pembangunan awal felda

27
Pembangunan Awal FELDA FELDA ditubuhkan pada tahun 1956, menjelang Merdeka. Dari detik permulaan secara kecil-kecilan organisasi ini telah berkembang menjadi suatu organisasi raksasa. Kini, rancangan-rancangan yang diselenggarakannya meliputi lebih daripada setengah juta hektar dan lebih daripada setengah juta orang mendapat manfaat dari FELDA yang terdiri daripada peneroka, pekerja FELDA dan pekerja kontrak serta keluarga masing-masing. Sejak tahun 1960, FELDA yang ditubuhkan untuk pembangunan kawasan pendalaman yang lebih terpencil di negara ini, telah pula sendiri bertanggungjawab secara langsung dalam usaha pembangunan. Kerajaan-kerajaan negeri menyerahkan segala hak ke atas tanah untuk diusahakan kepada FELDA yang seterusnya menjadi agensi yang bertanggungjawab memajukannya kepada suatu kawasan pembangunan yang intergrated sepenuhnya. Pembukaan Awal Pembangunan tanah di negeri Johor Darul Takzim bermula pada 1959 dengan mengambil alih rancangan Sungai Tiram dan Endau yang ditadbir oleh Kerajaan Negeri. Sehingga tahun 1995, sebanyak 80 rancangan telah dibuka dengan keluasan 164,023 hektar; 79% ditanam sawit, 15% dengan getah dan 6% di bawah kawasan perkampungan. Rancangan pertama yang dibuka ialah Rancangan Lurah Bilut yang ditanam dengan getah iaitu pada tahun1958. Manakala Rancangan Taib Andak merupakan rancangan FELDA pertama ditanam dengan sawit iaitu pada tahun 1961.

Upload: pizzy-stylo

Post on 04-Jul-2015

3.284 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembangunan Awal FELDA

Pembangunan Awal FELDA

FELDA ditubuhkan pada tahun 1956, menjelang Merdeka. Dari detik permulaan secara kecil-kecilan organisasi ini

telah berkembang menjadi suatu organisasi raksasa. Kini, rancangan-rancangan yang diselenggarakannya meliputi

lebih daripada setengah juta hektar dan lebih daripada setengah juta orang mendapat manfaat dari FELDA yang

terdiri daripada peneroka, pekerja FELDA dan pekerja kontrak serta keluarga masing-masing.

Sejak tahun 1960, FELDA yang ditubuhkan untuk pembangunan kawasan pendalaman yang lebih terpencil di negara

ini, telah pula sendiri bertanggungjawab secara langsung dalam usaha pembangunan.

Kerajaan-kerajaan negeri menyerahkan segala hak ke atas tanah untuk diusahakan kepada FELDA yang seterusnya

menjadi agensi yang bertanggungjawab memajukannya kepada suatu kawasan pembangunan

yang intergrated sepenuhnya.

Pembukaan Awal

Pembangunan tanah di negeri Johor Darul Takzim bermula pada 1959 dengan mengambil alih rancangan Sungai

Tiram dan Endau yang ditadbir oleh Kerajaan Negeri.

Sehingga tahun 1995, sebanyak 80 rancangan telah dibuka dengan keluasan 164,023 hektar; 79% ditanam sawit,

15% dengan getah dan 6% di bawah kawasan perkampungan.

Rancangan pertama yang dibuka ialah Rancangan Lurah Bilut yang ditanam dengan getah iaitu pada tahun1958.

Manakala Rancangan Taib Andak merupakan rancangan FELDA pertama ditanam dengan sawit iaitu pada

tahun 1961.

Page 2: Pembangunan Awal FELDA

Latar Belakang

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FELDA adalah sebuah agensi pembangunan

tanah yang utama di Malaysia. FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Akta Kemajuan Tanah 1956

hasil daripada syor Jawatankuasa Kerja Kerajaan.

Tujuan FELDA ditubuhkan pada masa itu adalah untuk membantu pihak kerajaan melaksanakan rancangan

pembangunan kawasan pedalaman dan membantu meningkatkan status ekonomi serta taraf hidup masyarakat di

kawasan luar bandar.

Pada asalnya, FELDA berfungsi sebagai sebuah lembaga yang menguruskan dan menyalurkan bantuan kewangan

kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan rancangan pembangunan tanah di negeri masing-masing, selain

daripada menyelaraskan pembangunan tanah di negeri berkenaan termasuk perpindahan penduduk antara negeri.

Kemudian fungsi FELDA telah diperluaskan oleh kerajaan dan mulai tahun 1961, FELDA telah diamanahkan oleh

kerajaan untuk melaksanakan sendiri rancangan-rancangan pembangunan tanah dan pembangunan penempatan di

seluruh negara.

Sehingga kini, FELDA telah membuka dan membangunkan lebih kurang 480 buah kawasan baru berjumlah seluas

853,313 hektar yang dijadikan sebagai kawasan pertanian, perladangan dan penempatan. Seramai 112,635 jumlah

orang telah dipilih sebagai peneroka daripada kalangan masyarakat pedalaman dan luar bandar yang miskin dan

tidak bertanah. Mereka dan keluarga mereka masing-masing semuanya telah ditempatkan semula di penempatan-

penempatan baru.

