contoh buku program pibg

42
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010 1 Perkara m/s Kata-kata aluan daripada 2 Yang Dipertua PIBG Kata-kata aluan daripada 3 Pengetua SMK Seri Kundang Aturcara Majlis 4 AJK Pelaksana Mesyuarat 5 Agung PIBG 2010 Agenda Mesyuarat 7 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-6 8 Laporan Kegiatan Tahunan PIBG 21 Sesi 2009 /2010 Laporan Kewangan PIBG 2009 25 Lampiran Takwim Aktiviti 30 SMK Seri Kundang 2010 Analisa PMR 2009 31 Pelajar Cemerlang PMR 2009 33 Jawatankuasa PIBG 2009/2010 34 Jawatankuasa PIBG 2010/2011 35 Cadangan /Usul 36 KANDUNGAN

Upload: as-mozac

Post on 30-Dec-2014

589 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

dsd

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

1

Perkara m/s

Kata-kata aluan daripada 2

Yang Dipertua PIBG

Kata-kata aluan daripada 3

Pengetua SMK Seri Kundang

Aturcara Majlis 4

AJK Pelaksana Mesyuarat 5

Agung PIBG 2010

Agenda Mesyuarat 7

Minit Mesyuarat Agung PIBG

kali ke-6 8

Laporan Kegiatan Tahunan PIBG 21

Sesi 2009 /2010

Laporan Kewangan PIBG 2009 25

Lampiran

Takwim Aktiviti 30

SMK Seri Kundang 2010

Analisa PMR 2009 31

Pelajar Cemerlang PMR 2009 33

Jawatankuasa PIBG 2009/2010 34

Jawatankuasa PIBG 2010/2011 35

Cadangan /Usul 36

KANDUNGAN

Page 2: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

KATA-KATA ALUANYang Dipertua PIBG Sesi 2009/2010

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.

Segala pujian tertentu bagi Allah, tuhan sekalian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya serta para sahabatnya. Dalam kesempatan ini, ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya jua dapat saya mencoretkan sepatah dua kata dalam ruangan ini.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan wadah yang bertanggungjawab memikul amanah membantu menggilap kecemerlangan anak-anak dan memperkasakan SMK Seri Kundang. Komitmen yang padu dalam kalangan anggota PIBG akan menjanjikan kejayaan dan kepuasan bagi melahirkan insan cemerlang iaitu bangsa Malaysia yang bertanggungjawab dan berbakti untuk agama, nusa, dan bangsa . Sebuah sekolah yang mencapai kejayaan yang melebihi sasaran dalam bidang akademik dan kokurikulum sesungguhnya disokong oleh kemantapan PIBG. Melalui PIBG, diharap semua pihak dapat mencambahkan idea-idea bernas serta buah fikiran yang berupaya meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum SMK Seri Kundang bagi melahirkan insal kamil yang bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Saya yakin bahawa segala program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jaya. Semua pihak khususnya PIBG haruslah memainkan peranan yang lebih efektif untuk kecemerlangan murid-murid dan SMK Seri Kundang. Marilah kita sama-sama mendokong dan membuat perancangan rapi bagi memajukan PIBG SMK Seri Kundang selari dengan perubahan arus perdana hari ini. Usaha-usaha dan penambahbaikan berterusan perlu dilakukan segera agar kita tidak akan ketinggalan. Kesepaduan dalam permuafakatan yang tinggi daripada warga PIBG SMK Seri Kundang amat diperlukan bagi menjayakan setiap program yang akan dilaksanakan nanti.Moga budaya kerja cemerlang sentiasa direalisasikan.

Akhir kata, saya amat berharap barisan peneraju PIBG yang baru dilantik sesi 2010/2011 bersikap proaktif dalam merangka dan melaksana program PIBG yang mampu menjana kecemerlangan SMK Seri Kundang. Memandangkan saya tidak lagi bertanding jawatan YDP setelah memegang jawatan ini mulai sesi 2006/2007, saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama serta memohon maaf jika ada kesilapan dan kesalahan yang telah berlaku.

Sekian, terima kasih.

(TUAN HAJI ABD AZIZ BIN MD YATIM PPN, PPT) Yang Dipertua PIBG SMK Seri Kundang 2009/2010

KATA-KATA ALUANPengetua SMK Seri Kundang

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

2

Page 3: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Seri Kundang kali ke-7. Syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2010 yang telah berusaha secara bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini. Jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG dan ibu bapa yang dapat hadir pada mesyuarat kali ini.

Pendidikan merupakan satu pelaburan yang menjadi penanda aras kepada kecemerlangan sesebuah sekolah. Justeru misi sekolah adalah untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti memenuhi aspirasi negara Malaysia . SMK Seri Kundang telah merangka satu perancangan strategik bagi tempoh lima tahun (2010-2014). Demi melahirkan modal insan yang cemerlang, visi sekolah ialah SMK Seri Kundang menjadi sekolah cemerlang di Zon Kuang menjelang 2014 diharap dapat digapai sama ada dalam bidang akademik, kokurikum mahupun sahsiah pelajar. Justeru, PIBG perlu menunjukkan inisiatif serta komitmen yang tinggi dan memikul tanggungjawab dengan penuh iltizam dan azam yang kental dalam usaha menjana kecemerlangan sekolah . Oleh itu, atas rasa tanggungjawab dan kebersamaan yang padu , PIBG mampu melahirkan sesuatu yang bernilai dan bermakna demi mencapai kecemerlangan anak-anak di SMK Seri Kundang.

Sesungguhnya, murid-murid hari ini perlu dilengkapi dengan kecekapan global dalam menyelesaikan sebarang masalah ruang lingkup persekitaran budaya silang (cross cultural environment). Menyedari perubahan ini, maka peranan PIBG cukup hebat dalam membantu pihak sekolah menjana personaliti cemerlang dan masa depan yang cerah untuk anak-anak SMK Seri Kundang pada abad 21. Sokongan padu ibu bapa dan komuniti setempat melalui PIBG untuk menyumbang idea, material, sokongan moral dan tenaga demi kemajuan anak-anak kita menjadi permulaan yang positif dan diharapkan akan menjadi suatu kesinambungan kecemerlangan untuk warga SMK Seri Kundang. Misi dan visi sekolah dapat direalisasikan seandainya PIBG membulatkan tekad , memperteguh muafakat dan berusaha secara sepadu.

Akhirulkalam, semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredaan Allah S.W.T hendaknya. PIBG dan sekolah perlu bersikap bagai aur dengan tebing demi menjamin kejayaan agenda pendidikan. Lantaran itu diharap PIBG SMK Seri Kundang terus mara dan proaktif dalam usaha merealisasikan visi dan misi sekolah seterusnya mencipta kegemilangan SMK Seri Kundang.

Sekian, terima kasih.

(PN.HAJAH NORAIZAN BT BRAHIM)Pengetua SMK Seri Kundang

3

8.00 pagi - Pendaftaran

- Ketibaan ibu bapa

- Taklimat SKOR A

9.00 pagi - Ketibaan tetamu jemputan

9.15 pagi - Bacaan Doa

- Ucapan alu-aluan Pengetua

- Ucapan YDP PIBG

- Ucapan Perasmian oleh tetamu Jemputan

- Persembahan multimedia

- Penyampaian Cenderamata kepada AJK PIBG Sesi 2009/2010

- Jamuan Ringan

- Mesyuarat Agung PIBG bermula

12.30 tengahari - Bersurai

8.00 pagi - Pendaftaran

- Ketibaan ibu bapa

- Taklimat SKOR A

9.00 pagi - Ketibaan tetamu jemputan

9.15 pagi - Bacaan Doa

- Ucapan alu-aluan Pengetua

- Ucapan YDP PIBG

- Ucapan Perasmian oleh tetamu Jemputan

- Persembahan multimedia

- Penyampaian Cenderamata kepada AJK PIBG Sesi 2009/2010

- Jamuan Ringan

- Mesyuarat Agung PIBG bermula

12.30 tengahari - Bersurai

ATURCARA MAJLISATURCARA MAJLIS

Page 4: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-7 SMK SERI KUNDANG

AJK INDUK

Pengerusi : Pn Hajah Noraizan bt Brahim (Pengetua)Naib Pengerusi : Pn Hajah Jamaliah bt Abu (Penolong Kanan)

: En Pazir b. Zainuddin (PK HEM): Pn Suhaida bt Shamsuddin (PK Koku)

Setiausaha : Pn Masliza bt ShahadanPen. Setiausaha : Pn Julaina bt ManhuriBendahari : Pn Salina bt GhaffarPen. Bendahari : Pn Wizana bt Moktie

Protokol dan Sambutan VIP & Ibubapa

1. Pn Nen Fadzilah bt Hashim(K)

Buku Program

1. Pn Faizah Nor Binti Abdullah(K)

4

Page 5: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

2. Pn Noraini bt Mohamad3. Pn Zamiah bt Ab Ghani4. Pn Ramlah bt C.P Veeravu5. Tuan Haji Ab Aziz b Md Yatim PPN, PPT (YDP)6. En Sarjuni b Maksud(NYDP)7. En Mazlan b Hj Bakri (AJK)8. En Ghazali b Ismail, BSD (AJK)9. En Mohd Hassan b Ramlan(AJK)10. Pn Nor Hanizah bt Jamaludin (AJK)11. Pn Salasiah bt Disa (AJK)12. En Wan Tai Tong (AJK)13. Pn Nootrah bt Abdullah (AJK)14. En Mohd Johan b Abdullah (Pemeriksa Kira-kira)15. Pn Norita bt Abdul Latiff (Pemeriksa Kira-kira)

