laporan sukan tahunan 2014

26
1.0 Pengenalan Kebelakangan ini pentaksiran dalam bilik darjah kian diberi perhatian (Zhang & Burry-Stock, 2003). Pentaksiran dalam bilik darjah merupakan sebahagian daripada aktiviti penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (McMillan, 2000). Tujuan pentaksiran yang terpenting adalah membantu pelajar menguasai isi kandungan pelajaran (Akhbar Ibrahim & Siti Zaliha Reduan, 2002), memperbaiki pembelajaran pelajar (Gronlund, 2006; Roeber, 2002) dan pemberian gred (Airasian, 2001; Black & William, 1998). Pentaksiran ini termasuklah pentaksiran bertulis atau pentaksiran secara lisan yang dijalankan sepanjang pelajaran hinggalah yang dibuat pada akhir tahun. Pentaksiran yang berkesan dapat membantu guru mengetahui tahap pembelajaran pelajar dan juga keberkesanan pengajaran guru. Guru merupakan pihak utama yang bertanggungjawab dalam pentaksiran pengajaran dan pembelajaran pelajar, oleh itu kualiti pentaksiran bilik darjah yang diamalkan oleh guru amat diberi perhatian. Para guru perlu mempunyai nilai – nilai pentaksir yang baik dan berkesan.Jesteru itu, nilai akauntabiliti adalah merupakan elemen yang penting dan perlu dimiliki oleh seorang guru pentaksir. Nilai akauntabiliti ini mewakili sikap integriti, kebolehpercayaan dan kebertanggungjawapan seseorang guru tersebut sewaktu melaksanakan pentaksiran terhadap para pelajarnya. 1

Upload: saravanan-palanisamy

Post on 13-Apr-2016

62 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Laporan Sukan Tahunan 2014

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Sukan Tahunan 2014

1.0 Pengenalan

Kebelakangan ini pentaksiran dalam bilik darjah kian diberi perhatian (Zhang & Burry-

Stock, 2003). Pentaksiran dalam bilik darjah merupakan sebahagian daripada aktiviti

penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (McMillan, 2000). Tujuan

pentaksiran yang terpenting adalah membantu pelajar menguasai isi kandungan

pelajaran (Akhbar Ibrahim & Siti Zaliha Reduan, 2002), memperbaiki pembelajaran

pelajar (Gronlund, 2006; Roeber, 2002) dan pemberian gred (Airasian, 2001; Black &

William, 1998). Pentaksiran ini termasuklah pentaksiran bertulis atau pentaksiran

secara lisan yang dijalankan sepanjang pelajaran hinggalah yang dibuat pada akhir

tahun. Pentaksiran yang berkesan dapat membantu guru mengetahui tahap

pembelajaran pelajar dan juga keberkesanan pengajaran guru.

Guru merupakan pihak utama yang bertanggungjawab dalam pentaksiran pengajaran

dan pembelajaran pelajar, oleh itu kualiti pentaksiran bilik darjah yang diamalkan oleh

guru amat diberi perhatian. Para guru perlu mempunyai nilai – nilai pentaksir yang baik

dan berkesan.Jesteru itu, nilai akauntabiliti adalah merupakan elemen yang penting dan

perlu dimiliki oleh seorang guru pentaksir. Nilai akauntabiliti ini mewakili sikap integriti,

kebolehpercayaan dan kebertanggungjawapan seseorang guru tersebut sewaktu

melaksanakan pentaksiran terhadap para pelajarnya.

2.0 Sorotan Kajian Pentaksiran dan Akauntabiliti Di kalangan Guru

Proses pendidikan perlu dilaksanakan dengan tanggung jawab, cekap dan berfokus

supaya meninggalkan impak positif kepada pembangunan ilmu, kemahiran dan akhlak

di kalangan pelajar. Salah satu komponen pendidikan yang signifikan adalah

pentaksiran. Ia merujuk kepada mekanisme atau proses yang dilaksanakan dengan

tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (Simmons & Resnick, 1993;

Black & William, 1998; Zhicheng Zhang & Burry-Stock, 2003; Arter, 2003).

