contoh soalan esei yang bertanyakan nilai: bertanyakan ... · pdf filetidak kira soalan esei...

2
1 © Hak Cipta Terpelihara. Disediakan oleh Gan Chee Meng P.P.N., P.J.K., P.J.M., Guru Cemerlang Pendidikan Moral, SMJK Perempuan China Pulau Pinang. [email protected] 23-7-2014 Format Terkini Untuk Soalan Esei Pendidikan Moral SPM Contoh Soalan Esei Yang Bertanyakan Nilai: Terangkan nilai-nilai yang harus diamalkan oleh murid-murid agar tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah. Jawapan anda hendaklah disokong dengan contoh atau huraian yang bersesuaian. [10 markah] Contoh Soalan Esei Yang Tidak Bertanyakan Nilai: Huraikan lima tindakan yang harus diamalkan oleh murid-murid agar tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah. Jawapan anda hendaklah disokong dengan contoh atau huraian yang bersesuaian. [10 markah] Tidak kira soalan esei Pendidikan Moral bertanyakan nilai atau tidak bertanyakan nilai, format pemarkahan terkini adalah seperi berikut: 5 Nilai + 5 H 10 markah 4 Nilai + 6 H 10 markah 3 Nilai + 7 H 10 markah 2 Nilai + 8 H 10 markah 1 Nilai + 9 H 10 markah 10 H 10 markah Perhatian: 1. Fakta / Contoh / Huraian Lanjutan semuanya dianggap sebagai H. 2. Nilai = KK1 = KK2 = 1 markah. Jika ayat yang mempunyai KK, dianggap sebagai nilai. Oleh itu, 1 markah yang telah diberikan kepada nilai, tidak akan diberikan kepada ayat yang mempunyai KK lagi. 3. Pelajar-pelajar SMJKPCPP akan diajar menulis esei mengikut format berikut: a) Format NCH: Ayat Nilai diikuti dengan Ayat Contoh kemudiannya Ayat Huraian Lanjutan. Pelajar- pelajar perlu menulis 5 set NCH dalam 1 perenggan. b) Format FCH: Ayat Fakta diikuti dengan Ayat Contoh kemudiannya Ayat Huraian Lanjutan. Pelajar- pelajar perlu menulis 5 set FCH dalam 1 perenggan. Teknik Menulis Rangka Jawapan Dengan Menggunakan Format NCH: Contoh Esei Dengan Menggunakan Format NCH: Nilai 1: Harga diri C: Bagaimana? (How?) menjaga imej diri… H: Mengapa? (Why?) supaya tidak dipandang serong… Nilai 2: Kerajinan C: Bagaimana? (How?) datang ke sekolah setiap hari… H: Mengapa? (Why?) kerana dapat menimba il mu… Nilai 3: Bertanggungjawab C: Bagaimana? (How?) memainkan peranan sebagai… H: Mengapa? (Why?) supaya masa depan cerah… Nilai 4: Mematuhi peraturan dan undang-undang C: Bagaimana? (How?) akur pada peraturan sekolah... H: Mengapa? (Why?) supaya tidak dikenakan tindakan demerit... Nilai 5: Rasional C: Bagaimana? (How?) memahami/menyedari kesan buruk ponteng sekolah... H: Mengapa? (Why?) kerana pelajaran akan terabai/terlibat dalam jenayah... Murid-murid harus mengamalkan nilai harga diri. Mereka harus menjaga imej diri agar tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah. Hal ini demikian supaya mereka tidak dipandang serong oleh masyarakat. Mereka harus mengamalkan nilai kerajinan. Mereka harus datang ke sekolah setiap hari persekolahan. Hal ini demikian kerana mereka dapat menimba ilmu yang berguna di sekolah. Mereka harus ada nilai bertanggungjawab. Mereka harus memainkan peranan sebagai murid sekolah agar tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah. Hal ini demikian supaya mereka mempunyai masa depan yang cerah. Mereka harus mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka harus akur pada peraturan sekolah. Hal ini demikian supaya mereka tidak dikenakan tindakan demerit kerana telibat dalam ponteng sekolah. Mereka harus ada nilai rasional. Mereka harus menyedari kesan buruk ponteng sekolah. Hal ini demikian kerana pelajaran mereka akan terabai disebabkan oleh pengaruh rakan. Catatan: Perkataan “Contohnya” pada Ayat Contoh boleh ditulis atau digugurkan ikut budibicara guru.

Upload: dinhdang

Post on 06-Feb-2018

304 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Soalan Esei Yang Bertanyakan Nilai: bertanyakan ... · PDF fileTidak kira soalan esei Pendidikan Moral bertanyakan nilai atau tidak bertanyakan nilai, format pemarkahan

1

© Hak Cipta Terpelihara. Disediakan oleh Gan Chee Meng P.P.N., P.J.K., P.J.M., Guru Cemerlang Pendidikan Moral, SMJK Perempuan China Pulau Pinang. [email protected] 23-7-2014

Format Terkini Untuk Soalan Esei Pendidikan Moral SPM

Contoh Soalan Esei Yang Bertanyakan Nilai:

Terangkan nilai-nilai yang harus diamalkan oleh murid-murid agar tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah.

