company law

55
Universiti Utara Malaysia GLUL 3033 Undang-undang Syarikat Nama Pensyarah: Ahmad Mohsein bin Azmi [email protected] Room No 248.3 (ext 6649) PUSAT KONVENSYEN (C1-8)

Upload: teguh-hardi

Post on 22-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Company Law

TRANSCRIPT

Universiti Utara Malaysia

Universiti Utara MalaysiaGLUL 3033Undang-undang Syarikat

Nama Pensyarah:Ahmad Mohsein bin [email protected]

Room No 248.3 (ext 6649)PUSAT KONVENSYEN (C1-8)

SINOPSIS

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas dan pendedahan kepada para pelajar berkenaan dengan ciri-ciri sesebuah syarikat sebagai satu perbadanan yang berbeza daripada pertubuhan lain yang tidak diperbadankan. Perbandingan khusus mengenai perkongsian sebagai sebuah organisasi perniagaan juga akan dibuat. Tumpuan kursus bermula dengan pengenalan kepada undang-undang syarikat di mana jenis dan ciri-ciri syarikat akan dibincangkan. Topik perkongsian akan menyentuh bahagian penentuan serta pendaftaran perkongsian, hubungan pekongsi dan pembubaran perkongsian. Seterusnya pengajaran akan tertumpu kepada aspek prosedur dan kesan penubuhan syarikat. Kursus ini juga merangkumi aspek-aspek pengurusan syarikat seperti keahlian, mesyuarat serta pelantikan dan tugas-tugas pengarah, juruaudit dan setiausaha syarikat. Ia juga turut menyentuh bentuk-bentuk pinjaman oleh syarikat iaitu melalui syer dan debentur. Akhir sekali topik berkenaan dengan pembubaran syarikat akan dibincangkan. Keseluruhan topik ini akan disentuh baik dari segi peruntukan statutori ataupun dengan sokongan daripada kes-kes yang telah diputuskan oleh mahkamah.

RUJUKAN WAJIBAkta Perkongsian 1961. ILBS: Kuala Lumpur.Akta Syarikat 1965. ILBS: Kuala Lumpur.

Kaedah PenilaianTugasan 60%Group Assingment 20Group Presentation 20Mid Sem Test 20Tarikh: 24/9/2010 Jumaat8:45am 10.30amTempat: DEWAN MAS

Peperiksaan Akhir 40%

PENGENALAN UNDANG-UNDANG Undang-undang adalah peraturan umum dan medium penyelesaian dalam kehidupan seharian. Manusia memerlukan undang-undang untuk mengatur sistem kehidupan supaya menjadi teratur dan tersusun. Undang-undang juga menjadi kayu ukur ketamadunan sesuatu bangsa.

Pada umum semua manusia dianggap mesti menghormati hak orang lain dan menikmati hak persendirian. Tetapi apabila tiada undang-undang umum yang mengawal sesuatu aktiviti, maka pertelingkahan dan perselisihan faham mudah berlaku yang kadangkala berakhir dengan masalah yang lebih serius.

Malaysia adalah negara yang mengamalkan undang-undang bersistem hybrid, dimana terdapat pelbagai sumber dan kaedah menetapkan undang-undang.SUMBER UNDANG-UNDANGPeruntukan statue rasmi. Seperti Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Negeri, Akta-Akta, Enekmen-Enekmen, Ordinan- Ordinan, Peraturan, Undang-Undang Kecil dan lain-lain sumber rasmi dari Parlimen dan DUN.

Sumber-sumber lain seperti. Common law(undang-undang ciptaan hakim), English Law (kes-kes yang pernah diputuskan di UK, India, Australia, Singapura, dll.), undang-undang islam, undang-undang adat, pendapat pakar, kamus bahasa.3 bentuk organisasiMilikan tunggalPerkongsianSyarikatMenurut seksyen 3(1) Akta Perkongsian 1961, perkongsian ditakrifkan sebagai suatu perhubungan yang wujud diantara orang-orang yang menjalankan perniagaan bersama bagi maksud mendapat keuntungan. Bilangan pekongsi-pekongsi telah dihadkan oleh seksyen 14(3)(a) dan (b) Akta Syarikat 1995. Bagi firma perkongsian biasa, bilangan maksimum pekongsi ialah dua puluh orang. Bagi firma perkongsian berbentuk profesional pula, bilangan pekongsi boleh melebihi dua puluh orang. Menurut seksyen 6 Akta Perkongsian 1961, pekongsi-pekongsi ini secara collective dikenali sebagai firma.

Perbezaan syarikat, perniagaan tunggal dan perkongsianBilangan ahliHak memiliki hartaTanggungan atau liabilitiTindakan prosiding undang-undangJangkahayat dan pembubaranBilangan KeahlianPerniagaan tunggal dijalankan oleh orang perseorangan.

Bagi sebuah firma perkongsian pula, keahlian minimanya ialah dua orang dan tidak boleh melebihi daripada 20 orang rakan kongsi melainkan firma perkongsian itu sebuah firma professional seperti firma guaman atau akauntan.