1

Page 2: Laporan Sukan Tahunan 2014

Sorotan penulisan berjaya mengumpul beberapa kajian berkaitan amalan pentaksiran di

sekolah-sekolah. Contohnya, penilaian formatif (Salbiah, 1998), penilaian formatif dan

pembinaan item (Ismail, 1993), konsep dan pelaksanaan bank item (Jamilah, 1992) dan

amalan pentaksiran sekolah menengah (Muhamad Azhar, 2006).

Setelah diteliti cadangan daripada kajian-kajian tersebut adalah menjurus kepada

kepentingan program latihan pentaksiran secara berterusan. Tujuannya supaya guru

guru lebih bersedia menghadapi dunia pentaksiran yang semakin mencabar. Menurut

Stiggins (1995), guru yang alpa dan tidak mengikut perkembangan dan perubahan

pentaksiran dikuatiri akan menjadi tidak efisien dan tidak efektif dalam pengajaran.

Kepentingan literasi pentaksiran guru tidak dapat disangkal kerana ia merupakan faktor

pemangkin kejayaan pendidikan berkualiti (Stiggins, 1999; Arter, 2003) khususnya

apabila dibincangkan dalam konteks SPPK yang menekankan konsep pentaksiran

holistik. Ahamad Sipon (Berita Harian, 3 September, 2007) mengulas isu tersebut

dengan menekankan betapa pentingnya nilai kejujuran dan profesionalisme guru dalam

memantapkan agenda SPPK.

Oleh itu, para guru perlu melihat transformasi sistem pentaksiran sebagai peluang

untuk meningkatkan kualiti diri dan produktiviti sebaliknya bukan satu ancaman kepada

karier (Wan Liz, 2000). Dalam masa yang sama, isu literasi pentaksiran perlu dijadikan

agenda penting semasa merancang perkembangan profesionalisme guru oleh pihak-

pihak yang bertanggung jawab. Keperluan guru harus dipenuhi agar tugas dan

tanggung jawab pentaksiran dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen dan

keyakinan yang tinggi.

3.0 Kepentingan Nilai Akauntabiliti Dalam Pentaksiran

2

Page 3: Laporan Sukan Tahunan 2014

Quilter (1998) merujuk literasi pentaksiran sebagai tahap pengetahuan guru dalam

merekabentuk, memilih, menterjemah dan menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran

dalam mengumpul maklumat bagi tujuan membuat keputusan.

Literasi pentaksiran juga didefinisikan sebagai pengetahuan mendalam mengenai

kaedah pengukuran, pembinaan instrumen dan kemahiran menggunakan maklumat

pentaksiran untuk mempertingkatkan keberkesanan program pendidikan (Webb, 2002).

Paling utama, literasi pentaksiran dirujuk sebagai kompetensi berasaskan pengetahuan

dalam bidang pentaksiran (Walklins, 1991; Schafer, 1993; Plake, 1993; Stiggins, 1999a;

Mertler, 2005).

Kenyataan-kenyataan di atas menghasilkan satu inferens bahawa pengukuran konstruk

literasi pentaksiran merujuk kepada pengukuran kompetensi pengetahuan guru dalam

pentaksiran. Justeru, definisi konseptual literasi pentaksiran dihasilkan berasaskan

analisis kandungan silibus subjek pengukuran dan penilaian sebagai panduan.

.

Secara konseptual, literasi pentaksiran didefinisikan sebagai kompetensi pengetahuan

guru dalam bidang pentaksiran. Ia merangkumi pengetahuan deklaratif dan prosedural

daripada lima dimensi pentaksiran iaitu:

(i) konsep pentaksiran,

(ii) kaedah pengukuran,

(iii) pengujian,

(iv) penskoran dan penggredan dan

(v) statistik dan pelaporan.

3

Page 4: Laporan Sukan Tahunan 2014

3.1 Amalan Pentaksiran Di Kalangan Guru Pentaksir

Tujuan utama pentaksiran dalam bilik darjah adalah untuk mendapat maklumat tentang

kemajuan dan pencapaian seseorang pelajar (Abu Bakar Nordin, 1986; Airasian, 2001;

Desforges, 1989; Jacobs & Chase, 1992; McMillan, 2008). Pentaksiran dalam bilik

darjah merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pembentukan ujian bertulis dan pentaksiran

prestasi (performance assessment), penggredan, mentafsir skor peperiksaan, memberi

maklum balas tentang hasil pentaksiran dan penggunaan hasil pentaksiran dalam

membuat keputusan. Apabila menggunakan ujian bertulis dan pentaksiran prestasi,

guru perlu sedar tentang kelebihan dan kelemahan setiap teknik pentaksiran supaya

dapat memilih teknik pentaksiran yang sesuai untuk membuat pentaksiran tentang

pembelajaran pelajar (Stiggins, 1992).

Guru gunakan pelbagai kaedah pentaksiran untuk mengesan perkembangan

pembelajaran pelajar (Stiggins & Bridgeford, 1984) dan juga pencapaian akademik

pelajar bergantung kepada tujuan atau fungsi pentaksiran itu (Ng, 1991). Dalam bilik

darjah, guru biasanya gunakan ujian bertulis (Abu Bakar Nordin, 1986; Airasian, 2001;

Stiggins & Bridgeford, 1984) dan pentaksiran prestasi (performance assessment) atau

pentaksiran autentik seperti pemerhatian dan teknik soal jawab untuk memperoleh

maklumat tentang pembelajaran pelajar (Airasian, 2001; Stiggins & Bridgeford, 1984).

Menurut Chang (1988), kebanyakan guru sekolah gemar menggunakan ujian dan

peperiksaan untuk menilai kemajuan pembelajaran pelajar, terutamanya guru-guru

yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris. Airasian (2001) menyatakan amalan

yang biasa dilakukan oleh seorang guru dalam bilik darjah meliputi aspek-aspek seperti

mengesan tahap penguasaan pembelajaran pelajar, memberi latihan atau kerja rumah

kepada pelajar berdasarkan tahap pencapaian pelajar, menyemak hasil kerja pelajar,

menentukan konstruk yang ingin ditaksir dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dan merangsang pelajar untuk belajar.

4

Page 5: Laporan Sukan Tahunan 2014

3.2 Amalan Pentaksiran Di Kalangan Guru Matapelajaran

Dapatan kajian menunjukkan amalan pentaksiran guru bergantung kepada

matapelajaran yang diajar (Bol, Stephenson, & O'Connell, 1998; Marso & Pigge, 1987,

1988a; McMorris & Boothroyd, 1993; Zhang & Burry-Stock, 2003) serta peringkat

persekolahan yang diajar (Bol, et al., 1998; Donegan, 2001; Marso & Pigge, 1987,

1988a; Mertler, 1998, October; Zhang & Burry-Stock, 2003).

Misalnya, guru-guru Matematik didapati lebih kerap menggunakan item penyelesaian

masalah (Marso & Pigge, 1987, 1988a) dan item pengiraan (McMorris & Boothroyd,

1993). Guru Bahasa Inggeris pula lebih kerap menggunakan item esei untuk mentaksir

pembelajaran pelajar (Marso & Pigge, 1987, 1988a). Manakala guru Sains lebih

sukamengguna item aneka-pilihan (McMorris & Boothroyd, 1993). Guru-guru yang

mengajar mata pelajaran Pengajian Perniagaan dan Pengajian Sosial lebih kerap

menggunakan item betul/salah. Guru Pengajian Sosial juga lebih kerap menggunakan

item-item yang menguji aras pengetahuan sahaja (Marso & Pigge, 1988a).

Secara umumnya, guru yang mengajar mata pelajaran bahasa, Sains dan Pengajian

Sosial lebih kerap menggunakan ujian bertulis berbanding dengan guru-guru lain

(Zhang & Burry-Stock, 2003).

