contoh perlembagaan kebangsaan1

48
MODEL PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN FASAL 1. NAMA Badan Sukan ini dikenali dengan nama _____________ atau ringkasnya disebut sebagai_________ di dalam Perlembagaan ini. FASAL 2. ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN 2.1 Alamat Berdaftar Alamat berdaftar (termasuk alamat tempat urusan, surat menyurat dan operasi badan sukan) Persatuan_____________ ialah di ________________ 2.2 Alamat berdaftar tidak boleh diubah tanpa kelulusan Jawatankuasa Induk Persatuan dan hanya boleh dikuatkuasakan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pesuruhjaya. FASAL 3. DEFINISI 3.1 PERSATUAN bermakna Persatuan _________ 3.2 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN bermakna mesyuarat yang diadakan oleh persatuan ini pada tiap-tiap tahun seperti yang disebutkan dalam Fasal 14 perlembagaan ini. 3.3 MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA bermakna mesyuarat yang diadakan oleh persatuan ini seperti yang disebut dalam Fasal 16 perlembagaan ini. 3.4 JAWATANKUASA INDUK bermakna jawatankuasa tertinggi yang mentadbir perjalanan persatuan dan hendaklah mempunyai kuasa eksekutif dalam menggubal dan melaksanakan dasar-dasar persatuan yang disebut dalam Fasal 17 perlembagaan ini. 3.5 JAWATANKUASA bermakna Jawatankuasa yang sah dibentuk atau dilantik di bawah Perlembagaan ini mengikut Fasal 21. 3.6 PEGAWAI bermakna semua ahli jawatankuasa induk, jawatankuasa dan mana-mana orang yang diberikan kuasa untuk menjalankan tugas dan fungsi Persatuan. 3.7 PEMEGANG JAWATAN bermakna mana-mana orang yang dipilih atau dilantik dalam Mesyuarat

Upload: leenng

Post on 29-Jun-2015

147 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

MODEL PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

FASAL 1. NAMA

Badan Sukan ini dikenali dengan nama _____________ atau ringkasnya disebut sebagai_________ di dalam Perlembagaan ini.

FASAL 2. ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN

2.1 Alamat Berdaftar

Alamat berdaftar (termasuk alamat tempat urusan, surat menyurat dan operasi badan sukan) Persatuan_____________ ialah di ________________

2.2 Alamat berdaftar tidak boleh diubah tanpa kelulusan Jawatankuasa Induk Persatuan dan hanya boleh dikuatkuasakan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pesuruhjaya.

FASAL 3. DEFINISI

3.1 PERSATUAN bermakna Persatuan _________

3.2 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN bermakna mesyuarat yang diadakan oleh persatuan ini pada tiap-tiap tahun seperti yang disebutkan dalam Fasal 14 perlembagaan ini.

3.3 MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA bermakna mesyuarat yang diadakan oleh persatuan ini seperti yang disebut dalam Fasal 16 perlembagaan ini.

3.4 JAWATANKUASA INDUK bermakna jawatankuasa tertinggi yang mentadbir perjalanan persatuan dan hendaklah mempunyai kuasa eksekutif dalam menggubal dan melaksanakan dasar-dasar persatuan yang disebut dalam Fasal 17 perlembagaan ini.

3.5 JAWATANKUASA bermakna Jawatankuasa yang sah dibentuk atau dilantik di bawah Perlembagaan ini mengikut Fasal 21.

3.6 PEGAWAI bermakna semua ahli jawatankuasa induk, jawatankuasa dan mana-mana orang yang

Page 2: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

diberikan kuasa untuk menjalankan tugas dan fungsi Persatuan.

3.7 PEMEGANG JAWATAN bermakna mana-mana orang yang dipilih atau dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan atau dilantik oleh Jawatankuasa Induk Persatuan.

3.8 BADAN PENGELOLA (Governing Body) bermakna badan sukan kebangsaan yang mendapat pengiktirafan dari badan antarabangsa untuk mewakili badan sukan berkenaan di Malaysia.

3.9 PEJABAT bermakna alamat berdaftar persatuan seperti yang ditetapkan dalam Fasal 2 Perlembagaan ini.

3.10 AHLI PERSATUAN bermakna ahli yang disebutkan dalam Fasal 6 Perlembagaan ini.

3.11 PESURUHJAYA bermakna Pesuruhjaya Sukan yang dilantik di bawah Seksyen 10 Akta Pembangunan Sukan 1997.

FASAL 4. OBJEKTIF DAN FUNGSI

4.1 Objektif Persatuan antaranya seperti berikut:

(a) untuk membangun, menggalak dan mempromosi sukan _______di seluruh negara;

(b) untuk merancang dan membangunkan atlet, pegawai, ,jurulatih dan mencungkil bakat-bakat baru;

(c) untuk memilih atlet bagi mewakili negara dalam mana-mana pertandingan sukan ________ peringkat antarabangsa;

(d) untuk mewakili Malaysia dalam badan antarabangsa yang diiktiraf bagi mewakili sukan _________;

(e) untuk bergabung dengan badan pengelola antarabangsa; dan

(f) untuk menggalakkan pembangunan sukan di peringkat akar umbi melalui penubuhan / penerimaan ahli gabungan peringkat negeri.

Page 3: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

4.2 Fungsi Persatuan antaranya seperti berikut:

(a) bertindak sebagai badan pengelola di peringkat kebangsaan bagi sukan_________;

(b) membangun, mengendali, mempromosi dan mengurus sukan _______ di Malaysia;

(c) mentafsir dan melaksana peraturan dan undang-undang melalui kuasa, tugas dan hak yang diperuntukkan oleh badan sukan ini di peringkat antarabangsa;

(d) mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan peraturan dan undang-undang sukan __________ di kalangan ahli yang terbabit;

(e) mengendalikan kursus, latihan, pembangunan atlet, kejurulatihan, kepegawaian dan sukarelawan;

(f) menganjur atau membantu penganjuran dan menjadi tuan rumah pertandingan bagi sukan________ di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;

(g) menyelesaikan apa-apa isu atau konflik yang melibatkan ahli-ahlinya termasuk pegawai dan pemegang jawatan dalam persatuan;

(h) mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan badan antarabangsa dan badan-badan sukan atau agensi di peringkat kebangsaan;

(i) memastikan prosedur pemilihan bagi ahli sukan, pegawai, jurulatih dan mana-mana orang untuk mewakili negara dalam sukan ________ adalah terbuka dan adil;

(j) memastikan setiap program dan aktiviti dilaksanakan berlandaskan perlembagaan ini dan peraturan-peraturan di bawahnya;

(k) memastikan bahawa perlembagaan dan peraturan persatuan dipatuhi oleh semua ahli;

(l) memastikan laporan aktiviti dan akaun kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan sebelumnya disediakan;

Page 4: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

(m) memastikan kegiatan amal atau perniagaan yang dijalankan bagi menambah kewangan persatuan tidak bercanggah dengan undang-undang negara; dan

(n) memastikan semua keuntungan yang diperolehi oleh Persatuan melalui apa-apa perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk meningkatkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat Persatuan ini. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang pembayaran gaji atau perbelanjaan kepada ahli atau pekerja persatuan ini. Persatuan juga boleh menubuhkan badan perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan syarat keuntungan hendaklah dimasukkan ke dalam Tabung Kewangan Persatuan.

FASAL 5. LOGO / LAMBANGLogo/lambang Persatuan ini ialah seperti berikut: ___________ (terangkan secara ringkas bentuk dan makna logo)

FASAL 6. KEAHLIAN

Keahlian Persatuan ini terbahagi kepada kategori seperti berikut:

6.1 Ahli Gabungan

Terdiri dari persatuan-persatuan sukan __________ di peringkat negeri yang sah berdaftar di Pejabat Pesuruhjaya Sukan.

6.2 Ahli Individu

Terdiri daripada ahli-ahli individu yang tidak melebihi lima (5) orang yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk Persatuan.

6.3 Ahli Bersekutu

Terdiri daripada persatuan, kelab dan pertubuhan yang menjalankan berbagai kegiatan sukan selain

Page 5: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

dari sukan ______dan berdaftar secara sah di sisi undang-undang.

6.4 Ahli Kehormat

Terdiri daripada Individu-individu yang pernah berjasa kepada Persatuan atau individu-individu yang boleh memberi sumbangan kepada Persatuan yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk.

FASAL 7. YURAN KEAHLIAN

7.1Setiap ahli hendaklah membayar yuran pendaftaran dan tahunan kepada Persatuan seperti berikut :

BILJENIS

KEAHLIANYURAN

PENDAFTARANYURAN

TAHUNAN

1Ahli Gabungan

RM RM

2Ahli Individu

RM RM

3Ahli Bersekutu

RM RM

4Ahli Kehormat

RM RM

7.2Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak lewat dari 1 Februari tiap-tiap tahun kepada Bendahari. Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan tidak boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan

7.3Kegagalan untuk menjelaskan yuran tahunan dalam tempoh _______ tahun menyebabkan keahliannya terbatal.

7.4Mana-mana ahli yang telah dibatalkan keahliannya dan ingin menjadi ahli semula, hendaklah mengemukakan permohonan baru dengan menyertakan bayaran yuran pendaftaran, yuran tahunan dan penalti sebanyak RM______. Penerimaan keahlian ini tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Induk.

FASAL 8. PERMOHONAN MENJADI AHLI

8.1 Permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengisi borang dan dikemukakan

Page 6: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

kepada Setiausaha. Jawatankuasa Induk boleh meluluskan atau menolak sebarang permohonan.

