panduan program latihan sangkutan …espd.ciast.gov.my/files/panduan-lsi.pdf · contoh borang...

40
PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (KEMAHIRAN) JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST) PETI SURAT 7012, SEKSYEN 19, JALAN PETANI 19/1, 40900 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

Upload: lybao

Post on 06-Feb-2018

442 views

Category:

Documents


27 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

(KEMAHIRAN)

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)

PETI SURAT 7012, SEKSYEN 19, JALAN PETANI 19/1, 40900 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

Page 2: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

ISI KANDUNGAN

Sepatah Kata i Senarai Kependekan ii Tafsiran iii Muka Surat Peraturan Latihan Sangkutan Industri 1 - 7

Borang

Contoh Borang Permohonan Latihan Sangkutan Industri (CIAST-SPD-LSI-001) 8 – 11

Laporan Lawatan Latihan Sangkutan Industri (CIAST-SPD-LSI-002) 12

Lampiran

Lampiran 1 Syarat-syarat Latihan Sangkutan Industri 13 Lampiran 2 Contoh Senarai Tugas Hakiki 14 Lampiran 3 Format Senarai Pengetahuan, Kemahiran Dan 15 Pengalaman Yang Ingin Diperolehi Di Industri Lampiran 4 Laporan Tugasan Latihan Sangkutan Industri 16 - 17 Lampiran 5 Laporan Akhir Latihan Sangkutan Industri 18 - 19 Lampiran 6 Kadar Bayaran Elaun Latihan Industri 20 - 21 Lampiran 7 Contoh Surat Pengesahan Tuntutan Bayaran 22 Berkelayakkan LSI Lampiran 8 Contoh Borang Tuntutan Elaun LSI 23 - 28 Lampiran 9 Senarai Semak Tuntutan Elaun LSI 29 Lampiran A Kadar Elaun Makan / Hotel / Lojing 30

Page 3: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

Lampiran B Kadar Elaun Kenderaan 31 Lampiran C Kadar Elaun Makan ( Sehari Sebelum / Selepas 32 Latihan Sangkutan Industri) Lampiran D Carta Alir Latihan Sangkutan Industri

33 - 34

Page 4: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

i

SEPATAH KATA

Garis panduan ini disediakan khusus untuk pegawai yang terlibat dengan latihan kemahiran bagi mengikuti Latihan Sangkutan Industri (yang diselaraskan oleh Unit Sangkutan Industri, Program Pembangunan Profesional Kemahiran (SPD).

Latihan Sangkutan Industri adalah penting dalam usaha memastikan pegawai yang terlibat dengan latihan kemahiran mengetahui perkembangan dan kehendak industri semasa. Penempatan Latihan Sangkutan Industri adalah perlu dilakukan kepada mereka bagi memberi pengalaman dan pengetahuan supaya dapat diadaptasikan dalam pengajaran di tempat latihan masing-masing. Selain daripada itu, budaya kerja di swasta juga dapat diterapkan di institusi latihan kemahiran awam supaya pengajar yang terlibat dapat menggunakan pengalaman yang berharga tersebut di tempat kerja dalam usaha meningkatkan kualiti tenaga mahir yang dikeluarkan.

Dengan adanya panduan ini, semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Latihan Sangkutan Industri akan jelas tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Ketua Program Pembangunan Profesional Kemahiran

CIAST

Page 5: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

ii

SENARAI KEPENDEKKAN LSI Latihan Sangkutan Industri PDL Pegawai Dalam Latihan SPD Skill Profesional Development CIAST Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan PF Pegawai Firma PLI Pegawai Latihan Industri PPLI Pegawai Penyelaras Latihan Industri

Page 6: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

iii

TAFSIRAN ’Latihan Sangkutan Industri’ ertinya satu tempoh yang khusus pengajar vokasional bekerja di firma/syarikat perniagaan atau industri, menerima pendedahan persekitaran kerja yang sebenar secara terancang dan diselia oleh pegawai yang dipertanggungjawabkan di industri. ’Pegawai’ ertinya Pegawai Dalam Latihan. ’Pegawai Dalam Latihan’ ertinya pengajar kemahiran/vokasional yang sedang menjalani Latihan Sangkutan Industri mengikut bidang kemahiran masing-masing. ’Bahagian Pengurusan Latihan Industri’ ertinya unit yang bertanggungjawab menguruskan program Latihan Sangkutan Industri. ’Firma’ ertinya syarikat perniagaan atau industri yang terlibat menerima pengajar vokasional menjalani Latihan Sangkutan Industri. ’Pegawai Firma’ ertinya pegawai yang dipertanggungjawabkan oleh syarikat atau industri yang terlibat dalam program Latihan Sangkutan Industri untuk membimbing dan menyelia Pegawai Dalam Latihan. ’Pegawai Latihan Industri’ ertinya personel yang dilantik oleh CIAST untuk melakukan lawatan pemantauan pegawai yang sedang menjalani Latihan Sangkutan Industri. ’Pegawai Penyelaras Latihan Industri’ ertinya pegawai-pegawai yang terlibat melaksanakan program Latihan Sangkutan Industri di bawah tanggungjawab Ketua Program SPD, CIAST.

Page 7: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

1

PERATURAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (INDUSTRIAL ATTACHMENT) DI BAWAH KELOLAAN PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST), JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN 1.0 PENGENALAN

1.1 OBJEKTIF LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

a) Mendedahkan pegawai kepada persekitaran kerja sebenar di industri. b) Memupuk semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik antara

pegawai dan pekerja industri. c) Menghubungkaitkan dan mengamalkan pengetahuan teori dan praktikal. d) Mengamalkan peraturan keselamatan dalam industri sebenar. e) Membina keyakinan diri untuk diadaptasikan dalam bidang pengajaran

terutamanya apabila berdepan dengan peserta kursus dari industri. f) Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan para pelajar & pengajar

lain setelah tamat latihan.