3.3 Amalan Pentaksiran Di Peringkat Sekolah.

Kajian Bol et al. (1998), Mertler (1998, October) dan Zhang & Burry-Stock (2003)

memperoleh dapatan yang sama, iaitu guru-guru sekolah rendah lebih kerap

menggunakan pentaksiran alternatif atau pentaksrian prestasi berbanding dengan guru-

guru sekolah menengah. Guru-guru sekolah rendah kurang menggunakan teknik

pentaksiran tradisional, tetapi lebih kerap menggunakan pentaksiran secara tidak formal

seperti pemerhatian dan soal jawab (Mertler, 1998).

5

Page 6: Laporan Sukan Tahunan 2014

Guru-guru sekolah menengah pula lebih kerap menggunakan teknik pentaksiran

tradisional (Mertler, 1998) seperti ujian bertulis (Zhang & Burry-Stock, 2003) untuk

mentaksir pembelajaran pelajar. Ujian bertulis yang kerap digunakan oleh guru-guru

sekolah menengah adalah ujian aneka pilihan (Mertler, 1998), ujian objektif binaan guru

sendiri (Zhang & Burry-Stock, 2003), ujian esei dan item penyelesaian masalah (Marso

& Pigge, 1987; 1988a).

4.0 PENJAMINAN NILAI AKAUNTABILITI DALAM PENTAKSIRAN PBS DI

SEKOLAH.

Kualiti nilai akauntabiliti di kalangan para guru pentaksir adalah amat penting dan perlu

diberikan perhatian. Jesteru itu, pihak Kementerian Pendidikan dengan kerjasama

Jawatankuasa Majlis Peperiksaan Malaysia telah menyediakan satu kerangka panduan

khusus iaitu menerbitkan Manual Penjaminan Kualiti Pentaksiran (MPKP) untuk

memastikan pentaksiran yang dilaksanakan kelak mempunyai kebolehpercayaan dan

akauntabiliti yang tinggi.

Manual Penjaminan Kualiti Pentaksiran (MPKP) bertujuan memberi panduan kepada

pihak yang berkenaan seperti guru mata pelajaran, Guru Cemerlang, Ketua Panitia,

Ketua Bidang, Guru Besar, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran

Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan penjaminan kualiti

pelaksanaan PBS.

Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran

pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang

dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan

peringkat pentaksiran.

6

Page 7: Laporan Sukan Tahunan 2014

Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan

keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh

membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan

meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Indikator atau petunjuk utama bagi

penjaminan kualiti dalam pentaksiran adalah kesahan, kebolehpercayaan,

kebolehtadbiran dan keadilan.

Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:

a. Pementoran

b. Penyelarasan

c. Pemantauan

d. Pengesanan

4.1 Pementoran

Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru

untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan.

Antara objektif Pementoran yang digariskan adalah untuk:

a. Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan dan

pengurusan PBS

b. Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang

dibimbing/menti.

c. Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing/menti

d. Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS

e. Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru

yang dibimbing/menti

Pementoran ini juga dilakasanakan secara formal dan tidak formal. Terdapat beberapa

jenis mentor yang disenaraikan iaitu:

7

Page 8: Laporan Sukan Tahunan 2014

a. Mentor Dalaman:

i. Ketua Panitia dan/atau

ii. Jurulatih Utama dan/atau

iii. Guru Cemerlang dan/atau

iv. Guru Besar dan/atau

v. Mana-mana guru yang dilantik

b. Mentor Luaran :

i. Pegawai Lembaga Peperiksaan dan/atau

ii. Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan/atau

iii. Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah dan/atau

iv. Mana-mana pegawai yang dilantik

Kekerapan pementoran adalah mengikut keperluan semasa dan boleh dilaksanakan

mengikut acuan tersendiri sesebuah seskolah yang terlibat. Antara kepentingan

pelaksanaan pementoran ini pula adalah :

a. Membimbing guru menggunakan standard prestasi dan aplikasi Sistem Pengurusan

PBS (SPPBS)

b. Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran

c. Mendedahkan penggunaan pelbagai jenis instrumen pentaksiran

d. Memastikan pelaksanaan pentaksiran seiring dengan pengajaran dan

pembelajaran

e. Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran

f. Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru yang dibimbing/menti

4.2 Penyelarasan

8

Page 9: Laporan Sukan Tahunan 2014

Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada Standard

Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan.Antara objektif

penyelarasan termasuklah:

a. Menyeragamkan skor Pentaksiran Sekolah yang diberikan oleh guru

berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen

Standard Prestasi.