8.2 Sekiranya permohonan menjadi ahli ditolak, sebab-sebab penolakan hendaklah dikemukakan kepada pemohon secara bertulis.

FASAL 9. KEISTIMEWAAN DAN HAK AHLI

9.1 Semua ahli mempunyai hak dan kesitimewaan seperti berikut:

(a) berhak untuk menyertai segala kegiatan yang dianjurkan oleh Persatuan ini;

(b) berhak menerima dengan percuma satu salinan perlembagaan Persatuan semasa pendaftaran dan diberi sekali sahaja; dan

(c) berhak menggunakan kemudahan dan premis badan sukan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan.

9.2 Tiap-tiap ahli hendaklah mengakui dan bersetuju untuk mematuhI:

(a) perlembagaan, undang-undang dan peraturan-peraturan termasuk peraturan-peraturan kecil, amalan-amalan terbaik yang diterimapakai oleh badan sukan di peringkat tempatan dan antarabangsa;

(b) segala bidang kuasa badan sukan ini; dan(c) segala peraturan dan undang-undang berkaitan

dengan sukan ini.

FASAL 10. HAK MENGUNDI DALAM MESYUARAT AGUNG

10.1 Ahli Gabungan

Semua ahli gabungan yang membayar yuran sebelum atau pada 1 Februari berhak untuk mengundi dan diundi dalam Mesyuarat Agung.

10.2 Ahli Individu

Semua ahli individu yang membayar yuran tahunan sebelum 1 Februari tahun tersebut adalah berhak untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan tetapi tidak boleh mengundi dan diundi dalam Mesyuarat tersebut.

10.3 Ahli Bersekutu

Page 7: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

Ahli bersekutu tidak berhak mengundi dan diundi tetapi boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan sebagai pemerhati.

10.4 Ahli Kehormat

Ahli Kehormat tidak berhak mengundi dan diundi tetapi boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan sebagai pemerhati.

FASAL 11. PERWAKILAN KE MESYUARAT AGUNG

TAHUNAN

11.1Setiap ahli berhak untuk hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

11.2Perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dipilih oleh badan yang diwakilinya.

11.3Setiap ahli gabungan berhak menghantar ____ orang wakil ke Mesyuarat Agung Tahunan.

11.4Setiap ahli bersekutu berhak menghantar ____ orang wakil ke Mesyuarat Agung Tahunan.

11.5Nama-nama wakil yang dipilih hendaklah disampaikan secara bertulis kepada Setiausaha sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

11.6Jika ahli hendak menukar perwakilannya ke Mesyuarat Agung Tahunan, nama perwakilan yang baru hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan.

FASAL 12. DISIPLIN AHLI, PEGAWAI DAN PEMEGANG

JAWATAN

Jawatankuasa Tatatertib setelah mendapati mana-mana ahli, pegawai dan pemegang jawatan:

(a) telah melanggar, gagal, enggan, atau tidak peduli untuk mematuhi mana-mana peraturan dan undang-undang termasuk gagal memenuhi komitmen sebagai ahli seperti mana terkandung dalam Fasal 9.2;

Page 8: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

(b) bertindak secara tidak wajar atau memudaratkan kepada badan sukan dan kepentingannya; dan tidak selari dengan matlamat badan sukan dan sukan itu sendiri; dan

(c) membawa keaiban kepada ahli, badan sukan, sukan itu sendiri dan negara.

boleh memulakan prosiding disiplin terhadap ahli, pegawai atau pemegang jawatan tersebut tertakluk kepada kuasa dan prosedur disiplin yang ditetapkan oleh Jawatnkuasa Induk. Ahli, pegawai dan pemegang jawatan yang terlibat berhak untuk mendapat keadilan semulajadi (natural justice ).

FASAL 13. PEMBERHENTIAN, PENGGANTUNGAN DAN PEMECATAN AHLI / PEGAWAI DAN PEMEGANG JAWATAN

13.1 Mana-mana ahli atau pemegang jawatan yang membuat permohonan bertulis untuk berhenti dan permohonannya itu diluluskan oleh Jawatankuasa Induk adalah dianggap sebagai telah berhenti menjadi ahli persatuan.

13.2 Penggantungan atau pemecatan ahli atau pemegang jawatan boleh dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib setelah melalui proses keadilan semulajadi.

13.3 Pemberhentian atau pemecatan mana-mana pegawai atau pemegang jawatan yang dilantik oleh Presiden atau Jawatankuasa Induk adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam perlantikannya.

13.4 Setiap ahli atau pemegang jawatan yang didapati menjalankan sesuatu kegiatan yang bertentangan dengan perlembagaan Persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya atau jawatannya bagi tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah. Surat tunjuk sebab hendaklah dikemukakan kepada ahli atau pemegang jawatan tersebut sebelum tindakan pemecatan atau penggantungannya dibuat.

Page 9: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

13.5 Penggantungan atau pemecatan itu hendaklah berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib.

13.6 Mana-mana ahli, pegawai atau pemegang jawatan yang keahliannya dipecat atau jawatannya digantung boleh mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Induk dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh keputusan Jawatankuasa Tatatertib.

13.7 Jawatankuasa Induk mempunyai kuasa sama ada untuk menerima, menolak atau membuat apa-apa keputusan lain yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib dan keputusan Jawatankuasa Induk adalah muktamad.

FASAL 14. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

14.1 Mesyuarat Agung Tahunan ialah mesyuarat yang dihadiri oleh semua ahli persatuan. Ia merupakan kuasa perundangan tertinggi untuk membuat keputusan.

14.2 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan tidak lewat dari tarikh_____ (nyatakan tarikh/bulan) tiap-tiap tahun.

14.3 Jika Persatuan gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya mengikut tempoh yang ditetapkan dalam fasal 14.2 dan 14.7, Persatuan hendaklah merujuk kepada Pesuruhjaya untuk perlanjutan masa bagi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan itu.

14.4Notis Mesyuarat Agung Tahunan (a) Dua (2) notis Mesyuarat Agung Tahunan

hendaklah hantar secara bertulis sama ada melalui fax, e-mail, surat berdaftar atau serahan tangan.

(b) Notis pertama hendaklah dihantar kepada setiap ahli sekurang-kurangnya empat puluh (45) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan yang menyatakan perkara-perkara berikut:

(i) Tarikh

Page 10: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

(ii) Hari(iii) Masa(iv) Tempat mesyuarat diadakan

(c) Notis kedua hendaklah dikeluarkan kepada setiap ahli sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan yang menyatakan perkara-perkara berikut;

(i) Agenda(ii) Laporan aktiviti(iii) Laporan kewangan(iv) Borang maklumat perwakilan ke Mesyuarat

Agung(v) Borang pencalonan (jika berkenaan)(vi) Borang permintaan usul kepada ahli untuk

dibawa dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

(d) Borang pencalonan (jika berkenaan) dan borang maklumat perwakilan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha sekurang-kurangya empat belas (14) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.

14.5 Usul(a) Semua usul yang hendak dibawa ke dalam

Mesyuarat Agung Tahunan perlu dikemukakan secara bertulis kepada Setiausaha sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.

(b) Jika usul ditolak oleh Jawatankuasa Induk, usul tersebut atau usul baru yang mempunyai maksud yang sama tidak boleh dikemukakan semula. Usul tersebut hanya boleh dikemukakan semula selepas enam (6) bulan dari Mesyuarat Agung Tahunan tersebut.

14.6 Korum

(a) Korum bagi Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang dari satu perdua (1/2) daripada bilangan keahlian yang layak mengundi.

Page 11: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

(b) Sekiranya korum tidak mencukupi selepas satu (1) jam dari masa yang ditetapkan, maka Mesyuarat itu hendaklah ditunda kepada tarikh baru dalam tiga puluh (30) hari dari tarikh mesyuarat itu.

(c) Sekiranya korum masih tidak mencukupi pada mesyuarat yang ditunda itu, maka ahli-ahli yang hadir bolehlah meneruskan mesyuarat tetapi tidak boleh meminda perlembagaan dan membuat apa-apa keputusan berkaitan dengan kepentingan ahli.

14.7 Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan .

(a) Mana-mana Mesyuarat Agung Tahunan yang ditangguhkan atas alasan selain darpada perkara 14.6 (b), Pengerusi boleh dengan persetujuan dua pertiga (2/3) daripada ahli mesyuarat yang berhak mengundi, menangguh mesyuarat kepada masa dan tempat yang lain.

(b) Sekiranya Mesyuarat Agung Tahunan ditangguhkan dalam tempoh tidak melebihi tiga puluh (30) hari, mesyuarat itu boleh disambung tanpa mengeluarkan notis mesyuarat yang baru. Walau bagaimanapun tiada perkara baru boleh dibincangkan selain dari apa yang telah dinyatakan dalam agenda. Ia hanya untuk menyelesaikan agenda mesyuarat terdahulu yang masih belum selesai.

(c) Jika mesyuarat itu ditangguhkan melebihi daripada tiga puluh (30) hari, notis mesyuarat baru hendaklah dikeluarkan sama seperti notis asal menurut fasal 14.4. Walau bagaimanapun tiada perkara baru boleh dibincangkan selain dari apa yang telah dinyatakan dalam agenda. Ia hanya untuk menyelesaikan agenda mesyuarat terdahulu yang masih belum selesai.

14.8 Pengendalian Mesyuarat Agung Tahunan

Apa-apa perkara yang berbangkit semasa Mesyuarat Agung Tahunan berkaitan dengan agenda mesyuarat, prosedur dan tatacara

Page 12: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

pengendalian mesyuarat hendaklah dirujuk kepada pengerusi Mesyuarat yang keputusannya adalah muktamad.

14.9 Kaedah Mengundi Dan Keputusan

14.9.1 Apa-apa keputusan yang memerlukan pengundian, pengundian hendaklah dibuat dengan cara:

(a) mengangkat tangan; atau

(b) jika diminta oleh:

(i) Presiden dengan persetujuan majoriti ahli mesyuarat; atau

(ii) satu perdua (1/2) daripada ahli Mesyuarat yang berhak mengundi.

menggunakan kertas undian tertutup.

14.9.2 Keputusan undian tersebut hendaklah diisytiharkan oleh Presiden sebaik sahaja proses pengiraan selesai dan keputusan itu hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat.

14.10 Penghantaran Dokumen dan Minit Mesyuarat Agung Tahunan

(a) Setiausaha hendaklah menghantar setiap minit Mesyuarat Agung Tahunan yang belum disahkan kepada ahli-ahli dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Mesyuarat itu diadakan.

(b) Setiausaha hendaklah menyerahkan kepada Pesuruhjaya dokumen-dokumen yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan. Dokumen-dokumen tersebut ialah:

(i) Minit Mesyuarat Jawatankuasa Induk yang menetapkan Mesyuarat Agung Tahunan

(ii) Minit Mesyuarat Agung Tahunan(iii) Laporan Aktiviti Tahunan;(iv) Laporan Kewangan Tahunan;

Page 13: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

(v) Senarai Ahli Jawatankuasa Induk terkini; dan

(vi) dokumen-dokumen lain seperti yang diarahkan oleh Pesuruhjaya.

FASAL 15. AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi antara lain perkara-perkara seperti berikut :

(a) menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan sebelumnya;

(b) menerima dan meluluskan Laporan Jawatankuasa berkenaan kegiatan Persatuan sepanjang tahun sebelumnya;

(c) menerima dan meluluskan laporan Bendahari dan Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tahun sebelumnya;

(d) pemilihan Ahli Jawatankuasa Induk (jika berkenaan); dan

(e) hal-hal lain yang berkaitan.

FASAL 16. MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA

16.1 Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh diadakan dalam keadaan berikut:

(a)dengan kehendak Presiden;

(b)bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Induk; atau

(c)atas permintaan bertulis oleh tidak kurang daripada satu perdua (1/2) jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menyatakan tujuan-tujuan dan sebab-sebabnya.

16.2 Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diminta hendaklah diadakan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

16.3 Setiausaha hendaklah mengedarkan notis pemberitahuan dan agenda untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa kepada semua ahli sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat.

Page 14: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

16.4 Korum Mesyuarat Agung Luar Biasa adalah sama dengan korum Mesyuarat Agung Tahunan. Sekiranya korum tidak mencukupi selepas setengah (1/2) jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi mesyuarat itu maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan pada hari, masa dan tempat yang sama pada minggu berikut atau pada hari, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Presiden dan jika korum masih tidak mencukupi pada mesyuarat yang ditangguhkan itu selepas setengah jam daripada masa yang ditetapkan maka mesyuarat itu terbatal.

16.5 Tiada pemilihan Jawatankuasa Induk boleh diadakan semasa Mesyuarat Agung Luar Biasa.

FASAL 17. JAWATANKUASA INDUK

17.1 Jawatankuasa Induk Persatuan hendaklah terdiri daripada :

(a) Seorang Presiden ;(b) seorang Timbalan Presiden;(c) ______ orang Naib Presiden,(d) seorang Setiausaha(e) seorang Bendahari(f) ______ orang Ahli Jawatankuasa .

17.2 Jawatankuasa Induk hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan memegang jawatan untuk tempoh selama ______ ( ) tahun

17.3 Pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Induk dan dalam Jawatankuasa-Jawatankuasa yang lain hendaklah:

(a)Warganegara Malaysia

(b)berumur lapan belas (18) tahun ke atas;

(c)bukan seorang yang muflis;

(d)tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh mana-mana badan sukan dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu;

(e)tidak disabitkan kesalahan jenayah atau sivil dengan denda tidak kurang daripada RM2,000 dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu; dan

Page 15: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

(f) sempurna akal.

17.4 Mana-mana pemegang jawatan yang disabitkan dengan suatu kesalahan di Mahkamah atas pertuduhan jenayah hendaklah terlucut jawatannya dengan serta-merta.

17.5 Sekiranya terdapat kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa Induk yang disebabkan pemegang jawatannya telah melepaskan jawatan atau telah meninggal dunia, calon yang mendapat undi kedua terbanyak semasa pemilihan Jawatankuasa Induk yang lepas adalah dengan sendirinya layak untuk memegang jawatan tersebut. Jika tiada calon yang sedemikian atau calon itu menolak tawaran jawatan itu, pemilihan bagi mengisi kekosongan tersebut perlu dibawa ke dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang.

FASAL 18. TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA INDUK

18.1 Tugas-tugas Jawatankuasa Induk antara lain seperti berikut:

(a) menubuh Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil;(b) melantik Pengerusi Jawatankuasa-

Jawatankuasa Kecil;(c) menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan

Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa;

(d) mengurus dan mentadbir persatuan secara teratur;

(e) merancang, melaksana dan menilai program Persatuan;

(f) mengkaji dan mencadang program-program dan perbelanjaan yang berkaitan;

(g) meluluskan atau meminda peraturan-peraturan untuk dibahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa;

(h) menimbang rayuan keputusan Jawatankuasa Tatatertib ;

(i) memantau dan memastikan semua ahli, pegawai dan pemegang jawatan mematuhi

Page 16: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

perlembagaan dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh badan ini;

(j) melantik dan mengisi mana-mana jawatan kosong yang bergaji;

(k) membangun dan merangka pelan strategik pembangunan sukan ini di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan kelab;

(l) mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana pemegang jawatan yang melanggar perlembagaan dan peraturan persatuan;

(m) menimbang permohonan menjadi ahli persatuan; dan

(n) menyelesaikan apa-apa masalah pelanggaran peraturan, peraturan kecil, dan disiplin di kalangan pegawai, pemegang jawatan dan ahli melalui prosedur-prosedur yang ditetapkan.

FASAL 19. TUGAS AHLI JAWATANKUASA INDUK

19.1 Presiden

Presiden dalam masa jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Induk dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat.

19.2 Timbalan Presiden

Timbalan Presiden hendaklah membantu Presiden melaksanakan tanggungjawab menguruskan pentadbiran persatuan. Dia hendaklah memangku dan melaksanakan tanggungjawab Presiden selama ketiadaan Presiden.

19.3 Naib Presiden

Naib Presiden hendaklah membantu Presiden dan Timbalan Presiden dalam menguruskan pentadbiran persatuan. Semasa ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden, Naib Presiden yang paling kanan hendaklah memangku jawatan tersebut.

19.4 Setiausaha

Page 17: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

Setiausaha bertanggungjawab dalam segala pengurusan dan pentadbiran persatuan mengikut perlembagaan dan menjalankan arahan-arahan Mesyuarat Agung atau Jawatankuasa Induk. Beliau bertanggungjawab mengenai surat-menyurat, menyimpan apa-apa dokumen seperti buku, surat dan kertas kecuali buku kira-kira dan buku kewangan. Dia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan-catatan mesyuarat.

19.5 Bendahari

Bendahari hendaklah membuat kutipan yuran keahlian dan menyimpan buku kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya.

FASAL 20. MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK

20.1 Jawatankuasa Induk hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga (3) bulan. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat. Presiden dengan bersendirian atau satu pertiga (1/3) ahli jawatankuasa secara bersama boleh memanggil Mesyuarat Jawatankuasa Induk pada bila-bila masa.

20.2 Korum mesyuarat Jawatankuasa Induk hendaklah tidak kurang daripada satu perdua (1/2) daripada bilangan Ahli Jawatankuasa Induk.

20.3 Mana-mana ahli Jawatankuasa Induk yang tidak hadir dalam tiga (3) mesyuarat Jawatankuasa Induk berturut-turut boleh kehilangan jawatannya kecuali Jawatankuasa Induk berpuas hati terhadap sebab-sebab ketidakhadirannya.

FASAL 21. JAWATANKUASA -JAWATANKUASA KECIL

21.1 Jawatankuasa Induk boleh menubuhkan jawatankuasa kecil yang dirasakan perlu untuk membantu perjalanan Persatuan seperti berikut:

Page 18: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

(a) Jawatankuasa Kewangan(b) Jawatankuasa Pembangunan(c) Jawatankuasa Teknikal(d) Jawatankuasa Pemilihan(e) Jawatankuasa Pertandingan(f) Jawatankuasa Tatatertib(g) Jawatankuasa Anti-Doping(h) Jawatankuasa Wanita(i) Jawatankuasa-Jawatankuasa lain yang

difikirkan perlu.

21.2 Tugas Pengerusi Jawatankuasa Kecil

Pengerusi Jawatankuasa Kecil hendaklah menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh Jawatankuasa Induk

21.3 Tugas Jawatankuasa Kecil

(a) Jawatankuasa Kewangan

Tugas utama Jawatankuasa ini ialah mencari sumber pendapatan persatuan seperti tajaan, bantuan dari kerajaan, derma atau cara-cara lain yang sah dari segi undang-undang persatuan dan undang-undang negara.

(b) Jawatankuasa Pembangunan Tugas utama Jawatankuasa ini ialah

menganjurkan program-program pembangunan dan latihan serta termasuk pembangunan pegawai dan jurulatih.

(c) Jawatankuasa Teknikal Tugas utama Jawatankuasa ini ialah

melibatkan hal-ehwal teknikal sukan ini.

(d) Jawatankuasa Pemilihan

Tugas utama Jawatankuasa ini ialah memilih atlet untuk diperakukan kepada Jawatankuasa induk bagi mewakili Persatuan dalam apa-apa pertandingan dalam dan luar negara.

(e) Jawatankuasa Pertandingan

Page 19: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

Tugas utama Jawatankuasa ini ialah mengelolakan pertandingan-pertandingan di peringkat kebangsaan

(f) Jawatankuasa Tatatertib

Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk memutuskan kes-kes berhubung salah laku ahli termasuk pegawai dan pemegang jawatan; dan menentukan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pihak yang telah dikenakan tindakan.

(g) Jawatankuasa Anti-Doping

Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk memantau dan memastikan bahawa semua ahli sukan atau atlet mematuhi peraturan anti-doping. Jawantankuasa ini hendaklah menggunakan peraturan World Anti-Doping Agency (WADA) dan Institut Sukan Negara (ISN) / Anti-Doping Agency of Malaysia (ADAMAS) atau mana-mana badan yang diiktiraf oleh WADA dan pihak berkuasa di Malaysia.

(h) Jawatankuasa Wanita

Tugas Jawatankuasa ini ialah untuk menjaga kepentingan wanita dalam badan sukan ini.

FASAL 22. KEWANGAN

22.1 Sumber kewangan Persatuan boleh diperoleh melalui:

(a) yuran tahunan dan penalti kemasukan semula;

(b) derma dan tajaan;(c) bantuan dari kerajaan atau badan-badan yang

dibenarkan;(d) hasil-hasil perniagaan persatuan; dan(e) sumber-sumber lain yang dibenarkan oleh

undang-undang negara.

22.2 Pendapatan yang diperolehi Persatuan hendaklah digunakan untuk mencapai objektif

Page 20: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

seperti yang disebut dalam perlembagaan Fasal 4.1

22.3 Semua cek atau baucer pembayaran Persatuan hendaklah ditandatangani oleh Bendahari dan Presiden atau Setiausaha.

22.4Perbelanjaan kurang daripada RM ________ bagi sesuatu masa boleh dibuat tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Induk.

22.5 Perbelanjaan yang lebih daripada RM______ bagi sesuatu masa tidak boleh dibuat tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Induk.

22.6 Perbelanjaan melebihi daripada RM_____ bagi sesuatu masa hendaklah mendapat kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa .

22.7 Bendahari boleh menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM _____ dalam sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mesti dimasukkan ke dalam akaun persatuan.

22.8 Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit dalam tempoh tiga puluh (30) hari setelah tamat tahun kewangan. Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan yang diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya.

22.9 Tahun kewangan Persatuan ini ialah dari 1 Januari hingga 31 Disember pada tiap-tiap tahun.

FASAL 23. JURU AUDIT

23.1 Dua orang yang bukannya pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Induk boleh dilantik sebagai Juruaudit. Pelantikan hendaklah dibuat semasa Mesyuarat Agung Tahunan. Jawatan yang dipegang ialah selama tempoh dua (2) tahun dan boleh dilantik semula.

23.2 Tugas Juruaudit ialah membuat pemeriksaan terhadap penyata kewangan persatuan dan membuat laporan dan pengesahan ke atas penyata kewangan tersebut.

Page 21: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

23.3Mesyuarat Agung Tahunan boleh juga melantik Firma Audit yang bertauliah bagi menjalankan kerja-kerja auditan Persatuan.

FASAL 24. DISKRIMINASI, EKSPLOITASI DAN GANGGUAN SEKSUAL.

24.1 Persatuan dan ahli persatuan ini termasuk individu, pegawai, pemegang jawatan, jurulatih serta atlet bertanggungjawab menjamin keadilan dan kesaksamaan tanpa mengira gender, agama dan bangsa.

24.2 Persatuan hendaklah memastikan tiada ekploitasi, gangguan fizikal, emosi dan seksual dilakukan terhadap mana-mana orang dalam Persatuan.

FASAL 25. KESELAMATAN, INSURAN DAN PERUBATAN

25.1 Persatuan bertanggungjawab terhadap keselamatan ahli atau atlet yang mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan atau pertandingan sama ada di dalam atau luar negara.

25.2 Ahli persatuan atau atlet yang mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan, pertandingan sama ada di dalam atau di luar negara hendaklah dilindungi oleh insuran yang dibiayai dan diuruskan oleh persatuan.

25.3 Persatuan bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan perubatan kepada ahli atau atlet yang mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan atau pertandingan sama ada di dalam atau luar negara.

FASAL 26. TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

Di antara Mesyuarat Agung Tahunan, Jawatankuasa Induk boleh memberi tafsiran terhadap perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam perlembagaan ini selagi tafsiran tersebut tidak bercanggah dengan dasar dan objektif persatuan.

FASAL 27. PERTIKAIAN DALAMAN

Page 22: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

Jawatankuasa Induk dengan kerjasama Jawatankuasa Tatatertib bertangungjawab untuk mewujudkan satu mekanisme bagi menangani apa-apa pertikaian dalaman yang timbul di kalangan ahli-ahlinya mengikut prosedur dalaman yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan persatuan itu. Jika pertikaian gagal diselesaikan, Persatuan tersebut hendaklah merujuk kepada Majlis Olimpik Malaysia untuk penyelesaian.

FASAL 28. PENAUNG ATAU PENASIHAT

28.1Jawatankuasa Induk Persatuan boleh juga melantik individu-individu tertentu untuk menjadi penaung atau penasihat bagi persatuan ini, sekiranya perlu.

28.2 Penaung atau Penasihat tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran persatuan dan juga tidak boleh mengundi dan diundi.

FASAL 29. PINDAAN PERLEMBAGAAN

29.1Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan dua pertiga (2/3) daripada ahli yang layak mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa.

29.2Apa-apa pindaan kepada perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pesuruhjaya dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh ia diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa. Pindaan ini tidak boleh dikuatkuasakan selagi tidak mendapat kelulusan bertulis daripada Pesuruhjaya.

29.3Pesuruhjaya boleh mengarahkan persatuan untuk meminda perlembagaan bila ada keperluan untuk berbuat demikian.

FASAL 30. LARANGAN

30.1 Segala bentuk perjudian dan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang Malaysia dilarang dilakukan dalam mana-mana premis persatuan.

Page 23: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

30.2 Persatuan tidak boleh terlibat, bergabung atau mengadakan hubungan dengan apa-apa jua kegiatan politik atau mana-mana parti politik dan menggunakan nama persatuan dalam apa jua isu-isu politik.

FASAL 31. PEMBUBARAN

31.1Persatuan ini boleh dibubarkan dalam Mesyuarat Agung yang khusus untuk tujuan ini dan dengan keputusan oleh dua pertiga (2/3) daripada ahli yang layak mengundi.

31.2Setelah persatuan dibubarkan maka semua baki wang atau harta benda (aset) yang ada hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia.

31.3Keputusan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pesuruhjaya dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pembubaran itu melalui borang-borang yang ditentukan oleh Pesuruhjaya.

Disahkan betul oleh;

Presiden Setiausaha

Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh:

http://www.google.com/search?sourceid=navclient&ie=UTF-8&q=Pengajaran+dan+pembelajaran+berbantukan+komputer#sclient=psy&hl=en&q=perlembagaan+dan+pentadbiran+organisasi+badan+sukan+kebangsaan&aq=f&aqi=&aql=&oq=&pbx=1&fp=f71c9d2b3ccf4dd5

Page 24: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

Pendahuluan

         Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara pada 22 Oktober 1963 (Rujukan 361) pada mulanya, dan kemudiannya pula didaftarkan kepada Pesuruhjaya Sukan pada 31 Julai 1998 (Rujukan 0149/98). Perubahan ini berlaku apabila kerajaan telah menetapkan dasar melalui Akta Pembangunan Sukan 1997 supaya semua badan yang menjalankan kegiatan sukan hendaklah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan. Badan Pentadbiran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dibantu oleh dua organisasi dalaman yang ditubuhkan khusus untuk mengukuhkan pengurusan pengembangan dan pembangunan Silat Seni Gayong Malaysia, iaitu Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih. Penubuhan organisasi ini di peruntukan dalam Perlembagaan Pertubuhan - merujuk kepada perkara 30 dan perkara 31. Badan Pentadbiran Pertubuhan merupakan badan utama bagi menggerakkan hal-hal yang berkaitan dengan merancang, melaksana dan mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan dan pengembangan sebagai sebuah Pertubuhan. Badan ini berkait rapat dan berhubung secara langsung dengan urusan memenuhi keperluan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan. Disamping itu juga ia berperanan sebagai agensi penghubung di antara organisasi luar, samada dari dalam negara mahu pun luar negara, dengan isu-isu yang berkaitan pentadbiran Silat Seni Gayong Malaysia.

Rajah1 : Hubungan Pentadbiran, Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih

         Lembaga Adat Istiadat pula memberi fokus kepada merancang, melaksana dan mengawal pelaksanaan amalan adat-istiadat silat yang diwarisi. Perkara-perkara yang diberi perhatian termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan penyampaian sandang-sandang kebesaran, adat perlimau tapak dan seni, tatacara pemakaian serta penampilan dan pelaksanan protokol budaya warisan. Majlis Gurulatih seterusnya berperanan dalam urusan merancang, melaksana dan mengawal pembangunan dan pengembangan persilatan dari aspek kurikulum latihan dan kejurulatihan. Ini termasuklah urusan mengumpul dan menyusun pelajaran-pelajaran yang terdapat dari guru-guru kanan yang ditauliah atau diketahui menguasai kemahiran yang diperturunkan oleh Allayarham Dato’ Meor Abdul Rahman.

Pendaftaran Negeri, Daerah, Gelanggang dan Ahli

         Merujuk kepada dasar yang ditetapkan dalam Akta Pembangunan Sukan yang dinyatakan, badan-badan yang perlu berdaftar kepada Pesuruhjaya Sukan ialah badan daerah, negeri dan kebangsaan. Gelanggang-gelanggang yang ditubuhkan di dalam sesebuah daerah hanya perlu mendaftar atau bergabung di bawah pengurusan daerah atau negeri (jika tiada daerah yang mendapat kelulusan pendaftaran) yang telah diluluskan pendaftarananya oleh Pesuruhjaya Sukan.

Page 25: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

         Setiap pendaftaran daerah, atau negeri atau kebangsaan ini adalah secara berasingan. Kewujudan badan-badan ini tidak ada kaitan di antara satu dengan lain dari aspek penubuhannya. Pembatalan mana-mana badan di mana-mana peringkat sekali pun tidak akan membabitkan pembatalan badan-badan lain. Contohnya jika Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia sesuatu Negeri terbatal pendafatarannya, pendaftaran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia daerah-daerah di negeri berkenaan tidak terjejas. Begitu juga jika berlaku pembatalan pendaftaran badan di peringkat kebangsaan, badan di peringkat negeri dan daerah boleh meneruskan pentadbiran masing-masing tanpa sebarang sekatan dari mana-mana pihak berkuasa.

         Setakat ini, kaitan yang jelas di antara daerah, negeri dan kebangsaan ialah penggunaan nama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Pertubuhan di peringkat kebangsaan telah memohon jasa baik Pesuruhjaya Sukan supaya hendaklah merujuk kepada badan kebangsaan ini jika terdapat mana-mana pihak yang memohon untuk mendaftar dengan mengguna nama Gayong. Tujuannya ialah untuk mengelak lebih banyak badan silat mengguna nama Gayong. Contohnya Gayong Fatani, Pusaka Gayong, Gayong Warisan, Gayong Sundang, Gayong Ghaib, Gayong Ma’rifat dan sebagainya. Jumlah yang ada ini pun telah banyak menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat umum, terutamanya dari aspek kesahihan, asal-usul dan pentadbiran.

         Bagi tujuan mengembang dan membangunkan silat di seluruh negara secara teratur dan kemas berikut disenaraikan prosidur untuk dijadikan panduan bagi mendaftarkan Pertubuhan di peringkat daerah, negeri, gelanggang dan ahli:

Pendaftaran Daerah :

1. adakan mesyuarat Jawatankuasa Penaja. Untuk tujuan mendapat sokongan ramai, pastikan semua gelanggang Silat Gayong yang ada di daerah dijemput hadir.

2. hantar minit mesyuarat, senarai jawatankuasa, senarai kehadiran, perlembagaan, logo dan lencana kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah, atau Negeri. Sertakan surat sebagai iringan bagi menjelaskan maksud. Salinkan surat ini kepada PSSGM Kebangsaan, supaya pihak ini juga akan dapat menghantar surat sokongan permohonan kepada Pesuruhjaya Sukan di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

3. sila buat panggilan telifon dari semasa ke semasa (dicadangkan sebulan sekali) untuk bertanyakan status permohonan kepada Pejabat Belia dan Sukan yang berkaitan atau secara langsung kepada Pesuruhjaya Sukan di Kementerian Belia dan Sukan.

4. setelah mendapat kelulusan, adakan Mesyuarat Agung bagi melantik jawatankuasa untuk mentadbir Pertubuhan. Penyata hendaklah dihantar kepada Pesuruhjaya Sukan melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah. Penyata hendaklah mengandungi:

Minit Mesyuarat Agung

Laporan Kewangan (mesyuarat agung pertama tidak perlu hantar laporan ini)

Laporan Aktiviti (mesyuarat agung pertama tidak perlu hantar laporan ini)

Senarai Jawatankuasa

Bilangan dokumen-dokumen yang perlu dihantar hendaklah dirujuk dari Pejabat Belia dan Sukan. Pejabat ini ada menyediakan maklumat panduan

Pendaftaran Negeri :

1. adakan mesyuarat Jawatankuasa Penaja. Untuk tujuan mendapat sokongan semua pihak, pastikan wakil semua daerah terutamanya daerah-daerah yang telah mendapat kelulusan pendaftaran dijemput hadir. Dinasihatkan supaya surat jemputan dihantar melalui pos berdaftar.

2. hantar minit mesyuarat, senarai jawatankuasa, senarai kehadiran, perlembagaan, logo dan lencana kepada Pejabat Belia dan Sukan Negeri. Sertakan surat sebagai iringan bagi menjelaskan maksud. Salinkan surat ini kepada PSSGM Kebangsaan, supaya pihak ini juga akan dapat menghantar surat sokongan permohonan kepada Pesuruhjaya Sukan di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Page 26: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

3. sila buat panggilan telifon dari semasa ke semasa (dicadangkan sebulan sekali) untuk bertanyakan status permohonan kepada Pejabat Belia dan Sukan yang berkaitan atau secara langsung kepada Pesuruhjaya Sukan di Kementerian Belia dan Sukan.

4. setelah mendapat kelulusan, adakan Mesyuarat Agung bagi melantik jawatankuasa untuk mentadbir Pertubuhan. Penyata hendaklah dihantar kepada Pesuruhjaya Sukan melalui Pejabat Belia dan Sukan Negeri. Penyata hendaklah mengandungi:

Minit Mesyuarat Agung

Laporan Kewangan (mesyuarat agung pertama tidak perlu hantar laporan ini)

Laporan Aktiviti (mesyuarat agung pertama tidak perlu hantar laporan ini)

Senarai Jawatankuasa

Bilangan dokumen-dokumen yang perlu dihantar hendaklah dirujuk dari Pejabat Belia dan Sukan. Pejabat ini ada menyediakan maklumat panduan

Pendaftaran Gelanggang :

         Seperti mana yang dinyatakan dalam Pendahuluan, pentadbiran gelanggang hanya perlu berdaftar secara gabungan dengan badan PSSGM Daerah atau PSSGM Negeri jika badan daerah masih belum berdaftar atau ditubuhkan.

         Penubuhan gelanggang hendaklah atas permintaan atau permohonan badan penaja seperti sekolah, kolej, Institut Pengajian Tinggi, Jawatankuasa Pendudukan Setempat dan sebagainya. Permohonan rasmi secara bersurat atau mengisi borang yang disediakan oleh pentadbiran PSSGM Daerah atau Negeri hendaklah dikemukakan. Apabila permohonan mengemuka gelanggang di kemukakan, pihak pentadbiran akan bertanggungjawab untuk:

1. memberi makluman terimaan dalam tempuh 3 hari selepas surat atau borang permohonan diterima

2. mengeluarkan surat kelulusan penubuhan gelanggang kepada pihak pemohon dalam tempuh 5 hari sekiranya permohonan disokong

3. meminta pihak penaja memohon mendaftarkan gelanggang dengan mengisi borang permohonan Sijil Gelanggang. Permohonan ini hendaklah dipanjangkan kepada pentadbiran Kebangsaan dengan sokongan pentadbiran Negeri. Sijil ini perlu diperbaharui pada setiap tahun.

4. Sijil Gelanggang hendaklah dibekalkan oleh pentadbiran pusat dalam tempuh 30 hari permohonan penubuhan gelanggang diluluskan.

Pendaftaran Gabungan :

         Dasar gabungan di antara daerah dengan negeri dan seterusnya kebangsaan ialah melalui pendaftaran ahli. Jika gelanggang mendaftarkan ahlinya dengan pentadbiran daerah, maka gelanggang berkenaan telah bergabung dengan daerah tersebut, jika pula pentadbiran daerah memanjangkan pendaftaran ahli-ahlinya kepada pentadbiran negeri, maka pentadbiran daerah berkenaan dianggap telah bergabung dengan pentadbiran negeri tersebut. Sistem gabungan ini berterusan sehingga ke peringkat kebangsaan. Dalam keadaan-keadaan tertentu, sistem gabungan ini tidak semestinya melalui peringkat-peringkat yang dinyatakan. Penggabungan mungkin berlaku secara terus dari gelanggang ke negeri tanpa melalui daerah, atau daerah terus kepada kebangsaan tanpa melalui negeri. Jumlah ahli minima yang boleh diterima untuk sebarang gabungan ialah tidak tempuh selama 6 enam bulan, gelanggang, daerah atau negeri yang berkaitan boleh dicadangkan untuk digugurkan status gabungannya. Perkara ini dinyatakan dalam Perkara 20 fasal 2 ii) Perlembagaan (1995).

