ctu 151 : bab 2_aqidah - text book

38
ISI KANDUNGAN BAB 2 2.0 PENDAHULUAN MUKA SURAT 2.1 PENGERTIAN AKIDAH, IMAN DAN TAUHID 1 2.1.1 Akidah 2 2.1.2 Iman 3 2.1.3 Tauhid 3 2.2 PERKAITAN DI ANTARA AKIDAH, IMAN DAN TAUHID. 4 2.3 ASAS-ASAS AKIDAH 5 2.3.1 Beriman kepada Allah swt. 5 2.3.1.1 Bukti-bukti Kewujudan Allah swt 5 2.3.1.2 Cara-cara Mengenal Allah swt 6 2.3.2 Beriman kepada Malaikat 7 2.3.2.1 Penciptaan Malaikat 7 2.3.2.2 Tugas-tugas Malaikat 8 2.3.3 Beriman kepada kitab-kitab 10 2.3.3.1 Persamaan dan Perbezaan antara 11 Al-Qur’an dan Kitab-kitab lain 2.3.4 Beriman kepada Para Rasul 11 2.3.4.1 Peranan Para Rasul 12 2.3.4.2 Kebenaran Rasul 13 2.3.4.3 Nabi Muhammad Rasul Terakhir 13 2.3.5 Beriman kepada Hari Akhirat 14 2.3.5.1 Dalil Kewujudan Hari Akhirat 14 2.3.5.2 Peringkat-peringkat di Hari Akhirat 15 2.3.6 Beriman kepada Qada dan Qadar 18 2.3.6.1 Kepentingan Beriman dengan Qada 19 1

Upload: atiqah-nadirah

Post on 27-Jun-2015

1.117 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

ISI KANDUNGAN

BAB 2

2.0 PENDAHULUAN MUKA SURAT

2.1 PENGERTIAN AKIDAH, IMAN DAN TAUHID 1

2.1.1 Akidah 22.1.2 Iman 32.1.3 Tauhid 3

2.2 PERKAITAN DI ANTARA AKIDAH, IMAN DAN TAUHID. 4

2.3 ASAS-ASAS AKIDAH 5

2.3.1 Beriman kepada Allah swt. 52.3.1.1 Bukti-bukti Kewujudan Allah swt 52.3.1.2 Cara-cara Mengenal Allah swt 6

2.3.2 Beriman kepada Malaikat 72.3.2.1 Penciptaan Malaikat 72.3.2.2 Tugas-tugas Malaikat 8

2.3.3 Beriman kepada kitab-kitab 10 2.3.3.1 Persamaan dan Perbezaan antara 11 Al-Qur’an dan Kitab-kitab lain

2.3.4 Beriman kepada Para Rasul 11 2.3.4.1 Peranan Para Rasul 12

2.3.4.2 Kebenaran Rasul 132.3.4.3 Nabi Muhammad Rasul Terakhir 13

2.3.5 Beriman kepada Hari Akhirat 142.3.5.1 Dalil Kewujudan Hari Akhirat 142.3.5.2 Peringkat-peringkat di Hari Akhirat 15

2.3.6 Beriman kepada Qada dan Qadar 182.3.6.1 Kepentingan Beriman dengan Qada 19

Dan Qadar2.3.6.2 Kekeliruan Dalam Memahami Konsep 20

Qada dan Qadar 2.3.6.3 Sikap Orang Islam dalam Menerima Takdir 20

2.4 PEMBINAAN AKIDAH 21

2.5 FAKTOR-FAKTOR PEMBATALAN AKIDAH 22

2.6 PERANAN AKIDAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH 23

2.7 KESIMPULAN 26

2.8 BAHAN-BAHAN RUJUKAN 27

1

Page 2: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

BAB 2

AKIDAH TERAS PEMBANGUNAN MUSLIM

CHE HASLINA BINTI ABDULLAH

2.0 PENDAHULUAN

Manusia adalah makhluk yang terdiri daripada dua unsur iaitu jasmani dan rohani. Rohani atau jiwa pula terdiri daripada dua naluri (penggerak semulajadi) iaitu naluri baik yang sentiasa mengarahkan manusia melakukan kebaikan, kebenaran, kebajikan ,keadilan dan sebagainya. Naluri kedua ialah naluri yang cenderung kearah kejahatan, marah, angkuh, sombong dan sebagainya. Manusia berupaya untuk mengelakkan diri mereka daripada nafsu yang ke dua di atas melalui penerapan akidah dan nilai-nilai keimanan ke dalam jiwanya. Akidah yang kukuh dan iman yang mantap berfungsi mengarah naluri manusia untuk melakukan kebaikan dan seumpamanya. Justeru, iman atau akidah memainkan peranan penting di dalam menentukan corak hidup setiap individu agar menjadi insan yang beriman dan bertakwa di sisi Allah swt.

2.1 Pengertian Akidah, Iman dan Tauhid

2.1.1 Akidah

Akidah adalah dari katakerja “ “ yang bererti meyimpul sesuatu dengan kuat. Kata terbitannya “ “ bermaksud jaminan dan ikat janji.

Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman, pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat. Dengan lain perkataan , ia boleh diertikan dengan simpulan iman atau ikat janji atau suatu pegangan yang kuat.

Dari sudut istilah, akidah ialah keimanan yang mantap dan tidak boleh terurai oleh mana-mana pengaruh samada dari luar ataupun dari dalam diri seseorang itu. Ikatan akidah tidak boleh dibandingkan dengan ikatan jasmani yang dilihat secara zahir kerana ia merupakan satu ikatan rohani yang kukuh lagi abstrak antara makhluk dan Khaliqnya.

Manakala akidah Islam pula ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah swt sebagai Rabb dan Ilah serta beriman dengan Nama-namaNya dan segala Sifat-sifatNya, beriman dengan malaikat, kitab-kitab, para rasul, hari akhirat dan beriman dengan qada dan qadar Allah samada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang datang dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjukNya.

Ringkasnya , dapatlah dirumuskan bahawa akidah Islam ialah suatu pegangan atau keyakinan yang menjadi asas dalam Islam yang berkait rapat dengan kepercayaan kepada Allah dan merangkumi rukun-rukun iman yang enam perkara dengan berdasarkan kepada keterangan dan nas yang qat’i, yang tidak wujud perselisihan ulama mengenainya.(Prof Dr Harun Din, 1988).

2

Page 3: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

2.1.2 Iman

Iman bermaksud membenarkan dengan hati dan berikrar dengan lidah serta beramal dengan ajaran-ajaran Allah swt yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.

2.1.3 Tauhid

Tauhid bererti mengesakan Allah swt yakni mengakui hanya Allah satu-satunya Tuhan yang wajib disembah dan melakukan segala suruhan serta meninggalkan segala laranganNya. Tauhid pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Asma wa al-Sifat. (Abu Ameenah Bilal Philip,1994)

i. Tauhid Uluhiyah (Ilah)

Uluhiyah berasal daripada perkataan Ilah yang bererti sesuatu yang dipuja dan disembah. Allah sebagai Ilah ialah Dia sahaja tuhan yang wajib disembah. Orang Islam yang beriman dangan keimanan yang sebenar, dia hanya menjadikan Allah sebagai tempat sembahan, bercinta hanya kepadaNya,merasa takut, sentiasa berharap dan berdoa, bertawakkal, patuh dan rendah diri hanya semata-mata kepadaNya. Dia tidak meletakkan Allah bersama-sama yang lain sebagai Ilah. Dalam kita memahami konsep Ilah, mari kita renungkan firman Allah :

(45:23)

Terjemahan:“Apakah kamu pernah melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan (Ilah)? ii. Tauhid Rububiyah (Rabb)

Rububiyah berasal daripada perkataan Rabb yang bermaksud pencipta, pemilik, pemerintah alam semesta, pemberi rezeki dan sebagainya. Hanya Allah yang mencipta makhluk bahkan apa yang manusia lakukan adalah tertakluk di bawah ketentuanNya jua. Hanya Allah sahaja sebagai Rabb dan tidak boleh sekali-kali menganggap yang lain sebagai Rabb atau bersama-sama Allah menjadi Rabb. Bukti Allah bersifat sebagai pencipta dapat dilihat menerusi firmanNya:

(7: 54)

3

Page 4: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

Terjemahan:”Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat dan (diciptakannya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, yang mencipta dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha suci Allah, tuhan semesta alam”.

iii. Tauhid Asma wa al-Sifat.

