cukai pendapatan pertubuhan - hasil.gov.my · (i) hak cipta, hasil kerja seni atau saintifik, paten...

16
TAMBAHAN Ruang/ Bahagian Perkara Muka surat D2 F Tolakan Cukai Seksyen 110 (Lain-Lain) Pelupusan Syer Dalam Syarikat Harta Tanah Dan Pelupusan Harta Tanah Tertakluk Kepada Peruntukkan Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 8 9 CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN

Upload: others

Post on 16-Sep-2019

31 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN - hasil.gov.my · (i) hak cipta, hasil kerja seni atau saintifik, paten reka bentuk atau model, pelan proses rahsia atau formula, jenama atau pita untuk

TAMBAHAN

Ruang/

Bahagian

Perkara Muka

surat

D2

F

Tolakan Cukai Seksyen 110 (Lain-Lain)

Pelupusan Syer Dalam Syarikat Harta Tanah

Dan Pelupusan Harta Tanah Tertakluk

Kepada Peruntukkan Cukai Keuntungan

Harta Tanah 1976

8

9

CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN

Page 2: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN - hasil.gov.my · (i) hak cipta, hasil kerja seni atau saintifik, paten reka bentuk atau model, pelan proses rahsia atau formula, jenama atau pita untuk

-1-

SIAPA YANG PERLU MELAPORKAN DAN MENGISI BORANG TF

Sesebuah pertubuhan yang didaftarkan atau diwujudkan sama ada untuk menjalankan aktiviti bagi kemudahan dan manfaat ahli atau memelihara dan menggalakkan kepentingan ahli-ahlinya atau memberi perkhidmatan kepada golongan/kumpulan orang tertentu. Pentadbir utama atau pemegang jawatan utama dalam sesuatu pertubuhan seperti pengerusi, presiden, setiausaha dan bendahari perlu melaporkan semua punca pendapatan dan perbelanjaan pertubuhan tersebut dalam Borang TF.

MAKLUMAT ASAS

1 – 2

Isikan nama pertubuhan sebagaimana yang telah didaftarkan dengan LHDNM. Isikan nombor cukai pendapatan pertubuhan sebagaimana yang telah didaftarkan dengan LHDNM.

1 Nama Pertubuhan

<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>?

K E L A B K E B A J I K A N

Nota ini membantu tuan melengkapkan Borang TF bagi Tahun Taksiran 2015. Sila baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun Taksiran 2015 adalah benar dan lengkap.

Sekiranya layak menuntut bayaran balik seperti di ruang D6 borang nyata ini, tuan adalah dikehendaki mengemukakan helaian kerja berikut yang boleh diperoleh daripada Buku Panduan Borang TF dalam laman sesawang:-

(a) Helaian Kerja HK-6 berkenaan tolakan cukai di bawah seksyen 110 (lain-lain); dan

(b) Helaian Kerja HK-8/HK-9 (jika berkenaan) berhubung dengan potongan cukai yang telah dibuat di negara asing.

Rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan hendaklah disimpan selama tujuh (7) tahun bermula daripada akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.

Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR dalam kotak yang disediakan dan menggunakan pen mata bulat berdakwat hitam. Biarkan kosong sekiranya ruangan yang disediakan adalah tidak berkenaan.

Laporkan amaun dalam mata wang Ringgit Malaysia (RM). Amaun di ruangan B32a hingga B33, C34a hingga C35, Bahagian D dan Bahagian E perlu dimasukkan nilai sen. Manakala bahagian lain yang melibatkan amaun hanya perlu mengambil kira nilai ringgit sahaja.

Contoh: Pendapatan Berkanun Perniagaan 1 (ruang B1) RM125,955.67 Jumlah Cukai Yang Dikenakan (ruang C35) RM 19,322.85

Perniagaan 1

B1 <>>>?

<>_>>_>>_>>? C35 JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

(C34a hingga C34g)

->>_>>_>>_>?

C35

5 2 1 1 1 1 2 5

, 9 5 5

, ,

, , . , 1 9 3 2 2 8 5

F <>>>>>>>>?

0 1 2 3 4 5 6 7 0 9 2 No. Cukai Pendapatan

Page 3: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN - hasil.gov.my · (i) hak cipta, hasil kerja seni atau saintifik, paten reka bentuk atau model, pelan proses rahsia atau formula, jenama atau pita untuk

Nota Penerangan Borang TF Sistem Taksir Sendiri

- 2 -

Kedudukan Cukai

Bahagian ini perlu diisi untuk tujuan mempercepatkan pemprosesan borang. Sila tandakan ‘X’ di petak yang berkenaan (satu petak sahaja) berdasarkan pengiraan cukai di muka surat 8 Borang TF.

BAHAGIAN A MAKLUMAT PERTUBUHAN

A1

PERTUBUHAN BERMASTAUTIN DI MALAYSIA

Isikan ‘1’ di dalam petak yang disediakan sekiranya pertubuhan ini bermastautin di Malaysia dan isikan ‘2’ sekiranya bermastautin di luar Malaysia.

Amnya, pertubuhan dianggap bermastautin di Malaysia sekiranya pengurusan dan kawalan hal ehwalnya dijalankan di Malaysia pada bila-bila masa dalam tahun asas oleh pengarah-pengarahnya atau pihak berkuasa lain yang mengawalnya.

A2 NEGARA DI MANA PENGELOLAAN HAL EHWAL DIJALANKAN

Masukkan kod negara ‘MY’ jika ruang A1 ialah ‘1’. Sila rujuk kod negara di muka surat 13 nota penerangan ini atau Lampiran E Buku Panduan Borang TF untuk senarai terperinci.

