contoh rph p. moral t4 tanggungjawab

3
CONTOH RPH PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4 Kelas : 4 Cerdik Masa : 8.30 9.30 pagi Nilai Utama : Bertanggungjawab Nilai sampingan : Kerajinan, baik hati dan bekerjasama. Tajuk : Kami Bertanggungjawab Standard Kandungan: melaksanakan tanggungjawab sebagai jiran Standard Pembelajaran: 3.1.1, 3.1.3 dan 3.1.4 Objektif Pembelajaran (OP): Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat; Kognitif : Menjelaskan sekurang-kurangnya dua peranan sebagai jiran melalui aktiviti yang dijalankan. Afektif : Menyedari peranan sebagai jiran apabila melakukan aktiviti bersama jiran. Psikomotor : Mempraktikkan peranan sebagai jiran. EMK : TMK Bbm : Komputer riba, lcd projektor, sampah, bakul sampah, gambar, video dan telefon. Penilaian : LANGKAH PDP LANGKAH/MASA AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PDP) CATATAN Set Induksi (5 minit) Murid mengutip sampah di dalam kelas dan membuang ke dalam bakul sampah. Guru menyoal dan mengaitkan isi pelajaran/ nilai yang akan dipelajari. BBM: Sampah, Bakul sampah. Langkah 1 (8 minit) Guru memaparkan gambar tentang membantu jiran yang kesusahan. Guru bersoal jawab dan menerangkan BBM: Gambar/LCD

Upload: josephine-elbrina

Post on 27-Dec-2015

38 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

rph moral

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Rph p. Moral t4 Tanggungjawab

CONTOH RPH PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4

Kelas : 4 CerdikMasa : 8.30 – 9.30 pagi

Nilai Utama : Bertanggungjawab

Nilai sampingan : Kerajinan, baik hati dan bekerjasama.

Tajuk : Kami Bertanggungjawab

Standard Kandungan: melaksanakan tanggungjawab sebagai jiran

Standard Pembelajaran: 3.1.1, 3.1.3 dan 3.1.4

Objektif Pembelajaran (OP): Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat;

Kognitif : Menjelaskan sekurang-kurangnya dua peranan sebagai jiran melalui aktiviti

yang dijalankan.

Afektif : Menyedari peranan sebagai jiran apabila melakukan aktiviti bersama jiran.

Psikomotor : Mempraktikkan peranan sebagai jiran.

EMK : TMK

Bbm : Komputer riba, lcd projektor, sampah, bakul sampah, gambar, video dan

telefon.

Penilaian :

LANGKAH PDP

LANGKAH/MASA AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PDP)

CATATAN

Set Induksi(5 minit)

Murid mengutip sampah di dalam kelas dan membuang ke dalam bakul sampah.

Guru menyoal dan mengaitkan isi pelajaran/ nilai yang akan dipelajari.

BBM: Sampah, Bakul sampah.

Langkah 1(8 minit)

Guru memaparkan gambar tentang membantu jiran yang kesusahan.

Guru bersoal jawab dan menerangkan tentang nilai yang akan dipelajari.

Contoh soalan:1. Siapa dapat menjelaskan maksud nilai tersebut?

BBM: Gambar/LCD

Page 2: Contoh Rph p. Moral t4 Tanggungjawab

Langkah 2(10 minit)

Guru menunjukkan tayangan video berkaitan tajuk.

Guru bersoal jawab dengan murid tentang paparan video tersebut untuk menjana idea murid. (berkaitan nilai / aktiviti)

CONTOH SOALAN:

1. Apakah yang kamu dapat lihat melalui tayangan video sebentar tadi?2. Apakah aktiviti yang dilakukan?3. Apakah nilai yang diamalkan di dalam aktiviti tersebut?

BBM: Video/LCD

EMK: TMK

OP : K

Langkah 3(25 minit)

Guru memberi penerangan dan arahan berkaitan aktiviti (simulasi) mengikut kumpulan.

Contoh Aktiviti: Kejadian rumah jiran dimasuki pencuri. (beramah mesra dengan jiran / jiran meninggalkan pesanan supaya menjaga rumahnya sepanjang mereka tiada di rumah / pencuri pecah masuk rumah / menghubungi pihak polis)

Murid menjalankan aktiviti di dalam bilik darjah.

Guru membuat pentaksiran/penilaian

BBM: Telefon

OP : P

Pentaksiran:

Langkah 4(7 minit)

Guru dan murid membuat rumusan aktiviti yang telah dijalankan.

CONTOH SOALAN 1. Apakah yang telah kamu lakukan bersama- sama kawan?2. Bagaimanakah perasaan kamu selepas melakukan aktiviti?3. Apakah nilai yang telah kamu pelajari pada hari ini?

(Penerapan nilai-nilai dan perasaan)

OP - K / A

Penutup/ Rumusan:(5 minit)

Soal jawab tentang PDP/nilai yang telah dipelajari pada hari ini. Nasihat.