contoh tugasan

3
Tugasan 2 : Refleksi Bagi kursus kefahaman sains dan kemahiran saintifik, saya dikehendaki untuk menghasilkan satu buletin sains untuk kanak-kanak yang menggabungkan beberapa konsep sains dari 4 tema yang terkandung dalam kurikulum sains sekolah. Kerja kursus ini merupakan kerja berkumpulan. Semasa menyiapkan tugasan ini ,saya dan rakan-rakan telah belajar untuk tolong- menolong dan bekerjasama. Tugasan ini telah kami bahagikan secara sama rata. Komitmen atau rasa tanggungjawab sangat perlu semasa melakukan kerja berkumpulan jika tidak, tugasan itu tidak akan berjaya disiapkan. Dalam proses menyediakan buletin sains untuk kanak-kanak ini, saya dan rakan- rakan telah membincangkan dan mengimbas kembali apa yang kami pelajari di sekolah rendah dan sekolah menengah tentang konsep jirim, struktur atom, dan sifat fizik unsur, campuran, dan sebatian. Dalam tema ini kami telah memilih untuk menerangkan tentang apa itu jirim disebabkan semua yang terdapat di pesekitaran kita melibatkan konsep jirim. Dalam proses membuat buletin ini juga kami telah mengkaji tentang bagaimana fenomena pembentukan pelangi berlaku. Menerusi kajian ini saya berasa teruja dengan kerana dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang apa yang berlaku di sebalik terjadinya pelangi yang bewarna-warni. Selain itu, saya dan rakan- rakan juga telah memilih untuk menerangakan apa itu kulat menerusi tema satu iaitu mengelaskan benda hidup, kelas-kelas makanan dan kepentigannya serta proses- proses kehidupan. Dalam tema ini juga kami memilih untuk memuatkan tentang kalori di dalam buletin kami. Melalui tema ini, saya dapat mengingati semula apa yang saya pelajari di sekolah tentang benda hidup dan saya

Upload: hanis

Post on 02-Oct-2015

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh refleksi sains

TRANSCRIPT

Tugasan 2 : Refleksi Bagi kursus kefahaman sains dan kemahiran saintifik, saya dikehendaki untuk menghasilkan satu buletin sains untuk kanak-kanak yang menggabungkan beberapa konsep sains dari 4 tema yang terkandung dalam kurikulum sains sekolah. Kerja kursus ini merupakan kerja berkumpulan. Semasa menyiapkan tugasan ini ,saya dan rakan-rakan telah belajar untuk tolong- menolong dan bekerjasama. Tugasan ini telah kami bahagikan secara sama rata. Komitmen atau rasa tanggungjawab sangat perlu semasa melakukan kerja berkumpulan jika tidak, tugasan itu tidak akan berjaya disiapkan.Dalam proses menyediakan buletin sains untuk kanak-kanak ini, saya dan rakan- rakan telah membincangkan dan mengimbas kembali apa yang kami pelajari di sekolah rendah dan sekolah menengah tentang konsep jirim, struktur atom, dan sifat fizik unsur, campuran, dan sebatian. Dalam tema ini kami telah memilih untuk menerangkan tentang apa itu jirim disebabkan semua yang terdapat di pesekitaran kita melibatkan konsep jirim. Dalam proses membuat buletin ini juga kami telah mengkaji tentang bagaimana fenomena pembentukan pelangi berlaku. Menerusi kajian ini saya berasa teruja dengan kerana dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang apa yang berlaku di sebalik terjadinya pelangi yang bewarna-warni.Selain itu, saya dan rakan- rakan juga telah memilih untuk menerangakan apa itu kulat menerusi tema satu iaitu mengelaskan benda hidup, kelas-kelas makanan dan kepentigannya serta proses- proses kehidupan. Dalam tema ini juga kami memilih untuk memuatkan tentang kalori di dalam buletin kami. Melalui tema ini, saya dapat mengingati semula apa yang saya pelajari di sekolah tentang benda hidup dan saya dapat menambah pengetahuan sedia ada saya tentang benda hidup ini melalui pelbagai sumber lain seperti buku, jurnal dan majalah. Selain itu, dalam menyediakan buletin tentang kalori,saya dapat meningkatkan pengetahuan saya tentang diet yang betul dan memastikan pengambilan makanan saya bersesuaian keperluan harian saya supaya dapat meningkatkan kecergasan dan kesihatan saya. Dalam tema empat, saya dan rakan-rakan telah berbincang dan kami memilih untuk memuatkan tentang bahan tambah makanan dalam buletin kami. Saya merasakan bahawa topik bahan tambah makanan ini perlu diambil berat kerana bahan tambah makanan ini membawa banyak keburukan daripada kebaikan dalam kesihatan tubuh badan kita.Namun, terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi sepanjang proses untuk menyiapakan kerja kursus ini. Antara masalah yang saya hadapi ialah dalam mecari bahan rujukan yang sesuai untuk menyediakan buletin. Kami perlu mencari bahan rujukan yang mempunyai maklumat yang tepat dan sahih. Selain itu saya juga menghadapi masalah untuk memuatkan segala maklumat yang saya dan rakan- rakan perolehi untuk buletin ke dalam enam muka surat sahaja, tetapi saya berasa lega apabila pensyarah saya, Pn Zamziah mengatakan bahawa bilangan muka surat untuk buletin ialah tidak melebihi 10 muka surat. Selain itu, masalah yang saya hadapi ialah untuk memastikan buletin yang saya buat mudah difahami oleh kanak- kanak memandangkan terdapat istilah-istilah dan proses- proses yang sukar difahami oleh kanak- kanak.Penambahbaikan yang boleh dilaksanakan ialah dengan memperbanyakkan pengunaan istilah sains dalam Bahasa Malaysia kerana kita dapat lihat sekarang, masih banyak pengunaan istilah-istilah sains dalam Bahasa Inggeris di dalam pelbagai artikel atau buletin- buletin sains. Ini bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2015 iaitu memperkukuhkan sistem sedia ada, salah satunya ialah dengan memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu. Selain itu, penambahbaikan yang boleh dilaksanakan menerusi buletin sains kanak- kanak ini ialah menerapkan elemen ICT. Sebagai contoh, meletakkan alamat laman web yang boleh diakses oleh kanak-kanak untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tajuk yang terdapat dalam buletin. Ini bersesuaian dengan pelan tindakan dalam PPPM 2013-2015 iaitu memanfaatkan ICT dalam pembelajaran.Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, kerana telah memberi banyak tunjuk ajar kepada saya dalam pelaksanaan kerja kursus ini. Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua rakan-rakan saya dari kelas atas segala bantuan dan sokongan yang telah diberikan sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini.