contoh surat

62
WANG BAK HENG @ WANG BOK HENG Block B, Lot 7, Ground Floor Kompleks Sri Krangan 89157 Kota Belud, SABAH. Tarikh : 16.01.2008 Pengarah Pelajaran Sarawak Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak Sektor Pengurusan Sekolah Bangunan TDPT Haji Bujang Jalan Simpang Tiga 93604 Kuching. (u.p. : Encik John Selvaraj) Tuan, MERAYU UNTUK MEMOHON KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM. Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Saya, Wang Bak Heng @ Wang Bok Heng bapa kepada Wang Chsui Ping memohon untuk merayu kemasukan anak saya keTingkatan 6 Atas Tahun 2008. 2. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya lambat menerima surat tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah 2007 kerana saya dan keluarga saya telah berpindah ke Sabah. Bersama-sama ini saya kepilkan salinan surat tawaran, slip keputusan SPM 2006 dan sijil berhenti sekolah anak saya untuk makluman dan tindakan lanjut pihak tuan seterusnya. 3. Perhatian dan kelulusan pihak tuan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang benar, [ WANG BAK HENG @ WANG BOK HENG ] K/P : 551017-13-5261

Upload: anacronox86

Post on 02-Dec-2015

87.615 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: contoh surat

WANG BAK HENG @ WANG BOK HENGBlock B, Lot 7, Ground FloorKompleks Sri Krangan89157 Kota Belud, SABAH.

Tarikh : 16.01.2008

Pengarah Pelajaran SarawakJabatan Pelajaran Negeri SarawakSektor Pengurusan SekolahBangunan TDPT Haji BujangJalan Simpang Tiga93604 Kuching.(u.p. : Encik John Selvaraj)

Tuan,

MERAYU UNTUK MEMOHON KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya, Wang Bak Heng @ Wang Bok Heng bapa kepada Wang Chsui Ping memohon untuk merayu kemasukan anak saya keTingkatan 6 Atas Tahun 2008.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya lambat menerima surat tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah 2007 kerana saya dan keluarga saya telah berpindah ke Sabah. Bersama-sama ini saya kepilkan salinan surat tawaran, slip keputusan SPM 2006 dan sijil berhenti sekolah anak saya untuk makluman dan tindakan lanjut pihak tuan seterusnya.

3. Perhatian dan kelulusan pihak tuan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

[ WANG BAK HENG @ WANG BOK HENG ]K/P : 551017-13-5261

Page 2: contoh surat

LUCY JAUSMK SuaiP.O.Box 235,Pejabat Pos Batu Niah98200 Niah, MIRI.

Tarikh : 24 November 2010

Kepada,Pegawai Pelajaran Daerah MiriPejabat Pelajaran Daerah MiriTingkat 2, Blok 1, Wisma PersekutuanJalan Kipas98000 Miri.

Melalui dan Salinan

PengetuaSMK Suai, Niah.

Tuan,

RAYUAN UNTUK PERMOHONAN PERTUKARAN DALAM BAHAGIAN KE SMK RIAM.

Dengan hormatnya surat tuan ruj. JPS(W)/P.38411 bertarikh 12.11.2010 adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa saya seperti nama di atas ingin membuat rayuan untuk memohon pertukaran dalam bahagian ke SMK Riam sekiranya ada kekosongan memandangkan suami saya bertugas di PPD Miri sedangkan saya dan anak-anak tinggal di Subis kerana saya berkhidmat di SMK Suai.

3. Selain daripada itu, saya ingin tinggal di rumah sendiri kerana kami telah pun membeli rumah di kawasan Taman Tunku, Miri. Bersama-sama ini saya sertakan borang permohonan lama, surat jawapan permohonan pertukaran yang belum dapat diluluskan dan borang permohonan baru daripada saya untuk makluman dan tindakan lanjut pihak tuan seterusnya.

4. Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan amatlah diharapkan dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

[ LUCY JAU ]K/P : 660110-13-5904

Page 3: contoh surat

JAWATANKUASA LATIHAN DALAM PERKHIDMATANSMK SUAIP.O.BOX 235, PEJABAT POS BATU NIAH98200 NIAH.

Tarikh : 20 Julai 2009

Kepada,PengetuaSMK Suai.

Tuan,

MAKLUMAN UNTUK MENGADAKAN PROGRAM CERAMAH SOFT SKILL (LDP) SMK SUAI 2009.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan akan mengadakan ceramah tersebut pada tarikh, masa & tempat seperti berikut:-

Tarikh : 22 Julai 2009Masa : 2.30 – 5.00 petangTempat : Bilik Mesyuarat, SMK Suai.Sasaran : Guru-Guru & kakitangan sokongan SMK Suai.

3. Diharap pihak tuan memaklumkan perkara di atas dan kerjasama daripada pihak tuan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

[ SITI NOR MARIANI BT. SALLEH ]SetiausahaLatihan Dalam PerkhidmatanSMK Suai.

Page 4: contoh surat

ZAIDIL BIN ISMAILd/a: SMK SUAIP.O.BOX 235, PEJABAT POS BATU NIAH98200 NIAH, MIRI.

Tarikh : 15.08.2011

Guru Kelas Tahun 1SJK Chin Nam98200 Niah Miri.

Tuan,

MAKLUMAN TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya seperti nama di atas, bapa kepada pelajar Nur Ain Khadijah binti Zaidil dari kelas Tahun 1 SJK Chin Nam ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa anak saya seperti butiran di atas tidak akan hadir ke sekolah pada 15 – 19 Ogos 2011 kerana kami semua akan pergi ke semenanjung atas urusan keluarga yang perlu diselesaikan.

3. Justeru itu, besarlah harapan saya selaku bapa kepada pelajar ini agar makluman ini dapat memudahkan urusan pihak tuan. Atas segala kerjasama dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

[ ZAIDIL BIN ISMAIL ]

Page 5: contoh surat

ZAIDIL BIN ISMAILd/a: SMK SUAIP.O.BOX 235, PEJABAT POS BATU NIAH98200 NIAH, MIRI.

Tarikh : 14.09.2011

Ketua Polis TrafikBalai Polis Miri98000 Miri.

Tuan,

MEMOHON UNTUK PENGURANGAN BAYARAN SAMAN TRAFIK.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya seperti nama di atas, pemilik kereta QMH 3130 telah di saman trafik pada 12/09/2011 jam 07.21 malam. Justeru itu, besarlah harapan saya selaku pemilik kereta memohon dikurangkan bayaran saman berkenaan. Atas segala kerjasama dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

[ ZAIDIL BIN ISMAIL ]6909301-13-5309

Page 6: contoh surat

D. LAILA RESTORANLOT 622 NIAH BAZAAR98200 NIAH.

Tarikh : 15.09.2008

Kepada BendahariPersatuan Tokong Baru Siew Nam Dam Chung Chiu Chieh

Tuan,

TUNTUTAN BAYARAN MAKAN SEMPENA PERAYAAN ULANG TAHUN KE 3 TOKONG BARU SIEW NAM DAM CHUNG CHIU CHIEH.