Erti Tauhid Asma wa al-Sifat ialah beriman kepada Allah melalui nama-nama Allah 99 dan Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan. Antara nama-nama Allah ialah:

Allah ( �ه� iaitu lafaz yang maha mulia merupakan nama dari zat Ilahi yang maha suci ( ٱللserta wajib adanya yang berhak memiliki segala pujian dan sanjungan. Adapun nama-nama lain bagi setiap nama itu menunjukkan suatu sifat Allah yang tertentu dan oleh itu ia juga

boleh dianggap sebagai sifat-sifat bagi lafaz yang maha agong iaitu Allah ( ه�� Antara .( ٱللnama-nama lain ialah:

Al-Hayy ( ل�ح�ى� iaitu Yang Maha Hidup dan menghidupkan makhluk-makhluk ( ٱ

yang lain. Al-Razzak ( اق� ز� Yang Maha Pemberi rezeki kepada seluruh ( ٱلر�

makhluk di muka bumi ini.Al-Alim ( ي� ��ع�ل م ) Yang Maha Mengetahui segala sesuatu secara terang mahupun tersembunyi.

2.2 Perkaitan antara Akidah,Iman dan Tauhid

Akidah, iman dan tauhid mempunyai pertautan yang sangat rapat iaitu akidah merupakan suatu pegangan dan di dalam pegangan itu ada bahagian-bahagiannya yang merupakan kepercayaan-kepercayaan tertentu iaitu keimanan. Melalui keimanan ini pula lah akan melahirkan rasa ketauhidan kepada Allah swt. Dengan kata lain, apabila seseorang itu mempunyai pegangan yang kuat kepada rukun iman, nescaya ia akan beriman kepada Allah swt dan sekaligus mengakui Allah swt sahaja lah Tuhan yang maha esa.

2.3 Asas-asas Akidah

Rukun iman merupakan asas akidah Islam. Kepercayaan manusia muslim mengenai alam, dan apa yang terkandung di dalamnya, hendaklah tidak terkeluar dari landasan-landasan rukun atau asas ini. Apabila dia membentuk pandangan dan sikap serta buah fikirannya mengenai masalah-masalah hidup, ia hendaklah melakukannya dengan berasaskan rukun iman ini. Rukun-rukun Iman itu enam perkara. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Iman itu ialah bahawa engkau percaya kepada Allah, malaikatNya,kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya,Hari kemudian dan dengan Penentuan Baik dan Buruk itu daripada Allah swt.”

(riwayat Muslim)

4

Page 5: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

2.3.1 Beriman kepada Allah swt

Konsep beriman kepada Allah meliputi kepercayaan bahawa Allah itu ada dan esa,percaya bahawa Ianya bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan, Dialah penjadi alam ini dan alam akhirat, Dialah yang menghidup dan mematikan, mempercayai bahawa semua mahkluk adalah milikNya, Dialah sahaja Allah ya’ni tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya. Beriman kepada Allah juga bermakna semua perkara di dalam kegiatan hidup kita ini adalah keranaNya dan melaksanakannya berpandukan kepada peraturan Allah swt (Prof Dr.Harun Din,1988).

2.3.1.1 Bukti Kewujudan Allah swt

Orang yang menerima akidah Islam mestilah mengetahui dan meyakini tentang kewujudan Allah swt. Menurut para ulama’, ada dua kaedah untuk membuktikan kewujudan Allah iaitu melalui ayat-ayat al-Qur’an (dalil naqli) dan hujjah akal (dalil aqli) .

Pertama

Melalui dalil naqli atau wahyu, iaitu hujjah di mana Allah swt sendiri merakamkan menerusi rasulNya bahawa Dia adalah Rabbul Alamin (pencipta, penguasa,pemilik).

Dalam al-Qur’an al-karim dan al-Sunnah, terdapat banyak rakaman ayat yang menunjukkan bahawa Allah adalah Rabb bagi alam ini. Firman Allah swt:

(1:2-4)

Terjemahan:”Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam. Yang amat pemurah lagi yang amat mengasihani. Yang menguasai pemerintahan hari pembalasan (hari akhirat)”.

Al-Qur’an menerangkan bahawa tidak percaya kepada Allah selepas melihat dan memerhati alam maya ini yang mempunyai hikmat dan rahsia yang besar adalah menunjukkan sikap degil manusia dan tidak peduli kepada kebenaran. Orang-orang mukmin ialah golongan manusia yang menerima dalil dengan insaf tentang alam maya yang membuktikan kewujudan Allah ( Prof Dr. Harun Din, 1988)

Menurut Dr. Martin Stanley, seorang sarjana Barat, sesungguhnya segala yang ada di alam semesta adalah membuktikan keesaan dan kewujudan Allah dan menunjukkan kekuasaanNya, di mana kami sebagai sarjana-sarjana yang mengkaji dan menyiasat tentang keadaan alam semesta dengan menggunakan cara-cara yang membuat kesimpulan , sebenarnya kami tidak melakukan apa-apa, hanya memerhati kesan-kesan kekuasaan dan kebesaran Allah swt ( Prof Dr.Harun Din, 1988).

Kedua

5

Page 6: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

Melalui logik akal (dalil akli), di mana setiap perkara yang wujud di alam ini ada Penciptanya. Lihatlah apa saja yang ada di sekeliling kita seperti komputer, televisyen, lori dan sebagainya. Semuanya ini dicipta oleh manusia dan mustahil semua benda ini wujud dengan sendirinya.

Kalau kita lihat lebih jauh lagi kepada makhluk lain seperti bulan, bintang matahari, gunung, lautan yang luas dengan ombak yang bergulung, siapakah agaknya yang maha berkuasa menciptakan itu semua?. Apakah ada orang yang mendakwa dialah yang menciptakan awan yang berarak cantik atau air sungai yang mengalir deras? Tiada siapa yang mengaku menciptakannya melainkan Allah Rabbul Alamin. Dialah yang mencipta segala-galanya dari udara , darat dan lautan. Walaupun nampak pada zahirnya manusia mencipta rumah, kasut, baju dan lain-lainnya tetapi pada hakikatnya ilmu dan kekuatan yang dimiliki itu adalah datang daripada Allah swt jua.

Sebenarnya manusia boleh membuat sesuatu kerana Allah kurniakan kepada mereka akal fikiran. Dari segi yang lain pula, bahan untuk membuat rumah, kasut, baju, basikal dan apa-apa saja ciptaan adalah bersumberkan bahan ciptaan Allah seperti bijih dari bumi, minyak dari dasar laut, kayu dari pokok dan lainnya.

