88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan

23
LAPORAN DOKUMENTASI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-39 (KOT-39) TARIKH: 28 FEBUARI 2009 MASA: 8.00 PAGI TEMPAT: PADANG PULAPOL DISEDIAKAN OLEH: MOHD NOR BIN MAT SALLEH SMK. TINGGI SETAPAK

Upload: farhana-zainal

Post on 21-Mar-2017

134 views

Category:

Business


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan

LAPORAN DOKUMENTASI

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN

KALI KE-39 (KOT-39)

TARIKH: 28 FEBUARI 2009 MASA: 8.00 PAGI

TEMPAT: PADANG PULAPOL DISEDIAKAN OLEH:

MOHD NOR BIN MAT SALLEH

S M K . T I N G G I S E T A P A K

Page 2: 88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan

2

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-39 (KOT-39)

MOHD NOR BIN MAT SALLEH, NORSHAMSIZAR BT. ABD. JALIL, MUHAMMAD RAFIS(3S1)

LAPORAN LENGKAP

Pada hari Sabtu, 28 febuari 2009 yang lepas SMK. Tinggi Setapak telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-39 di Padang PULAPOL. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Komandan Pentadbiran PULAPOL, Pemangku Supp. Zainal b. Abd. Aziz. Sebanyak 7 jenis acara trek peringkat akhir telah dipertandingkan dan setiap acara dipecahkan kepada 4 kategori iaitu lelaki A, lelaki B, lelaki C dan perempuan A. Acara sukantara, akhir padang, tarik tali dan raptai telah diadakan pada hari-hari sebelumnya di padang sekolah.

Peserta berkumpul dan bersedia untuk perbarisan seawal jam 7.15 pagi di padang PULAPOL. Ketibaan tetamu khas disambut dengan sungguh meriah dan diiringi oleh paluan kompang dan bunga manggar. Pada jam 7.50 pagi acara 1500 meter akhir telah dimulakan dan diikuti acara perbarisan lintas hormat pada jam 8.00 pagi. Pasukan-pasukan unit berunifom kelihatan segak manakala pasukan-pasukan rumah sukan sungguh bersemangat pada hari tersebut. Semua peserta perbarisan berkumpul di tengah padang mengikut pasukan masing-masing untuk bacaan ikrar sukan. Seterusnya bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mustafa Kamal Bin Mohd Nor dan ucapan aluan oleh En. Maslan Bin Buniran, pengetua SMK. Tinggi Setapak. Selepas ucapan perasmian oleh Pemangku Supp. Zainal Bin Abd. Aziz, diadakan majlis penyampaian pingat untuk acara 1500 meter dan MSSKL yang lepas. Para tetamu kehormat kemudianya dihidangkan jamuan di tempat khas.

Pada jam 8.30 pagi acara 400 meter akhir diadakan bermula dengan kategori perempuan A, lelaki C, lelaki A dan lelaki B. Pada jam 9.00 pagi acara 100 meter akhir dimulakan untuk semua kategori. Acara 100 meter merupakan acara yang paling mendapat tumpuan dan pemenang tempat pertama bagi setiap kategori akan dinobatkan sebagai Raja Pecut. Pada jam 9.30 pagi hadirin dihiburkan dengan persembahan silat sebelum acara 800 meter lelaki A dan lelaki B pada jam 9.50 pagi. Sukan diteruskan lagi dengan acara 200 meter akhir untuk semua katogori dan diikuti persembahan pancaragam ‘Scottish Bagpipe’ pada jam 10.30 pagi. Persembahan ini mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin. Selepas persembahan diadakan acara 4x400 meter akhir lelaki A dan B pada jam 10.50 pagi. Diikuti 4x100 meter akhir lelaki A, lelaki B, lelaki C, dan perempuan A sehingga jam 11.45 pagi.

Acara pegawai juga diadakan bagi memeriahkan suasana sementara menunggu keputusan rasmi kejohanan. Acara yang terbuka kepada semua guru dan ibu-bapa ini memerlukan mereka berlari sejauh 10 meter, mengutip sebiji gula-gula di atas padang dan terus berlari mendapatkan pengurus kejohanan, En. Selvaratnam a/l Navaratnam yang berada 10 meter di hadapan.

SILA RUJUK KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN, LAPORAN BERGAMBAR DAN LAMPIRAN YANG DISEDIAKAN.

Yang Menjalankan Tugas,

………………………….

Mohd Nor Bin Mat Salleh

Page 3: 88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan

3

KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN

PENCAPAIAN RUMAH SUKAN MARKAH KESELURUHAN

JOHAN WIRA 1576

NAIB JOHAN SATRIA 1410

KE-3 WAJA 1360

KE-4 PUTRA 1246

OLAHRAGAWAN/OLAHRAGAWATI

Olahragawan Lelaki A – Darvin Raj a/l Subramanian (WIRA)

Olahragawati Perempuan A – Noor Syazwani (SATRIA)

Olahragawan Lelaki B – Hisham Bin Alias (WAJA)

Olahragawan Lelaki C – Mohd Hafizie (WIRA)

REKOD BARU

Lompat Tinggi Lelaki A - Darvin Raj a/l Subramaniam, 1.85 m.

PERBARISAN LINTAS HORMAT

PENCAPAIAN RUMAH SUKAN BADAN BERUNIFORM

JOHAN SATRIA KADET POLIS

NAIB JOHAN PUTRA PKBM

KETIGA WIRA PENGAWAS SEKOLAH

ACARA PEGAWAI

Johan – En. Fathil (Suami Cikgu Azizah Abd. Latif)

Naib Johan – En. Abd. Halim Ismail (Guru Projek Bola Sepak)

Ketiga – En. Anuar (NYDP. PIBG, Pegawai Tentera Laut)

Page 4: 88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan

4

LAPORAN BERGAMBAR

Sukantara dan acara akhir padang.

Page 5: 88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan

5

Lontar peluru dan merejam lembing

Page 6: 88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan

6

Tarik tali

Page 7: 88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan

7

Raptai

Page 8: 88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan

8

Ketibaan tetamu kehormat disambut dengan paluan kompang

Page 9: 88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan

9

Perbarisan lintas hormat dan bacaan ikrar sukan.

Page 10: 88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan

10

Bacaan doa dan ucapan aluan.

Page 11: 88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan

11

Ucapan perasmian dan cenderamata perasmi.

Page 12: 88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan

12

Penyampaian pingat dan jamuan VIP.

Page 13: 88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan

13

Acara 100 meter lelaki B dan 100 meter perempuan A.

Page 14: 88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan

14

Pegawai kejohanan sedang bertugas dengan penuh dedikasi. Persembahan silat.(bawah)

Page 15: 88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan

15

800 meter lelaki B dan 200 meter lelaki lelaki A.

Page 16: 88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan

16

Persembahan pancaragam “Scottish Bagpipe”.

Page 17: 88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan

17

4 x 100 meter perempuan A dan acara pegawai.

Page 18: 88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan

18

Keputusan acara pegawai diberikan kepada juruacara majlis.

Page 19: 88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan

19

Piala, pingat, sijil dan hadiah.

Page 20: 88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan

20

Wajah-wajah gembira para pemenang.

Page 21: 88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan

21

Tahniah !...pelajar dan guru rumah Wira sedang meraikan kejayaan mereka sebagai JOHAN KOT-39.

Page 22: 88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan

22

Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan KOT-39.

Khemah Rumah Sukan Yang Ceria Dan Berwarna-

warni.

Page 23: 88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan

23

MohdRafis,

3S1

Sekian, terima kasih…

LAMPIRAN

Lampiran terdiri daripada buku aturcara, borang pemarkahan, keputusan acara perbarisan, skrip KOT-39, susunan upacara penyampaian hadiah, senarai pemenang acara akhir padang, senarai peserta acara larian akhir dan nama pemenang kejohanan olahraga MSSKL.

Penulis ditugaskan sebagai ketua Jawatankuasa Fotografi dan Dokumentasi bersama Pn. Norshamsizar Bt. Abd. Jalil telah dibantu oleh Mohd Rafis (bawah)