dasar sosial negara (akademi laut malaysia)

16
DASAR SOSIAL NEGARA

Upload: sasi-villa

Post on 15-Jul-2015

84 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: DASAR SOSIAL NEGARA (AKADEMI LAUT MALAYSIA)

DASAR SOSIAL NEGARA

Page 2: DASAR SOSIAL NEGARA (AKADEMI LAUT MALAYSIA)

Dasar merujuk kepada tingkah laku beberapa aktor atau pelaku yang tertentu

dalam pembuatan dasar awam yang rasmi seperti agensi kerajaan dan badan

perundangan. Ianya juga merupakan satu keputusan yang dibuat oleh individu

dan kumpulan tertentu dalam sesebuah kerajaan mengikut keadaan negara bagi

mencapai matlamat untuk mengurangkan masalah tertentu dan pembangunan

negara.

Contohnya:masalah sosial, masalah ekonomi, masalah pertanian dan lain-lain.

Malahan,pembentukan dasar awam tidak hanya akan ditentukan oleh pihak

kerajaan malahan pihak swasta turut mempengaruhi dalam penggubalan dasar

atau pun polisi

Page 3: DASAR SOSIAL NEGARA (AKADEMI LAUT MALAYSIA)

Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasarpembangunan sosial yang beteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insanbagi mencapai kesepaduan dan kestabilansosial, ketahanan nasional dan kesejahteraanhidup masyarakat Malaysia yang maju danmantap.

Page 4: DASAR SOSIAL NEGARA (AKADEMI LAUT MALAYSIA)

Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari2003 bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi danteknologi.Setiap anggota masyarakat berpeluang untukmemperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu-padu,berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksamaselaras dengan matlamat Wawasan 2020.

Page 5: DASAR SOSIAL NEGARA (AKADEMI LAUT MALAYSIA)

APA PENDAPAT ANDA????? Kita dah Maju keBelum??

15 SAAT SAHAJA ☺

Page 6: DASAR SOSIAL NEGARA (AKADEMI LAUT MALAYSIA)

Menjamin setiap individu, keluarga dankomuniti tanpa mengira kumpulanetnik,agama, budaya, gender dan fahamanpolitik serta wilayah dapat menyertai danmemberi sumbangan kepada aruspembangunan Negara serta menikmatikesejahteraan hidup secara berterusan.

Page 7: DASAR SOSIAL NEGARA (AKADEMI LAUT MALAYSIA)

♠Memastikan keperluan asas individu, keluarga danmasyarakat dipenuhi.

♠Membangun dan memperkasakan insan sepanjanghayat.

♠Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongansosial dan perkhidmatan social.

♠Menjana sinergi multisektor.

Page 8: DASAR SOSIAL NEGARA (AKADEMI LAUT MALAYSIA)
Page 9: DASAR SOSIAL NEGARA (AKADEMI LAUT MALAYSIA)

• Strategi-strategi bagi mencapai Objektif 1:

☻Mewujudkan pelbagai peluang dan kemudahan agar setiap individu, keluarga dan masyarakat dapat menikmati keperluan asas kehidupandan menyertai arus pembangunan negara.

☻Memastikan setiap individu mendapat hak untuk kelangsunganhidup,perlindungan, perkembangan dan penyertaan serta dapat menikmati keperluan asas sepanjang hayat, tidak terpinggir dan tersisihdaripada arus pembangunan.

☻Memastikan keperluan hidup yang holistik menjadi teras kehidupansetiap individu, keluarga dan komuniti.

Page 10: DASAR SOSIAL NEGARA (AKADEMI LAUT MALAYSIA)

Strategi-strategi bagi mencapai Objektif 2:

☻Menjamin hak janin atau kandungan untuk hidup dan berkembang dalam keadaan selamat dan sihat tanpa diganggu oleh ancaman dan eksploitasi.

☻ Mengiktiraf dan memupuk keupayaan setiap bayi dan kanak-kanak berfikirdan berperasaan serta dilindungi daripada dilabel, didiskriminasi dan dijadikanmangsa oleh anggota masyarakat.

☻Menentukan setiap bayi dan kanak-kanak di peringkat awal (2-6 tahun) mendapat peluang meneroka persekitaran untuk menentukan perkembangansel-sel otak secara maksimum. Ia juga bagi membantu pembinaan tubuh,peningkatan keyakinan diri serta perkembangan identiti kendiri yang sihat didalam satu suasana dan jalinan perhubungan yang positif dalam keluarga dankomuniti.

