Memahami akauntabiliti bererti memahami tanggungjawab sebenar seseorang guru. Penghayatan akauntabiliti akan meningkatkan profesionalisme keguruan kerana semua guru akan menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh dedikasi.

Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang merangkumi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku, murid-murid dan profesion keguruan akan ditingkatkan sekiranya seseorang itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan khususnya di negara kita.

Pentingnya kesedaran akauntabiliti keguruan dihayati oleh semua guru.

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, setiap guru perlu sedar akan tanggungjawabnya terhadap tugas agar mereka dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan dedikasi.

Adakah profesion guru adalah Profesional atau tidak ?

Ni sebenarnya assignment wife aku yang tengah ambil PPG. Sekarang dah siap submit boleh la post sini sebagai rujukan pembaca. Kalau tak best minta maaf, kalau best jangan lupa like-like sikit.

Profesion perguruan sering menjadi perbualan masyarakat dalam pelbagai isu seperti gaji, masa berkerja, peranan dalam masyarakat dan jugastatus profesional profesion guru . Martabat profesion keguruaan sehingga kini masih dipertikaikan oleh sesetengah pihak dan dalam keadaan tertentu masih kurang diyakini oleh para pendidik itu sendiri. Ini amat jelas apabila dalam perbualan seharian, masih terdapat guru yang meragui kategori jawatan yang di sandang oleh mereka sebagai satu profesion.Jacques(2003) menyatakan sesuatu kerjaya dikatakan bertarafprofesionaljika mempunyai autonomi profesional; bertanggung jawab; berorganisasi; adil; berpendidikan ; berkemahiran; berperaturan diri; bebas; terbuka; natural; akauntabel dan terpelajar.Manakala Lieberman pula menyatakan profesion bertaraf profesional ialah, memberi perkhidmatan penting dan mempunyai matlamat yang jelas; menggunakan keupayaan serta kebolehan intelek semasa menjalankan tugas-tugas profesionalnya; mendapat latihan kursus dalam bidang kemahiran ikhtisas dalam tempoh masa tertentu; mementingkan mutu serta dedikasi yang tinggi dengan tidak mementingkan wang dan saran semata-mata; pakar dalam bidang masing-masing serta mempunyai autonomi dalam bidang tugas; mempunyai organisasi untuk mengawal kemasukan ahli dan mengawal mutu perkhidmatan serta mempunyai etika kerja yang perlu dipatuhi.( Amir Hassan Dawi,2002 dan Sufean Husin, 1996).Musgev(1972), pula menganggap bahawa suatu kerjaya adalah bertaraf profesional jika pengamal kerjaya tersebut menggunakan ilmunya hanya untuk kebaikan pelanggan. Menurut Kizlik(2000),satu kerjaya yang bertaraf profesional perlu boleh memberi perkhidmatan kepada masyarakat; boleh membuat keputusan keatas pelanggan; mempunyai bidang pengkhususan tertentu; mempunyai taraf pengetahuan yang tinggi; mempunyai pengetahuan dan tingkah laku yang tidak dipunyai olehnon-profesional; mempunyai organisasi profesional sendiri; mempunyai standard kreteria yang perlu dipatuhi oleh ahli baru; mempunyai program penyediaan ahli baru; dipercayai dan diyakini oleh pihak awam; dan mempunyai authoriti dalam bidangnya.Saya sependapat dengan mereka(Jacques, 2003; menteri pendidikan 2000; Wan Mohd Zahid, 1997; Sufean Hussin, 1996; Amir Hassan Dawi, 2002), bahawa profesion perguruan adalah profesional.Kenyataan ini disokong oleh beberapa hujah. Hujah dari Kementerian pendidikan berpendapat bahawa berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan profesion yang lain kerana khidmat golongan pendidik adalah melewati ruang, tempat, masa dan ketika (Menteri Pendidikan, 2000)Sufean Hussin (1996) berpendapat bahawa, terdapat banyak kreteria yang menunjuk perguruan adalah bertaraf profesional dan kreteria-kreteria yang dinyatakan adalah selaras dengan apa yang digariskan oleh Lieberman.Kamarudin Kachar, 2000; Sufean Hussin, 1996 sependapat bahawa, guru-guru terlatih dalam tempoh latihan yang mencukupi, mampu menjalankan tugasnya sebagai pendidik profesional yang cekap; menggunakan sumber sedia ada sebaik yang mungkin.Hujah lain pula menyatakan, latihan perguruan adalah setara dan bermutu sepertimana yang ditentukan oleh badan penilai yang berautoriti dan mempunyai pengalaman dalam profesion perguruan (Elliot, 2002).Profesion guru juga mempunyai badan persatuan yang mengawal tindak-tanduk ahli. Contohnya ialah, Kesatuan Guru-Guru Melayu Bersatu(KGGMB) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK). Terdapat empat puluh lapan kesatuan guru yang boleh disertai oleh guru-guru (Menteri Pendidikan,2000). Selain dari itu, Suruhanjaya Perkidmatan Pendidikan(SPP) ialah suruhanjaya bebas yang mengawal kemasukan kedalam profesion perguruan.Berdasarkan hujah-hujah ini jelaslah bahawa profesion perguruan adalah profesion bertaraf profesional sebaris dengan kerjaya profesional lain seperti Peguam, Perubatan dan kejuruteraan.TAJUK :PERGURUAN SEBAGAI SATU PROFESION. BINCANGKAN.1. PengenalanSesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah.Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif.

Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai profesion perguruan dari masa ke semasa. Sebelum merdeka lagi sudah ada perbincangan mengenai perkara ini iaitu sebelum Universiti Malaya hendak ditubuhkan di Singapura (1949) terdapat satu symposium mengenai Pendidikan Universiti dan Laporan Carr-Saunders. Di dalam symposium tersebut perbincangan mengenai peranan universiti dan kedudukan profesion perguruan turut diadakan ( Lim Tay Boh 1948). Di antara perkara pokok yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru sekolah menengah untuk mendapat pendidikan tinggi supaya murid-murid yang bakal dididik nanti akan mempunyai mutu pendidikan yang baik. Pendidikan guru yang tinggi dan usaha melahirkan generasi muda yang baik merupakan cabaran yang kuat di dalam profesion perguruan bukan pada zaman dahulu sahaja tetapi juga masa kini.

2. Konsep Profesion dan nilaitaranyaSesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman 1956).Menurut Kamus Dewan profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.( contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.)Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai :Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada profesion ( Awang Had Salleh 1980 ).Nilaitara-nilaitara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut .Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh setiap ahlinya.

3. Aspek Keguruan Dianggap Sebagai Satu Profesion3.1 Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjang.Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpananya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.

3.2 Mempertingkatkan ProfesionalismeSebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik.Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998)

3.3 Berupaya Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah Serta Berfikiran Kritis dan KreatifProfesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu program.

3.4 Mahir Menggunakan ITBidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran melalui online. Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemankin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut.Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan pembangunan negara bergerak dengan rancak. Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan untuk membangunkan teknologi maklumat seperti koridor raya multimedia [ multimedia super corridor (MSC)] yang menjadi pusat telekomunikasi dan penyiaran serantau dan antarabangsa. Hal yang sama juga berlaku dalam kurikulum pendidikan di negara ini, komputer telah dijadikan sebagai satu kurikulum di sekolah. Penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer merupakan salah satu bentuk kurikulum yang memerlukan profesion keguruan tahu dan menguasai teknologi maklumat. Penggunaan komputer dalam pendidikan membawa satu reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori-teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru ( Mok Soon Sang, 1996). Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, kita berhadapan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian, malah kemudahan teknologi telah menjadi satu cara hidup seperti penggunaan pengangkutan berasaskan teknologi (LRT), perkhidmatan bank ( kad ATM), telekomunikasi (telefon bimbit), hiburan ( Video, VCD) dan lain-lain. Jadi rakyat negara ini harus dapat menangani kehidupan di era teknologi maklumat sehingga teknologi itu menjadi sebahagian daripada amalan biasa tanpa disedari. Oleh itu, profesion keguruan harus memperlengkapkan diri secara global dalam perkembangan penggunaan teknologi maklumat dalam kurikulum di sekolah.

3.5 Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta BerakhlakSeseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapakan dapat mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas. Contohnya, di Malaysia kadar kemalangan jalan raya adalah tinggi, pendidikan memandu kereta adalah satu perkara yang dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini. Keselamatn di jalan raya dan cara-cara memandu yang selamat dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas untuk menyedarkan pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang, dengan harapan mereka tidak akan berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi pemandu kelak.Melaluai pembacaan guru dapat menambah ilmu pengatahuan mengenai isu-isu semasa, sama ada yang berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, janayah : seperti peras ugut, pecah rumah, penculikan dan seumpamanya ; ekonomi : urusan perniagaan, jual-beli saham, hartanah dan sebagainya ; politik : hubungan negara di peringkat antarabangsa dan juga pergolakan politik sesebuah negara. Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan dengan pelajar.Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji.Dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran. Pelaksanaan penerapan nilai penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa hadapan. Hal yang sama juga perlu dihayati oleh guru. Enam belas nilai murni yang disarankan dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru terlebih dahulu.

4. PenutupSistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani.Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagai satu profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana masih ada lagi yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua.Adakah peranan guru semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek?Dalam konteks ini pihak kerajaan perlu bersungguh-sungguh dalam menjadikan profesion perguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai. Menurut Dr. Muhamad Hasan Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar dan Pembangunan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) beliau menegaskan dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan selain daripada peranan pihak Kementerian Pendidikan, Persatuan Perguruan dan masyarakat, para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi.

RujukanAmir Hasan Dawi, 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim : Quantum Books.

Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

Awang Had Salleh, 1980. Keguruan dan perguruan di Malaysia: keperihalan kini dan arah yang dituju. KONPEN V, Johor Bharu 6-8 Disember.

Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.