Saya seperti nama di atas ingin membuat tuntutan bayaran makan Pegawai RELA yang bertugas sempena perayaan ulang tahun ke 3 Tokong Baru Siew Nam Chung Chiu Chieh pada 13 & 14 September 2008.

13.09.2008 - 30 bungkus nasi campur x RM 4.50 = RM 135.00

14.09.2008 – 30 bungkus nasi campur x RM 4.50 = RM 135.00

Jumlah Besar = RM 270.00========

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

[ D. LAILA BT. AWANG TAIP ]680831-13-6358

Page 7: contoh surat

SUTINI BINTI SUBELI d/a: SMK SUAIP.O.BOX 235, PEJABAT POS BATU NIAH98200 NIAH, MIRI.

Tarikh : 28 Mac 2007

Assalamulaikum kak,

Apa khabar kitak? Kamek di situk semua sihat. Bukan sik mauk hantar berita cuma agak sibuk sikit kebelakangan tuk. Anak kamek yang tua lahir pada 27.12.2004 - umurnya sekarang 2 tahun lebih. Namanya Nur Ain Khadijah bt. Zaidil. Yang kecik lahir pada 02.10.2006 baru lima bulan. Namanya Nur Aisyah bt. Zaidil. Ari ya kamek bersalin melalui perbedahan. Emak & Bapak di sarikei semuanya sihat. Amin masa tuk masih sekolah Tingkatan 6 Atas(STPM Tahun tuk). Jojot masih menunggu untuk masuk ke Tingkatan 6 Rendah. Ass di Tingkatan Lima SPM Tahun tuk. Nana Tingkatan 3 (PMR).

Belum agik kamek naik pangkat. Ujian untuk memasuki KPSL N17, 1 kertas ajak kamek lulus. Tuk no. telefon kamek - 019-8457552 (hantar msg ajak dapat) tuk no telefon office – 085-738373.

Oklah. Kelak kamek antar berita agik. Salam untuk kitak.

(SUTINI BINTI SUBELI)

LUCY JAU

Page 8: contoh surat

d/a : Berek No.10 SMK SubisNiah.

Tarikh : 30 Julai 2009

Kepada,PengetuaSMK SubisBatu Niah.

Melalui Dan Salinan:-

PengetuaSMK Suai98200 Niah.

Tuan,

MOHON MENDIAMI BEREK KERAJAAN DI SMK SUBIS.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Untuk makluman pihak tuan, saya Lucy Jau memohon untuk menduduki Berek Kerajaan di SMK Subis.kerana saya telah ditempatkan bertugas di SMK Suai. Memandangkan suami saya mendapat arahan berpindah ke Pejabat Pelajaran Daerah Miri dan saya mohon agar rumah(SMK Subis, Berek No.10) yang sebelum ini atas nama suami saya ditukar ke atas nama saya.

2. Perhatian dan kelulusan pihak tuan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

[ LUCY JAU ]K/P : 660110-13-5904

JAWATANKUASA JIRAN WANITA

Page 9: contoh surat

KAWASAN RUKUN TETANGGADAERAH NIAH

Ruj. Kami : JWKN / 2008 / (14) 15Tarikh : 20 Ogos 2008

-------------------------------------------------

-------------------------------------------------

Tuan/Puan,

Jemputan Mesyuarat Penyelarasan AktivitiSempena Bulan Kemerdekaan – 2008.

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Sukacita tuan/puan adalah dijemput menghadiri mesyuarat pada masa, tarikh dan tempat berikut :-

Tarikh : 21 Ogos 2008 (Khamis)

Masa : 2.00 petang

Tempat : Balai Raya Sepupok

3. Agenda :

2.1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi2.2. Makluman AJK Induk & Jawatankuasa Kerja2.3. Perbincangan Penyelarasan Aktiviti2.4. Hal-Hal Lain (Jika Ada)

Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan bagi kelancaran mesyuarat tersebut.

Sekian, harap maklum.

Terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

( PN DYG LAILA AWG TAIP )b.p. Pengerusi Jiran Wanita Kawasan Niah.

AWANG TAIP BIN AWANG HASSAN

Page 10: contoh surat

LOT 284, KAMPUNG MUHIBBAH98200 NIAH.

Tarikh : 03 Disember 2008

Kepada,Ketua Polis Daerah BintuluIbupejabat Polis DiRaja MalaysiaBahagian Daerah Bintulu.(u.p. : Cawangan Kewangan, IPD Bintulu)

Tuan,

TUNTUTAN BAYARAN BAGI MENYEDIAKAN MAKAN & MINUMAN - 100 ORANG ANGGOTA PGA DI BALAI POLIS BATU NIAH PADA 01.12.2008 HINGGA 02.12.2008.

Saya seperti nama di atas ingin membuat tuntutan bayaran bagi menyediakan makan & minuman untuk 100 orang anggota PGA di Balai Polis Batu Niah pada 01.12.2008 hingga 02.12.2008.

1. Makan Malam - RM 10.00 x 100 orang = RM 1,000.002. Minum Pagi - RM 1.50 x 100 orang = RM 150.003. Makan Tengahari - RM 10.00 x 100 orang = RM 1,000.00

= RM 2,150.00

Ringgit : Dua Ribu Seratus Lima Puluh Sahaja.

Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,

[ AWANG TAIP BIN AWANG HASSAN ]K/P : 490605-13-5253

Zaidil bin Ismail

Page 11: contoh surat

d/a: SMK Suai 98200 NIAH.

Tarikh : 30 September 2011

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan

Tuan/Puan,

MAKLUMAN PENGGUNAAN KENDERAAN QMH 3130.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa isteri saya, Puan Sutini bt. Subeli, yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir N17 di SMK Suai, menggunakan kereta tersebut ( Proton Wira QMH 3130) dalam menjalankan tugas-tugas rasmi beliau.

Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,

……………………….[ ZAIDIL BIN ISMAIL ]

Azarina bt. Zahari

Page 12: contoh surat

SMK SuaiP.O.Box 235Pejabat Pos Batu Niah98200 Niah, Miri.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PengarahJabatan Akauntan Negara MalaysiaCawangan MiriTingkat 4, Yu Lan PlazaJalan Brooke98000 Miri. 19 Januari 2009

Tuan,

PERTUKARAN NO. AKAUN BANK.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa saya ingin menukar nombor akaun bank saya seperti berikut:

No. Akaun Bank Lama No. Akaun Bank Baru

Bank Simpanan Nasional Malayan Banking Berhad

1310029813563514 111114137064

3. Bersama-sama ini disertakan salinan buku akaun bank baru untuk tindakan pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

[ AZARINA BT. ZAHARI ]SMK Suai,Niah.