Persiapan dewan sebelum1. Pn Noraini bt Zahari(K)2. Pn Noreeda bt Hashim3. Pn Shaharom bt Ahmad4. Cik Norlaila bt Mansor

Urus sofa dan meja VIP sebelum 1. Pn Nor Eshah bt Abdull 2. Pn Wizana bt Moktie

2. Pn Nolida bt Ahmad Markeh (Kata-kata aluan Pengetua & YDP)

3. Pn Michele Geraldine Carvalho4. Pn Suraya bt Md Ali5. Pn Mas Azila bt Amat6. Nik Shazwani bt Wan Mohd

Sidik7. Jenny anak Mew

Persembahan Multimedia 1. Pn Mazilah bt Ishak (K)2. Pn Suhana bt Ibrahim

Bacaan Doa Ustaz Nizam b. Abdul Hamid

Juruacara1. Pn Noor Liza bt Pamuji(K)2. Cik Azizah bt Arifin

Jemputan Ibubapa & Merumus Usul/Cadangan Ibu bapa

1. Pn Fadzilah bt Abdullah (K)2. Pn Siti Azlina bt Saari3. Cik Mazidah bt Abd Samad4. Pn Muslimah bt Hussin

Persiapan Untuk Mesyuarat Agung PIBG selepas perasmian

1. Pn Anita Rose bt Md Yang Ghazali(K)2. Cik Maimunah bt Muhamad3. Pn Rohana bt Abdullah4. Pn Nur Suhanawati Hussein

Mengemas dewan selepas majlis 1. Pn Nasriah bt Abu (K)2. Pn Noraini bt Ramdan3. En Ahmad Bistamam b Mahmud4. Cik Nik Siti Noor Hidayah 5. En Saiful Anuar b Haron

Pencatat Minit1. Pn Suriani bt Sulaiman (K)2. Pn Noorziah bt Husain6. Pn Fauziah bt Ahmad3. Pn Khadijah bt Abd Wahab

(Ucapan YDP semasa perasmian)4. Pn Mahani bt Zakaria (Ucapan pengetua & perasmi AGM)

Kebersihan kawasan sekolah sebelum dan selepas majlis

1. Pn.Normala bt Hashim2. Pn.Mazwilla bt Che Othman3. En. Zafifi bin Ideris

Jemputan VIP1. Pn Julaina bt Manhuri2. Pn Nihan bt Ahmad

Trafik dan Keselamatan1. En Rusli bin Abdullah(K)2. En Nazaruddin bin Samori

Kadet Polis

Urus sofa dan meja VIP selepas majlis

1. Pn Zuriazay bt Kamaruddin 2. Pn Zurina bt Hassan

Pendaftaran Ibubapa dan Guru1. Pn Zubaidah bt Mat Latif (K)2. Pn Marina bt Chik 3. Pn Sharipah Nor Fatimah bt

Syed Ahmad4. Cik Eda Nurnasaliza bt Abdullah5. Cik Nur Hafizah bt Ismail

Puteri Islam

Perhiasan Pentas dan “Back-drop”1. Pn Normasduha bt Ajis(K)2. Pn Fatimah bt Othman3. Pn Rusyati bt Omar

Kelab Seni Kreatif

Sumbangan Derma Kilat1. Pn Pn Hamidah bt Baie(K)2. Pn Haryati bt Hashim

Jurukira undi/ Pencatat papan putih

5

Page 6: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

3. Pn Mariani bt Jusoh4. Cik Malini Deepa

Siaraya1. En Ahmad b Che Yunus(K)2. En Mohd Kamarul Ariffin b Basri

AJK Siaraya

Cenderamata & Cabutan Bertuah1. Pn Che Radziah bt Yaacub(K)2. Pn Razawati bt Kalimi3. Cik Nur Hafiza bt Ismail

4. Cik Norhaslin bt Mustafa

Sijil Pn Salehah bt Hashim

Fotografi & Dokumentasi1. Pn Mazura bt Ab Salam(K)2. Pn Nurjuliana Hidayah Oh bt Abdullah

Kelab Fotografi

1. Pn Norashikin bt Yusoff(K)2. Pn Hasliza bt Abu Bakar3. Cik Noor Azilawati bt Mohd Arif4. Cik Siti Fatimah bt Mohd Asri5. Cik Amyasma bt Mohammed

Jamuan VIP & Ibubapa1. Pn Noriah bt Basid(K)2. Pn Fildza bt Ab Razak3. Pn Rukmony a/p Shunmugam Pandu Puteri

Seranta & Publisiti1. En Mohammad Fauzie b

Sahlan(K) 2. En Abd Rahman b Mohd Noor

Semua AJK PIBG (Ibu Bapa)

6

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG

KALI KE-7

Ucapan Yang DiPertua PIBG

Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali

Ke-6 2009

Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan

1 Januari 2009 – 31 Disember 2009

Pembubaran Ahli Jawatankuasa Sesi 2009/2010

Pelantikan Ahli Jawatankuasa Sesi 2010/2011

Memilih 2 orang Juru Audit

Membahaskan usul

Usul lisan

Ucapan penangguhan

Page 7: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KUNDANG48020, RAWANG, SELANGOR

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KEENAM2009/2010

TARIKH : 28 FEBRUARI 2009HARI : SABTUMASA : 8.00 PAGITEMPAT : DEWAN SMK SERI KUNDANG

KEHADIRAN:

1. Pn Maimunah binti Hassan (Penasihat)2. Tuan Haji Abd Aziz bin Md Yatim PPN, PPT (YDP)3. Pn Masliza binti Shahadan (Setiausaha)4. Pn Julaina binti Manhuri (Naib Setiausaha)5. Pn Salina binti Ghaffar (Bendahari)

7

Page 8: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

6. Pn Wizana binti Moktie (Naib Bendahari)7. En Mazlan bin Hj Bakri (AJK)8. En Abu Bakar bin Hussin (AJK)9. En Wan Tai Tong (AJK)10. Pn Karsinah binti Samian @ Abdul Karim (AJK)11. Pn Rohana binti Abd Aziz (AJK)12. Pn Che Radziah binti Yaacub (AJK)13. Pn Faizah Nor binti Abdullah (AJK)14. Pn Hamidah binti Baie (AJK)15. Pn Noor Liza binti Pamuji (AJK)16. Pn Fadzilah binti Abdullah (AJK)17. En Zainol Azman bin Mohd Tahir (Pemeriksa kira-kira)18. Tn Hj Abd Aziz bin Ab Ghani (Pemeriksa kira-kira)19. Pn Jamaliah binti Abu (PK Kurikulum)20. Pn Suhaida binti Shamsuddin (PK Kokurikulum)21. Pn Asma binti Shafie22. Pn Mahanem binti Abdul Malik23. Pn Siti Nor binti Ab. Rahman24. En Nazri bin Mohd Sahak25. Pn Norakhma binti Muhd Nor26. Pn Norma binti Hj Yaacob27. Pn Kalsom binti Roslan28. Pn Sandy Sang29. Pn Rogayah bt Menut30. Pn Rogayah binti Menut31. En Ghazali bin Ismail32. Pn Mariam33. Pn Norazizah binti Isa34. Pn Fadzilah binti Jasman35. Pn Noraini binti Kamarudin36. Pn Saedah binti Abd Samad37. Pn Rosnita binti Mawardi38. En Azlan bin Zubir39. Pn Noralizah binti Mohd Ludin40. En Tamerin bin Maujula41. Pn Rohana binti Nayan42. Pn Laili binti Man43. Pn Haslinda binti Ismail44. Pn Norita binti Abdul Latif45. Pn Linda binti Hasam46. Pn Azzah binti Zainuddin47. Pn Sukini binti Ahmad48. Pn Maharom binti Mohd Bakir

49. Pn Hasmah Lili binti A. Malek50. Pn Rohana binti Awang Lah51. Pn Norasah binti Ayeub52. Pn Sapauyah bt Sino53. Pn Salasiah binti Disa54. Pn Zainun binti Pirnadi55. Pn Nor Zuriyati binti Ahmad56. Pn Normah binti Ahmed Sayuti57. Pn Salina binti Kamih58. En Hussin binti Mohd Noor59. Pn Nor Hanizah binti Jamaludin60. En Muatar bin Akmal61. Pn Zuraini binti Daud62. Pn Safiah binti Shahabuddin63. Pn Rosmiah binti Saab64. Pn Yatimah binti Samsuri65. Pn Normah binti Din

66. Pn Roslah binti Asmawi67. En Ab. Ghani bin Mohamed68. En Yazid bin Kasden69. En Kasrin bin Busai70. En Othman bin Mat71. En Mohd Suhaimi bin Kamaruddin72. En Termen bin Ismail73. Pn Noraini binti Karim74. Pn Zulbaidah 75. Pn Norhaya binti Badaridin76. Pn Hasiah binti Ahmad77. Pn Zainon binti Rasip78. Pn Rupiah binti Yatim79. En Abu Bakar bin Kurdi80. Pn Isnaniar binti Saleh81. En Abdul Hakim bin Udin82. Pn Sofiah binti Mat Isa83. Pn Fadzilah binti Shamsudin84. Pn Misriah