Berlainan pula dengan syarikat, di mana keahlian sesebuah syarikat hendaklah sekurang-kurangnya dua orang pada setiap masa. Ini bermakna syarikat tidak boleh terus beroperasi dengan seorang ahli sahaja kecuali bagi syarikat subsidiari milik penuh. Seksyen 36 Akta Syarikat 1965 memperuntukkan:

36. Jika pada bila-bila masa ahli bagi ahli-ahli sebuah syarikat (selain daripada syarikat yang mana semua syer-syer terbitan adalah dipegang oleh syarikat induk) dikurangkan sedemikian itu, seseorang yang menjadi ahli syarikat dalam masa ia menjalankan perniagaan sedemikian itu selepas enam bulan itu dan mengetahui fakta bahawa syarikat itu menjalankan perniagaan sedemikian itu selepas enam bulan itu dan mengetahui fakta bahawa syarikat itu menjalankan perniagaan dengan kurang daripada dua ahli, adalah bertanggungjawab bagi pembayaran kesemua hutang syarikat membuat dalam masa syarikat menjalankan perniagaan selepas tempoh enam bulan itu dan boleh didakwa terhadapnya, dan bahawa syarikat dan ahli itu adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini jika syarikat menjalankan perniagaan sedemikian selepas enam bulan itu.Penalti: Dua Ribu ringgit. Penalti ingkar.Oleh yang demikian, ianya boleh menjadi satu kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965 dan dalam keadaan-keadaan tertentu mahkamah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah supaya syarikat dibubarkan menurut peruntukan seksyen 218(1)(d). walau bagaimanapun, Akta Syarikat 1965 tidak menetapkan had maksimum ahli sesebuah syarikat kecuali bagi syarikat persendirian, keahliannya hendaklah tidak melebihi daripada 50 orang dalam satu-satu masa.

Hak untuk Memiliki HartaBagi perniagaan tunggal, aset perniagaan akan menjadi milik peribadi pemilik perniagaan tersebut. Begitu juga dengan firma perkongsiaan, di mana aset firma akan dimiliki oleh rakan-rakan kongsi secara bersama. Berlainan pula dengan syarikat, aset syarikat hendaklah didaftarkan atas nama sesebuah syarikat dan ianya akan menjadi milik syarikat dan bukanlah hak milik ahli syarikat tersebut.

Tanggungan atau Liabiliti Ahli Terhadap Hutang SyarikatBagi perniagaan tunggal, hutang perniagaan akan ditanggung secara peribadi oleh pemilik perniagaan tersebut. Bagi firma perkongsiaan, hutang firma akan ditanggung secara bersama oleh rakan-rakan kongsi. Ini bermaksud tanggungan ahli adalah tidak terhad dan mereka bertanggungan untuk menyelesaikan hutang firma. Bagi sebuah syarikat pula, dengan wujudnya entiti yang terpisah daripada ahli-ahli syarikat itu sendiri, ahli-ahli syarikat tidak mempunyai tanggungan peribadi ke atas hutang syarikat kerana hutang syarikat akan ditanggung oleh syarikat itu sendiri.

Tindakan Bagi Prosiding Undang-UndangBagi perniagaan tunggal dan perkongsian, segala tindakan undang-undang terpaksa diambil atas nama peribadi pemilik perniagaan ataupun rakan-rakan kongsi kerana kedua-dua bentuk perniagaan ini tidak mempunyai entitinya sendiri di sisi undang-undang. Walau bagaimanapun , bagi sesebuah firma perkongsian, Ordinan 77 Peraturan Mahkamah Tinggi 1980, membenarkan penggunaan nama firma perkongsian bagi urusan saman menyaman untuk memudahkan prosedur pendakwaan. Sebaliknya, bagi sesebuah syarikat yang merupakan satu entiti di sisi undang-undang, urusan saman menyaman boleh dibuat di atas nama syarikat itu sendiri. Maksudnya syarikat mempunyai hak untuk mendakwa dan syarikat juga boleh didakwa atas namanya sendiri bagi sesuatu kes yang melibatkan hak dan tanggungan syarikat.Jangkahayat dan PembubaranPerniagaan tunggal akan terbubar dengan sendirinya apabila pemiliknya meninggal dunia. Begitu juga dangan firma perkongsiaan yang akan luput dengan berlakunya kematian rakan-rakan kongsi atau pun apa-apa peristiwa menurut perjanjian di antara rakan-rakan kongsi. Jangkahayat sebuah syarikat pula tidak bergantung kepada hayat ahli-ahlinya, di mana syarikat tetap wujud walaupun berlaku kematian atau perubahan bilangan ahli. Sesebuah syarikat tidak akan terbubar walaupun kesemua ahli-ahlinya meninggal dunia. Syarikat mempunyai jangka hayat yang berkekalan sehinggalah pendaftaran syarikat tersebut dibatalkan oleh Pendaftar Syarikat.

Klasifikasi syarikatSecara amnya, syarikat boleh diklasifikasikan seperti berikut, iaitu:1. Syarikat persendirian2. Syarikat awam3. Syarikat berhad dan syarikat tidak berhad-Syarikat berhad oleh saham-Syarikat berhad oleh jaminan4. Syarikat induk dan anak syarikat (subsidiari)5. Syarikat asing

Definisi syarikat persendirianTakrif syarikat persendirian telah dinyatakan oleh seksyen 4 Akta Syarikat 1965.

Syarikat persendirian terbahagi kepada dua, iaitu syarikat persendirian yang dikecualikan dan syarikat persendirian yang tidak dikecualikan. Seksyen 4 Akta Syarikat 1965 mentakrifkan Syarikat persendirian yang dikecualikan sebagai sebuah syarikat persendirian di mana syer-syernya tidak dipegang secara langsung atau tidak langsung, kepentingan berofisial oleh mana-mana perbadanan yang mempunyai tidak lebih daripada dua puluh orang ahli yang mana tidak merupakan perbadanan.

15(1) Sebuah syarikat yang mempunyai modal syer boleh dipemerbadankan sebagai sebuah syarikat persendirian jika memorandum atau artikel-

menghadkan hak untuk memindahmilik syer;

(b)menghadkan kepada tidak lebih dari lima puluh bilangan ahli-ahlinya (pemegang bersama syer dikira satu orang dan mana-mana orang dalam pekerjaan syarikat atau subsidiarinya atau mana-mana orang yang dahulunya dalam pekerjaan syarikat atau sunsidiari telah dan kemudiannya terus menjadi ahli syarikat);

(c)melarang apa-apa pelawaan kepada awam untuk memohon beli apa-apa syer atau debentur syarikat; dan

(d)melarang apa-apa pelawaan kepada awam supaya mendeposit wang dengan syarikat untuk tempoh yang ditetapkan atau kena dibayar atas permintaan, sama ada dikenakan faedah atau tidak.

