laporan sukan jabatan penjara malaysia

6
Kuala Terengganu, 12 Februari 2012; Kejohanan Sepak Takraw Jabatan Penjara Malaysia 2012 kelolaan Penjara Marang, Terengganu telah diadakan di Terengganu Equestrian Resort (TER) dan Depot JKR Cendering yang disertai 19 pasukan. Kejohanan ini diadakan pada 10-12 Februari 2012. Dalam kejohanan kali ini, buat pertama kalinya seramai 14 pengadil dari Jabatan Penjara Ma- laysia yang telah menghadiri kursus pengadil sepak takraw di PULAPEN, Terengganu terlibat sepanjang kejohanan disamping pengadil utama dari Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu. KEJOHANAN SEPAK TAKRAW JABATAN PENJARA MALAYSIA 2012 LAPORAN SUKAN JABATAN_PENJARA_MALAYSIA Perlawanan akhir, menyaksikan Kelantan A (Penjara Pengkalan Chepa) merangkul gelaran Juara Acara Berpasukan dengan menumpaskan pasukan Selangor A (Penjara Kajang). Bagi Acara Regu Terbuka pula, pasukan Selangor A (Penjara Kajang) muncul Juara apabila mene- waskan Pasukan Sabah yang juga merupakan Juara tahun lalu. Naib Johan acara berpasukan ialah Selangor A dan Ketiga bersama ialah Sabah dan Johor A. Bagi Acara Regu Terbuka pula Naib johan ialah Sabah1 dan Ketiga bersama Sabah 2 Negeri Sembilan. Y. Bhg KJP Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah merasmi- kan majilis penutupan tersebut yang diadakan di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu. Turut serta dalam majlis tersebut ialah Y. Bhg Datin Wira Hjh Noraini binti Man, Yang di Pertua PER- SIAP Malaysia, Pengarah Dasar Kepenjaraan dan isteri, Pengarah Penjara Marang dan isteri, Ketua Institusi Zon Timur serta semua kontijen yang mengambil bahagian. KEJOHANAN PETANQUE JABATAN PENJARA MALAYSIA 2012 Penjara Seremban telah dipilih oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia untuk mengelolakan Kejohanan Petanque Jabatan Penjara Malaysia 2012. Kejohanan ini telah berlangsung pada 24 -26 Februari 2012 bertempat di Gelanggang Petanqeu Majlis Sukan Negeri Sembilan. Kejo- hanan ini juga telah mendapat kerjasama daripada Persatuan Petanque Negeri Sembilan sepanjang kejohanan berlansung. Kejohanan Petanque ini telah mempertandingkan Acara Berkumpulan, Acara Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita. Johan bagi Acara Berkumpulan telah dirangkul oleh Pasukan Tereng- ganu, manakala Acara Terbuka Lelaki dijuarai oleh Pasukan Johor B dan Terbuka Wanita di- juarai oleh Pasukan Selangor C. Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Petanque telah diadakan pada 26 Feb 2012 bertempat di Dewan Wawasan Penjara Seremban yang telah dirasmikan oleh YBhg. TKJP Dato’ Hj. Hassan bin Sakimon.

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN SUKAN JABATAN PENJARA MALAYSIA

Kuala Terengganu, 12 Februari 2012; Kejohanan Sepak Takraw Jabatan Penjara Malaysia 2012 kelolaan Penjara Marang, Terengganu telah diadakan di Terengganu Equestrian Resort (TER) dan Depot JKR Cendering yang disertai 19 pasukan. Kejohanan ini diadakan pada 10-12 Februari 2012. Dalam kejohanan kali ini, buat pertama kalinya seramai 14 pengadil dari Jabatan Penjara Ma-

laysia yang telah menghadiri kursus pengadil sepak takraw di PULAPEN, Terengganu terlibat

sepanjang kejohanan disamping pengadil utama dari Persatuan Sepak Takraw Negeri

Terengganu.

