dasar pembangunan sosial di malaysia

Download Dasar Pembangunan Sosial Di Malaysia

If you can't read please download the document

Upload: lumycee

Post on 17-Nov-2015

249 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

dasar

TRANSCRIPT

________________________________________________________________MPW1133/2133PENGAJIAN MALAYSIASEPTEMBER 2014________________________________________________________________

DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL DI MALAYSIA(DASAR WANITA NEGARA)

NAMA : Veeraselvi A/P MuniandyNO MATRIK. : 731128086106001NO.IC : 731128086106CENTRE : NEGERI SEMBILAN LEARNING CENTRESEMESTER : SEPTEMBER 2012

KANDUNGAN1.0 DASAR PEMBANGUNAN31.1 KEPENTINGAN DASAR PEMBANGUNAN31.2 PERKEMBANGAN DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA32.0 DASAR WANITA NEGARA42.1 MATLAMAT DASAR WANITA NEGARA52.2 STRATEGI PERLAKSANAAN62.3 PELAN TINDAKAN MENGIKUT SEKTOR83.0 KELEMAHAN PERLAKSANAAN DASAR WANITA NEGARA164.0 ANALISA DASAR WANITA NEGARA175.0 KESIMPULAN196.0 RUJUKAN20

1.0 DASAR PEMBANGUNANSesuatu pembangunan memerlukan dasar. Dasar pembangunan merupakan asas atau tapak, panduan besar, falsafah (yang ada matlamat dihujungnya) dan peraturan mengenai cara mencapai matlamat dasar tersebut. Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan dimensi. Umumnya, pembangunan adalah merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju. Ia juga meliputi aspek-aspek kebendaan dan bukan kebendaan, sumber fizikal dan sumber manusia.Umumnya, pembangunan merupakan kemampuan manusia memenuhi potensi mereka untuk mempastikan mereka dapat memperolehi keperluan-keperluan asas (makanan, pakaian, tempat tinggal), pekerjaan, dan kesamarataan.

1.1 KEPENTINGAN DASAR PEMBANGUNAN
Malaysia tidak menggunakan kaedah barat dalam usaha menjadi negara industri. Malaysia mempunyai perancangan dan dasar-dasar pembangunan yang bersesuaian dengan pengalaman sejarah dan keperluan rakyatnya.Memandangkan kepentingan dan keperluan pembangunan, kerajaan telah membentuk dasar-dasar pembangunan yang akan menjadi asas, pemandu, tapak, dan peraturan pembangunan. Dasar-dasar pembangunan ini tercatat dalam dokumen rasmi kerajaan, khususnya dalam buku-buku Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara.
1.2 PERKEMBANGAN DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARAPembangunan peringkat pertama telah tercapai apabila negara mencapai kemerdekaan-iaitu bebas daripada penjajahan dan telunjuk penjajah. Pengisian kemerdekaan adalah dalam bentuk meningkatkan taraf hidup masyarakat, khususnya masyarakat luar bandar.Dasar dan perancangan pembangunan yang lebih sistematik ketara dalam zaman selepas merdeka-iaitu bermula dengan Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) dan Rancangan Malaya Kedua.
Rancangan pembangunan negara dilakukan mengikut tahap-tahap (tahun) tertentu. Oleh sebab itu, nama rancangan pembangunan ialah Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang lazimnya disebut sebagai Rancangan Malaysia.
2.0 DASAR WANITA NEGARADasar Wanita Negara adalah kesinambungan kepada Dasar Wanita Negara yang digubal pada tahun 1989 dengan mengambil kira isu, peluang, cabaran dan persekitaran masa kini dan yang akan datang. Berteraskan Perlembagaan Persekutuan, prinsip Rukun Negara dan Dasar Sosial Negara, dasar ini mendukung cita-cita untuk mencapai ketaksamaan gender dan pembangunan negara yang seimbang dan lestari.Dasar Wanita Negara ini mendukung prinsip tiada diskriminasi berasaskan gender seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC), Deklarasi dan Pelan Tindakan Beijing (Beijing Platform for Action), Matlamat Pembangunan Milenium (MDGs) serta Deklarasi Putrajaya dan ProgramTindakan Mengenai Pembangunan Wanita Dalam Negara Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM Putrajaya Declaration).Dasar ini berhasrat untuk merealisasikan aspirasi kerajaan dalam membangunkan modal insan yang berdaya saing dan mempunyai ketahanan diri dengan melahirkan wanita yang berilmu dan berwawasan, mempunyai daya kreativiti dan inovasi serta menghayati nilai-nilai murni. Dasar ini bermaksud untuk memberi panduan dan hala tuju dalam usaha perancangan dan perlaksanaan pembangunan wanita atas kesedaran bahawa kaum wanita merupakan separuh daripada penduduk negara yang gigih menyumbang kepada pembangunan negara.Dasar ini dilengkapi dengan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) bagi memperincikan tindakan yang perlu diambil oleh agensi Kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan , sektor swasta dan masyarakat sivil untuk mencapai objektif dan matlamat Dasar Wanita Negara. PTPW mengandungi strategi yang meliputi 13 sektor iaitu ekonomi, kemiskinan, undang-undang, keganasan terhadap Wanita, kesihatan, pendidikan dan latihan, sains dan teknologi, pembuat keputusan, mekanisme, jentera dan institut pembangunan Wanita, media, alam sekitar, suka, dan kebudayaan, kesenian dan warisan. Matlamat Dasar Wanita Negara berhasrat menjamin pembangunan dan pengupayaan wanita dengan mengarusperdanakan kepentingan wanita untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya dalam perancangan dan pembangunan negara untuk mencapai kesamaan gender.

