contoh penulisan jurnal reflektif

14
1 PENULISAN JURNAL 1. Konsep Satu bentuk catatan berterusan mengenai sesuatu peristiwa, masalah, pencapaian atau bidang yang perlu diberi penekanan. Jurnal bertujuan membantu pelajar merenung, menilai dan menjadikannya sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan. 2. Objektif Pelajar dapat: 2.1. menyimpan catatan penglibatannya di sekolah semasa praktikum untuk renungan. 2.2. menilai tugas dan tanggungjawab yang telah dijalankannya. 2.3. menjadikannya asas/panduan tindakan susulan. 2.4. meningkatkan kepekaannya terhadap bidang tugas guru. 2.5. menjadikannya sebagai bahan perbincangan dengan pensyarah pembimbing/guru pembimbing. 2.6. meningkatkan kemahiran profesionalismenya. 3. Garis Panduan 3.1. Pelajar dikehendaki menulis dan menyimpan jurnal sepanjang praktikum. 3.2. Catatan hendaklah merupakan butiran seperti peristiwa, masalah, pencapaian dan bidang-bidang penting semasa praktikum serta mengandungi pandangan dan cadangan untuk tindakan pembetulan / dan penambahbaikan. 3.3. Satu jangka masa ditetapkan untuk melaksanakan cadangan-cadangan mengatasi masalah yang telah dicatatkan. 3.4. Pelajar dikehendaki membuat catatan bagi mengesan kemajuan tindakan susulan yang telah dicatatkan. 3.5. Gunakan jurnal sebagai saluran merenung kembali tugas mereka sebagai guru. 3.6. Pelajar diminta membawa jurnal yang lengkap dan kemaskini sepanjang masa praktikum untuk disemak.

Upload: xiao-xiao-jun

Post on 03-Jan-2016

2.114 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

PENULISAN JURNAL

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Penulisan Jurnal Reflektif

1

PENULISAN JURNAL 1. Konsep Satu bentuk catatan berterusan mengenai sesuatu peristiwa, masalah, pencapaian atau bidang yang perlu diberi penekanan. Jurnal bertujuan membantu pelajar merenung, menilai dan menjadikannya sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan. 2. Objektif Pelajar dapat: 2.1. menyimpan catatan penglibatannya di sekolah semasa praktikum untuk

renungan. 2.2. menilai tugas dan tanggungjawab yang telah dijalankannya. 2.3. menjadikannya asas/panduan tindakan susulan. 2.4. meningkatkan kepekaannya terhadap bidang tugas guru. 2.5. menjadikannya sebagai bahan perbincangan dengan pensyarah

pembimbing/guru pembimbing. 2.6. meningkatkan kemahiran profesionalismenya. 3. Garis Panduan 3.1. Pelajar dikehendaki menulis dan menyimpan jurnal sepanjang praktikum. 3.2. Catatan hendaklah merupakan butiran seperti peristiwa, masalah, pencapaian

dan bidang-bidang penting semasa praktikum serta mengandungi pandangan dan cadangan untuk tindakan pembetulan / dan penambahbaikan.

3.3. Satu jangka masa ditetapkan untuk melaksanakan cadangan-cadangan

mengatasi masalah yang telah dicatatkan. 3.4. Pelajar dikehendaki membuat catatan bagi mengesan kemajuan tindakan

susulan yang telah dicatatkan. 3.5. Gunakan jurnal sebagai saluran merenung kembali tugas mereka sebagai guru. 3.6. Pelajar diminta membawa jurnal yang lengkap dan kemaskini sepanjang masa

praktikum untuk disemak.

Page 2: Contoh Penulisan Jurnal Reflektif

2

4. Perkara-Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Penulisan Jurnal 4.1. Bimbingan perlu diberi oleh pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk

memastikan perkara-perkara yang relevan dan kritikal sahaja dicatatkan. 4.1. Kandungan jurnal mesti dibincang bersama antara pelajar, pensyarah

pembimbing dan guru pembimbing. 5. Kelebihan Penulisan Reflektif Penulisan reflektif merupakan dokumentasi pengalaman, pemikiran, persoalan, pandangan dan kesimpulan yang merupakan pengalaman pembelajaran. Ia memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir dengan kritis tentang apa yang telah dilakukan dan kenapa ia dilaksanakan sebegitu. Ia menyediakan:

Rekod peristiwa dan keputusan serta tindakan. Data yang dikumpul hasil perbincangan reflektif. Peluang kepada pelajar untuk membuat pengubahsuaian terhadap apa yang

dibuat dan melaksanakannya berbeza dari kebiasaan dan menjadikannya lebih baik.

