ctu 151-hedonisme assignment
TRANSCRIPT
PENGENALAN
Hedonisme berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud kesenangan
(pleasure) ialah suatu pola pemikiran dan budaya hidup yang terlalu sukakan
kepada aktiviti hiburan dan keseronokan semata (Encyclopedia of Philosophy,
2006;254-258). Menurut kamus dewan pula, hedonisme ialah pegangan atau
pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.
Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme ini
telah mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam di
Malaysia terutamanya dikalangan muda mudi. Salah satu faktor penting yang
menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa sama
ada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangat
banyak kepada aspek hiburan.Selain itu,Kecenderungan untuk bersuka-sukaan dan
bermewah-mewahan juga diistilahkan sebagai budaya hedonisme. Budaya yang
mengutamakan aspek keseronokan diri ini seperti memiliki barangan yang
berjenama, minum arak, berjudi, bermain muzik, berhibur di kelab-kelab malam
dan sebagainya itu sememangnya mempesonakan dan menggiurkan golongan
remaja. Gejala sosial yang kian membimbangkan pelbagai pihak ini dikesan
dirangsang oleh pengaruh iklan, rakan-rakan serta keadaan persekitaran.
[Type text]
FAKTOR-FAKTOR BUDAYA HEDONISME
Bagaimana budaya hedonisme semakin menjadi pengamalan generasi muda
sekarang? Ramai pihak menyalahkan pihak media sebagai medium utama yang
menyebarkan budaya barat ini.Sebenarnya terdapat banyak faktor-faktor yang
menyumbang budaya hedonism ini dalam kalangan muda mudi Negara
kita.Antaranya Ialah :
1. Stesen televisyen tempatan tidak putus-putus menyuguhkan rancangan
bercorak hiburan hingga semacam tiada rancangan lain yang boleh
disajikan kepada penonton remaja. Stesen televisyen swasta terutamanya
berlumba-lumba menyajikan rancangan-rancangan realiti berkonsepkan
hiburan bagi menaikkan rating penonton. Media cetak juga dicemari
dengan lambakan bahan bacaan picisan yang kadar kandungan ilmiahnya
cukup kurang. Yang disajikan hanyalah gosip-gosip yang kebenarannya
hanyalah secebis, kisah cerai-berai rumah tangga artis terkenal dan ceritera
cinta hangat penyanyi popular. Media seharusnya memainkan peranan
sebaik-baiknya.
[Type text]
2. Kewujudan pusat-pusat hiburan juga menjadi faktor kepada kewujudan
budaya hedonisme dalam masyarakat hari ini. Malam di kota-kota besar
meriah dengan kilauan lampu-lampuan warna dan muzik yang bakal
menggoyangkan pinggul sesiapa yang mendengarnya. Pusat-pusat hiburan
di negara ini semakin hari semakin menggamit remaja agar mengisi
kekosongan di lantai tari. Saban minggu, DJ-DJ dari luar dijemput bagi
memeriahkan acara tertentu. Ketidakkawalan kewujudan pusat-pusat
hiburan sebenarnya mendatangkan kerosakan dan kepunahan diri generasi
pewaris. Rave Party atau parti liar semakin menjadi acara wajib bagi
sesebuah kelab malam. Operasi pusat hiburan sepatutnya dikawal rapi agar
budaya hedonisme ini dapat dibendung daripada menguasai jiwa dan minda
remaja.
3. Kurang pendidikan agama dan pemerhatian daripada ibu bapa merupakan
hujah yang agak klise yang acap kali dilontarkan oleh sesetengah pihak.
Sebenarnya, budaya hedonisme ini juga wujud di kalangan generasi ibu
bapa. Anak-anak zaman ini dibesarkan dengan suasana penuh bebas dan
menyimpang dari acuan timur. Implikasinya, anak-anak menjadi liar dan
sukar dikawal.
[Type text]
KESAN-KESAN BUDAYA HEDONISME
Impak dari pengembangan budaya hedonisme ialah pemasalahan kebejatan sosial
di kalangan remaja. Ramai ahli akademik berpendapat hedonisme adalah faktor
utama masalah sosial. Menurut statistik penangkapan khalwat oleh JAIS bagi tahun
2006, bulan Ogos mencatat tangkapan tertinggi iaitu sebanyak 1547 tangkapan.
Hal ini jelas menunjukkan kegiatan sumbang ini meningkat ketika sesuatu
perayaan diraikan. Majoriti tangkapan ialah ketika sambutan kemerdekaan
diadakan. Adakah ini merdeka yang diertikan oleh anak-anak muda?
Selain itu, peningkatan keruntuhan moral dan akhlak remaja turut
membimbangkan. Konsert-konsert hiburan walaupun memberi impak kepada
keharmonian dan ekonomi negara, namun terlalu banyak mendatangkan kesan
negatif. Kegelojohan remaja menyertai program realiti dengan mengabaikan
tanggungjawab sebagai pelajar dikhuatiri menjadi aliran baru generasi millennium.
Bahkan, hampir setiap minggu remaja diajak berpesta, berdansa dan khayal dengan
hiburan. Secara sedar atau tidak, kegiatan ini memacu mereka ke arah keruntuhan
moral. Mahu atau tidak, kita bertanggungjawab kepada situasi bobrok ini.
[Type text]
Justeru, hedonisme bakal meruntuhkan tembok pertahanan dalaman degara.
Remaja masa kini semakin hilang jati dirinya dek ditelan oleh nafsu buas
hedonisme. Semangat patriotik dan cinta akan negara semakin pudar dan luntur.
Tembok pertahanan akan mula lemah dan mungkin akan roboh menyembah bumi
suatu ketika nanti. Sedar atau tidak, hedonisme merupakan satu senjata sulit dan
agenda barat serta gerakan Zionisme dalam melemahkan dan meruntuhkan institusi
Islam dan Iman dalam masyarakat kita. Kala ummah leka berhibur, bila-bila masa
sahaja pesawat pejuang Zionis boleh menjunamkan bom dan peluru untuk
meranapkan negara Islam Hadhari yang penuh harmoni ini. Mana amalan Islam
Hadhari yang dicanang-canangkan oleh kerajaan jika rakyatnya begini. Apabila
sosial kita lemah, kurang jati diri dan lembik serba-serbi, musuh Islam dengan
mudah mengeksploitasikan dan memanipulasikan pemikiran pemuda-pemudi
Islam kita.
[Type text]
Oleh yang demikian,tidak hairan lah apabila berita rompakan bank dan kedai
emas, kehilangan kenderaan, rasuah, peras-ugut, pengedaran dadah dan lain-lain
lagi hampir setiap hari menghiasi dada-dada akhbar. Kesemua jenayah yang
dilakukan itu lebih bermotifkan untuk mendapatkan wang, justeru wang adalah
umpama kuasa yang dapat menjana segala keperluan manusia seperti harta,
hiburan dan sebagainya. Pendek kata, demi mendapatkan wang yang disifatkan
sebagai sumber kesenangan dan kemewahan hidup di dunia, ada manusia yang
sanggup melakukan apa saja pekerjaan meskipun barangkali terpaksa menjatuhkan
orang lain dengan pelbagai tipu muslihat ataupun barangkali terpaksa menggadai
nyawa dan maruah diri serta mengorbankan nyawa orang lain. Sesuatu hal yang
amat membimbangkan kita ialah jenayah-jenayah ini turut membabitkan golongan
remaja. Intihalnya,langkah-langkah drastik perlulah diambil bagi mengelakkan
kesan-kesan di atas lebih menjadi lebih kritikal seterusnya mendatangkan masalah
kepada masyarakat setempat.
[Type text]
CARA-CARA MENGATASI MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM
Dalam menangani masalah budaya hedonisme dalam kalangan muda mudi
ini,Islam telah menjadi sau penyelesaian terbaik dalam mencari jalan penyelesaian
yang pasti mampu merubah pandangan dan perspektif muda mudi terhadap budaya
hedonism ini.Para ulama memang berperanan dalam isu ini. Bahkan mereka
dituntut untuk menanganinya.
Sesungguhnya syaitan telahpun berjanji akan melalaikan dan menyesatkan
manusia daripada jalan Allah dengan apa cara sekalipun. Pelbagai kemewahan dan
hiburan di dunia ini adalah di antara senjata syaitan dan konco-konconya untuk
menjerumuskan manusia kepada kelalaian dan kesesatan. Justeru, Allah
menganjurkan kita semua supaya memikirkan hal ini dan berusaha menghindari
diri daripada terpedaya dengan tipu daya syaitan seperti keseronokan hidup di
dunia yang bersifat sementara ini. Firman Allah:--
Maksudnya:
[Type text]
“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia
dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik
bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir?”
(Q.s. Al-An’am: 32).
Firman-Nya lagi:
“...Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan
pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”
(Q.s. Ali Imran: 185).
Walaubagaimanapun,antara cara-cara efektif yang dapat diambil melalui
prspektif dan gaya hidup islam ialah :
[Type text]
1. Pertama sekali adalah penanaman dan pengukuhan nilai-nilai Islam
di dalam jati diri umat Islam. Hal ini adalah amat penting kerana di
dalam masyarakat Islam menongkah arus globalisasi pada masa kini
jati diri dan pegangan umat Islam terhadap syariat Islam perlulah
kuat dan mantap. Perkara ini perlulah dilaksanakan tatkala anak-anak
masih lagi kecil bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari
rebungnya. Hal ini disebabkan merekalah pewaris agama yang suci
ini dan perlu bagi mereka memahami dan mencintai Islam semenjak
mereka masih lagi kecil. Jangan ditunggu sehingga mereka menjadi
buluh baru hendak mantapkan mereka dengan ajaran Islam, maka ia
akan menjadi sia-sia.
2. Seterusnya, gerakan dakwah perlulah dipertingkatkan lagi. Para da’i
atau pendakwah perlulah meluaskan skop dakwah mereka supaya
lebih ramai pihak akan menerima dakwah yang disampaikan. Mereka
juga perlu mengubah cara mereka menyampaikan dakwah. Mengapa
agaknya belia Muslim sekarang agak luntur pegangan agamanya dan
menganggap agama Islam itu terpisah dari kehidupan seharian?
Mengapakah agama Islam itu dilihat sebagai membebankan dan
[Type text]
hanya menyusahkan mereka? Sebaliknya mereka lebih gemar meniru
budaya luar terutama budaya barat yang mereka anggap moden dan
terkini. Itulah yang perlu mereka kaji
3. Ilmu Islam pula harus diajar sedemikian rupa agar ia tidak kelihatan
'kolot' oleh anak muda. Terangkan pada mereka jika mereka suka
berfesyen, mereka boleh teruskan asalkan menutup aurat dan
fahamkan pengertian aurat itu bagi lelaki dan perempuan. Terangkan
juga agama Islam tidak melarang berkawan antara lelaki dan
perempuan namun hendaklah dijaga batas-batas pergaulannya
contohnya tidak boleh berdua-duan dengan yang bukan muhrim
mahupun bersentuh-sentuhan. Dari situ mereka akan faham bahawa
agama Islam tidak melarang sama sekali apa yang mereka gemar
lakukan, namun terdapat peraturan-peraturan yang mesti dikuti. Ini
adalah kerana agama Islam itu sendiri adalah agama fitrah. Fitrah
manusia sukakan keindahan dan kecantikan , kehidupan yang selesa
di dunia, harta kekayaan, kenderaan mewah, perhiasan dan
berpasang-pasangan.
[Type text]
KESIMPULAN
Jika dilihat sekarang bermacam-macam bencana alam yang berlaku di
sekeliling kita. Cuaca dunia telah menjadi semakin tidak menentu. Apabila maksiat
dan gejala sosial yang disebabkan oleh pengaruh budaya hedonisme tidak
terbendung maka akan datang bala Allah seperti banjir besar, wabak penyakit
menular dan terkini kemarau berpunca daripada El-Nino. Apabila bencana berlaku,
ia akan meliputi semua makhluk sama ada yang beriman atau tidak; inilah iktibar
yang didapati pada zaman beberapa Nabi seperti Nuh, Hud dan Musa.
Oleh itu umat Islam perlulah merenungkan bahawa segala ujian dan dugaan ini
adalah merupakan peringatan kepada manusia yang berterusan melakukan dosa
dengan mengabaikan perintah Allah. Maka umat Islam perlulah berganding bahu
berpegang tangan untuk memastikan penularan pengaruh budaya hedonisme yang
merosakkan jati diri umat Islam terutamanya dalam kalangan muda mudi pada
masa kini dapat dibanteras sama sekali menyelamatkan diri kita dan generasi umat
Islam pada masa akan datang.
[Type text]
RUJUKAN
1. Budaya Usahawan Berjaya,2011,Pengarang : Buerah Tunggak,Hussin
Salamon,Bab 3 : Konsep Nilai,Etika,Moral dan Akhlak
2. Judul: Advencer Si Peniup Ney,Pengarang : Faisal Tehrani,Penerbit : Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd, Cetakan Pertama 2005
3. Hedonism , 2004-04-20,Stanford Encyclopedia of Philosophy
4. http://entarostukov.blogspot.com/2008/09/pengaruh-barat.html
5. http://mazlan66.wordpress.com/2008/07/29/budaya-hedonisme-melalaikan-
masyarakat/3jh
[Type text]
[Type text]