Pembangunan tanah dan pembangunan penempatan di kawasan pedalaman, yang mana merupakan sebahagian

besar daripada kawasan di Malaysia pada masa itu, telah membawa kepada perkembangan pembangunan ekonomi

dan sosial serta membawa kepada kestabilan politik negara pada masa kini.

Melalui rancangan-rancangan pembangunan tanah dan penempatan yang dilaksanakan, FELDA telah dapat

membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar serta dapat merapatkan jurang perbezaan kualiti hidup

antara penduduk bandar dan luar bandar

Page 3: Pembangunan Awal FELDA

Undang-undang kemajuan tanah 1956 ditubuhkan

Pada hari ini 17.5.1956 Undang-undang Kemajuan Tanah Tahun 1956 telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan, melalui undang-undang ini Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau ringkasnya LKTP (FELDA) telah ditubuhkan dengan tugas untuk menjaga dan membantu dalam penyelidikan penubuhan dan pelaksanaan projek-projek untuk pembangunan dan penempatan tanah dalam Persekutuan. Penubuhan lembaga ini dibuat berikutan dengan syor-syor yang dikemukakan oleh satu jawatankuasa yang dibentuk dalam tahun 1955 untuk mengkaji keperluan bagi kemajuan tanah dalam Persekutuan.  Di antara lain tujuan jawatankuasa tersebut ialah untuk menyiasat bantuan yang diperlukan oleh tiap-tiap negeri dari Kerajaan Persekutuan bagi membuka dan memajukan tanah-tanah baru sekiranya dianggap mustahak. Untuk mencadangkan penubuhannya sebuah badan yang sesuai bagi melaksanakan bantuan itu dan cadangan itu mestilah meliputi hal-hal berkenaan dengan perkara kewangan dan pentadbiran. Laporan dan syor-syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa ini telah dijadikan sebagai panduan untuk merancang penubuhan lembaga ini. Beberapa bahagian kecil Undang-undang Tanah tahun 1956 ini telah dipinda melalui Undang-Undang  (Pindaan) Kemajuan Tanah tahun 1957 dan melalui Undang-Undang (Pindaan) Kemajuan Tanah tahun 1958. 

Umumnya maksud undang-undang ini ialah supaya:

1. Kerajaan-kerajaan Negeri menyusun rancangan-rancangan kemajuan tanah

2. Menubuhkan badan-badan atau lembaga-lembaga yang ditugas menjalankan

rancangan-rancangan itu samada dengan bersendirian atau dengan pertolongan

Kerajaan Persekutuan. LKTP pula akan   menyalurkan bantuan kewangan bagi

rancangan-rancangan yang diluluskan itu. Dengan ini LKTP tidak dikecualikan

daripada membuat rancangan-rancangan kemajuannya sendiri. 

Lembaga yang ditubuhkan mengandungi seorang Pengerusi dan 10 orang ahli, Pengerusi

Lembaga yang pertama ialah Tuan B.E.M. Fiernest dan kemudian diganti oleh Taib bin Haji

Andak pada Oktober 1958.  Lembaga ini telah memulakan kerja-kerjanya dalam tahun 1957 dan

hingga sekarang ia menjadi Perbadanan Kerajaan yang utama untuk memajukan tanah dan

penempatan di dalam negeri secara besar-besaran.

Page 4: Pembangunan Awal FELDA

Kaedah kajian

INTERNET

Kaedah pertama yang saya gunakan untuk menjalankan kajian ini adalah melalui penelitian ke atas lamansesawang yang berkaitan. Melalui kaedah ini, saya dapat mengetahui tentang sejarah penubuhan, Ahlilembaga pengarah ,profil, dan justifikasi kajian.

BUKU ILMIAH

Sebagai sumber maklumat berkaitan ,saya telah mentelaah beberapa buah buku berkaitan untuk dirujuk sebagai kajian penulisan keatas hasil kerja saya. Antara buku yang dapat dimasukan dalam skop bidangkajian ini ialahUsaha-Usaha Pemilihan Kerjaya Di Kalangan Remaja Melayu Di Felda DaerahJerantut, Pahanghasil tulisan Ammad Rashid B. Rajuddin & Ramlan Bin AbdulWahab dari FakultiPendidikan Universiti Teknologi Malaysia . Di samping itu, saya turut melawat Perpustakaan AwanKelantan Bagi mendapatkan buku Tahunan FELDA.

AKHBAR Saya turut menyelak helaian akhbar berkaitan FELDA bagi digunakan untuk memenuhi sumber kajian.Antara keratan akhbar yang berkaitan dengan maklumat keperluan ialah Utusan Malaysia , Berita Harian,serta Harian Metro.Sumber akhbar banyak member maklumat berkaitan perancangan FELDA, dasar FELDA, srtuktur pentadbiran FELDA serta perancangan masa depan peneroka FELDA.

Page 5: Pembangunan Awal FELDA

Hasil kajian

NAMA FELDA

 Nama rasmi bagi subjek kajian saya-FELDA ialah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan. Dalam bahasaInggeris ianya diistilahkan sebagai Federal Land Development Authority.Manakala bagi nama ringkasnyaadalah FELDA. Sebelum disebut sebagai FELDA, nama sebelum ini ialah Lembaga Kemajuan Tanah Negara (LKTN) .