2.3.1.2 Cara-cara mengenal Allah swt

Allah swt merupakan Pencipta yang Maha Agong. Dia telah mencipta alam ini dengan penuh kesempurnaan. Dengan memerhati alam tabi’i ini, akan tersingkaplah rahsia keagungan Pentadbir, Penguasa dan Pengatur yang sebenar alam ini. Manusia boleh mengenali Allah swt dengan dua cara iaitu :

a) Melalui ayat maktubah (al-Qur’an) Al-Qur’an merupakan kalam Allah yang merakamkan ayat-ayat yang merujuk kepada fenomena alam tabi’I dan manusia diminta untuk memikirkannya bagi mengenal Allah melalui tanda-tandaNya. Firman Allah :

(3:190)

Terjemahan:”Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda (kekuasaan,kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah ( bagi orang-orang yang berakal”.

b) Melalui ayat maftuhah (alam semesta)

Allah swt tidak menciptakan alam semesta ini dengan sia-sia kecuali ada manfaat dan kegunaannya. Manusia dituntut agar memerhati, mengkaji dan mengambil pengiktibaran di atas segala kurniaanNya. Melalui pengkajian dan penelitian ke atas alam ini, maka manusia akan meyedari dan menginsafi betapa hebatnya ciptaan Allah yang Maha Berkuasa seperti

6

Page 7: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

fenomena,tsunami, pergerakan gempa bumi, letusan gunung berapi, gerhana bulan, pergerakan bumi beredar mengelilingi matahari, kejadian tumbuh-tumbuhan dan lainnya termasuklah kejadian manusia itu sendiri sebagai satu makhluk yang sangat unik kejadiannya. Firman Allah:

(27.88)

Terjemahan: ”Dan kamu melihat gunung-ganang itu, kamu sangka ia tetap di tempatnya, pada hal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu;sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

2.3.2 Beriman kepada Malaikat

Adanya malaikat tidak dapat dikesan dengan penyelidikan dan pemikiran. Alam malaikat adalah abstrak dan sumber pengetahuan kita mengenainya ialah daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Kedua-duanya benar dan tidak palsu atau dusta. Beriman kepada malaikat adalah salah satu daripada rukun iman. Konsepnya ialah sebagai seorang Islam kita mesti mengetahui dan yakin bahawa Allah swt menjadikan para malaikat sebagai hamba dan pekerja-pekerjaNya.

2.3.2.1 Penciptaan Malaikat

Allah swt telah menciptakan malaikat daripada cahaya (nur) berdasarkan Hadith Rasulullah saw yang bermaksud:

“Dijadikan malaikat daripada cahaya, jin diciptakan dari nyala api dan Adam diciptakan dari apa yang diterangkan padamu semua”

(Riwayat Muslim)

Dengan keterangan hadis ini, ternyatalah bahawa malaikat itu makhluk halus yang ghaib dan tidak dapat disaksikan dengan pancaindera kerana ia bukanlah benda atau jisim. Malaikat sebagai makhluk Allah yang kuat, memiliki sayap-sayap yang banyak sehingga demikian membolehkan mereka melakukan pergerakan yang pantas. Sayap-sayap mereka adalah berbeza antara satu sama lain. . Ada yang mempunyai dua, tiga dan empat sayap bahkan lebih dari itu. Malaikat Jibril mempunyai 600 buah sayap. Firman Allah (35:1)

7

Page 8: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

Terjemahan: “Segala puji-pujian bagi Allah yang mencipta langit dan bumi, menjadikan malaikat sebagai utusan. Pada malaikat ada sayap-sayap; ada yang punya dua sayap, tiga sayap, empat sayap. Allah boleh menambahkan pada ciptaannya apa yang Allah kehendakki, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa terhadap segala-galanya”.

Malaikat juga boleh berupa dengan bermacam-macam bentuk dengan izin Allah. Biasanya ia datang kepada Rasulallah dalam bentuk cahaya dan ada juga yang datang ke bumi dalam bentuk manusia. Contohnya malaikat Jibril datang dalam satu majlis Rasulullah bersama dengan sahabat-sahabatnya. Jibril berupa seorang lelaki dan bertanya Rasulullah beberapa persoalan tentang Islam, Iman dan Ihsan.

Malaikat tidak makan dan tidak minum, juga bukan lelaki dan bukan perempuan, mereka tidak tidur , tidak mempunyai nafsu, tidak mempunyai kuasa memilih dan seumpamanya.

Jumlah malaikat ini tidak terhingga banyaknya. Dari segi nisbahnya, boleh dihitung sebagai berikut tetapi bukanlah suatu nilai yang tepat iaitu : (Ismail Kamus,1993)i. Manusia = 1%ii. Jin = 9%iii. Malaikat 90%

2.3.2.2 Tugas Malaikat

Para malaikat telah ditugaskan oleh Allah swt memegang jawatan-jawatan yang tertentu dan bertanggungjawab dalam banyak perkara. Tabiatnya semata-mata patuh dan tidak pernah menderhakai Allah swt. Firman Allah swt:

(16:49-50)

Terjemahan:”Dan bagi Allah jua lah tunduk sujud apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dari makhluk dan juga para malaikat, sedang mereka (malaikat) tidak menyombongkan diri. Mereka takut kepada Tuhan mereka yang berkuasa atas mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka)”.

Antara tugas para malaikat ialah:

a) Membawa wahyu kepada para nabi dan rasul. Firman Allah swt: (2:97)

8

Page 9: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

Terjemahan: “Katakanlah:’(wahai Muhammad) barang siapa yang menjadi musuh Jibril maka sebenarnya Jibril itu menurunkan wahyu ke dalam hati kamu dengan izin Allah;membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman”.

b) Bertasbih , patuh serta sujud kepada Allah. Firman Allah:

)7:206(

Terjemahan:“Sesungguhnya semua malaikat yang ada di sisi Tuhanmu (Allah) mereka tidak menyombong diri dan tidak enggan beribadah menyembah Allah, mereka bertasbih dan sujud kepadaNya”.

c) Menanggung arash Allah. Firman Allah:

(69:16-17)

Terjemahan:“Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu lemah (dan runtuh), malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjuru, dan arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh delapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu”.

d) Ditugaskan untuk mencatatkan amalan manusia. Firman Allah:

(82:10-11)

Terjemahan: “Padahal sesungguhnya ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasi (pekerjaanmu),yang mulia di sisi Allah dan yang mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu)”.

Demikianlah di antara contoh tugas malaikat. Mereka juga memikul peranan di akhirat seperti memberi salam kepada ahli syurga, mengazab ahli neraka dan sebagainya. Segala apa yang Allah kehendakki biasanya diperintahkan malaikat untuk melaksanakannya.

Pada hakikatnya Allah Maha Berkuasa untuk melakukan sesuatu tanpa menggunakan perantaraan malaikat kerana Allah Maha Suci dari sebarang kekurangan dan kelemahan.

9

Page 10: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

Adapun hikmah Allah menggunakan malaikat ialah menampakkan keagungan dan kehebatan Allah yang punya kerajaan dan pemerintahan yang sangat besar dan kuat.

2.3.3 Beriman kepada Kitab-kitab

Beriman kepada kitab-kitab Allah juga salah satu daripada rukun iman di dalam Islam. Kitab Allah mengandungi segala pengajaran Allah yang disampaikan oleh para nabi dan rasul samada titah perintah, larangan, panduan, nasihat, peringatan, petunjuk dan sebagainya kepada umat mereka itu.

Kitab –kitab Allah terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

i. SuhufSuhuf merupakan pedoman yang tidak begitu lengkap yang mana kandungannya hanya penjelasan hukum-hukum dasar yang perlu diterangkan kepada manusia umumnya. Suhuf ini hanya berjumlah 100 buah iaitu diberikan kepada nabi Shith (50 buah), nabi Idris (30 buah), nabi Ibrahim (10 buah) dan nabi Allah Musa (10 buah) (Ismail kamus, 1993)

ii. KitabSementara kitab pula ialah satu peraturan yang lengkap untuk segala peraturan dan dasar ketuhanan baik yang berhubung dengan dunia mahupun akhirat, yang berhubung dengan perkara zahir mahupun batin. Jumlah kitab adalah empat iaitu Taurat diberikan kepada nabi Musa a.s, kitab Zabur untuk nabi Daud a.s, kitab Injil diberikan kepada nabi Isa a.s dan kitab al-Qur’an dianugerahkan oleh allah swt kepada nabi Muhammad saw.(Ismail kamus, 1993).