b. Menyeragamkan skor Pentaksiran Pusat yang diberikan oleh guru berdasarkan

rubrik sesuatu tugasan yang ditetapkan.

c. Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS oleh

guru di sekolah.

d. Memastikan skor yang diberi menepati keupayaan dan prestasi murid.

e. Memastikan skor yang diberi adalah adil bagi semua murid.

Penyelaras Dalaman yang dipilih adalah yang terdiri daripada guru-guru yang dilantik

oleh Jawatankuasa PBS peringkat sekolah .Manakala Penyelaras Luaran adalah

terdiri daripada pegawai Lembaga Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat

Pelajaran Daerah.

Kekerapan aktiviti penyelarasan ditentukan oleh Jawatankuasa PBS dan perlu

dijadualkan mengikut keperluan tertentu.Terdapat beberapa peringkat penyelarasan

seperti:

a. Sebelum Penyelarasan

i. Menentukan tarikh, tempat, masa penyelarasan oleh Jawatankuasa PBS,

Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah

ii. Mengadakan perbincangan mengenai

Kefahaman tentang standard prestasi atau tugasan

Kesesuaian instrumen yang digunakan

Kefahaman tentang penskoran

Pemilihan evidens murid untuk penyelarasan skor

9

Page 10: Laporan Sukan Tahunan 2014

b. Semasa Penyelarasan

i. Memilih evidens murid secara rawak mengikut pencapaian

ii. Membanding skor yang diberikan oleh guru

iii. Menyelaras pemberian skor

c. Selepas Penyelarasan

i. Menyediakan laporan penyelarasan.

ii. Menyelaras skor murid, jika perlu

4.3 Pemantauan

Pemantauan PBS ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan

garis panduan yang ditetapkan. Berikut adalah beberapa objektif pemantauan PBS

yang telah disenaraikan:

a. Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuh.

b. Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.

c. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS oleh guru.

d. Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran.

e. Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan.

Terdapat dua kategori pemantau yang dilantik iaitu:

a. Pemantau Dalaman ialah guru yang dilantik oleh Jawatankuasa PBS peringkat

Sekolah.

b. Pemantau Luaran yang dilantik dalam kalangan:

i. pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia

ii. pegawai Lembaga Peperiksaan

iii. pegawai Jabatan Pelajaran Negeri

iv. pegawai Pejabat Pelajaran Daerah

10

Page 11: Laporan Sukan Tahunan 2014

Kekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS, mengikut

jadual yang ditentukan oleh Jawatankuasa PBS.Biasanya aktiviti pemantauan dilakukan

berdasarkan keperluan tertentu seperti:

a. Sebelum Pemantauan

i. Menentukan tarikh, tempat, masa pemantauan oleh Jawatankuasa PBS,

Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah.

ii. Menyediakan instrumen pemantauan (contoh: senarai semak)

b. Semasa pemantauan

i. Memastikan pelaksanaan adalah mengikut garis panduan.

Menyemak bahan dan maklumat yang dipantau.

Membuat pemerhatian pelaksanaan PBS.

Menggunakan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan untuk

memberi khidmat nasihat.

c. Selepas pemantauan

Melaporkan dapatan pemantauan.

Menyenaraikan kekuatan dan keberkesanan pelaksanaan PBS kepada

guru.

Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pelaksanaan PBS.

4.4 Pengesanan

Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen

pentaksiran dalam pelaksanaan PBS. Antara objektif pengesanan yang dinyatakan

ialah :

a. Mengenal pasti kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran yang digunakan.

b. Meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran instrument

pentaksiran.