Jawapan anda hendaklah disokong dengan contoh atau huraian yang bersesuaian. [10 markah]

Contoh Soalan Esei Yang Tidak Bertanyakan Nilai:

Huraikan lima tindakan yang harus diamalkan oleh murid-murid agar tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah.

Jawapan anda hendaklah disokong dengan contoh atau huraian yang bersesuaian. [10 markah]

Tidak kira soalan esei Pendidikan Moral bertanyakan nilai atau tidak bertanyakan nilai, format pemarkahan

terkini adalah seperi berikut:

5 Nilai + 5 H 10 markah

4 Nilai + 6 H 10 markah

3 Nilai + 7 H 10 markah

2 Nilai + 8 H 10 markah

1 Nilai + 9 H 10 markah

10 H 10 markah

Perhatian:

1. Fakta / Contoh / Huraian Lanjutan semuanya dianggap sebagai H.

2. Nilai = KK1 = KK2 = 1 markah. Jika ayat yang mempunyai KK, dianggap sebagai nilai. Oleh itu, 1 markah

yang telah diberikan kepada nilai, tidak akan diberikan kepada ayat yang mempunyai KK lagi.

3. Pelajar-pelajar SMJKPCPP akan diajar menulis esei mengikut format berikut:

a) Format NCH: Ayat Nilai diikuti dengan Ayat Contoh kemudiannya Ayat Huraian Lanjutan. Pelajar-

pelajar perlu menulis 5 set NCH dalam 1 perenggan.

b) Format FCH: Ayat Fakta diikuti dengan Ayat Contoh kemudiannya Ayat Huraian Lanjutan. Pelajar-

pelajar perlu menulis 5 set FCH dalam 1 perenggan.

Teknik Menulis Rangka Jawapan Dengan

Menggunakan Format NCH:

Contoh Esei Dengan Menggunakan Format

NCH:

Nilai 1: Harga diri

C: Bagaimana? (How?) menjaga imej diri…

H: Mengapa? (Why?) supaya tidak dipandang serong…

Nilai 2: Kerajinan

C: Bagaimana? (How?) datang ke sekolah setiap hari…

H: Mengapa? (Why?) kerana dapat menimba ilmu…

Nilai 3: Bertanggungjawab

C: Bagaimana? (How?) memainkan peranan sebagai…

H: Mengapa? (Why?) supaya masa depan cerah…

Nilai 4: Mematuhi peraturan dan undang-undang

C: Bagaimana? (How?) akur pada peraturan sekolah...

H: Mengapa? (Why?) supaya tidak dikenakan tindakan

demerit...

Nilai 5: Rasional

C: Bagaimana? (How?) memahami/menyedari kesan

buruk ponteng sekolah...

H: Mengapa? (Why?) kerana pelajaran akan

terabai/terlibat dalam jenayah...

Murid-murid harus mengamalkan nilai harga diri.

Mereka harus menjaga imej diri agar tidak terlibat

dalam gejala ponteng sekolah. Hal ini demikian

supaya mereka tidak dipandang serong oleh

masyarakat. Mereka harus mengamalkan nilai

kerajinan. Mereka harus datang ke sekolah setiap

hari persekolahan. Hal ini demikian kerana mereka

dapat menimba ilmu yang berguna di sekolah.

Mereka harus ada nilai bertanggungjawab.

Mereka harus memainkan peranan sebagai murid

sekolah agar tidak terlibat dalam gejala ponteng

sekolah. Hal ini demikian supaya mereka

mempunyai masa depan yang cerah. Mereka harus

mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan

undang-undang. Mereka harus akur pada

peraturan sekolah. Hal ini demikian supaya mereka

tidak dikenakan tindakan demerit kerana telibat

dalam ponteng sekolah. Mereka harus ada nilai

rasional. Mereka harus menyedari kesan buruk

ponteng sekolah. Hal ini demikian kerana pelajaran

mereka akan terabai disebabkan oleh pengaruh

rakan.

Catatan:

Perkataan “Contohnya” pada Ayat Contoh boleh

ditulis atau digugurkan ikut budibicara guru.