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW JABATAN PENJARA MALAYSIA 2012

L A P O R AN S U K AN J A B AT A N _ P E N J A R A _M A L AY S I A

Perlawanan akhir, menyaksikan Kelantan A (Penjara Pengkalan Chepa) merangkul gelaran Juara Acara Berpasukan dengan menumpaskan pasukan Selangor A (Penjara Kajang). Bagi Acara Regu Terbuka pula, pasukan Selangor A (Penjara Kajang) muncul Juara apabila mene-waskan Pasukan Sabah yang juga merupakan Juara tahun lalu. Naib Johan acara berpasukan ialah Selangor A dan Ketiga bersama ialah Sabah dan Johor A. Bagi Acara Regu Terbuka pula Naib johan ialah Sabah1 dan Ketiga bersama Sabah 2 Negeri Sembilan. Y. Bhg KJP Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah merasmi-

kan majilis penutupan tersebut yang diadakan di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu. Turut

serta dalam majlis tersebut ialah Y. Bhg Datin Wira Hjh Noraini binti Man, Yang di Pertua PER-

SIAP Malaysia, Pengarah Dasar Kepenjaraan dan isteri, Pengarah Penjara Marang dan isteri,

Ketua Institusi Zon Timur serta semua kontijen yang mengambil bahagian.

KEJOHANAN PETANQUE JABATAN PENJARA MALAYSIA 2012

Penjara Seremban telah dipilih oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia untuk mengelolakan Kejohanan Petanque Jabatan Penjara Malaysia 2012. Kejohanan ini telah berlangsung pada 24-26 Februari 2012 bertempat di Gelanggang Petanqeu Majlis Sukan Negeri Sembilan. Kejo-hanan ini juga telah mendapat kerjasama daripada Persatuan Petanque Negeri Sembilan sepanjang kejohanan berlansung. Kejohanan Petanque ini telah mempertandingkan Acara Berkumpulan, Acara Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita. Johan bagi Acara Berkumpulan telah dirangkul oleh Pasukan Tereng-ganu, manakala Acara Terbuka Lelaki dijuarai oleh Pasukan Johor B dan Terbuka Wanita di-juarai oleh Pasukan Selangor C. Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Petanque telah diadakan pada 26 Feb 2012 bertempat di

Dewan Wawasan Penjara Seremban yang telah dirasmikan oleh YBhg. TKJP Dato’ Hj. Hassan

bin Sakimon.

Page 2: LAPORAN SUKAN JABATAN PENJARA MALAYSIA

Telok Mas Melaka, 4 Mac 2012, Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah mengelolakan Kejohanan Bola Tampar Jabatan Penjara Malaysia yang bermula pada 2-4 Mac 2012 bertempat di Kompleks Komuniti Desa Telok Mas Melaka. Kejohanan kali ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 17 penyertaan berbandingan 13 penyertaan tahun sebelumnya. Pasukan Selangor “C” terus unggul menjuarai kejohanan kali ini dengan mengalahkan Pasukan Negeri Sembilan 3 – 1 yang kekal menduduki tempat ke 2. Manakala tempat ketiga bersama ialah Pasukan Kedah “B” dan Pahang “B” . Y.Bhg Komisioner Dato' Al Zafry Mohamed Al Nassif bin Mohamad Adahan, Pengarah Ba-hagian Dasar Kepenjaraan mewakili Y.Bhg Komisioner Jeneral Datuk Wira Hj. Zuklifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, telah merasmikan majlis penutupan yang turut dihadiri YB Datuk Wira Latif bin Datuk Tamby Chik ADUN Telok Mas, Ketua-ketua Institusi Zon Selatan serta Ketua-Ketua Jabatan.

KEJOHANAN BOLA TAMPAR JABATAN PENJARA MALAYSIA 2012

L A P O R AN S U K AN J A B AT A N _ P E N J A R A _M A L AY S I A

Y.Bhg Komisioner Dato' Al Zafry Mohamed Al Nassif bin Mohamad Adahan turut menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang :- 1.Pemain Setter terbaik - WP 11737 Mohd Irwan Shufardy bin Alias 2.Pemain Spiker terbaik - WP 15543 Malik Faisol bin Hamami 3.Pemain Receiver terbaik - WP 11738 Ahmad Farouk bin Ahmad Anuar Sebagai menghargai kerjasama yang dituai oleh pihak pengelola, Majlis Sukan Penjara Malaysia telah menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Pengerusi Pengelola PKP Tuan Jamil Razif Bin Kassim, Pengarah Sekolah Henry Gurney , Telok Mas, Melaka yang telah mengelolakan kejohanan kali ini dengan jayanya.

KEJOHANAN BOLING KALI KE-10 JABATAN PENJARA MALAYSIA 2012

Penjara Simpang Renggam, Johor telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Boling Jabatan Penjara Malaysia 2012 anjuran Majlis Sukan Penjara Malaysia pada 11 hingga 13 Mei 2012 di Pacific Bowl, Batu Pahat Mall Kejohanan Boling kali ke 10 tahun ini telah disertai oleh 20 pasukan lelaki dan 18 pasukan wanita. Pasukan Selangor A telah memenangi acara berpasukan lelaki sementara Pasukan Johor A pula bagi kategori berpasukan wanita. Acara Master Lelaki telah dimenangi oleh Encik Mohd Zaidi bin Mohd Kamin dari Perak A dan Master Wanita oleh Puan Naziroh bt Abd Ghani dari Selangor C. Majlis Penutupan Rasmi Kejohanan telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Simpang Renggam, Johor TKPj Ab. Basir bin Mohamad. Turut hadir pada majlis tersebut PKK Abd Kadir bin Hj Rais Pengarah Ibu Pejabat Penjara Sarawak merangkap Exco Majlis Sukan Penjara Ma-laysia, PKK Mat Rasid bin Jahlil, Pengarah Penjara Kluang dan Pengarah-pengarah Penjara Institusi Johor dan Melaka.

Page 3: LAPORAN SUKAN JABATAN PENJARA MALAYSIA

Kuching, 21 hingga 24 Jun 2012, Jabatan Penjara Malaysia, Negeri Sarawak telah diberi mandat oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia untuk mengelolakan Kejohanan Bola Sepak Piala Tan Sri Murad Ahmad kali ke-29 di Bandaraya Kuching, Sarawak. Kejohanan tersebut telahpun berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) serta Padang C dan D di Stadium Negeri Sarawak yang meli-batkan 21 pasukan diseluruh penjara Malaysia.

Satu majlis makan malam telah diadakan di Dewan Undangan Negeri Sarawak (lama) yang dihadiri oleh Y.Bhg. KJP Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKK Abd Kadir bin Rais dan mantan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, YBhg. Dato Haji Abang Talhata bin Haji Abang Hazmi. Di dalam majlis makan malam tersebut, Y.Bhg KJP Datuk Wira Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah menyampaikan anugerah kepada bekas-bekas pemain bola sepak Penjara Negeri Sarawak yang telah mengharumkan nama jabatan, negeri mahupun di peringkat kebangsaan.

Majlis penutupan kejohanan dilaksanakan oleh Y.Bhg Datuk Wira Ketua Pengarah Penjara Malaysia diiringi Pengarah Penjara Negeri Sarawak di Stadium Bola Sepak, UNIMAS. Keputusan kejohanan tempat ketiga bersama pasukan dari Selangor B (Penjara Sungai Buloh) dan Pahang B (Penjara Bentong), kedua Selangor A (Penjara Kajang) dan Johan dari Penjara Negeri Sabah. Menerima anugerah kasut emas En. Erwan Rafes bin Sazali (Kedah A), pemain terbaik En. Redzuan bin Abdul Halim (Negeri Sabah) dan Fair Play dari Sekolah Henry Gurney, Melaka.

KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA TAN SRI MURAD AHMAD KALI KE-29

L A P O R AN S U K AN J A B AT A N _ P E N J A R A _M A L AY S I A

KEJOHANAN BOLING KALI KE-10 JABATAN PENJARA MALAYSIA 2012

13 Julai 2012 (Jumaat) – Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah diberi kepercayaan oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Futsal Jabatan Pen-jara Malaysia kali ke-4 tahun 2012. Kejohanan tersebut telah berlangsung di KB Futsal Arena, Kota Bharu selama 3 hari bermula pada 13 Julai hingga 15 Julai 2012. Kejohanan futsal pada tahun ini telah disertai oleh 17 pasukan dari seluruh penjara Malaysia.

Upacara pembukaan kejohanan futsal telah dirasmikan oleh Y. Brs. PKK Muhammad Zuki bin

Muhammad Zain, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang selaku pengerusi pengelola

kejohanan futsal kali ke-4 pada tahun ini. Sebelum kejohanan dimulakan, Y. Brs PKK Muham-

mad Zuki bin Muhammad Zain telah diperkenalkan kepada kontinjen-kontinjen.

Majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutupan kejohanan futsal telah diadakan pada 15 Julai 2012 di Pacific Ballroom, Ho-

tel New Pacific, Kota Bharu. Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.S KPj Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Penga-

rah Pengurusan. Bagi kategori penjaring gol terbanyak, telah disandang oleh pemain jersi no. 8 saudara Mohd Zahiruddin bin Re-

mali dari pasukan Terengganu. Pemain terbaik kejohanan futsal pada tahun ini telah disandang oleh pemain jersi no. 12 iaitu sau-

dara Azwafi bin Hassan juga dari pasukan Terengganu. Bagi kategori acara berpasukan, tempat ketiga bersama telah dimenangi

oleh Pasukan Perak ‘A’ dan Kelantan ‘B’ yang membawa pulang medal dan wang tunai RM 700.00. Naib johan pula dimenangi oleh

pasukan Selangor ‘B’ yang membawa pulang medal, piala iringan dan wang tunai RM 800.00. Manakala Johan bagi kejohanan

futsal Jabatan Penjara Malaysia kali ke-4 tahun 2012 telah dimenangi oleh pasukan dari Terengganu yang membawa pulang

medal, piala iringan, piala pusingan dan wang tunai RM 1000.00.

Page 4: LAPORAN SUKAN JABATAN PENJARA MALAYSIA

Kejohanan Golf Bersama TYT Yang Dipertua Negeri Melaka pada 3 Jun 2012 (Ahad) bertem-

pat di Tiara Melaka Golf & Country Club, Jalan Gapam, Bukit katil, Melaka dan disempurnakan

oleh TYT Tun Khalil Yaakob, TYT Yang Dipertua Negeri Melaka dan KJP Dato’ Sri Haji Zulkifli

Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia

KEJOHANAN GOLF BERSAMA TYT YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA

L A P O R AN S U K AN J A B AT A N _ P E N J A R A _M A L AY S I A

Kejohanan bermula dengan aturcara bergambar, minum pagi, pertandingan bull’s eye, dan “Tee

-Off Short Gun”. Acara seterusnya Jamuan Makan Tengahari diserikan persembahan dari-

pada kumpulan kugiran Sekolah Henry Gurney, Teluk Mas, Melaka dan penyampaian hadiah

serta cabutan nombor bertuah. Dalam kejohanan tersebut seramai 20 orang wakil daripada

kumpulan TYT, 20 orang kumpulan KJP serta 140 orang penyertaan daripada semua institusi.

Dalam kejohanan ini, tempat pertama telah dimenangi oleh intitusi penjara Sabah, kedua Pen-

jara Kajang dan tempat ketiga Penjara Tapah. Ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silah-

turrahim dan kerjasama erat Jabatan Penjara Malaysia dengan Jabatan kerajaan lain dan pihak

luar.

Page 5: LAPORAN SUKAN JABATAN PENJARA MALAYSIA

Kejohanan Bola Jaring Jabatan Penjara Malaysia telah berlangsung pada 12 hingga 14 Oktober 2012 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Panji, Kota Bharu, Kelantan dan dikelolakan oleh Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan. Sebanyak 14 kontinjen telah mengambil bahagian dengan penyertan seramai 180 orang. Majlis perasmian pembukaan kejohanan telah dilakukan oleh PKP Husin bin Hj. Johari,Pengarah Penjara Pengkalan Chepa pada 12 Oktober 2012 . Majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Y.Bhg. KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia pada 14 Oktober 2012 bertempat di Hotel Crystal Lodge Kota Bharu. Dalam majlis yang sama selain mengeratkan lagi silaturahim antara kakitangan, YBhg.Datuk Wira berharap agar penganjuran kejohanan ini dapat meningkatkan mutu sukan bola jaring disamping mencungkil bakat –bakat baru untuk mewakili jabatan ke peringkat yang lebih tinggi. YBhg.Datuk seterusnya mengumumkan bahawa kejohanan kali ke-20 akan diadakan di Negeri Sabah Di Bawah Bayu. Kejohanan tersebut berakhir dengan keputusan kemenangan seperti berikut :-

Johan - Pasukan Kedah A Naib Johan - Pasukan Kelantan A Tempat Ketiga Bersama - Pasukan Pulau Pinang & Selangor C Penjaring Terbanyak - Yusmala bt Yusof - Kedah A Pemain Terbaik - Zura bt Omar – Kedah A Pemain Paling Senior - Sabariah bt Md. Amin – Johor A

KEJOHANAN BOLA JARING JABATAN PENJARA MALAYSIA KE-19

L A P O R AN S U K AN J A B AT A N _ P E N J A R A _M A L AY S I A

KEJOHANAN BOLA SEPAK TERBUKA DAN VETERAN 9 SEBELAH MAKSAK M’SIA 2012

7 Oktober 2012, Kuantan, Pahang. YBhg.KJP Datuk Wira Hj Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia merangkap Naib Yang Dipertua MAKSAK Malaysia telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah dan peristiharan penutupan Kejohanan Bolasepak Terbuka dan Veteran 9 Sebelah MAKSAK Malaysia di Padang MPK 1B, Kuantan, Pahang. Kejohanan yang dikelolakan oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia bermula pada 5 hingga 7 Oktober 2012 telah berjaya mengumpulkan seramai 560 orang pemain dan pegawai sukan. Buat pertama kalinya acara terbukan diperkenalkan bagi mencungkil bakat-bakat muda dikalangan penjawat awam. Majlis perasmian pembukaan kejohanan pula telah dilakukan oleh YB Dato' Haji Shafik Fauzan bin Sharif, ADUN Inderapura dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kesenian & Warisan serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga & Hal Ehwal Wanita Negeri. YBhg.TKJP Dato' Hj. Hassan bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan & Koreksional) turut bersama-sama meraikan kontijen yang mengambil bahagian pada majlis tersebut.

Page 6: LAPORAN SUKAN JABATAN PENJARA MALAYSIA

05 November 2012 – Penjara Negeri Sabah telah diberi kepercayaan oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia bagi menjadi tuan rumah pada Kejohanan Ping Pong Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke 7 bagi Tahun 2012 yang telah berlangsung pada 02 hingga 05 November 2012. Kejohanan yang telah disertai oleh 18 buah pasukan telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Penjara Kota Kinabalu, Sabah. Antara acara yang dipertandingkan ialah Acara Berpasukan (Lelaki) , Acara

Perseorangan Terbuka (Lelaki) , Acara Perseorangan Terbuka (Wanita) , Acara Bergu Terbuka (Lelaki) dan Acara Bergu VIP. Acara bagi Bergu VIP dimana turut disertai oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri, Pengarah-pengarah Bahagian, Ketua-ketua Institusi dan pegawai kanan. Majlis makan malam Kejohanan Ping Pong telah diadakan di Dataran Suang Hamin, Ibu Pejabat Penjara Sabah telah disempurnakan oleh PKK Suria Bin Hj. Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Ping Pong Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke 7 bagi Tahun 2012. Majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutupan kejohanan pula telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, KJP Dato’ Sri Hj. Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia bertempat di Dewan Mini, Penjara Pusat Kota Kinabalu. Sebelum memulakan aturcara penyampaian hadiah, beliau bersama dif-dif jemputan serta peserta kejohanan sempat menyaksikan pertandingan akhir acara bagi kategori Perseorangan Terbuka (Lelaki) , acara Bergu Terbuka (Lelaki) dan acara Bergu VIP.

KEJOHANAN PING PONG JABATAN PENJARA MALAYSIA KE-7 TAHUN 2012

L A P O R AN S U K AN J A B AT A N _ P E N J A R A _M A L AY S I A

KEJOHANAN OLAHRAGA DAN TARIK TALI JABATAN PENJARA MALAYSIA 2012

16-17 November 2012, Penjara Reman Pulau Pinang telah diberi mandat sebagai tuan rumah Kejohanan Olahraga dan Tarik Tali Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2012 yang diadakan di Stadium Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Perasmian pembukaan kejohanan telah dilakukan oleh PKK Kamarudzaman bin Haji Mamat, Pengarah Penjara Seberang Perai pada 16 November 2012. Majlis perasmian penutupan pula telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan Ibu Pejabat Penjara Malaysia pada 17 November 2012. Buat kali ke tiga, Penjara Negeri Sabah sekali lagi telah dinobatkan sebagai Johan keseluruhan Kejohanan Olahraga Edisi Ke-3 ini. Johan bagi acara Tarik Tali Wanita dimenangi oleh Sekolah Henry Gurney Teluk Mas manakala Penjara Sungai Buloh memenangi Johan bagi kategori lelaki. Anugerah Olahragawati Kejohanan Olahraga Penjara Malaysia bagi Tahun 2012 disandang oleh WP Zura bt Omar, dari Penjara Sungai Petani manakala Olahragawan pula disandang oleh WP Tanakendiran a/l Sumudam dari Pusat Latihan Pegawai Penjara (PLPP) Taiping. Sebanyak empat rekod baru kejohanan telah telah berjaya dicipta pada kejohanan kali ini.