definisi alat pemadam api.docx

20
Definisi Alat Pemadam Api (APA) Definisi Alat Pemadam Api (APA) adalah: Sejenis alat pemadam api mekanikal yang mudah alih yang boleh mengawal dan memadamkan kebakaran kecil mengikut kelas api dan kebakaran tertentu. Pemadam api adalah alat perlindungan kebakaran aktif yang digunakan untuk memadamkan atau mengendalikan kebakaran kecil, yang sering digunakan dalam situasi kecemasan. Hal ini tidak termasuk untuk digunakan pada api diluar kawalan, seperti yang akan membahayakan pengguna (iaitu tidak ada jalan keluar, asap, bahaya letupan, dan sebagainya), atau memerlukan anggota bomba dan penyelamat. Biasanya, alat pemadam api terdiri daripada bekas silinder yang mengandungi agen yang boleh dibuang untuk memadamkan api kebakaran. Sebuah peranti yang boleh digunakan untuk memadamkan api. Biasanya bekas silinder alat pemadam api diisi dengan karbon dioksida, serbuk kering, atau air. Sebuah peranti mudah alih untuk memadamkan kebakaran kecil. Satu alat yang boleh mengawal dan memadam kebakaran pada peringkat awal. sejenis alat pemadam api (APA)

Upload: zarinamddesa

Post on 06-Nov-2015

66 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Definisi Alat Pemadam Api (APA)Definisi Alat Pemadam Api (APA) adalah:

Sejenis alat pemadam api mekanikal yang mudah alih yang boleh mengawal dan memadamkan kebakaran kecil mengikut kelas api dan kebakaran tertentu.

Pemadam api adalah alat perlindungan kebakaran aktif yang digunakan untuk memadamkan atau mengendalikan kebakaran kecil, yang sering digunakan dalam situasi kecemasan. Hal ini tidak termasuk untuk digunakan pada api diluar kawalan, seperti yang akan membahayakan pengguna (iaitu tidak ada jalan keluar, asap, bahaya letupan, dan sebagainya), atau memerlukan anggota bomba dan penyelamat.Biasanya, alat pemadam api terdiri daripada bekas silinder yang mengandungi agen yang boleh dibuang untuk memadamkan api kebakaran.

Sebuah peranti yang boleh digunakan untuk memadamkan api.Biasanya bekas silinder alat pemadam api diisi dengan karbon dioksida, serbuk kering, atau air.

Sebuah peranti mudah alih untuk memadamkan kebakaran kecil.

Satu alat yang boleh mengawal dan memadam kebakaran pada peringkat awal.

sejenis alat pemadam api (APA)

beberapa jenis alat pemadam api (APA)

Definisi Pemadam Kebakaran

Definisi Pemadam Kebakaran adalah:Pemadam kebakaranadalah anggota penyelamat (anggota bomba) yang dilatih dan ditugaskan untuk memadamkan kebakaran.

Selain memadamkan kebakaran, mereka juga bertugas menyelamatkan mangsa kebakaran, menyelamatkan mangsa kemalangan jalan raya, tanah runtuh, bencana alam dan lain-lain lagi.

Pemadam kebakaranmemainkan peranan penting dan menggalas tanggungjawab yang besar kepada masyarakat. Juga kepada agama, bangsa, dan negara.

Mereka sanggup berkorban nyawa dalam melaksanakan tugas-tugas menyelamatkan mangsa kebakaran dan memadamkan kebakaran.

Anggota pemadam kebakaran (bomba)

Anggota pemadam kebakaran (bomba)

Anggota bomba dan penyelamat sedang berusaha sedaya upaya memadamkan kebakaran

Anggota bomba dan penyelamat sedang berusaha sedaya upaya memadamkan kebakaran

Alat Pemadam Api (APA) Jenis Air

Fungsi Alat Pemadam Api (APA) Jenis Air (Water) :

Berfungsi memadamkan kebakaran jenis kelas A iaitu kebakaran dari bahan pepejal dan benda kering yang mudah terbakar.

Alat pemadam api jenis air ini digunakan hanya untuk jenis kebakaran kelas Asahaja.

Alat pemadam api yang berisi air biasanya tabungnya berwarna perak ini membantu memadam kebakaran kecil yang berpunca daripada bahan pepejal dan benda kering yang mudah terbakar seperti kayu, kain, selimut, tilam, dan lain-lain.

Biasanya digunakan ketika kecemasan untuk mengelakkan api semakin besar dan marak dengan cepat.Alat pemadam api ini digunakan untuk membantu memadamkan kebakaran disaat kecemasan sebelum ketibaan pihak anggota penyelamat bomba jika api marak dengan cepat, bertambah besar, dan merebak ke tempat lain.