Menjalankan tindakan yang telah dirancang. Meningkatkan tahap profesionalisma pengajaran. Peluang untuk mengkaji semula objektif pengajaran dan tidak melihat semua

permasalahan sebagai terasing. Pengayaan kepada kelas kerana pelajar telah bersedia untuk inovasi. Meningkatkan keyakinan melalui peningkatan motivasi dan meningkatkan

kepercayaan terhadap pelajar. Dokumentasi asas bagi menyokong portfolio pengajaran.

Penulisan reflektif mendatangkan kelebihan serta-merta dan kelebihan pada masa akan datang kepada pelajar. Kelebihan-kelebihannya adalah: 5.1 Membuat refleksi terhadap pengalaman pembelajaran dapat membantu pelajar

memperkasakan pembelajaran. 5.2 Pemikiran reflektif mempertingkatkan keupayaan pelajar untuk menganalisa dan

memahami peristiwa dalam bilik darjah. 5.3 Guru dapat memperkasakan persekitaran pembelajaran agar lebih menarik dan

merangsangkan. 5.4 Guru yang membuat refleksi sentiasa membuat pemantauan kendiri agar dapat

mengarahkan perkembangan diri. 5.5 Membuat refleksi membawa kepada perkembangan kendiri dan profesional

pelajar dan menurunkan kuasa kepada guru untuk merekabentuk pengajaran dan budaya sekolah.

Page 3: Contoh Penulisan Jurnal Reflektif

3

Rajah 1 Kelebihan Membuat Refleksi

Page 4: Contoh Penulisan Jurnal Reflektif

4

6. Penulisan Jurnal Reflektif Berdasarkan Model Kajian Tindakan 6.1 Pelajar perlu mengenal pasti satu masalah secara berfokus yang kritikal atau

serius dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan penilaian kendiri yang ditulis pada setiap hari apabila tamat setiap sesi pengajaran.

6.2 Pelajar mengenal pasti punca sebenar masalah yang dikaji melalui pemerhatian

tingkah laku murid, menyemak buku-buku latihan, menemu bual murid, rakan-rakannya atau guru-guru mata pelajaran lain dan soal selidik.

6.3 Pelajar merancang beberapa langkah yang konkrit, praktikal dan berkesan untuk

mengatasi masalah itu dengan menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

6.4 Pelajar menetapkan tempoh penyelesaian masalah yang sesuai, misalnya 1, 2

atau 3 minggu. 6.5 Pelajar melaksanakan beberapa langkah yang dirancang dengan teliti dan

membuat refleksi keberkesanan langkah yang dirancang. Seterusnya pelajar merekodkan segala tindakan yang dilakukan di dalam jurnal secara terperinci (masa, tarikh, tempat, prosedur, perkara yang dibincang, individu yang terlibat dan sebagainya).

6.6 Sekiranya langkah-langkah di atas berjaya, pelajar boleh mengenal pasti

masalah baru untuk dikaji seterusnya sehingga tamat tempoh praktikum.

6.7 Sekiranya tidak, masalah yang sama dikaji lagi dalam minggu berikutnya. Pelajar perlu menukarkan dengan langkah-langkah penyelesaian yang baru. Di samping itu, pelajar digalakkan meminta pendapat dan pandangan daripada guru pembimbing, guru-guru dan rakan-rakan guru pelatih untuk merancang semula langkah-langkah penyelesaian yang lebih baik, sesuai, mantap dan berkesan.

6.8 Pelajar melaksanakan beberapa langkah penyelesaian yang baru sehingga

berjaya mengatasi masalah tersebut sepenuhnya. 6.9 Sekiranya berjaya, pelajar boleh mengenal pasti masalah baru untuk dikaji.