         Dalam menguruskan pendaftaran gabungan, Pentadbiran Kebangsaan menghadapi dua status pendaftaran. Status pertama ialah apabila terdapatnya keadaan dimana pentadbiran daerah atau pentadbiran negeri tidak berdaftar. Contohnya bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai pentadbiran tanah daerah seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan. Negeri-negeri sebegini, gelanggang akan terus berdaftar dengan pentadbiran PSSGM Negeri.

Page 27: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

         Kes begini juga dirujuk apabila sesebuah negeri itu tidak mempunyai pentadbiran PSSGM Negeri yang sah berdaftar tetapi sebaliknya beberapa pentadbiran PSSGM Daerah telah pun diluluskan pendaftarannya. Kes seumpama ini berlaku di Johor. Sehingga ke hari ini (Julai 2003), daerah-daerah Johor Bharu, Segamat, Kluang dan Kota Tinggi, telah mendapat kelulusan pendaftaran, tetapi dalam masa yang sama negeri ini tidak mempunyai pentadbiran PSSGM negerinya.

         Status kedua, apabila berlakunya dimana pentadbiran daerah membuat pilihan untuk tidak bergabung dengan negeri atas sebab-sebab tertentu. Pentadbiran kebangsaan memberi laluan keadaan ini berlaku kerana menimbangkan agar ruang terus diberi kepada ahli-ahli yang terlibat untuk mendaftar di peringkat Pentadbiran Kebangsaan. Asas yang dipegang dalam kes-kes ini ialah, ahli-ahli tidak sepatutnya dihukum atau menjadi mangsa pertelagahan di antara pentadbiran yang terbabit yang mengakibatkan proses pendaftaran ahli terbantut. Walau bagaimana pun ahli-ahli yang terlibat ini tidak dapat mewakili daerah untuk menyertai kegiatan di peringkat negeri dan seterusnya menutupkan peluang mereka untuk menyertai kegiatan di peringkat kebangsaan kerana lazimnya kegiatan di peringkat kebangsaan menghendaki penyertaan dalam kegiatan anjurannya terdiri dari kalangan ahli yang mewakili negeri. Kegiatan-kegiatan ini termasuklah pertandingan, kursus, dan juga Mesyuarat Agung. Mereka hanya boleh bergiat didalam kegiatan di peringkat daerahnya.

Rajah 2 : Peringkat Pentadbiran dan Pendaftaran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia

         Pendaftaran gabungan melibatkan penerimaan pembayaran yuran gabungan dari ahli-ahli. Yuran gabungan tidak dikenakan kepada organisasi seperti mana amalan oleh institusi-institusi lain. Yuran keahlian dipanjangkan dari gelanggang ke daerah, seterusnya ke negeri dan pentadbiran kebangsaan. Perlembagaan 1995 (Perkara 28 fasal 1) telah menentukan bahawa yuran-yuran yang diterima dari setiap ahli akan digihkan kepada pentadbiran daerah, negeri dan kebangsaan. Kadar agihan adalah pada nisbah 1:1:2 (25 % daerah : 25 % negeri : 50 % kebangsaan). Kadar yuran yang masih terpakai sehingga hari ini (Julai 2003) adalah seperti berikut:

1. Yuran Pendaftaran               = RM 2.00 2. Yuran Tahunan                    = RM 2.00

3. Yuran Seumur Hidup            = RM 50.00

                                                                                                                                                           Perkara 4, fasal 1(Perlembagaan:1995)

Jadual 2 : Agihan yuran kepada daerah, negeri dan kebangsaan

Page 28: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

http://www.angelfire.com/art2/sufishimosawa/Manual.html

Lembaga Beradat Kebangsaan (LBK) terdiri daripada dua entiti yang membentuk Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan, iaitu:

 

        1. Lembaga Waris Amanah

        2. Jawatankuasa Agung

 

Lembaga Waris Amanah terdiri daripada mereka yang diwasiatkan oleh Allahyarham Dato' Mahaguru sebagai pewaris amanah Silat Seni Gayong. Lembaga ini berkuasa mentadbir segala kuasa dan hak Mahaguru. Lembaga ini juga berfungsi sebagai badan legislatif tertinggi Silat Seni Gayong.

Jawatankuasa Agung pula terdiri daripada ahli eksekutif dan ahli biasa. Jawatankuasa Agung berkuasa untuk mentadbir kuasa eksekutif Majlis Tertinggi Lembaga Beradat. Fungsi dan bidang kuasa LBK mencakupi segala perkara dan urusan yang menyentuh adat-istiadat, pelajaran, kegurulatihan dan pentadbiran Silat Seni Gayong secara keseluruhannya.

Ketetapan Jawatankuasa Agung Lembaga Beradat Kebangsaan akan menjadi satu peraturan setelah ianya disahkan oleh Lembaga Waris Amanah.

 

 

Struktur Lembaga Beradat Kebangsaan

 

 

 

 

Page 29: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

LEMBAGA BERADAT NEGERI

Pengerusi

( bilangan seorang )

Khalifah Besar

( bilangan maksimum empat orang )

Wakil Beradat (Perlimau)

( bilangan maksimum empat orang )

Waris Beradat

( bilangan maksimum empat belas orang )

Ketua Khalifah

( bilangan maksimum lima orang )

Ketua Beradat

( bilangan maksimum empat belas orang )

Khalifah

( tiada had )

Imamah (wanita)

( tiada had )

Khalifah Muda

( tiada had )

Imamah Muda

( tiada had )

Imam Gelanggang

( tiada had )

Naqibah Gelanggang (wanita)

( tiada had )

 

 

Page 30: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

LEMBAGA WARIS AMANAH

Y.Bhg. Puan Siti Kalsom Dato' Meor Abdul Rahman

Y.Bhg. Datuk Dr Hj Ahmad bin Lazim

 

 

 

 

JAWATANKUASA AGUNG LEMBAGA BERADAT KEBANGSAAN

Pengerusi Agung

YB Dato' Hj Abdul Samad bin Maharuddin

Pemangku Timbalan Pengerusi Agung

Y.Bhg. Dato' Dr Hj Ahmad bin Lazim

Kipas Emas

En. Nordin bin Abd Rahman

Ketua Khalifah Besar

Y.Bhg. Dato' Mohd Said bin Hj Mat Saman, DSSA

Y.Bhg. En. Zulkifli bin Zainal Azim

Setiausaha Agung

En. Wan Ahmad Fauzi bin Hj Wan Husain

Bendahari Agung

YM Raja Aman Shah bin Raja Idris

Page 31: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

Penolong Setiausaha Agung

Tuan Hj Mustapa Kamal bin Hj Sharif

Tuan Hj Zul Faqar bin Hj Muhammad Fadzil

En. Azhar bin Abdul Aziz

Ahli Jawatankuasa Agung

Tuan Hj Abdul Razak bin Mohamed Jalil

En. Ishak bin Hassan

Tuan Hj Harun bin Yusof

Tuan Hj Muhammad bin Mohd Nor

En. Yaakob bin Said

En. Mohd Monir bin Abdul Wahab

En. Mohd Nor bin Hj Abdul Samad

En. Zaudin bin Hj Shahib

En. Abdul Hazis bin Shariff

Tuan Hj Dr. Md Sampul bin Kamaruddin

En. Shuib bin Husin

En. Mohd Amin bin Hamzah

KPT (B) Mohd Zulkifli bin Ahmad

Y.Bhg. Datin Hajjah Feridah bte Abu Johan

En. Ahamad Ayazi bin Ramli

http://gelanggangdatomeor.com/v1/content/view/17/37/lang,en/

Di bawah kuasa Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan, diwujudkan majlis dan badan yang mempunyai fungsi dan bidangkuasa tertentu bagi mentadbir adat dan istiadat secara khusus dan tersusun. Majlis dan badan yang dimaksudkan ialah :

   

     a. Majlis Kehakiman Gayong

   

     b.Majlis Istiadat

   

     c. Majlis Perhubungan

Page 32: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

   

     d. Majlis Kegurulatihan

   

     e. Majlis Kewangan

   

     f.  Majlis Ibu Gayong

   

     g.  Lembaga Beradat Negeri

   

     h.Badan Penapis Amanah

   

     i.  Badan Ibu Gayong

 

a. Majlis Kehakiman Gayong

Majlis Kehakiman diketuai seorang Kipas Emas. Majlis ini terdiri daripada dua buah jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Aduan dan Jawatankuasa Perlimau. Jawatankuasa Aduan terdiri daripada tidak lebih enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Agung Lembaga Beradat Kebangsaan.

Perlantikan ahli Jawatankuasa Aduan dibuat untuk meneliti dan membantu Kipas Emas menyelesaikan aduan tertentu. Apabila aduan yang dibuat diselesaiputuskan maka Jawatankuasa tersebut terbubar dengan sendirinya. Bagaimanapun ahli daripada Jawatankuasa yang terbubar boleh dilantik semula untuk menangani aduan lain.

Jawatankuasa Perlimau pula terdiri daripada tidak lebih enam orang Ketua Wakil Beradat. Jawatankuasa ini berkuasa mentadbir hak-hak adat perlimau di seluruh negara.

Ketua Wakil Beradat dilantik oleh Lembaga Waris Amanah bagi tempoh yang ditetapkannya. Ketua Wakil Beradat boleh menjalankan upacara penerimaan murid Gayong di mana-mana negeri sama ada atas arahan Lembaga Waris Amanah atau jemputan Lembaga Beradat Negeri tertentu.

