ctu 151 bab 1 - matlamat tamadun islam

14

Upload: muhd-iqball

Post on 13-Apr-2017

728 views

Category:

Presentations & Public Speaking


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam
Page 2: CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam

• Tamadun Islam (TI) berkongsi matlamat yg sama dgn Islam sbg ad-Din krn ia merupakn manifestasi @ realisasi drp fahaman & penghayatan terhadap Islam itu sndr – membawa rahmat ke seluruh alam.

• Dibahagikn kpd 2 – matlamat primer (utama) dan sekunder (sampingan).

• Matlamat utama – mengangkat Islam sbg ad-Din iaitu cara hidup yg lengkap & komprehensif.

• TI menyediakn ruang yg kondusif kpd umat Islam dlm melaksanakn seluruh ajaran Islam yg berkaitn dgn syariat (ibadat, munakahat, muamalat, jinayat, kenegeraaan dan kehakiman).

• Semua praktikal syariat diterjemahkn drp bentuk nilai, norma & fakta kpd bentuk disiplin, institusi, peraturan, undang2 dan budaya sejagat.

• Matlamat khusus adalah menumpukn kpd hubungn manusia dgn Allah, sesama manusia dan hubungn dgn alam sekitar.

Page 3: CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam

Hubungan manusia dgn Allah• Islam menyeru umatnya agr m’hidupkn rasa p’hubungn dgn pencipta

(Allah) krn Allah yg memudahkn & mengurniakn kpd ahli fikir utk mencipta pelbagai ciptaan bagi memenuhi keperluan & keselesaan manusia.

• Merupakn matlamat terpenting & terakhir utk dituju dlm kehidupan manusia.

• Hubungn ini dipupuk melalui akidah & kepercayaan yg mantap terhdapNya.

• Hubungn dgn Allah bkn hanya melibatkn aspek ritual (ibadat) semata2 tp merangkumi semua kegiatan, amalan dan penghasilan tamadun manusia.

• Merupakan lambang ketundukkan dan kepatuhan serta mengajak seluruh manusia mengabdikn diri kpd Allah SWT.

Page 4: CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam

Hubungan sesama manusia• Umat Islam adalah umat yg 1, x disempitkn oleh sempadan geografi &

politik.

• Hubungn ini berpaksikn kpd dasar persamaan, hormat-menghormati serta memberi & menerima dlm menjadikn kehidupn manusia lbh bermakna.

• Hadith Rasulullah SAW : “ org mukmin itu dgn mukmin yg lain adlh seumpama satu bangunan,bangunan yg satu menguatkn bahagian yg lain”. (riwayat Bukhari dan Muslim)

• TI menafikn sebarang bentuk diskriminasi, penindasan etnik dan perhambaan sesama manusia. – merangkumi hbgn dgn msyrkt bkn Islam.

• Golongn bkn Islam diiktiraf kemuliaan insaniah mereka dan digalakkn utk menyumbang kpd tamadun Islam dgn kelebihan yg mereka ada.

• Islam melihat kepelbagaian & perbezaan bangsa, warna kulit dan bahasa sbg tanda kekuasaan Allah dan sbg dorongan utk saling mengenali dan memahami antara satu sama lain.

Page 5: CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam

Hubungan dengan alam sekitar• Manusia makhluk yg istimewa b’banding makhluk lain b’dasarkn kelbihan

akalnya.

• Alam dicipta Allah dgn bersistem, harmonis dan indah sbg satu amanah kpd manusia (dgn keizinan dan kehendak Allah) utk diterokai, diselidiki, dimakmur dan dimanfaatkan.

• Usaha penerokaan dan pemanfaatan ini perlu dilakukn secara berhemah manakala hasil dan pencapaiannya hendaklah ditujukn kpd kemaslahatan ummah manusia.

• Alam juga merupakn bahan renungan dan kajian manusia utk mendekatkn diri kpd Allah SWT.

• Manusia telah dikurniakn bakat dan potensi keilmuan yg tinggi utk menerokai dan memakmurkn alam serta memelihara dan memuliharanya secara berhemah.

• Justeru akn wujud suasana lestari di antara kemajuan, tamadun dan pemeliharaan alam sekitar.

Page 6: CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam

Ciri-ciri Khusus dan Keistimewaan Tamadun Islam

Page 7: CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam

Rabbaniyah (ketuhanan)• Merujuk kpd hakikat bhw tamadun Islam bersumberkan naqli @ wahyu

(Al-Quran dan As-Sunnah) sbg sumber utama disamping sumber aqli sbg sumber kedua.

• Berdasarkn ajaran Islam, ia membentuk nilai, prinsip dan watak tamadun Islam yg tersendiri.

• Ajaran tauhid yg menjadi teras agama Islam dgn segala implikasinya akn membuahkn syariah serta akhlak Islam.

• Tamadun Islam mengadun nilai & prinsip wahyu dgn ilmu, pemikiran serta pengalaman manusia, lantas (tamadun Islam) berkembang dgn bimbingn Allah.

• Ini berbeza dgn tamadun2 lain yg berkembang berteraskn hanya kpd pemikiran manusia semata2.

Page 8: CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam

Akhlaqiyah • Merujuk kpd sifat TI yg b’teraskn akhlak yg mulia.• Hal ini berkait rapat dgn misi Islam antara lainnya utk menyempurnakn

akhlak manusia. • Kegiatan dan budaya manusia dlm tradisi Islam harus menyokong ciri

murni akhlak tersebut seterusnya akn melahirkn kemajuan dr segi ekonomi, politik, pendidikan, kesenian dan sbgnya.

• Akhlak dlm Islam bersifat sepadu & menyeluruh – xde pemisahan antara akhlak dgn semua bidang kehidupan spt ilmu pengetahuan, politik, ekonomi dan peperangan.

• Nilai2 akhlak mulia dihubungkn dgn tujuan & matlamat yg luhur, agung serta mulia.

• Ia mampu membebaskn amalan manusia yg berpaksi kpd perangai buruk dan hawa nafsu yg merosakkan, di mana ianya bkn hanya merosakkan diri seseorg secara peribadi tetapi juga merosakkn budaya, perlakuan serta tamadun yg dibina.

Page 9: CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam

Insaniyyah (kemanusiaan)

• Merujuk kpd TI yg amat menekankn nilai2 kemanusiaan spt memelihara kehormatan dan keturunan – memartabatkn manusia dan menjaga kepentingn hak2 mereka.

• Dlm Islam, manusia harus dihormati, dimanfaat potensi dan dipertahankn hak2nya. Justeru Islam amat menentang segala bentuk pencerobohan terhadap kemuliaan seseorg insan.

• Islam telah menetapkn hukum & peraturan secara menyeluruh yg menyentuh keseluruhan manusia tanpa pengecualian demi menjaga kemaslahatn dan kehormatan ummah seluruhnya.

• Islam juga telah menetapkn hukum & peraturan yg berkaitan dgn urusan perkahwinan (munakahat) demi menjaga kemuliaan dan kesucian keturunan manusia.

Page 10: CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam

Al-alamiyyah (universal dan sejagat)• TI disumbang & dibangunkn oleh semua bangsa krn Islam menerima

nilai2 universalnya. TI tidak dimiliki secara eksklusif kpd satu2 bangsa shj.• Kedatangan Islam tlh membawa risalah kemanusiaan sejagat yg

membentuk tamadun baru berteraskn agama suci tersebut – semua bangsa, agama dan kaum bleh bekerjasama utk membina tamadun yg mulia.

• Nilai serta dasar yg diperkenal dan dipertahankn TI bersifat universal.• Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai bangsa dan warna kulit sbg 1 fitrah,

di mana ia seharusnya menjadi 1 kekuatan yg dpt dimanfaatkn bagi membina tamadun yg cemerlang.

Page 11: CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam

Al-Tasamuh• TI berdiri di atas dasar terbuka dan toleransi yg tinggi.• TI x dibina dlm suasana yg ‘kosong’ sebaliknya kaya dgn sifat “memberi

dan menerima” serta membuat penambahbaikan secara berterusan sepanjang sejarah perjalanannya.

• Tolenransi dpt dilihat melalui sikap Islam yg bkn shj membenarkn org bkn Islam hidup di bwh pemerintahan Islam tetapi juga menggalakkn mereka memberi sumbangan positif dlm membina TI yg unggul.

• Berbeza dgn umat Islam yg hidup dibawah pemerintahan bkn Islam yg mana mereka dinafikan hak2 serta didiskriminasikan spt mana yg berlaku di negara2 barat.

Page 12: CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam

Al-Tanawwu’ (kepelbagaian)• Merujuk kpd kewujudan pelbagai bangsa dan agama yg menyumbang ke

arah pembinaan serta pengukuhan TI.• TI memiliki keragaman tersendiri iaitu wujud pelbagai mazhab, aliran dan

falsafah, bidang teknikal dan kesenian dan corak berpakaian. Namun semuanya tunduk kpd prinsip & nilai Islam yg unggul.

• Dlm TI wujud kesatuan yg berteraskn konsep tauhid tetapi mempunyai kepelbagaian dr segi pendekatannya.

• ‘Kesatuan dlm kepelbagaian’ ini menambahkn lagi keindahn tamadun dan budaya umat yg mana muslim mampu mencorakkn tamadun yg pelbagai dan unik dgn prinsip serta dasar Islam.

Page 13: CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam

Al-Wasatiyyah (kesederhanaan)• TI tlh meletakkn asas bhw kesederhanaan serta keseimbangan perlu wujud

dan dipertahankn.• Kesederhanaan dlm Islam bkn hanya merujuk kpd keseimbangn tetapi juga

konsep kesepaduan. Ia dpt dilihat melalui kesepaduan antara wahyu dan akal, ilmu, amal dan iman, kebendaan dan kerohanian, individu dan msyrkt, ilham dan iltizam dll.

• Sifat kesederhaan ini membolehkn Islam dan tamadunnya mampu menyesuaikn diri dgn perkembangan msyrkt tanpa perlu menghancurkn nilai, prinsip dan jati dirinya. Ia juga memberi ruang kpd TI utk mengekalkn keseimbangn yg penting dlm kehidupn.

• Sifat ini menjadikn TI tetap relevan dan mampu menghadapi cabaran dan tuntutan zaman.

Page 14: CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam

Al-Takamul (saling melengkapi)• Bermaksud saling bantu membantu dan melengkapi satu unsur dgn unsur

@ bidang dgn bidang yg lain.• TI bertindak sbg pelengkap @ melengkapi kekurangan tamadun terdahulu

dan merupakn kesinambungan wahyu terdahulu dan pelengkap kpd seluruh ajaran serta syariat yg Allah turunkn kpd manusia.

• TI menerima unsur2 luar yg positif & x bercanggah dgn nilai syariah spt amalan msyrkt arab jahiliyyah yg amat menghormati tetamu.