contoh laporan khidmat masyarakat pendidikan sivik ting

Upload: noor-hafizah-ishak

Post on 14-Apr-2018

287 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Contoh Laporan Khidmat Masyarakat Pendidikan Sivik Ting

    1/7

    Contoh Laporan Khidmat Masyarakat Pendidikan Sivik Ting. 2

    undefinedundefined

    Contoh muka hadapan :

    PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT PENDIDIKAN SIVIK DAN

    KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

    Tema : Hidup Bermasyarakat

    Nama Projek : Projek mengindahkan kawasan sekolah

    Tarikh Pelaksanaan Projek : 2 Ogos 2011

    Tempat : Kelas ______

    Guru Penasihat : En. Muhamad Zul-Majdi Bin Dzulkifli

    Ahli Kumpulan Projek :

    Pengerusi : _______________________

    Setiausaha : _______________________

    Bendahari : _______________________

    AJK : _______________________

    _______________________

    _______________________

    -------------------------------------------------------------------------------------

    Contoh Kandungan :

    KANDUNGAN

    BIL PERKARA MUKA SURAT

    1 OBJEKTIF

    2 PERANCANGAN

    3 BELANJAWAN PROJEK

    4 KERJA AMALI

    5 REFLEKSI

    6 CADANGAN DAN KOMEN

    http://cikguzulmajdi.blogspot.com/2011/09/contoh-laporan-khidmat-masyarakat.htmlhttp://cikguzulmajdi.blogspot.com/2011/09/contoh-laporan-khidmat-masyarakat.html
  • 7/30/2019 Contoh Laporan Khidmat Masyarakat Pendidikan Sivik Ting

    2/7

    7 PENGHARGAAN

    8 GAMBAR

    9 RUJUKAN

    10 LAMPIRAN :

    BORANG REFLEKSI INDIVIDU

    MINIT MESYUARAT

    LAPORAN KERJA AMALI

    CARTA GANTT

    -------------------------------------------------------------------------------------

    Contoh objektif projek :

    OBJEKTIF

    i) Mengeratkan hubungan persaudaraan antara pelajar-pelajar kelas 2 ___

    melalui aktiviti yang melibatkan saling bekerjasama dan percaya-mempercayai

    antara satu sama lain.

    ii) Bergotong-royong membersihkan dan menceriakan kawasan kelas supaya

    lebih selesa dan kondusif .

    iii) Memberi perangsang dan motivasi kepada ahli kelas melalui aktiviti melukis

    mural berkenaan semangat patriotik dan penyemaian amalan membaca

    -------------------------------------------------------------------------------------

    http://2.bp.blogspot.com/-vUvTfjDUdFY/ToPkzqwEbAI/AAAAAAAAAHw/lp0JQlP5r2c/s1600/DSC_0431.JPG
  • 7/30/2019 Contoh Laporan Khidmat Masyarakat Pendidikan Sivik Ting

    3/7

    Contoh perancangan :

    PERANCANGAN

    Projek ini telah dirancang sejak bulan Julai 2011. Perancangan awal

    dilakukan supaya projek ini bejalan lancar. Pemilihan projek ini dicadangkan oleh

    ahli kumpulan berdasarkan aktiviti dalam tema Hidup Bermasyarakat Tingkatan 2.

    Idea ini tercetus atas cadangan Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

    sebagai salah satu usaha untuk mengindahkan kawasan sekolah.

    Pelbagai pihak telah terlibat dalam menjayakan projek ini. Keinzinanpengetua dan sokongan guru penasihat banyak membantu kami dalam merancang

    projek ini. Sebagai salah satu usaha untuk menambah motivasi pelajar-pelajar

    kelas ini guru penasihat telah mencadangkan agar aktiviti melukis mural dijalankan

    dengan menulis kata-kata motivasi ataupun kata-kata yang dapat memupuk

    semangat patriotisme.

    Beberapa mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan untuk menyelaraskan

    projek ini. Setiap keputusan mesyuarat dan perjumpaan telah diminitkan (Rujuk

    Lampiran I). Perlantikan AJK dan agihan tugas dilakukan secara adil dan saksama

    bagi setiap ahli kumpulan. Anggaran pendapatan dan perbelanjaan dibuat agar

    projek ini tidak melebihi pendapatan yang ada. Berikut adalah anggaranbelanjawan bagi perjalanan projek ini.

