dasar pembangunan sosial

17
DASAR PEMBANGUNA N SOSIAL

Upload: abd-rashid

Post on 10-Jun-2015

4.891 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dasar Pembangunan Sosial

DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL

Page 2: Dasar Pembangunan Sosial

Dasar Pendidikan KebangsaanDasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan lahir melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.

Page 3: Dasar Pembangunan Sosial

"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..."

Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja

Seterusnya, ia diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih.

Matlamatnya melalui Falsafah Pendidikan Negara - memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Dasar Pendidikan Kebangsaan - objektif

Page 4: Dasar Pembangunan Sosial

(a)Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama;

(b)Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah;

(c)Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

(d)Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan

(e)Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu

Dasar Pendidikan Kebangsaan- Strategi Pelaksanaan

Page 5: Dasar Pembangunan Sosial

f) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun

g) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman;

h) Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh

i) Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978

Dasar Pendidikan Kebangsaan- Strategi Pelaksanaan

Page 6: Dasar Pembangunan Sosial

j) Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan

k) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin

l) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa- bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil

m) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.

Dasar Pendidikan Kebangsaan- Strategi Pelaksanaan

Page 7: Dasar Pembangunan Sosial

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Objektif Untuk membentuk , mewujudkan dan mengekalkan

identiti negara yang unik Menjadi saluran untuk mengukuhkan perpaduan

bangsa dan negara melalui kebuadayaanPrinsip Utama Kebudayaan rakyat asal rantau ini menjadi teras

utama Islam sebagai agama rasmi menjadi unsur utama

pembentukkan kebudayaan kebangsaan Kebudayaan kaum lain yang sesuai juga diterapkanStrategi Meninggikan taraf dan mutu kesenian Memenuhi kepeluan sosiobudaya negara yang

terdiri daripada masyarakat majmuk Mengamalkan toleransi agama dan budaya Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah

kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasiolisme Malaysia

Page 8: Dasar Pembangunan Sosial

Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran adalah sebahagian daripada pelbagai usaha Kerajaan Malaysia untuk memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia. Diperkenalkan pada tahun 1985.

Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam

Page 9: Dasar Pembangunan Sosial

Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam

Objektif dasar : (i) Membentuk sebuah masyarakat Malaysia

yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain;

(ii) Menubuhkan sebuah 'negara bahagia';(iii)Menghapuskan sikap yang negatif dalam

menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan;

(iv) Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.

Page 10: Dasar Pembangunan Sosial

11 NILAI-NILAI ISLAM - ASAS DASAR INI.

1. AMANAH; 2. TANGGUNGJAWAB3. IKHLAS4. DEDIKASI5. SEDERHANA

6. TEKUN7. BERSIH8. BERDISIPLIN9. BEKERJASAMA10.BERBUDI MULIA11.BERSYUKUR.

Page 11: Dasar Pembangunan Sosial

Dasar Sosial NegaraObjektif Umum

1. Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik, agama,budaya,gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan.

Objektif Khusus

1. Selaras dengan penyataan matlamat dan objektif umum, Dasar Sosial Negara menggariskan empat objektif khusus yang saling melengkapi dengan menerapkan nilai-nilai murni di setiap peringkat pelaksanaannya:

a. Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi;

b. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat;

c. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial; dan

d. Menjana sinergi multisektor.

Page 12: Dasar Pembangunan Sosial

Dasar Wanita Negara

Objektif- (i) Menjamin perkongsian yang saksama di antara

lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat, di samping mendapatkan peluang dan faedah dari pembangunan; dan

(i) Mengintegrasikan kaum wanita ke dalam semua sektor pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka bagi tujuan meningkatkan mutu kehidupan, membasmi kemiskinan, menghapuskan kejahilan dan buta huruf serta memastikan negara berada dalam keadaan aman dan makmur.

Page 13: Dasar Pembangunan Sosial

Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional

Tujuan utamanya ialah : mendapatkan komitmen kerajaan untuk

perlaksanaan strategi pembangunan belia. memantapkan strategi sedia ada kepada

yang lebih relevan sesuai dengan perubahan ekonomi dan arus globalisasi.

Page 14: Dasar Pembangunan Sosial

Sebelas Teras Pembangunan

Pembangunan ekonomi Pembangunan Sumber Manusia Program Rakan Muda Pembangunan Sosial dan Nilai Sistem Penyampaian Peranan Media & Komunikasi Peranan Pertubuhan Belia Pembangunan Belia tidak Berpersatuan Pembangunan Kepimpinan Penyelidikan & Pembangunan Politik & Integrasi Nasional

Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional

Page 15: Dasar Pembangunan Sosial

PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)

Konsep utama PIN adalah sebagai merealisasikan cabaran keempat, hasrat Wawasan 2020 iaitu “membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur”.

Page 16: Dasar Pembangunan Sosial

5 sasaran perlaksanaan PIN :

i. Mengurangkan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan secara berkesan;

ii. Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian khidmat awam, mengatasi karenah birokrasi dan penyelewengan;

iii. Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan;

iv. Memantapkan institusi keluarga; dan

i. Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)

Page 17: Dasar Pembangunan Sosial