Page 5: Contoh Penulisan Jurnal Reflektif

5

7. Rubrik Penilaian Amalan Reflektif dalam Borang PR 1 (10%)

Kriteria Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5 Pemikiran Reflektif

Tidak berusaha untuk menilai diri

Kurang berusaha untuk menilai diri

Kurang berusaha menilai kelemahan dan kekuatan diri

Sentiasa berusaha menilai kelemahan dan kekuatan diri

Dapat menilai kelemahan dan kekuatan diri dengan jujur dan jelas

Catatan

Tidak membuat catatan refleksi

Menyediakan catatan yang tidak lengkap

Menyediakan catatan, memperlihatkan usaha untuk membuat refleksi

Dapat melaksanakan refleksi tetapi kurang menunjukkan usaha membuat tindakan susulan

Dapat melaksanakan refleksi untuk membuat tindakan susulan yang amat sesuai

Pembinaan Portfolio

Tidak membuat portfolio RP1

Menyediakan portfolio RP1 tetapi tidak lengkap

Menyediakan portfolio RP1 tetapi ada beberapa komponen yang perlu dimasukkan

Menyediakan RP1 yang baik dengan memasukkan komponen-komponen perlu

Menyediakan portfolio RP1 dengan amat baik, lengkap dan kemas

8. Contoh-contoh Penulisan Jurnal Pelajar

CONTOH 1

Minggu Pertama: 11/7/2004 - 15/7/2004

Pada hari pertama, kami seramai 4 orang guru pelatih dari Maktab Perguruan Perlis, Perlis telah melapor diri di Sek. Keb. Kodiang, Kedah. Kami terdiri daripada opsyen Pendidikan Sains ( 2 orang ) dan Kemahiran Hidup ( 2 orang ). Kami bertemu dengan guru besar, Ku Ishak Bin Ku Embon, PK 1 iaitu En Shabudin Bin Ali, PK Ko-kokurikulum dan juga PK HEM berbincang tentang jadual persekolahan dan apa yang perlu dilakukan semasa dalam latihan praktikum ini. Tidak ketinggalan juga guru pembimbing kami iaitu En Suhaimi dan Pn. Saadiah guru pembimbing untuk opsyen sains. Sebelum pertemuan ini, kami berpeluang mengikuti perhimpunan sekolah dan telah diperkenalkan oleh guru besar kepada guru-guru dan murid-murid. Setelah mendapat jadual kelas, kami meminta kebenaran guru pembimbing untuk membenarkan kami bersamanya masuk ke kelas pada hari itu iaitu kelas Kemahiran Hidup bagi Tahun

Page 6: Contoh Penulisan Jurnal Reflektif

6

5 Marikh dan melihat serta mengambil seberapa banyak ilmu sebelum kami mengambil alih kelas berkenaan. Kelas diadakan di bengkel Kemahiran Hidup. Selain daripada subjek Kemahiran Hidup untuk tahun 4 dan 5, kami juga diamanahkan untuk mengajar Matematik bagi murid-murid Tahun 4. Pada hari kedua, saya dan rakan-rakan yang lain memulakan tugas sebagai guru pelatih di SK Kodiang.

CONTOH 2

Tarikh 26 Februari, 2005/ Isnin Tajuk Aktiviti Kumpulan Peristiwa Saya telah melaksanakan aktiviti kumpulan dalam pengajaran. Ini merupakan kali pertama saya Melaksanakan kaedah ini dan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Bisikan Hati/ Saya gembira dan berpuas hati kerana aktiviti yang Perasaan dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Semua pelajar melibatkan diri dengan aktif. Arahan-arahan dipatuhi, malah pelajar berjaya memberi pendapat yang bernas di luar jangkaan saya. Menganalisis/ Saya mulakan pengajaran dengan membahagikan kelas Menilai kepada beberapa kumpulan mengikut pelbagai kebolehan. Saya telah memberi satu tajuk yang sesuai untuk perbincangan semua kumpulan yang berkaitan dengan kehidupan harian mereka Untuk memandu pelajar melaksanakan aktiviti mereka saya telah menjelaskan langkah - langkah serta peraturan yang perlu dipatuhi. Saya rasa telah bertindak sebagai fasilitator yang berkesan sepanjang aktiviti dijalankan. Kesedaran Sekarang saya faham bahawa semua pelajar sebenarnya Baru/Harapan Mempunyai potensi dan guru perlu memainkan peranan untuk mencungkil dan menggilap potensi mereka. Cadangan/ Pengajaran seterusnya saya akan melaksanakan aktiviti Tindakan aktiviti yang boleh merangsang pemikiran pelajar pada aras tinggi pula seperti perbahasan, forum dan projek.