LOKASIPenempatan FELDA ada hampir di segenab ceruk Malaysia. Ibu pejabat FELDA terletak di Kuala Lumpur ,Malaysia. FELDA mempunyai pelbagai lokasi di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, boleh dirujuk padaLAMPIRAN A.

MATLAMAT&OBJEKTIF PENUBUHANMatlamat penubuhan FELDA adalah seperti berikut :--. Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.- Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan dimanaFELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDAdan syarikatnya.- Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan dimana FELDAdiberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.-Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan, pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA.

VISI FELDAFELDA sebagai peneraju Industri Sawit dan warga peneroka berpendapatan tinggi.

MISI FELDAMeningkatan kesejahteraan hidup warga peneroka FELDA melalui :--Penghasilan kebun yang tinggi .-Menyediakan kemudahan dan infrastruktur moden .-Meningkatkan potensi dan kualiti model insan .-Mewujudkan budaya inovasi dan kreativiti .-Mempelbagaikan sumber ekonomi bagi menjana pendapatan tinggi .-Memantapkan pengurusan FELDA bertaraf dunia .-Memupuk budaya kecemerlangan 

Page 6: Pembangunan Awal FELDA

SENARAI PENTADBIR

Tan Sri Mohd Isa Abdul SamadPengerusi FELDA

AHLI-AHLIY. Bhg. Dato¶ Dzulkifli AbdWahab

Pengarah Besar FELDA

Y.Bhg. Tan Sri Dr.Wan Abdul Aziz binWan AbdullahKetua Setiausaha Perbendaharaan

Y.Mulia Datuk Raja Sharifuddin Hizan bin Raja Zainal AbidinPengerusi Malayan Sugar Manufacturing Co.Bhd

Encik Shamsudin bin Othman Naib Pengerusi Gabungan JKKR Johor Bahru (Wakil Peneroka)

Dr. Omar B SalimKetua Unit Kawal SeliaJabatan Perdana Menteri

Y.B. Dato' Haji Tan Mohd Aminuddin bin Haji Ishak Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal FELDA Negeri Pahang

Y.B. Datuk Mohd. Suhaili bin SaidPresiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah

Y.Bhg. Dato' Noriyah bt AhmadKetua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri

Y.B Ir. Haji Hamim Haji SamuriAhli Parlimen Ledang

Y.B. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd MuttalibAhli Parlimen Maran

Y.Bhg. Dato' Sabri AhmadGroup President/ Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd(FGVH)

Page 7: Pembangunan Awal FELDA

SEJARAH PENUBUHANIanya diasaskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1 Julai 1956. Namun pada masa itu , ianyahanyalah sebagai pemerkenalan sahaja. Fungsi rasminya baru bermula pada Julai 1958 iaitu setahun selepaskemerdekaan. Asal usul penubuhan adalah bagi memajukan kawasan pertanian untuk taraf hidup bumiputra.Fungsinya 11andar sama dengan MARA kecuali ianya lebih mengarah kepada pembangunan tanah dan pemerkasaan golongan bumiputra serta penempatan semula penduduk luar 11andar yang miskin kekawasan-kawasan yang baru dibangun agar dapat meningkatkan taraf ekonomi mereka.

UNDANG-UNDANG TUBUH/ UNDANG-UNDANG KECIL/ GARIS PANDUAN PENUBUHANUndang-undang tubuh FELDA wujud apabila akta pembangunan tanah 1956 diperkenalkan setelah rang penubuhannya diluluskan oleh parlimen. Undang-undang kecil penubuhan bermula setelah adanya OrdinanKemajuan Tanah ( Pindaan 1956).

TANGGUNGJAWAB BIDANG TUGAS PENTADBIR Pengerusi-bertanggungjawab untuk mengurus peranan FELDA sebagaimana yang telah termaktub dalam AktaKemajuan Tanah 1956.-sebagai pemerhati bagi pihak kerajaan untuk menilai serta menambahguna semula pemerhatian terhadap zon ekonomi FELDA.

Pengarah besar FELDA-bertanggungjawab untuk menjaga urusan FELDA bagi sub-bidang tertentu.-untuk mencadangkan peruntukan bagi peningkatan semula kualiti dan peranan FELDA.

Ketua Setiusaha Pembendaharaan-bertanggungjawab keatas sumber kewangan FELDA.-mengurus dan mengawal pembelanjaan FELDA bagi rancangan luar.

Pengerusi Malayan Sugar Manufacturing Co.Bhd-mengurus anak syarikat FELDA sebagaimana yang disebut diatas-mengatur strategi pemasaran bagi skop tugasan berkaitan.

Ketua Unit Kawal Selia Jabatan Perdana Menteri-menyelia FELDA bagi pihak kerajaan- menteri di jabatan perdana menteri.

Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri-memberi sumber kewangan kepada FELDA.-mengawal Ekonomi FELDA .-merancang dan mengatur-urus ekonomi FELDA bagi pihak kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd-mempengerusikan FVGH.-mengatur srategi kewangan kepada anak syarikat FELDA

Page 8: Pembangunan Awal FELDA

  EKONOMI

FELDA merupakan badan berkanun yang bernaung dibawah Kerajaan Malaysia. Antara peranan FELDAadalah untuk memberi tanah dan dana bagi bidang berkaitan dengan sumber ekonomi Negara.