A3 NO. MAJIKAN Nombor rujukan fail cukai pendapatan majikan (jika berkenaan).

A4 KELULUSAN PENGECUALIAN CUKAI

Jika pertubuhan telah mendapat pengecualian, isikan ‘1’ di petak yang disediakan. Isikan ‘2’ sekiranya permohonan untuk mendapat pengecualian tidak diluluskan atau pertubuhan ini tidak memohon untuk mendapatkan taraf pengecualian. Jika Pertubuhan mendapat pengecualian cukai, Bahagian B dan C TIDAK PERLU diisi, masukkan amaun pendapatan yang dikecualikan di Bahagian L Borang TF.

A5 NO. KELULUSAN PENGECUALIAN CUKAI

Jika pertubuhan telah mendapat pengecualian, isikan nombor kelulusan pengecualian berkenaan di ruang yang disediakan.

A6 NO. SIJIL PENDAFTARAN

Jika pertubuhan mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, isikan nombor pendaftaran berkenaan di ruang yang disediakan.

A7 TARIKH DITUBUHKAN Isikan tarikh penubuhan pertubuhan ini.

A8 JENIS PERTUBUHAN

Rujuk peruntukan di bawah subseksyen 44(7) ACP 1967 untuk menentukan sama ada sesuatu pertubuhan itu termasuk dalam definisi sebuah ‘institusi’ atau ‘organisasi’. Ini adalah merupakan sebahagian daripada definisi untuk merujuk kepada sesuatu kumpulan orang. Manakala ‘institusi/organisasi keagamaan’ adalah seperti yang diperuntukkan di subperenggan 13(b) Jadual 6 ACP 1967.

Rujuk peruntukan di bawah subseksyen 53(3) ACP 1967 untuk menentukan sama ada pertubuhan boleh diklasifikasikan sebagai ‘persatuan perdagangan’. Jika pertubuhan ini tidak boleh diklasifikasikan dalam mana-mana definisi di atas, gunakan nama pertubuhan sebagai asas pemilihan atau pilih ‘8’ sebagai lain-lain jenis pertubuhan yang tidak termasuk dalam mana-mana kategori yang disenaraikan.

Page 4: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN - hasil.gov.my · (i) hak cipta, hasil kerja seni atau saintifik, paten reka bentuk atau model, pelan proses rahsia atau formula, jenama atau pita untuk

Nota Penerangan Borang TF Sistem Taksir Sendiri

- 3 -

A9 PERATUS PERBELANJAAN YANG DIGUNAKAN UNTUK AKTIVITI PERTUBUHAN

Isikan peratus belanja daripada angka 0 hingga 100% berkaitan perbelanjaan yang telah dibuat dalam sesuatu tahun taksiran untuk menjalankan aktiviti utama atau tujuan utama sesuatu pertubuhan itu diwujudkan. Pengiraan peratusan perbelanjaan ini adalah merupakan angka perbandingan dengan pendapatan bersih yang diperoleh dalam tahun sebelumnya. Pendapatan dan perbelanjaan yang dimaksudkan merangkumi semua bentuk hasil dan modal.

Nota: Ruangan ini hanya perlu diisi untuk pertubuhan yang diberi kelulusan pengecualian di bawah subseksyen 44(6) sahaja.

A10 PENYIMPANAN REKOD

Ini merujuk kepada penyimpanan rekod yang mencukupi seperti dikehendaki dalam peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967. Isikan ‘1’ jika mematuhi atau ‘2’ jika tidak.

A11 ALAMAT SURAT-MENYURAT PERTUBUHAN

Alamat yang digunakan untuk berurusan dengan LHDNM.

A12 ALAMAT BERDAFTAR Alamat berdaftar pertubuhan sebagaimana dinyatakan dalam dokumen pendaftaran dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau dalam surat-menyurat rasmi pertubuhan, jika ada.

A13

ALAMAT DI MANA REKOD PERTUBUHAN DISIMPAN

Isikan ‘1’ di dalam petak yang disediakan sekiranya rekod dan dokumen pertubuhan ini disimpan di alamat surat-menyurat atau ‘2’ sekiranya disimpan di alamat berdaftar atau ‘3’ jika disimpan di alamat lain.

A14 ALAMAT LAIN Nyatakan alamat berkenaan sekiranya ruang A13 ialah ‘3’.

A14a ALAMAT LAMAN SESAWANG / BLOG

Alamat laman sesawang atau blog (jika ada).

A15 MAKLUMAT PENTADBIR UTAMA PERTUBUHAN

Isikan maklumat pentadbir utama pertubuhan ini di mana yang berkenaan.

A15a NAMA Nyatakan nama penuh pentadbir utama kepada pertubuhan ini seperti pengerusi atau presiden atau jawatan utama dalam carta organisasi pertubuhan ini.

Pentadbir utama adalah termasuk yang memegang jawatan sebagai setiausaha dan bendahari.

Orang yang sama boleh memegang lebih dari satu jawatan bergantung kepada undang-undang pertubuhan itu sendiri yang membenarkannya.

Jika terdapat lebih dari seorang yang memegang jawatan ini, isikan nama bendahari dan setiausaha yang pertama sahaja.

A15b NO. PENGENALAN Isi nombor kad pengenalan atau nombor polis atau nombor tentera yang mana berkenaan.

A15c NO. PASPORT Isi nombor pasport seperti di buku pasport.

Page 5: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN - hasil.gov.my · (i) hak cipta, hasil kerja seni atau saintifik, paten reka bentuk atau model, pelan proses rahsia atau formula, jenama atau pita untuk

Nota Penerangan Borang TF Sistem Taksir Sendiri

- 4 -

A15d NO. CUKAI PENDAPATAN

Isi nombor cukai pendapatan setiap pentadbir utama, sekiranya ada. Tulis nombor berkenaan dari kanan ke kiri.

Contoh: No. cukai pendapatan ialah C 0001234506

A15e NO. TELEFON Isi nombor telefon pentadbir utama pertubuhan ini.

A16a NAMA BANK

Sekiranya pertubuhan layak menerima pembayaran balik daripada LHDNM, nyatakan nama bank yang berkenaan supaya bayaran boleh dikreditkan ke dalam akaun pertubuhan tersebut.

A16b NO. AKAUN BANK Nombor akaun bank yang berkenaan.

BAHAGIAN B PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN

JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

ISI BAHAGIAN INI JIKA PERTUBUHAN BERMASTAUTIN DI MALAYSIA (JIKA A1 = 1)

B1

B3

PERNIAGAAN

Keuntungan yang diperoleh daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion dikenakan cukai.

Perolehan dan keuntungan termasuk terimaan kasar daripada penjualan barang-barang dan terimaan daripada pemberian perkhidmatan.

Sekiranya mempunyai lebih daripada 3 perniagaan, sila jumlahkan pendapatan berkanun perniagaan 3 dan seterusnya dan masukkan ke ruang B3. Sila senaraikan mengikut format B1 dan B2 bagi setiap perniagaan dan kemukakan lampiran bersama Borang TF.

Amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun N dari Helaian Kerja HK-1C / amaun L dari Helaian Kerja HK-1D

B4

B6

PERKONGSIAN

Pembahagian keuntungan / kerugian yang diperoleh daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion dikenakan cukai.

Sekiranya mempunyai lebih daripada 3 perkongsian, sila jumlahkan pendapatan berkanun perkongsian 3 dan seterusnya dan masukkan ke ruang B6. Sila senaraikan mengikut format B4 dan B5 bagi setiap perniagaan dan kemukakan lampiran bersama Borang TF.

Amaun E/G/J dari Helaian Kerja HK-1B

ELAUN MODAL

Sebagai ganti kepada tuntutan susut nilai aset. Kadar elaun bergantung kepada jenis aset. Rujuk Helaian Kerja HK-1.2 hingga HK-1.2A untuk pengiraan.

B8 RUGI PERNIAGAAN BAWA HADAPAN

Kerugian perniagaan / perkongsian dari tahun terdahulu yang belum ditolak dan dibawa ke tahun semasa untuk ditolak daripada punca perniagaan / perkongsian sahaja.

Amaun B dari Helaian Kerja HK-1.3. Jika amaun B8 melebihi amaun B7, isikan amaun B7 dalam ruang ini.

No. Cukai Pendapatan

A15d <?

<>>>>>>>>>?

C 0 0 0 1 2 3 4 5 0 6 Jenis Fail: SG/OG/C

Page 6: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN - hasil.gov.my · (i) hak cipta, hasil kerja seni atau saintifik, paten reka bentuk atau model, pelan proses rahsia atau formula, jenama atau pita untuk

Nota Penerangan Borang TF Sistem Taksir Sendiri

- 5 -

B10 FAEDAH

Faedah ialah wang yang dibayar bagi penggunaan wang oleh penghutang atau pembahagian keuntungan kepada pemiutang yang dianggap diterima oleh peminjam. Pendapatan daripada faedah hendaklah dimasukkan sebagai pendapatan kasar apabila diterima bagi tempoh asas di mana pendapatan itu pertama kali boleh diterima.

Amaun E dari Helaian Kerja HK-5

DISKAUN Pendapatan ini berpunca daripada pelaburan seperti bil perbendaharaan, bil pertukaran dan nota janji.

B11 SEWA Penerimaan daripada sewaan rumah, rumah kedai, tanah, loji, mesin, perabot dan lain-lain. Amaun E dari Helaian Kerja HK-4B

ROYALTI

Royalti bermaksud:-

(a) apa-apa jumlah yang dibayar sebagai bayaran untuk

penggunaan atau hak untuk menggunakan:

(i) hak cipta, hasil kerja seni atau saintifik, paten reka bentuk atau model, pelan proses rahsia atau formula, jenama atau pita untuk siaran radio atau televisyen atau

harta atau hak lain yang serupa;

(ii) pengetahuan atau maklumat tentang hal-hal teknikal, perindustrian, perdagangan atau pengetahuan pengalaman atau kemahiran saintifik;

(b) pendapatan yang diperoleh daripada pindah milik atas mana-mana harta, pengetahuan atau maklumat yang disebut dalam

perenggan (a) definisi di atas.

Amaun H dari Helaian Kerja HK-5

B12 ANUITI

Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat atau badan amanah. Anuiti juga boleh diperoleh daripada pelaburan yang melayakkan pelabur menerima bayaran tahunan, sama ada untuk

selama-lamanya atau sesuatu tempoh.

BAYARAN BERKALA LAIN

Bayaran yang dibuat berulang kali pada masa-masa tertentu.

B13 APA-APA PEROLEHAN ATAU KEUNTUNGAN LAIN

Pendapatan lain yang tidak termasuk dalam kategori di atas.

B14 TAMBAHAN MENGIKUT PERUNTUKAN PERENGGAN 43(1)(c)

Perolehan-perolehan berikut dianggap pendapatan dan diambil kira di peringkat pendapatan agregat.

Perolehan berkaitan dengan perbelanjaan operasi mencari gali di bawah Jadual 4 ACP 1967.

Perolehan boleh diambil kira dalam pengiraan cukai jika tuntutan-tuntutan perbelanjaan telah dibuat.

Rujuk kepada perenggan 43(1)(c) dan perenggan 16 Jadual 4 ACP 1967 untuk membuat pengiraan pendapatan yang perlu diambil kira dalam menentukan pendapatan agregat.

Simpan pengiraan dengan teratur untuk semakan.

Page 7: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN - hasil.gov.my · (i) hak cipta, hasil kerja seni atau saintifik, paten reka bentuk atau model, pelan proses rahsia atau formula, jenama atau pita untuk

Nota Penerangan Borang TF Sistem Taksir Sendiri

- 6 -

B17 RUGI PERNIAGAAN TAHUN SEMASA

Kerugian perniagaan / perkongsian tahun semasa boleh ditolak daripada jumlah pendapatan agregat/terkumpul. Contoh: kerugian perniagaan pada tahun 2015 ditolak daripada pendapatan agregat bagi tahun 2015.

Amaun E dari Helaian Kerja HK-1.3. Amaun B17 terhad kepada amaun B16. Jika amaun di ruang B17 melebihi amaun di ruang B16, masukkan amaun B16 ke ruang ini.

B19 PERBELANJAAN MENCARIGALI - JADUAL 4 DAN PERENGGAN 44(1)(b)

Seseorang yang menanggung perbelanjaan dalam mencari atau mendapat akses kepada simpanan galian dalam suatu kawasan yang layak, boleh memilih untuk menuntut sebagai potongan. Amaun ini terhad kepada B18 Borang TF. Baki yang tidak boleh ditolak (jika ada) dimasukkan ke ruang K2 Borang TF.

B21 – B27 DERMA DAN HADIAH

Hadiah Wang Kepada Kerajaan / Kerajaan Tempatan

Hadiah wang tunai kepada Kerajaan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan. Subseksyen 44(6)

Hadiah Wang Kepada Institusi Atau Organisasi Diluluskan Hadiah wang kepada institusi / organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri. Proviso subseksyen 44(6)

Hadiah Wang Atau Kos Sumbangan Manfaat Kepada Aktiviti Sukan Atau Badan Sukan Yang Diluluskan Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada aktiviti sukan yang diluluskan oleh Menteri atau badan sukan yang diluluskan oleh Pesuruhjaya Sukan yang dilantik di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Subseksyen 44(11B)

Hadiah Wang Atau Kos Sumbangan Manfaat Kepada Projek Berkepentingan Negara Yang Diluluskan Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada projek berkepentingan negara yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. Subseksyen 44(11C)

Terhad kepada 7% daripada pendapatan agregat di ruang B16

HADIAH ARTIFAK, MANUSKRIP ATAU LUKISAN Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Muzium Malaysia atau Ketua Pengarah Arkib Negara. Subseksyen 44(6A)

HADIAH WANG UNTUK KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN ATAU KEPADA PERPUSTAKAAN

Sumbangan wang yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan awam, perpustakaan sekolah/institusi pendidikan tinggi. Subseksyen 44(8)

HADIAH LUKISAN KEPADA BALAI SENI LUKIS NEGARA ATAU BALAI SENI LUKIS NEGERI

Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana balai seni lukis negeri berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri. Subseksyen 44(11)

ZAKAT PERNIAGAAN Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di B16. Subseksyen 44(11A)

Page 8: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN - hasil.gov.my · (i) hak cipta, hasil kerja seni atau saintifik, paten reka bentuk atau model, pelan proses rahsia atau formula, jenama atau pita untuk

Nota Penerangan Borang TF Sistem Taksir Sendiri

- 7 -

B30 PENDAPATAN PERINTIS KENA CUKAI

Taraf perintis merupakan salah satu insentif percukaian yang diperuntukkan di dalam seksyen 5 hingga seksyen 25 Akta Penggalakan Pelaburan (APP) 1986. Pengecualian cukai akan diberi ke atas sebahagian atau keseluruhan pendapatan yang diperoleh.

Permohonan untuk mendapatkan perakuan perintis adalah di bawah kuasa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan persetujuan Menteri Kewangan. Perniagaan milik tunggal yang semata-mata melibatkan diri dalam aktiviti atau keluaran digalakkan berhubung dengan sektor pertanian adalah layak memohon.

Rujuk Helaian Kerja HK-1E untuk tujuan pengiraan.

B32a

CUKAI KE ATAS YANG PERTAMA

Sesuaikan amaun di B31 (pendapatan bercukai) dengan banjaran pendapatan bercukai yang disediakan di dalam jadual cukai (muka surat 13 nota penerangan ini).

Contoh:

Pendapatan bercukai di B31: RM35,500

Guna pengiraan di kategori F jadual cukai seperti berikut:

Cukai ke atas RM35,000 yang pertama RM900.00

Cukai ke atas baki RM 5,00 @ 10% RM 50.00

Jumlah cukai pendapatan RM 950.00

Masukkan di ruang B32a, B32b dan B33 dalam Borang TF seperti berikut:

B32b CUKAI KE ATAS BAKI

B33 JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

BAHAGIAN C PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN

JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

ISI BAHAGIAN INI JIKA PERTUBUHAN TIDAK BERMASTAUTIN DI Malaysia (JIKA A1 = 2)

C1 –

C30

Sila rujuk penerangan dalam Bahagian B (kecuali faedah dan royalti) di muka surat 4 hingga 7 nota penerangan ini.

C32 PENDAPATAN KASAR YANG TERTAKLUK KEPADA KADAR CUKAI LAIN

Bagi pertubuhan yang tidak bermastautin di Malaysia, pendapatan faedah, royalti, pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A dan pendapatan lain yang berkenaan adalah dikenakan cukai atas jumlah kasar pada kadar selain daripada 25%.

Jenis pendapatan ini dikenakan cukai atas jumlah kasar pada kadar yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK - Sila rujuk Lampiran F Buku Panduan) atau Akta Cukai Pendapatan 1967 jika tiada PPPDK.

->>_>>_>>?

->>_>>_>>_>? ->>_>>_>>_>?

B32b Cukai ke atas baki

B33 JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN (B32a + B32b)

Cukai ke atas yang pertama B32a

Atas Kadar (%)

->>_>>_>>_>?

, , , .

<?

->>_>>_>>?

, , ,

, , ,

, , , .

, , , .

B33

9 5 0 0 0

3 5 0 0 0 9 0 0 0 0

5 0 0 1 0 5 0 0 0

Page 9: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN - hasil.gov.my · (i) hak cipta, hasil kerja seni atau saintifik, paten reka bentuk atau model, pelan proses rahsia atau formula, jenama atau pita untuk

Nota Penerangan Borang TF Sistem Taksir Sendiri

- 8 -

->>_>>_>>_>?

C32a FAEDAH Isikan jumlah pendapatan kasar faedah yang dikenakan cukai.

C32b ROYALTI Masukkan jumlah pendapatan kasar royalti yang dikenakan cukai.

C32c PENDAPATAN KELAS KHAS DI BAWAH SEKSYEN 4A

Pendapatan kelas khas terdiri daripada amaun yang diterima sebagai:

balasan bagi perkhidmatan yang diberi berkaitan dengan penggunaan harta atau hak-hak yang dipunyai oleh, atau pemasangan atau pengendalian apa-apa loji, mesin-mesin atau alat-alat lain yang dibeli daripada seseorang bukan pemastautin;

balasan bagi nasihat, bantuan atau perkhidmatan-perkhidmatan teknikal yang diberi berkaitan dengan pengurusan teknikal atau pentadbiran apa-apa perusahaan, venture, projek atau skim saintifik, perindustrian atau perdagangan; atau

sewa atau bayaran-bayaran lain yang dibuat di bawah apa-apa perjanjian atau persetujuan bagi penggunaan apa-apa harta alih.

C32d PENDAPATAN LAIN

Pendapatan lain yang tidak dinyatakan di atas.

Masukkan jumlah kasar pendapatan lain yang dikenakan cukai pada kadar selain daripada 25%.

C34

C35

PENGIRAAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

Pembahagian pendapatan bercukai mengikut ketetapan kadar cukai masing-masing.

Rujuk Lampiran F Buku Panduan Borang TF atau Akta Cukai Pendapatan 1967 jika tiada PPPDK.

Contoh:

Pertubuhan bermastautin di Australia dan pertubuhan ini menerima pendapatan faedah dan royalti.

Jumlah pendapatan yang tertakluk kepada kadar cukai 25% di C31: RM50,500

Pendapatan faedah yang tertakluk kepada kadar cukai 15% di C32a: RM10,000

Pendapatan royalti yang tertakluk kepada kadar cukai 10% di C32b: RM25,000

Masukkan di ruang C34a, C34d, C34f dan C35 dalam Borang TF seperti berikut:

C34a

C34f

C34d

Pendapatan kasar tertakluk kepada kadar cukai lain

Pendapatan Bercukai

Kadar (%)

Cukai Yang Dikenakan

25

10

15

<>_>>_>>_>>? <>_>>_>>_>>?

->>_>>_>>_>?

, , ,

, , , , , ,

, , ,

.

.

<>_>>_>>_>>?

, , , ->>_>>_>>_>?

, , , . 1 2 6 2 5 0 0 5 0 5 0 0

2 5 0 0 0

1 0 0 0 0

2 5 0 0 0 0

1 5 0 0 0 0

1 6 6 2 5 0 0

->>_>>_>>_>? C35 JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN (C34a hingga C34g)

C35

, , , .

Page 10: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN - hasil.gov.my · (i) hak cipta, hasil kerja seni atau saintifik, paten reka bentuk atau model, pelan proses rahsia atau formula, jenama atau pita untuk

Nota Penerangan Borang TF Sistem Taksir Sendiri

- 9 -

BAHAGIAN D CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK

D1 JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

Jumlah cukai yang dikenakan adalah daripada ruang B33 bagi pertubuhan yang BERMASTAUTIN di Malaysia atau C35 jika TIDAK BERMASTAUTIN.

D2 TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110 (LAIN-LAIN)

Tolakan cukai Seksyen 110 (lain-lain) TIDAK termasuk bayaran cukai pegangan yang tertakluk di bawah Seksyen 107A.

Sila buat pengiraan di Helaian Kerja HK-6 untuk tolakan cukai seksyen 110 ke atas lain-lain pendapatan seperti faedah, royalti, pendapatan seksyen 4A dan pendapatan daripada amanah.

Sertakan dokumen berkenaan bersama Helaian Kerja HK-6 sekiranya layak menuntut pembayaran balik.

Amaun B dari Helaian Kerja HK-6

D3 PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 132

Tolakan cukai berhubung dengan pendapatan dari Malaysia yang dikenakan cukai di Malaysia dan juga di luar Malaysia. Rujuk Lampiran F Buku Panduan TF untuk menentukan negara-negara yang memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia. Rujuk Jadual 7 ACP dan Helaian Kerja HK-8 untuk membuat pengiraan kredit.

D4 PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 133

Tolakan cukai berhubung dengan pendapatan dari Malaysia yang dikenakan cukai di Malaysia dan juga di luar Malaysia. Negara-negara ini tidak memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia. Rujuk Jadual 7 ACP dan Helaian Kerja HK-9 untuk membuat pengiraan kredit.

BAHAGIAN E KEDUDUKAN CUKAI TAHUN TAKSIRAN 2015

E1

E4

Pelarasan antara cukai kena dibayar dan cukai yang telah dibayar (melalui skim ansuran) dibuat dalam bahagian ini. Sila isi ‘0’ dalam ruang ini jika layak mendapat bayaran balik seperti di ruang D6. Masukkan bayaran ansuran yang telah dibuat bagi pendapatan tahun taksiran semasa ke ruang E2.

Baki cukai kena dibayar hendaklah dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan.

Pembayaran boleh dibuat di:

(a) Bank - kaunter CIMB Bank Berhad (CIMB), Public Bank Berhad (PBB), Malayan Banking Berhad (Maybank), Affin Bank Berhad (ABB), RHB Bank (RHB), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat dengan menggunakan slip bayaran yang disediakan oleh bank.

- perbankan internet CIMB, PBB, Maybank, Hong Leong Bank, RHB Bank Berhad (RHB) & Alliance Bank Malaysia Berhad dan perbankan telefon Maybank.

- Auto Teller Machine (ATM) PBB, Maybank & CIMB, Mesin Deposit Cek PBB dan Mesin Deposit Tunai CIMB.

(b) LHDNM - ByrHASiL-Bayaran melalui FPX (Financial Process Exchange) di Portal Rasmi

LHDNM, http://www.hasil.gov.my

- ByrHASiL-Bayaran melalui Kad Kredit Visa, Mastercard & American Express di https://byrhasil.hasil.gov.my/creditcard/

- kaunter bayaran LHDNM atau melalui pos dengan menggunakan Slip Pengiriman Bayaran (CP501).

Page 11: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN - hasil.gov.my · (i) hak cipta, hasil kerja seni atau saintifik, paten reka bentuk atau model, pelan proses rahsia atau formula, jenama atau pita untuk

Nota Penerangan Borang TF Sistem Taksir Sendiri

- 10 -

(c) Pos Malaysia Berhad - Kaunter dan Pos Online

Selepas selesai pengiraan cukai sehingga Bahagian E, tuan dinasihatkan supaya mengisi Bahagian “Kedudukan Cukai’ di muka surat 1 Borang TF.

BAHAGIAN F PELUPUSAN SYER DALAM SYARIKAT HARTA TANAH DAN

PELUPUSAN HARTA TANAH TERTAKLUK KEPADA PERUNTUKAN CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976

F1

Isikan ‘1’ dalam petak sekiranya ada melupuskan syer/aset atau “2” jika tidak berkenaan.

F2 Isikan ruang ini jika F1=‘1’. Sekiranya pelupusan belum dilaporkan, sila hubungi cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan pelupus. Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my.

BAHAGIAN G PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM

DILAPORKAN

G1

G3

Masukkan jumlah pendapatan yang diterima berkenaan sesuatu tahun terdahulu yang belum dilaporkan sebelum ini.

Contoh: dividen yang dibayar dalam tahun 2014 tetapi baucar hanya diterima dalam tahun 2015.

Gunakan lampiran berasingan sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi.

BAHAGIAN H MAKLUMAT PENDAPATAN PERNIAGAAN

H1a BAKI KERUGIAN TAHUN SEMASA

Kerugian perniagaan/perkongsian tahun semasa yang tidak diserap.

Amaun F dari Helaian Kerja HK-1.3

H1b BAKI KERUGIAN TAHUN KEBELAKANGAN

Baki kerugian tahun sebelum yang tidak diserap.

Amaun C dari Helaian Kerja HK-1.3

H1c KERUGIAN HANTAR HADAPAN

G1a campur G1b

Amaun G dari Helaian Kerja HK-1.3

H1d KERUGIAN PERINTIS

Kerugian perniagaan perintis hendaklah disimpan berasingan daripada kerugian perniagaan lain kerana ianya hanya boleh diserap oleh perniagaan pendapatan perintis sahaja.

Amaun diserap Masukkan amaun kerugian perintis yang telah diserap dalam ruang ini. Amaun D dari Helaian Kerja HK-1.4

Baki hantar hadapan Masukkan amaun baki kerugian yang belum diserap di ruang ini. Amaun E dari Helaian Kerja HK-1.4

Page 12: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN - hasil.gov.my · (i) hak cipta, hasil kerja seni atau saintifik, paten reka bentuk atau model, pelan proses rahsia atau formula, jenama atau pita untuk

Nota Penerangan Borang TF Sistem Taksir Sendiri

- 11 -

H2a

H2f

ELAUN MODAL Elaun modal yang dituntut dalam pengiraan pendapatan berkanun perniagaan dan perkongsian.

Elaun diserap Elaun modal yang diserap dalam tahun semasa. Amaun K5 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun J4 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun N5 dari Helaian Kerja HK-1D

Baki hantar hadapan Amaun K6 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun N6 dari Helaian Kerja HK-1D

H3a – H3e MAKLUMAT CUKAI PEGANGAN

Seksyen 107A

Bayaran kontrak kepada kontraktor bukan mastautin. Kadar cukai pegangan mengikut ACP 1967:

10% atas jumlah kasar berhubung cukai yang kena atau boleh dibayar oleh kontraktor tersebut

Campur

3% atas jumlah kasar berhubung cukai yang kena atau boleh dibayar oleh pekerja-pekerja kontraktor tersebut. Seksyen 109

Bayaran faedah/royalti kepada seseorang bukan pemastautin. Kadar cukai adalah seperti yang ditetapkan dalam Bahagian II, Jadual 1 ACP 1967 kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali. Rujuk Lampiran F dalam Buku Panduan TF. Seksyen 109A

Bayaran berkenaan dengan perkhidmatan yang dilaksanakan di Malaysia oleh seseorang penghibur awam. Kadar cukai pegangan adalah 15% atas jumlah kasar (Bahagian II Jadual 1 ACP 1967). Seksyen 109B

Bayaran jenis kelas khas di bawah seksyen 4A kepada seseorang bukan pemastautin.

Kadar cukai pegangan seperti yang ditetapkan dalam Bahagian V, Jadual 1 ACP 1967 kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali. Rujuk Lampiran F Buku Panduan TF. Seksyen 109F Bayaran kepada seseorang bukan pemastautin berhubung pendapatan di bawah perenggan 4(f) ACP 1967 adalah tertakluk kepada cukai pegangan pada kadar 10% atas jumlah kasar seperti ditetapkan dalam Bahagian XIII Jadual 1 ACP 1967.

JUMLAH KASAR DIBAYAR

Jumlah bayaran kasar yang dibuat sebelum apa-apa tolakan.

JUMLAH CUKAI YANG DIPEGANG DAN DIREMIT KEPADA LHDNM

Peraturan dan prosedur membuat bayaran kepada Cawangan Pungutan LHDNM hendaklah dipatuhi.

Page 13: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN - hasil.gov.my · (i) hak cipta, hasil kerja seni atau saintifik, paten reka bentuk atau model, pelan proses rahsia atau formula, jenama atau pita untuk

Nota Penerangan Borang TF Sistem Taksir Sendiri

- 12 -

BAHAGIAN J PERBELANJAAN KHAS, POTONGAN SELANJUTNYA DAN

POTONGAN DUA KALI

J 1 –

J 5

Gunakan kod tuntutan yang disediakan di muka surat 14 nota penerangan ini.

BAHAGIAN K TUNTUTAN INSENTIF

K1 ELAUN PENINGKATAN EKSPORT PERKHIDMATAN

Rujuk kepada perkara 2, 3 dan 6 Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 9) 2002 [P.U. (A) 57] dan Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (Pindaan) 2006 [P.U. (A) 275] untuk menentukan kelayakan serta Helaian Kerja HK-1B / HK-1D untuk membuat pengiraan.

K2

PERBELANJAAN JADUAL 4

Baki perbelanjaan yang tidak dapat diserap sepenuhnya dalam tahun semasa (baki hantar hadapan) hendaklah dimasukkan ke ruang ini.

BAHAGIAN L MAKLUMAT KEWANGAN PERTUBUHAN

L1

L51

Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya terdapat ruangan yang berkaitan dengan pendapatan dan perbelanjaan oleh pertubuhan ini.

Masukkan butiran seperti yang disediakan dalam Penyata Pendapatan Dan Perbelanjaan serta Kunci Kira-Kira bagi tahun semasa dalam ruangan yang berkenaan.

BAHAGIAN M MAKLUMAT PENDAPATAN YANG DIKECUALIKAN

M1 –

M6

Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya pertubuhan ini mempunyai punca pendapatan yang dikecualikan cukai pendapatan dalam tahun semasa.

AKUAN PENTADBIR UTAMA PERTUBUHAN

Hanya salah seorang daripada pentadbir utama kepada pertubuhan ini perlu melengkapkan ruangan ini. Walau bagaimanapun, kesemua pentadbir utama adalah bertanggungjawab secara bersama ke atas urusan percukaian pertubuhan ini.

Borang nyata yang tidak diperakui dan ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses. Surat Pemberitahuan Borang Nyata Tidak Lengkap akan dikeluarkan kepada tuan sebagai makluman. Penggunaan cap tandatangan tidak dibenarkan. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengemukakan semula borang nyata kepada LHDNM.

MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI

Bahagian ini perlu diisi, diperakui dan ditandatangani oleh ejen / wakil cukai yang menyediakan borang nyata ini.

Page 14: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN - hasil.gov.my · (i) hak cipta, hasil kerja seni atau saintifik, paten reka bentuk atau model, pelan proses rahsia atau formula, jenama atau pita untuk

Nota Penerangan Borang TF Sistem Taksir Sendiri

- 13 -

JADUAL CUKAI

KATEGORI

BANJARAN

PENDAPATAN BERCUKAI

(a)

PENGIRAAN

RM

(b)

KADAR

%

(c)

CUKAI

RM

(d)

A

0

-

5,000

5,000

pertama

0 0

B 5,001 - 20,000 5,000

15,000 pertama

berikutnya

1

0

150

C 20,001 - 35,000 20,000

15,000 pertama

berikutnya

5

150

750

D 35,001 - 50,000 35,000

15,000 pertama

berikutnya

10

900

1,500

E 50,001 - 70,000 50,000

20,000 pertama

berikutnya

16

2,400

3,200

F 70,001 - 100,000 70,000

30,000 pertama

berikutnya

21

5,600

6,300

G 100,001 - 250,000 100,000

150,000 pertama

berikutnya

24

11,900

36,000

H 250,001 - 400,000 250,000

150,000 pertama

berikutnya

24.5

47,900

36,750

I Lebih 400,000 400,000 pertama

setiap ringgit berikutnya

25

84,650

..............

Page 15: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN - hasil.gov.my · (i) hak cipta, hasil kerja seni atau saintifik, paten reka bentuk atau model, pelan proses rahsia atau formula, jenama atau pita untuk

Nota Penerangan Borang TF Sistem Taksir Sendiri

- 14 -

KOD NEGARA

Sebahagian negara-negara yang dikenal pasti. Tuan boleh merujuk kepada Lampiran E Buku Panduan Borang TF untuk mendapatkan senarai lengkap.

Nama Negara Kod

Negara Nama Negara

Kod Negara

Nama Negara Kod

Negara

Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH

Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA

Brunei BN Japan JP Singapore SG

Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA

Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK

China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW

Denmark DK Malaysia MY Thailand TH

Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB

India IN New Zealand NZ United States US

Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN

Nota: R.O. = Republic of; D.P.R. = Democratic People’s Republic of

KOD TUNTUTAN

TUNTUTAN / PERBELANJAAN KHAS

Kod Tuntutan

101 Peralatan untuk pekerja kurang upaya; atau belanja pengubahsuaian / penambahbaikan premis perniagaan bagi kemudahan pekerja kurang upaya

102 Terjemahan atau penerbitan buku yang diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

103 Perbelanjaan perpustakaan (maksimum RM100,000)

104 Perbelanjaan kebajikan

105 Perbelanjaan pusat penjagaan kanak-kanak untuk pekerja sendiri

106 Penubuhan kumpulan kesenian yang diluluskan

107 Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian, kebudayaan dan warisan tempatan serta negara-negara asing:

terhad RM200,000 bagi penajaan kesenian, kebudayaan dan warisan dari negara asing

terhad RM500,000 bagi keseluruhan perbelanjaan

110 Perbelanjaan penyelidikan saintifik

114 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan teknologi maklumat

116 Sumbangan bagi membiayai perubatan atau rawatan penyakit serius

117 Latihan amali kepada individu bukan pekerja

121 Hadiah komputer peribadi baru dan fi langganan jalur lebar bulanan kepada pekerja (Tahun Taksiran 2008 hingga 2010)

122 Kos membangunkan laman jaring

133 Perbelanjaan yang dilakukan bagi pembangunan dan pematuhan kursus baru oleh Institusi Pendidikan Tinggi Swasta

140 Potongan bagi perbelanjaan sebelum memulakan perniagaan yang berhubungan dengan pengambilan pekerja

141 Potongan bagi manfaat dan pemberian daripada majikan kepada pekerja

144 Perbelanjaan pendaftaran cap dagangan dan paten (Tahun Taksiran 2010 hingga 2014)

146 Potongan bagi sumbangan kepada Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Kumpulan Wang PPS)

Page 16: CUKAI PENDAPATAN PERTUBUHAN - hasil.gov.my · (i) hak cipta, hasil kerja seni atau saintifik, paten reka bentuk atau model, pelan proses rahsia atau formula, jenama atau pita untuk

Nota Penerangan Borang TF Sistem Taksir Sendiri

- 15 -

148 Potongan bagi perbelanjaan fi francais

150 Potongan bagi promosi sekolah antarabangsa atau swasta

157 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan yuran kesetiausahaan dan yuran pemfailan cukai

POTONGAN SELANJUTNYA

Kod Tuntutan

201 Premium insurans bagi pengimportan kargo [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U. (A) 220/2012]

202 Penggajian bagi pekerja hilang upaya

204 Premium insurans bagi pengeksportan kargo [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U. (A) 219/2012]

205 Bayaran pengangkutan bagi eksport keluaran berasaskan rotan dan kayu (tidak termasuk kayu gergaji dan veneer) [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U. (A) 218/2012]

208 Premium insurans bagi kredit eksport

212 Potongan bagi bayaran pengangkutan dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung Malaysia

216 Potongan bagi promosi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (Tahun Taksiran 2008 hingga 2015)

217 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan saraan pekerja

218 Potongan bagi kos latihan kepada pekerja (Tahun Taksiran 2009 hingga 2012)

219 Potongan premium bagi insurans kredit eksport berasaskan konsep takaful

220 Potongan bagi penyertaan dalam pameran kerjaya yang diluluskan (Tahun Taksiran 2012 hingga 2016)

221 Potongan bagi penyediaan taman asuhan kanak-kanak

223 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan gaji minimum

224 Potongan bagi kos yang berhubungan dengan latihan untuk pekerja bagi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (Tahun Taksiran 2014 & 2015)

POTONGAN DUA KALI

Kod Tuntutan

301 Perbelanjaan hasil untuk penyelidikan yang diluluskan

302 Bayaran bagi penggunaan perkhidmatan institut atau syarikat penyelidikan yang diluluskan, syarikat penyelidikan dan kemajuan atau syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak.

306 Perbelanjaan untuk menggalakkan eksport perkhidmatan profesional