Page 7: Contoh Penulisan Jurnal Reflektif

7

CONTOH 3

Pemilihan

Fokus

Menganalisis

Perasaan/Bisikan Hati

Cadangan/Tindakan

Bahan Bantu Mengajar (BBM)

1. Saya

menggunakan BBM yang cantik dalam pengajaran untuk meningkatkan kefahaman murid.

2. Sedang saya mengajar, murid di belakang mula membuat bising.

3. Sebahagian tidak memberi perhatian terhadap pengajaran dan BBM yang saya gunakan.

4. Saya menyuruh pelajar mencatat nota di dalam buku berdasarkan yang ditulis di atas papan hitam bagi mengawal kelas.

Bisikan Hati: Saya amat kecewa kerana pelajar bising dan tidak memberikan perhatian terhadap pengajaran saya walaupun pengajaran saya menggunakan BBM. Mengapa BBM saya gagal menarik perhatian murid-murid? Saya rasa BBM yang saya sediakan cantik. Kesedaran/Harapan: Mungkin BBM saya cantik tetapi kecil dan tidak dapat dilihat dengan jelas oleh pelajar di barisan belakang. Oleh sebab itu mereka bising dan tidak memberi perhatian. Saya sedar bahawa BBM yang kecil dan tidak mengikut prinsip grafik, tidak dapat menarik dan memberi kesan kepada murid meskipun nampak cantik.

Untuk pengajaran akan datang, saya akan menghasilkan BBM berpandukan prinsip grafik iaitu :

Gambar mesti besar

Jenis font dan saiz mesti besar dan mudah dibaca.

Warna yang menarik

Saya juga akan mendapat pandangan dan berbincang dengan guru pembimbing terlebih dahulu sebelum BBM dihasil dan digunakan dalam pengjaran dan pembelajaran nanti.

CONTOH 4

Masalah Pada minggu kelima saya telah menghadapi masalah penggunaan masa yang tepat sebagaimana yang telah dirancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai

Page 8: Contoh Penulisan Jurnal Reflektif

8

objektif, khususnya objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu, Analisis Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan laporan hasil perbincangan dan semasa melaporkan hasil perbincangan, terdapat beberapa orang pelajar yang tidak dapat menerangkannya dengan lancar dan cepat. Di samping itu, masalah masa ini juga wujud kerana gangguan aktiviti-aktiviti sekolah seperti perhimpunan yang telah mengambil masa yang agak lama sehingga mengurangkan masa yang telah dirancangkan. Cadangan Untuk Memperbaiki a. Saya patut membaca buku-buku yanng berkaitan dengan perancangan masa

dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat mengguruskan masa dengan lebih sempurna.

b. Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama

pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan.

c. Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak

melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja akan dibentangkan.

d. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah

pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan yang lain. Tempoh Masa Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiaranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya. Penilaian Kejayaan Saya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan dari rakan sebaya.

Page 9: Contoh Penulisan Jurnal Reflektif

9

Tindakan Susulan Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Biasanya pada hari Isnin, aktiviti perhimpunan sekolah mengambil masa yang agak lama sehingga menjejaskan masa belajar. Jadi saya perlu bersedia dengan pelan B bagi mengelakkan masalah pengurusan masa yang kucar kacir. CONTOH 5

Tarikh : 30/8/2004

Perkara : Hari kemuncak Sambutan hari Kemerdekaan ke 47

Fokus : Program yang dilaksanakan pada Hari kemuncak

Penglibatan : Semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan Siputeh.

SUSUNAN MAJLIS

7.45 am: Semua murid & warga SKS berkumpul di Dewan Terbuka

8.00 am : Majlis bermula

Ucapan aluan Pengerusi Majlis

Nyayian Lagu Negaraku

Lagu Negeri Kedah, Lagu Sekolah

Ucapan Perasmian oleh Yang Berbahgia YDP PIBG

Ucapan Yang Berusaha Tuan Guru Besar

Membaca Perutusan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan

Pertandingan Nyayian lagu-lagu patriotik &

mendeklamasikan sajak

Ucapan Penyampaian hadiah

12.45 pm: Majlis Bersurai

PENGALAMAN

Untuk menjayakan sesuatu program, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) mesti dilantik terlebih dahulu. Begitu jua dalam menjayakan Program Hari Kemuncak Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 47. Pihak pengurusan Sekolah telah melantik setiap guru menjadi AJK Kerja. Saya selaku guru praktikum di Sekolah Kebangsaan Siputeh turut memberi sumbangan kepada program tersebut supaya ia berjalan lancar. Saya bertindak sebagai Pengelola Peserta dalam Acara Lagu-lagu Patriotik. Peranan saya adalah menguruskan peserta yang terdiri daripada murid Tahap II menyiapkan diri sebelum acara nyayian bermula. Saya perlu menguruskan peserta-peserta ini

Page 10: Contoh Penulisan Jurnal Reflektif

10

supaya mempunyai penampilan yang menarik dari segi pemakaian dan persiapan diri sebelum naik ke pentas. Kerja-kerja ini dilakukan di bilik menunggu (bilik mesyuarat belakang pentas). Selain itu, saya juga cuba menenangkan darah gemuruh dan meniupkan semangat peserta supaya melakukan yang terbaik semasa menyanyi lagu patriotik di atas pentas. Peserta-peserta dalam acara tersebut dapat menerima saya dengan hati yang terbuka malah mereka bergembira kerana saya membantu mereka. Sebelum peserta naik ke pentas, saya kami selaku Pengelola Peserta dalam Acara Lagu-lagu Patriotik akan memastikan setiap murid berada di bilik menunggu. Murid-murid ini tidak dibenarkan keluar tanpa alasan yang kukuh. Ini bertujuan untuk melicinkan acara pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik. Sedikit sebanyak Pengelola Peserta dalam Acara Lagu-lagu Patriotik dapat memberi satu pengalaman yang baru dalam hidup saya.

REFLEKSI Secara keseluruhannya, Program Hari Kemuncak Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 47 ini berjalan lancar dengan aktiviti yang telah dirancangkan dari awal majlis bermula sehingga upacara penyampaian hadiah. Saya selaku Pengelola Peserta dalam Acara Lagu-lagu Patriotik berasa amat berbangga dan bergembira menguruskan murid-murid yang terlibat program ini. Saya dapati murid-murid ini dapat menerima saya dengan hati yang senang. Mereka tidak malu-malu untuk memberi peluang kepada saya menguruskan persiapan mereka sebelum acara dimulakan. Penampilan peserta dari segi pemakaian adalah faktor utama untuk menarik minat murid-murid lain semasa di atas pentas. Kami selaku Pengelola Peserta dalam Acara Lagu-lagu Patriotik telah menetapkan peserta memakai pakaian tradisional atau pakaian Kebangsaan Malaysia supaya murid SKS dapat menghayati dan menjiwai lagu patriotik yang akan didendangkan oleh peserta dalam suasana patriotic dan kenegaraan. Dari pemerhatian saya secara rawak, di dapati peserta yang terlibat terdiri daripada murid perempuan . Murid-murid perempuan ini memakai baju kurung atau baju kebaya. Berserta dengan selendang. Murid lelaki pula kebanyakkanya mamakai baju melayu dan bersongkok. Cara pemakaian sebegini adalah sejajar dengan tema Program Kemerdekaan semangat patriotik. Bagi saya program ini amat berfaedah dalam menerapkan nilai murni semangat cintakan negara secara tidak langsung murid akan terhiburdan bergembira dengan acara yang dipertandingkan. Ini bermakna pendidikan tidak semata-mata berorentasikan kepada peperiksaan. Penerapan nilai-nilai murni seperti semangat cintakan negara amat penting dipupuk sejak dibangku sekolah lagi di usia muda bak pepatah “ Melentur Buluh biarlah dari Rebungnya. Namun begitu terdapat perkara yang mengecewakan, penglibatan peserta dalam acara nyayian lagu patriotic dan mendeklamasikan sajak kemerdekaan ke pentas hanyalah terdiri daripada murid-murid Melayu. Di sekolah ini terdapat segelintir murid siam. Murid-murid siam ini tidak berminat melibatkan diri dalam acara yang dipertandingkan. Murid-murid siam ini bertindak sebagai penonton sahaja. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan kurang pendedahan betapa pentingnya penglibatan dalam acara yang dipertandingkan bagi membuktikan semangat cintakan negara dan patriotik. Negara kita adalah negara berbilang kaum. Semua kaum haruslah bersatu hati untuk memakmurkan negara.