Suzanariah bt. Hj. Subeli

Page 13: contoh surat

Alamat Penuh

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Tarikh :

Kepada,Pengarah…………………………………………..…………………………..…………………………..

Tuan,

MEMOHON JAWATAN ………………………………………………………….

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa saya ingin memohon jawatan………….. Bersama-sama ini disertakan resume saya ………….. Semoga mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………..[ SUZANARIAH BT. HJ. SUBELI ]K/P:

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN

Page 14: contoh surat

KAMPUNG MUHIBBAH NIAH98200 NIAH.

Ruj. Kami : JKKK/KM/2/2010Tarikh : 02 Ogos 2010

Kepada,Semua Penduduk Kampung Muhibbah, Niah.

Tuan/Puan,

MEMOHON DERMA UNTUK MENGADAKAN MAJLIS TAHLIL MAKAN ARWAH AWAL BULAN SEMPENA RAMADHAN.

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan kepada penduduk Islam Kampung Muhibbah Niah bahawa Jawatankuasa Masjid Al-Jabbar Niah akan mengadakan Majlis Tahlil Makan Arwah Awal Bulan sempena Ramadhan pada tarikh, masa & tempat seperti berikut:-

Tarikh : 08 Ogos 2010Massa : 4.30 petangTempat : Masjid Al- Jabbar Niah.

3. Dengan ini juga diberitahu kepada kaum muslimin dan muslimat bagi Kampung Muhibbah sudilah kiranya menghulurkan derma & sedekah dan dijemput datang pada tarikh,masa dan tempat seperti di atas.

4. Atas segala sumbangan tuan/puan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

…………………………………………..( AWANG TAIP BIN WANG HASSAN )PengerusiJKKK Kampung MuhibbahNiah.

Bil. Nama (Penderma) Jumlah (RM)

Page 15: contoh surat

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG MUHIBBAH NIAH

98200 NIAH.

Page 16: contoh surat

Ruj. Kami : JKKK/KM/3/2011Tarikh : 07 Julai 2011

Kepada,

________________________________

________________________________

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MESYUARAT KERJA GOTONG ROYONG MEMBERSIH SUNGAI DAN PARIT.

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut pada masa, tarikh dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 11 Julai 2011

Masa : 8.00 malam

Tempat : Rumah Encik Awang Taip bin Awg HassanKampung Muhibbah Niah.

3. Agenda :

3.1. Aturcara Kerja3.2. Merancang Aktiviti JKKK.3.3. Hal-Hal Lain (Jika Ada)

Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan bagi kelancaran mesyuarat tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

…………………………………………………………( AWANG TAIP BIN AWANG HASSAN )PengerusiJKKK Kampung MuhibbahNiah.

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG MUHIBBAH NIAH

Page 17: contoh surat

98200 NIAH.

Ruj. Kami : JKKK/KM/2/2011Tarikh : 11 April 2011

KepadaKetua Platun RELA98200 Niah.

Tuan,

MEMOHON BANTUAN RELA UNTUK MEMBANTU DALAM MEMANTAU DAN MENGAWASI KESELAMATAN DI SEKITAR KAWASAN RUMAH SEMPENA LAWATAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT.

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan pihak JKKK Kampung Muhibbah akan mengadakan perjumpaan bersama Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 14.04.2011

Masa : 2.00 petang

Tempat : Rumah Penghulu Haji Yaman Hj MuraieeKampung Muhibbah Niah.(Berhadapan dengan Sekolah SMK Suai)

3. Oleh yang demikian, pihak JKKK ingin memohon kerjasama daripada pihak tuan untuk menjaga dan memantau keadaan lalulintas di sepanjang jalan menuju ke rumah berkenaan. Kami berharap pihak tuan dapat membantu pihak kami di dalam memastikan keselamatan orang ramai yang datang ke perjumpaan tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

…………………………………………………………( AWANG TAIP BIN AWANG HASSAN )PengerusiJKKK Kampung MuhibbahNiah.

Page 18: contoh surat

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG MUHIBBAH NIAH

98200 NIAH.

Ruj. Kami : JKKK/KM/2/2010Tarikh : 01 Februari 2010

Kepada,

PengetuaSMK Suai, Niah.

Tuan,

MEMOHON UNTUK MENGGUNAKAN BILIK MESYUARAT SMK SUAI UNTUK MESYUARAT AJK KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG MUHIBBAH NIAH TAHUN 2010.

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita adalah dipohon untuk menggunakan bilik mesyuarat SMK Suai pada tarikh dan masa seperti berikut:-

Tarikh : 06.02.2010

Masa : 8.00 pagi

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

…………………………………………………………( AWANG TAIP BIN AWANG HASSAN )Timbalan PengerusiJKKK Kampung MuhibbahNiah.

Page 19: contoh surat

PEMBERITAHUAN Program Gotong Royong Membersih Tebingan

Sungai Niah Dan Tepi Kiri Jalan Daripada Bawah Bukit Pejabat Daerah Kecil Niah Hingga Ke

Kampung Padang Niah.

Adalah dijemput Penduduk Daripada Kampung Padang Niah, Kampung Masjid Niah, Kampung Sepupok Niah, Kampung Muhibbah Niah Serta

Dijemput Juga Kampung Bukit Bom Pada Tarikh, Masa & Tempat Berkumpul Seperti Berikut:-

Tarikh : 10 April 2011 (Ahad)Jam : 07.30 Pagi

Tempat Berkumpul : Tapak Lapang (Depan Masjid Tku Hj Ahmad Niah Sebelum Gotong

Royong Bermula)

Sila Bawa Peralatan Sendiri Seperti Parang, Mesin Rumput Dan Chain Saw. Untuk Makluman

Minyak Petrol Ada Disediakan.

Kerjasama Semua Penduduk Kampung Dialu-alukan. Sekian, Terima Kasih.

Yang Menjalankan Tugas,

………………………………………..…(PENGHULU HJ. YAMAN BIN HJ. MARUEE)

Ketua Masyarakat Kawasan Niah/Suai.

Page 20: contoh surat

Puan Lemuk ak JugakRh MentaliSg. Saeh Merah98200 Niah.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yang Berhormat,Puan Rosey bt. Hj. YunusAhli Dewan Undangan NegeriN61 Bekenu. 24 April 2009

Yang Berhormat,

MEMOHON BANTUAN ALAT KELENGKAPAN DAPUR.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya mewakili gerempung indu JKKK Rh. Mentali memohon jasa baik Yang Berhormat untuk menghulur derma bagi membeli alat kelengkapan dapur. Untuk makluman Yang Berhormat, keperluan ini adalah untuk digunakan waktu keramaian dan sebagainya. Sebelum ini kami terpaksa mengumpul daripada setiap bilik untuk kelengkapan tersebut.