8

Page 9: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

85. Pn Rahayu binti Hj Daud86. Pn Rohaya binti Othman87. Pn Sa’edah binti Mustapa88. En Norizan bin Yusop89. Pn Siti Aminah binti Abdullah90. En Mohd Hassan bin Ramlan91. Pn Jarah binti Seman92. En Selvam a/l Ramon93. Pn Nor Faridah94. Pn Che Rozi binti Ahmad95. Pn Hamishah bt Abd Hamid96. Pn Junaidah binti Japar97. En Said bin Hassan98. En Mohd Ariff bin Awang99. En Roslee bin Bahari100. En Chandran a/l Ramdigan101. En Zulfaizal102. En Mohd Johan bin Abdullah103. Mohd Zain bin Pilus104. Pn Azizah binti Shaffie105. En Ahmad Kamal106. En Hairiri bin Ahmad Shah107. Pn Nurleza binti Jamaudin108. En Sarjuni bin Maksud109. Pn Saadiah binti Brahim110. En Mohd Azhar111. En Ibrahim bin Zaid112. Pn Inon bin Yahya113. Pn Pariyem114. Pn Sakinah binti Hassan115. Pn Zarimah binti Rahmat116. Pn Hasmah binti Mohamad117. Pn Rahimah binti Ibrahim118. Pn Noor Aliza binti A. Rahim119. Pn Rukiah binti M. Nor120. Pn Hamidah binti Stan121. Pn Arbaiays122. Pn Hayati binti Ridwan123. Pn Nadzarah binti Jamaludin124. Pn Samsiah binti Brang125. Pn Masitah binti Md Arshad126. Pn Nuri binti Aziz127. En Asharul Ridza bin Alias128. Pn Karimah binti Jaafar129. En Zulkifli bin Jais130. Pn Noriyah binti Md Yusuf131. En Osman bin Ahmad132. En Jamaludin bin A. Ghani133. En Asmuni134. Pn Noriah binti Wahi135. En Amir Rudin bin Arshad

136. Pn Nihan binti Ahmad137. En Abd Rahman bin Md Noor138. En Ahmad bin Che Yunus139. Pn Anita Rose binti Md Yang Ghazali140. Cik Azizah binti Ariffin141. Pn Fauziah binti Ahmad142. Pn Fatimah binti Othman143. Pn Haryati binti Hashim144. Pn Hasliza binti Abu Bakar145. Pn Khadijah binti Abd Wahab146. Cik Maimunah binti Mohamad147. Pn Maizura binti148. Pn Marina bt Chik149. Pn Mas Azila binti Ahmat150. Cik Mazidah binti Abd Samad151. Pn Mazilah binti Ishak152. Pn Michele Geraldine Carvalho153. Pn Nen Fadzilah binti Hashim154. En Nizam bin Abd Hamid155. Pn Nolida binti Ahmad Markeh156. Pn Nor Eshah binti Abdull157. Pn Noraini binti Mohamad158. Pn Noraini binti Ramdan159. Pn Noraini binti Zahari PJK160. Pn Noreeda binti Hashim161. Pn Noriah binti Basid162. Cik Norlaila binti Mansor163. Pn Normasduha binti Ajis164. Pn Norjuliana Hidayah binti Abdullah165. Pn Ramlah binti Hj C.P Veeravu166. Pn Rukmony a/p Shunmugam167. En Rusli bin Abdullah168. Pn Rusyati binti Omar169. Pn Salehah binti Hashim170. Pn Sanira binti Sabaruddin171. Pn Shaharom binti Ahmad172. Pn Siti Azlina binti Saari173. Pn Suhana binti Ibrahim174. Pn Suraya binti Md Ali175. Pn Syarifah Nor Fatimah binti Syed

Ahmad176. Pn Suriani binti Sulaiman177. Pn Widuri binti Abd Wahab178. Pn Zubaidah179. Pn Zamiah binti Ab Ghani180. Pn Zuriazay binti Kamaruddin181. Pn Zurina binti Hassan182. Cik Nur Asyikin binti Mohd Rahaman183. Cik Quzaimah binti Sariff184. Cik Naimah binti Abu Bakar185. Cik Hasniza binti Mohd Adenan

1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG.

1.1 Tn Haji Ab Aziz bin Md Yatim mengucapkan salam dan ucapan terima kasih kepada Puan Maimunah binti Hassan, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kundang, Ahli Jawatankuasa PIBG, ibu bapa dan guru-guru atas kehadiran pada hari ini. Beliau memanjatkan doa agar diberkati majlis pada hari ini.

1.2 Beliau juga merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kehadiran pegawai Pra-sekolah PPD Daerah Gombak, Encik Ahmad bin Ismail dan sudi merasmikan

9

Page 10: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-6 (Ringkasan Ucapan Encik Ahmad bin Ismail di lampiran C)

1.3 Ringkasan ucapan YDP semasa majlis perasmian di lampiran B.

1.4 Ringkasan Ucapan Pengetua di lampiran A

2.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat.

2.1 Puan Masliza binti Shahadan selaku setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat kali ke-5. (Rujuk muka surat 8 hingga 20 dalam buku program)

2.2 Encik Sarjuni bin Maksud mencadangkan Minit Mesyuarat Kali Ke-5 disahkan dan disokong oleh Encik Mazlan bin Haji Bakri.

3.0 Membentang Laporan Kegiatan Tahunan PIBG Sesi 2008/2009.

3.1 Puan Masliza binti Shahadan membentangkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada sesi 2008/2009, meliputi Program Akademik, Program Kokurikulum, Program Kebajikan, Program Pembangunan dan Keceriaan Sekolah seperti yang tercatat pada muka surat 21 hingga 25 dalam buku program.

4.0 Perkara Berbangkit

4.1 Yang Dipertua PIBG memaklumkan bahawa semua cadangan/usul dan perkara lain yang dibentangkan semasa Mesyuarat Agung yang lalu telah dijawab dan dihuraikan oleh Puan Pengetua semasa ucapan di Majlis Perasmian. (Rujuk Lampiran A)

4.2 Tiada perkara yang dibangkitkan semula. 5.0 Membentang dan Menerima Penyata Kewangan 1 Januari hingga 31 Disember 2008.

5.1 Pn. Salina bt Ghaffar telah membentangkan Penyata Kewangan pada 1 Januari hingga 31 Disember 2008 yang telah diaudit seperti yang tercatat pada muka surat 26 hingga 28 dalam buku program.

5.2 Encik Hassan bin Haji Ramlan mencadangkan penyata kewangan disahkan dan disokong oleh Encik Zulkifli bin Jaiz.

6.0 Membubarkan AJK PIBG 2008/2009.

6.1 Tuan Haji Ab Aziz bin Md Yatim memohon pembubaran AJK PIBG Sesi 2008/2009.

6.2 Pembubaran AJK 2008/2009.

7.0 Pelantikan Ahli Jawatankuasa Sesi 2009/2010

7.1 Pn. Maimunah bt Hassan memohon jasa baik Tuan Haji Abdul Aziz bin Md Yatim menjadi pengerusi sementara dan dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

7.2 Tuan Haji Ab Aziz memaklumkan, Undang-undang Tubuh Persatuan PIBG SMK Seri Kundang memperuntukkan 4 orang AJK wakil ibu bapa dan 4 orang AJK wakil guru. Mesyuarat bersetuju pelantikan ahli jawatankuasa sesi 2009/2010 masih mengekalkan bilangan iaitu seramai 7 orang AJK ibu bapa dan 7 orang wakil guru.

10

Page 11: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

7.3 Berikut ialah senarai AJK PIBG yang dipilih bagi sesi 2009 / 2010

Yang Dipertua : Tuan Haji Ab Aziz bin Md Yatim PPN. PPT

Naib Yang Dipertua : En. Sarjuni bin Mat Som Cadangan : Pn. Salasiah bt Disa

Sokongan : En Abu Bakar bin Hussin

Setiausaha Kehormat: Pn Masliza bt. ShahadanBendahari Kehormat : Pn Salina bt Ghaffar

AJK Wakil Ibu Bapa :

1. Pn. Salasiah bt DisaCadangan : En Sarjuni bin MaksudSokongan : Pn. Rohaya bt Osman

2. Pn. Nootrah bt. AbdullahCadangan : Pn. Rohana bt Abd. AzizSokongan : En Hamdan bin Salleh

3. En. Ghazali b. Ismail BSDCadangan : Pn. Aniza bt ShafieSokongan : Pn. Fazilah bt Jasman

4. En. Mazlan b. Hj. Bakri@Maslan B. Ibak.Cadangan : En Zulkifli b JaisSokongan : En Ibrahim b Md Zain

5. Pn. Nor Hanizah bt. Jamaludin Cadangan : En Sarjuni b MaksudSokongan : Pn. Salasiah bt Disa

6. En. Wan Tai Tong.Cadangan : En Sarjuni b MaksudSokongan : Pn. Salasiah bt Disa

7. En. Mohd Hassan b. RamlanCadangan : Pn. Karsinah bt Samian@ Abdul

Karim Sokongan : En. Zainol Azman b. Mohd Tahir

AJK Wakil Guru :

1. Pn Julaina bt Manhuri – dilantik sebagai Naib Setiausaha2. Pn. Wizana bt Mokhtie – dilantik sebagai Naib Bendahari3. Pn. Hamidah bt. Baie4. Pn. Norliza bt. Pamuji5. Pn. Che Radziah bt Yaacub.6. Pn. Fadzilah bt. Abdullah7. Pn. Faizah Nor bt. Abdullah

8.0 Pemilihan Dua Orang Juruaudit

8.1 Berikut ialah senarai Juruaudit yang dipilih bagi sesi 2009/2010 :

1. En. Mohd Johan b. AbdullahCadangan : En Mazlan b. Hj. BakriSokongan : Tn Hj. Abd. Aziz bin Ab. Ghani

2. Pn Norita bt. Abdul LatiffCadangan : En Sarjuni b MaksudSokongan : Pn. Salasiah bt Disa

9.0 Kutipan Sumbangan PIBG dan Bayaran Aktiviti Sekolah.

Berdasarkan arahan terbaru Kementerian Pelajaran, pihak PIBG memutuskan agar perkara berikut diluluskan dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-6

11

Page 12: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

9.1 Berikut ialah cadangan kutipan bayaran tambahan dan sumbangan PIBG

Bil Sumbangan JUMLAH

1 Peperiksaan Dalaman RM20.00

MSSM RM 4.00

Insuran Takaful RM 1.50 (telah dibayar)

Kokurikulum RM 7.00

Aktiviti Agama RM 5.00

Sukan RM 3.00

JUMLAH RM40.50

2 Pendaftaran Koperasi RM 3.00 (Sekali Bayar)

Saham Koperasi RM 5.00 (Sekali Bayar)

3 Sumbangan Tabung PIBG RM20.00 (Sekeluarga)

JUMLAH BESAR RM 68.50

Pengesahan cadangan

Pencadang : Tuan Haji Ab. Aziz b. Md YatimPenyokong : En Mohd Hassan bin Ramli

Semua ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara dengan cadangan kutipan berjumlah RM68.50

9.2 Cadangan Kutipan Sumbangan Berdasarkan Aktiviti Sekolah.

Pihak sekolah bercadang mengutip bayaran tambahan berikut berdasarkan aktiviti yang akan dijalankan untuk murid-murid tahun 2009:

1. Kelas Bimbingan Permata PMR dan SPM – RM50.00 sebulan2. Hari Graduasi (SPM)3. Kelas Pemulihan (Peralihan, Tingkatan 1 dan 2)4. Program Motivasi Pelajar dan Teknik Menjawab5. Bengkel Bahasa Inggeris Menengah Atas dan Menengah Rendah6. Bengkel Bahasa Melayu SPM 7. Seminar Peperiksaan PMR bersama Berita Harian – RM 60.00 seorang8. Majalah Sekolah – RM12.00 sekeluarga

Pengesahan cadangan mengutip sumbangan mengikut program.

Pencadang : Tuan Haji Ab. Aziz b. Md YatimPenyokong : Disokong sebulat suara

Semua ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara dengan cadangan kutipan yang akan dibuat dari masa ke masa

9.0 Pembahasan Usul.

12

Page 13: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

Pengerusi telah meminta pembawa usul/cadangan mengemukakan cadangan mereka.

9.1 Usul Hal Ehwal Murid

9.1.1 Masalah Pelajar Berdua-duaan.

Puan Fadzilah binti Jasman dan Encik Azhan bin Abd Raus meminta agar pihak sekolah mengambil tindakan kepada murid yang berdua-duaan (lelaki dan perempuan) di kantin selepas waktu persekolahan.

Pengetua menjelaskan sudah mengenalpasti pelajar yang terlibat dan mengambil tindakan. Ibu bapa pelajar yang terlibat akan dipanggil dan pelajar akan dihantar ke Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk mendapatkan khidmat nasihat. Puan Pengetua memberitahu pihak sekolah perlu mengambil tindakan yang berhemah terhadap masalah ini.

9.1.2 Masalah pelajar ponteng kelas.

Puan Fadzilah bt Jasman juga mencadangkan pihak sekolah membanteras murid yang balik awal sebelum loceng berbunyi terutama pada hari Jumaat.

Puan Pengetua memaklumkan masalah ini ketara sejak akhir-akhir ini terutamanya pelajar Cina. Pengetua memaklumkan pelajar yang balik awal dan ponteng kelas ini biasanya memanjat pagar, keadaan ini amat membahayakan pelajar. Pihak sekolah sentiasa memberikan teguran dan akan terus mengambil tindakan untuk mengatasi perkara ini. Beliau mencadangkan agar pagar besi sekolah ditukar kepada tembok batu dan ditinggikan.

9.1.3 Tindakan Tegas Terhadap Pelajar Merokok Di Kawasan Sekolah

Encik Mohd Ariff bin Awang dan Encik Sarjuni bin Maksud mengusulkan tindakan tegas harus dilakukan kepada murid yang merokok di kawasan sekolah dan di luar sekolah serta mempertingkatkan disiplin di sekolah.

Pengetua memaklumkan pihak sekolah memang mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang melanggar disiplin di sekolah. Masalah pelajar merokok amat ketara daripada kalangan pelajar lelaki. Kebanyakan mereka telah merokok dari sekolah rendah lagi. Berikut tindakan kesalahan merokok terhadap pelajar lelaki:

Kesalahan pertama = 1 kali rotan Kesalahan kedua = 2 kali rotan Kesalahan ketiga = 3 kali rotan dan gantung sekolah. Pelajar yang digantung untuk kali kedua akan dibuang sekolah. Walau

bagaimanapun mereka boleh merayu ke PPD untuk bersekolah semula. Pelajar perempuan yang merokok tidak dirotan mereka hanya diberi

amaran dan gantung sekolah.

9.2 Usul Hal-hal Lain

10.2.1 Meneruskan Aktiviti Bacaan Yasin.

Puan Noriah Salmah binti Ismail mengusulkan supaya aktiviti bacaan Yasin diteruskan.

Puan Pengetua memaklumkan aktiviti bacaan Yasin akan diteruskan pada tahun ini.

10.2.2 Waktu Operasi Kedai Buku.

13

Page 14: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

Puan Norma binti Yaacob mengusulkan supaya kedai buku hendaklah dibuka pada awal pagi dan pada waktu balik.

Pengetua menyatakan bahawa kedai buku hanya dibuka pada waktu rehat bagi memastikan pelajar tidak berkeliaran pada waktu pengajaran dan pembelajaran. Usul tersebut akan dipertimbangkan.

Pembahasan Usul Lisan

11.1 Penglibatan Pelajar Kelas Aliran Bahasa Arab Dalam Aktiviti Kokurikulum.

Puan Misriah binti Siron memberitahu anaknya dari tingkatan 1 Wardah tidak dapat terlibat secara aktif dalam kegiatan kokurikulum terutamanya dalam pasukan kadet polis kerana waktu pengajaran dan pembelajaran yang panjang.

Puan Pengetua memaklumkan pelajar masih boleh terlibat dalam kegiatan tersebut, seperti memakai pakaian seragam pada hari Rabu. Beliau menasihati agar murid berkenaan berjumpa dengan guru penasihat pasukan Kadet Polis.

11.2 Tayangan Video Aktiviti Sekolah Dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG.

Puan Normah binti Hj Yaacob mencadangkan pihak sekolah menayangkan aktiviti sekolah ketika Mesyuarat Agung Tahunan PIBG.

Yang Dipertua PIBG Tuan Haji Ab Aziz bin Md Yatim memaklumkan boleh membuat seperti yang dicadang. Kelab Fotografi sekolah masih lagi baru dan tidak mempunyai kamera sendiri. Cadangan ini boleh dibawa kepada pihak guru penasihat Kelab Fotografi untuk pertimbangan.

11.3 Memasang Lampu di Kawasan Sekolah pada Waktu Malam

En Sarjuni b Maksud meminta pihak sekolah memasang lampu di setiap blok sekolah pada waktu malam untuk tujuan keselamatan.

YDP Tuan Haji Ab. Aziz bin Md. Yatim mengucapkan terima kasih terhadap usul tersebut dan meminta kerjasama Puan Jamaliah binti Abu selaku Penolong Kanan untuk membincangkan perkara ini diperingkat sekolah kerana ia penting untuk keselamatan.

11.4 Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Sukarelawan Al-Falah

Puan Narul Akma bt Kamaruddin meminta pihak sekolah memberi kerjasama penglibatan pelajar SMK Seri Kundang dalam aktiviti Sukarelawan Al-Falah. Beliau mengambil kesempatan menjemput ibu bapa dan pelajar mengikuti program Maulidur Rasul di Dataran Merdeka pada 9 Mac 2009. Pihak penganjur menyediakan bas.

Pihak sekolah sentiasa memberikan sokongan terhadap penglibatan pelajar SMK Seri Kundang dalam aktiviti sukarelawan Al-Falah selagi tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran pelajar.

11.5 Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG dari Semua Kawasan

14

Page 15: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

Puan Yatimah binti Samsuri mencadangkan usul supaya AJK PIBG dipilih dari semua kawasan bagi memudahkan pengurusan persatuan.