Penubuhan FELDA dirancang bagi meningkatkan sumber ekonomi Negara berkaitan dengan horizon pertanian melalui pasca-perniagaan pada skop tertentu. Akan hal demikianlah , FELDA dizahirkan bagimenyuntik dana untuk meneruskan agenda pertanian sebagaimana yang telah termaktud dalam Dasar Pertanian Negara.

FELDA juga turut diberi inisiatif baharu bagi memperluaskan skop bidang fungsinya bagi menyediakanekakerja kepada masyarakat bumiputera yang belum mahir dalam juan bidang untuk bergerak bersamadengan FELDA bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadi Negara berpendapatan tinggi menjalangsuku pertama tahun 2015.

Pemerkenalan NKRA atau Bidang Keberhasilan Utama Negara telah menskopkan pertanian sebagai satucabang utamanya dan FELDA sedang bergerak kearah itu.

Peranan FELDA melalui ekonomi ialah dengan mewujudkan ruang pekerjaan kepadda masyarakat bumiputera yang menggangur untuk memiliki bidang pekerjaan bagi menyara hidup masing-masing. Data sehingga baru-baru ini menunjukkan FELDA memiliki 2345678 peneroka di kesemua 307 kawasan FELDAdi seluruh Negara. Ini secara tidak langsung telah memberi peluang pekerjaan kepada lebih 3000000 masyarakat bumiputera bekerja dalam semua bidang yang ditawarkan oleh FELDA.

Kewujudan Koperasi FELDA juga telah memberi pusingan modal kepada pemegang saham untuk melabur dalam Amanah Saham Nasional (ASN). Melalui Koperasi FELDA , sumber ekonomi pemegang saham juga bertambah dan ini sekaligus member i keselesaan kepada sebilangan peneroka yang melabur untuk koperasiini.

Secara keseluruhannya, FELDA melalui peranannya dalam ekonomi telah memberi keuntungan lebih 5Billion ringgit setiap kali berakhir tahun kewagam dan ini telah banyak membantu kerajaan untuk membantu golongan rakyat yang memerlukan.

FELDA turut mewujudkan beberapa hotel, resort serta kawasan pelancongan bagi meningkatkanekonomi. Antara resort yang ditubuhkan di bawah Kumpulan Felda adalah Kuala Terengganu Beach Resort,Muzium Felda, serta pelbagai lagi. Ini secara kolektif dapat menambah asset Kumpulan Felda seterusnnyadapat membawa FELDA ke aras yang lebih baik.

Antara transformi ekonomi yang dibawakan FELDA adalah seperti berikut :-

Page 9: Pembangunan Awal FELDA

Keusahawanan

Program Pembangunan Usahawan bertujuan untuk menggalakkan penglibatan warga peneroka dalamaktiviti non-farm sebagai sumber pendapatansampingan bagi meningkatkan pendapatan dan taraf hidupmereka serta mengelakkan pergantungan sepenuhnya kepada hasil kebun.

 Matlamat:

  Meningkatkan pendapatan pengusaha dengan purata pendapatan RM3,000.

Melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera

Menjadikan warga peneroka sebagai masyarakat luar 14ndust contoh yang mempunyai taraf hidup lebih baik 

Pelbagai projek non-farm telah dilaksanakan termasuk Program Satu WilayahSatu Industri (SAWARI)melibatkan aktviti Perusahaan, Perniagaan, Perkhidmatan, Kraf, Ternakan, Tanaman dan Akuakultur. 

PERNIAGAAN, PERKHIDMATAN & LAIN-LAIN PERUSAHAAN

Program Perniagaan, Perkhidmatan & lain-lain Perusahaan dilaksanakan untuk mewujudkan usahawan-usahawan baru serta mempertingkatkan tahap pengetahuan, kemahiran serta keupayaan pengurusanusahawan peneroka melalui latihan keusahawanan, bimbingan dan khidmat nasihat.

Latihan Keusahawanan

 Memberi khidmat latihan kesedaran, pengetahuan dan panduan kepada bakal usahawan serta meningkatkan tahap keusahawanan dan pengurusan kepada usahawan sedia ada melalui kursus-kursus berikut:- 

Latihan Pengurusan Perniagaan Latihan Pengurusan Kewangan

Latihan Pemasaran

Latihan Pembangunan Produk 

Latihan Kemahiran (kraf buluh)

Latihan Perniagaan (spa aromaterapi, bakeri dan lain-lain)Bidang tumpuan industry asas tani sebagai suatu kaedah penjanaan ekonomi adalah

Page 10: Pembangunan Awal FELDA

1. Ternakan: Penternakan lembu dan kambing mengikut Good Animal Husbandary Practice(GAHP).2. Tanaman: Perlaksanaan Program Satu Tanaman Satu Wilayah3. Akuakultur: Pemulihan ternakan ikan air tawar dan memperkenalkan penggunaan teknologi baru.  PENDIDIKAN

Atas nama peranan pendidikan ,FELDA telah member sumbangan kepada masyarakat terutamanya anak-anak warga peneroka FELDA untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi sertamemberi nilai tambah terhadap pemerkasaan dasar pendidikan Negara.

