contoh contoh refleksi

6
Refleksi 1 - Seminar Isu-isu Pendidikan (PPP 6083) GLOBALISASI DAN IMPLIKASI KEPADA PENDIDIKAN Pada 17 Julai 2010 kumpulan 1 telah membentangkan tugasan mereka yang pertama bertajuk globalisasi dan implikasi kepada pendidikan. Selepas perbincangan tajuk ini, dapat saya rumuskan bahawa globalisasi merupakan satu cara hidup yang tidak mempunyai sempadan dan saling berkait antara satu sama lain. Walaupun kesannya lebih kepada ekonomi, tetapi dalam bidang pendidikan, globalisasi banyak juga memberi kesan-kesan yang positif dan negatif. Gelombang globalisasi ini berkembang dengan pantas akibat daripada perkembangan teknologi seperti internet, multimedia dan elektronik. Apa yang saya lihat dalam perbincangan ini ialah implikasi negatif yang berlaku akibat globalisasi seperti yang dinyatakan oleh kumpulan ini iaitu peminggiran Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, pendidikan negara terbuka kepada dunia luar dan penkomersilan pendidikan. Jika kita pandang dari sudut yang berlainan, implikasi ini sebenarnya adalah implikasi yang positif. Contohnya, penggunaan Bahasa Inggeris yang di jadikan medium pengantar di kebanyakan kolej swasta bukan meminggirkan Bahasa Melayu pada pandangan saya. Adalah baik jika kita menggunakan Bahasa Inggeris kerana kehendak pasaran di luar memerlukan pelajar-pelajar menguasai bahasa tersebut dengan sempurna jika mereka mahu bersaing dengan rakan-rakan mereka. Dalam proses pembelajaran juga, kebanyakan maklumat-maklumat terutamanya dalam bidang kejuruteraan, perubatan dan lain-lain adalah dalam Bahasa Inggeris. Penubuhan banyak cawangan universiti-universiti luar negara di negara kita seperti Monash Universiti, Nottengham Universiti dan lain-lain memberi impak positif dari segi ekonomi negara. Pelajar-pelajar dari serantau boleh datang ke Malaysia untuk menyambung pengajian mereka di sini. Pelajar-pelajar kita juga yang tidak mampu untuk melanjutkan pengajian mereka ke universiti luar negara boleh menyambungnya di universiti-universiti cawangan yang ada di sini sekaligus ia dapat menjimatkan wang perbelanjaan mereka. Dari segi kurikulum,

Upload: rozhan-zakaria

Post on 20-Jun-2015

16.586 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh contoh refleksi

Refleksi 1 - Seminar Isu-isu Pendidikan (PPP 6083)

GLOBALISASI DAN IMPLIKASI KEPADA PENDIDIKAN

Pada 17 Julai 2010 kumpulan 1 telah membentangkan tugasan mereka yang pertama bertajuk globalisasi

dan implikasi kepada pendidikan.

Selepas perbincangan tajuk ini, dapat saya rumuskan bahawa globalisasi merupakan satu cara hidup

yang tidak mempunyai sempadan dan saling berkait antara satu sama lain. Walaupun kesannya lebih

kepada ekonomi, tetapi dalam bidang pendidikan, globalisasi banyak juga memberi kesan-kesan yang

positif dan negatif. Gelombang globalisasi ini berkembang dengan pantas akibat daripada perkembangan

teknologi seperti internet, multimedia dan elektronik.

Apa yang saya lihat dalam perbincangan ini ialah implikasi negatif yang berlaku akibat globalisasi seperti

yang dinyatakan oleh kumpulan ini iaitu peminggiran Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar,

pendidikan negara terbuka kepada dunia luar dan penkomersilan pendidikan. Jika kita pandang dari

sudut yang berlainan, implikasi ini sebenarnya adalah implikasi yang positif. Contohnya, penggunaan

Bahasa Inggeris yang di jadikan medium pengantar di kebanyakan kolej swasta bukan meminggirkan

Bahasa Melayu pada pandangan saya. Adalah baik jika kita menggunakan Bahasa Inggeris kerana

kehendak pasaran di luar memerlukan pelajar-pelajar menguasai bahasa tersebut dengan sempurna jika

mereka mahu bersaing dengan rakan-rakan mereka. Dalam proses pembelajaran juga, kebanyakan

maklumat-maklumat terutamanya dalam bidang kejuruteraan, perubatan dan lain-lain adalah dalam

Bahasa Inggeris.