Cadangan Usul diterima sebulat suara

11.6 Penambahbaikan Sistem Laporan Kewangan

Wakil ibu bapa mencadangkan sistem laporan kewangan yang menggunakan laporan pendapatan dan perbelanjaan perlu diubah kepada sistem catatan beregu iaitu sistem catatan debit dan kredit.

Pihak sekolah akan mengambil tindakan pada Mesyuarat Agung akan datang.

12.0 Ucapan Penangguhan

12.1 Tuan Haji Ab. Aziz b Md Yatim selaku YDP mewakili semua ahli PIBG terutamanya barisan AJK merakamkan ucapan terima yang tidak terhingga disamping itu mengucapkan selamat bertugas di SMK Bandar Tasik Puteri kepada Puan Maimunah mulai 1 Mac 2009. Usaha gigih Puan Maimunah untuk memajukan SMK Seri Kundang sepanjang tempoh perkhidmatan beliau amat dihargai. Begitu juga sifat keprihatinan beliau kepada semua warga SMK Seri Kundang termasuk barisan AJK PIBG yang mewakili ibu bapa amat disanjung. Sesungguhnya segala kebaikan itu akan menjadi kenangan kepada kami semua.

12.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.10 petang.

Pencatat Minit : 1. Pn Rusyati bt Omar2. Pn Zurina bt Hashim3. Cik Norlaila bt Mansor

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................................ ................................................(MASLIZA BT SHAHADAN) (AB. AZIZ B MD YATIM PPN,PPT)Setiausaha Kehormat PIBG Yang Dipertua PIBGSMK Seri Kundang. SMK Seri Kundang.

15

Page 16: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

LAMPIRAN A1.0 Ucapan Pengetua Semasa Majlis Perasmian.

1.1 Pengetua mengalu-alukan kedatangan En Ahmad bin Ismail Pegawai Pra-Sekolah PPD Gombak, Tn. Hj. Abd. Aziz bin Md. Yatim (Yang Di Pertua PIBG), AJK PIBG, Guru-guru Penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang, Guru-guru Cemerlang, guru-guru, para ibu bapa dan pelajar-pelajar.

1.2 Beliau melahirkan rasa terharu atas kesudian En Ahmad bin Ismail Pegawai Pra-Sekolah PPD Gombak yang juga merupakan bapa angkat sekolah ini.untuk hadir dan melapangkan masa bagi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-6 SMK Seri Kundang. Beliau juga mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada semua ibu bapa, guru-guru dan para penjaga.

1.3 Puan Pengetua maklumkan bilangan pelajar SMK Seri Kundang iaitu seramai 1200 orang dengan bilangan kelas sebanyak 35 buah. Bilangan guru pula seramai 72 orang.

1.4 Puan Pengetua mengumumkan keputusan PMR 2008 sebanyak 60% dengan gred purata 2.87. Ada peningkatan dari segi kualiti iaitu seramai 4 orang pelajar mendapat 9A, 6 orang pelajar telah mendapat 8A, 5 orang pelajar mendapat 7A dan 7 orang pelajar mendapat 6A.

1.5 Puan Pengetua turut memaklumkan sumbangan kerajaan kepada PIBG sebanyak RM10.00 bagi setiap seorang pelajar untuk melaksanakan program sekolah di bawah anjuran PIBG. Di samping itu, kerajaan turut memberi bantuan pakaian seragam kepada unit-unit beruniform.

1.6 Beliau menegaskan hasrat untuk menjadi sekolah cemerlang selaras dengan visi sekolah menjadi cemerlang menjelang 2009.

1.7 Antara program yang dilaksanakan pada tahun ini ialah:

1.7.1 Program Jalinan Mesra dan Aku Janji iaitu pada 17 Januari 2009 untuk calon PMR dan 14 Februari 2009 untuk calon SPM. Pihak sekolah turut menjemput tokoh motivasi iaitu Encik Abd Wahab bin Nordin untuk memberikan ceramah motivasi.

1.7.2 Program Latihan Masa Cuti bagi semua mata pelajaran.

1.7.3 Tuisyen Permata PMR dan SPM yang dijalankan berkesan untuk meningkatkan prestasi pelajar buktinya pada tahun ini Gred Purata PMR sebanyak 2.87 menunjukkan kualiti yang tinggi iaitu pelajar mendapat gred A hingga C sahaja.

1.7.4 Hari Anugerah Cemerlang akan diadakan pada bulan April. Keputusan SPM akan diumumkan pada bulan Mac.

1.8 Pihak sekolah bersetuju untuk mengadakan kelas tuisyen untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 dengan syarat bilangan pelajar mencukupi serta dikenakan bayaran bagi menampung kos program yang dijalankan.

1.9 Pelajar yang ponteng melebihi 120 hari akan diberhentikan sekolah. Pihak sekolah mengalu-alukan aduan ibu bapa berkaitan masalah ponteng dan bekerjasama untuk tindakan susulan.

1.10 Perancangan peningkatan bahasa Inggeris berikutan kelemahan pelajar menguasai bahasa Inggeris. Seramai 34 pelajar gagal PMR disebabkan mata pelajaran ini. Program yang dicadangkan seperti yang berikut: 1.10. Hari Pertuturan Bahasa Inggeris setiap Selasa

16

Page 17: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

11.10.2

Penggunaan Akhbar Bahasa Inggeris dalam P & P

1.10.3

Papan Kenyataan Persatuan Bahasa Inggeris

1.10.4

Mengadakan Kelas Tambahan Bahasa Inggeris

1.11 Program NilamTerdapat bilik Khas Program NILAM. Program Bacaan NILAM telah dijalankan pada setiap hari mulai pukul 7.00 pagi hingga 7.30 pagi.

1.12 Pintu pagar akan ditutup pada pukul 7.30 pagi. Para pelajar diingatkan supaya hadir awal ke sekolah dan sentiasa menepati masa.

1.13 Kegiatan Kokurikulum:1.13.1

10 % kegiatan kokurikulum dikira untuk kemasukan pelajar ke sekolah Berasrama Penuh dan IPTA

1.13.2

Acara Merentas Desa, Sukan Tara dan Kejohanan Sukan Tahunan telah dijalankan sepanjang Februari 2009.

1.13.3

Pertandingan Ko-Akademik akan berlangsung sepanjang Mac iaitu pertandingan kawat kaki Kadet Polis dan pertandingan antara unit-unit Beruniform Daerah Gombak

1.13.4

Kegiatan kokurikulum hanya dijalankan pada hari Rabu sahaja iaitu pada pukul 3.00 hingga 5.00 petang.

1.14 Para pelajar perlu mempunyai buku catatan untuk mencatat segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah dan ada surat kebenaran untuk menyertai sebarang aktiviti. Ibu bapa disarankan memantau aktiviti anak-anak dan menghubungi pihak sekolah pada talian 03-60342395 untuk mengetahui perkembangan anak-anak.

1.15 Pengetua memaklumkan jadual waktu yang berakhir pada 3.50 petang untuk kelas Wardah dan kelas Sains berikutan mata pelajaran tambahan seperti EST, Sains Pertanian, ICTL, bahasa Arab dan Kemahiran al-Quran. Pihak sekolah juga tidak akan membatalkan mata pelajaran PSK dan PJK kerana merupakan mata pelajaran wajib.

1.16 Pengetua memaklumkan tentang penerusan penggunaan Bilik Segar untuk mengatasi masalah ponteng kelas dan merokok. Di samping itu, kelas-kelas yang bertanggungjawab boleh menguruskan tandas angkat dengan persetujuan guru disiplin.

1.17 Bagi pengurusan kantin pula, Pengetua telah memaklumkan terdapat guru dan pengawas bertugas untuk memastikan pelajar beratur semasa membeli makanan. Pihak kantin menyatakan bahawa kuasa beli pelajar adalah rendah.

1.18 Pada tahun 2008 pihak Jabatan Pelajaran belum meluluskan permohonan untuk menerbitkan majalah. Pengetua memohon bayaran majalah RM12 satu keluarga sebaik sahaja kelulusan diperolehi.

1.19 Koperasi Sekolah

1.19.1 Penubuhan Koperasi Sekolah adalah wajib mengikut pekeliling dari Kementerian dan dalam proses memohon kelulusan.

1.19.2 Keputusan jumlah sumbangan saham dan yuran Koperasi Sekolah akan diputuskan dalam Mesyuarat Agung PIBG ini.

1.20 Sumbangan bayaran sekolah pada tahun ini akan diputuskan dalam Mesyuarat Agung PIBG hari ini. Pihak sekolah telah membuat kutipan sebanyak RM1.50 dari setiap pelajar untuk perlindungan takaful.

17

Page 18: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

1.21 Karnival Pusat Sumber Sekolah (PSS) tidak dapat dijalankan pada tahun 2008 kerana kekangan masa dan memberi tumpuan kepada akademik. Pada tahun ini pihak sekolah akan mengadakan Hari Karnival Pusat Sumber Sekolah bekerjasama dengan PIBG.

1.22 Masalah Disiplin:Puan Pengetua mengucapkan tahniah kepada Encik Pazir bin Zainuddin yang telah dilantik sebagai penolong Kanan Hal Ehwal Murid pada bulan Jun 2008.

1.22.1 Masalah disiplin di sekolah ini rendah,

1.22.2 Masalah utama ialah lewat hadir ke sekolah dan kekemasan diri.

1.22.3 Penggunaan telefon bimbit tidak dibenarkan di kawasan sekolah. Sekiranya perlu pelajar boleh menggunakan telefon pejabat.