Melalui pendidikan, FELDA telah menubuhkan Kolej Pertanian bagi member latihan asas kepada warga belia untuk berkecimpung dalam bidang pertanian. Melalui Kolej Pertanian jugalah , FELDA telahmelahirkan lebih 20 000 graduan usahawan tani muda untuk bergiat dalam bidang pertanian

Disampung Kolej Pertanian juga, FELDA turut menubuhkan Kolej FELDA untuk memberi latihan kepadawarga peneroka untuk memperbaiki kaedah pertanian mereka disamping mencuba kelengkapan pertanian baharu untuk diguanakan dalam pertanian. Kolej FELDA juga turut memberi pendidikan tinggi kepada anak warga peneroka ynag kurang berkemampuan bagi menyambung pelajaran untuk membina karier pada masahadapan.

Pembangunan pedidikan di FELDA adalah selari dan selaras dengan program pendidikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang berusaha untuk melahirkan sumber manusia negara yang berkebolehan. Pelbagai program tambahan pembelajaran telah dilaksanakan untuk memastikan kejayaan pelajar dalam pelajaran mereka dan seterusnya sebagai menjamin masam depan generasi FELDA.Pihak FELDA sendiri telah mengeluarkan peruntukan yang besar untuk membiayai program pendidikan tambahanuntuk dilaksanakan di semua sekolah di seluruh tanah rancangan yang dikelolakan oleh FELDA.

Matlamat pendidikan FELDA adalah untuk meningkatkan taraf pendidkan generasi kedua FELDA supaya pencapaian pendidikan mereka tidak berbeza berbanding dengan goglongan lain di luar FELDA. Banyak kemajuan yang dicapai oleh remaja FELDA tetapi ramai juga yang kurang berjaya.

Sejak FELDA ditubuhan pada julai 1965, sejumlah 114 897 buah keluarga telah ditempatkan di 304 buah tanah rancangan di seluruhnegara.Sejak pembukaan tanah rancangan FELDA, pelbagai program dan kemudahan pendidikan telah disediakankhusus untuk anak-anak peneroka. Misalnya sehingga tahun 2006 sebanyak 266 buah sekolah rendah dan96 buah sekolah menengah telah dibian di tanah rancangan FELDA seluruh negara. Pihak FELDA sendiriturut menubuhkan Biro Pendidikan di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat. Pihak FELDA jugamenjalankan pelbagai aktiviti pendidikan untuk meningkatkan kualiti pelajaran anak-anak FELDA supaya

Page 11: Pembangunan Awal FELDA

dapat melahirkan generasi berilmu, bertanggungjawab, dan mampu bersaing. Golongn sasaran program pendidikan FELDA ialah pelajar sekolah dan juga ibu bapa pelajar.

Antara inisiatif lain FELDA bagi meningkat pendidikan adalah sebagaimana yang tercatit dibawah :-

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

 PDK ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan tempat bagi anak-anak istimewa di rancangan dan merekaakan diajar tentang kemahiran hidup. Kemudahan yang disediakan termasuk bangunan, kelengkapan dan peralatan yang sesuai serta tenaga guru dan penjaga/pengasuh. Dengan cara ini mereka diajar menguruskandiri dan secara tidak langsung berinteraksi antara satu sama lain.

Pusat Literasi Keluarga (PLK)

 PLK ini ditubuhkan sebagai tempat pembelajaran awal anak-anak peneroka berumur di antara tiga (3)hingga lima (5) tahun bertujuan untuk menggalakkan mereka berinteraksi sebagai persediaan memasukiTadika. Kanak-kanak di peringkat umur ini perlu diberi pendedahan awal supaya merangsang minda merekamelalui aktiviti :

mencungkil kreativiti membina personaliti

kemahiran berinteraksi

kemahiran sosial

dan sebagainya

PERMATA Pusat PERMATA ditubuhkan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan usaha FELDAuntuk memastikan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak sentiasa diberi keutamaan. Pusat inidiwujudkan bagi kanak-kanak di rancangan yang berumur 5 tahun ke bawah (pra Tadika). Tenaga pengajar di pusat ini terdiri daripada golongan profesional/pemegang ijazah dan berkemahiran mengajar dalamBahasa Inggeris.

Projek PERMATA telah bermula pada tahun 2007 di FELDA Jaya Mempaga (Mac) dan Chini Timur Tiga(Julai) melibatkan kanak-kanak yang berusia di antara 1 hingga 4 tahun. Aktiviti yang dijalankan diPERMATA turut melibatkan peranan ibu bapa. Selain menjalankan aktiviti untuk kanak-kanak di bawahumur 4 tahun, PERMATA juga akan dijadikan Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan PembelajaranSepanjang

Page 12: Pembangunan Awal FELDA

Asrama Semai BaktiASB FELDA ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar dari Tingkatan 1 hinggaTingkatan 5 yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR, mendapatkan pendidikan yangsempurna di sekolah-sekolah terpilih di bandar.

Selain daripada kemudahan tempat tinggal, FELDA juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan ke kelastambahan dan lain-lain keperluan pelajar. Kos penempatan di ASB dibiayai sepenuhnya oleh FELDA. Ibu bapa hanya dikehendaki membayar wang hemat diri sebanyak RM40.00 semasa kemasukan anak-anak keasrama dan yuran bulanan sebanyak RM5.00 sebulan.

Skim Tuisyen FELDA (STF) Matlamat STF ialah untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar rancangan dalam peperiksaanutama iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan SijilPelajaran Malaysia (SPM). Program Skim Tuisyen FELDA 2008 (STF) telah dimulakan pada 1 Februari2008 di semua sekolah rendah dan sekolah menengah dalam Rancangan. Sebanyak 370 buah sekolah yangterlibat iaitu 100 buah sekolah menengah dan 270 buah sekolah rendah. Seramai 58,966 pelajar yang terlibatseperti pecahan berikut:

Tahap BilanganTahun 5  14,351Tahun 6  15,357Tingkatan 3  14,579Tingkatan 5  14,679Jumlah 58,966

Guru pakar dari sekolah luar turut disediakan untuk Tuisyen Bahasa Inggeris bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut di kalangan anak-anak peneroka.

 

KEBAJIKAN

Page 13: Pembangunan Awal FELDA

FELDA turut beperanan dalam menjaga kebajikan setiap warga peneroka dan keluarga masing-masingsupaya ianya dapat menyumbang kepada produktiviti mampan FELDA. Kewujudan pusat KomunitiSetempat merupakan antara inisiatif yang dizahirkan FELDA untuk menjaga kebajikan warganya.

Bagi menjayakan agenda kebajikan FELDA, FELDA telah menubuhkan Badan Kebajikan Felda bagimemperkasakan jalinan perpaduan setempat seterusnya dapat mewujudkan masyarakat bertoleransi danhormat-menghormati antara satu sama lain.

Di samping itu, Yayasan FELDA juga telah ditubuhkan untuk membantu menjaga kebajikan peneroka disamping mewujudkan program biasiswa untuk anak-anak peneroka bagi melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Yayasan FELDA ditubuhkan di bawah akta Pemegang Amanah. Ianyaditubuhkan adalah untuk menyelaras program kebajikan dan kemasyarakatan Kumpulan Felda melalui pelbagai sumbangan terutamanya melalui pemberian dana kepada sebilangan peneroka yang kekurangan bantuan sara hidup.

Agenda FELDA secara sepenuhnya adalah untuk menjaga sebaik mungkin kebajikan warga penerokanyamelalui beberapa inisiatif seperti menadakan Tabungan Basmi Keniskinan serta Elaun tambahan hari rayaumum. Melalui aspek ini, FELDA telah Berjaya mewujudkan kesefahaman serta 17ember tambahan produktiviti peneroka seterusnya menjayakan dasar FELDA untuk meningkatkan ekonomi masyarakatdalam kelompok tersendiri.FELDA juga turut mewujudkan Tabung Bantuan Kebajikan Peneroka. Tabung ini diwujudkan untuk membantu warga peneroka yang menghidapi:

Penyakit kronik  Bencana alam Memerlukan alat bantuan

Sumbangan ini diberikan bagi meringankan beban tanggungan yang terpaksa dipikul oleh mereka.

Disamping itu, antara tabungan lain yang diwujudkan sebagai tanda keprihatinan FELDA dan koglomerat kebajikan FELDA adalah Tabung Pinjsman Perumahan Peneroka, Skim Pimjaman Pembelian SahamKoperasi Permodalan FELDA (KPF) , Skim Pimjaman Komputer Peneroka dan sebagainya.

Berikut antara kebajikan sosial yang diwujudkan oleh FELDA bagi menjaga kebajikan peneroka :-

Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Semai Bakti

Page 14: Pembangunan Awal FELDA

 

Kompleks Sukan Komuniti dikenali sebagai Gelanggang Sukan Komuniti dibina bertujuan untuk memberikan kemudahan dan galakan kepada warga peneroka bergiat dalam bidang sukan. Penyediaankemudahan sedemikian juga dapat membantu memupuk minat bersukan yang tinggi melalui pelbagaiaktiviti dan program sukan dan rekreasi di kalangan masyarakat rancangan. Selain itu, GSK ini mampumenjadi tempat untuk masyarakat rancangan dan sekitar melaksanakan aktiviti sukan dan riadah secarateraturdansempurna.

Sehingga tahun 2009, FELDA telah membina sebanyak 17 GSK di seluruh kawasan rancangan FELDA.Daripada jumlah ini sebanyak 14 buah GSK telah siap dibina dan beroperasi manakala bakinya iaitu diFELDA Selasih, FELDA Kemahang 2 dan FELDA Sahabat masih dalam pembinaan.

 Dewan Semai Bakti

Pembinaan dewan serba guna di rancangan FELDA bertujuan menyediakan kemudahan rancanganmenjalankan aktiviti kemasyarakatan, kebudayaan, perjumpaan dan lain-lain sebagai salah satu usahamengeratkan perpaduan di kalangan warga rancangan FELDA. Sehingga akhir tahun 2008 sebanyak 47 buah dewan serba guna telah siap dibina di rancangan FELDA melibatkan peruntukan sebanyak RM32.2 juta. Dua buah dewan serba guna jenis B di Rancangan Palong 11 dan Rancangan Sg Tiang masih dalam pembinaan. Peningkatan bahan binaan menjadikan kos bagi pembinaan dewan serba guna jenis Adianggarkan RM800,000.00 seunit dan bagi dewan serba guna jenis B pula adalah RM600,000.00. Daripadasebanyak 47 buah dewan serba guna yang siap dibina, sebanyak 37 unit adalah dewan serba guna jenis Adan 10 unit lagi adalah dewan serba guna jenis B.

 

 PELANCONGAN

Page 15: Pembangunan Awal FELDA

FELDA juga banyak melibatkan diri dalam bidang pelancongan sebagai suatu sumber terhadap ekonomikumpulan FELDA. Banyak kawasan FELDA menjadi kawasan pelancongan domestic dan antarabangsa. Inisecara tidak langsung menjana ekonomi setempat di samping mewujudkan peluang pekerjaan kepada warga FELDA.

FELDA telah mewujudkan beberapa rangkaian hotel dan resort melalui anak syarikatnya FELDA travels di beberapa kawasan strategic terutamanya di kawasan yang mempunyai nilai pelancongan yang tinngi seperti di :-

-Tekam, Pahang.

-Trolak, Perak.

-Hot Springs, Perak.

-K. Terengganu, Terengganu.-Sahabat, Sabah.

-Tg. Leman, Johor.

Di samping itu, FELDA Travels turut menawarkan pelbagai pakej pelancongan sesuai dengan kehendak semasa bagi pelancong. Syarikat ini dibahagikan kepada dua komponen penting yang menulangi proses pengurusan FELDA Travelsiaitu Bahagian Pelancongan dan Bahagian Perhotelan.

FELDA juga antara kumpulan syarikat pertama yang memajukan kawasan pertanian sebagai cabang pelancongan iaitu melalui Agro-Pelancongan.. ini secara jelas dapat menyasarkan kawasan FELDA sebagai hub pelancongan tradisional seterusnya memperkenalkan budaya Malaysia ke peringkat global.

 

Page 16: Pembangunan Awal FELDA

 SUMBER KEWANGAN FELDA

FELDA merupakan badan berkanun yang bernaung di bawah Kerajaan Malaysia dengan pegangan ekuitisebanyak 70 % . ini secara formal menunjukan bahawa FELDA mendapat suntikan modal daripada Kerajaantetapi ianya juga turut memperolehi dana daripada pemegang saham Koperasi Felda Berhad dan juga pemegang saham lain.

Mengikut data yang diperolehi pada tahun 2005, unjuran kewangam FELDA menunjukkan bahawaFELDA mendapat keuntungan daripada hasil dagangan syarikat kumpulan FELDA sebanyak 125.8 jutaringgit dan pencapaian untuk tahun beritnya adalah lebih baik. Ini merupakan antara modal yang dilaburkankeatas anak syarikat .

FELDA juga mendapat sumber kewagam melalui Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPFB). Mengikutsumber akhbar Utusan Malaysia bertarikh 28/06/2008 melalui tajuk khasnya µ¶ Felda bayar 16.5% dividen ,Bonus tertinggi¶¶,pelaburan KPFB menokok kepada RM1.17 bilion melalui pelaburan pemegang sahamyang berjumlah RM978.67 Juta. Ini memberi kadar dividen tertinggi kepada pemegang saham seterusnyadapat meningkatkan jumlah pelaburan kerana wujud nilai kepercayaan pemegang saham terhadap ekuitiKPFB seterusnya dapat memberi modal kepada FELDA untuk menambah aset bagi meningkat keuntungan pada Tahun keseterusnya. 

Page 17: Pembangunan Awal FELDA

 PEMBANGUNAN PRASARANA / FIZIKAL

FELDA telah membangun berates-ratus kawasan tanah rancangan untuk memajukan ekonomi masyarakat bumiputera di Malaysia. Menurut perangkaan Bahagian Pengurusan Kumpulan FELDA yang di update pada Hari Khamis 03/03/2011 kawasan rancangan FELDA merangkumi sebanyak 307 kawasan di seluruh Negara. Ini merangkumi beberaapa kawasan di setiap negeri.

Dalam menuju kearah kestabilan pembangunan dan proses kemajuan tanah rancangan, FELDA berusaha untuk membangunkan prasana yang lengkap dan efisyen serta berkembang mengikut arus semasa. Dengan pembangunan prasarana yang mencukupi , ini secara tidak langsung dapat meningkat produktiviti sertadapat memajukan ekonomi setempat secara lebih teratur.

Bermula dari tahun penubuhannya pada 1956 , FELDA sentiasa berusaha meninkatkan prasarana tambahan dri semasa ke semasa. Antara prasarana yang dibangunkan oleh ialah :-

PUSAT KOMUNITI SETEMPAT (PKS)

PKS ditubuhkan untuk menjadi kawasan untuk kegiatan masyarkat setempat supaya ianya dapat mengeratkan hubungan silaturahim disamping untuk memenuhi fitrah manusia yang mahukan pergaulan dan perkomunikasian.

