projek inovasi dapur eco green -...

4
ECO GREEN Projek Inovasi Kekal Relevan Di Pasaran DAPUR Penulis NURUL HAZALINA HASSHIM Foto MOHAMMAD JAZLAN NANGAR

Upload: doanhuong

Post on 17-Mar-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ECO GREEN

Projek Inovasi

Kekal Relevan Di Pasaran

DAPUR

Penulis NURUL HAZALINA HASSHIM Foto MOHAMMAD JAZLAN NANGAR

DAPUR IMPIANA | INOVASI DAPUR TERKINI 127

Kepelbagaian rona yang dipalit pada sesebuah kabinet dapur mampu memberi pengaruh besar terhadap ruang dapur. Dapur yang menyerlah pastinya memerlukan dimensi warna yang terang bagi penampilan hebat. Variasi warna yang tersedia nyata memberikan kepuasan buat pemilik kediaman dengan memilih rona kegemaran di ruang memasak.

Bagi Intech Kitchen, tiada yang mustahil untuk merealisasikan dapur impian pelanggan. Kepuasan mereka amat diperlukan kerana setiap duit yang dibayar memerlukan usaha dan keringat daripada pereka bagi menjayakan yang terbaik.

“Kami begitu mementingkan kualiti daripada setiap penghasilan produk yang dibuat. Tidak kira sesebuah dapur itu murah atau menelan belanja tinggi, semuanya memerlukan perhatian daripada kami selaku pereka yang dipilih untuk melakukan perubahan pada sesebuah ruang kosong,” jelas Jessica dari Intech Kitchen.

Kunjungan ke galeri pameran Intech Kitchen yang terletak di Bandar Teknologi Kajang berjaya menjejaki beberapa rekaan dapur hebat yang boleh dijadikan sebagai panduan oleh pelanggan yang mahu membuat ruang dapur baharu.

MATERIAL MENGIKUT KONSEP Seiring dengan peredaran zaman, kini konsep dapur menyerlah dengan gaya moden kontemporari yang dilihat sebagai rekaan kemas lagi meyakinkan. Bukan sekadar melakukan sentuhan bagi kediaman berkonsep moden, Intech Kitchen hadir dengan sesuatu yang baharu menampilkan dapur berkonsep eco green dibaluti dengan rona pearl white dan epal hijau.

Pemilihan rona hijau epal dan pearl white menjadi sebati apabila digabungkan bersama. Lihat sahaja bagaimana penampilan rona ini bersatu pada sebuah rekaan dapur. Material hebat seperti kaca 3G menjadi medium terpenting bagi menghidupkan lagi konsep yang dipilih. Material teguh ini menampakkan kehebatan dari sudut kekemasan dan tampil segar.

“ Kaca 3G sering kali menjadi pilihan di samping kaca 4G yang semakin popular ketika ini. Tiada banyak bezanya cukup sekadar kemasan yang semakin rapi dan meyakinkan,” jelas pereka dari Intech Kitchen, Jeff Chew.

Selain material kaca 3G yang menjadi taruhan, ruang kaunter top turut diberikan perincian dengan kemasan daripada batu granit yang sememangnya cukup popular di pasaran. Kemasan ini merupakan material terunggul kerana ketahanannya yang memang diperakui selain tahan pada sebarang rintangan.

ATAS Rona hijau cerah menjadikan ruang dapur basah begitu ceria dan mendamaikan

KANAN Kemasan dari kaca 3g begitu bersesuaian dipadankan pada ruang dapur moden

Kemasan granit yang menelan belanja agak tinggi dilihat mampu memberi pulangan lumayan kepada pemilik kediaman dek kerana kekuatannya yang mampu bertahan dalam jangka masa panjang.

Rekaan dapur pada pelan lantai L ini juga diserlahkan dengan grey mirror yang dipasang pada ruang simpan kabinet gantung. Sentuhan seperti ini pasti sahaja menambah seri pada rekaan dapur indah ini.

Keindahan dapur ini turut diserikan dengan kemasan jubin yang dibuat pada ruang back splash. Penataan yang indah harus diberikan pada ruang ini kerana ia mampu menghidupkan suasana sesebuah dapur.

ATAS Rekaan kemas dan rapi

dapat dilihat pada kabinet dapur dan juga kaunter pulau

KIRI Ruang yang luas menjadi

kelebihan untuk perletakan dapur pada skala yang

besar

DAPUR IMPIANA | INOVASI DAPUR TERKINI 129

PELENGKAP DAPURSesuai dengan garapan yang dibuat pada galeri pameran, kehadiran kaunter pulau dilihat mampu menambah gaya unggul pada rekaan dapur ini. Oleh itu, kaunter pulau yang didirikan dengan menggunakan kayu melamine sebagai standing diperteguhkan dengan kaunter top daripada kemasan granit.

Material kayu melamine mudah untuk diselenggarakan dan dibersihkan. Selain itu, kemasan ini juga tidak mudah calar dan mampu tampil lebih berkilat pada permukaannya.

Bagi melengkapkan lagi sesebuah binaan dapur, sistem aksesori diperlukan bagi memberi lebih kemudahan pada pemilik kediaman. Dapur yang menelan kos sebanyak RM 18,000 ribu ini dilengkapi dengan sistem soft close pada ke semua laci, selain pull out basket, dish rack dan juga bottle basket.

Rekaan ringkas yang diketengahkan oleh Intech Kitchen ini dilihat begitu sempurna kerana segala keperluan asas terbina dengan jayanya. Cukup dengan bermain rona hangat menjadikan persekitaran ruang dapur bertukar menjadi ceria dan selesa.

ATAS Kaunter pulau menjadi pelengkap

terbaik bagi sesebuah rekaan dapur

BAWAH Ruang simpanan turut menjadi

kepentingan pereka dalam mewujudkan rekaan dapur yang mampu memenuhi

citarasa pemilik kediaman

KIRI Pereka dari Intech kitchen, Jessica dan Jeff

KONSEP DAPUR: Moden KontemporariPEREKA:Intech KitchenLOKASI:Bandar Teknologi KajangNo 47-47A, Jalan Mega Bandar Teknologi KajangTEL: 012 6670706/ 03 87243528EMAIL: [email protected] PINTU KABINET:Kaca 3GMATERIAL KAUNTER TOP:Batu graniteKOS:RM18,000 (tidak termasuk aksesori)

INFO RINGKAS DAPUR