contoh perlembagaan

8
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN MUZAFAR SHAH 1 LAMBOR KANAN, PERAK PERLEMBAGAAN KELAB BOLA TAMPAR 1. MATLAMAT 1.1. Membantu, mendedah dan memperkenalkan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan bakat kendiri pelajar dalam bidang ilmu berpesatuan. 1.2. Memenuhi keperluan kegiatan kokurikulum sekolah bagi merealisasikan misi dan visi sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelbagai kemahiran, khususnya kepimpinan di kalangan pelajar. 2. OBJEKTIF 2.1. Memberi panduan dalam aspek pengurusan diri, pakaian, masa dan/atau lain-lain perkara seperti yang termaktub dalam aktiviti tahunan pasukan. 2.2. Membantu pengajaran dan pembelajaran kelas biasa selaras dengan kehendak Sukatan Pelajaran dan Buku Panduan Tetap Pengurusan Aktiviti KoKurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Buku Perancangan Aktiviti Tahunan Sekolah. 3. KEAHLIAN 3.1. Keahlian DIBUKA kepada semua pelajar yang belajar di SMK Sultan Muzafar Shah 1, dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. 3.2. Permohonan menjadi Ahli Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/Sukan adalah dengan cara mengisi borang permohonan yang disediakan semasa Mesyuarat Agung yang Pertama.

Upload: mohd-sani-abd-hamid

Post on 16-Jan-2016

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

CONTOH PERLEMBAGAAN

TRANSCRIPT

Page 1: contoh perlembagaan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN MUZAFAR SHAH 1

LAMBOR KANAN, PERAK

PERLEMBAGAAN KELAB BOLA TAMPAR

1. MATLAMAT

1.1.  Membantu, mendedah dan memperkenalkan kemahiran, pengetahuan,

pengalaman dan bakat kendiri pelajar dalam bidang ilmu berpesatuan.

1.2.  Memenuhi keperluan kegiatan kokurikulum sekolah bagi merealisasikan misi dan

visi sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelbagai kemahiran,

khususnya kepimpinan di kalangan pelajar.

2. OBJEKTIF

2.1.  Memberi panduan dalam aspek pengurusan diri, pakaian, masa dan/atau lain-lain

perkara seperti yang termaktub dalam aktiviti tahunan pasukan.

2.2.  Membantu pengajaran dan pembelajaran kelas biasa selaras dengan kehendak 

Sukatan Pelajaran dan Buku Panduan Tetap Pengurusan Aktiviti KoKurikulum,

Kementerian Pelajaran Malaysia dan Buku Perancangan Aktiviti Tahunan Sekolah.

3. KEAHLIAN

3.1.  Keahlian DIBUKA kepada semua pelajar yang belajar di SMK Sultan Muzafar Shah

1, dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

3.2.  Permohonan menjadi Ahli Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/Sukan adalah dengan

cara mengisi borang  permohonan yang disediakan semasa Mesyuarat Agung yang

Pertama.

3.3.  Sebarang permohonan lain untuk menjadi Ahli Kelab/Persatuan/Unit

Beruniform/Sukan hendaklah melalui dan mendapat kelulusan Pengetua melalui Guru

Penolong Kanan KoKurikulum.

Page 2: contoh perlembagaan

3.4.  Keahlian boleh terbatal jika Ahli tidak hadir perjumpaan 3 kali berturut-turut tanpa

menyatakan sebarang sebab yang boleh dianggap munasabah.

3.5.  Ketua Guru Penasihat boleh menambah bilangan Ahli jika difikirkan perlu dengan

memohon penambahan Ahli daripada Pengetua melalui Guru Penolong Kanan

KoKurikulum.

4. GURU PENASIHAT

4.1.  Guru Penasihat adalah terdiri daripada GURU yang mengajar di SMK Sultan

Muzafar Shah 1

4.2.  Guru Penasihat mestilah yang telah dilantik oleh pihak sekolah dan mendapat surat

kuasa merancang dan/atau melaksana semua aktiviti Pasukan.

4.3.  Salah seorang daripada Guru Penasihat mestilah dilantik sebagai Ketua Guru

Penasihat oleh pihak sekolah.

4.4.  Ketua Guru Penasihat dan/atau wakilnya mempunyai kuasa mutlak untuk

merancang, melaksana dan/atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu

dan hendaklah berpandukan kepada Buku Panduan Tetap Pengurusan Aktiviti

KoKurikulum dan/atau Perancangan Aktiviti Tahunan Sekolah, Kementerian Pelajaran

Malaysia.

5. AHLI JAWATANKUASA

5.1.  Ahli Jawatankuasa hendaklah dipilih dan/atau dilantik semasa Mesyuarat Agung

yang Pertama dan dibubarkan semasa Mesyuarat Agung yang berikutnya.

