folio penceghan kebakaran dan alat pemadam api.docx

9
Kebakaran bukan sahaja mengakibatkan kerugian dan kemusnahan harta benda tetapi juga kehilangan nyawa. Oleh itu adalah penting kita mengetahui apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran. Api adalah sumber tenaga yang sangat diperlukan oleh manusia dalam kehidupan harian. Malangnya api itu mestilah dikawal atau di awasi, jika tidak, ia boleh merupakan salah satu punca kebakaran atau malapetaka kepada manusia. Kebakaran ialah satu tindak balas kimia antara bahan boleh terbakar dan oksigen yang menyentuh punca haba atau mencucuh. Kebakaran boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu:- 1) Letupan (reaksi yang pantas) 2) Api biasa 3) Kebakaran secara meresap Ketiga-tiga jenis kebakaran ini boleh berlaku dimana-mana sahaja dan terpulang kepada keadaan dan sifat bahan yang terlibat. Faktor- faktor yang mesti ada pada permulaan satu-satu kebakaran ialah: a) Haba (heat) b) Oksigen (oxygen) dan c) Bahan-bahan (fuel) yang boleh terbakar Ketiadaan salah satu ketiga-tiga bahan tersebut di atas, akan menjauhkan kejadian kebakaran. Pengertian mengenai campuran ketiga- tiga bahan ini adalah penting bagi diketahui bagi mencegah kebakaran daripada berlaku dan menerangkan prinsip-prinsip untuk memadam satu- satu kebakaran. Prinsip utama bagi mencegah kebakaran ialah ‘jangan membenarkan ketiga-tiga bahan tersebut di atas, iaitu adanya haba yang sesuai, oksigen dan bahan yang boleh terbakar berada bersama- sama pada satu ketika”. Antara punca-punca kebakaran yang kerap berlaku adalah seperti berikut: ~ 1 ~

Upload: zarinamddesa

Post on 30-Sep-2015

685 views

Category:

Documents


27 download

TRANSCRIPT

Kebakaran bukan sahaja mengakibatkan kerugian dan kemusnahan harta benda tetapi juga kehilangan nyawa. Oleh itu adalah penting kita mengetahui apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran. Api adalah sumber tenaga yang sangat diperlukan oleh manusia dalam kehidupan harian. Malangnya api itu mestilah dikawal atau di awasi, jika tidak, ia boleh merupakan salah satu punca kebakaran atau malapetaka kepada manusia. Kebakaran ialah satu tindak balas kimia antara bahan boleh terbakar dan oksigen yang menyentuh punca haba atau mencucuh. Kebakaran boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu:-1) Letupan (reaksi yang pantas)2) Api biasa3) Kebakaran secara meresapKetiga-tiga jenis kebakaran ini boleh berlaku dimana-mana sahaja dan terpulang kepada keadaan dan sifat bahan yang terlibat. Faktor-faktor yang mesti ada pada permulaan satu-satu kebakaran ialah:a) Haba (heat)b) Oksigen (oxygen) danc) Bahan-bahan (fuel) yang boleh terbakarKetiadaan salah satu ketiga-tiga bahan tersebut di atas, akan menjauhkan kejadian kebakaran. Pengertian mengenai campuran ketiga-tiga bahan ini adalah penting bagi diketahui bagi mencegah kebakaran daripada berlaku dan menerangkan prinsip-prinsip untuk memadam satu-satu kebakaran. Prinsip utama bagi mencegah kebakaran ialah jangan membenarkan ketiga-tiga bahan tersebut di atas, iaitu adanya haba yang sesuai, oksigen dan bahan yang boleh terbakar berada bersama-sama pada satu ketika.Antara punca-punca kebakaran yang kerap berlaku adalah seperti berikut:1. Litar Pintas2. Sabotaj3. Wayar dan suis terdedah4. Penggunaan alat eletrik yang rosak5. Menyambung wayar eletrik secara illegal oleh pelajar6. Pengunaan lilin dan pelita di asrama.7. Membakar samah didalam / dekat bangunan sekolah.8. Api ubat nyamuk, mancis, puntung rokok yang menyala.9. Kebocoran atau mampatan gas.Sementara punca kebakaran yang disebabkan oleh elektrik lazimnya adalah seperti berikut:1. Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel.2. Lebihan beban aliran kuasa3. Pemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan yang longgar.4. Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar dan fius.5. Haba mekanikal yang terjadi akibat geseran.6. Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau penebat.

JENIS-JENIS API KEBAKARANKelas kebakaran yang telah ditetapkan menurut piawaian MS 1182 Classification of Fire ialah :Kelas A: Kebakaran melibatkan pepejal atau bahan organik yang mana bila terbakar akan mengujudkan bara yang menyalaKelas B : Kebakaran melibatkan cecair Kelas C: Kebakaran melibatkan gas atau liquefiable solidKelas D: Kebakaran melibatkan logamKelas E: Kebakaran melibat peralatan elektrikKelas F: Kebakaran melibatkan lemak (fats) dan minyak masak

CARA-CARA MEMADAMKAN APIKebakaran terjadi dari gabungan tiga unsur iaitu bahan, udara dan suhu. Oleh itu, untuk memadamnya kita perlu memisahkan gabungan tersebut. Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi memadam kebakaran iaitu:1. Melaparkan. Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain. Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain Memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar supaya mudah dipadamkan.