2.1 MATLAMAT DASAR WANITA NEGARA

1. Membangunkan potensi dan mendayaupayakan wanita dari pelbagai lapisan masyarakat dan dalam semua sektor sebagai agen perubahan kepada masyarakat serta penyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara;2. Menyediakan persekitaran yang kondusif, termasuk penggubalan dasar dan perundangan mesra wanita, bagi meningkatkan martabat dan kesejahteraan hidup wanita dalam semua aspek termasuk fizikal, ekonomi, sosial, politik, kesihatan, psikologi dan kerohanian;3. Membudayakan kesaksamaan gender di kalangan semua lapisan masyarakat dalam semua sektor;4. Memastikan pandangan dan suara wanita diterima pakai dalam proses membuat keputusan di semua peringkat;5. Mencapai perkongsian saksama antara wanita dan lelaki dalam memperoleh dan mengawal sumber dan peluang penyertaan serta menikmati manfaat pembangunan; dan6. Meningkatkan dan mengukuhkan perkongsian adil dan saksama antara wanita dengan lelaki dalam semua aspek kehidupan bagi memantapkan institusi Keluarga serta membangunkan komuniti dan masyarakat.

2.2 STRATEGI PERLAKSANAAN

Bagi membantu pihak perancangan dan pelaksanaan Dasar Wanita Negara (DWN), beberapa strategi dibentuk bagi menjamin kecekapan, keberkesanan, keselarasan dan keseragaman dasar dan tindakan sperti berikut:(a) Memperkukuhkan Unit Hal Ehwal Wanita (HAWA) Sebagai Jentera Pembangunan Negara jentera negara bagi kemajuan wanita ialah HAWA yang kini diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial. Adalah wajar HAWA dipertingkatkan kuasa dan tarafnya dengan mewujudkan perhubungannya dengan setiap Kementerian, mengadakan penyelaras di setiap negeri supaya dapat bertindak dengan lebih berkesan mengenai hal ehwal wanita.(b) Mengorientasikan Dasar dan Tindakan Agensi Kerajaan Supaya Memasukkan Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Pengawasaan Program-program Pengintegrasian Wanita. Dalam penggubalan dasar, perundangan, peraturan dan program oleh apa juga sektor atau agensi, pertimbangan mestilah dibuat tentang sumbangan dan implikasinya terhadap wanita; impak dan kesan yang negatif terhadap wanita hendaklah diawasi. Satu sistem penyelarasan dan kawalan bagi program-program yang komprehensif hendaklah diwujudkan bagi mengelakkan kesan-kesan negatif dan juga bagi mengesani rintangan dan masalah, sama ada dari segi undang-undang, mahupun dari segi amalan, supaya tindakan sewajarnya dapat diambil bagi mengatasinya. Semua program pembangunan mestilah mempunyai strategi yang menguntungkan wanita; penglibatan wanita di semua peringkat, daripada peringkat awal perancangan hingga ke peringkat penilaian, di peringkat nasional dan di peringkat tempatan hendaklah terjamin.(c) Pendidikan dan Latihan Untuk Menyedarkan Pihak Pentadbiran Kerajaan Mengenai Isu Wanita. Bagi membangkitkan kesedaran dan komitmen institusi dan agensi kerajaan, program latihan kepekaan jantina gender sentisizing dipelbagai peringkat hendaklah diadakan. Program latihan mengenai wanita dan pembangunan hendaklah diadakan berterusan untuk kakitangan kerajaan.(d) Penglibatan Badan-badan Bukan Kerajaan. Kerajaan hendaklah berusaha melibatkan semua organisasi bukan kerajaan dan badan-badan sukarela dalam program dan tindakan pembangunan wanita. Bantuan kewangan, teknikal, nasihat dan institusi hendaklah diperuntukkan berterusan kepada persatuan-persatuan wanita bagi menggalakkan dan mempertingkatkan perkhidmatan mereka.(e) Membasmi Diskriminasi dan Mengambil Tindakan Tegas Langkah-langkah khusus hendaklah diambil bagi membasmi diskriminasi terhadap wanita. Kelemahan-kelemahan undang-undang bagi menjamin hak wanita hendaklah dibaiki. Tumpuan khas hendaklah dihalakan kepada kawasan-kawasan kurang maju di luar bandar, wanita yang tidak berdaya dan cacat serta wanita diberi peluang pendidikan.(f) Memajukan dan Menyelaras Penyelidikan Mengenal Isu Wanita Menyedari hakikat bahawa kurangnya data dan maklumat mengenai kedudukan wanita sebenarnya, maka kerajaan hendaklah menggalak dan membantu penyelidikan dan kajian mengenai wanita. Di samping itu kerajaan hendaklah menentukan bahawa segala pengumpulan data dan maklumat oleh pelbagai sektor dan agensi kerajaan mengasing-asingkan butiran maklumat mengikut jantina.(g) Peruntukan Anggaran Belanjawan Kerajaan hendaklah menentukan bahawa Kementerian-kementerian dan Agensi-agensi yang berkenaan menggunakan peruntukan yang telah diluluskan dengan mengubahsuai tindakan bagi memenuhi program dan projek pembangunan wanita.