Sufean Hussin, 1993. Pendidikan di Malaysia : sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

KUALA LUMPUR - Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa lepas, dilihat sebagai suatu anjakan positif bagi meningkatkan taraf pendidikan negara ke tahap global.

Menggariskan 11 elemen yang perlu dijadikan kayu ukur bagi menyumbang kepada penambahbaikan sistem pendidikan yang ada di Malaysia, pelan pendidikan itu antaranya turut menyasarkan perguruan dijadikan sebagai profesion pilihan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata dengan menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan ia mampu meletakkan kerjaya tersebut pada tahap profesional.

"Sebelum ini terdapat segelintir masyarakat yang berpendapat bahawa profesion guru adalah kerjaya yang mudah untuk digalas, namun dengan anjakan sebagai profesion pilihan, masyarakat akan sedar bahawa bukan semua orang layak bergelar guru dan dianugerahkan ciri-ciri seorang pendidik.

"Menjadi seorang guru pada hakikatnya memerlukan nilai-nilai murni yang tinggi, personaliti khusus, kepakaran dan kemahiran dalam bidang mengajar serta kebolehan sampingan yang menjadi nilai tambah kepada seseorang guru," katanya kepada Bernama.

Dr Junaidi percaya pendekatan yang diambil Kementerian Pelajaran bagi mengangkat martabat profesion perguruan secara langsung mampu melahirkan lebih ramai golongan guru yang bukan sahaja boleh mengajar di sekolah kerajaan tetapi juga di sekolah swasta dan antarabangsa.

Katanya peluang bergelar usahawan juga terbuka kepada guru apabila mereka mampu membuka pusat tuisyen sendiri serta berupaya memberi bimbingan tambahan kepada pelajar.

"Fokus kementerian untuk meningkatkan kualiti guru bukan sahaja memberi manfaat kepada negara, malahan mampu menyumbang kepada keperluan negara-negara membangun lain yang turut memerlukan tenaga pengajar profesional.

"Individu yang mahu bergelar seorang guru perlu sedar bahawa menggalas tugas sebagai pendidik bukan sekadar memenuhi keperluan ekonomi, malahan lebih daripada itu ia memikul amanah besar dalam melahirkan modal insan berkualiti untuk negara," katanya.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan berkata matlamat kementerian menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan dalam masyarakat merupakan usaha murni yang membantu terhadap pembangunan negara.

Katanya melalui pelbagai insentif yang disediakan kerajaan bagi profesion tersebut, masyarakat perlu merebut peluang untuk berkhidmat dalam profesion perguruan.

"Guru yang ada pada hari ini merupakan calon terbaik yang dipilih bagi menggalas tugas mengajar anak bangsa... mereka juga bukan sahaja dinilai dari sudut akademik semata-mata, malah meliputi aspek kepimpinan, pengurusan dan juga sahsiah peribadi.

"Objektif kerajaan untuk melahirkan generasi berkualiti pada masa akan datang akan lebih mudah direalisasikan dengan peranan dan bantuan yang dipikul guru," katanya.

Pengetua Pusat Tuisyen Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) Suhaimi Rashid berkata tanggapan masyarakat yang memandang rendah terhadap kerjaya guru perlu dihakis sekiranya mahu ia dijadikan sebagai profesion pilihan.

Katanya profesion guru sewajarnya dianggap setaraf dengan kerjaya profesional lain kerana guru merupakan subjek utama yang menjadi pemangkin terhadap kemajuan pendidikan bangsa dan negara.

"Pandangan rendah segelintir masyarakat terhadap kerjaya guru membuatkan ramai yang kurang yakin untuk mencebur diri dalam bidang perguruan. Kita jangan lupa bahawa guru sememangnya terlatih, lengkap sebagai profesional untuk mendidik pelajar," katanya.

Suhaimi berkata guru cemerlang dan mempunyai kebolehan, kemahiran serta kualiti sebagai pendidik secara langsung berupaya memacu negara ke suatu tahap yang lebih baik berdasarkan ilmu pengetahuan yang dimiliki.

Guru bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Pulau Pemanggil, Mersing, Johor, Muhamad Fizri Jamal berkata dengan menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan ia dapat membuka mata masyarakat terhadap profesion itu serta menarik minat mereka menceburi bidang perguruan.

"Dewasa ini kita tahu bahawa orang ramai berebut-rebut untuk menjadi guru tetapi kebanyakannya bukanlah sebagai pilihan utama. Tindakan mereka juga didorong oleh beberapa faktor seperti pengangguran, desakan keluarga dan lain-lain, bukannya atas minat dan kesedaran diri sendiri.

"Jika seorang guru mempunyai minat dan disiplin yang tinggi terhadap kerjaya, mereka akan bekerja lebih tekun dan bertanggungjawab, apatah lagi dengan dipandang tinggi oleh masyarakat, akan lebih bersemangat," katanya.

Selain itu beliau berkata mengangkat profesion tersebut ke tahap yang lebih tinggi boleh memupuk rasa bangga dalam diri seseorang guru terhadap kerjaya mereka.