3. Semoga bantuan Yang Berhormat hulurkan dapat menyelesaikan masalah ini dan kami mengucapkan jutaan terima kasih.

Sekian.

Yang benar, Disokong Oleh,

………………………………… ……………………………..[ PUAN LEMUK AK JUGAK ] [ TR MENTALI AK GESA ]

Page 21: contoh surat

Encik Epat ak BakarRh MentaliSg. Saeh Merah98200 Niah.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yang Berhormat,Puan Rosey bt. Hj. YunusAhli Dewan Undangan NegeriN61 Bekenu. 24 April 2009

Yang Berhormat,

MEMOHON BANTUAN KERUSI PLASTIK UNTUK DEWAN SERBAGUNA KAMPUNG SAEH.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya mewakili JKKK Rh. Mentali memohon jasa baik Yang Berhormat untuk menghulur derma bagi membeli kerusi plastik untuk Dewan Serbaguna Kampung Saeh sebanyak 200 buah. (RM 30.00 x 200 = RM 6,000.00) Untuk makluman Yang Berhormat, keperluan ini adalah untuk digunakan waktu keramaian dan sebagainya.

3. Semoga bantuan Yang Berhormat hulurkan dapat menyelesaikan masalah ini dan kami mengucapkan jutaan terima kasih.

Sekian.

Yang benar, Disokong Oleh,

………………………………… ……………………………..[ ENCIK EPAT AK BAKAR ] [ TR MENTALI AK GESA ]

Page 22: contoh surat

NIAH

Ruj. Kami : JWKRT / Niah / 2011/ (01)Tarikh : 13 Mei 2011

Kepada,

Semua AJKJiran Wanita Kawasan NiahRukun Tetangga Daerah Niah

Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT AKTIVITI JIRAN WANITA 2011

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara yang tersebut di atas.

2. Sukacita tuan/puan adalah dijemput menghadiri mesyuarat yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 14 Mei 2011 (Sabtu)

Masa : 2.00 petang

Tempat : Masjid Tunku Haji Ahmad.

3. Agenda :-

3.1. Ucapan Pengerusi3.2. Perbincangan Aktiviti Sempena Hari Ibu, Hari Bapa dan Majlis

Kesyukuran.3.3. Hal-hal Lain

Kehadiran serta kerjasama tuan/puan amatlah diharapkan bagi kelancaran mesyuarat ini kelak.

Sekian, harap maklum, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

( RAHANI BT. ISMAIL )Pengerusi Jiran Wanita Kawasan Niah.

s.k. Pengerusi KRT – Kawasan Niah

Page 23: contoh surat

NIAH

Ruj. Kami : JWKRT / Niah / 2011/ (02)Tarikh : 26 Mei 2011

Kepada,

YB Puan Rosey YunusAdun N.61 Bekenu.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK AKTIVITI JIRAN WANITA.

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara yang tersebut di atas.

2. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak Jiran Wanita Rukun Tetangga Daerah Niah ingin memohon derma ikhlas daripada YB berjumlah RM 5,000.00 bagi menjalankan aktiviti di masa akan datang dan untuk membeli pakaian seragam untuk semua ahli. Bersama-sama ini disertakan no akaun Jawatankuasa Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga Niah untuk tindakan pihak YB seterusnya.

4-3862473-24 = Public Bank

3. Semoga mendapat perhatian dan sokongan pihak tuan seterusnya.

Sekian, harap maklum, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

( RAHANI BT. ISMAIL )Pengerusi Jiran Wanita Kawasan Niah.

s.k. Pengerusi KRT – Kawasan Niah

Page 24: contoh surat

NIAH

KepadaPengarah Jabatan Perpaduan Negeri SarawakBahagian Miri.( u.p. : Encik Mohamad Ikram )

Belum Ada Kad keahlian AJK KRT Kawasan Niah.

Bil. Nama No Kad Pengenalan

1. Siti Hawa bt. Abu Bakar 591216-13-6172

2. Hasimah bt Maad 660322-13-5068

3. Habdah bt. Maad 501021-13-5578

4. Dayang Laila bt. Awang Taip 680831-13-6358

5. Dayang Selmah bt. Awang Kipli 520201-13-5032

6. Dayang Sezen bt. Awang Sadam 490612-13-5358

7. Dayang Satun bt. Pengiran Sanjak 480712-13-5102

8. Ainona bt. Ahmad 630526-13-5580

9. Habsah bt. Mohamad 450825-13-5048

Page 25: contoh surat

Tuan,

JEMPUTAN KE MAJLIS HARI IBU 2009.

Merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Dengan segala hormat dan takzimnya, Jiran Wanita Kawasan Niah, menjemput dan mempersilakan tuan untuk menghadiri majlis sambutan Hari Ibu pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 22 Mei 2009 (Jumaat)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Balai Raya Sepupok, Niah.

Kehadiran tuan amatlah diharapkan untuk turut sama menyeri serta memeriahkan aturcara majlis.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

( RAHANI BT. ISMAIL )Pengerusi Sambutan Hari Ibu Sesi 2009Jiran Wanita Kawasan Niah.

s.k. Pengerusi KRT

Page 26: contoh surat

TERESA NAWIE AK ROWLAND REGGIE (850823-13-5362)Lot 5642, Jalan MaigoldDesa Senadin, Fasa 498100 Miri.

Tarikh : 01 Mei 2009

Kepada,PengetuaSMK SuaiP.O.Box 235, Pejabat Pos Batu Niah98200 Niah, Miri.

Tuan,

PEMBERITAHUAN PELETAKAN JAWATAN SEBAGAI GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT).

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya seperti nama di atas, ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang peletakan jawatan saya sebagai guru sandaran tidak terlatih di SMK Suai kerana saya telah pun mendapat tawaran kursus KPLI Ambilan Khas Jun 2009. Peletakan jawatan saya sebagai guru sandaran tidak terlatih di SMK Suai bermula pada 22 Jun 2009. Bersama-sama ini saya sertakan surat tawaran tersebut untuk makluman pihak tuan.

3. Dengan itu, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama daripada pihak tuan sepanjang saya bertugas.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

[ TERESA NAWIE AK ROWLAND REGGIE ]K/P : 850823-13-5362

Page 27: contoh surat

KK NOH BIN MAT KAMPUNG BUKIT BOM NIAH98200 NIAH.

Tarikh : 22 Julai 2009

Kepada,

PengarahJabatan Kebajikan Daerah Miri98000 Miri.