Antara contoh firman Allah:

(17:55).

Terjemahan:“Dan Kami telah berikan kepada Daud kitab Zabur”Kepada Nabi Musa, Allah turunkan Taurat dan kepada Isa dikurniakan kitab Injil. Firman Allah:

(5:46)

Terjemahan:“Kami iringkan jejak mereka dengan mengutus Isa Putra Maryam supaya membenarkan apa yang terdahulu daripadanya iaitu Taurat. Kami memberikan Injil

10

Page 11: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

kepadanya yang mengandungi petunjuk dan cahaya kebenaran membenarkan apa yang dahulu daripadanya iaitu Taurat untuk menjadi petunjuk dan nasihat bagi orang-orang yang bertaqwa”

Tujuan kitab-kitab diturunkan oleh Allah adalah untuk memberi petunjuk kepada manusia ke arah jalan yang betul. Manusia sejak dahulu hingga hari kiamat memerlukan panduan daripada Allah untuk menjalani kehidupan mereka. Allah yang menciptakan manusia dan juga seluruh makluk lain , maka sudah pasti Dia maha mengetahui keperluan dan panduannya. Oleh itu, dengan sifat kemurahan dan keadilanNya, Allah menghantar wahyu melalui Rasul sebagai panduan kepada umat manusia. Nabi Muhammad sebagai rasul terakhir membawa Kitab al-Qur’an sebagai pelengkap segala kitab-kitab terdahulu. Justeru itu, sebagai umat Islam, kita dituntut memiliki, membaca serta memahami segala isi kandungannya dan seterusnya menghayati serta mengamalkan apa yang disebut di dalam al-Qur’an al-karim agar dengan nya kita menjadi insan soleh yang diredhai oleh Allah swt.

2.3.3.1 Persamaan dan perbezaan antara al-Qur’an dengan kitab-kitab lain

Persamaan

Semua kitab-kitab Allah yang diturunkan membawa konsep akidah tauhid yang sama iaitu mengajak manusia menyembah Allah swt, mentauhidkanNya dan supaya mereka menjauhi taghut (anasir kesesatan).

Perbezaan

Dari segi konsep keimanan antara al-Qur’an dengan kitab-kitab lain di mana beriman dengan al-Qur’an bukan sekadar percaya bahawa al-Qur’an itu daripada Allah tetapi lebih dari itu mesti mempelajari, memahami dan melaksanakannya. Manakala kitab-kitab lain kita hanya diperintah mempercayaainya sahaja tanpa dituntut untuk mempelajarinya kerana kita telah mempunyai al-Qur’an yang lebih lengkap.

i) Dari segi kandungan; al-Qur’an mengandungi isi kandungan yang syamil dan lengkap, manakala kitab-kitab lain tidak syamil dan belum sempurna kerana wahyu-wahyu akan diturunkan seterusnya dari semasa kesemasa sehinggalah wahyu sempurna sepenuhnya dengan turunnya al-Qur’an.

ii) Dari segi keaslian; al-Qur’an tetap asli tidak ada perubahan dan tidak mampu dipinda oleh sesiapa pun manakala kitab-kitab lain berubah dan tidak asli.

iii) Al-Qur’an sesuai untuk semua zaman dan tempat, manakala kitab-kitab lain untuk tempoh tertentu sahaja.

iv) Bahasa al-Qur’an adalah bahasa Arab yang hidup pemakaiannya sepanjang masa iaitu sentiasa digunakan oleh ramai dan banyak negara di seluruh dunia berbanding dengan kitab-kitab lain yang bahasanya telah pupus dan tidak lagi dipakai oleh manusia

11

Page 12: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

2.3.4 Beriman kepada para rasul

Setiap muslim wajib percaya bahawa Allah telah mengutuskan rasul-rasul dari kalangan manusia untuk mengajak manusia menyembah Allah yang satu..

Firman Allah :

( 16:36)

Terjemahan:“Dan Kami telah mengutuskan kepada ummah seorang rasul untuk mengajak manusia menyembah Allah dan menjauhi taghut”.

Di samping itu, rasul juga diutus untuk memberi perkhabaran baik terhadap mereka yang melakukan kebaikan dan ancaman buruk terhadap mereka yang melakukan kejahatan.Firman Allah swt:

(1:151)

Terjemahan:”(Nikmat berkiblatkan kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat Kami) mengutuskan kepada kamu seorang rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu,dan membersihkan kamu(dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan kitab (al-Qur’an) serta hikmah kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui”.

Orang yang menerima wahyu daripada Allah disebut Nabi. Nabi yang disuruh Allah menyampaikan wahyu itu dalam bentuk syariat disebut rasullullah. Sebab itu, seorang rasul adalah nabi tetapi seorang nabi belum tentu menjadi rasul. Jumlah rasul adalah seramai 313 orang tetapi yang disebut di dalam al-Qur’an seramai 25 orang. Sedangkan jumlah nabi yang disebut di dalam salah satu hadith riwayat dari pertanyaan Abu Zar kepada nabi menurut Riwayat Marduyah berjumlah 124,000 orang (Harun Din, 1988).

Manusia mestilah mengikut jejak langkah para rasul dengan mengaplikasi sifat-sifat rasul ke dalam diri setiap individu. Selain itu bersabar dan tabah hati dalam mencontohi para rasul sebab sudah jelas bahawa tindakan para rasul itu mencerminkan suatu teladan yang tinggi nilainya bahkan itulah merupakan kehidupan yang suci dan bersih yang dikehendakki oleh Allah swt (Sayid Sabiq, 1996).

12

Page 13: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

2.3.4.1 Peranan Rasul

Para rasul sebenarnya mempunyai tugas yang sama atau dengan perkataan lain mereka pemangku kesatuan risalah ketuhanan. Mereka bertugas mengajar manusia mengenal Tuhannya dengan pengetahuan yang sebenar. Bertugas mengajar manusia tentang akidah dan ibadat mengikut garis-garis yang ditentukan Allah, memandu manusia di dalam kehidupan di dunia ini supaya membersihkan rohaninya, bebas dari penghambaan hawa nafsu agar manusia menjadi insan kamil. Dengan demikian mereka telah memimpin manusia agar sentiasa berkekalan di atas fitrahnya dan fungsinya selaku khalifah Allah di bumi (Harun Din,1988)

Manusia tanpa rasul yang menyibarkan risalah Allah sudah pasti akan mengalami kesesatan dan kekacauan, kezaliman dan berbagai akibat. Justeru itu Allah mengutuskan rasul bagi mengelakkan manusia daripada terjerumus ke lembah kedurjanaan itu.

2.3.4.2 Kebenaran Rasul

Allah taala telah menyokong para rasul dengan berbagai mukjizat supaya manusia membenarkan seruannya masing-masing. Mukjizat itu ialah perkara luarbiasa yang menakjubkan akal fikiran manusia kerana ia terjadi di luar kekuasaan manusia tanpa mengikut undang-undang logik dan undang-undang ilmu manusia. Antara mukjizat tersebut seperti Nabi Ibrahim a.s yang tidak hangus ketika dibakar dengan api. Firman Allah

(21:68-69)

Terjemahan:”(setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: “bakarlah dia dan bela lah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!”. Kami berfirman:” Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim”.

2.3.4.3 Nabi Muhammad rasul terakhir

Risalah nabi Muhammad adalah penutup semua risalah dari langit dan ia membatalkan risalah yang terdahulu daripadanya kerana bentuknya yang tidak dibataskan dengan sebarang ruang dan waktu serta sesuai dengan segala zaman, segala keadaan dan semua umat manusia.(Harun Din, 1988). Firman Allah swt (33:40):

13

Page 14: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

Terjemahan:”Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang lelaki daripada kamu, tetapi ia adalah Rasulullah dan penutup segala nabi-nabi, dan Allah adalah Maha Mengetahui segala sesuatu”.