1.2 SYARAT LATIHAN

Dalam menentukan pegawai yang layak untuk menjalani Latihan Sangkutan Industri (LSI), syarat-syarat perlu dipenuhi sebelum menjalankan latihan seperti dinyatakan pada Lampiran 1.

1.3 TEMPOH LATIHAN

Tempoh Latihan Sangkutan Industri adalah ditetapkan selama tiga (3) bulan.

2.0 TATACARA PERMOHONAN/PENCALONAN

2.1 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI

2.1.1 Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan (CIAST-SPD-LSI-001) secara talian (online) terlebih dahulu sebelum dicetak dan dihantar kepada CIAST.

2.1.2 Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan masing-masing dengan disertakan bersama-sama:

a) Salinan kelayakan akademik atau kelayakkan yang setaraf dengannya (jika ada);

Page 8: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

2

b) Salinan kelayakan kemahiran (jika ada);

c) Senarai tugas hakiki di institut/jabatan (lihat contoh Lampiran 5).

d) Senarai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ingin diperolehi di firma yang dicadangkan (lihat contoh Lampiran 6).

2.1.3 Semua salinan dokumen yang dikemukakan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan yang terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau setaraf atau lebih tinggi.

2.1.4 Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak melalui Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan.

2.2 TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN/KETUA PERKHIDMATAN

2.2.1 Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan adalah dinasihatkan supaya membuat semakan yang teliti dan memberi sepenuh perhatian kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan untuk memperakukan pegawai-pegawai yang sesuai serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

2.2.2 Hanya pencalonan yang disokong dan diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan sahaja yang perlu dikemukakan kepada Jabatan ini. Perakuan pencalonan mestilah dikemukakan bersama-sama dokumen-dokumen di Para 2.1.2

3.0 ETIKA PEGAWAI YANG MENJALANI LATIHAN

Pegawai Dalam Latihan (PDL) adalah bertanggungjawab mematuhi undang-undang, peraturan serta arahan yang ditentukan oleh firma berkenaan dan pegawai masih terikat kepada Peraturan Perkhidmatan Awam.

3.1 DISIPLIN

Pegawai hendaklah menunjukkan disiplin yang tinggi dan berkelakuan baik semasa dalam latihan. Pegawai terlibat mestilah berusaha untuk menjayakan latihan mereka serta menunjukkan sikap bekerjasama, bersopan santun dan faham memahami dengan pekerja lain di tempat latihan. Nilai etika perkhidmatan awam hendaklah sentiasa diamalkan walaupun berada di dalam sesi latihan di firma.

Page 9: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

3

3.2 WAKTU BEKERJA

Pegawai hendaklah mematuhi masa kerja yang ditetapkan oleh pihak firma. Kerja lebih masa adalah digalakkan jika diminta oleh firma berkenaan.

3.3 CUTI

Cuti dalam tempoh latihan adalah tidak dibenarkan kecuali atas sebab kecemasan. Kelulusan cuti kecemasan hendaklah mendapat kebenaran daripada firma dan dipanjangkan ke Unit Sangkutan Industri, Program Pembangunan Profesional Kemahiran (SPD), CIAST untuk rekod.

3.4 PAKAIAN

Pegawai hendaklah mematuhi etika berpakaian yang ditetapkan oleh firma yang berkenaan.

3.5 PERTUKARAN TEMPAT LATIHAN

Pegawai hendaklah menjalani latihan di tempat yang telah dipersetujui di peringkat awal sehingga tamat latihan.

Pegawai tidak dibenarkan menukar tempat latihan yang ditetapkan kecuali dengan kebenaran daripada Ketua Program SPD CIAST.

3.6 KERAHSIAAN

Pegawai hendaklah menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi dari latihan ini hanya untuk tujuan pembelajaran dalam latihan yang dikendalikan di masa akan datang tanpa mendedahkan maklumat sulit yang boleh menjejaskan firma tempat latihan yang berkenaan. Semua bahan yang dibukukan sebagai laporan hendaklah mendapat kebenaran daripada Pegawai Firma (PF).

3.7 LAPORAN TUGASAN

Pegawai yang menjalani LSI hendaklah menyediakan laporan tugasan mengikut format yang telah di sediakan oleh Unit Sangkutan Industri, SPD sepertimana Lampiran 2. Buku ini hendaklah disahkan oleh Pegawai Firma dan perlu diserahkan pada bila-bila masa diminta atau semasa lawatan Pegawai Latihan Industri (PLI) ke tempat latihan.

Tujuan Laporan Tugasan:

a) Menunjukkan kerja / aktiviti dengan ringkas untuk memudahkan pegawai terlibat menyediakan laporan akhir LSI yang lengkap;

b) Membantu PLI memantau aktiviti PDL sepanjang tempoh latihan;

Page 10: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

4

c) Sebagai rekod dan rujukan pegawai setelah tamat latihan.

3.8 LAPORAN AKHIR

Pegawai yang selesai menjalani latihan hendaklah menyediakan laporan akhir untuk melaporkan deskripsi kerja yang telah dilakukan sepanjang tempoh latihan secara keseluruhan. Format laporan boleh didapati dalam Lampiran 3.

Laporan Akhir hendaklah diserahkan kepada Pegawai Penyelaras Latihan Industri (PPLI) dalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh akhir pengawai menjalani Latihan Sangkutan Industri.