Syarikat sendirian berhad juga dikhendaki meletakkan perkataan sendirian atau sdn. dibelakang namanya.Sekiranya liabiliti ahli syarikat terhad, maka mestilah di tambah Berhad atau bhd.Syarikat AwamSyarikat AwamSeksyen 4 Akta Syarikat 1965 mentakrifkan syarikat awam seperti berikut: 4. syarikat awam ertinya sebuah syarikat yang lain dari syarikat persendirian. Ini bermakna, syarikat awam tidak perlu mematuhi syarat-syarat di bawah seksyen 15. Syarikat awam boleh mempelawa orang ramai untuk melabur atau mendepositkan wang mereka ke dalam syarikat. Walau bagaimanapun, syarikat mestilah terlebih dahulu mendaftarkan prospektus syarikat dengan pendaftar syarikat.

Tahukah anda apa itu prospektus? Secara amnya, ianya adalah satu dokumen yang mengandungi segala hal ehwal kewangan dan pentadbiran syarikat.

Syarikat Berhad dan Syarikat Tidak Berhad

Sesebuah syarikat diklasifikasikan sebagai berhad dan tidak berhad berdasarkan kepada tanggungan atau liabiliti ahli ke atas hutang syarikat.

Ahli syarikat tidak akan bertanggungan untuk menjelaskan hutang syarikat dengan menggunakan aset peribadi. Sekiranya tanggungan ahli terhadap hutang syarikat terhad berdasarkan jumlah pegangan saham atau pun jaminan yang diberikan, syarikat tersebut diklasifikasikan sebagai Syarikat Berhad.

Sebaliknya, jika tanggungan ahli tidak terhad, ia akan dianggap sebagai Syarikat Tidak Berhad. Ini bermakna tanggungan ahli-ahli syarikat jenis ini sama dengan perkongsian. Bezanya perkongsian tidak mempunyai entitinya sendiri.Syarikat Berhad Menurut Saham

Bagi syarikat berhad menurut saham, tanggungan ahli-ahlinya adalah terhad mengikut jumlah saham yang belum dibayar ke atas saham-saham yang dipegang oleh seseorang ahli tersebut. Syarikat Berhad Menurut Jaminan

Syarikat berhad menurut jaminan bermaksud tanggungan ahli-ahli syarikat adalah terhad mengikut jumlah jaminan yang telah dipersetujui oleh ahli-ahli syarikat sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam memorandum dan artikel persatuan syarikat. Syarikat jenis ini biasanya ditubuhkan bagi tujuan menganjurkan rekreasi, hiburan, sains, seni dan lain-lain tujuan yang akan memberi faedah kepada masyarakat umum. Sekiranya syarikat mendapat keuntungan, biasanya ianya tidak akan diagih-agihkan kepada ahli-ahli tetapi akan digunakan semula oleh syarikat untuk mencapai matlamatnya yang mengutamakan kebajikan masyarakat. Biasanya syarikat jenis ini terdiri daripada yayasan dan badan-badan kebajikan yang membantu orang-orang miskin atau memberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.Syarikat Induk dan Anak Syarikat (subsidiari)Sesebuah syarikat disifatkan sebagai syarikat induk dan anak syarikat atau subsidiari sekiranya ianya terdiri daripada sekumpulan syarikat yang mempunyai kaitan di antara satu sama lain. Seksyen 6 Akta Syarikat 1965 menyatakan: 6. Bila perbadanan disifatkan berkaitan di antara satu sama lain. Di mana sesebuah perbadanan adalah- (a) syarikat induk bagi perbadanan yang lain; (b) subsidiari perbadanan yang lain; atau (c) subsidiari syarikat induk perbadanan yang lain, perbadanan pertama tersebut dan perbadanan yang lain itu hendaklah bagi maksud maksud Akta ini disifatkan berkaitan di antara satu sama lain. 5(1) Bagi maksud-maksud Akta ini, sesebuah perbadanan hendaklah tertakluk kepada subseksyen (3), disifatkan sebagai anak syarikat perbadanan yang lain, jika- (a) perbadanan yang lain itu- (i) menguasai keahlian lembaga pengarah perbadanan yang pertama tersebut;

(ii) menguasai lebih daripada separuh daripada kuasa mengundi dalam perbadanan yang pertama tersebut; atau

(iii) memegang lebih daripada separuh daripada modal syer yang diterbitkan oleh perbadanan yang pertama tersebut (tidak termasuk mana-mana bahagiannya yang terdiri dari syer terutama); atau

(b) perbadanan yang pertama tersebut adalah anak syarikat kepada mana-mana anak syarikat perbadanan yang lain itu.

5A. Bagi maksud-maksud Akta ini, sesebuah perbadanan hendaklah disifatkan sebagai syarikat induk terakhir bagi perbadanan yang lain jika-Perbadanan yang lain itu adalah subsidiari kepada perbadanan pertama tersebut; danPerbadanan pertama tersebut dengan sendirinya bukanlah subsudiari mana-mana perbadanan.