5.2.  Pemilihan Ahli JawatanKuasa hendaklah dibuat secara UNDIAN bagi Ahli yang

hadir Mesyuarat Agung sahaja.

5.3.  Ahli JawatanKuasa hendaklah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi,

Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan Ahli

JawatanKuasa Tingkatan dari Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.

5.4.  Ahli JawatanKuasa boleh dilantik oleh Ketua Guru Penasihat dan/atau wakilnya

tanpa perlu menunggu Mesyuarat Agung dijalankan dengan berpandukan surat kuasa

yang telah diperturunkan kepada Ketua Guru Penasihat dan/atau wakilnya oleh

Pengetua Sekolah.

Page 3: contoh perlembagaan

5.5.  Ahli JawatanKuasa yang ingin meletakkan jawatan mesti dan/atau boleh

menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat atau wakilnya dan tidak

boleh dipilih dan/atau dilantik lagi sepanjang tempoh sebagai Ahli Pasukan selepas

perletakan jawatannya disahkan oleh Ketua Guru Penasihat atau wakilnya.

5.6.  Ahli JawatanKuasa yang melanggar Undang-Undang Awam dan/atau Peraturan

dan Undang-Undang Pasukan dan/atau telah dikenakan Tindakan Disiplin oleh

Pengetua Sekolah akan dan/atau boleh disingkirkan dari jawatan yang disandang.

5.7.  Perkara 5.2 dan Perkara 5.4 hendaklah digunapakai bagi mengisi kekosongan

jawatan tersebut.

6. DERMA KEAHLIAN/YURAN/SUMBER KEWANGAN

6.1.  Sumber utama kewangan Pasukan adalah melalui DERMA KEAHLIAN yang telah

ditetapkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Agung.

6.2.  Pasukan boleh memperolehi sumber kewangan sampingan melalui aktiviti yang

dirancang khas dengan mengenakan yuran penyertaan yang minima.

6.3.  Bagi lawatan luar atau aktiviti yang memerlukan perbelanjaan yang besar, sumber

kewangan boleh dipohon daripada pihak sekolah atau penajaan pihak swasta atau luar

sekolah dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pihak sekolah.

7. KEHADIRAN AHLI

7.1.  Ahli Pasukan dikehendaki menghadirkan diri 100% PENYERTAAN daripada

aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan/atau dibuat dan/atau dilaksanakan sepanjang

tahun.

7.2.  Kegagalan menyertai dan/atau melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang telah

dijalankan dan/atau dibuat dan/atau dilaksanakan sepanjang tahun boleh dikenakan

tindakan disiplin.

7.3.  Sebarang ketidakhadiran hendaklah dirujuk kepada Guru Penasihat atau wakilnya

atau Pengerusi Pasukan.

7.4.  Ahli yang tidak dapat hadir mesti menulis surat tunjuk sebab ketidakhadiran

perjumpaan kepada Ketua Guru Penasihat Pasukan dan/atau wakilnya.

Page 4: contoh perlembagaan

8. AKTIVITI

8.1.  Aktiviti yang dijalankan hendaklah dan/atau sebagaimana yang telah dirancang

dan/atau dibincang dan/atau disahkan dalam Mesyuarat Agung dan/atau Mesyuarat Ahli

JawatanKuasa Induk.

8.2.  Sebarang pindaan dan/atau perubahan aktiviti hanya dan/atau boleh dibuat oleh

Ketua Guru Penasihat dan/atau wakilnya serta mesti diumumkan untuk pengetahuan

dan/atau semua ahli Kelab.

8.3.  Sebarang aktiviti dan/atau rancangan yang bercanggah dengan Peraturan dan

Undang-Undang Sekolah dan/atau dan/atau Akta Pendidikan 1996 dan/atau Undang-

Undang Awam adalah DILARANG sama sekali.

8.4.  Jika ahli Pasukan ingin menyertai aktiviti luar sekolah dan mempunyai kaitan

dengan aktiviti Pasukan mestilah mendapat kelulusan Pengetua Sekolah terlebih dahulu

dan sebarang risiko yang berlaku adalah atas tanggungjawab Ahli Pasukan sendiri.

9. MESYUARAT AGUNG

9.1.  Suatu Mesyuarat Agung Pertama mestilah diadakan pada awal tahun dan/atau

selepas mendapat Surat Kelulusan Penubuhan Pasukan daripada Pengetua atau

melalui Guru Penolong Kanan KoKurikulum.

9.2.  Suatu Mesyuarat Agung Kedua mestilah diadakan pada akhir tahun dan/atau

selepas mendapat Surat Kelulusan Pembubaran Pasukan daripada Pengetua atau

melalui Guru Penolong Kanan KoKurikulum.

9.3.  Agenda dan/atau Perkara dalam Mesyuarat Agung hendaklah boleh dan/atau

meliputi hal-hal seperti berikut :-

9.3.1.   Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Pertama atau Kedua

Pasukan.

