dasar sosial

41
3.2.2 DASAR SOSIAL & BUDAYA 1) DASAR SOSIAL NEGARA 2) DASAR SUKAN NEGARA 3) DASAR ALAM SEKITAR NEGARA 4) RANCANGAN FIZIKAL NEGARA (RFN) 5) DASAR WANITA NEGARA 6) PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) 7) DASAR TEKNOLOGI HIJAU 1

Upload: joanne-wong

Post on 23-Dec-2015

39 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Dasar Sosial PA

TRANSCRIPT

Page 1: Dasar Sosial

1

3.2.2 DASAR SOSIAL & BUDAYA

1) DASAR SOSIAL NEGARA2) DASAR SUKAN NEGARA3) DASAR ALAM SEKITAR NEGARA4) RANCANGAN FIZIKAL NEGARA (RFN)5) DASAR WANITA NEGARA6) PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP)7) DASAR TEKNOLOGI HIJAU

Page 2: Dasar Sosial

PengenalanDasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang

berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup

masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.

MatlamatDasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003 bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi.Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu-padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

Page 3: Dasar Sosial

Objektif

Objektif Umum1. Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik,

agama,budaya,gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan.

Objektif Khusus1. Selaras dengan penyataan matlamat dan objektif umum, Dasar Sosial Negara menggariskan empat objektif khusus yang saling melengkapi dengan menerapkan nilai-nilai murni di setiap peringkat pelaksanaannya:a. Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi;b. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat;c. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial;d. Menjana sinergi multisektor.

Page 4: Dasar Sosial

Objektif 1:• Memastikan Keperluan Asas Individu, Keluarga dan Masyarakat Dipenuhi• Bagi menjamin kesejahteraan menyeluruh, hendaklah dipastikan supaya setiap individu, keluarga dan

masyarakat berhak menikmati: a. Keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal secukupnya;

b. Persekitaran fizikal yang sihat, bersih, selamat, dan mesra insan;c. Persekitaran sosial yang mengutamakan nilai-nilai murni;d. Peluang untuk meningkatkan kualiti hidup dari segi kesihatan, pendidikan, pekerjaan/kerjaya, keselamatan, kerohanian dan maklumat;e. Kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat serta hak sebagai warganegara yang dilindungi oleh undang-undang; danf. Keperluan hidup yang lain sesuai dengan perkembangan semasa.

Strategi• Strategi-strategi bagi mencapai Objektif 1:-• a. Mewujudkan pelbagai peluang dan kemudahan agar setiap individu, keluarga dan masyarakat dapat

menikmati keperluan asas kehidupan dan menyertai arus pembangunan negara.• b. Memastikan setiap individu mendapat hak untuk kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan

penyertaan serta dapat menikmati keperluan asas sepanjang hayat, tidak terpinggir dan tersisih daripada arus pembangunan.

• c. Memastikan keperluan hidup yang holistik menjadi teras kehidupan setiap individu, keluarga dan komuniti.

Page 5: Dasar Sosial

Objektif 2: Membangun Dan Memperkasakan Insan Sepanjang Hayat• Segala tindakan adalah bertujuan membangun dan memperkasakan setiap individu tanpa membezakan kumpulan etnik, agama, budaya, gender, wilayah,

fahaman politik, taraf perkahwinan dan keupayaan fizikal, serta mengambil kira kepekaan terhadap keperluan dan kehendak jantina. Ini bagi memastikan individu dapat mengguna dan mempertingkatkan sumber serta kebolehan kendiri secara optimum bagi mencapai matlamat kendiri dan masyarakat pada setiap peringkat kitaran hidup. Usaha berterusan hendaklah dibuat bagi memastikan setiap individu memberi dan menerima kemesraan dan kasih sayang sepanjang hayat.