Syarikat Asing

Menurut seksyen 4 Akta syarikat 1965, syarikat asing bermaksud: 4. syarikat asing ertinya-

Suatu syarikat, perbadanan, pertubuhan, persatuan atau lain-lain badan yang diperbadankan di luar Malaysia; atau

Suatu persatuan, pertubuhan yang tidak diperbadankan atau lain-lain badan yang mana di bawah undang-undang tempat asalnya boleh mendakwa atau didakwa, atau memegang harta atas nama setiausaha atau lain-lain pegawai badan atau persatuan yang dilantik dengan sewajarnya bagi tujuan itu dan yang tidak mempunyai ibu pejabat atau tempat perniagaan utamanya di Malaysia;

PENAJA ATAU PROMOTERSiapakah penaja? Tidak ada definisi yang tepat mengenai penaja. Dalam kes Twicross lwn Grant (1877) 2 CPD 469, Hakim Cockburn J. menyatakan:

Promoter merupakan seseorang yang berusaha menubuhkan sesebuah syarikat dan yang menentukan arah tuju syarikat berkenaan. Beliau juga akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memenuhi tujuan tersebut.

Apa yang dapat dirumuskan ialah penaja merupakan seseorang yang bertanggungjawab menubuhkan sesebuah syarikat dan telah mengambil langkah-langkah yang perlu ke arah penubuhan sesebuah syarikat, seperti mendaftarkan penubuhan syarikat, menyediakan memorandum dan artikel, membincangkan kontrak-kontrak awal, dan menyediakan prospektus syarikat.

Oleh kerana penaja merupakan orang yang memainkan peranan yang penting dalam penubuhan sesebuah syarikat, beliau mempunyai tugas fidusiari terhadap syarikat yang akan ditubuhkan. Ini bermakna penaja bertanggungjawab untuk melakukan tugas-tugas nya demi faedah syarikat dan tidak boleh mempunyai kepentingan peribadi yang bertentangan dengan kepentingan syarikat (conflict of interest). Penaja juga tidak boleh menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan keuntungan rahsia dalam menunaikan kewajipannya.

Menurut Common Law, syarikat tidak boleh berkontrak sebelum ianya ditubuhkan. Sebelum penubuhannya, sesebuah syarikat tidak mempunyai entitinya sendiri. Oleh yang demikian, syarikat juga tidak mempunyai kelayakan untuk berkontrak. Jadi, syarikat tidak mempunyai sebarang hak dan tanggungan kontrak.

Sebagai contoh, sekiranya seorang penaja telah membayar yuran pendaftaran syarikat dengan menggunakan wangnya sendiri, beliau tidak boleh membuat apa-apa tuntutan daripada syarikat untuk menggantikan wangnya yang telah digunakan untuk tujuan pendaftaran tersebut. Ini adalah disebabkan syarikat masih belum wujud dan dengan sebab itu, syarikat tidak mempunyai sebarang tanggungan. Jika kita perhatikan, prinsip ini sudah tentu akan menimbulkan pelbagai masalah kepada penaja dan juga pihak-pihak yang berurusan dengan syarikat.

Dalam kes Newborne lwn Sensolid (Great Britain) Ltd. (1954) 1 QB 45, Newborne telah berkontrak untuk menjual 200 tin daging kepada sensolid (Great Britain) Ltd. Sebenarnya kontrak ini dibuat bagi pihak syarikat yang akan ditubuhkan iaitu Leopold Newborne (London) Ltd. Pada suatu ketika pasaran daging dalam tin telah merosot. Oleh sebab itu, Syarikat Sensolid enggan meneruskan kontrak berkenaan. Newborne telah mengambil tindakan mahkamah. Persoalannya adakah kontrak tersebut sah? Mahkamah Rayuan England akhirnya memutuskan bahawa kontrak tersebut adalah tidak sah kerana ianya dibuat sebelum penubuhan syarikat. Oleh yang demikian, Syarikat Sensolid tidak bertanggungan untuk meneruskan kontrak berkenaan.Dalam kes Black lwn Smallwood (1996) 117 CLR 52,

Black telah memasuki kontrak penjualan tanah kepada Western Suburbs Holdings Pty. Ltd. Syarikat berkenaan masih belum ditubuhkan lagi ketika kontrak ditandatangani. Smallwood dan Cooper merupakan pengarah-pengarah Syarikat Western, dan mereka kemudiannya enggan meneruskan kontrak berkenaan. Black telah mendakwa kedua-duanya bertanggungan kerana mereka bertindak sebagai ejen syarikat. Mahkamah Tinggi Australia telah memutuskan sesebuah syarikat yang belum ditubuhkan tidak layak untuk mempunyai ejen. Oleh itu, syarikat atau penandatangan kepada kontrak berkenaan tidak bertanggungan.

Prinsip di bawah Common Law jelas menunjukkan sebelum sesebuah syarikat diperbadankan, syarikat tidak mempunyai sebarang hak dan tanggungan. Oleh itu, syarikat tidak layak untuk berkontrak atau mempunyai ejen untuk berkontrak bagi pihak syarikat. Dalam sesetengah keadaan, kita boleh katakan prinsip ini akan merugikan pihak-pihak yang berurusan dengan syarikat kerana mereka tidak boleh membuat sebarang tuntutan sekiranya pihak yang berkontrak dengan syarikat telah melanggar kontrak yang ditandatangani atau enggan meneruskan kontrak berkenaan.Syarikat juga boleh mengelakkan tanggungjawabnya di dalam kontrak dengan menggunakan prinsip ini.

35(1) Apa-apa kontrak atau lain-lain transaksi yang berupa dibuat oleh syarikat sebelum penubuhannya boleh disahkan oleh syarikat selepas penubuhannya dan dengan pengesahan itu syarikat adalah terikat oleh dan berhak kepada faedahnya seoalah-olah ia telah wujud pada tarikh kontrak atau lain-lain transaksi dan merupakan suatu pihak kepada kontrak atau transaksi-transaksi lain itu.