2.3 PELAN TINDAKAN MENGIKUT SEKTOR(a) Jentera Nasional Bagi Pengintegrasian Wanita Dalam Pembangunan(i) HAWA hendaklah mempunyai hubungan yang berfungsi dengansemua Kementerian lain. Ia hendaklah bertindak sebagai pusat penyelaras, pengesan, dan pemeroses isu-isu untuk dikemukakan kepada NACIWID untuk mendapat pandangan, nasihat dan syor-syor untuk tindakan pihak kerajaan dan pihak-pihak lain yang berkenaan;(ii) Usaha bagi memperkukuhkan HAWA hendaklah termasuk program-program latihan pegawai dan kakitangan urusetia supaya HAWA akan bertambah cekap dan dinamik; dan(iii) Pengagihan bekalan kewangan sewajar dengan tugas dan fungsiHAWA yang lebih luas ini hendaklah ditentukan.(b) KesihatanDi negara kita masih terdapat jurang perbezaan mutu perkhidmatan dan kemudahan kesihatan di antara kawasan bandar dan luar bandar. Di kawasan luar bandar kekurangan kemudahan ini menyebabkan ramai wanita tidak berpeluang menikmati rawatan dan jagaan kesihatan yang sempurna. Dalam beberapa jenis pekerjaan wanita sering terdedah kepada bahaya tertentu, misalnya bahan kimia. Di samping itu, terdapat juga keadaan buta huruf dan kejahilan dikalangan wanita miskin, baik di kampung-kampung mahupun di sekitar kawasan setinggan dan ladangladang pertanian.Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuklah: (i) Mewujudkan satu dasar kesihatan negara yang mengambil kirakeperluan dan taraf kesihatan kaum wanita. Konsep kesihatan yang komprehensif hendaklah meliputi aspek kesihatan jasmani, mental dan emosi;
(ii) Satu mekanisma hendaklah diwujudkan bagi memudahkanpenyertaan berbilang sektor bagi menjamin penyebaran perkhidmatan kesihatan yang sama rata di semua kawasan, serta menentukan usaha yang cekap dan berkesan sejajar dengan prioriti-prioriti tempatan;(iii) Menggalakkan perkembangan ilmu dan amalan perubatan cara moden dan tradisional;(iv) Melaksanakan dasar yang berkesan tentang penagihan danpenggunaan dadah dengan melibatkan semua pihak dan lapisan;(v) Mengadakan undang-undang yang dapat memberi perlindungankepada pesakit daripada pihak-pihak yang tidak bertanggunjawab dalam memberi rawatan dan ubatan. Mangsa-mangsa rogol dan keganasan hendalah diberi perlindungan daripada publisiti yang meruntuhkan maruah dan keperibadian mereka; dan(vi) Mengkaji undang-undang yang sedia ada, atau menggubal undangundang baru bagi melindungi wanita akan pekerjaan-pekerjaan yang membahayakan kesihatan.(c) Pendidikan dan LatihanTujuan mutlak sektor ini adalah bagi menjamin peluang pendidikan kepada semua rakyat, lelaki mahupun wanita, supaya dapat mereka mengembangkan potensi individu dan berpeluang menyumbangkan peranan sebagai rakyat yang produktif dan berakhlak mulia. Perkembangan potensi kaum wanita perlu mendapat perhatian khusus, kerana sistem yang ada sekarang wujud atas pertimbangan-pertimbangan yang mengutamakan kehendak dan keupayaan pihak lelaki. Sistem pendidikan dan latihan kebangsaan hendaklah mengintegrasikan fahaman taraf persamaan jantina, di samping memupuk sikap dan perspektif bagi menghormati dan mengiktiraf hak dan keupayaan wanita setaraf dengan kaum lelaki.Dengan demikian, kandungan pelajaran yang bercorak kejantinaan (sexism) dan streotyping peranan