Amat berbahayadigunakan untuk memadamkan kebakaran yang berpunca daripada peralatan elektrik kerana ia merupakan konduktor elektrik yang sangat baik.

Alat pemadam api jenis air ini juga tidak boleh digunakan untuk mengawal dan memadam kebakaran yang besar.

Cara penggunaan Alat Pemadam Api (APA) Jenis Air (Water) :

Pilih alat pemadam api yang sesuai, pastikan ke mana arah angin dan ikut arah angin semasa menggunakannya dan praktikkan kaedah PASS. Kaedah PASS adalah PULL (tarik) iaitu tarik pin atau cabut pin keselamatan, AIM (hala atau tujukan) arahkan nozel ke arah api, SQUEEZE (tekan) tekan pemegang liver dimana agen pemadam akan dipancutkan keluar dan SWEEP (layangkan) layangkan nozel ke kiri dan kanan bagi menyegerakan proses pemadaman api.

Praktikkan penggunaan kaedah PASS:

PPull (Tarik/cabut pin keselamtan)

AAim (Arahkan nozel ke arah punca api)

SSqueeze (Tekan pemegang leverdimana agen pemadaman akan dipancutkan keluar)

SSweep (Layangkan nozel / hos kekiri dan ke kanan bagi menyegerakan proses pemadaman)

Gambarajah Alat Pemadam Api (APA) Jenis Air

Pemadam Api (APA) Jenis Serbuk Kering (Dry Powder)

Fungsi Alat Pemadam Api (APA) Jenis Serbuk Kering (Dry Powder) :

Alat pemadama api ini memadam kebakaran jenis kelas C iaitu kebakaran dari perkakasan elektrik.

Membantu memadam kebakaran kecil yang berpunca daripada perkakasan elektrik seperti penyaman udara, computer ,fax dan sebagainya.

Bagi memadamkan kebakaran natrium, kalium, kalsium dan memadamkan api kelas A, B dan C.

Alat pemadam api jenis ini mempunyai kebolehan memadamkan kebakaran kelas A, B dan C dan lebih baik berbanding dengan alat pemadam api jenis karbon dioksida.

Pengeluaran (pancutan) dikawal oleh realese handle dan hanya boleh digunakan sekali sahaja.

Alat pemadam api jenis serbuk kering ini tidak boleh digunakan untuk memadam api jenis logam.

Cara penggunaan Alat Pemadam Api (APA) Jenis Serbuk Kering (Dry Powder) :

Pilih alat pemadam api yang sesuai, pastikan ke mana arah angin dan ikut arah angin semasa menggunakannya dan praktikkan kaedah PASS. Kaedah PASS adalah PULL (tarik) iaitu tarik pin atau cabut pin keselamatan, AIM (hala atau tujukan) arahkan nozel ke arah api, SQUEEZE (tekan) tekan pemegang liver dimana agen pemadam akan dipancutkan keluar dan SWEEP (layangkan) layangkan nozel ke kiri dan kanan bagi menyegerakan proses pemadaman api.

Praktikkan penggunaan kaedah PASS:

PPull (Tarik/cabut pin keselamtan)

AAim (Arahkan nozel ke arah punca api)

SSqueeze (Tekan pemegang leverdimana agen pemadaman akan dipancutkan keluar)

SSweep (Layangkan nozel / hos kekiri dan ke kanan bagi menyegerakan proses pemadaman)

Gambarajah Alat Pemadam Api (APA) Jenis Serbuk Kering (Dry Powder) :

Alat Pemadam Api (APA) Jenis Buih (Foam)Fungsi Alat Pemadam Api (APA) Jenis Buih (Foam) :

Memadam kebakaran jenis kelas B dan C iaitu kebakaran dari bahan cecair yang mudah terbakar dan gas.Biasanya digunakan bagi memadamkan kebakaran jenis minyak (cecair). Lazimnya digunakan oleh Bomba Jabatan Penerbangan.

Bagi memadamkan kebakaran cecair, petrol, minyak dan cat.

Alat pemadam api ini hanya boleh digunakan sekali sahaja dan ianya tidak boleh digunakan untuk memadam api kelas A,C dan D.

Ia boleh mengawal dan memadam kebakaran diperingkat awal dengan berkesan.

Fungsi alat pemadam api jenis buih ialah untuk memadam kebakaran api dari kelas B.