11

Page 12: Laporan Sukan Tahunan 2014

c. Mencadangkan penambahbaikan menyeluruh instrumen pentaksiran dalam

pelaksanaan PBS.

Pengesanan dilaksanakan mengikut jadual dan prosedur yang ditetapkan dan

dipertanggungjawabkan kepada :

a. Pegawai Pengesanan Dalaman:

guru mata pelajaran yang dilantik oleh Jawatankuasa PBS peringkat sekolah

b. Pegawai Pengesanan Luaran yang dilantik dalam kalangan:

pegawai Lembaga Peperiksaan

pegawai Jabatan Pelajaran Negeri

pegawai Pejabat Pelajaran Daerah

Aktiviti pengesanan diadakan semasa dan/atau selepas satu kitaran pelaksanaan PBS.:

a. Sebelum pengesanan

i. Menentukan tarikh, tempat, masa pengesanan oleh Jawatankuasa PBS,

Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah.

ii. Menyediakan instrumen pengesanan (contoh: senarai semak)

b. Semasa pengesanan

i. Menyenaraikan isu kebolehtadbiran dan kesesuaian instrumen pentaksiran.

ii. Mencadangkan penyelesaian.

c. Selepas pengesanan hendaklah memastikan cadangan penyelesaian dilaksanakan.

5.0 Permasalahan Berkaitan Akauntabiliti Di Kalangan Guru

12

Page 13: Laporan Sukan Tahunan 2014

Seiringan dengan senario yang dibincangkan, ahli akademik telah dapat mengesan

kelemahan amalan pentaksiran guru-guru di sekolah melalui kajian saintifik. Muhamad

Sahari (2001) melaporkan 20 jenis kelemahan amalan pentaksiran yang sering

dilakukan oleh guru-guru di sekolah. Contohnya, soalan ujian tidak berkaitan dengan isi

pelajaran, kertas ujian mengandungi banyak kesilapan, persampelan tidak dilakukan

secara adil, Jadual Penentuan Ujian (JPU) tidak disediakan dan pembahagian soalan

sukar dan mudah terlalu ekstrem. Kajian Ismail (1993) melaporkan bahawa guru-guru

menunjukkan persepsi positif terhadap penilaian formatif namun kurang dari 60%

(N=107) melaksanakannya dengan kaedah yang betul. Kajian Mohd Azhar (2006) di 40

buah sekolah menengah harian (N=813) melaporkan 65% guru tidak mengubal item

sendiri dan tidak menggunakan JSU dalam merancang item ujian. Sebaliknya guru di

dapati merujuk atau mengambil terus item-item daripada soalan sedia ada terutama

soalan yang dikeluarkan oleh LPM. Sinopsis beberapa laporan kajian ini telah memberi

petunjuk wujudnya kepincangan amalan pentaksiran di sekolah-sekolah.

Berdasarkan laporan kajian luar negara, fenomena guru tidak kompeten pentaksiran

telah mendatangkan berbagai kesan negatif. Guru-guru didapati gagal memantau

kemajuan pembelajaran (Gallagher, 1998), tidak dapat menghasilkan keputusan yang

adil (Gronlund & Linn, 1990; Hills,1991; Brookhart, 1999; Stiggins, 2001), tidak dapat

merancang pengajaran secara berkesan (Stiggins, 1997; Brookhart, 1999), gagal

memberi motivasi (ZhiCheng Zhang & Burry-Stock, 2003) seterusnya menjejaskan

potensi diri pelajar (Stiggins, 1991; Stiggins, 1995; Airasian, 2000; Stiggins, 2001). Guru

didapati melaporkan kepada ibu bapa dan pelajar secara tidak tepat (Plake, 1993).

Kesan dari tindaklaku tersebut telah menimbulkan ketidakpercayaan (McKenna, 1977)

dan keraguan di kalangan ibu bapa (Herman & Golan, 1993). Kelemahan tersebut juga

dikesan apabila guru membina item ujian berdasarkan objektif pembelajaran yang

terbatas (Mehrens, 1992) dan menggunakan gred sebagai cara mendisiplinkan pelajar

(Hills, 1991).