wanita hendaklah dikikis daripada buku teks, bahan rujukan dan apa jua bahan yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. Wanita telah pun membuktikan kebolehan dalam berbagai-bagai bidang dan lapangan; maka hakikat ini hendaklah mendapat gambaran dalam contohan sumbangan rakyat dan pembangunan. Seterusnya, perlulah juga dikesani rintangan-rintangan yang masih menyekat penyertaan wanita sepenuhnya, baik dalam pendidikan asas, pelajaran vokasional, pelajaran tinggi mahupun dalam bidang-bidang pengkhususan profesional. Demikian juga, tidaklah boleh diabaikan golongan yang masih buta huruf, yang kejahilan ilmu pengetahuan dan kemahiran, kerana sebilangan besar golongan ini terdiri daripada kaum wanita. Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuklah:(i) Menghapuskan gambaran-gambaran yang merendahkan maruah dan imej wanita(ii) Memudahkan penyertaan wanita dalam bidang-bidang yangdiminati;(iii) Meyakinkan wanita untuk mengambil peluang latihan bagimenceburkan diri dalam lapangan sains dan teknologi moden;(iv) Memasukkan pendidikan kekeluargaan dalam semua kursuspendidikan dan latihan kerjaya untuk lelaki dan wanita;(v) Menyemak dasar pengambilan dan pelaksanaan tugas institusibagi menjamin diskriminasi terhadap wanita tidak diamalkan;(vi) Meluaskan lagi peluang-peluang latihan vokasional untuk wanita serta mengiktiraf kemahiran-kemahiran wanita dalam bidang latihan dan pekerjaan;(vii) Menekankan institusi pendidikan dewasa serta peluangpendidikan sepanjang hidup agar kaum wanita dapat terus mengembangkan pengetahuan dan kemahiran mereka; dan(viii) Institusi-institusi swasta hendaklah diawasi supaya merekatidak meneruskan diskriminasi terhadap wanita ataupun mengekalkan gambaran-gambaran yang menghinakan penyertaan wanita. Dasar Wanita Negara hendaklah meliputi semua sektor, baik kerajaan mahupun bukan kerajaan.

(d) Undang-undangSemua warganegara berhak mendapat perlindungan undang-undang yang sewajarnya. Dengan penerimaan dasar persamaan taraf, maka perlu diperkuatkan undang-undang bagi menjamin hak wanita dari segi pemilikan harta, kerakyatan, peluang-peluang dan jagaan anak-anak (guardianship). Undang-undang perlindungan perlu bagi wanita dalam pekerjaan, bagi wanita menunaikan kewajipan dan keibuan, bagi wanita yang bercerai atau terpisah dari suami, dan hak mereka dari sisi agama. Kejahilan wanita tentang hak mereka di bawah undang-undang juga perlu diatasi, khususnya mereka yang berpelajaran rendah dan tidak mempunyai tempat untuk mendapat nasihat undang-undang. Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuklah:(i) Menyemak dan mengemaskini undang-undang yang kurangberkesan;(ii) Melibatkan wanita dalam penggubalan pelaksanaan undang-undang;(iii) Mengadakan biro pengaduan dan nasihat yang mudah didapatiuntuk wanita;(iv) Memberi pengetahuan mengenai hak individu disisi undang-undang;(v) Menggubal undang-undang perlindungan daripada keganasanrumahtangga, pemberhentian dan eksploitasi dalam pekerjaan dan bagi mangsa rogol dan keganasan; dan(vi) Mewujudkan undang-undang keluarga yang saksama yangmemelihara dan mempertahankan hak ibu kandung dan bagi menyelesaikan pertikaian keluarga dengan adil dan berperikemanusiaan.