2. Melemaskan. Ini dilakukan dnegan menghalang kemasukan udara dengan cara menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya tidak dapat membantu kebakaran.3. Menyejukkan. Sifat air yang sejuk dapat mempercepatkan perpindahan haba dengan menurunkan haba dan menurunkan suhu kebakaran sehingga ke tahap rendah. Apabila suhu menjadi rendah maka nyalaan api akan terpadam.4. Memutuskan Rantai Tindakbalas. Memutuskan rantai kimia. Ini boleh dilakukan dengan mengunakan alat pemadam api permulaan seperti CO2 , BCF dan serbuk kering.

ALAT PEMADAM API

Terdapat dua jenis sistem pemadam api yang biasa terdapat di sesebuah premis atau bangunan. Pertama, sistem pemasangan kekal dan kedua adalah sistem mudah alih. Walaubagaimana pun kedua-dua sistem ini hanyalah sebagai bantu mula sebelum kehadiran pihak Bomba dan Penyelemat atau Jabatan Pertahanan Awam tiba.

Sistem Pemasangan KekalAntara alat yang biasa digunakan ialah

1. Sprinkler biasanya dipasang pada siling bangunan dan berfungsi secara automatik Apabila penggera kebakaran dibunyikan atau terdapat asap yang tebal.

2. Pili bomba membekalkan air untuk memadam api.

3. Salur bantu Mula (Hose reel) Dipasang pada bangunan.

Sistem Mudah Alih

Terdapat beberapa jenis alat pemadam api mudah alih yang digunakan untuk memadamkan atau mengendalikan kebakaran kecil yang sering digunakan dalam situasi kecemasan. Alat pemadam api mudah alih ini terdiri daripada bekas silinder berwarna merah yang mengandungi agen yang boleh dibuang untuk memadamkan api kebakaran. Alat ini dibezakan mengikut kategori atau pengelasan kebakaran yang berlaku dengan perbezaan warna yang telah ditetapkan. Antara jenis alat pemadam api mudah alih ialah :

Jenis Air (Merah): Berbentuk air, sesuai untuk pepejal sahaja dan amat tidak sesuai untuk kebakaran yang berpunca daripada elektrik.Jenis Serbuk Kering (Biru) : Berbentuk serbuk kering, bersifat serbaguna dan dapat memadamkan api dari kelas api A, B dan C.Jenis Buih (Kuning Langsat): Berbentuk buih, sesuai untuk kebakaran berpunca dari cecair Jenis CO2 (Hitam): Jenis karbon dioksida, sesuai untuk semua jenis bahan api.

Pemadam api mudah alih hendaklah diletakan dengan cara digantung di tempat-tempat penting iaitu pada jalan keluar supaya boleh dilihat daripada semua arah. Setiap alat pemadam api mudah alih ini wajib didaftarkan kepada pihak bomba melalui kontraktor yang telah berdaftar dengan pihak bomba. Pihak bomba akan mengeluarkan sijil untuk setiap alat pemadam api dan juga pelekat untuk ditampal pada badan pemadam api tersebut. Sijil ini perlu diperbaharui setiap tahun, manakala alat pemadam api yang berusia lebih 10 tahun perlu dilupuskan kerana bahan kimianya tidak lagi efektif untuk memadamkan api.Alat pemadam api mudah alih ini sering digunakan untuk membantu memadamkan kebakaran disaat kecemasan sebelum ketibaan pihak anggota penyelamat bomba jika api marak dengan cepat, bertambah besar, dan merebak ke tempat lain. Biasanya ia digunakan ketika kecemasan untuk mengelakkan api semakin besar dan marak dengan cepat.

ALAT PEMADAM API MUDAH ALIH

BilJenisLamaBaru

1Serbuk Kering

2Air

3Buih

4Karbon Dioksida (CO2)

KERATAN RENTAS ALAT PEMADAM API

CARA-CARA MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API MUDAH ALIH

Menggunakan alat pemadam api mudah dan siapa saja boleh melakukannya. Hanya ikut langkah-langkah mudah berikut : Tanggal, Acu, Tekan dan Sembur atau Pull, Aim, Squeeze and Sweep (PASS).

1) Tanggalkan alat keselamatan dari pemadam api Pastikan alat pemadam api ditegakkan. Tanggalkan alat keselamatan yang dilengkapkan bagi mengelakkan kegunaansecara tidak sengaja.

2) Acukan muncung alat ke pangkal api Acukan muncung alat pemadam api ke pangkal api. Pastikan anda berada pada jarak kira-kira 1 hingga 1.5 meter daripada api. Tekan tukil atas alat pemadam.

3) Tekan tukil atas alat pemadam Apabila api sudah dipadamkan, buka semua pintu dan tingkap untuk membolehkan udara segar masuk.

4) Buka semua tingkap untuk membolehkan udara segar masuk Gunakan cara menyapu ketika penyemburan dilakukan pada keseluruhan bahagian api.

5) Semburkan ke arah api dengan cara menyapu (sweep) sehingga api padam.

Tarik Picu Arahkan ke api Tekan Sapu

~ 7 ~