Tuan,

SURAT PENGESAHAN PERIBADI DIRI.

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Adalah disahkan bahawa penama seperti berikut:-

i) Dayang Hadijah bt. Awang Osman 480314-13-5182

ii) Dayang Salihah bt. Awang Osman 340720-13-5378

Kedua-duanya beralamat di Kampung Sepupok Niah dan memang disahkan bujang dan tinggal bersendirian di kampung Sepupok Niah.

Sekian, terima kasih.

Saya Yang Benar,

………………………………….( KK NOH BIN MAT )Pemangku Penghulu Kawasan Daerah Kecil Niah.

Page 28: contoh surat

MOHAMMAD FIKRI BIN HAJI ALI (K/P: 871115-13-5217)d/a: SMK SuaiP.O.Box 235, Pejabat Pos Batu Niah98200 Niah.

Tarikh : 11 Oktober 2011

Kepada,Pengarah Pelajaran SarawakJabatan Pelajaran Negeri SarawakSektor Khidmat Pengurusan Dan PembangunanBangunan TDPT Haji BujangJalan Simpang Tiga93604 Kuching.

Melalui & Salinan:-PengetuaSMK SuaiP.O.Box 235, Pejabat Pos Batu Niah98200 Niah, Miri.

Tuan,

MOHON UNTUK MENUKAR SKEL GAJI GSTT BUKAN SISWAZAH DB27 KE GSTT SISWAZAH DC41.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya telah ditawarkan sebagai GSTT Bukan Siswazah DB27 di SMK Suai. Oleh itu saya memohon untuk ditukarkan skel gaji GSTT Siswazah DC41. Bersama-sama ini saya sertakan Sijil Ijazah dan Transkrip Ijazah yang telah disahkan untuk makluman dan tindakan pihak tuan seterusnya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

[ MOHAMMAD FIKRI BIN HAJI ALI ]K/P : 871115-13-5217

Page 29: contoh surat

PERJANJIAN TUKAR HAK MILIK TANAH NCRTEMUDA KAMPUNG PADANG KELULIT SIBUTI

(KELUASAN TANAH TERSEBUT DIANGGARKAN 5 EKAR)

Saya, Zaidil bin Ismail (K/P: 690930-13-5309) dengan ini mengaku sesungguhnya bahawa tanah yang tersebut di atas telah dijual kepada Encik Paran Ulai (K/P: 691107-13-5489) dengan harga RM 12,000.00 (Dua Belas Ribu Ringgit Sahaja). Bahawasanya dengan ini saya tiada berhak lagi menuntut apa-apa di atas tanah itu.

Tandatangan Penjual :- Tandatangan Pembeli :-

……………………….. ………………………….( ZAIDIL BIN ISMAIL ) ( PARAN ULAI )NO K/P : 690930-13-5309 NO K/P : 691107-13-5489Tarikh : Tarikh :

Tandatangan Saksi :- Tandatangan Saksi :-

……………………….. ………………………….( MUDIN BIN ISA ) ( ALIAS BIN AHMAD )NO K/P : NO K/P : Jiran Sempadan Dibelakang Tanah Jiran Sempadan Sebelah TanahTarikh : Tarikh :

Disahkan Oleh :- Disah Oleh :-

……………………….. ………………………….( OSMAN BIN HAMID ) ( JUNIT BIN MOLOK )NO K/P : 610119-13-5579 NO K/P : 590302-13-5799Ketua Kaum Kpg. Padang Penghulu Kpg. Pejuang KelulitTarikh : Tarikh :

Page 30: contoh surat

ZAIDIL BIN ISMAIL (K/P : 690930-13-5309)SMK SUAIP.O.BOX 235, PEJABAT POS BATU NIAH98200 NIAH, MIRI.SARAWAK.TEL : 019-8457552

Tarikh : 27 Januari 2011

KepadaSetiausahaKoperasi Koperkasa Berhad16-19, Jalan Simpang Tiga93300 Kuching.

Tuan,

MEMOHON UNTUK BERHENTI KEANGGOTAAN KOPERKASA.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya seperti nama di atas ingin memohon untuk berhenti keanggotaan koperkasa atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan masalah kewangan. Semoga mendapat kerjasama daripada pihak tuan seterusnya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

( ZAIDIL BIN ISMAIL )K/P : 690930-13-5309

Page 31: contoh surat

BIBI AK LIDOM (K/P : 490203-13-5080)RH. IBAI, SUNGAI SEBATUK SUAIP.O.BOX 296, PEJABAT POS BATU NIAH98200 NIAH, MIRI.SARAWAK.

Tarikh : 13 Januari 2010

KepadaPengurus Bayong Recources Sdn. Bhd1st Floor, Lot 2072, Blk 4 MCLDJalan Cattleya 2,Piasau Industrial EstateP.O.Box 87198008 Miri.( u.p. : Bahagian Gaji )

Tuan,

MEMOHON GAJI DI BAYAR MASUK KE AKAUNPUAN BIBI AK LIDOM- NO AKAUN :

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya, Bibi ak Lidom, Kad Pengenalan No. 490203-13-5080 (K0000198) beralamat Rh. Ibai, Sungai Sebatuk Suai memohon wang gaji suami saya Berendin ak Unggam K/P: 541222-13-5149 yang bekerja di Bayong Recources sebagai Floormen dimasukkan ke akaun saya. Bersama-sama ini juga saya sertakan salinan buku akaun dan kad pengenalan untuk tindakan pihak tuan seterusnya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

( BIBI AK LIDOM )K/P : 490203-13-5080

Page 32: contoh surat

Tarikh : 13 Januari 2010

KepadaPengarahJabatan Insolvensi MalaysiaCawangan MiriTingkat 11 & 14 Yu Lan PlazaJalan Brooke, Peti Surat 76698008 Miri.

Tuan,

PENGESAHAN JAWATAN.PUAN BIBI AK LIDOM- NO AKAUN :

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah disahkan Berendin ak Unggam No K/P : 541222-13-5149 beralamat Rh. Ibai, Sungai Sebatuk Suai adalah pekerja di Bayong Resources Sdn. Bhd sebagai Floormen dengan gaji RM 2,658.55.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

( BAYONG RESOURCES SDN. BHD )

Page 33: contoh surat

Zaidil bin IsmailF2/2A SMK Suai98200 Niah.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada, 30 Ogos 2010Sesiapa Yang Berkenaan.

Tuan,

PENGESAHAN BERKERJA – DAYANG HALUYAH BT. AWG TAIP (K/P:

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah disahkan bahawa Dayang Haluyah bt. Awg Taip berkerja menjaga anak saya mulai dari tahun 2004 hingga sekarang dan diberi gaji sebanyak RM 300.00 sebulan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………..[ ZAIDIL BIN ISMAIL ]K/P: 690930-13-5309

Page 34: contoh surat

JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KEMAJUAN KAMPUNGKAMPUNG MUHIBBAH NIAH, 98200 NIAH.