3.9 TUNTUTAN ELAUN

3.9.1 Pegawai yang menjalani latihan layak untuk menuntut elaun yang berkaitan. Kadar tuntutan elaun boleh dirujuk pada Lampiran 4. Tuntutan elaun bulanan yang berkelayakan hendaklah diterima oleh pihak CIAST tidak melebihi tarikh 5hb dari bulan berikutnya.

3.9.2 Tuntutan elaun LSI bulan pertama hendaklah dikemukakan bersama-sama Surat Pengesahan Tuntutan Bayaran Elaun Bulanan LSI (lihat contoh Lampiran 7).

3.9.3 Pembayaran tuntutan elaun adalah berdasarkan prinsip keistimewaaan dan bukan hak pegawai. Elaun-elaun yang berkelayakkan boleh ditarik pada bila-bila masa sekira dikehendaki.

3.10 KEHADIRAN MENJALANI LATIHAN

Pegawai yang sedang menjalani LSI adalah dianggap sedang berkursus dan pegawai tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan latihan atas sebab menghadiri sebarang kursus, bengkel, seminar, pertandingan atau apa-apa jua pun aktiviti jabatan sepanjang LSI.

3.11 PENANGGUHAN / PEMBATALAN

Pegawai yang sedang menjalani LSI adalah tidak dibenarkan menangguhkan atau membatalkan latihan kecuali dengan kebenaran Ketua Program SPD, CIAST.

3.12 RAWATAN PERUBATAN

Prosedur rawatan sebagai kakitangan kerajaan hendaklah digunapakai untuk tujuan ini. Pegawai tidak dibenarkan menggunakan peruntukan firma untuk

Page 11: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

5

mendapatkan rawatan di mana-mana pusat perubatan swasta kecuali jika dibenarkan oleh firma berkenaan.

4.0 TANGGUNGJAWAB FIRMA

4.1 Firma bertanggungjawab menempatkan PDL di bahagian/unit yang bersesuaian dengan bidang kemahiran PDL;

4.2 PF bertanggungjawab merencanakan latihan yang mencukupi dan bersesuaian sepanjang tempoh latihan serta digalakkan berbincang dengan PDL bagi memastikan objektif latihan tercapai;

4.3 PF hendaklah memastikan bahawa program LSI memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak SPD, CIAST;

4.4 Firma hendaklah menguruskan hal ehwal pentadbiran PDL seperti kad perakam waktu, peralatan dan pakaian keselamatan dan sebagainya;

4.5 PF hendaklah membantu serta membimbing PDL dari semasa ke semasa sewaktu PDL melaksanakan latihan;

4.6 PF bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan laporan tugasan yang disediakan oleh PDL.

4.7 Firma bertanggungjawab menjaga kebajikan PDL sepanjang tempoh latihan termasuk semasa melaksanakan tugasan luar.

5.0 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI LATIHAN INDUSTRI

SPD, CIAST bertanggungjawab melantik PLI secara rasmi untuk menjalankan lawatan kepada PDL di penempatan LSI. Lawatan ini bertujuan untuk memantau dan melihat perkembangan PDL.

5.1 LAWATAN

Sepanjang tempoh latihan, lawatan perlu dibuat sekurang-kurangnya sekali ke firma penempatan LSI.

5.1.1 Prosedur Sebelum Lawatan

a) Terima memo arahan lawatan berserta jadual perjalanan;

b) Mengesahkan kehadiran lawatan ke firma;

c) Semak dokumen lawatan yang berkaitan.

5.1.2 Prosedur Semasa Lawatan

a) Berjumpa pihak firma (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) dan menyatakan tujuan lawatan;

b) Mengadakan sesi perbincangan bersama PDL dan PF.

Page 12: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

6

5.1.3 Prosedur Selepas Lawatan

a) Menyediakan Laporan Lawatan LSI (CIAST-SPD-LSI-002) dan mengemukakan kepada PPLI dalam tempoh satu (1) minggu selepas lawatan;

b) Mengemukakan tuntutan perjalanan ke Unit Sangkutan Industri, SPD dalam tempoh satu (1) minggu selepas lawatan.

6.0 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENYELARAS LATIHAN INDUSTRI

6.1 Mengurus penempatan pegawai yang menjalani LSI;

6.2 Bekerjasama dengan PF dalam perkembangan dan hal ehwal kebajikan PDL sepanjang tempoh menjalani LSI;

6.3 Mengurus dan menyelaras lawatan pemantauan PDL yang terlibat dengan program LSI;

6.4 Mengurus dan menyelaras Laporan LSI yang disediakan oleh PDL;

6.5 Mengurus tuntutan-tuntutan berkaitan yang dikemukakan oleh PDL dan PLI.

7.0 PERLINDUNGAN

Perlindungan yang disediakan oleh CIAST adalah takaful berkelompok yang bertujuan melindungi pegawai sepanjang tempoh latihan.

8.0 PERSIJILAN

Pegawai yang berjaya menamatkan latihan bolehlah dianugerahkan Sijil Kehadiran oleh CIAST selain daripada Sijil Kehadiran yang dikeluarkan oleh Firma (sekiranya ada) hanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan termasuklah melengkapkan sepenuhnya buku laporan tugasan serta laporan akhir. Pegawai juga bolehlah dipertimbangkan untuk memohon Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) secara Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Page 13: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

7

9.0 TARIKH KUATKUASA

9.1 Pemakaian panduan ini berkuatkuasa mulai 01 Jan 2012.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai panduan ini, sila hubungi Pegawai Penyelaras Latihan Industri :

a) Nor A’yana bt Mokhtar

Tel. : +603-55438348 E-mel : [email protected]

b) Nor Azua bt Aripin

Tel. : +603-55438349 E-mel : [email protected]

c) Hafiz Bin Saad Tel. : +603-55438203 E-mel : [email protected]

d) Hamidatul Zakiah bt Ismail Tel. : +603-55438395 E-mel : [email protected]

9.2 Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :

Pengarah Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Peti Surat 7012 Jalan Petani 19/1 Seksyen 19 40900 Shah Alam Selangor Darul Ehsan (u.p : Unit Sangkutan Industri-SPD)

Page 14: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

8

CIAST-SPD-LSI-001[Pin. 1/2011]

UNIT LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

PERMOHONAN MENGIKUTI LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

ARAHAN:1. Lengkapkan borang dengan jelas, sila rujuk panduan kod di mana berkaitan. 2. Perlu diisi dalam satu (1) salinan.