Page 11: Contoh Penulisan Jurnal Reflektif

11

Berpandukan kepada program yang telah dijalankan pada hari ini, saya telah pun mendapat pelbagai pengajaran antaranya ialah dari segi pengurusan masa. Kita hendaklah bijak menguruskan masa dan merancang aktiviti dengan sewajarnya. Pengurusan masa hendaklah selaras dengan acara yang dirancangkan. Selain itu, saya dapati bagi menjayakan sesuatu program, kita selaku AJK kerja hendaklah bekerjasama dan bantu membantu di antara satu sama lain. Tanpa kerjasama aktiviti akan kelihatan kelam kabut. Program ini telah dirancang dan dimaklumkan kepada semua guru terlebih dahulu. Tindakan ini amat wajar dan dikatakan bijak. Program ini telah mengajar saya sedikit sebanyak bagaimana menguruskan sesuatu majlis di sekolah kelak.

Page 12: Contoh Penulisan Jurnal Reflektif

12

CONTOH 6

Masalah Saya mengajar kelas 5 Bistari di Sekolah Kebangsaan Laka Selatan, Kedah. Setelah 3 minggu mengajar mereka subjek Sains, Kemahiran Hidup, dan Bahas Inggeris, saya mendapati masalah mereka yang paling serius ialah membuat bising di dalam kelas. Kadang-kadang, saya perlu menghentikan proses pengajaran dan pembelajaran, semata-mata kerana ada murid yang buat bising dan tidak menghiraukan saya yang sedang mengajar di depan kelas.

Analisis masalah Punca-punca murid-murid membuat bising adalah mungkin kerana tidak dapat membuat kerja yang diberi oleh guru, berasa bosan dan diajak berbuat bising oleh kawan yang duduk di sebelahnya. Saya dapati mereka yang buat bising biasanya adalah dari kumpulan yang lemah. Mereka ketinggalan dan kadang-kala tidak dapat menangkap apa yang sedang guru bincangkan. Selain itu, murid-murid bising adalah mungkin juga disebabkan oleh saya tidak cukup garang atau tegas, ditambah pula saya ialah seorang perempuan. Saya juga dapati murid-murid kelas ini akan membuat bising semasa cikgu wanita mengajar, tetapi menjadi sunyi-senyap pula pada waktu Bahasa Melayu dan Matematik yang diajar oleh cikgu lelaki.

Cadangan

Untuk mengelakkan murid-murid daripada berbuat bising sesama mereka, murid-murid telah diatur duduk dalam empat kumpulan dan pertandingan antara kumpulan dijalankan. Setiap kumpulan mempunyai satu nama istimewa yang dicadangkan oleh ahli kumpulannya seperti kumpulan Digimon, kumpulan Dragonball, Kumpulan Snow White, dan kumpulan Spiderman. Prestasi setiap kumpulan dinilai oleh guru dari segi pencapaian akademik hingga ke tahap pematutan arahan guru. Kumpulan yang menunjukkan prestasi baik akan ditambah markah manakala kumpulan yang bising akan ditolak markah. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan mendapat hadiah saya pada akhir praktikum. Di samping itu, untuk memotivasikan murid-murid, saya juga telah membuat pelekat “bintang” untuk diberikan kepada murid-murid yang berkelakuan baik seperti tidak membuat bising, ikut arahan saya semasa menjalankan eksperimen di dalam makmal sains, mampu menjawab soalan yang saya tanya, dan dapat markah penuh dalam ejaan Bahasa Inggeris. Pelekat ini akan saya lekatkan pada baju murid-murid. Saya juga menyediakan satu carta yang bertajuk “bintang, bintang, saya nak banyak bintang!” di mana murid yang saya lekatkan “bintang” pada bajunya juga akan ditambah “bintang” pada carta tersebut. Murid yang mendapat “bintang” yang banyak akan mendapat hadiah saya pada akhir praktikum. Tetapi murid yang membuat bising akan ditolak “bintang”.