Pilih alat pemadam api yang sesuai, pastikan ke mana arah angin dan ikut arah angin semasa menggunakannya dan praktikkan kaedah PASS. Kaedah PASS adalah PULL (tarik) iaitu tarik pin atau cabut pin keselamatan, AIM (hala atau tujukan) arahkan nozel ke arah api, SQUEEZE (tekan) tekan pemegang liver dimana agen pemadam akan dipancutkan keluar dan SWEEP (layangkan) layangkan nozel ke kiri dan kanan bagi menyegerakan proses pemadaman api.Praktikkan penggunaan kaedah PASS:

PPull (Tarik/cabut pin keselamtan)

AAim (Arahkan nozel ke arah punca api)

SSqueeze (Tekan pemegang leverdimana agen pemadaman akan dipancutkan keluar)

SSweep (Layangkan nozel / hos kekiri dan ke kanan bagi menyegerakan proses pemadaman)

Alat Pemadam Api (APA) Jenis Tekanan Gas (Halon)

Fungsi Alat Pemadam Api (APA) Jenis Tekanan Gas (Halon) :

Berfungsiuntuk memadamkan api jenis kelas B.

Untuk memadamkan bahan cecair mudah terbakar, gas, petrol, gas methanol, gasoline, gas butana, alkohol, gas propana, dan lain-lain lagi.

Alat pemadam api jenis ini tidak sesuai digunakan memadam api kelas A, C dan D.

Cara penggunaan Alat Pemadam Api (APA) Jenis Tekanan Gas (Halon) :

Pilih alat pemadam api yang sesuai, pastikan ke mana arah angin dan ikut arah angin semasa menggunakannya dan praktikkan kaedah PASS. Kaedah PASS adalah PULL (tarik) iaitu tarik pin atau cabut pin keselamatan, AIM (hala atau tujukan) arahkan nozel ke arah api, SQUEEZE (tekan) tekan pemegang liver dimana agen pemadam akan dipancutkan keluar dan SWEEP (layangkan) layangkan nozel ke kiri dan kanan bagi menyegerakan proses pemadaman api.Praktikkan penggunaan kaedah PASS:

PPull (Tarik/cabut pin keselamtan)

AAim (Arahkan nozel ke arah punca api)

SSqueeze (Tekan pemegang leverdimana agen pemadaman akan dipancutkan keluar)

SSweep (Layangkan nozel / hos kekiri dan ke kanan bagi menyegerakan proses pemadaman)

Alat Pemadam Api (APA) Jenis Serbuk Karbon Dioksida (Carbon Dioksida)

Fungsi Alat Pemadam Api (APA) Jenis Serbuk Karbon Dioksida (Carbon Dioksida) :

Alat pemadam ini dapat memadamkan kebakaran jenis kelas B dan C iaitu kebakaran dari bahan cecair yang mudah terbakar dan gas.

Membantu memadam kebakaran kecil yang berpunca daripada bahan cecair yang mudah terbakar dan gas seperti petrol,methanol, diesel, gas metana ,alkohol, gas butane, gas propana, dan lain-lain lagi.

Juga dapat memadamkan kebakaran berpunca daripada peralatan elektrik, jentera, papan suis dan seumpamanya.

Amat sesuai digunakan untuk memadamkan kebakaran yang melibatkan perkakasan elektrik.

Sangat baik untuk cairan yang mudah terbakar, komputer, peralatan data pemprosesan,laboratorium, dan sebagainya.

Fungsi utama alat pemadam api jenis ini adalah untuk memadam kebakaran api dari kelas C.

Cara penggunaan Alat Pemadam Api (APA) Jenis Serbuk Karbon Dioksida (Carbon Dioksida) :

Pilih alat pemadam api yang sesuai, pastikan ke mana arah angin dan ikut arah angin semasa menggunakannya dan praktikkan kaedah PASS. Kaedah PASS adalah PULL (tarik) iaitu tarik pin atau cabut pin keselamatan, AIM (hala atau tujukan) arahkan nozel ke arah api, SQUEEZE (tekan) tekan pemegang liver dimana agen pemadam akan dipancutkan keluar dan SWEEP (layangkan) layangkan nozel ke kiri dan kanan bagi menyegerakan proses pemadaman api.

Praktikkan penggunaan kaedah PASS:

PPull (Tarik/cabut pin keselamtan)

AAim (Arahkan nozel ke arah punca api)

SSqueeze (Tekan pemegang leverdimana agen pemadaman akan dipancutkan keluar)

SSweep (Layangkan nozel / hos kekiri dan ke kanan bagi menyegerakan proses pemadaman)

Gambarajah Alat Pemadam Api (APA) Jenis Serbuk Karbon Dioksida (Carbon Dioksida) :