Ruj. Kami : JKKK/KG.MUHIBBAH NIAH/2011 ( )Tarikh : 29 Mac 2011

KepadaYB Haji Ahmad Lai bin BujangAhli Dewan Rakyat KawasanN. 218 Sibuti.

Tuan,

MOHON BANTUAN PROJEK BATU UNTUK TIMBUS JALAN KEBUN.

Dengan hormatnya saya memajukan surat permohonan bantuan projek batu untuk menimbus jalan ke kebun. Perbualan saya bersama anak YB, Encik Nazri pada 27.03.2011 jam 11.45 pagi. Saya telah menerangkan kepada beliau atas keperluan ini, dan dia menasihatkan supaya menulis permohonan dan sertakan pelan jalan., gambar kebun dan senarai nama pengguna jalan berkenaan. Panjang jalan berkenaan sejauh lebih kurang 1 km.

2. dikepilkan bersama plan jalan, gambar kebun dan senarai nama pengguna jalan untuk rujukan YB nanti. Dengan itu, besarlah harapan saya kiranya permohonan ini mendapat perhatian dan kelulusan daripada YB.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

………………………………………………( AWANG TAIP BIN AWANG HASSAN )Pengerusi JKKK Kampung Muhibbah Niah98200 Niah, Miri.

Page 35: contoh surat

Senarai Nama Pengguna Jalan.

1. Encik Awang Taip bin Awang Hassan

2. Encik Awang Haji Hamid bin Awang Johari

3. Encik Awang Dewa bin Pengiran Abu Talip

4. Encik Daim bin Ahmad Rahim

5. Encik Adenan bin Haji Salleh

6. Cik Dayang Saadiah bt. Awang Mansor

7. Encik Awang Sanusi bin Awang Mansor

8. Puan Dayang Zahrah bt. Pengiran Abu Talip

9. Encik Awang Mashor bin Awang Johari

10. Tuan Haji Termizi bin Baiwai

Page 36: contoh surat

JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KEMAJUAN KAMPUNGKAMPUNG MUHIBBAH NIAH,

98200 NIAH.

Ruj. Kami : JKKK/KG.MUHIBBAH NIAH/2010 ( )Tarikh : 15 11.2010

Kepada

………………………………………………..

………………………………………………..

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI TETAMU KEHORMAT MAJLIS PENUTUPAN KARNIVAL SUKANEKA DAN PERTANDINGAN KARAOKE ANJURAN JKKK KPG. MUHIBBAH NIAH

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa JKKK Kpg. Muhibbah Niah akan menganjurkan Karnival Sukaneka dan Pertandingan Karaoke. Sehubungan itu, pihak kami ingin menjemput tuan untuk sama-sama memeriahkan majlis kami seperti di atas pada, tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh : 05 Disember 2010 (Ahad)

Masa : 8.00 malam

Tempat : Dewan Masyarakat Sepupok Niah.

3. Kehadiran tuan ke majlis ini amatlah dialu-alukan dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Saya yang benar,

………………………………………………( AWANG TAIP BIN AWANG HASSAN )Pengerusi Penganjur

Page 37: contoh surat

JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KEMAJUANKAMPUNG MUHIBBAH NIAH, 98200 NIAH.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ruj. Kami : JKKK/KG.MUHIBBAH NIAH/2011Tarikh : 15 September 2011

Kepada,YB Haji Ahmad Lai bin BujangAhli Dewan Rakyat KawasanN. 218 Sibuti.

Yang Berhormat,

MEMOHON PERUNTUKAN UNTUK MEMBELI KERUSI PLASTIK, MEMBUAT KANOPI DAN PERIUK NASI MENGGUNAKAN GAS.

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Saya mewakili JKKK Kampung Muhibbah Niah memohon jasa baik Yang Berhormat untuk menghulur derma bagi membeli kerusi plastik sebanyak 350 buah (RM 20.00 x 350 = RM 7,000.00), peruntukan untuk membuat 4 unit kanopi (RM 2,000.00 x 4 unit = RM 8,000.00) serta 2 unit periuk untuk memasak nasi menggunakan gas (RM 600.00 x 2 unit = RM 1,200.00) untuk kegunaan AJK kampung apabila mengadakan satu majlis keramaian dan sebagainya.

3. Semoga bantuan Yang Berhormat hulurkan dapat menyelesaikan masalah ini dan kemi mengucapkan jutaan terima kasih.

Sekian.

Saya yang benar,

…………………………………………………………( KK AWANG TAIP BIN AWANG HASSAN )PengerusiJKKK Kampung MuhibbahNiah.

Page 38: contoh surat

JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KEMAJUAN KAMPUNGKAMPUNG MUHIBBAH NIAH, 98200 NIAH.

Ruj. Kami : JKKK/KG.MUHIBBAH NIAH/2010 ( )Tarikh : 15 11.2010

KepadaTuan/Puan/Encik/Cik

………………………………………….

Tuan/Puan,

MOHON SUMBANGAN IKHLAS BERBENTUK HAMPER.

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa JKKK Kpg. Muhibbah Niah akan menganjurkan Karnival Sukan dan Pertandingan Karaoke pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-:

PERTANDINGAN KARAOKE

Tarikh : 04 - 05 Disember 2010 (Sabtu & Ahad)Masa : 7.30 malamTempat : Dewan Masyarakat Sepupok Niah.

* Tiket Masuk RM 1.00 – Untuk Cabutan Tiket Bertuah

SUKANEKA

Tarikh : 05 Disember 2010 (Ahad)Masa : 8.00 pagi

(Pendaftaran penyertaan : 7.00 – 7.30 pagi)Tempat : Padang Majlis Daerah Subis, Niah.

* Setiap penyertaan bernilai RM 1.00

3. Sehubungan dengan itu sepertimana yang telah dipersetujui dalam mesyuarat yang lepas pada 30.10.2010 jam 2.30 petang bertempat di ruang legar Masjid Al-Jabbar Niah bahawa j/Kuasa Penganjur mohon jasa baik tuan/puan untuk memberi sumbangan ikhlas dalam bentuk Hamper bagi sama-sama memeriahkan lagi majlis ini.