Strategi-strategi bagi mencapai Objektif 2:-• Menjamin hak janin atau kandungan untuk hidup dan berkembang dalam keadaan selamat dan sihat tanpa diganggu oleh ancaman dan eksploitasi.• Mengiktiraf dan memupuk keupayaan setiap bayi dan kanak-kanak berfikir dan berperasaan serta dilindungi daripada dilabel, didiskriminasi dan dijadikan mangsa

oleh anggota masyarakat.• Menentukan setiap bayi dan kanak-kanak di peringkat awal (2-6 tahun) mendapat peluang meneroka persekitaran untuk menentukan perkembangan sel-sel otak

secara maksimum. Ia juga bagi membantu pembinaan tubuh, peningkatan keyakinan diri serta perkembangan identiti kendiri yang sihat di dalam satu suasana dan jalinan perhubungan yang positif dalam keluarga dan komuniti.

• Memastikan setiap kanak-kanak menerima pendidikan wajib peringkat sekolah rendah yang mendidik kemahiran sosial dan disiplin diri serta rangsangan minda melalui kurikulum yang meningkatkan kemahiran berfikir.

• Menentukan setiap remaja (13-18 tahun) diberikan pengiktirafan, penghormatan, peluang serta bimbingan untuk mengenali hak-hak dan tanggungjawab dan mengamalkan peranan tertentu dalam keluarga, sekolah dan komuniti sebagai persediaan untuk memainkan peranan sebagai seorang dewasa sepenuhnya kelak.

• Menentukan setiap individu yang sudah menjangkau umur melebihi 18 tahun, yang mula mencapai taraf berdikari dalam aspek ekonomi tertentu, diberi sokongan, bimbingan, pengetahuan dan kemahiran untuk membuat keputusan tentang pelajaran, pekerjaan, kekeluargaan dan perhubungan sosial.

• Memastikan setiap individu di alam pertengahan dewasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta mendapat sokongan dan bimbingan untuk menguruskan keluarga; penyesuaian dalam hubungan kekeluargaan serta perubahan dalam kerjaya.

• Menyalur dan memberikan peluang kepada setiap warga tua (60 tahun ke atas) yang merupakan insan di puncak kitaran hidup mereka dengan kematangan, pengalaman hidup dan berbagai-bagai kemahiran serta sumber-sumber yang dimiliki, untuk terus membuat sumbangan kepada masyarakat, berasaskan tahap tenaga, minat, kemampuan dan motivasi yang mereka miliki.

• Memberikan pengiktirafan, sokongan dan bantuan kepada setiap warga tua yang memerlukannya dengan pihak keluarga dan kerajaan menentukan mereka tidak tertekan dari segi emosi, kewangan dan kesihatan dengan menyediakan berbagai-bagai kemudahan dan bantuan sehingga akhir hayat mereka.

• Menanamkan nilai-nilai patriotisme di kalangan semua lapisan masyarakat.• Mengambil langkah untuk memastikan setiap perancangan dan penggubalan program bagi setiap kumpulan dirancang dan digubal bersama dengan anggota

kumpulan berkaitan.

Page 6: Dasar Sosial

Objektif 3: Memperkukuh dan Membangunkan Sistem Sokongan Sosial dan Perkhidmatan Sosial• Segala usaha perlu diambil untuk memperkuatkan sistem sokongan sosial yang sedia wujud iaitu sistem keluarga, komuniti, kumpulan etnik,

agama, pendidikan dan organisasi sosial untuk membantu setiap anggota masyarakat membangun dan berfungsi secara optimum serta berfungsi sebagai sistem kawalan sosial. Selain itu, sistem sokongan yang baru sebagai tambahan perlu diwujudkan bagi tujuan tersebut.

• Semua sektor yang terlibat di dalam sistem penyampaian perkhidmatan sosial perlu saling menyokong dan melengkapi untuk menentukan anggota masyarakat yang memerlukannya mendapat pilihan perkhidmatan bermutu.

Strategi-strategi bagi mencapai Objektif 3:-a. Membangunkan setiap keluarga untuk berfungsi sebagai satu pasukan yang saling menyokong dalam memainkan peranan serta tanggungjawab supaya setiap ahli keluarga berkembang dengan optimum mengikut keunikan dan potensi setiap individu.b. Mengiktiraf identiti, kepentingan dan keperluan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat Malaysia untuk mewujudkan sikap toleran dan saling membantu di dalam dan di antara kaum yang berbeza.c. Mengiktiraf kelompok keagamaan sebagai kelompok sosial yang mengamalkan sistem nilai dan cara hidup tersendiri selaras dengan Perlembagaan Negara, menghormati sistem nilai dan cara hidup penganut agama lain serta menggalakkan interaksi dan saling memahami antara penganut pelbagai agama.d. Memberikan peluang kepada semua anggota masyarakat untuk mencapai kecemerlangan melalui sistem pendidikan yang fleksibel, aksesibel, inovatif, relevan dan dinikmati oleh semua anggota masyarakat sepanjang hayat mereka.e. Memastikan sesebuah organisasi atau agensi menyediakan keperluan asas sosial serta memberikan sokongan dan bimbingan kepada kakitangannya sebagai satu tanggungjawab asas.f. Menentukan supaya organisasi atau agensi yang memberikan khidmat sosial mementingkan kakitangan yang dilengkapi dengan kemahiran sosial dan teknologi terkini serta yang berhubung langsung dengan kumpulan sasar.g. Menggalakkan setiap organisasi atau agensi, di semua peringkat dan sektor menggubal dan melaksanakan dasar di peringkat organisasi sebagai panduan bagi menentukan perkembangan sosial yang optimum untuk kakitangan dan kumpulan sasarnya.h. Menggalakkan sesebuah komuniti, sama ada di dalam bandar atau luar bandar supaya bekerjasama dan saling membantu menyediakan berbagai-bagai perkhidmatan untuk memenuhi keperluan anggotanya dan mendirikan sistem amaran awal untuk mengenal pasti gejala sosial.

Page 7: Dasar Sosial

i. Menjalankan Penilaian Prestasi Perkhidmatan Sosial atau Audit Sosial bagi membuat pemantauan ke atas organisasi dan agensi perkhidmatan sosial.j. Mensyaratkan Penilaian Impak Sosial atau Social Impact Assessment (SIA) digunapakai dalam perancangan dan pelaksanaan semua program dan

aktiviti pembangunan awam dan swasta.k. Menyediakan Laporan Tahunan Sosial yang mengandungi petunjuk-petunjuk sosial yang lengkap bagi memantau secara objektif dan tepat berkaitan

kemajuan pembangunan sosial.l. Menentukan sesuatu isu sosial dikaji, diselidiki dan dianalisisa dengan terperinci, objektif, rasional dan profesional dari segala sudut serta

menyebarkan kefahaman tentang isu sosial itu kepada seluruh masyarakat supaya segala usaha yang diambil untuk menanganinya adalah cekap dan berkesan.

m. Mewujudkan peluang untuk semua anggota masyarakat memperolehi pelbagai kemahiran sosial sama ada secara formal ataupun tidak formal agar anggota masyarakat dapat berinteraksi dengan berkesan.

n. Memperluaskan khidmat bimbingan yang ditawarkan oleh semua sektor kepada semua kumpulan sasar yang memerlukan khidmat bimbingan serta menentukan perkhidmatan tersebut bermutu dan profesional, serta disokong oleh separa-profesional.

o. Mewujudkan satu pangkalan maklumat mengenai perkhidmatan sosial yang ditawarkan oleh semua sektor yang boleh dicapai oleh setiap anggota masyarakat dengan cepat, mudah dan pada kadar yang dimampuinya.

p. Menyediakan kemudahan bagi semua sektor untuk menjalankan perkhidmatan pendampingan bagi mendekati mana-mana pihak yang memerlukan pertolongan dan bimbingan.

q. Mewujudkan di dalam setiap organisasi satu pasukan intervensi krisis yang terlatih dan berkemahiran yang sentiasa bersedia untuk mengendalikan berbagai jenis krisis sosial dengan berkesan.

r. Membangunkan perkhidmatan pakar di dalam semua bidang berkaitan dengan pembangunan sosial untuk memenuhi keperluan sebenar masyarakat.

s. Menyediakan perkhidmatan bimbingan guaman degan kadar yang tidak membebankan untuk membantu anggota masyarakat membuat keputusan tentang tindakan terhadap hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat.

t. Menggalakkan sektor swasta dan sukarela menubuh dan mengendalikan institusi perkhidmatan sosial yang bermutu untuk memenuhi keperluan anggota masyarakat yang memerlukan perkhidmatan sedemikian.

u. Menggalakkan serta menyokong usaha berdikari dan pemerkasaan diri melalui penubuhan kelompok sokongan.v. Menggalakkan serta menyokong penyertaan aktif komuniti dalam usaha mewujudkan pelbagai jenis perkhidmatan pemulihan untuk semua

kumpulan sasar.