Jawatankuasa Perlimau berkuasa ke atas setiap Wakil Beradat yang dilantik oleh Lembaga Waris Amanah di mana-mana jua. Jawatankuasa ini boleh membuat peraturan atau panduan bagi meningkatkan imej Wakil Beradat dan pengurusan Jawatankuasa Perlimau.

 

b. Majlis Istiadat

Majlis Istiadat dipengerusikan seorang Ketua Khlaifah Besar (Istiadat). Keanggotaannya dipilh daripada mana-mana ahli Lembaga Beradat atau ahli Gayong atas budibicara Pengerusi Majlis Istiadat. Majlis ini bertanggungjawab untuk membangun, mengurus dan mentadbir Balai Istiadat dan Muzium Silat Seni Gayong.

c. Majlis Perhubungan

Majlis Perhubungan dipengerusikan seorang Ketua Khalifah Besar (Perhubungan). Keanggotaannya dipilih daripada mana-

Page 33: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

mana ahli Lembaga Beradat atau individu atas budibicara Pengerusi Majlis Perhubungan. Majlis ini bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir Jawatankuasa Pendidikan dan Jawatankuasa Sebaran Am atau sebarang jawatankuasa yang ditubuhkan untuk pembangunan Silat Seni Gayong. Di bawah Jawatankuasa Pendidikan, diwujudkan Institut Kegurulatihan Gayong dan Institut Kefahaman Gayong sebagai Institusi Pendidikan yang mengeluarkan sijil, diploma dan ijazah dalam Silat Seni Gayong.

d. Majlis Kegurulatihan

Majlis Kegurulatihan dipengerusikan seorang Ketua Khalifah Besar (Kegurulatihan) manakala Ketua Pengarah atau Pengarah Gurulatih dipertanggungjawabkan sebagai Pengarah Pusat Latihan Tertinggi.

Keanggotaannya dipilih daripada mana-mana ahli Lembaga Beradat atau individu atas budibicara Pengerusi Majlis Kegurulatihan. Majlis ini bertanggungjawab untuk membangun, mengurus dan mentadbir hal ehwal Pusat Latihan Tertinggi dan Pusat Latihan Negeri. Perkara yang menyentuh pelajaran dan latihan Silat Seni Gayong adalah di bawah bidang kuasa Majlis Tertinggi Gurulatih.

e. Majlis Kewangan

Majlis Kewangan dipengerusikan seorang Ketua Khalifah Besar (Kewangan). Keanggotaannya dipilih daripada mana-mana ahli Lembaga Beradat atau individu atas budibicara Pengerusi Majlis Kewangan. Majlis ini bertanggungjawab membangun, mengurus dan mentadbir sumber pendapatan dan wang adat Silat Seni Gayong.

f. Majlis Ibu Gayong

Majlis ini dipimpin oleh seorang Pengerusi, masing-masin seorang Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari serta tidak melebihi daripada 17 orang ahli. Keanggotaannya terdiri daripada semua Pengerusi Badan Ibu Gayong dan ahli yang dilantik oleh Majlis Ibu Gayong. Perlantikan ini ditauliahkan untuk tempoh selama tiga tahun dan boleh dilanjutkan. Antara tugasnya :

    i. bertanggungjawab secara khusus ke atas hal ehwal murid dan guru wanita;

    ii. membincangkan sebarang perkara yang menyentuh kebajikan dan masa depan ahli wanita;

    iii. mengusul sebarang ketetapan untuk dibincangkan Lembaga Beradat Kebangsaan.

g. Lembaga Beradat Negeri

Lembaga ini dipimpin oleh seorang Imam Khalifah manakala Pengerusi Lembaga Beradat Negeri menjalankan urusan pentadbirannya. Pentadbiran organisasinya adalah menurut kaedah-kaedah yang diputuskan oleh Lembaga Beradat Kebangsaan. Perlantikan anggotanya selain daripada Imam Khalifah (jika berkenaan) atas syor Pengerusi Lembaga Beradat Negeri. Setiap lantikan adalah untuk tempoh selama tiga tahun dan boleh dilanjutkan daripada masa ke semasa. Antara tugas dan bidangkuasanya ialah :

    i. menjalankan sebarang polisi dan peraturan yang ditetapkan Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan;

    ii. bertanggungjawab ke atas urusan adat dan istiadat di dalam negeri masing-masing;

    iii. mengawasi perjalanan Majlis Gurulatih dan pentadbiran pertubuhan negeri agar tidak bercanggah dengan agama dan adat.

Lembaga Beradat Negeri boleh menubuhkan sebuah jawatankuasa kerja untuk melicinkan pentadbirannya. Keanggotaan jawatankuasa kerja ini adalah atas budibicara Waris Beradat.

Page 34: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

 

h. Badan Penapis Amanah

Badan Penapis Amanah ditadbir oleh Majlis Kehakiman Gayong. Badan ini dianggotai oleh panglima-panglima yang dipilih oleh Jawatankuasa Agung Lembaga Beradat Kebangsaan. Fungsinya ialah sebagai Biro Siasatan Gayong. Majlis Kehakiman Gayong berkuasa mengarahkan ahli Badan Penapis Amanah untuk menyiasat sebarang aduan kesalahan bagi pihak Kipas Emas yang berlaku di mana-mana sama ada melibatkan individu atau organisasi.

i. Badan Ibu Gayong

Badan Ibu Gayong dianggotai oleh ahli Gayong yang dilantik sebagai Imamah. Keanggotaannya ialah selama tiga tahun dan boleh dipanjangkan atas budibicara Lembaga Beradat Negeri. Antara tugasnya ialah :

    i. menjalankan sebarang tugas yang diputuskan oleh Majlis Ibu Gayong;

    ii. memutuskan sebarang masalah, perancangan dan agenda murid dan guru Gayong wanita di peringkat negeri.

http://gelanggangdatomeor.com/v1/content/view/18/37/lang,en/

SANDANG KEBESARAN SILAT SENI GAYONG

 

Sandang kebesaran ini adalah hak progatif (istimewa) Dato' Mahaguru. Selepas pemergiannya, kuasa untuk menganugerahkan sandang kebesaran ini terletak kepada Lembaga Waris Amanah.

Sandang kebesaran ini dianugerahkan kepada individu tertentu mengikut kategorinya. Kategori sandang kebesaran terbahagi kepada:

   1. Sandang Mahaguru

   2. Sandang Protokol

   3. Sandang Berjawatan

   4. Sandang Kegurulatihan

   5. Sandang Kehormat

   6. Sandang Khas

 

Sandang Mahaguru

Sandang ini hanya layak dimiliki oleh Allahyarham Dato' Mahaguru Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd. Hashim selaku Pewaris Agung Gayong.

 

Page 35: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

Sandang Protokol

Sandang ini dianugerahkan kepada KDYMM Raja-raja Melayu dan pemimpin-pemimpin negara atau negeri yang menerima perlantikan dalam jawatan protokol Lembaga Beradat Kebangsaan.

 

Sandang Berjawatan

Sandang ini dianugerahkan kepada ahli Gayong yang diamanahkan menduduki jawatan samada dalam ahli eksekutif atau ahli Jawatakuasa Agung Lembaga Beradat Kebangsaan, ahli jawatankuasa Lembaga Beradat Negeri dan ahli Majlis Teringgi Gurulatih.

 

Sandang Kegurulatihan

Sandang ini dianugerahkan kepada guru atau jurulatih Gayong yang mencapai tahap pelajaran dan kebolehan tertentu.

 

Sandang Kehormat

Sandang ini dianugerahkan kepada ahli Gayong atau individu tertentu sebagai satu penghargaan atas jasa atau sumbangan mereka kepada pembangunan negara dan Silat Seni Gayong.

 

Sandang Khas

Sandang ini adalah sandang peribadi yang dianugerahkan kepada pemimpin negara dan murid atau guru Gayong yang mempunyai kebolehan khas tertentu. Corak sandang ini bergantung kepada pemakainya.

 

 

 

Sandang Berjawatan  

 

Page 36: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1
Page 37: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1
Page 38: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

 

Sandang Kehormat  

 

 

Page 40: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

BINA INSAN GURU FASA V 2010, LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING) INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS KOTA BHARU

CADANGAN KERTAS KERJA BINA INSAN GURU FASA V 2010,LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING)

ANJURAN:PISMP SEMESTER 5 2010AMBILAN JANUARI 2008

TARIKH: 11 FEBRUARI 2010

TEMPAT:SEKOLAH KEBANGSAAN ZAINAB 2, KOTA BHARU, KELANTAN

CADANGAN KERTAS KERJAKHIDMAT PENDIDIKAN BINA INSAN GURU FASA VI 20010INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. ` Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, “….pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara”.

2.0 MATLAMAT

Program Bina Insan Guru (BIG) semester 5 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan.

3.0 OBJEKTIF

Page 41: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

Melalui lawatan penanda aras (benchmarking) dang bengkel ini, diharapkan guru pelatih akan dapat:1. Didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah.2. Memahami dan mengenalpasti maklumat- maklumat yang berkaitan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas dan Arahan Perkhidmatan3. Mengetahui isu berkaitan dengan perundangan peraturan dan pekeliling ikhtisas pendidikan.4. Memahami dan melihat sendiri peranan dan fungsi PPD, BTP dan PKG dalam pengurusan pendidikan dalam memartabatkan bidang pendidikan di Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan5. Memahami dan mengenalpasti bentuk- bentuk pengurusan cemerlang.6. Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian.