(e) PekerajanSektor ekonomi telah berkembang dengan pesatnya selepas merdeka. Namun demikian, manfaat pembangunan ekonomi, pada amnya, belum dapat dinikmati sepenuhnya oleh wanita. Penyertaan wanita perlu dipertingkatkan; kesan pembangunan hendaklah mempertingkatkan mutu kehidupan wanita, khususnya pekerja-pekerja buruh kasar, petani di luar bandar dan pekerja di kilang-kilang. Walaupun penyertaan wanita dalam tenaga buruh telah bertambah sebilangan besar tenaga wanita adalah dalam golongan pendapatan rendah dan dalam pekerjaan bukan atau separuh mahir. Perkhidmatan sebagai suri rumah tidak mendapat nilai ekonomi dan kebanyakan wanita bertugas sebagai pekerja tidak bergaji. Ramai pekerja wanita tidak mendapat perlindungan kesatuan sekerja; malah ramai wanita tidak mengetahui tentang hak-hak mereka sebagai pekerja. Ini menyebabkan mereka dipergunakan, diberi ganjaran gaji yang rendah dan tidak setimpal dengan pekerjaan, terpaksa menanggung beban rumah tangga, kewajipan keluarga, di samping menjalani kerja penuh masa, serta tidak menikmati kemudahan dan peruntukan pekerjaan yang sepatutnya. Pernah didapati juga pekerja wanita diganggu dan diperkosa oleh pihak majikan dan pengawasan. Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuklah:(i) Dipertingkatkan penyertaan wanita dalam bidang pekerjaan, sosial, ekonomi dan politik;(ii) Perlu diadakan perkongsian saksama tentang manfaatpembangunan;(iii) Perlu diperbanyakkan peluang pekerjaan, khususnya bagiwanita yang miskin dan tidak mempunyai punca pencarian nafkah hidup;(iv) Perlu ada 'job description' bagi semua jenis pekerjaan danpenentuan gaji yang sewajamya, tanpa perbezaan jantina;(v) Perlu diadakan undang-undang perlindungan untuk semua jenis pekerjaan;(vi) Perlu diamalkan prinsip gaji sama untuk pekerjaan yang sama;dan(vii) Perlu dihapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam peluang-peluang kenaikan pangkat, latihan lanjutan dan pembuatan keputusan.

(f) PolitikProses pembangunan dalam bidang politik memerlukan penglibatan maksimum wanita dan lelaki. Faktor-faktor yang menyekat penglibatan politik wanita dan mutu politik mereka amat berhubung dengan keadaan sosio-budaya yang tidak menggalakkan penglibatan mereka dalam hal ehwal awam, kekurangan pendidikan dan kesedaran, serta kejahilan tentang hak-hak mereka, serta beban kerja yang berat hingga wanita tidak mempunyai masa untuk terlibat dalam politik. Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuklah: (i) Kerajaan hendaklah mengadakan perundangan dan pentadbiranuntuk menentukan penglibatan wanita sepenuhnya dalam bidang politik negara, dan untuk menambahkan pengambilan, pencalonan dan penempatan wanita pada kedudukan penentuan dasar di peringkat kebangsaan, negeri dan tempatan sehingga perwakilan saksama tercapai; dan(ii) Kerajaan hendaklah juga menentukan sokongannya terhadapkemunculan lebih ramai wanita ke peringkat perundangan dan eksekutif dalam Parlimen, Dewan Undangan Negeri, Kerajaan Tempatan dan badan-badan lain.