Page 8: Dasar Sosial

Objektif 4: Menjana Sinergi Multisektor• Kerjasama di kalangan sektor awam serta antara sektor awam dengan sektor swasta dan sukarela perlu dipertingkatkan supaya wujud satu

sinergi tenaga dan sumber dalam masyarakat untuk tujuan menjaminkan perkhidmatan sosial yang terbaik bagi semua anggota masyarakat, berasaskan konsep bahawa pembangunan sosial adalah tanggungjawab bersama. Persaingan dan pertindihan peranan antara pelbagai agensi dan sektor perlu dikurangi dan diatasi agar penggunaan sumber dan tenaga dapat dioptimumkan.

StrategiStrategi-strategi bagi mencapai Objektif 4:-a. Menggalakkan setiap organisasi atau agensi di peringkat persekutuan, negeri, daerah dan komuniti di sektor awam, swasta dan sukarela

untuk melakukan kajian dari semasa ke semasa ke atas struktur dan fungsi masing-masing bagi menentukan kemampuan pencapaian matlamat pembangunan sosial.

b. Mewujudkan mekanisma Perancangan Sosial yang bertaraf agensi pusat di peringkat persekutuan, negeri dan daerah untuk merancang, melaksana, memantau, menyelaras dan menilai keberkesanan perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan sosial dalam masyarakat.

c. Meningkat dan mengukuhkan peranan dan fungsi bahagian pembangunan sosial di semua peringkat pentadbiran negeri, bahagian/ daerah dan komuniti.

d. Menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan mewujudkan program dan kemudahan sosial yang terancang dan lengkap supaya selaras dengan pembangunan fizikal dan ekonomi yang pesat.

e. Meningkatkan taraf dan memperluaskan peranan kepimpinan di peringkat akar umbi dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan pembangunan sosial.

f. Memastikan setiap wakil rakyat memainkan peranan dalam pembangunan sosial dan memberikan perkhidmatan berkesan kepada anggota masyarakat tanpa mengira perbezaan ideologi atau parti politik.

g. Menggalak dan menyokong perkembangan sektor sukarela dengan memberikan sokongan, pengiktirafan dan insentif kepada persatuan perkhidmatan sukarela yang memberi khidmat kepada masyarakat.

h. Menggalakkan sektor swasta memenuhi tanggungjawab sosial dengan membantu menyediakan program bagi kumpulan sasar dan menangani isu sosial secara teratur selaras dengan prinsip pertanggungjawaban sosial korporat.

i. Menyedarkan pelbagai lapisan masyarakat supaya terlibat secara proaktif, dalam proses globalisasi dengan memanfaatkan pelbagai peluang dan potensi untuk memajukan diri, keluarga dan komuniti.

Page 9: Dasar Sosial

Penutup• Dasar Sosial Negara merupakan dasar payung yang merangkumi

falsafah dan pelbagai dasar pembangunan sosial negara. Dasar ini memberi halatuju kepada perancangan dan pelaksanaan program pembangunan sosial tersebut. Pelaksanaan dasar ini akan menjadi suatu agenda utama Kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mapan menurut acuannya sendiri. Pelaksanaan Dasar Sosial Negara perlu dipantau bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan pencapaian pembangunan sosial. Kejayaannya bergantung pada komitmen, sokongan dan kerjasama sektor awam, swasta dan sukarela.

Page 10: Dasar Sosial

Dasar Sukan Negara

• Merupakan dokumen yg komperhensif ke arah

perkembangan , kemajuan dan pembangunan sukan

negara .