9.3.2.   Pembubaran Ahli JawatanKuasa Tahun Terdahulu Pasukan.

9.3.3.   Pemilihan Ahli JawatanKuasa Tahun Terkini Pasukan.

9.3.4.   Perkara Berbangkit Dari Minit Mesyuarat Pasukan.

9.3.5.   Hal-hal Lain Pasukan.

9.3.6.   Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan Pasukan.

Page 5: contoh perlembagaan

9.3.7.   Agenda lain Pasukan jika difikirkan perlu.

9.4.  Kuasa meluluskan usul dan/atau agenda dalam Mesyuarat Agung hendaklah

dengan dan/atau mendapat majoriti tidak kurang 2/3 daripada ahli Kelab.

10. TINDAKAN DISIPLIN/TATATERTIB

10.1.         Tindakan disiplin dan/atau tindakan tatatertib boleh diambil ke atas Ahli yang

melanggar dan/atau tidak mematuhi Peraturan dan Undang-Undang dan/atau

Perlembagaan Pasukan seperti yang telah diperakui dan/atau ditetapkan.

10.2.         Tindakan disiplin dan/atau tindakan tatatertib adalah mengikut cara dan/atau

kaedah berikut:-

10.2.1. Amaran Lisan

10.2.2. Amaran Bertulis

10.3.         Ahli yang telah dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak sebagai

ahli Pasukan sepanjang tempoh tindakan tersebut berlangsung dan/atau sehingga surat

penarikan dan/atau pembatalan tindakan disiplin dikeluarkan.

10.4.         Rayuan terhadap tindakan disiplin dan/atau tindakan tatatertib yang telah

dikenakan ke atas Ahli boleh dilakukan dalam tempoh waktu tidak kurang daripada

2(Dua) minggu selepas surat tindakan disiplin diserah dan/atau diterima oleh Ahli

daripada Ketua Guru Penasihat dan/atau wakilnya.

10.5.         Penerimaan Rayuan adalah atas budi bicara Ketua Guru Penasihat dan/atau

wakilnya dan/atau Pengetua Sekolah dan/atau wakilnya.

10.6.         Ahli yang telah dikenakan tindakan disiplin dan/atau tindakan tatatertib

Gantung Sekolah oleh Pasukan dan/atau pihak sekolah juga secara automatik TIDAK

BOLEH menyertai sebarang aktiviti Pasukan.

11. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG AM PASUKAN

11.1.         Peraturan dan Undang-Undang Sekolah dan/atau Akta Pendidikan 1996

dan/atau Undang-Undang Awam adalah Peraturan Am Pasukan.

11.2.         Peraturan dan Undang-Undang Khas yang ditetapkan oleh Pasukan jika

didapati bercanggah dengan Peraturan dan Undang-Undang Sekolah dan/atau Akta

Page 6: contoh perlembagaan

Pendidikan 1996 dan/atau Undang-Undang Awam akan TERBATAL dengan sendirinya

dan tidak boleh digunapakai.

11.3.         Ahli-ahli yang melanggar Peraturan dan Undang-Undang Pasukan akan

dikenakan tindakan disiplin mengikut Perlembagaan Pasukan.

12. PINDAAN PERLEMBAGAAN

12.1.         Mana-mana bahagian dari Perlembagaan Pasukan ini adalah sah sehingga ia

dipinda.

12.2.         Cadangan pindaan Perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, Ahli JawatanKuasa,

Guru Penasihat, dan/atau Pentadbir Sekolah secara bertulis.

12.3.         Suatu MESYUARAT KHAS perlu diadakan oleh Guru Penasihat dan Ahli

JawatanKuasa bagi membincangkan sahaja cadangan tersebut.

12.4.         Pindaan terhadap Perlembagaan hanya boleh diluluskan dalam Mesyuarat

Agung Pasukan.

13. HAL-HAL LAIN

13.1.         Setiap Ahli perlu MENGETAHUI, dan/atau MEMATUHI tanggungjawab

masing-masing terhadap Perlembagaan Pasukan dan/atau Peraturan dan Undang-

Undang Pasukan.

13.2.         Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan/atau mengikut aktiviti Pasukan dengan

penuh minat.

13.3.         Perkara-perkara lain yang dibangkitkan dan/atau difikirkan perlu dari semasa

ke semasa.

Page 7: contoh perlembagaan

Pengesahan Guru Penasihat Persatuan/Kelab/Pasukan Unit Berunifom/Sukan

SMK SULTAN MUZAFAR SHAH1,

…………………………………………

Nama        :

Jawatan     :                                            Tarikh: ………………………

Cop Jawatan :

Kelulusan Jabatan Pelajaran/Pengetua SMK SULTAN MUZAFAR SHAH 1

………………………………………….

Nama        :

Jawatan     :                                                                             Tarikh: ………………………

Cop Jawatan :