A. BUTIR-BUTIR DIRI

*1. Nama Penuh

*2. No KP (Baru) - -

*3. No K/P (Lama) *4. Tarikh Lahir (Hari) (Bulan) (Tahun)

*5. Umur

*6. Negeri Lahir (rujuk panduan kod) *7. Taraf Perkahwinan K - Kahwin B - BujangC - Cerai

*8. Jantina L - Lelaki P - Perempuan *9. Keturunan (rujuk panduan kod)

*10. Agama I - Islam L - Lain-lain *11. Kecacatan (rujuk panduan kod)

B. BUTIR-BUTIR PERKHIDMATAN SEKARANG*12. Jabatan: *13. Kementerian:

*14. Alamat Tempat Bertugas:

*15. Telefon (a) Pej :(b) Rumah :(c) Bimbit :

*16. No. Faks :*17. Emel :

*18. Gred Jawatan: - *19. Bidang Kemahiran:

*20. Tarikh Lantikan:

(Hari) (Bulan) (Tahun)

*21. Tarikh Disahkan

(Hari) (Bulan) (Tahun)

Gambar

PUSAT LATIHAN PENGAJAR

DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)

Page 15: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

9

C. KELAYAKAN AKADEMIK*22. Kelayakan: Program Universiti/Kolej Tahun (a) Sijil

(b) Diploma

(c) Ijazah Pertama

(d) Ph.D/Sarjana/ Dip.Lepasan Ijazah

D. KELAYAKAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM/DKM/DLKM)

*23. Kelayakan: Kod NOSS Program NOSS Institut Latihan Tahun (a) Sijil

(b) Diploma

(c) Diploma Lanjutan

E. SYARIKAT YANG DIPOHON UNTUK LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRICadangan 1*24. Nama Firma:

*25. Alamat Penuh Firma:

*26. Jenis Produk/Perkhidmatan :*27. No. Tel (Pej) :*28. No. Faks :*29. Emel :30. Laman Sesawang Firma :

31. Berdaftar/Tidak berdaftar dengan mana-mana Persatuan Industri(Nyatakan) : (Cth: FMM, CIDB, PKK, dsb)

Cadangan 2*32. Nama Firma:

*33. Alamat Penuh Firma:

*34. Jenis Produk/Perkhidmatan :*35. No. Tel (Pej) :*36. No. Faks :*37. Emel :38. Laman Sesawang Firma :

39. Berdaftar/Tidak berdaftar dengan mana-mana Persatuan Industri(Nyatakan) : (Cth: FMM, CIDB, PKK, dsb)

* Wajb diisi

Page 16: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

10

F. PENGAKUAN PEMOHON ( Tandakan (/) pada kotak yang disediakan )

*40. (a) Saya mengaku bahawa saya :

(i) telah mengisytiharkan harta;

(ii) tidak hamil, sihat tubuh badan dan tidak menghidapi penyakit kritikal.

(b) Saya mengaku bahawa semua keterangan di atas adalah benar pada tarikh pendaftaran ini dan saya bertanggungjawab terhadap maklumat berkenaan. Saya faham bahawa pihak CIAST berhak menarik balikpermohonan ini sekiranya maklumat yang diberikan adalah tidak benar. Saya juga bersetuju bahawa pihak CIASTberhak menggantikan penempatan firma yang berlainan dari apa yang dipohon.

Tarikh: ( Tandatangan Pemohon )

G. PERAKUAN KETUA JABATAN ( *Potong yang tidak berkaitan )(a) Tindakan Tatatertib: *ADA / TIADA

(b) Pegawai *DISOKONG / TIDAK DISOKONG untuk dilepaskan menjalani Latihan Sangkutan Industri yang dipohon.

Saya mengesahkan bahawa semua kenyataan yang diberikan oleh adalah benar dan permohonan beliau

adalah lengkap.

Tarikh:

Nama:

Jawatan:

Cop Rasmi Jabatan:

Notis : Sila sertakan dokumen yang disahkan seperti berikut :

1) Salinan kelayakan akademik atau kelayakan yang setaraf dengannya (jika ada).2) Salinan kelayakan kemahiran (jika ada).3) Senarai tugas hakiki di institut / jabatan.4) Senarai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ingin diperolehi di firma yang dicadangkan.

(Tandatangan Ketua Jabatan)

Page 17: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

11

PANDUAN KOD

A. BUTIR-BUTIR DIRI

6. Negeri Lahir

01 Johor02 Kedah03 Kelantan04 Melaka05 Negeri Sembilan06 Pahang07 Perak08 Perlis09 Pulau Pinang10 Selangor11 Terengganu12 Wilayah Persekutuan13 Sabah14 Sarawak15 Lain-lain16 W.P. Labuan

9. Keturunan

01 Melayu02 Cina03 India04 Orang Asli Semenanjung07 Kadazan/Dusun08 Murut09 Bajau, Ilanau10 Lain-lain Bumiputera Sabah13 Melanau14 Iban15 Bidayuh16 Lain-lain Bumiputera Sarawak17 Lain-lain

11. Kecacatan

A ButaB Buta WarnaC Mendengar dengan alat bantuanD PekakE BisuF GagapG Cacat KakiH Cacat TanganI LumpuhJ Kecacatan Lain

PLPKL/SA/SPD/BPL/2/24(Pin. 1/2011 - LSI)

Page 18: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

12

CIAST-SPD-LSI-002 LAPORAN LAWATAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

Tarikh Lawatan : Pegawai Latihan Industri : Tandakan ( √ ) bagi 'Kriteria' yang telah lengkap dan ( X ) bagi 'Kriteria' yang belum lengkap.

Bil Nama *P.D.L Firma Tempoh **L.S.I Pegawai Firma Kriteria

1 2 3 4

1.

2.

3.

1. Kriteria

1 P.D.L telah melapor diri di Firma 3 Jadual Tugasan P.D.L

2 Penempatan P.D.L di bahagian/unit yang bersesuaian 4 Laporan Tugasan (Buku Log)

2. Catatan / Ulasan ***P.L.I

Tandatangan P.L.I :

Tarikh : Cop Jabatan :

*Pegawai Dalam Latihan **Latihan Sangkutan Industri ***Pegawai Latihan Industri

Page 19: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

13

Lampiran 1 SYARAT – SYARAT LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI : 1. Pegawai telah bekerja selama tiga (3) tahun ataupun lebih dalam perkhidmatan kerajaan

dan telah disahkan jawatan dalam perkhidmatan.

2. Mematuhi syarat genap tempoh tamat lima (5) tahun mengikuti Latihan Sangkutan Industri

sebelumnya.

3. Bebas daripada pertuduhan dan tindakan tatatertib.

4. Telah mengistiharkan harta.

5. Latihan Industri yang diminta hendaklah berkaitan dengan tugasan harian.

6. Tidak hamil, sihat tubuh badan dan tidak menhidapi penyakit kritikal yang boleh

menjejaskan keupayaan pegawai yang akan menjalani Latihan Sangkutan Industri.

7. Telah mendapat kelulusan dari Ketua Jabatan masing-masing.

Page 20: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

14

Lampiran 2

SENARAI TUGAS HAKIKI

Jawatan : Ketua Bahagian Ekektrik Penyandang : Ali bin Ahmad Tanggungjawab : Bertanggungjawab kepada Ketua Jabtan, Timbalan

Pengarah dan Pengarah ILP Jitra

1. Menjalankan usaha-usaha berbentuk penyelidikan dan pembangunan latihan vokasional sejajar dengan keperluan industri.

2. Menyelia, menyelaras dan mengawal semua Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan kakitangan lain dalam melaksanakan tugas aktiviti latihan.

3. Menyediakan jadual latihan tahunan, keperluan latihan termasuk pembahagian “work load” semua Pembantu/Penolong Latihan Vokasional.

4. Menguruskan pelaksanaan program latihan dan persediaan ‘software’ latihan. 5. Mengurus, menyelia dan mengawal kegunaan peralatan, bahan-bahan bengkel serta

makmal latihan. 6. Mengendalikan kursus-kursus mengikut keperluan-keperluan sukatan dan piawaian

latihan serta bertanggungjawab ke atas kualiti dan keberkesanan kursus yang dikendalikan.

7. Menyertai aktiviti-aktiviti pentadbiran/pengurusan institut. 8. Menyempurnakan tugas-tugas lain dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pengarah

dan Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

Pengesahan Ketua Jabatan ………………………………………… Nama : Cop Jawatan :

Page 21: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

15

Lampiran 3

SENARAI PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN PENGALAMAN YANG INGIN DIPEROLEHI DI INDUSTRI

Nama : Ali bin Ahmad Jawatan : Pegawai Latihan Vokasional Bidang : Elektrik Berikut adalah pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ingin diperolehi di industri bagi membantu tugas di institut;

1. Pemasangan kabel bawah tanah. 2. Pemasangan Talian Atas Voltan Rendah. 3. Pemasangan Talian Atas Voltan Tinggi. 4. Penyelanggaraan Transformer. 5. Switching. 6. Penyelanggaraan Generator. 7. Penyelanggaraan Enjin Power Station.

Pengesahan Ketua Jabatan ………………………………………… Nama : Cop Jawatan :

Page 22: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

16

Lampiran 4

LAPORAN TUGASAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

Maklumat Pengajar Vokasional

Nama :

No. Kad Pengenalan :

Alamat Tempat Bekerja :

No. Telefon ( Bimbit) :

No. Telefon ( Pejabat) :

Tempoh Latihan Industri :

Mula Latihan :

Tamat Latihan :

Maklumat Majikan

Nama Syarikat :

Alamat Syarikat :

No. Telefon Syarikat :

No. Faks Syarikat :

Pegawai Firma :

No. Telefon Pegawai Firma :

Sila Lekatkan Gambar

Page 23: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

17

LAPORAN TUGASAN

Tarikh : __________________

Tajuk Kerja / Tugas : __________________

MAKLUMAT / RAJAH

PERKAKAS , BAHAN , OPERASI DAN LAIN - LAIN KESELAMATAN

Tandatangan P.D.L Tandatangan Pegawai Firma

Page 24: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

18

Lampiran 5

LAPORAN AKHIR LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI MUKA HADAPAN

• Nama dan alamat majikan

• Nama PDL (beserta gambar ukuran passport) • Gred jawatan • Kemahiran (bidang)

1.0 PENGENALAN

Terangkan latarbelakang, operasi, carta organisasi dll yang berkaitan dengan firma.

2.0 LAPORAN

2.1 Deskripsi Tugas Rekod segala tugas yang dipertanggungjawabkan dan dibuat sepanjang tempoh latihan.

2.2 Rajah / Lukisan / Gambar

Masukkan mana-mana yang berkaitan. 2.3 Analisa Kos

Analisa kos berkaitan tugas-tugas yang dilaksanakan (jika berkaitan).

3.0 AKTIVITI TAMBAHAN

Nyatakan aktiviti, sumbangan dan lain-lain kegiatan anjuran firma yang disertai dalam tempoh latihan (jika berkaitan).

Page 25: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

19

4.0 KESIMPULAN

4.1 Nyatakan pengalaman yang boleh digunakan bagi membantu bidang tugas pegawai di jabatan masing-masing.

4.2 Cadangan

Nyatakan cadangan-cadangan bagi tujuan penambahbaikan.

5.0 LAMPIRAN Sertakan lampiran sekiranya berkaitan.

Page 26: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

20

Lampiran 6

KADAR BAYARAN ELAUN LATIHAN INDUSTRI

1. Latihan Industri jangkamasa pendek (≤ 3 bulan) dalam negeri :

1.1 Luar Kawasan Ibu Pejabat (> 25 km) :

1.1.1 Elaun makan sepanjang tempoh Latihan Industri seperti di Lampiran A jika tidak disediakan.

1.1.2 Elaun Lojing & Hotel sepanjang tempoh Latihan Industri seperti di

Lampiran A jika tidak disediakan. 1.1.3 Elaun perjalanan kenderaan dari hotel/loging ke tempat Latihan Industri

selama tempoh 6 (enam) hari Latihan Industri seperti di Lampiran B. 1.1.4 Bayaran sewa hotel yang disokong dengan resit mengikut had

maksimun kelayakannya atau Elaun loging dan Elaun makan bagi tempoh 2 hari iaitu sehari sebelum dan sehari selepas Latihan Industri seperti di Lampiran C.

1.15 Sekiranya salah satu kemudahan disediakan, maka unsur yang tidak

disediakan itu layak dituntut. Sebagai contoh, sekiranya kemudahan penginapan sahaja disediakan, maka pegawai hanya layak menuntut Elaun makan. Sekiranya hanya sebahagian daripada kemudahan makan disediakan, pegawai hanya layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan tertakluk kepada kadar seperti berikut :

a) Sarapan pagi : 20% daripada elaun makan b) Makan tengah hari : 40% daripada elaun makan c) Makan malam : 40% daripada elaun makan

1.2 Dalam Kawasan Ibu Pejabat (≤ 25 km) :

1.2.1 Bayaran elaun sara hidup RM 15 sehari untuk hari-hari berkursus sahaja. 1.2.2 Elaun perjalanan kenderaan dari tempat penginapan ke tempat Latihan

Industri selama tempoh 6 (enam) hari Latihan Industri seperti di Lampiran B.

Page 27: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

21

2. Kadar tuntutan elaun Latihan Industri adalah merujuk kepada pekeliling- pekeliling berikut:

a) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003

b) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2005

c) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2006

d) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2010

Page 28: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

22

Lampiran 7

(KEPALA SURAT JABATAN)

Pengarah, Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Peti Surat 7012, Jalan Petani 19/1, Seksyen 19, 40900 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. (u.p: ) Tuan, PENGESAHAN TUNTUTAN BAYARAN ELAUN BULANAN BAGI MENGIKUTI LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI ANJURAN CIAST Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas dan surat tuan, bil. ………………………………. bertarikh ……………… adalah berkaitan. 2. Untuk makluman tuan, pihak kami dengan ini mengesahkan bahawa kakitangan kami hanya akan membuat tuntutan berkelayakkan di CIAST dan tidak akan membuat sebarang tuntutan yang sama di jabatan kami. Berikut adalah maklumat pegawai yang berkaitan: Nama :…………………………………………………………………..

Tarikh latihan :…………………………………………………………………..

Firma :…………………………………………………………………..

Sekian, terima kasih. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ ‘Pekerja Merealisasi Transformasi Negara’ ………………………………............................... Nama :………………………............. Jawatan :……………………............... ……………………..... Cop Jabatan Tarikh :……………………….............

Page 29: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

23

: RM 1882.15: RM 828.22: RM 0: RM 3235.5

Jenis / Model : PROTON SAGA: WWW 111

Kuasa (c.c.) : 1300 c.cKelas Tuntutan : A / B / C / D

(Potong yang mana tidak berkaitan)

PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN(CIAST),PETI SURAT 7012,JALAN PETANI 19 / 1, SEKSYEN 19,40900 SHAH ALAMSELANGOR DARUL EHSAN.

Bertugas / Rumah

No Akaun Bank 158060020000

Kenderaan No. Pendaftaran

Alamat Pejabat

NO 11, JALAN PETANI 19/1, SEKSYEN 19, 40300 SHAH ALAM, SELANGOR.

Alamat Semasa

Gaji PokokPendapatan (RM) Elaun-elaun

Elaun MemangkuJumlah

TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN DALAM NEGERIBAGI BULAN JULAI / 2011

(Bulan) (Tahun)

MAKLUMAT PEGAWAI

NAMA(HURUF BESAR) ALI BIN ABU

No. Kad Pengenalan 811111-11-1111

Gred / Kategori / (Kumpulan (*)) J 29 / Sokongan

Nama Bank Malayan Banking Berhad

Page 30: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

24

Jarak JumlahBertolak Sampai (KM) RM

Tujuan:

4/7/2011 5.30 pg 8.30 pg

5.30 ptg 8.30 mlm

5/7/2011 5.30 pg 8.15 pg

5.30 ptg 8.30 mlm

6/7/2011 5.30 pg 8.15 pg

5.30 ptg 5.45 ptg

7/7/2011 5.30 pg 8.15 pg

5.30 ptg 5.45 ptg

Bertolak dari rumah kediaman ke Carsem (M) dengan menaiki kenderaan sendiri. 205

Bertolak pulang dari Carsem (M) ke rumah kediaman dengan menaiki kenderaan sendiri. 205

Bertolak pulang dari Carsem (M) ke rumah kediaman dengan menaiki kenderaan sendiri. 205

Bertolak dari rumah kediaman ke Carsem (M) dengan menaiki kenderaan sendiri. 205

Bertolak pulang dari Carsem (M) ke rumah kediaman dengan menaiki kenderaan sendiri. 205

1. Menjalani Latihan Sangkutan Industri di Carsem (M) Sdn. Bhd..Tarikh: 4 Jul 2011 hingga 26 Ogos 2011Tempat: Carsem (M) Sdn. Bhd. - (M Site)Jalan Lapangan Terbang , P.O. Box 204,30720 Ipoh, Perak.

(Salinan surat dilampirkan)

Bertolak pulang dari Carsem (M) ke rumah kediaman dengan menaiki kenderaan sendiri. 205

Bertolak dari rumah kediaman di alamat No. 11, Jalan Petani 19/1, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor ke Carsem (M) Sdn. Bhd., Jalan Lapangan Terbang, P.O. Box 204, 30720 Ipoh, Perak dengan menaiki kenderaan sendiri.

205

Bertolak dari rumah kediaman ke Carsem (M) dengan menaiki kenderaan sendiri. 205

KENYATAAN TUNTUTAN

Tarikh Waktu Tempat / Tujuan

Page 31: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

25

Jarak JumlahBertolak Sampai (KM) RM

8/7/2011 5.30 pg 8.15 pg

5.30 ptg 5.45 ptg

9/7/2011 5.30 pg 8.15 pg

5.30 ptg 5.45 ptg

Nota : Tiada tuntutan lain, selain dari tuntutan bagi bulan JUL 2011 ini sahaja.

205

Bertolak pulang dari Carsem (M) ke rumah kediaman dengan menaiki kenderaan sendiri. 205

KENYATAAN TUNTUTAN

Tarikh Waktu Tempat / Tujuan

Bertolak dari alamat lojing ke Carsem (M) dengan menaiki kenderaan sendiri.

Bertolak dari Carsem (M) ke alamat lojing dengan menaiki kenderaan sendiri. 205

Bertolak dari rumah kediaman ke Carsem (M) dengan menaiki kenderaan sendiri. 205

Page 32: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

26

Kelas Elaun Tuntutan :

500 km X 0.50 sen/km

500 km X 0.45 sen/km

700 km X 0.40 sen/km

760 km X 0.35 sen/km

Jumlah

28 hari X

hari X

hari X

Jumlah

22 hari X

[ Resit : ]

hari X

Jumlah 770.00

Elaun Lojing sebanyak RM 45/ hari:

Bayaran Perkhidmatan dan Cukai Kerajaan:

266.00

Elaun Makan sebanyak RM ____/ hari :

(Sabah/Sarawak)

Elaun Harian sebanyak RM 15.00/ hari : 0.00

TUNTUTAN ELAUN MAKAN / ELAUN HARIAN

Elaun Makan sebanyak RM 40/ hari : 1120.00

280.00

BSH sebanyak RM 35.00/ hari : 770.00

Kilometer

Jumlah kilometer X sen/kilometer Jumlah (RM)

1120.00

TUNTUTAN BAYARAN SEWA HOTEL (BSH) / ELAUN LOJING

1001 km - 1700 km :

1701 km & seterusnya

1021.00

500 km pertama : 250.00

501 km -1000 km : 225.00

TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN KENDERAAN

Jumlah Perjalanan :

Page 33: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

27

Jumlah

Kerugian pertukaran matawang asing (@ 3%)

Jumlah

JUMLAH TUNTUTAN

[Bagi Singapura, Selatan Thailand, Kalimantan dan Brunai Darussalam sahaja]

325.20

3236.20

Tempat Letak Kereta [Resit: ]:

Dobi [Resit: ]:

Pos [Resit: ]:

Telefon, Teleks, Faks [Resit: ]:

Lain-lain [Resit: ]:

0.00

TUNTUTAN PELBAGAI

Tol [Resit: ]: 325.20

Keretapi [Resit: ]:

Tambang Kapal Terbang [Resit: ]:

Feri [Resit: ]:

TUNTUTAN TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM

Teksi [Resit: ]:

Bas [Resit: ]:

Page 34: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

28

Saya mengaku bahawa:-

(a) perjalanan pada tarikh-tarikh tersebut adalah benar dan telah dibuat atas urusan rasmi;

(b) tuntutan ini dibuat mengikut kadar dan syarat seperti yang dinyatakan di bawah peraturan- peraturan bagi pegawai bertugas rasmi atau pegawai swasta kumpulan ikhtisas / separa ikhtisas yang dilantik bertugas.

(c) perbelanjaan yang bertanda (*) jumlah sebanyak RM 3236.20 telah sebenarnya dilakukan dan dibayar oleh saya;

(e) panggilan telefon sebanyak RM_____________ dibuat atas urusan rasmi, dan

(f) butir-butir seperti yang dinyatakan di atas adalah benar dan saya bertanggungjawab terhadapnya.

Adalah disahkan bahawa perjalanan tersebut adalah atas urusan rasmi.

