dapur solarppt1.pptx

25
DAPUR SOLAR PANEL OKTAGON Hayati bte Arsyad M20141000876 Nurul Ta’ayah bte Zakaria M20141000858 Noor Asmira i!ti Ma"la! M20141000856 #iti Zaheera i!ti Muhamad $amil M20141000%8%

Upload: hayatiarshad

Post on 05-Nov-2015

133 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

DAPUR SOLAR

DAPUR SOLAR PANEL OKTAGONHayati bte Arsyad M20141000876Nurul Taayah bte ZakariaM20141000858Noor Asmira Binti MazlanM20141000856Siti Zaheera Binti Muhamad JamilM20141000383PengenalanPermintaan tenaga pada hari ini sentiasa meningkat untuk memenuhi keperluan hidup masyarakat dunia. Pada masa kini, sumber tenaga utama negara kita ialah petroleumdan gas asli. Kedua-dua sumber tersebut tidak boleh diperbaharui. Simpanannya juga adalah terhad.

Hampir 70% daripada bekalan elektrik dihasilkan daripada pembakaran arang batu, minyak dan gas (Ismail, 2010).

Sektor industri dan komersial sahaja menggunakan lebih 80% daripada jumlah bekalan tenaga elektrik.

Pembakaran bahan api fosil untuk penjanaan tenaga elektrik telah menyebabkan pengeluaran gas rumah hijau semakin meningkat.

Pengurangan sumber di masa hadapan dan peningkatan harga sumber di pasaran.

Penggunaan tenaga solar boleh dijadikan sebagai satu alternatif sumber tenaga bahan api atau bahan bakar.

Jenis-jenis oven solarBox Cooker

Solar Funnel Cooker

Panel Cooker

Parabolic Cooker ObjektifMenguji keberkesanan dapur solar panel oktagon.Menguji peningkatan suhu maksimum air yang boleh dihasilkan melalui penggunaan dapur solar panel oktagon.Menguji keberkesanan dapur solar oktagon menggunakan bahan mentah Kajian literaturTenaga solar adalah teknologi untuk mendapatkan tenaga daripada matahari.

Dapur solar merupakan satu alternatif yang digunakan untuk memasak secara konvensional. Ia menggunakan tenaga solar sebagai medan tenaga untuk memasak.

Dapur solar merupakan satu dapur mesra alam dan tidak menyebabkan pencemaran alam sekitar serta menjimatkan kos kerana tiada bahan api seperti kayu, arang batu dan gas asli.

Dapur solar ini menggunakan sumber alternatif iaitu daripada cahaya matahari sebagai tenaga.

Tenaga alternatif bermaksud tenaga yang terjana daripada sumber bukan berasaskan bahan api seperti petroleum ataupun arang batu.Tenaga suria yang dihasilkan daripada cahaya matahari berpotensi menjadi sumber tenaga yang dapat digunakan secara meluas di Malaysia (Alia Ruzanna Aziz,2009)

Suatu sistem yang menumpukan pancaran suria mampu menghasilkan radiasi suria bersuhu tinggi yang boleh digunakan untuk memasak.(Alia Ruzzana Aziz ,2009)

Dapur suria sangat berpotensi untuk diperkembangkan memandangkan masalah timbul daripada harga gas memasak yang tinggi dan kompilasi daripada penggunaan kayu api di negara dunia ketiga seperti dari segi kesihatan dan penebangan hutan.

Dapur suria dibahagikan kepada tiga jenis utama iaitu dapur suria ketuhar, dapur suria panel dan dapur suria parabolik.Bahan-bahan dan Kos Menghasilkan Dapur solarBahan-bahanHarga4 keping kadbod4xRM 3.001 gulung aluminium foilRM4.80 1 gulung plastik bukuRM2.00 1 tin cat sembur hitamRM8.00 1 botol gam pelekatRM1.20 1 relung pita pelekat (masking tape)RM3.00 1 relung pita pengikat (binding tape)RM3.00 JumlahRM34.00 Langkah-Langkah Membuat Dapur Solar Tapak dapur solar berbentuk oktagon dengan panjang setiap sisi 15cm, sudut dalam 135.Sisi tepi berbentuk trapezium dengan ukuran (15cm + 48cm) 39.5cm sebanyak 2 keping.

Lakar kadbod dan potong mengikut ukuran yang diperlukan. Langkah-Langkah Membuat Dapur SolarSisi belakang berbentuk trapezium dengan ukuran (15cm + 48cm) 39.5cm sebanyak 1 keping dengan pintu di tengah bersaiz 15cm x 20cm.

Sisi tepi belakang bersaiz (15cm x 39cm) sebanyak 2 keping.

Langkah-Langkah Membuat Dapur SolarSisi depan berbentuk trapezium dengan ukuran (22cm + 28cm) 15cm sebanyak 2 keping.

Lekatkan aluminium foil pada semua leraian. Seterusnya cantum menggunakan masking tape.Langkah-Langkah Membuat Dapur SolarDapur yang telah siap dicantum di cat dengan warna hitamSetiap ceraian disambungkan dengan menggunakan binding tape agar nampak lebih kemas.

Seterusnya..Ujikaji dapur solar terhadap suhu air mengikut masa

Ujikaji terhadap keberkesanan dapur solar oktagon terhadap bahan mentah

Teori SaintifikPenebat dan penyerap habaMounting board yang di cat hitam adalah penebat dan penyerap haba.

Kesan Rumah HijauDapur dibalut dengan plastik dibahagian atas supaya haba yang masuk terperangkap di dalam dapur.

Pantulan CahayaAluminium foil digunakan untuk memantulkan cahaya matahari ke dalam dapur.

KEPUTUSAN

(a) Peningkatan suhu air maksimum yang boleh dihasilkan oleh dapur solar oktagon mengikut masa.

(a) Peningkatan suhu air maksimum yang boleh dihasilkan oleh dapur solar oktagon mengikut masa.

MEREBUS TELUR

Telur direbus selama 1 jam dari pukul 12.00 tengahari hingga 1.00 petang dengan kenaikan suhu dari 32C hingga 85CMEMANGGANG SOSEJ DAN AYAM

Hirisan ayam dipanggang kurang dari 3 jam dan Sosej kurang daripada 30 minitPerbincangan Jadual 1 menunjukkan peningkatan suhu yang berjaya direkodkan oleh dapur solar dari jam 10.00-11.00 am.

Purata suhu yang direkodkan ialah untuk 5 kali percubaan ialah 32C.

Manakala Jadual 2 pula menunjukkan bacaan suhu yang direkodkan antara jam 12.00-2.00 ptg dengan purata kenaikan suhu untuk 5 kali percubaan ialah 79.6C.

Dapat dirumuskan di sini, bahawa semakin lama dapur solar terdedah dengan cahaya matahari, semakin banyak haba yang dapat diserap. Berdasarkan sejarah, teknologi memasak menggunakan dapur solar diperkenalkan pada 1767 oleh sainstis Perancis-Swiss, Horece de Saussune.

Selepas itu menyaksikan pelbagai inovasi dapur solar dihasilkan.

Dapur solar ini dibina berasaskan konsep Teknologi Hijau iaitu merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:

Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;Menjimatkan tenaga dan sumber asli; danMenggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Masyarakat masa kini dibanjiri dengan kemudahan teknologi yang melibatkan penggunaan tenaga elektrik dari diesel, petroleum.Dapur solar ini dicipta utk mengatasi masalah ini.Dapur solar ini berfungsi pada siang hari yang panas.

Permukaan yang pudar dan legap adalah penyerap haba yang baik, manakala permukaan putih dan bersinar adalah pemantul haba yang baik

Kami memilih mounting board hitam (penyerap haba) dan permukaan yang bersinar (kerajang aluminium) sebagai pemantul haba yang baik.

Pemantul ini akan memantulkan cahaya kepada panel dapur solar.

Panel dapur solar oktagon direka dengan sudut tertentu supaya dapat mengumpul dan memerangkap cahaya dari matahari dan menyebabkannya panas.

Dapur solar mampu untuk mencapai suhu yg tinggi, yang mana mampu untuk mendidihkan air.Tenaga cahaya Tenaga Haba Keberkesanan penggunaan dapur solar bergantung pada kaedah memasak dan bahan masakan itu sendiri.

Potensi penggunaan dapur solar di Malaysia masih terlalu jauh daripada realiti ekoran sumber yang lain masih ada.

Kesimpulan Dapur solar panel oktagon sesuai digunakan sebagai satu kaedah atau alternatif lain yang menggantikan sumber bahan api.

Mudah dibentuk, didapati dan mesra alam.

Membantu mengurangkan pencemaran dan pembebasan karbon dioksida yang berlebihan.

Kelebihan dapur solar panel oktagon ini lebih bertumpu sebagai satu sumber tenaga yang semulajadi iaitu sumber suria (sumber matahari) yang boleh digunakan dan didapati pada bila-bila masa khususnya di Negara kita.

Rujukan Alia Ruzanna, Aziz (2009). Mereka Bentuk Dapur Suria Yang Praktikal Digunakan Untuk Memasak. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia.

Ismail (2010). An Overview of the Renewable Energy dan Energy efficiency Blueprint for Iskandar Malaysia dalam Minggu Sains dan ICT Negeri Johor at Iskandar Regional Development Authority. Gading Kencana Sdn. Bhd. 21-27 June 2010.