contoh laporan sukan

5
Contoh laporan PUTATAN, 20 MAC 2014 – Seramai 46 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 5 Ambilan Januari 2012 bersama enam pensyarah pengiring dari Jabatan Pendidikan Jasmani, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah telah mengadakan lawatan ke Jabatan Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah bagi memenuhi kehendak kursus PJM 3112 (Elektif) hari ini. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar tentang pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi terutamanya dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Sukan, pentadbiran agensi- agensi sukan kebangsaan dan antarabangsa, peralatan sains sukan, pengurusan permainan tradisional, program pembangunan sukan, undang-undang dan pentadbiran sukan, isu-isu dalam sukan, teknologi sukan dan etika dalam sukan. Taklimat disampaikan Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Noorman Ramlan dan wakil Pesuruhjaya Sukan Negeri Sabah, Fariza Bohari. Hadir pada lawatan tersebut Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Ravi a/l Magapandu dan Pegawai Unit Kecergasan Nasional, Ponniah a/l Palaniapen,. Pelajar-pelajar tersebut juga telah dibawa melawat sekitar bangunan dan infrastruktur serta kemudahan sukan yang terdapat di Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.

Upload: baiti

Post on 22-Dec-2015

57 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

laporan lawatan

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh laporan sukan

Contoh laporan

PUTATAN, 20 MAC 2014 – Seramai 46 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 5 Ambilan Januari 2012 bersama enam  pensyarah pengiring dari Jabatan Pendidikan Jasmani, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah telah mengadakan lawatan ke Jabatan Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah bagi memenuhi kehendak kursus PJM 3112 (Elektif) hari ini.

 

Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar tentang pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi terutamanya dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Sukan, pentadbiran agensi-agensi sukan kebangsaan dan antarabangsa, peralatan sains sukan, pengurusan permainan tradisional, program pembangunan sukan, undang-undang dan pentadbiran sukan, isu-isu dalam sukan, teknologi sukan dan etika dalam sukan.

 

Taklimat disampaikan Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Noorman Ramlan  dan wakil Pesuruhjaya Sukan Negeri Sabah, Fariza Bohari. Hadir pada lawatan tersebut Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Ravi a/l Magapandu dan Pegawai Unit Kecergasan Nasional, Ponniah a/l Palaniapen,.

 

Pelajar-pelajar tersebut juga telah dibawa melawat sekitar bangunan dan infrastruktur serta kemudahan sukan yang terdapat di Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.

 

Page 2: Contoh laporan sukan

Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda. Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang lawatan ke sebuah kilang yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya.

Contoh rangka karangan.

Pendahuluan

- Persatuan Kemahiran Hidup mengada lawatan ke kilang sabun

- jumlah peserta dan guru yang terlibat dalam rombongan

- tujuan lawatan; mendedahkan tentang proses membuat sabun

- menambahkan ilmu pengetahuan

- memupuk semangat keusahawanan

Perenggan ke-2  

- bertolak dengan menaiki bas

- tiba di kilang sabun dengan disambut oleh pegawai kilang

- mendengar taklimat

Perenggan ke-3  

- dibawa ke bahagian memproses sabun

- proses dijalan dengan mesin berteknologi tinggi

- pekerja kilang memakai pakaian seragam dan sarung tangan khas

- peserta menyoal pekerja kilang dan dilayan mesra

Perenggan ke-4

- dibawa ke bahagian pembungkusan sabun

Page 3: Contoh laporan sukan

- pelbagai jenis sabun sedang diproses

- mesin yang canggih

- diberi jamuan ringan

     

Penutup  

- setiap peserta diberi cenderamata sebelum pulang

- cenderamata kepada pihak kilang sebagai tanda penghargaan

- peserta sangat seronok dan mendapat banyak pengetahuan

*** *** *** *** ***

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Sabun  

           Pada 23 Januari 2010, Persatuan Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Merapoh telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang sabun di Kuala Lumpur. 30 orang ahli persatuan dan 3 orang guru pengiring terlibat dalam rombongan tersebut.

           Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang proses membuat sabun. Justeru, akan menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat keusahawanan para pelajar. Peserta bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas. Mereka sampai ke kilang sabun itu pada pukul 9.30 pagi. Ketibaan mereka disambut oleh beberapa orang pegawai kilang. Kemudian, satu taklimat ringkas tentang kilang tersebut disampaikan oleh salah seorang pegawai kilang tersebut.

           Selepas itu para peserta dibawa ke beberapa bahagian memproses sabun. Sebahagian besar kerja memproses sabun ini dilakukan oleh mesin yang berteknologi tinggi. Pekerja-pekerja di kilang tersebut memakai pakaian seragam yang berwarna hijau dan sarung tangan ketika bekerja. Di situ, ramai peserta mengambil kesempatan menyoal beberapa orang pekerja kilang yang sedang bertugas dan mereka dilayan dengan mesra.                    Pada pukul 11.00 pagi, para peserta dibawa ke bahagian pembungkusan

Page 4: Contoh laporan sukan

sabun. Di situ terdapat pelbagai jenama sabun seperti Lux, Protex dan Okchid dibungkus dengan mesin yang canggih. Kemudian Pada pukul 12.30 tengah hari, semua peserta diberi sedikit jamuan ringan di kantin kilang tersebut.

              Para peserta bertolak balik pada pukul 2.00 petang. Mereka diberi sebuku sabun setiap seorang sebagai cenderamata oleh pihak kilang. Guru pengiring iaitu Cikgu Aisyah telah menyampaikan cenderamata kepada pengurus kilang sebagai tanda penghargaan. Para peserta dilihat sangat seronok menyertai rombongan ini kerana mendapat banyak pengetahuan serta dapat melihat sendiri cara-cara membuat sabun.

Laporan disediakan oleh,                                                                               25 Januari 2010

                                                                                           ..................................................(Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi)Setiausaha,Persatuan kemahiran Hidup