contoh surat rasmi

7
JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG ( JKKK ) Kampung Seri Layang Jaya, Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus. Pengerusi : Encik Abu Yazid bin Ahmad Setiausaha : Encik Mohamad Hj. Abd. Ghani, PMC Bendahari : Encik Ibrahim bin Jadi 144 , Rumah Rakyat Sungai Layang, 71300 Rembau, NS. Tel : 017.- 3420631 Rujukan Kami : JKKK/ SLJ/ 2007/ 01 ( ) Rujukan Tuan : Tarikh : FEBUARI 2007 Yang Di Pertua, Majlis Daerah Rembau, Rembau, NS. Tuan, PROSES MENGGAZETKAN TANAH KAWASAN KEMUDAHAN AWAM JKKK SERI LAYANG JAYA Dimaklumkan bahawa keputusan Mesyuarat JKKK Bil. 2/ 2006 bertarikh 30 Mac 2006 dan mesyuarat seterusnya adalah dirujuk. 2. Berhubung dengan perkara di atas JKKK ini telah mengemukakan permohonan menggazetkan tanah tanah kemudahan awam dalam kawasan JKKK Seri Layang Jaya dan Rumah Rakyat Sungai Layang kepada Majlis Daerah Rembau dan Pejabat Agama Islam Daerah Rembau sejak pada Mac 2003 lagi. i. Bagi Majlis Daerah Rembau rujuk surat , Bil. (18 ) dlm MDR 3/ 16 bertarikh 19 Mac 2003. ii. Bagi Pejabat Agama Islam Daerah Rembau rujuk surat Bil. (51) dlm. PAIDR. 196/2 – 466/11/01 , yang bertarikh 15 April 2003; yang dihantar kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Upload: nor-amali-seth

Post on 23-Jun-2015

47.222 views

Category:

Documents

8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh surat rasmi

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG ( JKKK ) Kampung Seri Layang Jaya, Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus.Pengerusi : Encik Abu Yazid bin AhmadSetiausaha : Encik Mohamad Hj. Abd. Ghani, PMCBendahari : Encik Ibrahim bin Jadi

144 , Rumah Rakyat Sungai Layang, 71300 Rembau, NS. Tel : 017.- 3420631

Rujukan Kami : JKKK/ SLJ/ 2007/ 01 ( )Rujukan Tuan :Tarikh : FEBUARI 2007

Yang Di Pertua, Majlis Daerah Rembau, Rembau, NS.

Tuan,

PROSES MENGGAZETKAN TANAH KAWASAN KEMUDAHAN AWAM JKKK SERI LAYANG JAYA

Dimaklumkan bahawa keputusan Mesyuarat JKKK Bil. 2/ 2006 bertarikh 30 Mac 2006 dan mesyuarat seterusnya adalah dirujuk.

2. Berhubung dengan perkara di atas JKKK ini telah mengemukakan permohonan menggazetkan tanah tanah kemudahan awam dalam kawasan JKKK Seri Layang Jaya dan Rumah Rakyat Sungai Layang kepada Majlis Daerah Rembau dan Pejabat Agama Islam Daerah Rembau sejak pada Mac 2003 lagi.

i. Bagi Majlis Daerah Rembau rujuk surat , Bil. (18 ) dlm MDR 3/ 16 bertarikh 19 Mac 2003.

ii. Bagi Pejabat Agama Islam Daerah Rembau rujuk surat Bil. (51) dlm. PAIDR. 196/2 – 466/11/01 , yang bertarikh 15 April 2003; yang dihantar kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

3. Walau bagaimanapun, hingga ke saat ini tidak ada mana-mana jabatan yang berkaitan telah memaklumkan perkembangan permohonan tersebut. Sejauhmana proses permohonan tersebut telah dilaksanakan atau sebaliknya.

4. Tujuan kami, mengemukakan permohonan ini bagi memastikan supaya tapak, Surau Al Hidayah, Balai Raya, Kompleks Sukan, Taman Permainan dan lain-lain tidak ada lagi mana-mana individu memohonkan tanah dalam kawasan JKKK ini seperti mana yang berlaku dengan Gerai Kerajaan Sungai Layang dipohon dan didapati oleh MYA dengan alasan tanah tersebut kosong dan tidak dipohon oleh mana-mana pihak. Sebaliknya, bagi mata yang celik tidak nampak gerai kerajaan sebagai satu kemudahan awam tertonggok di situ.

Page 2: Contoh surat rasmi

5. Oleh yang demikian, kami mohon kerjasama tuan untuk memastikan dengan Pejabat Tanah Daerah Rembau kedudukan permohonan tersebut dan diharap dapat memaklumkan kepada kami dengan segera.

Kerjasama tuan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian dimaklumkan.

’ KE ARAH DESA YANG MAJU, MENARIK dan HARMONI., BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT ’

Yang menjalan tugas,

( ABU YAZID BIN AHMAD ) Pengerusi, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK ) Kampung Seri Layang Jaya, Rembau, Negeri Sembilan.

s.k.1. YB Dr. Haji Awaluddin bin Said, ADUN Kawasan Kota.2. Timbalan Pentadbir Tanah Daerah Rembau.3. Pegawai Agama Islam Daerah Rembau.4. Y.Bhg. Dato Zaharuddin Sharif ( Ahli Majlis Daerah Rembau )

Page 3: Contoh surat rasmi

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG ( JKKK ) Kampung Seri Layang Jaya, Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus.Pengerusi : Encik Abu Yazid bin AhmadSetiausaha : Encik Mohamad Hj. Abd. Ghani, PMCBendahari : Encik Ibrahim bin Jadi

144 , Rumah Rakyat Sungai Layang, 71300 Rembau, NS. Tel : 017-3420631

Rujukan Kami : JKKK/ SLJ/ 2007/ 02 ( )Rujukan Tuan :Tarikh : FEBUARI 2007

Pegawai Daerah,Pejabat Daerah Rembau, \Rembau, Negeri Sembilan.