1.22.4

(a)

(b)

Masalah ponteng diatasi dengan:

Mencatat nama dalam buku kawalan kelas, dirujuk ke Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling serta menghubungi ibu bapa.

Mewujudkan Bilik Kaunseling 2 dan Bilik Kemahiran Al-Quran berhampiran kawasan tangga. Bilik Kaunseling 2 akan dibuka semula pada bulan April setelah guru Kaunselor yang sedang cuti belajar kembali bertugas semula.

1.23 Mengenai infrastruktur sekolah, dua lampu jalan masih tidak menyala walaupun MPS dan TNB sudah dihubungi. Pihak sekolah juga akan membina bonggol untuk mengatasi masalah kesesakan pada waktu pagi. selain itu, YB Tuan Abdul Shukur juga bersetuju memberi bantuan kewangan pada bulan Mac ini untuk pembangunan sekolah.

1.24 Puan Pengetua mengumumkan pertukaran beliau ke SMK Bandar Tasik Puteri mulai 2 Mac 2009. Pengganti beliau ialah Puan Hajjah Noraizan binti Haji Brahim yang merupakan Penolong Kanan SMK Sungai Pusu dan telah melapor diri pada 26 Februari 2009. Oleh itu beliau memohon ampun dan maaf dan mengharapkan SMK Seri Kundang akan terus maju.

Pencatat: Pn Haryati bt Hashim

18

Page 19: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

LAMPIRAN B

2.0 Catatan Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG Semasa Majlis Perasmian.

2.1 Tuan Haji Ab. Aziz bin Md. Yatim (Yang Di Pertua PIBG) mengucapkan terima kasih di atas ucapan Puan Maimunah selaku Pengetua SMK Seri Kundang dan Penasihat PIBG. Beliau mengalu-alukan kedatangan En Ahmad bin Ismail, Pegawai Pra-Sekolah yang juga bapa angkat sekolah kerana sudi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-6. Beliau juga mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada semua guru, ibu bapa dan penjaga.

2.2 Beliau menasihati ibu bapa supaya mengambil berat tentang pelajaran anak-anak dengan melibatkan diri dalam program yang dianjurkan oleh sekolah. Begitu juga memberi perhatian setiap laporan pihak sekolah tentang anak jagaan masing-masing.

2.3 Beliau meminta ibu bapa memberi sentuhan dan belaian kasih sayang kepada anak di samping teguran dan ketegasan. Anak adalah aset yang paling berharga perlu dijaga dari peringkat sekolah lagi. Ibu bapa dan penjaga tidak boleh menyerahkan 100% anak kepada guru-guru. Ibu bapalah memain peranan utama untuk masa depan anak-anak.

2.4 Beliau mengalu-alukan ibu bapa yang ada kepakaran tertentu contoh kepakaran dalam bidang sukan untuk membimbing pelajar-pelajar SMK Seri Kundang.

2.5 Beliau memaklumkan bahawa Hari Graduasi Tahun 2008 telah dijalankan. Pelajar-pelajar tingkatan lima berasa bangga dan bersemangat kerana dapat merasai suasana Hari Graduasi. Acara ini akan diteruskan pada tahun ini.

2.6 Beliau merakamkan penghargaan kepada guru-guru SMK Seri Kundang yang komited terhadap tugas masing-masing.

2.7 Beliau mengucapkan selamat bertugas kepada Puan Pengetua. Dengan harapan agar beliau gembira menjalankan tugas di sekolah yang baru.

2.8 Beliau juga berterima kasih kepada Jawatan Kuasa Pelaksana Mesyuarat Agung atas kerjasama sehingga berjaya menjalankan mesyuarat pada hari ini.

2.9 Beliau berharap segala usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah akan sentiasa mendapat kerjasama dan sokongan daripada ibu bapa dan penjaga untuk kebaikan pelajar-pelajar.

19

Page 20: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

LAMPIRAN C

3.0 Ringkasan Ucapan Perasmian oleh Encik Ahmad bin Ismail (Pegawai Pra-Sekolah PPD Gombak)

3.1 Encik Ahmad bin Ismail mengalu-alukan kehadiran Puan Pengetua, YDP PIBG, AJK PIBG, Guru-guru Penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang, guru-guru, ibu bapa dan para pelajar.

3.2 Beliau bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dapat menghadiri Mesyuarat Agung PIBG Kali Keenam.

3.3 Ucapan terima kasih kepada Puan Maimunah kerana telah berkhidmat selama tiga tahun di SMK Seri Kundang. Puan Pengetua merupakan Pengetua yang komited dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pentadbir.

3.4 Beliau memaklumkan Kementerian Pelajaran telah memperuntukan RM10.00 kepada seorang pelajar untuk program PIBG di setiap sekolah. Pihak PIBG diminta mengikut prosedur untuk berbelanja dan perlu diaudit. Dengan peruntukan ini PIBG boleh menambah program-program untuk kecemerlangan anak-anak di sekolah.

3.5 PPD telah mengatur kursus untuk guru-guru pada cuti hari Sabtu untuk meningkatkan profesion perguruan.

3.6 Sesuai dengan arahan Kementerian Pelajaran beliau berharap Mesyuarat Agung PIBG dapat memutuskan jumlah kutipan sumbangan PIBG dan jumlah sumbangan untuk program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah

3.7 Dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Keenam 2009.

Pencatat: Pn Ramlah bt C.P Veravu

20

Page 21: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

LAPORAN KEGIATAN TAHUNAN PIBG SMK SERI KUNDANG SESI 2009/2010

1. Jawatankuasa PIBG

Penasihat : Pn Hajah Noraizan bt Brahim

Yang Dipertua : Tuan Haji Ab Aziz bin Md Yatim PPN, PPT

Naib Yang Dipertua : En Sarjuni bin Maksud

Setiausaha Kehormat : Pn Masliza binti Shahadan

Pen. S/U Kehormat : Pn Julaina binti Manhuri

Bendahari Kehormat : Pn Salina binti Ghaffar

Pen. Bendahari : Pn Wizana binti Moktie

AJK (Wakil Ibu bapa) : Pn Salasiah Bt Disa: Pn Nootrah binti Abdullah: Pn Nor Hanizah Bt Jamaludin: En Mazlan B Haji Bakri @ Maslan B Ibak: En Mohd Hassan B. Ramlan: En Wan Tai Tong: En Ghazali Bin Ismail, BSD

AJK (Wakil Guru) : Pn Che Radziah binti Yaacob: Pn Noor Liza binti Pamuji: Pn Hamidah binti Baie: Pn Faizah Nor binti Abdullah: Pn Fadzilah binti Abdullah

Pemeriksa Kira-kira : En En Mohd Johan Bin Abdullah: Pn Norita Binti Abdul Latiff

2. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa

2.1 Sepanjang sesi ini ahli jawatankuasa PIBG telah bermesyuarat sebanyak 6 kali bagi membincangkan aktiviti dan program yang akan dilaksanakan oleh persatuan. Antara perkara yang dibincangkan ialah pembangunan fizikal sekolah, sahsiah pelajar, prestasi akademik dan kokurikulum pelajar.

2.2 Berikut adalah tarikh mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG yang telah diadakan:

Mesyuarat AJK Pertama : 28/02/2009Mesyuarat AJK Kedua : 22/04/2009Mesyuarat AJK Ketiga : 17/08/2009Mesyuarat AJK Keempat : 18/11/2009Mesyuarat AJK Kelima : 22/02/2010Mesyuarat AJK Keenam : 02/03/2010