13

Page 14: Laporan Sukan Tahunan 2014

Justeru, kualiti pentaksiran dipersoalkan oleh pelbagai pihak kerana akauntabiliti

pentaksiran gagal dilaksanakan sepenuhnya (Stiggins, 2001; Mertler, 2005). Berbalik

kepada matlamat untuk mencapai wawasan 2020, sektor pendidikan menjadi tunjang

dan landasan dalam membangunkan modal insan negara.

Oleh yang demikian, elemen kompetensi pengetahuan perlu diperkasa supaya mampu

melahirkan tenaga kerja yang berketrampilan (Zulkifli, 2004). Dalam kerangka

perbincangan kajian, implikasi perubahan fokus dan format pentaksiran menuntut

profesionalisme pentaksiran guru dipertingkat dan dimantapkan bagi menangani

persaingan di peringkat global. Stiggins (1995) menegaskan bahawa ketidakjelasan

guru dalam memahami dan menterjemah maksud dan visi kecemerlangan akademik

dalam konteks pentaksiran berkualiti sebenarnya akan membantutkan usaha

membantu pelajar ke arah mencapai visi tersebut. Dalam kata lain, kompetensi

pentaksiran guru haruslah dibugarkan sejajar dengan matlamat menghasilkan generasi

yang mampu mencipta kelainan dan memberi sumbangan bermakna kepada diri,

keluarga, masyarakat dan negara.

Rasionalnya, kompetensi pentaksiran atau literasi pentaksiran guru adalah kritikal

dalam membantu proses pembelajaran berkesan (Schafer, 1993; Stiggins, 1995) dan

membuat keputusan yang tepat dan adil (Stiggins, 1991, Mertler, 2003). Kepentingan

elemen tersebut telah pun dibuktikan melalui kajian Calderhead (1996) bahawa

wujudnya korelasi positif antara konstruk pengetahuan dan amalan pentaksiran. Ini

bermakna peningkatan pengetahuan pentaksiran sekaligus akan menghasilkan amalan

pentaksiran yang lebih berkesan di bilik darjah. Justeru, isu ini perlu dikaji segera

kerana membina modal insan cemerlang memerlukan guru-guru yang komited dalam

menguasai ilmu pentaksiran supaya dapat mencungkil potensi diri pelajar dari pelbagai

dimensi. Pendekatan ini sebenarnya jauh lebih sukar daripada menghasilkan pelajar-

pelajar yang dapat menghimpun jumlah ‘A’ yang banyak. Oleh yang demikian,

kesungguhan guru menghayati dan menterjemah citra ini adalah terlalu signifikan dalam

mencapai matlamat pendidikan berkualiti dan berdaya saing.

14

Page 15: Laporan Sukan Tahunan 2014

Setakat laporan kajian ini ditulis, tidak terdapat kajian berkaitan isu literasi pentaksiran

khususnya kajian pembinaan instrumen pengukuran konstruk pengetahuan pentaksiran

guru-guru sekolah menengah di Malaysia. Justeru, usaha membina satu instrumen

yang sah dan dipercayai berdasarkan prosedur pembinaan yang sempurna dan tuntas

adalah relevan dan signifikan. Kepentingan instrumen ini dibina adalah sebagai langkah

awal penerokaan isu literasi pentaksiran guru. Dengan adanya instrumen ini, hasil

pengukuran dapat menjelaskan kekuatan dan kelemahan dimensi pengetahuan guru

dalam bidang pentaksiran. Implikasinya, program pembangunan profesionalisme guru

dapat dipertimbangkan serta dirancang secara sistematik agar sistem pendidikan

negara terus relevan, berkualiti dan diperkasa dari semasa ke semasa

6.0 Langkah – langkah Meningkatkan Nilai Akauntabiliti Di Kalangan Guru

Untuk menghasilkan para guru pentaksir yang memiliki nilai akauntabiliti yang tinggi,

pelbagai saranan dan pandangan telah dinyatakan, iaitu hasilan daripada dapatan

kajian - kajian yang telah dilaksanakan. Antaranya termasuklah :

a. Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar dan Ibu Bapa

Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah

menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang berkesan.

Mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada

hal-hal lain.

15

Page 16: Laporan Sukan Tahunan 2014

Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor

jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta

hadiah atau bayaran.

Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas, berbudi bahasa

dan bersopan santun semasa bertugas.

b. Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Diri Sendiri

Menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan

sempurna.

Mengawal emosi sendiri supaya membawa ketenangan dan ketenteraman jiwa.

Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatannya

adalah seibang dengan perbelanjaan harian.

Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Ini

termasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks.

Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa

yang berlaku di sekeliling melalui suratkhabar, radio dan television serta internet.

Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanfaat dengan tujuan

mengisi masa lapang secara berfaedah.

7.0 Rumusan

Perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata mengalami banyak perubahan,

seterusnya memerlukan anjakan paradigma pentaksiran di kalangan para guru..

Perkembangan masyarakat seiring dengan perkembangan dasar dasar negara yang

sentiasa ditambahbaik bagi memastikan keperluan rakyat terbela. Perubahan dalam 16

Page 17: Laporan Sukan Tahunan 2014

sektor pendidikan menjadi intipati penting dalam pengukuhan perpaduan negara ke

arah yang lebih baik kerana pendidikan menjadi peneraju pembentukan masyarakat.

Aspek-aspek murni di dalam diri seseorang guru pentaksir seperti amalan nilai

akauntabiliti amat ditekankan dalam pendidikan kerana sebagai guru, tanggungjawab

kepada diri,profesion dan masyarakat pelajar adalah keutamaan.Wallaupun banyak

perubahan yang telah dilakukan, kelemahan-kelemahan masih lagi wujud dan perlu

diambil serius oleh pihak pendidik untuk menyelesaikannya dengan segera. Kelemahan

yang wujud umpama barah yang akan merebak menjadi semakin besar, malah boleh

menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati dan penganiayaan kepada golongan yang

ditaksir. Masalah - masalah yang melibatkan isu-isu kebolehpercayaan,

kebertanggungjawapan dan ketelusan pentaksiran perlu diselesaikan segera, bijak

sertab penuh

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin (1986). Asas Penilaian Pendidikan. Petaling Jaya: Longman Malaysia

Sdn Bhd.

Airasian, P. W. (2001). Classroom Assessment: Concepts And Applications (4th edition

ed.).New York: McGraw-Hill Higher Education.

Chang, S. F. (1988). Teachers' Assessment Practices: Assessing Phase II Pupils'

Progress InKBSR English. Universiti Malaya, Petaling Jaya.

Donegan, M. M. (2001). The views of teachers on assessment: A comparison of lower

andupper elementary teachers. Journal of Research in Childhood Education, 15(2).

17

Page 18: Laporan Sukan Tahunan 2014

Gronlund, N. E. (2006). Assessment Of Student Achievement (8th ed.). Boston:

Pearson Education, Inc.

Marso, R. N., & Pigge, F. L. (1988a). An Analysis of Teacher-Made Tests: Testing

Practices,Cognitive Demands, and Item Construction Errors. Paper presented at the

Annual Meeting Of The National Council On Measurement In Education.

Marso, R. N., & Pigge, F. L. (1988b). Standardized and Competency Testing Programs:

Classroom Teachers' Needs and Proficiencies as Viewed by Principals and

Supervisors. Paper presented at the Annual Meeting Of The Midwestern Educational

Research Association.

McMillan, J. H. (2000). Fundamental assessment principles for teachers and school

administrators. Practical Assessment, Research & Evaluation, 7(8).

McMillan, J. H. (2008). Assessment Essentials For Standard-Based Education (2nd

ed.).California: Corwin Press.

LAMPIRAN

SLAID PEMBENTANGAN KUMPULAN

18

Page 19: Laporan Sukan Tahunan 2014

.

19