Ayat ini menjelaskan bahawa sejak kewafatan baginda Rasulullah iaitu selama lebih kurang 14 abad yang lalu, maka sudah tiada lagi lagi nabi atau rasul selepas baginda saw.

2.3.5 Beriman kepada Hari akhirat

Faksafah Islam memandang bahawa apabila seseorang muslim itu yakin kepada Allah Yang Maha Esa , logiknya ia akan percaya kepada hari akhirat. Ini kerana tuhan mewajibkan kehidupan di dunia nyata ini akan dilanjutkan oleh kehidupan akhirat yang ghaib bagi manusia setelah mereka mati. Akhirat bagi seseorang ialah bermula dengan kematiannya. Mati dari persepktif Islam ialah perpindahan dari alam dunia yakni alam percubaan ke alam akhirat iaitu alam balasan yang kekal abadi.

2.3.5.1 Dalil-dalil kewujudan Hari Akhirat

Yang pertama : Dalil naqli iaitui dalil menerusi wahyu Allah yang menyatakan tentang alam kehidupan selepas mati untuk dikira amalan tiap-tiap individu yang dilakukan semasa hayatnya di alam dunia dahulu.

Firman Allah swt:

(22:1-2)

Terjemahan:“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang nmengerikan) itu, tiap-tiap ibu yang menyusukan akan melupakan anak yang disusukan, dari tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugur anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat ”.

Keduanya dalil aqli seperti rata-rata manusia yang hidup dari dulu hingga kini samada yang mendiami di kota atau di desa, samada pandai atau jahil, pastinya mempunyai perasaan halus bahawa selepas kehidupan di dunia ini, ada satu lagi kehidupan yang berikutnya untuk seseorang mendapat keadilan yang tidak diperolehinya di alam dunia yang sementara ini. Di akhiratlah manusia akan dibalas dengan balasan yang setimpal dengan amalan samada baik atau jahat.

14

Page 15: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

2.3.5.2 Peringkat-peringkat di hari akhirat

i) Alam Kubur (Barzakh)

Akhirat bagi seseorang bermula dengan kematiannya. Peringkat pertama seseorang itu di akhirat ialah berada di alam kubur. Hubungannya dengan alam zahir sudah terputus. Hanya perbuatan amalannya sahaja untuk diberi perhitungan di alam kubur. Orang lain tidak dapat menolong dan menebus segala dosanya kecuali dirinya sendiri. Alam kubur juga disebut sebagai alam barzakh.(ismail Kamus, 1993) Ini menunjukkan bahawa apabila bermula kematian seseorang , maka akan bermulalah penerimaan balasan ke atasnya samada baik atau buruk. Semuanya bergantung kepada seseorang itu ketika ia berada di dunia. Dalam hadis Rasulullah, baginda pernah menegaskan bahawa kubur itu samada ia menjadi satu taman daripada taman syurga atau satu lubang daripada lubang neraka. amalan. Allah juga menjelaskan bahawa semua manusia akan berada di alam kubur menerusi firmanNya:

(22:7)

Terjemahan:”Dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tidak ada keraguan padanya;dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur”.

ii) Hari Kebangkitan.

Setelah beberapa lama berada di alam kubur, seterusnya manusia akan dibangkitkan . Allah berfirman :

( 58:6)

Terjemahan:“Pada hari Allah membangkitkan mereka semua kemudian Allah memberitahu kepada mereka tentang apa yang mereka kerjakan. Allah telah membuat perhitunganNya sedang mereka telah melupakannya dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu”.

iii) Manusia Dihimpunkan

Selepas seluruh manusia dibangkitkan, mereka pula akan dihimpunkan di satu tempat yang dinamakan mahsyar (tempat perhimpunan). Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Manusia dikumpul pada hari kiamat kepada tiga golongan; satu golongan berjalan kaki satu, golongan lain berkenderaan dan golongan ketiga berjalan dengan muka-muka mereka. Para

15

Page 16: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

sahabat bertanya:’Ya Rasulullah! Bagaimana mereka dapat berjalan dengan muka?Baginda menjawab,Allah Maha Berkuasa menjadikan manusia berjalan dengan kaki, maka sudah pasti Allah berkuasa menjadikan manusia berjalan dengan muka-muka mereka. Alangkah sukarnya mereka yang berjalan dengan muka kerana terpaksa menjaga muka dari tanah-tanah benjol dan berduri”.

(Riwayat Tirmidzi)

iv) Pembentangan Amalan

Di padang mahsyar nanti, akan berlaku proses pembentangan amalan. Setiap orang akan dapat melihat amalan yang mereka lakukan samada kecil atau besar, baik atau sebaliknya. Firman Allah swt::

(99:7-8)

Terjemahan:“Dan sesiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarrah ia akan dapat melihatnya dan juga sesiapa melakukan kejahatan walau sebesar zarrah sekalipun, ia tetap akan melihatnya”

v) Kiraan dan Timbangan Amalan

Seterusnya semua amalan manusia akan dikira atau dihisab sebelum ditimbang oleh Allah azza wa jalla. Sesiapa yang berat dosanya daripada pahalanya akan dimasukkan ke dalam neraka dan sebaliknya sesiapa yang berat pahalanya daripada dosanya akan dimasukkan ke dalam syurga. Namun begitu, bentuk /cara pertimbangan itu hanya berada di dalam pengetahuan Allah jua. (Ismail Kamus, 1993). Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Tidak berganjak tapak kaki seseorang hamba sehingga dia disoal tentang umurnya untuk apa dihabiskan dan ilmunya untuk apa dipergunakannya dan tentang hartanya dari mana ia perolehi serta apa dibelanjakan dan dirinya untuk apa dipergunakan”

(Riwayat Tirmidzi)

Firman Allah swt:

( 21:47)

16

Page 17: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

Terjemahan:“Kami tegakkan neraca keadilan pada hari qiamat sehingga tidak seorang diripun yang akan dizalimi sedikitpun dan amalan sekecil biji sawi amalan seseorang itu akan tetap ditimbangkan juga dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan” .Allah swt seterusnya menjelaskan hal ini menerusi frimanNya iaitu:

(101: 6-9)

Terjemahan:”Sesiapa yang berat timbangan pahalanya maka ia dimasukkan ke dalam kehidupan yang diredhai dan sesiapa yang ringan timbangan pahalanya maka mereka inilah yang akan mendapat neraka Hawiah. Apakah engkau mengetahui ya Muhammad apakah neraka Hawiah itu? Iaitulah neraka yang sangat panas”.

vi) Meniti titian (al-Sirat)

Tahap seterusnya ialah setiap orang pasti melalui titian (al-sirat). Setiap mukmin diperintahkan supaya meniti titian menyeberangi ke syurga tetapi di bawahnya api neraka. Sesiapa yang beramal dengan kebaikan, ia akan terus menuju ke syurga dan sesiapa sentiasa berbuat dosa akan jatuh ke dalam neraka yang sangat panas itu bergantung kepada banyak mana dosa yang telah ia lakukan. (Ismail kamus, 1993). Dalam hal ini, Allah swt telah merakamkan di dalam firmanNya:

Firman Allah :

(101:6-11)

Terjemahan:“Dan setiap yang berat timbangan amalan baiknya, maka ia akan hidup dalam keredhaan Allah di akhirat dan mereka yang ringan timbangan baiknya akan dikembalikan kepada Hawiah. Apakah itu Hawiah itu? Iaitu api yang membakar”.

vii) Balasan Syurga dan Neraka

Banyak nas-nas al-Qur’an merakamkan bahawa orang yang berat timbangan amalan baiknya akan dimasukkan ke syurga dan sebaliknya orang yang berat amalan jahatnya akan ditempatkan di dalam neraka.

17

Page 18: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

(19:71-72)

Terjemahan:”Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya;(yang demikian) adalah satu perkara yang mesti ( berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertakwa, dan Kami akan biarkan orang-orang yang zalim ( dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di dalam neraka itu”.

2.3.6 Beriman kepada Qada dan Qadar Allah swt

Beriman kepada qada dan qadar Allah ialah mempercayai bahawa segala sesuatu yang terjadi dan peristiwa-peristiwa yang berlaku adalah menurut ketentuan dan ketetapan Allah swt. Allah berfirman:

(28:68)

Terjemahan:”Dan Tuhanmu meciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dialah juga yang memilih(satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan), tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih ( selain daripada pilihan Allah). Maha suci dan maha tinggi Allah keadaannya dari apa yang mereka sekutukan denganNya”.

Ketentuan Allah ke atas manusia dapat dibahagikan kepada dua:

i. Ketentuan Allah ke atas alam semulajadi yang mengandungi sebab dan akibat seperti api membakar, makan boleh mengenyangkan dan seumpamanya. Itu semua adalah ketetapan Allah yang tidak boleh dipertikaikan lagi kebenaran kewujudannya. Firman Allah:

(13:8)

18

Page 19: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

Terjemahan:“Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan dan kandungan rahim yang kurang sempurna dan yang bertambah.Dan setiap perkara mempunyai ketentuan di sisi Allah”.

ii. Takdir atau ketentuan Allah terhadap makhlukNya khususnya manusia. Allah swt menentukan seseorang dilahirkan lelaki atau perempuan, cacat atau sempurna kejadian, bangsa Melayu, Cina, India atau lainnya. Ini semua adalah takdir Allah swt dan jelas termaktub di dalam SunnahNya.

Dalam pengertian kedua ini, seseorang itu tidak ada pilihan seperti ia dilahirkan lelaki atau perempuan, sempurna atau cacat walaupun kadang-kadang ada sebab-sebab tertentu kenapa seseorang bayi dalam kandungan itu lelaki atau perempuan dan kenapa ada bayi dilahirkan cacat dan lainnya.

Allah berfirman:

(28:68)

Terjemahan:“Dan Allah mencipta apa yang dikehendakki dan Dia yang memilih . Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka, maha suci Allah dari apa yang mereka sekutukan”.

Dari ayat di atas, dapat kita fahami bahawa seseorang bayi dilahirkan lelaki adalah pilihan dan ketentuan Allah bukan daripada pilihan kita sendiri. Kita sebagai manusia dituntut agar berikhtiar dan bertawakkal sepenuhnya.

2.3.6.1 Kepentingan beriman dengan qada dan qadar i. Sekiranya seseorang muslim itu memahami konsep qada dan qadar dengan cara yang betul, nescaya ia akan memperolehi kehidupan yang bahagia kerana dia bersedia menerima segala ketentuan yang telah ditakdirkan kepadanya dengan lapang dada dan hati yang terbuka.

ii. Seterusnya apabila seseorang itu diuji oleh Allah swt dengan pelbagai ujian dan cabaran, sudah pasti ia tidak akan mudah berputus asa, mengalah atau kecewa kerana ia sedar bahawa semua yang Allah timpakan kepadanya adalah dugaan bagi menguji keimanannya dan dalam kondisi begini, ia akan bersifat reda di atas ketentuan Ilahi.

iii. Qada dan qadar Allah mengandungi pelbagai hikmah di sebaliknya. Individu muslim yang sentiasa menerima ketentuan Allah tanpa merungut akan menjadikan hidup mereka lebih tenang dan damai, yang akhirnya mereka akan memperolehi kehidupan yang lebih cemerlang dan bahagia di dunia ini.

19

Page 20: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

2.3.6.2 Kekeliruan dalam Memahami Konsep Takdir

Terdapat kekeliruan dan kejanggalan yang wujud dalam kehidupan manusia berkaitan dengan takdir adalah disebabkan kejahilan ataupun mereka menolak keimanan konsep takdir secara sengaja.

Oleh yang demikian, suatu kejahatan yang dibuat seperti berzina, mencuri, minum arak dan lainnya apabila ditangkap ia mendakwa bahawa Allah takdirkan ia mencuri, Allah takdirkan ia berzina dan sebagainya. Sedangkan konsep takdir yang diajar oleh al-Qur’an dan al-Sunnah sudah jelas menerangkan tentang dakwaan itu bercanggah dengan ajaran Islam.

Dalam Islam, Allah menyuruh manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Di samping itu, manusia juga dianugerahkan akal yang berperanan membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Kenapa pula apabila seseorang itu melakukan kejahatan, ia terus menuduh dan menyalahkan Allah yang takdirkan ia lakukan dosa tersebut. Sedangkan apabila ia melakukan kebaikan, tidak pula ia sandarkan kepada Allah swt yang takdirkan ia membuat kebaikan tersebut.

2.3.6.3 Sikap Orang Islam dalam Menerima Takdir Allah

i) Menerima dengan reda terhadap apa yang ditakdirkan oleh Allah kerana Allah Maha Adil dan tidak mungkin melakukan kezaliman terhadap makhlukNya. Apa yang Allah tentukan kepada manusia di luar dari pilihan manusia adalah kebijaksanaan dan keadilan Allah. Ada sesuatu hikmah di sebalik ketentuan itu. Mungkin apa yang kita rasa baik, adalah buruk bagi kita dan demikianlah sebaliknya. Allah maha Mengetahui segala-galanya. Friman Allah:

(1:216) Terjemahan:”Diwajibkan atas kamu berperang, pada hal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat brtuk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”.

ii) Mestilah bersabar sekiranya Allah takdirkan sesuatu yang buruk berlaku ke atas diri kita. Mungkin di sebalik apa yang berlaku itu ada sesuatu yang baik yang Allah akan anugerahkan kepada kita dan hikmah berlaku sesuatu peristiwa itu hanya di dalam pengetahuan Allah swt sahaja.

iii) Bersyukur sekiranya Allah takdirkan sesuatu yang baik serta reda sekiranya sesuatu yang datang kepada kita itu, tidak kita sukai. Sifat syukur adalah sifat mahmudah yang sepatutnya dimiliki oleh setiap manusia muslim. Allah menyintai orang-orang yang sentiasa bersyukur di atas segala anugerahNya.

20

Page 21: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

iv) Sentiasa berusaha dan berwaspada dalam kehidupan seharian. Jangan menunggu takdir Allah tanpa berbuat sesuatu. Setelah berusaha bersungguh-sungguh kemudian diiringi dengan doa. Kita dituntut agar bertawakkal dan menerima ketentuan yang telah ditentukan oleh Allah swt dengan berlapang dada.

v) Sentiasa berdoa agar Allah selamatkan kita di dunia dan akhirat kerana doa adalah senjata yang paling tajam bagi orang-orang Islam. Doa adalah jalan terakhir untuk kita berserah kepada Allah swt dalam sesuatu perkara. Rasulullah pernah menegaskan di dalam hadis baginda bahawa doa itu adalah senjata orang mukmin.

2.4 Pembinaan dan Pengukuhan Akidah

Di dalam mengharungi dunia tanpa sempadan hari ini, manusia didedahkan dengan pelbagai fenomena yang mana sekiranya seseorang itu tidak mempunyai keimanan dan ketaqwaan yang teguh kepada Allah swt, akan memungkinkan dirinya terjerumus ke kancah kejahatan atau penderitaan. Justeru itu bagi menangkis segala senario buruk yang bakal berlaku,maka akidah perlu disemai, dibina serta diperkukuhkan dengan pelbagai kaedah.

i. Umat Islam boleh membina akidah melalui pemahaman mereka mengenai konsep Islam yang sebenarnya dan memahami konsep akidah secara khusus. Kefahaman yang telus tentang isi kandungan Islam dan perkaitannya dengan akidah akan menjadikan seseorang muslim itu teguh jiwanya, imannya tidak mudah goyah kerana pengisian dan pengamalan ke atas kedua-dua kandungan itu akan menjadikan dirinya melaksanakan apa yang dituntut secara ikhlas dan reda.

ii. Seterusnya untuk membina akidah yang teguh, umat Islam hendaklah membersihkan hati dengan cara meninggalkan dosa dan melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah swt. Mengerjakan ibadah adalah salah satu cara yang terbaik untuk seseorang muslim sentiasa bertaqarrub atau menghampirkan diri kepada Allah swt. Ibadah yang tulus kerana Allah akan diberi ganjaran pahala dan menjadikan hidup lebih diberkati serta dirahmati. Ini secara tidak langsung akan menghindari diri individu itu daripada melakukan kemaksiatan dan dosa.

iii. Di samping itu, faktor ketiga untuk membina dan mengukuhkan akidah ialah sentiasa berjihad melawan hawa nafsu dan syaitan serta beriltizam dengan Islam. Kedua-dua elemen di atas adalah musuh manusia yang paling utama. Syaitan telah bersumpah untuk menyesatkan manusia dengan apa cara sekalipun manakala nafsu pula ialah jiwa yang kotor yang mengingkari nikmat Allah, mengingkari iman dan Islam di samping sentiasa mendorong kearah kejahatan . Beramal dan berpegang teguh dengan amal yang benar,mencari petunjuk dan jalan agama yang betul, mempunyai azam yang kuat untuk berubah serta mengukuhkan hubungan dengan Allah antara jihad yang diperlukan untuk membina akidah kembali mantap.

iv. Sentiasa bersama-sama bergaul dengan orang-orang soleh dan mencari suasana yang baik adalah antara faktor ke arah pengukuhan akidah. Orang-orang soleh atau para ulama adalah pewaris para nabi. Mereka melaksanakan segala suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya tanpa ragu-ragu. Diri mereka selalu dihiasi dengan sifat-sifat mahmudah dan kehidupan mereka di bawah naugan Allah swt . Individu yang berada di dalam suasana begini akan merangsang dirinya untuk menjejaki langkah-langkah para solihin dan secara tidak langsung akidah mereka tetap terpelihara.

21

Page 22: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

v. Sifat paling utama yang perlu ada pada setiap peribadi muslim ialah berwaspada dengan segala bentuk kemaksiatan dan kemungkaran yang mengelilingi mereka. Sekiranya mereka terlibat, sentiasalah bersegera dalam melakukan taubat, berdoa dan beristighfar kepada Allah swt walaupun dalam perkara-perkara kecil. Bertaubat adalah salah satu mekanisma pembersihan rohani untuk tunduk mengabdikan diri kepada Allah swt. Rasulallah saw; meskipun baginda seorang yang maksum, namun baginda sentiasa bertaubat dan memohon ampun daripada Allah pada setiap hari. Ini kan pula kita sebagai manusia biasa, wajib kita memohon ampun dan bertaubat sekiranya melanggari sekecil-kecil perkara yang dilarang oleh Allah swt.

2.5 Faktor-faktor Pembatalan Akidah

Akidah dikira sebagai asas Islam. Tanpanya tidak tertegaklah Islam dan kehidupan individu. Kerosakan akidah mengakibatkan runtuh pegangan Islam seseorang. Akidah boleh menyeleweng , rosak atau batal melalui beberapa bentuk. Antaranya ialah:

i. Melalui iktiqad di dalam hati. Hati yang tidak yakin atau ragu-ragu terhadap sebahagian dari ajaran Islam yang terdapat di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Mengiktiqadkan apa yang dibawa oleh Rasulallah itu semuanya dusta. Meyakini bahawa dirinya atau orang lain mempunyai sifat-sifat kesempurnaan dan bukannya Allah swt. Orang sebegini dikategorikan sebagai syirik kepada Allah azza wa jalla (Abdul Majid az Zindani, 1996).

ii. Melalui perbuatanAkidah juga boleh terbatal melalui perbuatan iaitu syirik kepada Allah seperti memuja dan menyembah selain Allah seperti patung, batu, pokok, kubur dan selainnya. Selain itu berdoa dan memohon kepada selain Allah seperti memohon kepada roh, menilik nasib pada bomoh, pawang dan sebagainya. Barangsiapa yang memaki al-Qur’an, memaki Rasul atau memaki salah seorang dari nabi-nabi sesungguhnya batallah akidahnya dan dia menjadi kafir samada perbuatan itu secara bergurau , bermain-main ataupun dengan bersungguh-sungguh. Ijma’ ulama telah mengkafirkan seseorang muslim yang mencampakkan mushaf ataupun mencampakkan satu juzuk daripada mushaf al-Qur’an ataupun melumurkan mushaf itu dengan kekotoran dan sebagainya.(Abu Ameena Bilal Philips, 1994)

iii. Melalui percakapan atau perkataan seseorang yang mengeluarkan kata-kata yang bertentangan dengan konsep akidah Islam. Contohnya mereka yang bersumpah dengan agama yang lain daripada Islam kerana untuk mendustainya. Maka disaat ini ia dikategorikan sebagai murtad. Akidah juga dikatakan terbatal jika ia mengatakan Islam tidak sesuai untuk dilaksanakan di sepanjang zaman. Termasuk juga membohongi, memarahi dan membenci Rasulallah atau ajaran yang disampaikannya.

2.6 Peranan Akidah Dalam Pembangunan Ummah

Dalam usaha memantapkan kualiti ummah, terlebih dahulu diusahakan ke atas pemantapan keimanan yang berlandaskan akidah yang benar, supaya akan hadir dalam hati perasaan ghairah untuk mempelajari agama dan membina asasnya yang sempurna. Ini adalah kerana

22

Page 23: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

tegaknya agama itu adalah berasaskan kepada akidah. Apabila mantapnya akidah, maka mantap pulalah keimanan seseorang. Ilmu tentang akidah akan memperbetulkan kedudukan iman dan iman itu pula perlu ditingkatkan prestasinya dengan usaha yang semaksima mungkin, agar mencapai hakikat keimanan yang sempurna dan mempraktikkannya dalam setiap inci kehidupan.

Akidah berjaya memainkan peranan yang penting di dalam pembangunan ummah pada hari ini. Antaranya ialah:

i. Melahirkan ummah yang tunduk dan patuh kepada ajaran Allah dan RasulNYa.

Ummah yang mempunyai akidah yang kukuh akan mengaplikasikan segala perintah Allah swt dan rasulNya dengan penuh kesedaran diri dan penuh kerelaan tanpa dipaksa oleh sesiapa. Sementara golongan yang tidak memiliki kekuatan dan kedalaman akidah, mereka tidak berupaya untuk melaksanakan segala suruhan Allah yang telah ditaklifkan ke atas mereka. Hal ini telah dirakamkan oleh Allah swt dalam firmanNya:

(72:14-15)

Terjemahan:“Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang taat dan ada (pula) orang-orang yang menyimpang dari kebenaran. Barangsiapa yang taat, maka mereka itu benar-benar telah memilih jalan yang lurus. Adapun orang-orang yang menyimpang dari kebenaran , maka mereka menjadi kayu api bagi neraka jahannam” Justeru itu, ummah yang berakidah tidak akan sekali-kali melakukan sebarang kemungkaran samada secara terang-terangan atau sembunyi kerana mereka sangat yakin bahawa Allah sentiasa memerhati segala perbuatan mereka walaupun sebesar biji sawi.

ii. Melahirkan ummah yang mempunyai halatuju dan matlamat hidup yang jelas.

Ummah yang berakidah mempunyai sifat yang tersendiri ya’ni memahami dengan jelas misi, visi dan halatuju hidup mereka samada untuk kepentingan duniawi mahupun ukhrawi. Penyelarasan segala urusannya akan tetap berlandaskan pengabdian diri kepada Allah swt sahaja. Kerana itu, semua tindakan dan apa jua kerjaya atau profesion yang mereka ceburi adalah selari dengan matlamat penciptaan mereka sebagai hamba Allah swt. Ini bersesuaian dengan firman Allah swt yang menyebut bahawa seluruh kehidupan kita termasuk solat, ibadah, kematian hanyalah untukNya jua.Firman Allah:

23

Page 24: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

(6:162-163)

iii. Melahirkan ummah yang memiliki keperibadian unggul

Ummah yang berakhlak adalah manifestasi dari ummah yang berakidah. Dengan kata lain, tanpa akidah tidak mungkin sesuatu ummah itu memiliki akhlak yang mulia. Pelbagai senario songsang yang wujud mutaakkhir ini merupakan jawapan yang paling jelas bahawa dunia hari ini sedang menghadapi konflik moral atau akhlak yang kronik. Justeru itu, akidah memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukkan syakhsiyyah ummah pada masa kini dan akan datang.

Semua sarjana Muslim bersetuju mengatakan bahawa akidah adalah pemangkin kepada pembinaan peribadi mulia. Umat Islam hari ini tidak menghiraukan kepentingan akidah sehingga mereka lalai dengan ideologi-ideologi dan falsafah-falsafah Barat yang telah memesongkan hati-hati mereka. Mereka bernaung di bawah sistem buatan manusia seperti Kapitalisme, Liberalisme, Pragmatisme, Sekularisme dan sebagainya. Mereka yang mengamalkan sistem ini bererti mereka sudah tidak membulatkan pengabdian diri kepada Allah swt, sebaliknya berkiblatkan kepada fahaman-fahaman tersebut.

iv. Melahirkan ummah yang berfikiran kritis, progresif dan dinamis

Ummah yang berakidah juga memiliki daya kekuatan untuk memahami dan membuat penilaian secara kritis samada benar atau palsu ke atas sesuatu isu yang timbul dalam masyarakat. Mereka secara bijak berjaya menangani sebarang permasaalahan yang wujud. Pemikiran mereka tidak mudah dipesong oleh sebarang unsur yang menyeleweng dari garis panduan Islam yang sebenar. Sehubungan dengan itu juga, ummah yang memiliki akidah yang teguh akan bertindak secara progresif, dinamis dan profesional dengan melakukan penyelidikan secara terperinci terhadap sesuatu isu yang berlaku dalam masyarakat. Kaedah ini telah diterangkan dengan jelas oleh Allah dalam firmanNya yang berbunyi:

(49:6)

Terjemahan:“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada mu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan sesuatu musibah ke atas sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan itu”.

24

Page 25: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

v. Membangunkan ekonomi ummah secara komprehensif

Ekonomi Islam dapat dibangunkan dengan mantap seandainya ummah mematuhi ajaran-ajaran Islam dan akidah yang benar. Umat yang berakidah jelas memahami tugas mereka sebagai khalifatullah iaitu membangun, mengurus dan memakmurkan bumi dalam pelbagai dimensi seperti pertanian, perindustrian, pembangunan, sains dan teknologi dan apa jua bentuk kemakmuran malahan umat Islam diminta membuat peningkatan dalam semua lapangan kehidupan dengan syarat kita terus memelihara terlebih dahulu peraturan-peraturan yang diharuskan oleh syariat Islam. Akidah akan menyuntik semangat menyuburkan daya saing dan mendorong seseorang itu agar berusaha dengan lebih keras lagi. Firman Allah:

(11:61)

Terjemahan:“Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka Nabi Salleh. Ia berkata:”Wahai kaumku! sembahlah kamu akan Allah! sebenarnya tiada tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dialah yang telah menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta menghendakki kamu memakmurkannya”.

vi. Menegakkan sistem pemerintahan yang stabil

Ummah yang berakidah ialah ummah yang memahami status diri mereka yang sebenar sebagai khalifah Allah di mukabumi di mana pemimpin menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan sebaiknya. Mereka juga akan bersifat adil, integriti, berwawasan, akauntabiliti dan seumpamanya. Mereka percaya semua perilaku mereka akan dipersoal dan dikira oleh Allah swt sepertimana firman Allah:

(2:134)

Terjemahan:“Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya, bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan , dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan dan kamu tidak akan ditanya tentang apa yang mereka telah dilakukan”.

25

Page 26: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

Ayat di atas secara tidak langsung akan menghindar diri seseorang pemimpin atau pemerintah yang berakidah dari terjerumus ke medan penyalahgunaan kuasa, gejala rasuah, pecah amanah, ketidakadilan dan sebagainya kerana mereka sedar bahawa apa yang mereka lakukan di dunia ini akan dipertanggungjawabkan nanti di hari akhirat.

Ringkasnya, sebagai umat Islam yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia dan kebahagian hidup di akhirat, marilah sama-sama kita jadikan akidah yang benar sebagai landasan perjalanan hidup kita. Sesungguhnya kemantapan akidah serta keimanan kepada Allah dan RasulNya akan membentuk ummah dari segi lain dengan mantap juga. Berdoa di samping segala usaha yang lain dalam memelihara keutuhan akidah Islam. Sebaliknya tabiat mengkesampingkan akidah menyebabkan manusia gagal mengenal pasti semua perkara yang bermanfaat atau perkara yang memudaratkan kepada mereka, kecuali mereka diselamatkan dengan panduan dan suluhan akidah yang benar dan tepat.

2.7 KESIMPULAN

Akidah merupakan asas Islam yang terpenting. Tanpanya , Islam seseorang itu tidak akan sempurna kerana akidah merupakan parameter utama untuk menentukan keimanan dan ketakwaan seseorang. Seorang muslim yang mempunyai akidah yang mantap kepada semua rukun iman yang enam akan memanifestasikannya dalam bentuk kehidupan secara praktikal. Pembinaan yang berterusan dan pengukuhan akidah yang jitu dapat mengelakkan individu muslim terjebak di dalam kesesatan dan penyelewengan akidah. Justeru itu, setiap muslim seharusnya sentiasa menyemai dan membajai akidah agar menghasilkan buah iman yang manis.

26

Page 27: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

BAHAN RUJUKAN

Abdul Aziz Ismail, Menyingkap Rahmat Allah dalam kejadian ManusiaDan Kehidupan, al-Hidayah Publisher, Kuala Lumpur 1996.

Abdul Majeed Az-Zindani, Mahyuddin Abdullah (terjmh), Al-Iman. Al-Hidayah Publisher, Kuala Lumpur 1996.

Abu Ameenah Bilal Philips, The Fundamental of Tawheed, al-Dar al-Alamiah kitab al-Islamiyy, Arab Saudi, 1994.

Harun Din (Prof. Dr), Manusia dan Islam, Percetakan Watan Sdn Bhd, Kuala Lumpur 1988.

Ishak Din dan Harun Din (Prof. Dr), Permasalahan Akidah Tauhid, Darul Nukman, Kuala Lumpur 1995.

Ismail Hj Ali, Risalah Tauhid, Perniagaan Jahabersa, Johor Bharu 1996.

Ismail Kamus, Panduan Fardhu Ain,Muafakat Enterprise Sdn. Bhd 1993.

Sayid Sabiq, Akidah Islam. Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura 1996.

Yusuf al-Qardhawi (dr), Fachruddin HS (terjmh), Iman dan Kehidupan,Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam 1985.

27

Page 28: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

28

Page 29: CTU 151 : bab 2_Aqidah - Text Book

29