Ini bermakna apa-apa kontrak atau transaksi yang dibuat oleh syarikat sebelum penubuhannya boleh disahkan atau diratifikasi oleh syarikat selepas penubuhannya. Sekiranya syarikat berbuat demikian, syarikat akan terikat dan bertanggungan sepenuhnya ke atas kontrak berkenaan. Perlu diingat, apabila syarikat meratifikasikan atau mengesahkan kontrak pra-perbadanan, syarikat akan bertanggungan dan kontrak tersebut dianggap bermula pada tarikh ianya ditandatangani dan bukannya bermula pada tarikh ratifikasi dibuat.

Berdasarkan kepada seksyen 35(1), bolehlah dirumuskan bahawa syarikat akan bertanggungan terhadap kontrak pra-perbadanan sekiranya syarat-syarat berikut dipenuhi:Kontrak tersebut mestilah dimasuki oleh syarikat atau sesiapa sahaja yang mewakili syarikat.Syarikat mestilah meratifikasikan kontrak pra-perbadanan selepas penubuhannya.

Seksyen 35(2) pula menyatakan: 35(2) Sebelum ratifikasi oleh syarikat itu orang atau orang-orang yang berupa bertindak atas nama atau bagi pihak syarikat hendaklah dalam ketiadaan perjanjian nyata yang berlawanan, terikat secara peribadi dengan kontrak atau lain-lain transaksi itu dan berhak mendapat faedah-faedahnya. Oleh yang demikian, jelaslah kepada kita sebenarnya syarikat tidak meratifikasikan kontrak pra-perbadanan penaja atau pihak yang memasuki kontrak berkenaan akan bertanggungan secara peribadi sekiranya tiada perjanjian yang nyata dibuat bagi mengelakkan tanggungan mereka. Dalam kes Cosmic Insurance Ltd. Lwn Khoo Chiang Poh (1981) 1 M.L.J. 61, persoalan yang timbul ialah berkenaan dengan kontrak pekerjaan salah seorang daripada pengarah-pengarah syarikat, sebelum penubuhan syarikat, Encik Koo Chiang Poh telah dilantik sebagai pengarah urusan. Surat perlantikan menyebut:Khoo Chiang Poh akan menjadi pengarah urusan seumur hidup kecuali beliau meletakkan jawatan, meninggal dunia atau disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965 atau beliau dilarang menjadi pengarah urusan menurut peruntukan Akta.Selepas syarikat ditubuhkan satu resolusi telah dibuat untuk meluluskan jawatannya dan berbunyi seperti berikut:Adalah dipersetujui bahawa Khoo Chiang Poh dilantik menjadi pengarah urusan dan akan memegang jawatan tersebut seumur hidup mengikut peruntukan artikel dan memorandum persatuan syarikat dan beliau adalah bertanggungjawab terhadap lembaga pengarah syarikat.Pada suatu ketika, satu pertelingkahan telah berlaku di antara Khoo dan lembaga pengarah. Akibatnya beliau telah dipecat daripada jawatannya. Beliau telah membuat tuntutan ke mahkamah. Persoalan yang timbul dalam kes ini ialah, adakah surat perlantikannya sebagai pengarah urusan seumur hidup tersebut merupakan kontrak pra-perbadanan? Sekiranya surat tersebut merupakan kontrak pra-perbadanan, persoalannya adakah ianya telah diratifikasikan oleh syarikat? Majlis Privy Singapura telah memutuskan surat perlantikan tersebut merupakan kontrak pra-perbadanan dan ianya telah pun diratifikasikan oleh syarikat apabila syarikat meluluskan resolusi berkenaan perkara tersebut. Oleh yang demikian, syarikat telah melakukan kesalahan dengan memecat Encik Khoo Chiang Poh daripada jawatan pengarah urusan seumur hidup.

Langkah-Langkah Sebelum Penubuhan Syarikat

Sebelum sesebuah syarikat memulakan perniagaannya, ia mestilah ditubuhkan secara sah dengan mematuhi segala prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965. Antara langkah awal yang mesti dipatuhi ialah berkenaan dengan carian nama. Anda juga akan didedahkan dengan beberapa dokumen penting serta borang-borang yang perlu dipenuhi sebelum diserahkan kepada Pendaftar Syarikat untuk tujuan pendaftaran.Carian NamaLangkah pertama yang perlu dilakukan sebelum pendaftaran nama syarikat ialah pemohon (orang yang ingin menubuhkan syarikat) hendaklah membuat tempahan nama di pejabat Pendaftar Syarikat berdasarkan kepada seksyen 22(6) Akta Syarikat 1965. 22(6) Sebelum Pendaftaran-Sebuah syarikat yang dicadangkan atau syarikat asing; atauPertukaran nama syarikat atau syarikat asing,Pemohon pendaftaran hendaklah memohon dalam borang yang ditetapkan kepada pendaftar suatu carian tentang sama ada nama yang dicadangkan bagi syarikat atau syarikat asing itu boleh digunakan atau untuk perizaban nama itu, jika boleh digunakan.

Seksyen 22(7) menyatakan sekiranya Pendaftar berpuashati tentang kesahihan nama tersebut, nama itu akan dirizabkan atau disimpan selama tiga bulan dari tarikh permohonan dibuat. 22(7) Jika pendaftar berpuashati tentang bona fide permohomam itu dan nama yang dicadangkan adalah nama syarikat atau syarikat asing boleh didaftar tanpa langgaran subseksyen (1), dia hendaklah rizab nama yang dicadangkan untuk tempoh tiga bulan dari tarikh permohonan diserahsimpan.Pemilihan nama adalah mengikut keinginan pemohon sendiri. Walau bagaimanapun, menurut seksyen 22(1), Pendaftar Syarikat mempunyai kuasa untuk menolak pendaftaran nama syarikat atas alasan-alasan tertentu. 22(1) Kecuali dengan kebenaran Menteri, sesebuah syarikat tidak boleh didaftarkan dengan nama yang, pada pendapat Pendaftar, tidak dikehendaki, atau suatu jenis nama, yang Menteri telah mengarahkan Pendaftar supaya tidak menerima untuk pendaftaran. Biasanya Pendaftar akan menolak pendaftaran nama syarikat sekiranya didapati:Nama tersebut tidak bersesuaian dengan polisi awam;Nama tersebut adalah sama atau serupa dengan nama syarikat yang telah didaftarkan; danNama tersebut telah diarahkan oleh Menteri kepada Pendaftar Syarikat supaya tidak diterima untuk pendaftaran seperti yang tersiar dalam Warta Kerajaan No. 4180 bertarikh 2hb. Jun 1986.

Prinsip Entiti BerasinganSyarikat mempunyai entitinya sendiri di sisi undang-undang. Ini bermakna hak dan tanggungjawab syarikat menjadi berasingan dengan ahli-ahli syarikat itu sendiri. Peraturan ini dinamakan prinsip entity berasingan. Ianya telah diperjelaskan secara terperinci dalam kes Salomon lwn A.Salomon & Co. Ltd. (1897) AC (HOL). Pada asalnya Solomon merupakan seorang peniaga yang menjalankan perniagaan kasut. Setelah perniagaannya meningkat maju, beliau menubuhkan sebuah syarikat yang dinamakan Solomon & Co. Ltd. Beliau merupakan pemegang saham terbesar dan selebihnya dimiliki oleh anak-anak dan isterinya sebagai penama beliau. Pada hakikatnya semua saham syarikat adalah menjadi milik Solomon sendiri. Solomon juga, secara peribadi menjadi salah seorang daripada pemiutang syarikat. Setelah perniagaan syarikat mengalami kerugiaan, syarikat terpaksa dibubarkan. Solomon sebagai pemiutang turut sama dalam senarai tuntutan hutang dalam proses pembayaran balik hutang-hutang syarikat. Sambungan Prinsip Entiti BerasinganMalangnya permohonan beliau telah ditolak oleh likuidator dengan alasan beliau dan syarikatnya adalah orang yang sama. Solomon telah membuat tuntutan ke mahkamah dan mendakwa syarikatnya sendiri untuk mendapatkan semula bayaran hutangnya. Isu atau persoalan dalam kes ini, adakah Solomon bertanggungan secara peribadi ke atas hutang-hutang syarikat? Sekiranya tidak, adakah beliau layak untuk menuntut hutangnya daripada syarikat beliau sendiri? Mahkamah House of Lords telah memutuskan bahawa penubuhan syarikat akan mewujudkan entiti yang berasingan di antara syarikat dengan ahli-ahlinya. Dalam kes ini, walaupun di antara Solomon dan Solomon & Co. Ltd. Pada hakikatnya orang yang sama, Solomon tetap layak untuk menuntut hutangnya sebagai pemiutang. Antara Solomon dan syarikatnya telah wujud dua entiti yang berasingan menurut undang-undang. Lee lwn Lees Air Farming Ltd. Dalam kes., Lee telah menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Lees Air Farming Ltd. Sebahagian besar saham dimiliki olehnya. Beliau juga merupakan pengarah syarikat dan turut bekerja dengan syarikatnya sebagai ketua juruterbang. Beliau telah terbunuh semasa menjalankan tugasnya. Isterinya telah menuntut pampasan Lee sebagai pekerja menurut peruntukan undang-undang New Zealand pada masa itu. Mahkamah tidak membenarkan tuntutan tersebut dengan alasan Lee bukanlah pekerja syarikat kerana beliau sendiri memiliki syarikat tersebut. Bagai manapun Mahkamah Rayuan telah membenarkan tuntutan isteri Lee. Mahkamah Rayuan berpendapat walaupun Lee adalah pemilik syarikatnya tetapi di sisi undang-undang syarikat dan ahlinya adalah dua entiti yang berbeza. Oleh itu, Lee boleh bertindak sebagai pekerja syarikat selain daripada menjadi pemilik syarikatnya.Sebaik sahaja syarikat diperbadankan, satu entiti baru akan terbentuk dan ianya adalah berasingan daripada ahli-ahli syarikat, pengarah-pengarah dan pemegang-pemegang saham. Prinsip ini tetap diterima pakai samada sesebuah syarikat itu mempunyai ahli yang ramai atau hanya diuruskan oleh seorang individu sahaja sebagaimana yang telah diputuskan dalam kedua-dua kes di atas.Kesan perbadananKuasa Sebuah PerbadananSyarikat Boleh Mendakwa dan DidakwaKesinambungan HayatKuasa untuk Memiliki HartaTanggungan Ahli-Ahli SyarikatKuasa Sebuah Perbadanan

Berkuatkuasa pada dan mulai daripada tarikh sesebuah syarikat itu diperbadankan, penandatangan-penandatangan memorandum serta nama-nama yang berdaftar sebagai ahli syarikat akan menjadi satu pertubuhan atau perbadanan yang mempunyai kuasa, hak dan tanggungjawabnya sendiri di sisi undang-undang. Ianya menjadi satu entiti undang-undang (legal entity). Oleh itu, syarikat mempunyai kuasa dan liabiliti sama seperti individu manusia dalam segala hal.

Syarikat Boleh Mendakwa dan Didakwa

Sebagai satu entiti yang terpisah daripada ahli-ahlinya, syarikat boleh mendakwa dan didakwa atas namanya sendiri. Prinsip ini akan dibincangkan dalam kes Foss lwn Harbottle (1843) 2 Hare 461 (Vice- Chancellors Court, England). Dalam kes ini, dua orang pemegang saham di Victoria Park Company telah mendakwa pengarah syarikat dan beberapa orang yang lain dalam syarikat tersebut. Mereka mendakwa pengarah dan orang-orang berkenaan telah menyalahgunakan harta syarikat. Mahkamah memutuskan sepatutnya dakwaan terhadap pengarah dan rakan-rakannya itu dibuat oleh syarikat, atas nama syarikat itu sendiri dan bukannya oleh kedua-dua pemegang saham tersebut. Prinsip ini diambil kerana kerugian yang berlaku telah memberi kesan ke atas syarikat secara keseluruhannya dan bukanlah kepada kedua-dua pemegang saham tersebut.

Prinsip dalam kes ini menunjukkan syarikat boleh mendakwa dengan menggunakan nama syarikat dan ahli-ahli tidak perlu untuk berbuat demikian bagi pihak syarikat. Ini merupakan ciri syarikat yang paling penting, yang tidak dimiliki oleh pertubuhan yang tidak diperbadankan seperti perniagaan tunggal dan perkongsian.

Kesinambungan Hayat

Syarikat masih kekal wujud walaupun semua ahli-ahlinya telah meninggal dunia. Perubahan keahlian dalam syarikat juga tidak akan memberi kesan kepada jangka hayatnya. Jangka hayat syarikat hanya akan berakhir setelah nama syarikat dibatalkan oleh Pendaftar Syarikat. Kita lihat contoh kes Re Noel Tedman Holdings Pty Ltd. (1967) QdR 561. Dalam kes ini syarikat hanya mempunyai dua orang pemegang saham, iaitu sepasang suami isteri. Mereka juga bertindak sebagai pengarah-pengarah syarikat. Bagaimanapun kedua-duanya meninggal dalam satu kemalangan jalanraya. Menurut artikel persatuan syarikat tersebut, pindahmilik saham hanya boleh dilakukan dengan kebenaran pengarah-pengarah syarikat. Masalahnya, kedua-dua pengarah telah meninggal dunia. Biasanya masalah ini boleh diselesaikan dengan perlantikan pengarah yang baru. Malangnya ahli-ahli syarikat yang akan mengundi untuk melantik pengarah baru juga telah tiada. Akhirnya, mahkamah memutuskan, untuk menyelesaikan masalah tersebut, mahkamah memberikan kebenaran kepada wakil peribadi si mati untuk melantik pengarah-pengarah baru syarikat. Kuasa untuk Memiliki Harta

Syarikat juga mampu untuk memiliki harta atas namanya sendiri. Harta milik syarikat adalah berasingan dengan harta milik peribadi ahli-ahlinya. Mari kita rujuk kes Macaura lwn Northern Assuarance Co. Ltd. (1925) AS 619. Dalam kes ini, Macaura memiliki kawasan pembalakan di Ireland. Beliau telah menjual kesemua balak-balak miliknya kepada Irish Canadian Sawmills Ltd., iaitu syarikat yang tubuhkan oleh beliau sendiri. Kesemua saham syarikat tersebut dimiliki oleh Macaura dan warisnya. Beliau juga telah membeli polisi insurans atas namanya sendiri bagi menjamin keselamatan balak-balak tersebut. Dua minggu selepas pembelian insurans, balak-balaknya telah musnah dalam satu kebakaran. Macaura telah membuat tuntutan dengan syarikat insurans berkenaan, malangnya tuntutannya tidak dilayan. Beliau juga telah membawa kes ini ke mahkamah. House of Lords, bagaimanapun telah memutuskan sebaik sahaja Macaura menjual balak-balaknya kepada syarikat, beliau tidak lagi mempunyai hakmilik ke atas balak-balak tersebut. Sebaliknya ia telah menjadi aset syarikat. Oleh kerana insurans dibuat atas nama peribadi Macaura, polisi insurans itu tidak terpakai ke atas balak-balak milik syarikat.

Tanggungan Ahli-Ahli Syarikat

Menurut seksyen 16(5), ahli-ahli syarikat bertanggungan untuk menyumbang kepada aset syarikat apabila berlakunya pembubaran syarikat, sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh akta. Bagaimanapun, tanggungan ahli-ahli adalah bergantung kepada jenis syarikat berkenaan. Jenis-jenis syarikat ini telah pun anda pelajari dalam Bab 1. Biasanya ahli-ahli akan bertanggungan ke atas hutang syarikat sekiranya aset syarikat tidak mencukupi untuk menyelesaikan hutang syarikat. Contohnya, bagi syarikat berhad oleh saham, liabiliti ahli hanyalah ke setakat jumlah saham yang belum berbayar yang dimiliki oleh ahli berkenaan sahaja. Tangung Jawab promoter terhadap syarikat.Penaja mesti mendedahkan keuntungan atau apa-apa faedah yang diperolehi semasa menaja syarikat tersebutPendedahan mestilah dikemukakan secara penuh dan jujurKomisyen atau pembayaran yang diterima oleh penaja terhadap pemindahan harta kepada sebuah syarikat mesti didedahkanJika penaja berkontrak dengan syarikat samada sebagai penjual atau pembeli, fakta bahawa beliau adalah seorang kontraktor mesti didedahkan

Penaja mesti mendedahkan keuntungan atau apa-apa faedah yang diperolehi semasa menaja syarikat tersebut

Erlanger lwn New Sombrero Phosphate Co Erlanger & rakan-rakan (promoter) bercadang untuk menubuhkan sebuah syarikat untuk mendapat pajakan pulau untuk perlombongan fosfat dengan harga 55000pound sterling. Syarikat kemudiannya diperbadankan & mereka menjadi Ahli Pengarah. Pada tahun 1871, pajakan tersebut telah dijual kepada syarikat dengan harga 110,000 pound. Apabila syarikat mengalami kerugian, ahli syarikat memecat Lembaga Pengarah & melantik Ahli Pengarah yang baru. Pengarah2 yang baru cuba untuk membatalkan kontrak pajakan. House of Lords memutuskan, oleh kerana penaja-penaja tidak pernah mendedahkan kepentingan mereka (kepentingan di dalam kontrak) kepada lembaga pengarah yang baru, pembatalan boleh dilakukan.

Pendedahan mestilah dikemukakan secara penuh dan jujur

Kes: Gluckstein lwn Barnes Gluckstein & rakan-rakan membeli premis dengan harga 140,000 pound. Harta itu digadaikan melalui satu gadaijanji dan bon debentur. Ahli syarikat telah membeli sebahagian daripada bon debentur dan gadaijanji tersebut pada harga lebih yang murah berbanding nilai asal. Syarikat kemudiannya ditubuhkan & penaja jual premis tersebut dengan harga 180,000 pound. Bon debentur dan gadaijanji dibayar semula & memberi keuntungan kepada penaja sebanyak 20,000 pound. Keuntungan sebanyak 40,000 pound hasil penjualan premis didedahkan kepada ahli tetapi keuntungan dari bon debentur & gadaijanji tidak didedahkan. Apabila syarikat di bawah penyelesaian, pihak penyelesai menuntut bahagian yang tidak didedahkan. Mahkamah: pendedahan tidak sepenuhnya, oleh itu penyelesai boleh buat tuntutan keuntungan tersebut.

Komisyen atau pembayaran yang diterima oleh penaja terhadap pemindahan harta kepada sebuah syarikat mesti didedahkan

Kes: Whaley Bridge Calico Printing Co lwn Green & Smith Green telah membeli beberapa lukisan kain belacu pada harga 15,000 pound. Beliau jual kepada Smith dengan harga 20,000 pound. Transaksi ini dibuat untuk menipu syarikat bagi membolehkan penjualan selanjutnya kepada syarikat. Green & Smith kemudiannya menubuhkan syarikat & lukisan tersebut dijual kepada syarikat oleh Smith. Green berjanji untuk bayar Smith 3,000 pound daripada wang yang diterima. Komisyen ini tidak didedahkan kepada syarikat & ahli. Mahkamah: Smith perlu bertanggungjawab untuk memaklumkan wang tersebut telah dibayar kepadanya. Oleh kerana Green belum buat pembayaran tersebut, syarikat boleh tuntut komisyen itu daripada Green.

Jika penaja berkontrak dengan syarikat samada sebagai penjual atau pembeli, fakta bahawa beliau adalah seorang yang berkontrak mesti didedahkan

Kes: Habib Abdul Rahman lwn Abdul Cader Abd Cader & seorang lagi menaja sebuah syarikat dan telah membeli sebidang tanah daripada syarikat lain. Tanah tersebut telah dibahagikan dan ditawarkan untuk penjualan kepada orang awam. Abd Cader bercadang untuk membeli sebidang dari tanah tersebut secara perkongsian dengan 3 orang lain. 2 pemegang syer daripada syarikat tersebut mendakwa mahu membatalkan kontrak atas alasan kepentingan Abd Cader belum didedahkan lagi apabila penjualan dibuat. Mahkamah: kontrak boleh dibatalkan kerana maklumat tidak didedahkan.

Soalan 1Ali, Abu dan Ahmad bercadang mewujudkan sebuah syarikat persendirian dimana mereka bertiga menjadi ahli, dan pengarah eksekutif.

Ali adalah seorang senior manager di syarikat lama dia bertugas dan memiliki pengalaman yg luas dalam bidang hartanah. Dia secara peribadi memiliki kontrak perjanjian dengan pihak-pihak pengiklanan untuk tujuan promosi dan pasaran. Dia bersetuju memberi kontrak tersebut kepada syarikat yang bakal ditubuhkan.

Abu pula adalah pemilik sebuah tanah dimana mereka merancang untuk menjadikan tanah tersebut taman tema untuk orang awam. Abu telah berjaya memiliki hak lesen taman tema dari pihak Walt Disney dengan syarat dia mesti menubuhkan sebuah syarikat sdn bhd yang boleh dimaklumkan kelak.

Ahmad pula adalah ketua dikalangan mereka, Ahmad bersetuju menyertai syarikat ini dengan syarat dia dilantik menjadi pengarah urusan. Ahmad juga bertanggungjawab menguruskan urusan pendaftaran syarikat. Ahmad membuat suatu kontrak bahawa beliau mestilah menjadi pengarah urusan seumur hidup, kecuali jika meninggal dunia atau telah hilang kelayakan mengikut peruntukan akta syarikat.

Setelah mendapat kelulusan dari pendaftar syarikat. Baru-baru ini Abu diberitahu oleh Walt Disney bahawa beliau tidak boleh menggunakan hak milik ekslusif taman tema Walt Disney kerana Walt Disney mendakwa tidak terikat dengan apa-apa perjanjian bersama Abu sebagai ejen. Ahmad pula telah didapati mempunyai sebuah syarikat lain yang merupakan musuh saingan taman tema iaitu Genting World Park. Jadi Abu dan Ali tidak mahu Ahmad memegang jawatan pengarah urusan lagi, bahkan berhasrat memecat Ahmad dari jawatan nya. Nasihat Abu, Ali dan Ahmad.

Apakah yang boleh dilakukan oleh Abu dan Ali untuk memastikan syarikat mereka boleh meneruskan perancangan mereka. Jika Ahmad boleh dipecat, bagaimana pula jika perlantikan Ahmad bukan sahaja dibuat melalui surat perlantikan, tetapi juga melalui resolusi.