Page 11: DASAR SOSIAL NEGARA (AKADEMI LAUT MALAYSIA)

☻Memastikan setiap kanak-kanak menerima pendidikan wajib peringkat sekolah

rendah yang mendidik kemahiran sosial dan disiplin diri serta rangsangan minda

melalui kurikulum yang meningkatkan kemahiran berfikir.

☻ Menentukan setiap remaja (13-18 tahun) diberikan pengiktirafan, penghormatan,

peluang serta bimbingan untuk mengenali hak-hak dan tanggungjawab dan

mengamalkan peranan tertentu dalam keluarga, sekolah dan komuniti sebagai

persediaan untuk memainkan peranan sebagai seorang dewasa sepenuhnya

kelak.

☻ Menentukan setiap individu yang sudah menjangkau umur melebihi 18 tahun,

yang mula mencapai taraf berdikari dalam aspek ekonomi tertentu, diberi

sokongan, bimbingan, pengetahuan dan kemahiran untuk membuat keputusan

tentang pelajaran, pekerjaan, kekeluargaan dan perhubungan sosial.

Page 12: DASAR SOSIAL NEGARA (AKADEMI LAUT MALAYSIA)

Strategi-strategi bagi mencapai Objektif 3:

☻. Membangunkan setiap keluarga untuk berfungsi sebagai satu pasukan yang

saling menyokong dalam memainkan peranan serta tanggungjawab supaya setiap

ahli keluarga berkembang dengan optimum mengikut keunikan dan potensi

setiap individu.

☻. Mengiktiraf identiti, kepentingan dan keperluan pelbagai kelompok etnik dalam

masyarakat Malaysia untuk mewujudkan sikap toleran dan saling membantu di

dalam dan di antara kaum yang berbeza.

☻. Mengiktiraf kelompok keagamaan sebagai kelompok sosial yang mengamalkan

sistem nilai dan cara hidup tersendiri selaras dengan Perlembagaan Negara,

menghormati sistem nilai dan cara hidup penganut agama lain serta

menggalakkan interaksi dan saling memahami antara penganut pelbagai agama.

Page 13: DASAR SOSIAL NEGARA (AKADEMI LAUT MALAYSIA)

☻Memberikan peluang kepada semua anggota masyarakat untukmencapai kecemerlangan melalui sistem pendidikan yang fleksibel, aksesibel, inovatif,relevan dan dinikmati oleh semua anggotamasyarakat sepanjang hayat mereka.

☻. Memastikan sesebuah organisasi atau agensi menyediakan keperluan asas sosial serta memberikan sokongan dan bimbingankepada kakitangannya sebagai satu tanggungjawab asas.

☻. Menentukan supaya organisasi atau agensi yang memberikankhidmat sosial mementingkan kakitangan yang dilengkapi dengankemahiran sosial danteknologi terkini serta yang berhubung langsungdengan kumpulan sasar.

Page 14: DASAR SOSIAL NEGARA (AKADEMI LAUT MALAYSIA)

Strategi-strategi bagi mencapai Objektif 4:

☻. Menggalakkan setiap organisasi atau agensi di peringkat persekutuan, negeri, daerah dan komuniti di sektor awam, swasta dan sukarela untukmelakukan kajian dari semasa ke semasa ke atas struktur dan fungsi masing-masing bagimenentukan kemampuan pencapaian matlamat pembangunan sosial.

☻. Mewujudkan mekanisma Perancangan Sosial yang bertaraf agensi pusat di

peringkat persekutuan, negeri dan daerah untuk merancang, melaksana,

memantau, menyelaras dan menilai keberkesanan perancangan danpelaksanaan perkhidmatan sosial dalam masyarakat.

☻. Meningkat dan mengukuhkan peranan dan fungsi bahagian pembangunansosial di semua peringkat pentadbiran negeri, bahagian/ daerah dan komuniti.

Page 15: DASAR SOSIAL NEGARA (AKADEMI LAUT MALAYSIA)

☻. Menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan mewujudkan program dankemudahan sosial yang terancang dan lengkap supaya selaras denganpembangunan fizikal dan ekonomi yang pesat.

☻. Meningkatkan taraf dan memperluaskan peranan kepimpinan di peringkat akar umbi dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauanpembangunan sosial.

☻. Memastikan setiap wakil rakyat memainkan peranan dalam pembangunan sosial dan memberikan perkhidmatan berkesan kepadaanggota masyarakat tanpa mengira perbezaan ideologi atau partipolitik.

Page 16: DASAR SOSIAL NEGARA (AKADEMI LAUT MALAYSIA)