    -------------------------------------------------------------------------------------

    Contoh belanjawan :

    BELANJAWAN PROJEK MENGINDAHKAN KAWASAN SEKOLAH

    Pendapatan RM Perbelanjaan RM

    Sumber Paniti Sivik

    Sumber Ahli

    -

    RM12

    Cat

    Berus Lukisan

    Kertas A4

    -

    RM2

    RM2

  • 7/30/2019 Contoh Laporan Khidmat Masyarakat Pendidikan Sivik Ting

    4/7

    Binding

    Fotokopi

    Gambar

    Printing

    RM2

    RM2

    RM2

    RM2

    JUMLAH RM12 JUMLAH RM12

    -------------------------------------------------------------------------------------

    Contoh laporan kerja amali :

    KERJA AMALI

    Pada 2 Ogos 2011, kami seramai 6 orang telah bermesyuarat dan membuat

    pembahagian tugas. Kami juga telah merancang dan memilih kata-kata yang sesuai

    bagi menghiasi projek khidmat masyarakat ini. Kami telah sepakat memilih kata-

    kata berikut yang akan dilukis pada dinding kelas kami:

    PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

    Sepanjang minggu bermula dari 2 Ogos 2011 sehingga 5 Ogos 2011 kami

    telah menjalankan aktiviti melakar mural supaya aktiviti mewarna akan jadi lebih

    kemas dan lancar. Aktiviti melukis mural ini juga merupakan salah satu aktiviti bagi

    pelajar-pelajar tingkatan 2 sempena minggu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

    Sekolah. Kami sangat berbangga kerana melalui aktiviti ini para pelajar dapat

    mencurahkan bakti dalam usaha mengindahkan kawasan sekolah yang tercinta ini.

    Kami berharap agar projek ini mencapai objektif yang telah ditetapkan

    selain menyuburkan budaya gotong-rotong dikalangan golongan remaja khususnyapara pelajar.

    -------------------------------------------------------------------------------------

    Contoh refleksi :

    REFLEKSI

  • 7/30/2019 Contoh Laporan Khidmat Masyarakat Pendidikan Sivik Ting

    5/7

    Setiap ahli kumpulan telah membuat refleksi tentang kejayaan projek ini

    dari awal hingga akhir projek dijalankan. Kami juga memberikan cadangan untuk

    menambahbaik pelaksanaan projek dalam khidmat masyarakat dalam masa-masa

    hadapan. Setiap ahli kumpulan telah membuat catatan refleksi masing-masing.(Sila rujuk Lampiran V).

    -------------------------------------------------------------------------------------

    Contoh cadangan dan komen :

    CADANGAN DAN KOMEN

    Pada keseluruhannya, projek ini boleh dianggap berjaya berpandukan hasilaktiviti melukis mural di kelas kami. Daripada pemerhatian kami, suasana kelas

    bertambah ceria dan persahabatan antara pelajar-pelajar kelas ini semakin erat

    melalui aktiviti gotong-royong yang telah dijalankan.

    Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa banyak faedah telah kami

    perolehi dari projek ini. Di antaranya kami dapat:

    Mengetahui kaedah mengadakan dan mengendali mesyuarat.

    Mengetahui teknik-teknik menulis minit mesyuarat.

    Memahami peraturan-peraturan mesyuarat.

    Memupuk semangat kerjasama dikalangan ahli.

    Menjadikan sesuatu kerja itu lebih mudah dan cepat disiapkan

    Menjimatkan masa, wang ringgit dan tenaga melalui aktiviti gotong-

    royong

    Mengeratkan hubungan persaudaraan antara ahli kumpulan, saling

    bekerjasama dan percaya-mempercayai.

    Mendidik generasi muda tentang kepentingan gotong-royong dan

    kenapa perlu dikekalkan

    Membentuk peribadi dan yang luhur dalam kalangan masyarakat

  • 7/30/2019 Contoh Laporan Khidmat Masyarakat Pendidikan Sivik Ting

    6/7

    Walaubagaimanapun, masih terdapat kelemahan yang boleh diperbaiki seperti :

    Peruntukan kewangan yang terhad.

    Kesuntukan masa semasa menjalankan aktiviti.

    Semangat kerja berpasukan dan kerjasama antara ahli merupakan punca utama

    kejayaan projek ini. Tidak lupa juga sokongan padu daripada pihak pengetua dan

    guru penasihat, ibu bapa serta ahli kumpulan yang mendorong kami lebih yakin

    untuk merealisasikan projek ini.

    Kami ingin mencadangkan supaya di masa akan datang diadakan kempen-

    kempen kesedaran mengenai pentingnya amalan gotong-royong dalam kehidupan

    sehari-harian. Penekanan adalah lebih kepada golongan remaja khususnya pelajar-

    pelajar sekolah. Di harap aktiviti gotong-royong akan terus subur di kalangan

    warga sekolah, jiran tetangga dan juga masyarakat amnya.

    --------------------------------------------------------------------------------------

    PENGHARGAAN

    Pihak kami ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasihkepada pengetua, guru penasihat, guru kelas dan ibu bapa kerana memberi

    sokongan untuk menjayakan projek ini.

    Ahkir kata, pihak kami mengharapkan projek khidmat masyarakat pada masa

    depan benar-benar memberikan sumbangan kepada masyarakat. Pihak kami juga

    berasa sunguh gembira kerana telah menyumbang sesuatu kepada masyarakat

    setempat.

    Sekian, terimakasih.

    Laporan disediakan oleh:

  • 7/30/2019 Contoh Laporan Khidmat Masyarakat Pendidikan Sivik Ting

    7/7

    Tandatangan

    ( Nama Setiausaha )

    Setiausaha,

    Projek Mengindahkan Kawasan Sekolah,

    SMK Dato Abdul Rahman Andak,

    Simpang Renggam, Johor.