(g) MediaMedia amat berpengaruh bagi menonjolkan imej wanita. Imej yang negatif, berpura-pura, membazir dan sebagai sumber ghairah perlu dikikis. Penyertaan wanita dalam industri media masih berkurangan, dengan demikian sukar bagi mereka hendak mempengaruhi etika dan amalan prinsip yang mementingkan keuntungan pihak yang memiliki media. Selain itu, pandangan dari sudut wanita kurang mendapat perhatian dan sebaran. dalah perlu bagi wanita memainkan peranan yang lebih dinamis dalam mengembangkan mutu pancaran media, baik bagi dunia hiburan, maklumat, pendidikan, politik, perniagaan mahupun dalam lapangan antarabangsa. Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuklah: (i) Meningkatkan penglibatan wanita dalam semua aspekperkembangan media seperti dasar perancangan program dan perkhidmatan, penggendalian projek-projek pembangunan;(ii) Menjalankan analisis jantina atas semua program supaya dapatmengesan penyertaan wanita sebagai penerbit, sebagai pengguna media massa dan penerima kesan media seluruhnya;(iii) Mengikis pendapat dan kesan-kesan negatif terhadap wanitadalam program iklan dan pendapat yang disiarkan; dan(iv) Menggunakan pengaruh media bagi memupuk sikap dan nilaipositif terhadap wanita dan sumbangannya.

(h) AgamaAgama ialah satu sumber yang berpengaruh bagi mengeratkan perpaduan ummah dalam proses sosialisasi rakyat. Nilai-nilai murni dikongsi bersama oleh berbagai agama, iaitu Islam, Hindu, Buddha, Kristian dan Yahudi. Adalah penting nilai-nilai sejagat yang positif ditonjolkan daripada membangkitkan perbezaan-perbezaan dan keanehan yang merendahkan maruah mana-mana pihak. Sebagai prinsip dan pedoman hidup, amalan agama hendaklah menyokong kesaksamaan, keamanan keadilan, toleransi dan kesejahteraan rakyat. Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuklah:(i) Mendapatkan pandangan wanita dalam membentuk fatwa yangmelibatkan wanita dan isu wanita;(ii) Menggalakkan penyertaan wanita dalam semua aktiviti agama;(iii) Mewujudkan perbincangan antara pelbagai agama sebagai usahamencapai persefahaman;(iv) Menjadikan agama sebagai asas ke arah pemodenan masyarakatberbilang kaum; dan(v) Mewujudkan suasana perkongsian hidup yang sihat di kalanganwanita dan lelaki.

(i) KebudayaanKebudayaan negara ialah sumbangan rakyat yang terdiri daripada lelaki dan wanita. Seni Rakyat, sukan, adat resam, amalan tradisional merupakan sumbangan istimewa rakyat. Oleh yang demikian, dasar kebudayaan negara hendaklah memberi perhatian dan layanan yang seimbang bagi mengembangkan penyertaan wanita yang sewajarnya. Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuklah: (i) Penyertaan wanita dalam bidang seni perlu mendapat perhatianbagi mengembangkannya;(ii) Kemudahan dan galakan hendaklah diberi kepada wanita untukmenyertai semua kegiatan budaya dan seni;(iii) Diskriminasi dalam bidang seni dan budaya hendaklahdihapuskan;(iv) Penyertaan wanita dalam Majlis Perundingan KebudayaanKebangsaan hendaklah dipertingkatkan; dan(v) Amalan yang melibatkan wanita secara 'tokenism' atau bagaimelepaskan batuk ditangga diberhentikan.

2.4 PENDEKATAN PERLAKSANAANBagi memastikan matlamat Dasar Wanita Negara tercapai dan PTPW dapat dilaksanakan dengan berkesan, beberapa pendekatan digariskan:1. Semua agensi Kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat sivil perlu mengambil tindakan sebagaimana ditetapkan di bawah PTPW;2. Sumber manusia yang berpengetahuan, terlatih dan peka gender dengan kepakaran khusus hendaklah disediakan dan sumber kewangan hendaklah mencukupi;3. Langkah-langkah khas sementara serta affirmative action atau system kuota wajar diambil untuk memajukan wanita yang layak dan berkebolehan dalam semua sektor;4. Perancangan, penyelarasan, pemantauan dan penilaian aktiviti-aktiviti di bawah PTPW dipertanggungjawabkan kepada agensi pelaksana yang berkenaan mengikut bidang kuasa masing-masing;5. Pewujudan pangkalan data pusat untuk mengintegrasikan data berdasarkan gender dari pelbagai sumber termasuk agensi Kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan;6. Pewujudan multisektor sinergi di kalangan semua agensi Kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat sivil; dan7. KPWKM bertindak sebagai agensi teraju bagi menyelaraskan aktiviti advokasi, pemantauan dan penilaian secara keseluruhan termasuk kajian semula bersesuaian dasar dan strategi pelaksanaan PTPW setiap tiga tahun sekali atau mengikut keperluan.Kejayaan dasar ini bergantung kepada komitmen dan sokongan semua pihak terutama kepimpinan tertinggi serta kerjasama agensi Kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat sivil. Kesediaan semua pihak untuk menerima anjakan paradigma merupakan prasyarat kepada kejayaan pelaksanaan Dasar Wanita Negara dan PTPW.