4.0 SINOPSISProgram ini mencakupi tiga tugasan iaitu lawatan penanda aras, aktiviti bengkel dan refleksi wajib. Lawatan penanda aras akan diadakan selama tujuh jam dan yang kedua pula ialah aktiviti bengkel yang mengambil masa selama tiga jam. Kedua- duanya akan diadakan berlainan tempat.Tujuan lawatan penanda aras ini memberi peluang kepada pelajar mengenali budaya sekolah dan pengurusan sekolah yang cemerlang. Melalui program ini, pelajar didedahkan dengan ciri kepimpinan, pengurusan, iklim dan budaya sekolah, infrastruktur sekolah dan infostruktur kokurikulum. Secara terperincinya, lawatan penanda aras ini ke arah:Berjiwa merdeka dan perkasa• Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan.• Membina kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Kerohanian dan akhlak keguruan• Mengenali dan menilai potensi diri insan guru- Potensi diri- Personaliti kerjaya- Citra diri insan guru• Membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan.

Berilmu, beramal dan berbakti• Menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dan hidup berbakti.• Mengamalkan semangat kerja berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab.

Berakauntabaliti dan amanah• Memahami realiti dan tanggungjawab seorang guru.

5.0 PENGANJUR- Jabatan Hal Ehwal PelajarInstitut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu- Jawatankuasa Kerja Bina Insan Guru Fasa V, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan,Pendididikan Jasmani 1& 2,Ambilan Januari 2008

6.0 TEMA :‘Guru Cemerlang, Negara Gemilang’

7.0 TARIKH, MASA DAN TEMPATTarikh : 11 Februari 2010Masa : 7.00 pagi hingga 2.00 petang

Page 42: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

Tempat : Sekolah Kebangsaan Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan

8.0 PENSYARAHA. Encik Abdul Khabir Bin Mat Dahang – Ketua Jabatan Hal Ehwal PelajarB. Encik Zainol Abidin Bin Zakaria – Penyelaras BIG Sem 6C. Tuan Haji Salime Bin Abdul Rahman – SUPD. Tutor setiap kumpulan:• En. Wan Suhaimi bin Wan Setapa (Pendidikan Jasmani 1) • En. Khairul Azman Khairuddin (Pendidikan Jasmani 1) • Miss Foo Ai Peng (Pendidikan Jasmani 2) • En. Anuwar b. Hamat (Pendidikan Jasmani 2)

9.0 PESERTA42 orang guru pelatih dari kumpulan PISMP Pendidikan Jasmani 1& 2.• PISMP Pendidikan Jasmani 1 (21 orang lelaki)• PISMP Pendidikan Jasmani 2 (14 orang lelaki dan 7 orang perempuan)

10 .0 AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V 2010INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS KOTA BHARU

PENGERUSIEN. HASHIM B. DERAMANPengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu

NAIB PENGERUSITN. HJ. YAJID BIN YAAKOBTimbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu

SETIAUSAHAENCIK ABDUL KHABIR BIN MAT DAHANGKetua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

PEGAWAI BINA INSAN GURUENCIK ZAINOL ABIDIN BIN ZAKARIA

BENDAHARIENCIK YUSOF BIN MAAROFPengawai Eksekutif Kanan

TUTOREN. WAN SUHAIMI BIN WAN SETAPA EN. KHAIRUL AZMAN KHAIRUDDIN MISS FOO AI PENGEN. ANUWAR B. HAMAT

AHLI JAWATANKUASA KERJAPENGURUS PROJEKMOHD NOR IZWAN BIN SULAIMANTIMBALAN PENGURUS PROJEKA'INUL BASIRAH BT. MOKHTARSETIAUSAHAWAN KHAIRULFAIRUZ BIN WAN KHALIDNAIB SETIUSAHAMOHD HISAAMUDIN BIN SA'ADON

Page 43: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

BENDAHARIMOHD ARIF BIN ISMAILNAIB BENDAHARIZAIRUDDIN BIN MUHAMMAD NAFIAHLI JAWATANKUASA PENGANGKUTANNORAZLAN BIN ZAINUDINPERALATANMUHD IZZAT BIN SHAARIDOKUMENTASISITI NORAISHAH BT.YAHYAPERSEGARANMOHD FADZLY B.ARIFFADZILAHKEBAJIKAN DAN KESELAMATANMOHAMAD AZLI BIN MOHAMED YUSOFCENDERAHATI DAN HADIAHABDULLAH B.ILIASHUBUNGAN LUARMOHD NOR RIDZWAN B.DOLLAH

11.0 CARTA ALIRAN KERJA

12 .0 TENTATIF PROGRAM

TENTATIF PELAKSANAAN PROGRAMLAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING)

Page 44: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

Masa AgendaPenceramah7.00 - 7.30 a.m. - Bertolak dari IPGKKB 7.30 - 8.30 a.m. - Berkumpul di sekolah- Penerangan daripada Guru Besar SK Zainab Pn. Aidah8.30 - 10.00 a.m. - Melihat P&P Pendidikan Jasmani berlangsung Panitia Pendidikan Jasmani10.00 – 10.30 a.m. REHAT10.30 – 11.30 a.m. - Lawatan ke kelas mengikut kumpulan 11.30 – 12.00 p.m. - Melihat pengurusan dan pentadbiran pejabat sekolah 12.00 – 12.30 p.m. - Taklimat pengurusan sekolah 12.30 – 1.00 p.m. - Menemuramah guru-guru sekolah 1.00 – 1.30 p.m. - Majlis Penutup 1.0 – 2.00 p.m. - Perjalanan pulang ke IPGKKB • Lawatan ke kelas dalam 4 kumpulan (10 orang setiap kumpulan)• Perancangan akan dibuat• Perubahan tentatif program akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.13 .0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

a. Perbelanjaan daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota BharuPERKARA ANGGARAN SUMBER1. Alat tulis Seperti dalam senarai Stor IPGKKB2. Cenderahati 3 Plak Institut Stor IPGKKB3. Banner 1 helai Stor IPGKKB4. Air mineral 3 kotak Stor IPGKKB5. Hamper 3 buah Stor IPGKKB6. Sijil Penghargaan 3 gulung SUG

b.Makanan Makanan;Tutor (4), wakil J. HEP (2), jemputan khas(2), dan pentadbir sekolah (3)Sarapan:11 orang X RM2.50 Makan Tengah hari:11 orang X RM4.00PISMP Pendidikan Jasmani1(21orang)Sarapan: 21 orang X RM2.50 Makan Tengah hari: 21 orang X RM4.00PISMP Pendidikan Jasmani2(21orang)Sarapan: 21 orang X RM2.50 Makan Tengah hari: 20 orang X RM4.00

Jumlah =

RM27.50RM44.00

RM52.50RM84.00

RM52.50RM84.00

RM344.00

Page 45: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

L.O

13 .0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

a. Perbelanjaan daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu

PERKARA ANGGARAN SUMBER1. Alat tulis Seperti dalam senarai Stor IPGKKB2. Cenderahati 3 Plak Institut Stor IPGKKB3. Banner 1 helai Stor IPGKKB4. Air mineral 3 kotak Stor IPGKKB5. Hamper 3 buah Stor IPGKKB6. Sijil Penghargaan 3 gulung SUG

b.Penajaan perbelanjaan daripada Sekolah Kebangsaan Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan. - Makan Tengah hari: 42 orang

c. Kutipan daripada pelajar- 42 orang X RM5.00 = RM210.00

Makanan:Tutor (4), wakil J. HEP (2), jemputan khas (2) dan pentadbir sekolah (3)Makan Tengah hari: 11 orang X RM4.00

Cendahati:Tutor (4), wakil J. HEP (2) dan jemputan khas(2)Cendahati : 8 orang X RM10.00

Jumlah =

RM44.00

RM80.00

RM124.00

14.0 PENUTUP

Program Bina Insan Guru Fasa VI ini diharapkan dapat memberikan pendedahan awal kepada bakal guru tentang pengurusan sekolah secara formal. Diharapkan aktiviti ini juga dapat meningkatkan sahsiah diri melalui protokol dan etika sosial sebagai seorang guru selaras dengan matlamat kerajaan bagi melahirkan insan guru yang memiliki ciri-ciri personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi melalui pembinaan budaya IPG.

Page 46: contoh perlembagaan KEBANGSAAN1

Disediakan oleh,

...................................(WAN KHAIRULFAIRUZ BIN WAN KHALID)SETIAUSAHA PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 5IPG KAMUS KOTA BHARU Disemak oleh,

..................................( MISS FOO AI PENG )WAKIL TUTOR PISMP PJ1 & PJ2 IPG KAMPUS KOTA BHARUMelalui,

.......................(ENCIK ZAINOL ABIDIN BIN ZAKARIA)PENYELARAS BIGJABATAN HEPIPG KAMPUS KOTA BHARU Melalui,

.......................(EN.ABDUL KHABIR B. MAT DAHANG)KETUA JABATAN HEPIPG KAMPUS KOTA BHARUMelalui,

...................................(TN. HJ. YAJID BIN YAAKOB)TIMBALAN PENGARAH IPG KAMPUS KOTA BHARU Diluluskan oleh,

...................................(EN.HASHIM B.DERAMAN)PENGARAHIPG KAMPUS KOTA BHARU

http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2010/04/bina-insan-guru-fasa-v-2010-lawatan.html