Tuan;

MAKLUMAT JALAN LUAR BANDAR DAN JALAN LADANG

Surat tuan PDR/ PM 498/ 7 ( 31 ) bertarikh 15 Febuari 2007 adalah dirujuk.

2. Bersama-sama ini dikembalikan Borang yang berkenaan.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

’ KE ARAH DESA YANG MAJU, MENARIK dan HARMONI., BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT ’

Yang menjalan tugas,

( ABU YAZID BIN AHMAD ) Pengerusi, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK ) Kampung Seri Layang Jaya, Rembau, Negeri Sembilan.

Page 4: Contoh surat rasmi

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG ( JKKK ) Kampung Seri Layang Jaya, Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus.Pengerusi : Encik Abu Yazid bin AhmadSetiausaha : Encik Mohamad Hj. Abd. Ghani, PMCBendahari : Encik Ibrahim bin Jadi

144, Rumah Rakyat Sungai Layang, 71300 Rembau, NS. Tel : 019-6540297

Rujukan Kami : JKKK/ SLJ/ 2007/ 01 ( )Rujukan Tuan :Tarikh : FEBUARI 2007

YB Dato’ Dr.Haji Awaluddin bin Said,Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kota,Pusat Khidmat DUN Kota,Kota, Rembau, NS.

Yang Berhormat,

PERMOHONAN SUMBANGAN PERUNTUKAN DUN KOTA RM 2,000UNTUK MEMBELI KERUSI BALAI RAYA

Dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.

2. JKKK ini ditubuhkan dengan rasminya pada Januari 2003 dan baru berusia 4 tahun. Dalam usia yang muda kami tentunya berada dalam serba kekurangan terutamanya dari segi kewangan bagi pengurusan dan kegiatan JKKK ini.

3. Berdasarkan keadaan yang demikian, JKKK ini memohon sumbangan peruntukan DUN Kota sebanyak RM 2,000 ( Dua Ribu Ringgit ) bagi tahun 2007 ini. Tujuan kami untuk membeli kerusi plastik sebanyak 150 buah sebagai satu kemudahan untuk menjalankan kegiatan umum di balai raya kami.

Bantuan untuk membeli barang kekal begini penting dan tidak membazir kerana boleh digunakan lama dan boleh menjadi ingatan sampai bila-bila.

4. Bagi tujuan tersebut, akaun bank JKKK Seri Layang Jaya adalah seperti berikut :NAMA BANK : BANK BUMIPUTRA COMMERCE REMBAUNO. AKAUN : 0502-0694105-52-7JENIS AKAUN : Akaun Simpanan ( buku )

5. Dengan itu adalah menjadi harapan kami, permohonan kami ini akan mendapat pertimbangan yang utama daripada YB dan tidak mengecewakan kami.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

’ KE ARAH DESA YANG MAJU, MENARIK dan HARMONI’ BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT ’’Yang menjalan tugas,

( ABU YAZID BIN AHMAD ) Pengerusi, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK ) Kampung Seri Layang Jaya, Rembau, Negeri Sembilan.

Page 5: Contoh surat rasmi

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG ( JKKK ) Kampung Seri Layang Jaya, Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus.Pengerusi : Encik Abu Yazid bin AhmadSetiausaha : Encik Mohamad Hj. Abd. Ghani, PMCBendahari : Encik Ibrahim bin Jadi

144, Rumah Rakyat Sungai Layang, 71300 Rembau, NS. Tel : 017-3420631

Rujukan Kami : JKKK/ SLJ/ 2007/ 01 ( )Rujukan Tuan :Tarikh : FEBUARI 2007

YB Dato Aziz bin Shamsuddin,Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah,Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah,PUTRAJAYA

Yang Berhormat Dato;

MEMOHON PERUNTUKAN RM 4000 UNTUK KEMUDAHAN DAN PERALATAN

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa JKKK kami telah ditubuhkan pada tahun 2003 dan baru berusia 4 tahun dan kami juga diletakkan di bawah Gerakan Daya Wawasan ( GDW ) . Malangnya, dalam masa tersebut kami tidak mendapat sebarang perhatian atau tindakan daripada KEMAS kawasan ini.

2. Dalam jangka masa tersebut kami telah mengemukakan beberapa kali permohonan bantuan kewangan dan peralatan kepada Pegawai dan Penyelia jabatan berkenaan tetapi tidak pernah berjaya dengan alasan tiada peruntukan.

3. Oleh yang demikian, kami memohon simpati daripada YB Dato agar menyalurkan peruntukan sebanyak RM 4,000 ( Empat Ribu Ringgit sahaja ) untuk tujuan berikut:

i. Membeli 150 kerusi plastik dan peralatan Balai Rayaii. Membeli peralatan memasak ( untuk kegiatan membuat kerepek kaum wanita )iii. Membeli mesen jahit ( kegiatan wanita menjahit )iv. Menganjurkan kegiatan ceramah dan sebagainya.

4. Bagi tujuan tersebut, akaun bank JKKK Seri Layang Jaya adalah seperti berikut :

NAMA BANK : BANK BUMIPUTRA COMMERCE REMBAUNO. AKAUN : 0502-0694105-52-7JENIS AKAUN : Akaun Simpanan ( buku )

5. Dengan itu adalah menjadi harapan kami, permohonan kami ini akan mendapat pertimbangan yang utama daripada YB Dato dan tidak mengecewakan kami.

Page 6: Contoh surat rasmi