2. Untuk itu di atas segala sumbangan dan kerjasama yang pihak tuan/puan sumbangkan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Saya yang benar,

………………………………………………( AWANG TAIP BIN AWANG HASSAN )Pengerusi Penganjur

s.k. : Fail

Page 39: contoh surat

SURAT PERSETUJUAN MEMBERI KUASA MENTADBIR HARTA MENDIANG DENA AK ANDOM

Kami seperti nama dan alamat serta pemegang my kad seperti di bawah telah bersetuju memberi kuasa kepada adik lelaki kami, bernama BULOON AK MALAYU (K/P: 741102-13-5087) beralamat Rumah Mat Sg. Lamaus Ulu Niah, 98200 Niah untuk mentadbir harta mendiang ibu kami, DENA AK ANDOM yang telah meninggal dunia pada 05 Ogos 2001.

a. Semua sebidang tanah 4930sq meter lebih atau kuang di Lot 1 Blk 10, Sawai Land District di taksir nilai RM 2,958.00

b. Semua sebidang tanah 5,340sq meter lebih atau kurang di Lot 4 Blk 10 Sawai Land District di taksir nilai harga RM 3,204.00

1. Lily Chamat ak Malayu ………………………….NO K/P : 641116-13-5194Rumah Mat, Sg. Lamaus Ulu Niah98200 Niah.Tarikh :

2. Umban ak Malayu ………………………….NO K/P : 680521-13-5106Rumah Mat, Sg. Lamaus Ulu Niah98200 Niah.Tarikh :

3. Geruda ak Malayu ………………………….NO K/P : 760827-13-5600Rumah Mat, Sg. Lamaus Ulu Niah98200 Niah.Tarikh :

Page 40: contoh surat

BORANG PENGIRAAN MARKAHKATEGORI LAGU MELAYU PERINGKAT SARINGAN

BIL. NO GILIRAN

NAMAPESERTA

VOKAL TEMPO PERSEMBAHAN PAKAIAN JUMLAHMARKAH

Page 41: contoh surat
Page 42: contoh surat

Selamat Hari Ibu & Hari Bapa

Daripada,JawatanKuasa Jiran WanitaKawasan Rukun Tetangga

Niah

Selamat Hari Ibu & Hari Bapa

Daripada,JawatanKuasa Jiran WanitaKawasan Rukun Tetangga

Niah

Selamat Hari Ibu & Hari Bapa

Daripada,JawatanKuasa Jiran WanitaKawasan Rukun Tetangga

Niah

Selamat Hari Ibu & Hari Bapa

Daripada,JawatanKuasa Jiran WanitaKawasan Rukun Tetangga

Niah

Selamat Hari Ibu & Hari Bapa

Daripada,JawatanKuasa Jiran WanitaKawasan Rukun Tetangga

Niah

TerimaKasih

TerimaKasih

TerimaKasih

Terima

Terima

Terima

Kasih

Kasih

Kasih

Terima

Terima

Terima

Terima

Kasih

Kasih

Kasih

Kasih

KATEGORI LAGU IBANTEMPAT KETIGA

RM 150.00

Page 43: contoh surat

TIMBALAN PENGERUSI

KATEGORI LAGU IBANTEMPAT KEEMPAT

RM 100.00

KATEGORI LAGU IBANSAGUHATIRM 30.00

KATEGORI LAGU IBANSAGUHATIRM 30.00

KATEGORI LAGU IBANSAGUHATIRM 30.00

KATEGORI LAGU IBANSAGUHATIRM 30.00

KATEGORI LAGU IBANSAGUHATIRM 30.00

KATEGORI LAGU IBANSAGUHATIRM 30.00

Page 44: contoh surat

JAWATANKUASA PESERTA FELCRA SEPUPOK NIAH

Tarikh : 14 Disember 2010

Kepada

-------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------

Tuan/Puan,

MESYUARAT PERSEDIAAN MENUBUH AHLI JAWATANKUASA PESERTA FELCRA SEPUPOK NIAH.

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 19.12.2010Masa : 1.30 petangTempat : Bilik Rumah Awang Taip

Kpg Muhibbah Niah.

2.1. Ucapan Alu-Aluan.2.2. Membincangkan Perkara Yang Perlu.2.3. Hal-Hal Lain Jika Ada.

3. Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan demi masa depan kita bersama.

Sekian, terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas,

________________________________( AWANG TAIP BIN AWANG HASSAN )Timbalan PengerusiJawatankuasa Peserta FelcraSepupok Niah.

Penghulu Haji Yaman bin Haji Muraee

Page 45: contoh surat

d/a: Pejabat Daerah Kecil Niah98200 Niah.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Ref : PHY/6/36 Tarikh : 12 Julai 2011

Kepada,

______________________________________________________________

Tuan,

JEMPUTAN KE MESYUARAT PROGRAM MEMBERSIH TANAH PERKUBURAN ISLAM NIAH.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Tuan adalah dijemput hadir bersama 2 orang ahli JKKK tuan ke mesyuarat ini tanpa gagal.

Tarikh : 14 Julai 2011Masa : 8.30 pagi (Khamis)Tempat : Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Niah.

3. Agenda:-

3.1. Membentuk satu jawatankuasa.3.2. Membincang untuk mencari dana.3.3. Aturcara kerja.3.4. Perkara-perkara lain jika perlu.

4. Kehadiran tuan sangatlah diperlukan demi kelancaran mesyuarat dan perbincangan itu nanti.

Sekian, terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas,

………………………………………………..[ PENGHULU HJ. YAMAN HJ. MURAEE ]Ketua Masyarakat Niah/Suai.

SENARAI AGIHAN.

1. Ketua Balai, PDRM Batu Niah

Page 46: contoh surat

2. Pegawai Penerangan, Jabatan Penerangan Malaysia Niah

3. Pegawai Pendaftaran, Jabatan Pendaftaran Malaysia Niah

4. Pegawai Perubatan, Klinik Desa, Batu Niah.

5. Pegawai Menguasa, Jabatan Pertanian, Batu Niah

6. Pegawai Menguasa, Jabatan Pertanian Niah.

7. Pegawai Menguasa, Majlis Daerah Subis, Niah.

8. Park Warden, Taman Negara Niah.

9. Pegawai Menguasa, Museum Niah.

10. Pengetua & Guru-Guru, SMK Suai, Niah

11. Pengetua & Guru-Guru, SMK Subis Niah

12. Guru Besar & Guru-Guru, SK Kita Niah

13. Guru Besar & Guru-Guru, SK Batu Niah

14. Guru Besar & Guru-Guru, SJKC Chin Nam Niah

15. Guru Besar & Guru-Guru, SJKC Chee Mung Batu Niah

16. Guru Besar & Guru-Guru, SK Tg. Belipat Niah

17. Guru Besar & Guru-Guru, SK Tarikah Niah

18. Temenggong Atong ak Limping, Suai Niah

19. Penghulu Yong Hin Yew, Batu Niah

20. Penghulu Baau ak Manggang, Sebatuk Niah

21. Penghulu Lansam ak Goyang, Suai Niah

22. Kaunselor-Kaunselor Daerah Niah

23. Semua Ketua Kaum, Ketua Kampung, Kapitan & 5 orang JKKK Daerah Kecil Niah/Suai.

PEMBERITAHUAN Assalamualaikum Warahmahtullahi Wabarkatuh.