3.0 KELEMAHAN PERLAKSANAAN DASAR WANITA NEGARAPeranan wanita yang semakin penting dalam ekonomi menjurus kepada keperluan untuk meningkatkan penyertaan mereka dalam tenaga kerja dan aktiviti ekonomi bagi membolehkan pencapaian ekonomi dan sosial yang mampan serta beroperasi pada tahap tinggi. Bagaimanapun, di sebalik sumbangan secara ketara kepada pembangunan ekonomi dan negara, wanita kekal sebagai sumber yang kurang dimanfaatkan.Menurut Laporan Ekonomi 2013/2014 Kementerian Kewangan yang dikeluarkan hari ini, penyertaan tenaga kerja wanita di Malaysia agak rendah jika dibandingkan dengan tahap pembangunan negara, walaupun kadar enrolmen mereka lebih tinggi di peringkat pendidikan menengah dan tertiari. Pada 2012, hanya 49.5 peratus wanita berumur antara 15 dan 64 tahun bekerja atau mencari pekerjaan, jauh ketinggalan berbanding negara serantau seperti Thailand (70 peratus), Singapura (58 peratus) dan Indonesia (52 peratus).Peratusan ini makin menurun apabila golongan wanita menjawat jawatan lebih tinggi.

Antara sebab golongan wanita pekerjaan adalah untuk menjadi suri rumah sepenuh masa dan menjaga anggota keluarga. Penyusutan dalam tenaga kerja wanita memberi implikasi yang besar terhadap pembangunan ekonomi negara, terutama pada masa kritikal ini, di mana modal insan adalah pemangkin yang mampu mempercepatkan transformasi Malaysia ke arah ekonomi maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Bagi mereka yang memilih bekerja sendiri dan menyertai bidang keusahawanan, penyertaan wanita di Malaysia adalah antara terendah di rantau ini dengan hanya 19.7 peratus terbabit dalam perusahaan kecil dan sederhana. Perniagaan tersebut terlibat dalam skop feminin di sektor perkhidmatan seperti penjagaan kanak kanak dan pendidikan pra-sekolah, kecantikan dan penjagaan kulit serta latihan dan perundingan.

Antara cabaran dan halangan yang dihadapi oleh wanita Malaysia bagi menyertai pekerjaan ialah kekurangan sokongan untuk penjagaan kanak-kanak, kekurangan aturan kerja yang fleksibel, kesukaran untuk memasuki semula pasaran kerja, kekurangan wanita dalam jawatan membuat keputusan dan kelemahan perlindungan berkanun dan keperluan perubahan minda di mana wanita dilihat sebagai suri rumah dan lelaki sebagai penyara keluarga.4.0 ANALISA DASAR WANITA NEGARA

Usaha berterusan bagi mewujudkan kesamarataan gender telah menyaksikan kemajuan yang begitu besar dicapai oleh wanita dalam pelbagai bidang sosio ekonomi sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957. WanitaMalaysiamendapat faedah yang luas berikutan peningkatan peluang pendidikan dan latihan, yang secara tidak langsung memperbaiki tahap literasi masyarakat. Penyertaan wanita dalam sektor guna tenaga juga meningkat sejak 1957, bila wanita terbabit hampir dalam semua biang pekerjaan sehingga membolehkan golongan tersebut menguasai 34.7 peratus daripada keseluruhan peluang pekerjaan pada tahun 2000 berbanding hanya 24.5 peratus ketika di awal kemerdekaan.

Dasar Wanita Negara yang telah diperkenalkan pada 1989 telah menunjukkan inisiatif kerajaan untuk menaikkan lagi taraf wanita dalam masyarakat. Ia menjadi garis panduan yang berkesan bagi menggalakkan penyertaan wanita dalam pembangunan negara. Kejayaannya dapat dilihat hari terutama dalam bidang pendidikan, apabila wanita telah menunjukkan peningkatan tahap literasi iaitu daripada 50 peratus pada 1970 kepada 79 peratus pada 1995. Lebih membanggakan apabila selepas tahun 1995, bilangan pelajar wanita dalam institusi-institusi pengajian tinggi telah melebihi bilangan pelajar lelaki.

Secara keseluruhan, dalam sektor guna tenaga, wanita masih ketinggalan berbanding lelaki, namun dalam bidang pekerjaan tertentu wanita lebih ke depan berbanding lelaki. Pada tahun 2003 contohnya, wanita telah mengatasi bilangan lelaki iaitu 62.9 peratus berbanding 37.1 peratus dalam kerjaya arkitek. Begitu juga dalam bidang pergigian, apabila bilangan doktor gigi wanita telah melebihi lelaki iaitu sebanyak 54.5 peratus wanita berbanding 45.5 peratus lelaki.

Wakil Tetap UNDP bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, Dr Richard Leete, mengakui langkah memperkasakan wanita agar mereka berupaya memilih cara hidup sendiri sama ada dalam aspek kehidupan berkerjaya dan rumah tangga, merupakan faktor penting dalam kejayaan mengagumkan golongan wanita di negara ini.``Diskriminasi jantina di sekolah dan kadar literasi yang menjadi masalah besar di rantau Asia Selatan dan Afrika, telah berjaya dihapuskan diMalaysia.``Tahap pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi di antara pelajar lelaki dan perempuan di sini juga sudah sama rata,ujarnya.Pencapaian tersebut kata Lette, amat penting memandangkan pendidikan di peringkat menengah dan rendah kepada golongan wanita, memberi kesan positif kepada tahap populasi, kesihatan termasuk kesihatan reproduktif dan ekonomi selain dapat membantu menurunkan garis kemiskinan.``Ini merupakan satu pengiktirafan yang sukar diperoleh oleh wanita lain di negara-negara sedang membangun,'' ujarnya.

5.0 KESIMPULAN

Pembangunan negara bertujuan untuk mencapai kesejahteraan rakyat supaya semua rakyat tanpa mengira kaum dapat menikmati kehidupan yang sempurna. Dengan demikian, dasar-dasar pembangunan dibentuk untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu. Usaha-usaha pembangunan sosial adalah bertujuan untuk mengurangkan lagi jurang perbezaan antara kaum, wilayah dan negeri agar integrasi nasional dapat dicapai.Dasar Wanita Negara merupakan dasar pembangunan sosio-ekonomi yang merangkumi falsafah, inspirasi dan aspirasi wanita daripada pelbagai peringkat, umur, lapisan masyarakat dan semua sektor. Perlaksanaan dasar ini menjadi agenda utama Kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang maju, dinamik dan berdaya saing serta penyayang, adil dan saksama. Penggubalan DWN ini mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk meningkatkan lagi penyertaan wanita di dalam pembangunan secara lebih berkesan, sistematik dan bermakna. Memandangkan bahawa wanita memainkan peranan yang penting di dalam dan di luar rumah serta merupakan sumber ekonomi yang penting, matlamat kerajaan adalah untuk menjadikan wanita sebagai rakan yang sama penting dalam usaha membina negara.

6.0 RUJUKANAbdul Rahman Embong, Nor Hayati Saat, Azlina Abdullah, Zurina Mansor & Ruzamri Ruwandi. 2009. Kajian inventori penyelidikan pembangunan sosial di Malaysia 2001-2005. Laporan Teknikal. Kuala Lumpur. Persatuan Sains Sosial Malaysia & Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan MasyarakatDasar Wanita Negara. http://www.mywanita.gov.my/Geetha S. & Doris P. S. (2010). Family Friendly Policies In Malaysia: Where Are We? Journal Of International Business Research, 9(1): 43-55.Hazizan Md Noon. 2005. Kesaksamaan Sosial, Pembasmian Kemiskinan dan Islam Hadhari. ISM Minda, 3(6). Kuala Lumpur: Institut Sosial Malaysia.

http://www.kpwk.gov.my/mal/showstatistik.pl?action=display&id=1046010990Laporan Ekonomi 2013/2014 Kementerian Kewangan. http://www.treasury.gov.my/Najib Tun Razak.2013.Kerajaan Komited Terus Perkasa, Upayakan Wanita. Utusan Malaysia.Diperoleh pada 17 Oktober 2014