data awal

2
1.3 Pengumpulan data awal 1.3.1 Ujian diagnostik awal Menurut Berry (2008), ujian pra boleh digunakan di awal sesi pengajaran dan pembelajaran untuk memberikan asas pengetahuan berkaitan subjek dan kemudiannya dikaitkan dengan ujian di akhir program untuk menilai sama ada pengetahuan yang diperolehi itu bertambah ataupun tidak. Ujian pra ini juga boleh digunakan untuk menilai sejauh mana pemahaman dalam subjek ini. Berlanjutan dengan perkara tersebut, saya mengambil keputusan untuk menjalankan ujian pra kepada murid- murid saya sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah berlangsung. Keputusan ujian pra ini akan dijadikan sebagai penanda aras bagi saya mengetahui pengetahuan sedia ada murid-murid dalam konsep sains dalam topik yang akan diajar. Ujian pra ini mengandungi 10 soalan subjektif dan berfokuskan mengenai kemahiran membuat pemerhatian. Melalui ujian diagnostik awal ini saya mendapati 70 peratus murid belum menguasai kemahiran membuat pemerhatian kerana hanya mendapat markah purata yang rendah. Hanya 30 peratus sahaja murid yang sudah meguasai kemahiran

Upload: amir-jamaludin

Post on 06-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sedu

TRANSCRIPT

Page 1: DATA Awal

1.3 Pengumpulan data awal

1.3.1 Ujian diagnostik awal

Menurut Berry (2008), ujian pra boleh digunakan di awal sesi pengajaran dan

pembelajaran untuk memberikan asas pengetahuan berkaitan subjek dan kemudiannya

dikaitkan dengan ujian di akhir program untuk menilai sama ada pengetahuan yang

diperolehi itu bertambah ataupun tidak. Ujian pra ini juga boleh digunakan untuk menilai

sejauh mana pemahaman dalam subjek ini. Berlanjutan dengan perkara tersebut, saya

mengambil keputusan untuk menjalankan ujian pra kepada murid-murid saya sebelum sesi

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah berlangsung. Keputusan ujian pra ini akan

dijadikan sebagai penanda aras bagi saya mengetahui pengetahuan sedia ada murid-murid

dalam konsep sains dalam topik yang akan diajar. Ujian pra ini mengandungi 10 soalan

subjektif dan berfokuskan mengenai kemahiran membuat pemerhatian. Melalui ujian

diagnostik awal ini saya mendapati 70 peratus murid belum menguasai kemahiran membuat

pemerhatian kerana hanya mendapat markah purata yang rendah. Hanya 30 peratus sahaja

murid yang sudah meguasai kemahiran membuat pemerhatian ini kerana mendapat markah

yang cemerlang dalam ujian diagnostik awal ini.

1.1.1 Soal Selidik Temubual dengan Guru Sains

Tujuan soal selidik temubual berstruktur bersama guru-guru Sains sekolah tersebut

ini akan menjurus kepada penemuan ciri-ciri intervensi yang perlu ada untuk mengatasi

masalah yang sedang dikaji. Sehubungan dengan itu, dalam soal selidik temubual ini, saya

menyediakan 15 soalan ringkas yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A

mengenai profesion keguruan dan bahagian B mengenai pedagogi pendidikan Sains sekolah

rendah. Melalui temubual ini saya dapat simpulkan kebanyakan guru-guru sains sekolah ini

Page 2: DATA Awal

berpengalaman tetapi mempunyai bebanan kerja luar menyebabkan kurang persediaan untuk

merancang pengajaran berasaskan murid dan selalu menggunakan kaedah tradisi sahaja

dalam pengajaran mereka.