Page 11: Dasar Sosial

MERANGKUMI 2 ASPEK

Sukan massaSukan utk

kecemerlang

an

Page 12: Dasar Sosial

Aktiviti2 rekreasi fizikal

& sukan yg brlku scra

spontan / diuruskn dgn

tujuan mnglkkn pnyrtaan

yg lbih luas &bukan

semata2 utk prtndingn d

peringkt

kbngsaan/antarabngsa

Bertujuan untuk

pengekalan dan

peningkatan

tahap kesihatan

& kesejahteraan

anggota

masyarakat

Sukan Massa

Page 13: Dasar Sosial

Sukan Untuk Kecemerlangan

Sukan pertandingan yg di

urus mngikut praturn &

syarat2 Persektuan Sukan

Antarabangsa Olimpik di

peringkat kebangsaan dan

antarabangsa utk tntukn

pemenang .

Page 14: Dasar Sosial

Rasional Sukan Negara

Individu

Negara

Masyarakat

Page 15: Dasar Sosial

Peringkat Individu

Sukan menyumbangkan kepada : -

Pembentukan sahsiah, kesedaran diri termasuk

semangat pertarungan .

Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal .

Penggunaan masa kesenggangan yang berfaedah dan

bermakna

Pengurangan tekanan hidup moden

Interaksi sosial yang bermakna

Perkembangan kemahiran-kemahiran asas.

Page 16: Dasar Sosial

Peringkat Masyarakat

Sukan membantu kepada :

Pengalakkan pembinaan kualiti fizikal dan moral rakyat

yang sesuai dengan aspirasi nasional .

Pewujudan sekitaran untuk memupuk perhubungan

komuniti yang lebih baikdi dalam pelbagai kumpulan

etnik dalam negara

Peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti

Pencegahan jenayah remaja dengan penggunaan

masa lapang yang bermanfaat

Page 17: Dasar Sosial

Di Peringkat Antarabangsa

Pencapaian

kecemerlangan

kepada peringkat

yang paling

tinggi

Peningkatan

maruah bangsa

Pemupukan

persahabatan

Page 18: Dasar Sosial

Untuk membentuk sebuah masyarakat yang sihat,

berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan

yang lebih luas dan peluang-peluang yang lebih

baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat.

 Untuk menyediakan peluang-

peluang dan kemudahan-

kemudahan bagi memenuhi

keperluan asasi sosial, psikologi dan

fisiologi bagi individu melalui sukan

Page 19: Dasar Sosial

Untuk membangun dan meningkatkan

pengetahuan serta amalan sukan bagi

kepentingan kebajikan sosial seseorang individu

disamping merasai nikmat kesenggangan

kalangan orang awam .

Untuk mencapai kecemerlangan ke tahap

tertinggi dengan semangat kesukanan yang tulen

di pertandingan peringkat kebangsaan dan

antarabangsa dan juga dengan harapan

mempertingkatkan lagi muhibah dan imej negara .

Page 20: Dasar Sosial

DASAR ALAM SEKITAR NEGARA Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan untuk

meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari.

Tujuan DSN adalah untuk :- Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi

masa kini dan masa hadapan.

Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semula jadi yang unik dan pelbagai dengan penyertaan berkesan semua sektor masyarakat.

Page 21: Dasar Sosial

• Terdapat lapan (8) prinsip di bawah DASN untuk mengharmonikan matlamat pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar iaitu:

1. Pengawasan Alam Sekitar Menghormati dan berperihatin terhadap alam sekitar mengikut standard moral dan etika yang tertinggi.

2. Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam Memulihara ekosistem semula jadi untuk memastikan keutuhan kepelbagaian biologi dan sistem-sistem sokongan hidup.

3. Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar Memastikan peningkatan berterusan dalam produktiviti dan kualiti alam sekitar ketika mengejar objektif pertumbuhan ekonomi dan pembangunan manusi.

4. Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli Menguruskan penggunaan sumber asli untuk mengekalkan asas sumber dan keutuhan alam sekitar.

5. Membuat Keputusan Bersepadu Mengintegrasikan dimensi alam sekitar ke dalam perancangan dan pelaksanaan dasar, objektif dan mandat semua sektor.