Tuan/Puan,

Page 47: contoh surat

Satu kutipan dana untuk mengadakan Majlis Arwah Perdana sempena menyambut Bulan Ramadhan yang akan tiba dalam beberapa hari saja lagi bagi masyarakat penduduk Islam Kampung Muhibbah Niah.

Sehubungan dengan mesyuarat dan perbincangan yang telah diadakan pada 11.07.2011 jam 8.00 malam bertempat di rumah Ketua Kaum Awang Taip, satu keputusan telah dipersetujui oleh semua masyarakat Islam yang hadir pada malam tersebut untuk mengutip dana RM 50.00 bagi setiap satu pintu rumah kaum muslim bagi Kampung Muhibbah Niah saja. Majlis Arwah Perdana ini akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 24 Julai 2011 (Ahad)Masa : 4.30 petangTempat : Rumah Ketua Kaum Awang Taip.

Dengan itu, saya sangat berbesar hati dan berbanyak-banyak berterima kasih kepada penduduk Kampung Muhibbah agar sudi dan dengan ikhlas hati menghulur sumbangan seperti di atas demi kampung kita. Selaku Ketua Masyarakat, dengan ini sekali lagi saya menjemput seluruh keluarga muslim kampung kita dapat hadir di majlis itu nanti pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Menjalankan Tugas,

………………………………………..…(PENGHULU HJ. YAMAN BIN HJ. MURAEE)

Ketua Masyarakat Kawasan Niah/Suai.

Boyce Ngau Anyid/a: SMK SuaiP.O.Box 235, Pejabat Pos Batu Niah98200 Niah.

Tarikh : 18 April 2011

Kepada,Pengarah Pelajaran Sarawak

Page 48: contoh surat

Jabatan Pelajaran Negeri SarawakBangunan TDPT Haji BujangJalan Simpang Tiga93604 Kuching.

Melalui dan Salinan:-

PengetuaSMK Suai98200 Niah.

Tuan,

MEMOHON BERPINDAH KE SMK BARU MIRI SEBAGAI PENOLONG KANAN 1.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, saya ingin memohon berpindah ke SMK Baru Miri atas sebab berikut:-

i. Terdapat kekosongan sebagai Penolong Kanan 1 di SMK Baru Miri.ii. Telah lama berkhidmat di SMK Suai sejak di buka tahun 2004.iii. Ahli keluarga saya berada di Miri.iv. Berpengalaman sebagai PK HEM (2004 – 2008)v. Berpengalaman sebagai PK 1 dan Pentadbiran (2009 – sekarang)

3. Diharap permohonan ini mendapat perhatian daripada pihak tuan. Atas segala pertimbangan daripada pihak tuan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

[ BOYCE NGAU ANYI ]570106-13-5267

Wan Pauzi bin Wan Ahmad(K/P : 540810-13-5861Kampung Masjid Niah98200 Niah.

Tarikh : 30 Mei 2011

Kepada,Penguasa Tanah & SurveiJabatan Tanah & Servei

Page 49: contoh surat

Wisma Pelita TunkuJalan Ducong98000 Miri.

Tuan,

PEMBERIKAN LOT PERTANIAN TERLETAK DI BAHU 2-3- JALAN BATU NIAH/SEPUPOK NIAH MIRI LOT 58 BLOK 12 NIAH LAND DISTRICT.

Adalah dengan segala hormatnya saya ingin merujuk kepada surat tuan bil. 136/Doss.No.95/1995 Vol.3 bertarikh 07 April 2011. Dengan ini saya yang mewakili Hajijah binti Hj. Muhamad (K.421859) bersetuju menerima tawaran dari pihak tuan bagi lot yang tersebut di atas serta dengan syarat-syarat khas (i), (ii), (iii) dan pembayaran premium tanah.

2. Saya ingin mengucapkan setinggi-setinggi terima kasih kepada pihak tuan atas kerjasama dan seterusnya kelulusan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

__________________________[WAN PAUZI BIN WAN AHMAD]540810-13-5861

Dayang Mastura binti Pengiran Muhammad(K/P : 280124-13-5089Kampung Sepupok Niah98200 Niah.

Tarikh : 30 Mei 2011

Kepada,Penguasa Tanah & Survei

Page 50: contoh surat

Jabatan Tanah & ServeiWisma Pelita TunkuJalan Ducong98000 Miri.

Tuan,

PERSETUJUAN MENERIMA PEMBERIMILIKAN LOT PERTANIAN DI BATU 2-3 JALAN BATU NIAH/SEPUPOK NIAH MIRI LOT 284 BLOK 8 NIAH LAND DISTRICT.

Surat tuan bil. 109/Doss.No.95/1995 Vol.3 bertarikh 07 April 2011 berhubung perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa saya DAYANG MASTURA BINTI PENGIRAN MUHAMMAD (K/P :280124-13-5089) bersetuju dengan tawaran tersebut. Saya juga bersetuju dengan bayaran premium dan cukai tanah dan tidak ada apa-apa bantahan dengan syarat-syarat khas (i), (ii), (iii) yang ternyata dalam syarat tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

__________________________[DAYANG MASTURA BINTI PENGIRAN MUHAMMAD]280124-13-5089

AWANG TAIP BIN AWANG HASSANKAMPUNG MUHIBBAH NIAH98200 NIAH, MIRI,SARAWAK.

Tarikh : 21 Oktober 2011

Kepada,

Page 51: contoh surat

Syarikat Perumahan Negara BhdSeksyen Rumah Mesra RakyatTingkat 9, Wisma PerkesoJalan Tun Razak50400 Kuala Lumpur.

Tuan,

SURAT PENGESAHAN DIRI.

Adalah saya, Awang Taip bin Awang Hassan selaku Ketua Kaum Kampung Muhibbah Niah, Miri Sarawak dengan ini mengesahkan bahawa penama RAMLI BIN MAT No K/P: 641025-13-5375 yang beralamat di Kampung Masjid Niah, memang benar tidak mempunyai perkerjaan tetap dengan pendapatan bulanan lebih kurang RM 600.00 atas kerja buruh harian tidak tetap.

2. Dengan itu, saya harap pihak tuan ada kepercayaan atas maklumat yang telah saya berikan ini. Sekian, terima kasih.

“”BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT””

Yang benar,

________________________________[AWANG TAIP BIN AWANG HASSAN]Ketua Kaum,Kampung Muhibbah Niah, Miri.Tel: 085-736976, 0198758805

s.k. YB Tuan Haji Ahmad Lai bin BujangMP 218 Sibuti

Encik Ramli bin Mat