Penubuhan banyak cawangan universiti-universiti luar negara di negara kita seperti Monash Universiti,

Nottengham Universiti dan lain-lain memberi impak positif dari segi ekonomi negara. Pelajar-pelajar dari

serantau boleh datang ke Malaysia untuk menyambung pengajian mereka di sini. Pelajar-pelajar kita juga

yang tidak mampu untuk melanjutkan pengajian mereka ke universiti luar negara boleh menyambungnya

di universiti-universiti cawangan yang ada di sini sekaligus ia dapat menjimatkan wang perbelanjaan

mereka. Dari segi kurikulum, tidak menjadi masalah kerana kurikulumnya adalah sama dengan kurikulum

di universiti induk tersebut.

Page 2: Contoh contoh refleksi

Tetapi, kita perlu ingat, pengkomersilan pendidikan ini telah menafikan konsep pendemokrasian

pendidikan negara. Seperti yang kita tahu, untuk memasuki IPT swasta, mereka memerlukan

perbelanjaan yang banyak dan kebanyakan golongan bumiputera tidak mampu untuk menghantar anak-

anak mereka melanjutkan pengajian mereka di IPT swasta. Dan hanya lebih kurang 20% sahaja bilangan

pelajar bumiputera di IPT swasta berbanding ratusan ribu pelajar keseluruhannya. Jika perkara ini tidak di

bending, ia akan meluaskan jurang antara golongan bumiputera dengan golongan bukan bumiputera dan

kesannya nanti membawa kepada keadaan di mana hanya orang kaya sahaja yang berpeluang untuk

menikmati pendidikan di peringkat tinggi, manakala golongan bumiputera dinafikan haknya. Ia

bertentangan dengan dasar kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat berilmu tanpa mengira latar

belakang agama dan bangsa.

Secara kesimpulannya, pada pandangan saya, setiap perkara yang berlaku mempunyai pro dan kontra

nya, baik dan buruknya. Apa yang penting, kita harus sedaya upayanya mempersiapkan diri kita untuk

menghadapi cabaran-cabaran yang akan mendatang dan ambil perkara yang baik dan tolak yang

buruk.Sekian

Page 3: Contoh contoh refleksi

Refleksi 2 - Seminar Isu-isu Pendidikan (PPP 6083)

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP)

Pada 7 Ogos 2010 kumpulan 2 telah membentangkan tugasan mereka yang pertama bertajuk Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan.

Selepas perbincangan tajuk ini, dapat saya rumuskan bahawa pelan induk pembangunan pendidikan

(2006-2010) yang bakal berakhir pada akhir tahun ini menampakkan matlamat untuk memberikan

pendidikan yang berkualiti pada semua belum menjadi kenyataan. Berdasarkan 6 teras yang di

bentangkan oleh ahli kumpulan ini ; membina negara bangsa, membangunkan modal insan,

memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion

keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan, ternyata begitu banyak cabaran dan

halangan-halangan yang kita sendiri masih mencari-cari jalan penyelesaiannya.

Apabila perbincangkan tentang kerangka PIPP di jelaskan oleh pembentang pertama, saya dapati

bahawa terdapat beberapa elemen penting yang termasuk dalam kerangka ini seperti asas

pembangunan, teras asas pembangunan, pendekatan dan faktor kritikal kejayaan. Yang menjadi

persoalan di sini ialah, berkaitan dengan faktor kritikal kejayaan PIPP ini. Dalam kerangka PIPP, dengan

jelas telah dinyatakan terdapat 4 faktor kritikal kejayaan PIPP iaitu kerjasama dan komitmen warga

pendidikan, komitmen dan kerjasama dari pihak berkaitan, sistem penyampaian pendidikan dan sistem

pemantauan dan penilaian. Oleh itu, kejayaan PIPP ini amat bergantung kepada kefahaman dan

komitmen daripada semua warga Malaysia khususnya mereka yang terlibat secara langsung dengan

PIPP sama ada sebagai pengubal mahupun pelaksana dasar tersebut.