21

Page 22: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

ANALISA KEHADIRAN AHLI JAWATAN KUASA MESYUARAT AJK PIBG SESI 2009/2010

BIL NAMA 128/2/09

222/4/09

317/8/09

418/11/09

522/2/10

62/3/10

1 Pn Hajah Noraizan binti Brahim (Penasihat)

- √ √ √ √ √

2 Tuan Haji Ab Aziz bin Md Yatim PPN, PPT (YDP)

√ √ - √ √ √

3 En. Sarjuni bin Maksud √ - √ - √ √

4 Pn Masliza binti Shahadan (Setiausaha) √ √ √ √ √ √

5 Pn Julaina binti Manhuri (Naib Setiausaha) √ √ √ √ √ -

6 Pn Salina binti Ghaffar (Bendahari) √ √ √ - √ √

7 Pn Wizana binti Moktie (Naib Bendahari) √ √ √ √ √ -

8 En Mazlan bin Hj Bakri (AJK) √ √ - √ √ √

9 En. Mohd Hassan bin Ramlan √ √ √ √ √ √

10 En Wan Tai Tong (AJK) - √ - √ - -

11 Pn. Salasiah bt Disa √ √ √ √ √ √

12 En. Ghazali bin Ismail, BSD √ - - √ - √

13 Pn Nootrah binti Abdullah(AJK) - √ - - √ -

14 Pn. Nor Hanizah bt Jamaludin √ √ - - - -

15 Pn Hamidah binti Baie(AJK) √ √ √ √ - -

16 Pn Che Radziah binti Yaacob (AJK) √ √ √ √ √ √

17 Pn Noor Liza binti Pamuji (AJK) √ - √ - √ √

18 Pn Faizah Nor binti Abdullah (AJK) √ √ √ √ √ √

19 Pn Fadzilah binti Abdullah (AJK) √ - √ √ √ √

TURUT HADIR20 Pn. Norita binti Abdul Latiff √ √ √ √ √ -

21 En. Mohd Johan bin Abdullah √ √ √ √ √ √

22

Page 23: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

3. Kegiatan PIBG Sepanjang Tahun 2009/2010

3.1 Program Akademik

Bil Aktiviti Sasaran Tarikh Tempat SumbanganPIBG

1. Program Tuisyen Permata

Calon PMR & SPM 2009

Feb -Sept 2009

SMKSK -

2. Program Permata Hatiku

Pelajar bermasalah menguasai kemahiran membaca

Feb – April2009

SMKSK RM175.00

3. Majlis Penutupan Bulan Merdeka

Semua Murid 11/9/2009 TapakPerhimpunan

RM200.00

4. Seminar Peperiksaan PMR 2009 bersama Berita Harian

Calon PMR 2009

18&19/7/09 Auditorium Muzium Negara, K.L

RM2940.00

5. Program Hari Graduasi

Pelajar tingkatan 5

8/10/2009 Peransang Templer Glof Club

-

3.2 Program KokurikulumBil

Aktiviti Sasaran Tarikh Tempat SumbanganPIBG

1. Kejohanan Sukan Sekolah Semua murid

21/2/2009 SMKSK RM1000.00

2. Pertandingan Kawat Kaki Daerah-Bayaran sewa khemah

50 orang pelajar & 25 orang guru

4/4/2009 Tapak Perhimpunan SMKSK

RM1000.00

3. Perkhemahan Kadet Bomba Daerah

12 orang murid

24-26/4/09 Taman Rimba Komenwel, Rawang

RM240.00

4. Menampung perbelanjaan Perkhemahan Kadet Polis Negeri

6 orang murid

18-21/5/09 Pusat Latihan Perindustrian Kuala Langat

RM150.00

5. Menampung perbelanjaan lawatan Kadet Polis Sekolah ke Melaka

40 orang murid

15/8/2009 Melaka RM200.00

3.3Program KebajikanBil Aktiviti Sasara

nTarikh Tempat Sumbanga

nPIBG

1 Program Anakku Sayang iaitu memberi makanan kepada pelajar yang kurang bernasib baik RM2 setiap hari semasa rehat.

40 orang pelajar

Jan-Nov 2009

SMKSK RM1000.00

23

Page 24: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

2 Blazer Pengawas sekolah 15 helai - SMKSK RM1500.003 Majlis Sambutan Hari Guru Guru

dan Murid

18/5/2009 SMKSK RM1500.00

4 Perkhidmatan pembantu pusat sumber

1 orang bekas pelajar

Jan-Jun 2009

Perpusta-kaan

RM300.00

5 Mesin penyusun kertas peperiksaan

1 buah - Bilik peperik-saan

RM3000.00

6 Infrastuktur pemasangan Streamyx

- - SMKSK RM910.00

7 Bil bulanan Streamyx – TM - 6 bulan SMKSK RM963.00

3.4 Program Pembangunan dan Keceriaan Sekolah

Bil Aktiviti Sasaran Tarikh Tempat SumbanganPIBG

1 Gotong Royong Rakan Muda MasyarakatMenceriakan kawasan sekolah

Aktiviti Selepas PMR

23/10/2009 SMKSK RM500.00

2 Kerusi dan Meja Taman untuk kegunaan pelajar di waktu senggang untuk aktiviti berfaedah

14 set - SMKSK RM2520.00

3 Pertandingan Kelas Terbersih - Feb-Okt 2009

SMKSK RM800.00

4 Pasu Air dan Taman Hiasan Jepun

Keceriaan

23/10/2009 Bersebelah-an kantin

RM330.00

5 Mesin pencetak berwarna untuk Pusat Sumber Sekolah

- - Pusat Sumber SMKSK

RM700.00

6 4 unit pembesar suara dewan sekolah

Feb 2009 Dewan SMKSK

RM1000.00

3.5 Program PermuafakatanBil Aktiviti Sasara

nTarikh Tempat Sumbanga

nPIBG

1 Penceramah Keselamatan Jalanraya

Semua Murid

30/9/2009 Tapak perhimpunan

RM150.00

4. Penghargaan

Jawatankuasa PIBG ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK PIBG sesi 2009/2010 ibu bapa, syarikat swasta, pengurusan sekolah dan guru-guru atas sumbangan dan sokongan terhadap segala aktiviti dan program yang telah dijalankan oleh persatuan untuk kepentingan dan kebajikan pelajar sekolah.

24

Page 25: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

LAPORAN KEWANGAN

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU(PIBG)

SMK SERI KUNDANG

1. Penyata Kewangan PIBG 2009

2. Laporan Perbelanjaan PIBG 2009

3. Perolehan Bantuan PIBG 2009

25

Page 26: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

Penyata kewangan pibg 2009

26

Page 27: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

Laporan perbelanjaan 2009

PEROLEHAN BANTUAN PIBG TAHUN 2009

27

Page 28: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

TARIKH PERIHAL TERIMAAN

BAYARAN

08.04.09

Perolehan Bantuan dari Kementerian Pelajaran Malaysia 2009

11,480.00 

27.04.09

Abd. Rashid b. Sarti

-Penceramah Teknik Menjawab SPM ( Sejarah )

 150.00

04.05.09

Noor Hayati bt Kusnin

-Penceramah Teknik Menjawab SPM ( Tasawur )

 150.00

07.05.09

Malisah bt Zainol -Penceramah Teknik Menjawab SPM ( E.Asas )

 150.00

18.05.09

PWR

- Panjar Wang Runcit- Pembelian Hadiah Pertandingan "Spell It Right"

sepanjang tahun 2009.  

56.00

26.05.09

Jamaliah bt Abu

-Anugerah Cemerlang Akademik

(18 org x RM 50.00= RM 900.00) -Anugerah Panitia = RM540.00  

1,440.00

05.06.09 PWR

- Panjar Wang Runcit- Pembelian Hadiah Pertandingan "Spell It Right"

sepanjang tahun 2009.  

54.00

05.06.09

SPP Book Agency Sdn. Bhd.

-Anugerah Cemerlang Akademik (Sijil = RM 88.00 dan

Plug = RM 680.00)  

768.00

10.06.09

Pelarasan dari Kementerian Pelajaran Malaysia. 420.00 

16.06.09

Siti Hazlinda bt. A.Rahman

-Penceramah Teknik Menjawab SPM (P.Akaun)  

150.00

23.06.09

PWR

- Panjar Wang Runcit- Pembelian Hadiah Pertandingan "Spell It Right"

sepanjang tahun 2009.  

56.00

17.07.09

Mohd Azmi b. Adnan

- Ceramah & Fasilitator Program Pemantapan Sahsiah pada 17 & 18 Julai 2009 - (86 Pelajar berisiko).  

700.00

05.08.09

Sambathan a/l Ponnusamy

- Ceramah Dan Bimbingan "Smart English Program".  

1,200.00

10.08.09

Noor Azlina bt Mat Zin

- Program Pemantapan Sahsiah

(50 pelajar x RM 10.75 x 2 hari )  

1,075.00

28

Page 29: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

12.08.09 PWR

- Panjar Wang Runcit- Pembelian Hadiah Pertandingan "Spell It Right"

sepanjang tahun 2009.  

95.00

TARIKH PERIHAL TERIMAAN

BAYARAN

13.08.09 PWR

- Panjar Wang Runcit- Pembelian Hadiah Pertandingan "Spell It Right"

sepanjang tahun 2009.  

21.90

08.10.09

Cash Band (M) Berhad

- Jamuan Pelajar untuk Majlis

Graduasi 2009.

(RM 25.00 x 80 pelajar)  

2,000.00

22.10.09

Sri NKS Transport Agency

- Sewaan bas. Bawa pelajar ke Peransang Templer Golf Club Sempena Majlis Graduasi 2009 (RM 250.00 x 2 buah bas )  

500.00

12.11.09

Bina Jascape- Jamuan ibu bapa dan penerima Anugerah Cemerlang PMR dan SPM.  

440.00

01.12.09 PWR

- Panjar Wang Runcit- Pembelian Hadiah Pertandingan "Spell It Right"

sepanjang tahun 2009.

  6.00

28.12.09 Intimo Enterprise

- Kerusi pelajar

(130 unit X RM 22.50 = RM 2,925.00) Less: RM 36.90

  2,888.10

    JUMLAH TERIMAAN : 11,900.00 11,900.00

    JUMLAH BAYARAN : 11,900.00  

    BAKI : 0.00  

29

Page 30: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

TAQWIM AKTIVITI SMK SERI KUNDANG 2009

BULAN AKTIVITI / PROGRAM JANUARI Program Maju Disiplin

Max Recall Tingkatan 1Program Aku Janji Tingkatan 3Merentas DesaPengurusan Strategik (Perkembangan Staf 1)Sepagi Bersama IPD

FEBRUARI Pentauliahan Pengawas PSSSukantaraKawad Kaki Unit Beruniform Program Aku Janji Tingkatan 5Perlantikan Ketua/Penolong TingkatanKejohanan Trek dan BalapanKursus Kepimpinan Ketua Tingkatan dan Penolong

MAC Kemahiran BelajarMesyuarat Agung PIBGPelancaran Minggu Sains dan Matematik Majlis Perlantikan Pengawas BaruUjian 1

APRIL Kursus Asas PRS Sepagi Bersama IPDPertandingan Kawad Kaki Kadet Polis Daerah Gombak Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Daerah Gombak Minggu Anti-DadahHari Anugerah CemerlangEnglish Workshop

MEI Teknik Menjawab Soalan PMRMinggu Teknik & Vokasional Hari Ko-Kurikulum Majlis Sejambak Budi Sambutan Hari GuruTeknik Menjawab SPM Peperiksaan Pertengahan Tahun

JUN Peningkatan Akademik Bersepadu (Perkembangan Staf 2)JULAI Karnival Amal Bestari

Salam Dari PenjaraKarnival PermainanPerjumpaan dengan pelajar Tingkatan 5Perkembangan Staf 3

OGOS Minggu Kerjaya Program Pemantapan Sahsiah Bulan Kemanusiaan & Kemerdekaan Perjumpaan dengan pelajar cemerlang PMR / SPMPeperiksaan Percubaan PMR Peperiksaan Percubaan SPM Ujian IIBacaan Yaasin untuk calon-calon peperiksaan Majlis Ilmu & Berbuka Puasa PIBGAmbang Merdeka

SEPTEMBER

Majlis Khatam Al-Quran Program RIMUP Pecutan Akhir PMR

OKTOBER Bulan Bahasa

30

Page 31: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

Solat Hajat PMR Majlis Restu PMRPeperiksaan PMRHari Anugerah Ko-Kurikulum Pecutan Akhir SPM Hari Graduasi Tingkatan 5Aktiviti selepas PMR

NOVEMBER Peperiksaan Akhir Tahun Ceramah Keselamatan JalanrayaSolat Hajat SPM

DISEMBER Cuti

31

Page 32: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

PERATUS KELULUSAN PMR BERDASARKAN TAHUN 2007-2009

32

Page 33: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

ANALISA PMR

33

Page 34: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

PENCAPAIAN PMR 2009

PERATUS LULUS MENGIKUT TAHUN

TAHUN PERATUS LULUS GPS2005 60.002006 71.66(+11.66) 2.732007 59.83(- 11.83) 3.01 (+0.28)2008 59.34(- 0.49) 2.87 (-0.14)2009 64.62(+ 5.28) 2.77 (+ 0.1)

PELAJAR CEMERLANG 2009

9A1.FAIZATUL FARLIANA BT RUSLAN 3W2.MUHAMMAD SYAKIR ADLI B SULAIMAN 3W3.MUHAMMAD TAUFIQ B ROSLAN 3W4.NURFARHANA BT MOHD JO HAN 3W5.SUHAILA BT MOHD NAZARUDDIN 3W

8A1.NURNAZIRA BT AHMAD KAMAL 3W2.MUHAMMAD ALINSAN KAMILMUKAMIL B HAMZAH 3W3.WAFIY AIDA BT HARIZAM 3W4.YELDEFRI B SUKRI 3W5.UMI KALSOM BT AZIZ 3K6

8A,1B1.NURFARAHIN BT MOHD JOHARI (B.ARAB) 3W

8A,1C1.NOOR IZZUAN B TAJUDIN (B.ARAB) 3W

8A,1D1.TENGKU NOOR MAZIAH BT TUAN ABDULLAH 3W (B.ARAB)

7A,2B1.MUHAMMAD ARIFF IZZUDDIN B ISEHAK 3W (B.INGGERIS, SEJARAH)

BIL. GAGAL KERANA 1 MATA PELAJARAN

MATA PELAJARAN GAGAL BILANGAN PELAJARBAHASA INGGERIS 28BAHASA MELAYU 1GEOGRAFI 6SEJARAH 3SAINS 1

34

Page 35: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

SENARAI AJK PIBG SESI 2010 / 2011

JAWATAN NAMA CADANGAN/SOKONGANYang Dipertua

Cadangan:Sokongan:

Naib Yang Dipertua

Cadangan:Sokongan:

Setiausaha Kehormat

Puan Masliza bt. Shahadan

Naib Setiausaha

Pn Nihan binti Ahmad

Bendahari Kehormat

Pn Mariani binti Jusoh

Naib Bendahari

Pn.Faizah Nor bt. Abdullah

AJK Wakil Ibu Bapa/Penjaga

1. Cadangan:Sokongan:

2. Cadangan:Sokongan:

3. Cadangan:Sokongan:

4. Cadangan:Sokongan:

5. Cadangan:Sokongan:

6. Cadangan:Sokongan:

7. Cadangan:Sokongan:

AJK Wakil Guru

1. Pn. Noor Liza bt. Pamuji2. Pn. Che Radziah bt Yaacub3. Pn. Fadzilah bt. Abdullah4. Pn. Nasriah binti Abu

Juru Audit 1 Cadangan:Sokongan:

2 Ju Cadangan:Sokongan:

CADANGAN / USUL OLEH IBU BAPA

1. KURIKULUM

1.1 Kelas tambahan untuk semua tingkatan 1 hingga 5 diadakan pada hari Sabtu dan Ahad bagi memantapkan lagi pemahaman anak-anak. (ALI B MANSOR)

1.2 Mengadakan kelas tambahan kepada semua pelajar seminggu sekali pada waktu petang. (NORIYAH BT MOHD YUSOF)

35

Page 36: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

1.3 Kursus motivasi di sekolah diadakan khas bagi pelajar yang akan

menghadapi peperiksaan PMR dan SPM.

1.4 Adakan kelas tambahan khas bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM secara percuma. (ROSZAHARI B HJ TALIP)

2. HAL EHWAL MURID

2.1 Pihak kantin patut mempelbagaikan menu makanan pelajar dan perlu menyediakan makanan yang mencukupi. (NORIYAH BT MOHD YUSOF)

2.2 Mengadakan sistem merit demerit dalam unit disiplin sekolah dan perlu dilaksanakan dengan tegas. (NORLIN BT MOHD SIDIN)

2.3 Mengadakan pertandingan kelas terbersih, kelas berdisiplin dan kelas terbaik setiap bulan serta mengumumkannya di perhimpunan. (NORLIN BT MOHD SIDIN)

2.4 Pastikan semua pelajar tidak membawa telefon bimbit ke sekolah. (SHAHIRA BT MOHD)

2.5 Pihak kantin perlu menyediakan lebih banyak makanan berkhasiat dan menyelerakan kepada para pelajar serta makanan tersebut setaraf dengan makanan guru-guru.

(SHAHIRA BT MOHD)

2.6 Akhir-akhir ini kedengaran berbagai-bagai gangguan dari pihak luar ke atas pelajar. Pihak sekolah perlu memperketatkan kemasukan orang luar di pintu masuk utama. Pelawat diminta meninggalkan kad pengenalan di pondok pengawal.

(JAMALIAH BT YUSUF)

2.6 Mengawasi ada kalangan pelajar merokok dan melepak di luar pagar sekolah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran . (MOHD IDRIS B MOHD ANOAR)

3. KOKURIKULUM

3.1 Kejohanan Trek Padang dan Balapan (sukan ) tahunan sekolah dicadangkan diadakan pada hari Sabtu atau Ahad bukan pada hari persekolahan.

(AMINUDIN ABDUL WAHAB)

3.2 Mengaktifkan kebudayaan Melayu seperti tarian dan permainan tradisional (ZAITON BT ABDUL KADIR)

3.3 Mencadangkan pihak sekolah mengambil berat tentang sukan untuk menyahut hasrat TPM. (HARUN B ALI)

4. HAL-HAL LAIN

4.1 Menerbitkan majalah tahunan sekolah. (ZAITON BT ABDUL KADIR)

4.2 Pintu kecil di tepi padang perlu dibuka supaya pelajar tidak dibasahi hujan semasa pulang dari sekolah. (JAMALUDIN A. GHANI)

36

Page 37: Contoh Buku Program Pibg

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-7 2010

4.3 Perlu ada perbincangan antara PIBG dengan masyarakat setempat mahupun pihak polis untuk menangani masalah pelajar ponteng yang semakin serius. (ALI B MANSOR)

4.4 Menyediakan tempat laluan basikal dan pejalan kaki supaya tidak berlaku kemalangan. (NORIYAH BT MOHD YUSOF)

4.5 Menyediakan tandas yang mencukupi untuk pelajar dan bilik persalinan untuk pelajar perempuan. (ORKIED BT M. FERDOOS)

4.6 Mencadangkan pihak sekolah mengadakan Hari keluarga untuk merapatkan hubungan guru dan ibu bapa (HARUN B ALI)

4.7 Mencadangkan pihak sekolah mengadakan “ water cooler “ kepada pelajar sekolah.

(JARAH BT SEMAN)

4.8 Mencadangkan pihak sekolah menganjurkan Program Keibubapaan bagi membantu ibu bapa menyediakan diri megetahui cara mendidik, mengajar dan membantu anak dalam meningkatkan prestasi pembelajaran anak-anak. (KHAIRI B ABDULLAH)

4.9 Mencadangkan pelajar lelaki Melayu memakai Baju Kebangsaan lengkap pada hari Jumaat. (MAZLAN HJ BAKRI)

37