Tarikh:…………………...…(Tandatangan)

b.p. Ketua Setiausaha /Pegawai Pengawal

Pendahuluan Diri diberi RM

Tolak Tuntutan sekarang RM

Baki dituntut / Baki dibayar balik RM

Catatan :(*) - jika pegawai memilih untuk tidak menerima SSB.

(**) - potong mana yang tidak berkenaan.

PENDAHULUAN DIRI (jika ada)

PENGAKUAN

Tarikh : 1 OGOS 2011(Tandatangan)

PENGESAHAN

………………………..……....…..…………………………

………………………..……....…..…………………………

Page 35: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

29

Lampiran 9

SENARAI SEMAK TUNTUTAN ELAUN LSI

Bil. Perkara Status

1. Borang Tuntutan Asal * Lengkap dan bertandatangan

2. Surat Pengesahan Tuntutan Elaun Bulanan LSI * Dihantar bersama-sama tuntutan bulan pertama sahaja

3. Salinan buku / penyata bank * Nama pemegang akaun dan nombor akaun jelas

4. Butiran kehadiran bulanan * Disahkan oleh Pegawai Firma

5. Salinan Surat Penempatan LSI

6. Resit-resit yang berkaitan

Page 36: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

30

Lampiran A

KADAR ELAUN MAKAN, BAYARAN SEWA HOTEL DAN ELAUN LOGING SEMASA

MENJALANKAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI DI DALAM NEGERI

Gred Elaun Makan (RM) Sewa Hotel (RM) Elaun Lojing (RM) SEMENANJUNG MALAYSIA 45 hingga 52 60.00 145.00 60.00 41 hingga 44 45.00 130.00 55.00 27 hingga 40 40.00 80.00 35.00 17 hingga 26 40.00 80.00 40.00 1 hingga 16 35.00 65.00 35.00 SABAH, LABUAN DAN SARAWAK 45 hingga 52 80.00 160.00 70.00 41 hingga 44 65.00 140.00 60.00 27 hingga 40 55.00 100.00 50.00 17 hingga 26 55.00 100.00 45.00 1 hingga 16 50.00 80.00 40.00

Page 37: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

31

Lampiran B

KADAR ELAUN KENDERAAN

1. Kelas dan sukatan kenderaan bagi menuntut hitungan perjalanan adalah seperti berikut :

Kelas Gaji Sukatan Selinder Kenderaan (s.s)

A Tidak kurang dari RM 2,323.41 sebulan 1400 s.s ke atas B Tidak kurang dari RM 2,064.60 sebulan 1000 s.s ke atas C Tidak kurang dari RM 1,611.28 sebulan Di bawah 1000 s.s D Kurang dari RM 1,611.28 sebulan Tidak kurang 175 s.s E Kurang dari RM 1,611.28 sebulan Di bawah 175 s.s

2. Seseorang pegawai yang menggunakan kenderaan sendiri bagi menjalankan tugas rasmi sama

ada di dalam ataupun di luar pejabatnya adalah layak menuntut Elaun perjalanan kenderaan seperti berikut :

Kelas Jarak perjalanan bertugas rasmi bagi tiap-tiap satu bulan (sen/km)

A B C D E 500 kilometer pertama 70 60 50 45 40 501-1000 km 65 55 45 40 35 1,001-1,700 km 55 50 40 35 30 1,700 km dan seterusnya 50 45 35 30 25

Page 38: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

32

Lampiran C

KADAR ELAUN MAKAN, BAYARAN SEWA HOTEL DAN ELAUN LOGING DALAM TEMPOH DUA HARI ;

1. SEHARI SEBELUM MENJALANI PENEMPATAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI 2. SEHARI SELEPAS MENJALANI PENEMPATAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

1. Elaun Makan :

2. Bayaran Sewa Hotel / Lojing :

a) Semenanjung Malaysia :

Gred Sewa hotel (Maksimum) (RM)

Elaun Lojing (RM)

45 hingga 52 180.00 60.00 41 hingga 44 160.00 55.00 17 hingga 40 100.00 35.00

b) Sabah, Labuan dan Sarawak

Gred Sewa hotel (Maksimum)

(RM) Elaun Lojing

(RM) 45 hingga 52 200.00 70.00 41 hingga 44 170.00 60.00 17 hingga 40 120.00 40.00

Gred Semenanjung Malaysia (RM)

Sabah, Labuan dan Sarawak (RM)

45 hingga 52 60.00 80.00 41 hingga 44 45.00 65.00 17 hingga 40 40.00 55.00

Page 39: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

33

Lampiran D

CARTA ALIR LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

Ya

Ya

Tidak

Tidak

Mula

Mohon Pencalonan dari Agensi

• Borang : CIAST-SPD-LSI-001

Terima Permohonan

Mesyuarat Pra - Latihan Sangkutan Industri

Senarai Pendek Calon

Pengesahan Calon

Tamat

Cadangan Firma baru Pengesahan Firma yang

Dicadangkan

Surat Tawaran kepada Calon

Page 40: PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN …espd.ciast.gov.my/files/Panduan-LSI.pdf · Contoh Borang Permohonan Latihan ... Pegawai yang menjalaniLSI hendaklah menyediakan laporan tugasan

34

PDL mengikuti Latihan Sangkutan Industri. Dokumen-dokumen yang wajib dipenuhi:

• Buku Log • Laporan Akhir LSI

Lawatan Pemantauan Terhadap PDL:

• Borang : CIAST-SPD-LSI-002

Tuntutan PDL dan PLI

TAMAT

Testimoni Industri/Sijil Penghargaan

Penyediaan Takaful Kelompok