Teras PIPP telah dihuraikan dengan baik dalam perbincangan ini. Teras pertama hingga teras keenam

dihuraikan secara terperinci. Berdasarkan kepada pembacaan saya daripada petikan artikel tentang teras

PIPP ini, saya amat bersetuju dengan pandangan bahawa PIPP ini mampu memartabatkan sistem

pendidikan di Malaysia, tetapi seperti yang diperkatakan saya sebelum ini, adakah ia mampu

direalisasikan? Masih menjadi persoalannya.

Di sini saya ulas sedikit tentang antara teras PIPP yang telah dibincangkan. Teras pertama merupakan

kesinambungan dasar yang terdapat dalam kesemua cabaran dalam Wawasan 2020 serta satu teras dari

RMK9. Pembinaan negara bangsa memberikan penumpuan kepada usaha untuk menyatupadukan kaum

Page 4: Contoh contoh refleksi

serta merealisasikan Malaysia ke arah negara maju menjelang 2020. Teras kedua bertujuan untuk

melahirkan anak bangsa yang berpengetahuan dan berkepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga

dalam pelbagai jenis pekerjaan. Satu perkara yang penting dalam teras ini ialah pada fokusnya untuk

memantapkan sistem penaksiran dan penilaian supaya menjadi lebih holistik kerana pada masa ini, kita

lebih menjadikan peperiksaan awam sebagai kayu ukur kepada kejayaan pelajar. Sistem penilaian dan

pentaksiran berasaskan sekolah perlu diperkasakan dan dalam pada masa yang sama, pihak berkenaan

harus mencari mekanisme yang betul untuk melaksanakan penilaian dan pentaksiran berasaskan

sekolah ini dengan lebih telus, adil dan saksama.

Satu teras yang menarik dan berkait rapat dengan guru ialah teras kelima yang merupakan penyumbang

utama kepada kemajuan sesebuah negara dan guru memainkan peranan penting bagi memastikan

kejayaan ini. Program-program pemantapan kerjaya guru perlu diberi perhatian serta penambahan

jawtaan serta peluang naik pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Kementerian,

Jabatan dan Pejabat Daerah perlu diperluaskan serta menambahbaik persekitaran kerja dan prihatin

terhadap kebajikan guru-guru melalui penambahbaikan sistem pemilihan dan persekitaran kerja guru,

memantapkan latihan perguruan, kerjaya, perancangan dan pengurusan sumber manusia.

Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan pada hari ini menuntut perubahan

perspektif masyarakat terhadap profesion perguruan. Profesion perguruan tidak boleh dianggap sebagai

satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti,

keterampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Peredaran

masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion perguruan termasuk pengubahsuaian fungsi

dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada pelajar telah bertukar

kepada guru sebagai pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P), ejen perubahan dan

sumber inspirasi kepada pelajar.

Pada kesimpulannya, isu dan cabaran utama yang dihadapi dalam merealisasikan pelaksanaan PIPP ini

adalah masa terlalu singkat iaitu hanya lima tahun sahaja. Adakah dengan masa yang diberi ini kita boleh

melaksanakan keenam-enam teras PIPP ini? dengan kekangan masa, kewangan dan sumber mungkin ia

tidak dapat dijayakan. Tetapi saya mencadangkan supaya PIPP ini dimurnikan dan dijadikan satu pelan

strategik jangka masa panjang dan dalam kerangkanya nanti, selitkan juga langkah-langkah untuk

mengatasi faktor-faktor kritikal kejayaan.

Page 5: Contoh contoh refleksi