contoh buku manual

6
Pengenalan Portable Snooker Portable snooker sebenarnya adalah projek membina meja snuker untuk kanak-kanak dalam lingkungan usia 5 tahun. Saiz meja snuker tersebut semestinya khas dan sesuai untuk kanak-kanak yang masih kecil. Ciri keselamatan dan mesra alam merupakan ciri-ciri utama produk ini. Produk ini juga sudah semestinya mudah dibawa ke mana-mana sahaja serta kaedah penyimpanannya yang mudah. Bahan-bahan Bahan-bahan utama dalam membina meja snuker ini ialah bahan yang mesra alam iaitu kayu formika, kayu kanbe, pengilat kayu, karpet, engsel, dan jaring. Selain itu, kami telah menambah beberapa peralatan untuk melengkapkan projek kami sebagai satu permainan dalaman. Antara peralatan yang diperlukan untuk projek kami ini ialah bola snuker, kayu snuker, dan snooker triangle. Kesemua bahan yang digunakan adalah bahan yang selamat untuk penggunaan kanak-kanak, iaitu bahan yang tiada toksid, mahupun bahan-bahan kimia yang berbahaya. Keselamatan Kanak-kanak merupakan golongan yang perlu diambil kira tentang keselamatan mereka. Sehubungan dengan itu, dalam proses pembuatan projek kami ini, faktor keselamatan menjadi faktor yang paling kami utamakan. Contohnya seperti jenis bahan dan saiz

Upload: maisarah-azmi

Post on 24-Jul-2015

243 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

contoh buku manual

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Buku Manual

Pengenalan Portable Snooker

Portable snooker sebenarnya adalah projek membina meja snuker untuk kanak-kanak dalam

lingkungan usia 5 tahun. Saiz meja snuker tersebut semestinya khas dan sesuai untuk kanak-

kanak yang masih kecil. Ciri keselamatan dan mesra alam merupakan ciri-ciri utama produk ini.

Produk ini juga sudah semestinya mudah dibawa ke mana-mana sahaja serta kaedah

penyimpanannya yang mudah.

Bahan-bahan

Bahan-bahan utama dalam membina meja snuker ini ialah bahan yang mesra alam iaitu kayu

formika, kayu kanbe, pengilat kayu, karpet, engsel, dan jaring. Selain itu, kami telah

menambah beberapa peralatan untuk melengkapkan projek kami sebagai satu permainan

dalaman. Antara peralatan yang diperlukan untuk projek kami ini ialah bola snuker, kayu

snuker, dan snooker triangle. Kesemua bahan yang digunakan adalah bahan yang selamat

untuk penggunaan kanak-kanak, iaitu bahan yang tiada toksid, mahupun bahan-bahan kimia

yang berbahaya.

Keselamatan

Kanak-kanak merupakan golongan yang perlu diambil kira tentang keselamatan mereka.

Sehubungan dengan itu, dalam proses pembuatan projek kami ini, faktor keselamatan menjadi

faktor yang paling kami utamakan. Contohnya seperti jenis bahan dan saiz yang digunakan

untuk aksesori bagi permainan ini terutamanya bola snuker. Kami telah menitikberatkan tentang

saiz bola snuker agar kemungkinan berlaku kemalangan dapat dikurangkan dan diminimakan

kerana seperti yang kita ketahui bahawa kanak-kanak gemar memasukkan sesuatu ke dalam

mulut mereka tanpa mereka berfikir. Oleh hal yang demikian, bagi mengelakkan sesuatu yang

tidak diingini dari berlaku kami telah memilih saiz bola yang bersaiz sederhana. Selain itu juga,

kami telah menitikberatkan tentang bahan kimia yang digunakan serta cuba mencari bahan yang

selamat dan sesuai bagi kanak-kanak agar tidak berlaku keracunan. Kayu yang digunakan juga

telah dilicinkan dan dikilatkan agar semilu kayu tidak akan mencederakan kanak-kanak tanpa

Page 2: Contoh Buku Manual

sengaja. Setelah semua ciri-ciri keselamatan diambil kira untuk permainan ini, kami yakin

bahawa ibu bapa tidak akan teragak-agak untuk membeli permainan ini untuk anak mereka.

Page 3: Contoh Buku Manual

UKURAN PORTABLE SNOOKER ( 3 D)

Page 4: Contoh Buku Manual

UKURAN PORTABLE SNOOKER ( 2 D)

Page 5: Contoh Buku Manual

LAKARAN PORTABLE SNOOKER