6. Peranan Sektor Swasta Memperkukuhkan peranan sektor swasta dalam perlindungan dan pengurusan alam sekitar.

7. Komitment dan Kebertanggungjawaban Memastikan semua pembuat keputusan di sektor awam dan swasta, pengguna-pengguna sumber, pertubuhan bukan kerajaan dan orang awam mempunyai komitmen tertinggi terhadap perlindungan dan kebertanggungjawaban ke atas alam sekitar ketika membentuk, merancang dan melaksanakan aktiviti masing-masing.

8. Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa Menyertai secara aktif dan berkesan dalam usaha serantau dan sejagat ke arah pemuliharaan dan pembaikan alam sekitar.

Page 22: Dasar Sosial

STRATEGI HIJAU MALAYSIA ARAH KE HADAPAN

Dasar Alam Sekitar Negara bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan, memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang, dan untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar. Ia melengkapi dan menambah dimensi alam sekitar yang terkandung dalam dasar kebangsaan yang lain, seperti dasar perhutanan dan perindustrian, dan juga mengambil perhatian akan konvensyen antarabangsa mengenai kepentingan sejagat.

Strategi Hijau Malaysia akan menumpukan ke arah bidang-bidang berikut:-• Pendidikan dan kesedaran. • Pengurusan berkesan sumber asli dan alam sekitar. • Perancangan bersepadu pembangunan dan pelaksanaan yang bersepadu. • Pencegahan dan kawalan pencemaran dan kemerosotan alam sekitar. • Pengukuhan mekanisme pentadbiran dan keinstitusian. • Pendekatan proaktif terhadap isu alam sekitar serantau dan sejagat. • Pembentukan dan pelaksanaan Pelan-pelan tindakan.

Page 23: Dasar Sosial

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

(PIPP)

Page 24: Dasar Sosial

Objektif (PIPP)• dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu

sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia.

Page 25: Dasar Sosial

Enam Teras(PIPP)

1. Membina negara bangsa2. Membangunkan modal insan3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan4. Merapatkan jurang pendidikan5. Memartabatkan profesion keguruan dan6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

Page 26: Dasar Sosial

1.Membina Negara BangsaMatlamat ialah untuk melahirkan pelajar yang memiliki:• Jati diri yang kukuh• Patriotik• Berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral• Hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang• Demokratik• Liberal• Bertolak ansur• Berfikiran dan berbudaya saintifik• Hidup bersatu padu

Page 27: Dasar Sosial

Strategi:(Membina Negara Bangsa)

1.Memperkasa bahasa Melayu sebagai asas perpaduan dan bahasa ilmu dengan menggiatkan aktiviti kebahasaan,kesusasteraan,pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan2.Memantapkan perpaduan negara dan intergrasi nasional dengan meningkatkan aktiviti seperti RIMUP,kelab rukun negara,kempen cinta akan warisan bangsa dan negara

Page 28: Dasar Sosial

• Menerapkan warisan budaya dan kesenian bangsa dengan membina sekolah seni dan meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan

• Memperkukuh budi bahasa dan adab• Membentuk sahsiah pelajar melalui: -pemantapan kurikulum -pemantapan program kokurikulum dan sukan -pengukuhan program3K (Keselamatan,Kebersihan,Kesihatan) -pengukuhan displin pelajar melalui JK Induk dan JK Bertindak bagi Menangani Gejala Disiplin MuridJK=Jawatankuasa Kerja

Page 29: Dasar Sosial

Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

• merupakan jalinan antara dua agensi utama iaitu Jabatan Perpaduan Negara dan Intergasi Nasional serta Jabatan Pelajaran Negeri bagi membentuk pelajar saling berkomunikasi dan bekerjasama antara pelbagai kaum serta dapat mempelajari beberapa kaedah cara hidup dan permainan tradisi kaum masing-masing melalui silang budaya.

Page 30: Dasar Sosial

2.Membangunkan Modal Insan

Matlamat memupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan,kemahiran dan kompetensi,menerapkan nilai,moral dan sikap positif serta membina disiplin diri dalam kalangan pelajar

Page 31: Dasar Sosial

Strategi:(Membangunkan Modal Insan)

• Mengadakan lebih banyak pilihan dalam pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar

KPM akan meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan. Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat(SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) akan diteruskan. Pelaksanaan matapelajaran vokasional (MPV) di sekolah-sekolah akan diperluaskan.Peruntukan belanja mengurus akan ditingkatkan bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan

Page 32: Dasar Sosial

• Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran

Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum BaruSekolah Menengah (KBSM) akan dikaji semula agar lebih menekankankemahiran berfikir aras tinggi.Budaya cintakan ilmu pengetahuan akan dipupuk dengan menggalakkan tabiat membaca.Penerbitan dan penterjemahan pelbagai jenis bahan bacaan sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak akan dipergiatkan.Bagi menjayakan Program Pembestarian Sekolah, infrastruktur yang mencukupi akan disediakan seperti komputer, televisyen dan cakera video digital (DVD).Bagi memastikan program ini dapat beroperasi dengan lancar, program latihan dan bimbingan akan diadakan iaitu Latihan Asas Penggunaan Komputer, Latihan Penggunaan Komputer untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P), Latihan Penggunaan Perisian Khusus dan latihan Penggunaan Televisyen Pendidikan (TVP) dalam P&P.Beberapa pendekatan P&P baru akan diperkenalakn supaya menarikminat para pelajar seperti program F1 Technology Challenge dan Robotik.

Page 33: Dasar Sosial

• Membentuk keterampilan dan keperibadian pelajar• Memantapkan dan memperbaharui sistem

pentaksiran dan penilaian pelajar

Page 34: Dasar Sosial

3.Memperkasakan Sekolah KebangsaanMatlamat meningkatkan dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai kaum dan memastikan semua sekolah mempunyai kesamarataan beroperasi secara berkesan

Page 35: Dasar Sosial

Strategi:(Memperkasakan Sekolah Kebangsaan)

• Peluasan program sekolah• Pemantapan Kokurikulum• Memperkenalkan Bahasa Cina dan Tamil• Memperluaskan program j-QAF• Memperluas pendidikan Teknik dan Vokasional termasuk MPV• Meningkatkan pencapaian 3M• Pembestarian sekolah• Pemantapan program kokurikulum dan sukan• Penambahbaikan sistem sokongan• Peningkatan prestasi SK• Peningkatan kualiti prasarana SK• Pemantapan Kepimpinan sekolah• Peningkatan kualiti guru• Pengukuhan budaya sekolah

Page 36: Dasar Sosial

4.Merapatkan Jurang Pendidikan

Matlamat memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang keupayaan yang sama untuk cemerlang

Page 37: Dasar Sosial

Strategi:(Merapatkan Jurang Pendidikan)• Menyediakan infrastruktur dan kemudahan pendidikan serta guru

mencukupi di luar bandar• Merapatkan jurang digital• Meningkatka kadar penyertaan• Penguasaan 3M• Pengurangagn kadar keciciran• Penyediaan pendidikan OKU• Penyediaan pendidikan bagi pelajar pintar cerdas dan berbakat• Memperbanyak bantuan kepada pelajar miskin,berkeperluan khas dan suku

minoriti

Page 38: Dasar Sosial

5.Memartabatkan Profesion KeguruanMatlamat menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara

Page 39: Dasar Sosial

Strategi:(Memartabakan Profesion Keguruan)• Menaik taraf maktab perguruan kepada institut pendidikan guru• Memperketat syarat dan kriteria ambilan calon• Menambah baik perjawatan dan naik pangkat untuk PPP (PEGAWAI

PERKHIDMATAN PENDIDIKAN) di KPM(Kementerian Pelajaran Malaysia)/JPN(Jabatan Pelajaran Negeri)/PPD(Pejabat Pelajaran Daerah)

• Penyediaan persekitaran kerja yang kondusif• Menambah baik kebajikan guru• Penempatan guru mengikut opsyen dan keperluan

Page 40: Dasar Sosial

6.Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Matlamat pewujudan kluster kecemerlangan pendidikan

Page 41: Dasar Sosial

Strategi:Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

• Memperkenalkan standard dan penandaarasan• Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan• Peningkatan jalinan antara sekolah cemerlang dalam dan luar negara• Penggalakan penubuhan institusi pendidikan swasta dan

antarabangsa• Mempelbagaikan pilihan aliran bagi memenuhi keperluan pelajar