Page 2: Contoh Soalan Esei Yang Bertanyakan Nilai: bertanyakan ... · PDF fileTidak kira soalan esei Pendidikan Moral bertanyakan nilai atau tidak bertanyakan nilai, format pemarkahan

2

© Hak Cipta Terpelihara. Disediakan oleh Gan Chee Meng P.P.N., P.J.K., P.J.M., Guru Cemerlang Pendidikan Moral, SMJK Perempuan China Pulau Pinang. [email protected] 23-7-2014

Teknik Menulis Rangka Jawapan Dengan

Menggunakan Format FCH

Contoh Esei Dengan Menggunakan Format

FCH:

Fakta 1: menjaga imej diri…

C: Bagaimana? (How?) tidak mencemarkan nama baik

diri…

H: Mengapa? (Why?) kerana tidak dipandang serong…

Fakta 2: rajin datang ke sekolah…

C: Bagaimana? (How?) hadir ke sekolah setiap hari

persekolahan…

H: Mengapa? (Why?) kerana dapat menimba ilmu…

Fakta 3: memainkan peranan sebagai…

C: Bagaimana? (How?) menjauhi rakan yang suka

ponteng…

H: Mengapa? (Why?) supaya masa depan cerah…

Fakta 4: mematuhi peraturan sekolah...

C: Bagaimana? (How?) akur peraturan sekolah...

H: Mengapa? (Why?) kerana boleh dikenakan tindakan

demerit...

Fakta 5: bijak memilih kawan...

C: Bagaimana? (How?) menjauhi rakan yang suka

ponteng…

H: Mengapa? (Why?) supaya tidak dipengaruhi…

Murid-murid harus menjaga imej diri dengan

tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah.

Mereka tidak harus mencemarkan nama baik diri.

Hal ini demikian supaya mereka tidak dipandang

serong oleh masyarakat. Mereka harus menjauhi

perbuatan ponteng dengan rajin datang ke

sekolah. Mereka harus hadir ke sekolah setiap hari

persekolahan. Hal ini demikian kerana mereka

dapat menimba ilmu yang berguna di sekolah.

Mereka harus memainkan peranan sebagai murid

sekolah agar tidak terlibat dalam gejala ponteng.

Hal ini demikian supaya mereka mempunyai masa

depan yang cerah. Mereka harus mematuhi

peraturan sekolah dengan menjauhi perbuatan

ponteng. Mereka harus akur pada peraturan

sekolah. Hal ini demikian kerana mereka boleh

dikenakan tindakan demerit jika ditangkap. Mereka

harus bijak memilih kawan. Mereka harus

menjauhi rakan yang suka ponteng sekolah. Hal ini

demikian supaya mereka tidak akan dipengaruhi

oleh rakan untuk bersama-sama ponteng sekolah.

Catatan:

Perkataan “Contohnya” pada Ayat Contoh boleh

ditulis atau digugurkan ikut budibicara guru.

Format Terkini Untuk Soalan Struktur Pendidikan Moral SPM

Contoh Soalan Struktur Yang Bertanyakan Nilai dan Penerangan:

Huraikan satu nilai yang diamalkan oleh anggota pasukan keselamatan negara dalam usaha mempertahankan

negara kita daripada pencerobohan pengganas asing. [2 markah]

Perhatian:

1. Nilai = KK1 = KK2 = 1 markah. Jika ayat yang mempunyai KK, dianggap sebagai nilai. Oleh itu, 1 markah

yang telah diberikan kepada nilai, tidak akan diberikan kepada ayat yang mempunyai KK lagi.

2. Oleh itu, untuk menjawab soalan di atas, pelajar-pelajar boleh memilih salah satu format berikut:

a) Format NC atau NH: Ayat Nilai diikuti dengan Ayat Contoh atau Ayat Nilai diikuti dengan Ayat

Huraian Lanjutan.

b) Format NPC atau NPH: Ayat Nilai diikuti dengan Ayat Penerangan kemudiannya Ayat Contoh atau

Ayat Nilai diikuti dengan Ayat Penerangan kemudiannya Ayat Huraian Lanjutan.

Contoh Jawapan Format NC/NH:

Anggota pasukan keselamatan negara mengamalkan nilai cinta akan negara (Ayat Nilai). Contohnya, mereka

bersemangat patriotik dengan menentang pencerobohan pengganas asing (Ayat Contoh). ATAU

Anggota pasukan keselamatan negara mengamalkan nilai cinta akan negara (Ayat Nilai). Hal ini demikian kerana

mereka sanggup menggadaikan nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara (Ayat Huraian Lanjutan).

Contoh Jawapan Format NPC/NPH:

Anggota pasukan keselamatan negara mengamalkan nilai cinta akan negara (Ayat Nilai). Mereka ada perasaan

sayang dan bangga terhadap negara dalam usaha mempertahankan negara (Ayat Penerangan). Contohnya, mereka

bersemangat patriotik dengan berani menentang pencerobohan pengganas asing (Ayat Contoh). ATAU

Anggota pasukan keselamatan negara mengamalkan nilai cinta akan negara (Ayat Nilai). Mereka ada perasaan

sayang dan bangga terhadap negara dalam usaha mempertahankan negara (Ayat Penerangan). Hal ini demikian

kerana mereka sanggup menggadaikan nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara (Ayat Huraian Lanjutan).