PKS jug adalah tempat untuk diadakan sebarang majlis keraian bagi memenuhkan kawasan yang tidak mencukupi bagi ruangan lain. Dengan adanya PKS ini secara jelas dapat mengumpul masyarakat setempat untuk berinteraksi dalam satu lingkup sosial .

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

 PDK ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan tempat bagi anak-anak istimewa di rancangan dan merekaakan diajar tentang kemahiran hidup. Kemudahan yang disediakan termasuk bangunan, kelengkapan dan peralatan yang sesuai serta tenaga guru dan penjaga/pengasuh. Dengan cara ini mereka diajar menguruskandiri dan secara tidak langsung berinteraksi antara satu sama lain.

ASRAMA SEMAI BAKTI

ASB FELDA ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar dari Tingkatan 1 hinggaTingkatan 5 yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR, mendapatkan pendidikan yangsempurna di sekolah-sekolah terpilih di bandar.

Selain daripada kemudahan tempat tinggal, FELDA juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan ke kelastambahan dan lain-lain keperluan pelajar. Kos penempatan di ASB dibiayai sepenuhnya oleh FELDA. Ibu bapa hanya dikehendaki membayar wang hemat diri sebanyak RM40.00 semasa kemasukan anak-anak keasrama dan yuran bulanan sebanyak RM5.00 sebulan.

Page 18: Pembangunan Awal FELDA

Dewan Semai Bakti

Pembinaan dewan serba guna di rancangan FELDA bertujuan menyediakan kemudahan rancangan menjalankanaktiviti kemasyarakatan, kebudayaan, perjumpaan dan lain-lain sebagai salah satu usaha mengeratkan perpaduan dikalangan warga rancangan FELDA.

  Pusat Literasi Keluarga (PLK)

 PLK ini ditubuhkan sebagai tempat pembelajaran awal anak-anak peneroka berumur di antara tiga (3)hingga lima (5) tahun bertujuan untuk menggalakkan mereka berinteraksi sebagai persediaan memasukiTadika.

KEISTIMEWAAN FELDA

Page 19: Pembangunan Awal FELDA

FELDA memilki keistimewaanya yang tersendiri . ini secara kolektif menunjukkan bahawa FELDAadalah satu agensi yang mampam dari segi sumbangan terhadap ekonomi masyarakat bumiputera serta Negara disamping dapat 24ember harapan kepada golongan sasaran memiliki tanah sendiri.

FELDA merupakansatu-satunya agensi di dunia yang member tanah kepada peneroka yang tidak memiliki harta untuk memiliki harta sendiri. Keistimewaan inilah yang selalu dipuji Negara-negara lain keranamereka tidak berkemahiran untuk mewujudkan skop perpaaduan tersendiri.

Kelebihan ini juga membuktikan bahawa FELDA mampu mewujudkan konsep kemampamnan dalammembuktikan kepada dunia akan keunikan Malaysia. Keistimewaan ini juga memperlihatkan bahawa perbezaan antara dasar governan kerajaan Malaysia dalam membangunkan dan memajukan tanah rezabuntuk mamfaat bersama. 

PERANCANGAN MASA DEPAN FELDA

Page 20: Pembangunan Awal FELDA

Menurut garis panduan pertanian yang dimaktub dalam Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara(NKRA) ialah FELDA hendaklah merencana semula agendanya 50 puluh tahun dahulu untuk membinagenerasi kedua FELDA menjadi peneroka yang manpan dan dapat menyumbang kearah kemajuanFELDA.Ini juga selaras dengan saranan menteri FELDA yang kini ,Dato; Sri Najid Tun Razak yang mahusupaya FELDA mengambil inisiatif untuk melatih generasi kedua FELDA berkecimpung dalam bidang pertanian.

FELDA turut merancang untuk membina prasarana yang lebih sempurna bagi melengkapkan fungsi tanahrancangan kearah kesempuraan rekaletak dan tadbir urus.Walaupun demikian , FELDA dilihat bersungguh-sungguh untuk meswujudkan Pusat Kefiatan Komuniti bagi melengkapkan generasi FELDA mengharungi proses perpaduan dengan lebih sempurna.

Di samping itu, FELDA dilihat akan membangunkan projek bernilai besar bagi menanggung proses pentdbiran di samping mewujudkan zon komersialnya yang tersendiri. Bagi tujuan itu, FELDA telahmerancang untuk membina Menara Felda Yang diramal akan siap pada Jun 2012. Ini secara tidak lansungdapat member peluang pekerjaan kepada generasi F ELDA yang berkinginan bergiat dalam perniagaan.

FELDA turut merancang untuk melupuskan pimjaman bagi sesetengah pimjaman yang tidak mampuuntuk dilangsaikan oleh peminjam. Ini akan memudahkan urusan penilaian semula aset FELDA . Dengan pelupusan itu juga dapat mengurangkan beban peneroka yang tidak berkemampuan seterusnya dapatmeningkatkan produktiviti FELDA.

FELDA juga akan merancang untuk mewujudkan 15 lagi tanah rancangan untuk memenuhi kehendak lebih 15 000 pemohon yaitu generasi kedua FELDA. Dengan pertambahan bilngan tanah rancangan ianya pasti dapat meningkatkan produk FELDA yang kini dilihat semakin banyak menembusi pasaran antarabangsa