Page 13: Contoh Penulisan Jurnal Reflektif

13

Tempoh penyelesaian

2/8/2004 hingga 14/8/2004 iaitu selama 2 minggu.

Tindakan susulan

Guru membuat satu carta yang mengandungi nama kumpulan dan mencatatkan markah mereka. Satu carta “Bintang, bintang, saya nak banyak bintang!” juga telah disediakan untuk memotivasikan murid-murid.

Catatan Melalui kerja kumpulan, ahli kumpulan yang lebih berupaya dapat memberi bantuan kepadaa kawan mereka yang lemah terutamanya dalam bidang akademik. Murid yang rajin juga selalu mengingatkan ahli kumpulannya yang malas untuk menyiapkan tugasan guru kerana markah akan dipotong jika terdapat murid yang tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Melalui cara ini, murid-murid telah dipupuk nilai murni seperti tolong-menolong dan bekerjasama. Semasa guru mengemukakan soalan, murid-murid bertanding dengan kumpulan lain untuk menjawap soalan guru. Setiap kumpulan akan dikehendaki menjawap soalan yang dikemuka oleh guru dan kumpulan yang dapat menjawap soalan degan tepat ditambah markah. Saya mendapati murid-murid memberi lebih perhatian semasa guru mengajar dalam keadaan ini. Berbanding pertandingan antara kumpulan, murid-murid adalah lebih dimotivasikan oleh “bintang” yang akan diperolehi oleh mereka. Ini adalah kerana dalam sesuatu kumpulan, terdapat ahlinya yang buat silap dan ditolak markah. Murid yang tidak berbuat salah akan berasa tidak adil kerana bukan dia yang buat salah tetapi markah kumpulannya tetap ditolak hanya disebabkan oleh satu orang yang buat salah. Tetapi “bintang” adalah berdasarkan pretasi individu dan ini adalah lebih adil untuk mereka yang tidak buat bising, berkelakuan baik dan ikut arahan guru.

Page 14: Contoh Penulisan Jurnal Reflektif

14

Rujukan 1. Abdul Rashid Ismail (2004). Panduan Penulisan Jurnal Reflektif Berdasarkan

Model Kajian Tindakan. Pulau Pinang: Institut Perguruan Tuanku Bainun. 2. Bahagian Pendidikan Guru (2005). Garis Panduan Praktikum Latihan Perguruan

Praperkhidmatan. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. 3. Bahagian Pendidikan Guru (2005). Bahan Kursus Guru Pembimbing KPLI LPBS

2005. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. 4. Contoh-contoh Penulisan Jurnal Reflektif dari Institut Perguruan Perlis. 5. Keeping a Reflective Journal.

http://openet.ola.bc.ca/lib_resources/journal/journal.html Tarikh: 18 Januari 2007 6. Mary Baldwin College Master of Arts in Teaching Program Practicum Guidelines

for 2006-2007. http://www.mbc.edu/docs/mat_docs/mat_practicum_handbook.pdf

Tarikh: 18 Januari 2007 7. Writing Traits – Reflective Journal.

http://www.uwstout.edu/soe/profdev/traits/journal.html Tarikh: 18 Januari 2007 Panel Penulis Bil. Penulis Jabatan

1 Khartijah Bebe bt. Serajdin Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

2 Suriaty bt. Md Arof Ketua Pusat Sumber

3 Jong Cherng Meei

Jabatan Matematik

4 Rohana Yahya Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan