v1i1 accounting & law 15 sept 2015

37
1 Assalammualaikum wbt dan salam khazanah alam kepada semua warga UiTM Pahang. Alhamdullilah, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada ahli-ahli Sidang Redaksi “Accounting & Law” kerana berjaya menerbitkan buletin ini yang diterbitkan juga secara atas talian di laman sesawang www.accandlaw.blogspot.my “Accounting & Law” adalah majalah Pusat Pengajian Perakaunan dan Undang-undang yang diterbitkan secara dwi tahunan bagi membuka ru- ang dan peluang kepada seluruh warga UiTM Pahang untuk menyemarakkan lagi aktiviti penulisan dan sebagai wadah bagi pensyarah-pensyarah muda dan para pelajar, khususnya pelajar perakaunan untuk mengasah kemahiran menulis mereka. Penggunaan dwi-bahasa diharapkan dapat meningkatkan sumbangan penulisan kepada majalah ini. Saya percaya, skop penulisan “Accounting & Law” tidak terbatas kepada isu-isu teknikal yang berkaitan dengan bidang pusat pengajian ini sahaja, tetapi ia merangkumi setiap aspek berkaitan kehidupan seharian kita seperti isu-isu semasa di kampus dan kawasan persekitaran, tip-tip pembelajaran dan pengajaran, perkongsian ilmu dan berita-berita se- masa penglibatan pensyarah dan pelajar di dalam pelbagai aktiviti. Justeru itu, saya me- nyeru warga UiTM Pahang mengambil peluang untuk mengembangkan kesarjanaan dan menyumbang artikel-artikel berbentuk ilmiah ataupun santai yang dapat membuka minda kita semua. Akhir kata sekalung penghargaan serta ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan majalah ini. Semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t. Sehingga bertemu kembali di keluaran yang akan datanag. Wassalam. Prof Dr Hj Jamaludin Kasim Rektor UiTM Cawangan Pahang Sekapur sirih : Edisi pengenalan MENARIK KELUARAN INI Keperluan kelulusan profesional 2 Bengkel FBT 4 Program pembangunan insan 6 Why graduate unemployed 7 Undang- undang tubuh Pahang 10 Berita palsu 11 Memori yang baik 14 Guru 16 Pencapaian IID 18 1000 Pitching 21 Aktiviti PPPU 26 MASUM 2015 (Memanah) 22 Gambar Aktiviti PPPU 26 - 37 Sidang Redaksi 37 Accounting & Law 15 SEPTEMBER 2015 VOLUME 1, ISSUE 1 ISSN : 01275542

Upload: hanhi

Post on 28-Dec-2016

248 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 1 

Assalammualaikum wbt dan salam khazanah alam kepada semua warga UiTM Pahang. Alhamdullilah, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada ahli-ahli Sidang Redaksi “Accounting & Law” kerana berjaya menerbitkan buletin ini yang diterbitkan juga secara atas talian di laman sesawang www.accandlaw.blogspot.my “Accounting & Law” adalah majalah Pusat Pengajian Perakaunan dan Undang-undang yang diterbitkan secara dwi tahunan bagi membuka ru-

ang dan peluang kepada seluruh warga UiTM Pahang untuk menyemarakkan lagi aktiviti penulisan dan sebagai wadah bagi pensyarah-pensyarah muda dan para pelajar, khususnya pelajar perakaunan untuk mengasah kemahiran menulis mereka. Penggunaan dwi-bahasa diharapkan dapat meningkatkan sumbangan penulisan kepada majalah ini. Saya percaya, skop penulisan “Accounting & Law” tidak terbatas kepada isu-isu teknikal yang berkaitan dengan bidang pusat pengajian ini sahaja, tetapi ia merangkumi setiap aspek berkaitan kehidupan seharian kita seperti isu-isu semasa di kampus dan kawasan persekitaran, tip-tip pembelajaran dan pengajaran, perkongsian ilmu dan berita-berita se-masa penglibatan pensyarah dan pelajar di dalam pelbagai aktiviti. Justeru itu, saya me-nyeru warga UiTM Pahang mengambil peluang untuk mengembangkan kesarjanaan dan menyumbang artikel-artikel berbentuk ilmiah ataupun santai yang dapat membuka minda kita semua. Akhir kata sekalung penghargaan serta ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan majalah ini. Semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t. Sehingga bertemu kembali di keluaran yang akan datanag. Wassalam. Prof Dr Hj Jamaludin Kasim Rektor UiTM Cawangan Pahang

Sekapur sirih : Edisi pengenalan

M E N A R I K K E L U A R A N I N I

Keperluan kelulusan profesional

2

Bengkel FBT 4

Program pembangunan insan

6

Why graduate unemployed

7

Undang-undang tubuh Pahang

10

Berita palsu 11

Memori yang baik

14

Guru 16

Pencapaian IID 18

1000 Pitching 21

Aktiviti PPPU 26

MASUM 2015 (Memanah)

22

Gambar Aktiviti PPPU

26 - 37

Sidang Redaksi 37

Accounting & Law 1 5 S E P T E M B E R 2 0 1 5 V O L U M E 1 , I S S U E 1

ISSN : 0127‐5542 

Page 2: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 2 

P A G E 2

Kenapa perlu saya memiliki kelulusan

profesional dalam bidang perakaunan Oleh : Prof Madya Dr Halil Paino Timbalan Rektor HEA UiTM Pahang

Phd (Auditing) (2010), CIMA (UK) Strategic

(2006), M.Acc (Finance) (2001), ADIA (1998),

DIA (1992), Chartered Accountant (Registered

with Malaysian Institute of Accountants, 2002).

Kelayakan Professional : ACCA, CIMA,

MICPA, AICPA, Australia CPA, NZICA,

ICAEW dan sebagainya….mana satukah

pilihan hati saya untuk MESTI memilikinya.

Lihat sahaja mereka yang bergelar ketua

pegawai eksekutif (CEO) daripada kalangan

Bumiputera yang majoritinya berbangsa

Melayu; Kelayakan akademik membolehkan

mereka menjadi ahli persatuan akauntan

bertauliah antarabangsa sama ada ACCA,

CIMA atau sebagainya. Nama-nama seperti

Tan Sri Ismee Ismail, CEO Tabung Haji

atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri

yang pernah memegang jawatan CEO TM

Bhd dan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid

Omar mempunyai kelayakan profesional

sebagai akauntan bertauliah.

Walaupun universiti awam di negara ini,

yang menawarkan jurusan perakaunan di-

monopoli kaum Bumiputera yang me-

lahirkan ramai graduan perakauanan tetapi

hakikat menyedihkan mereka yang bergelar

akauntan profesional atau bertauliah dimonopoli

kaum bukan Bumiputera. Berdasarkan data keahl-

ian terkini MIA yang berjumlah kira-kira 30,000

terdapat lebih 7,000 graduan perakaunan dari

universiti awam terdiri daripada kaum Bumi-

putera manakala hanya sekitar 4,000 graduan

perakaunan bukan Bumiputera daripada universiti

awam. Tetapi, jurang itu melebar dengan begitu

ketara apabila hanya terdapat sejumlah 1,554

akauntan profesional Bumiputera atau hanya 8%

berbanding 92% atau 16,878 akauntan profesional

bukan Bumiputera di negara ini.

Saya tidak pasti sama ada fakulti perakaunan uni-

versiti awam mempunyai data ini, atau tidak teta-

pi ia seharusnya dijadikan kayu pengukur

bagaimana untuk melahirkan lebih ramai

akauntan profesional Bumiputera, senario yang

terus gagal dilaksanakan. Apa yang berlaku kini,

majoriti graduan perakaunan Bumiputera memilih

jalan mudah menjadi ahli Institut Akauntan Ma-

laysia (MIA) dengan bekerja dan menjadikan

seorang ahli MIA sebagai mentor mereka selama

tiga tahun, sebelum mencadangkan nama mereka

sebagai ahli MIA. Sedangkan graduan pe-

rakaunan ini, seharusnya meneruskan pengajian

mereka dengan menduduki peperiksaan akauntan

bertauliah seperti ACCA yang hanya membabit-

kan lima kertas peperiksaan lagi sebelum layak

bergelar akauntan profesional bertaraf dunia.

A C C O U N T I N G & L A W

Page 3: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 3 

P A G E 3 V O L U M E 1 , I S S U E 1

Inilah yang sepatutnya menjadi matlamat graduan pe-

rakaunan Bumiputera untuk membolehkan mereka bersaing

di peringkat antarabangsa serta menerima gaji lebih lumayan

apabila bekerja di sektor korporat. Saya ingin memberikan

satu lagi statistik mengapa kelayakan sebagai akauntan ber-

tauliah amat penting untuk menaiki tangga pengurusan da-

lam sektor korporat kerana berdasarkan kajian membabitkan

Ahli Lembaga Pengarah (BOD) di 100 GLC terkemuka

negara, sebanyak 24% BOD mempunyai kelayakan sebagai

akauntan profesional manakala hanya 1% sahaja BOD yang

hanya mempunyai kelayakan sebagai graduan perakaunan

biasa. Graduan perakaunan negara terutama sekali kaum

Bumiputera perlu sedar industri perakaunan dunia kini se-

makin berubah dengan begitu dinamik sekali dan perubahan

dalam Akta Akauntan 1967 amat perlu dalam menjadikan

industri berkenaan sentiasa berdaya saing di peringkat an-

tarabangsa.

Jika universiti awam menyedari hal ini, sudah pasti mereka

mahu mengubah sukatan pelajaran mereka dengan me-

wajibkan semua lepasan graduan mereka mempunyai ke-

layakan professional, tetapi sikap ini langsung tidak dapat

dilihat di kalangan universiti awam. Sebaliknya, universiti

awam terus mengamalkan sikap tertutup dan tidak mahu

turut sama berubah dalam membantu graduan mereka sekali

gus menyebabkan ramai lepasan ijazah mereka tidak

mempunyai kelayakan profesional. Akibatnya, graduan-

graduan ini, terutama sekali di kalangan kaum Bumiputera

tidak mampu bersaing dalam pasaran kerja dan tidak

mendapat gaji lumayan berbanding graduan perakaunan

bukan Bumiputera. Atas sebab itu, saya menyokong usaha

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak yang

menetapkan sasaran untuk meningkatkan jumlah akauntan

profesional Bumiputera daripada 8% kepada 25% men-

jelang 2020. Antara langkah yang telah diumumkan

Datuk Seri Najib adalah dengan mewujudkan sebuah

pusat profesional akaun di Universiti Teknologi Mara

(UiTM) yang akan menawarkan empat bidang pengajian

profesional perakaunan. Bidang-bidang berkenaan ada-

lah Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah Malaysia

(CIMA), Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun

(ACCA), Institut Akauntan Bertauliah England dan

Wales (ICAEW) dan Persatuan Akauntan Awam Ber-

tauliah Malaysia (MICPA).

Layari laman sesawang berikut untuk maklumat

tambahan:

http://www.themalaysianinsider.com/opinion/nur-

jazlan/article/universiti-awam-jangan-jadi-penghalang-

lahir-akauntan-profesional

Page 4: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 4 

P A G E 4

PPPU adakan bengkel Frame-Based Teaching Oleh Azizi@Hamizi Hashim

Baru-baru ini Pusat Pengajian Pe-rakaunan dan Undang-undang telah mengadakan satu bengkel bertajuk Framework Based Teaching(FBT) of Financial Reporting Standard (FRS) kepada para pensyarah. Bengkel yang bertempat di bilik mesyuarat Per-pustakaan Al-Bukhari UiTM Pahang ini telah dihadiri oleh pensyarah yang mengajar kursus-kursus perakaunan seramai 18 orang dan dikendalikan oleh Dr Radziah Mahmud, Ketua Kursus Pelaporan Kewangan, UiTM Puncak Alam. Ia telah dirasmikan oleh En. Aripin Amat selaku Ketua Pusat Pengajian Perakaunan dan Undang-undang dengan objektif untuk memberi pendedahan berkenaan kaedah baru di dalam pengajaran kursus-kursus yang melibatkan elemen piawaian pelaporan kewangan (Financial Reporting Stand-ard). Di dalam ucapan perasmiannya, En Aripin menyatakan hasrat agar semua pensyarah yang hadir menggunakan sebaik mungkin peluang ini agar mereka semua sentiasa bersedia dengan perkembangan semasa di dalam bidang pelaporan kewangan dan seterusnya menyam-paikan pula kepada pela-jar-pelajar melalui proses pengajaran dan pembela-jaran (P & P) di dalam bilik kuliah.

Secara umumnya, FBT adalah satu kaedah baru yang diperkenalkan oleh International Financial Reporting Standard

(IFRS) Foundation bagi pengajaran kursus pelaporan kewangan yang melibatkan piawaian perakaunan. Matlamat dasarnya adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di dalam mengaplikasi dan mem-buat pertimbangan terhadap penggunaan piawaian perakaunan.

Pensyarah yang hadir rata-rata berharap agar program ini diadakan lagi secara bersiri pada masa akan datang kerana ia amat bermanfaat kepada pensyarah dan juga para pelajar.

“Saya rasa bengkel ini sangat bagus untuk meningkatkan kemahiran pensyarah khu-susnya dalam mengaplikasikan FRS dan menerapkannya di dalam P&P”, ujar Pn. Norlaila Mohd Din, peserta dan juga pen-syarah kursus Financial Reporting. Manakala En Azmi Nias pula berharap pada masa akan datang bengkel ini diadakan lebih khusus membincangkan aplikasi bagi setiap piawaian perakaunan sebagaimana yang diterbitkan oleh IFRS.

Sekian.

A C C O U N T I N G & L A W

Page 5: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 5 

Jengka oleh Effi Amira Sahferi (Pelajar AC220) P A G E 5 V O L U M E 1 , I S S U E 1

Mencari melati di pohon cemara, Biar luka jangan di lengan, Salam diberi pembuka bicara, Moga terhibur derita jangan. Siapa si dia cubalah teka, Menangkap haiwan mudah terjerat, Jauh merantau hingga ke Jengka, Ilmu dicari dunia akhirat. Fatimah pergi menjual keli, Mencari duit bukan nak kaya, Tempat di pergi jauh sekali, Apakan daya tak hendak seribu daya.

Singgah di pekan membeli betik, Betik dibeli dari Pak Dota, Ku sangka buruk rupanya cantik, Kalau tak kenal maka tak cinta. Bunga Jepun cantik rupanya, Apatah lagi bunga tahi ayam, Lama merantau tiba penghujungnya, Semakin dikenang rindu semacam. Anak dara pergi Melaka, Pergi Melaka membeli tali, Salam perpisahan untuk Jengka, Andai berjodoh bersua kembali.  

Hot and cold, Always comfort me, always secure me, You light me with love that no one ever gives that, Your hug is the best medicine ever. Day and night, Tired and burdensome still you always there, Accompany us without any single complain, Just only to ensure the best for me. Years by years passed, everything changed, Environment changed so does me, But mom, you still the same person, Sacrify everything just only for me. Even the clock stop, the weather changed, Day and night switches, years by years passes, You still my best mother, you are everything for me, Happy mother’s day mom, Thanks for being beside me.

My Everything oleh Effi Amira Sahferi & Syafiqah Sulaiman (Pelajar AC220)

AC220 representative in action

Page 6: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 6 

P A G E 6

Program Pembangunan Insan Oleh:Yuzainizam Yusop &

Mohd Aripin Amat

Kemahiran Insaniah (soft-skills) meru-pakan kemahiran peribadi seseorang, yang merentasi pelbagai bidang pem-belajaran yang merangkumi aspek keperibadian dan kerja berkumpulan. Selaras dengan kepentingannya, Ke-menterian Pengajian Tinggi telah mem-perkenalkan program kemahiran insani-ah untuk diterapkan kepada para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. Mendala-mi usaha tersebut, Fakulti Perakaunan UiTM Pahang telah mengambil inisiatif sendiri untuk membentuk kemahiran insaniah ini (soft skill) dikalangan pela-jar-pelajar mereka. Mulai semester Disember 2014 – Mac 2015, pihak fakulti telah menetapkan pada setiap hari khamis sekitar jam 4 petang adalah waktu untuk perjumpaan semua pelajar perakaunan bersama pensyarah-pensyarah perakaunan dan undang-undang. Aktiviti ini dijalankan secara tetap pada setiap minggu atau dua minggu sekali mengikut kesesuaian.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang semester Disember – Mac 2015 adalah:

1. My SLT – aktiviti bersama Cik As-midar Alias dari Fakulti Kejuruter-aan Awam. Beliau telah mengajar pelajar kaedah untuk menyediakan Student Learning Time (SLT)

2. Perjumpaan mentor-mentee – Majlis penyerahan para pelajar kepada

mentor (pensyarah) masing-masing.

3. Sukaneka (kumpul air hujan)

4. Perlawanan Dogdeball

5. Public Speaking

6. Perkongsian Ilmu bersama Encik Mo-hamad Azmi Nias Ahmad

Secara umumnya, aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan kemahiran berinteraksi di kalangan pelajar, terutamanya pelajar sen-ior dengan pelajar junior. Selain daripada itu, ianya berupaya untuk mengalakkan pemikiran kritis dan kemahiran mereka da-lam menyelesaikan masalah. Ini terbukti apabila mereka diberi tugasan yang tidak di-jangka, mereka mampu menyelesaikannya dengan menggunakan sumber yang tersedia sahaja. Kemahiran kerja secara berpasukan juga mampu diterapkan dimana setiap pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan secara rawak. Mereka harus berkerjasama dengan ahli kumpulan yang mereka tidak kenali un-tuk mencapai objektif aktiviti tersebut.

Aktiviti yang berlangsung sepanjang semes-ter ini juga telah berjaya membentuk hub-ungan silaturahim yang tinggi di antara pela-jar dan pensyarah. Pada awalnya terdapat pelajar yang tidak mengenali pensyarah pe-rakaunan atas sebab pensyarah tersebut tidak mengajar mereka. Tetapi hasil dari per-jumpaan yang berterusan ini hubungan ukhwah di antara pelajar-pelajar dengan pen-syarah perakaunan dan undang-undang ber-tambah erat. Malahan, kerjasama yang diberikan oleh para pensyarah sepanjang ak-tiviti berlangsung juga adalah sangat mem-banggakan.

A C C O U N T I N G & L A W

Page 7: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 7 

REASONS WHY THE FRESH GRADUATES UNEMPLOYED P A G E 7 V O L U M E 1 , I S S U E 1

By : Siti Rohani Shuib & Ester Saran Yahya (ACC220)

Employment rate has increased year by year this dec-ade. It is a global problem, not just a domestic one. As the population increases the demand for employ-ment also increases and the competition among grad-uates become intense. The job qualifications and re-quirements has change to higher level. Furthermore, employers nowadays seek for better quality of soft skills and capabilities rather than academic perfor-mance solely. Hence, it leads to this problem.

One of the reason of unemployment among graduates in Malaysia is they are fussy and selective in finding job. It is because they are looking forward for a job that offers high remuneration in line with their academic qualification. Somehow, the graduates become choosy, the employers become choosy as well! As there are plenty of graduates available, the employers set more requirements to employ the best candidates during interview. For example, they want an employee with working experience. Most of the fresh graduates did not have the working experience to fulfil the requirement. This phenomenon also con-tributes to the increased unemployment rate.

Next, lack of soft skills of the graduates also contributes to unemployment. Globalisation and in-tense competition among rival corporations force the corporations to create and sustain competitive ad-vantages. Thus, the needs for graduates with creative ideas and better communication skills increase as well. However, graduates in Malaysia still did not take this requirement as priority especially the com-munication skill. Besides, they also lack the confi-dence to explore their capabilities beyond their com-fort zone. For example, during lecture, students are usually required to make presentation in front of their classmates. Hence, they are not exposed to present in front of large and outside audiences.

Last but not least, economic downturn con-tributes to increased unemployment rate as well. Most organizations refrain hiring new employee in order to avoid spending on training cost due to the strict budget. Therefore, they tend to offer contract to the retired employee rather than hiring the fresh grad-uates. Besides, the organization needs the experienc-es and knowledge that the old employees possessed. Due to the inflation, most of the organisation prefers to cut down their training cost and development costs. Thus, this situation contributes to increased unemployment rate.

In a nutshell, fresh graduates are encouraged to improve their skills and explore their capabilities to meet the qualification and requirements demanded by the employers. Besides, they should train them-selves to sharpen their creative and critical thinking in solving problems that might arise. On the other hand, employers should give chances to fresh gradu-ate to gain working experience and apply their knowledge. They should hire the fresh graduates ra-ther than offering contracts to the retired employees. Unemployment rate can be reduced if all the related parties consider the interests of those invloved.

“One of the reason of unemployment among graduates in Malaysia is they are fussy and selec-tive in finding job.”

Page 8: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 8 

P A G E 8

Selamat kembali bertugas Oleh: Junaidah Jamaluddin

Seluruh warga Pusat Pengajian Perakaunan dan Undang-undang (PPPU) ingin mengucap-kan selamat kembali bertugas kepada Encik Mohamad Azmi Nias Ahmad dan Encik Azlan Md Thani yang telah menamatkan tempoh cuti belajar program PhD baru-baru ini. Encik Mohamad Azmi telah melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Edith Cowan University, Perth, Australia telah melapor diri semula di UiTM Pahang pada 19 January 2015. Manakala, Encik Azlan telah memulakan semula tugas beliau di UiTM Pahang pada 2 Februari 2015 setelah mengikuti pengajian PhD selama 3 tahun di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Semoga kedua-dua mereka dapat menyumbangkan tenaga dan usaha yang berterusan demi mengharumkan lagi nama PPPU dan UiTM Pahang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

A C C O U N T I N G & L A W

Page 9: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 9 

Erti sebuah pemberian P A G E 9 V O L U M E 1 , I S S U E 1

By : Junaidah Jamaluddin & Mahathir Mahali

Setiap insan adalah berbeza. Ada yang suka mem-beri. Ada yang suka berdiam diri. Yang suka mem-beri pula ada yang memegang konsep bahawa sesuatu pemberian itu mestilah bermanfaat, boleh digunakan di kemudian hari dan berkualiti. Tidak kurang juga yang memberi cenderahati yang penuh dengan krea-tiviti sebagai tanda ingatan di sanubari.

Konsepnya adalah sama; tidak kira di majlis kenduri kahwin atau di mana-mana majlis. Di kenduri kahwin ada yang suka memberi kudapan kepada para tetamu sebagai door gift. Tidak kurang juga yang memberi sesuatu sebagai kenangan. Begitu juga di majlis harijadi anak-anak yang diadakan oleh seseten-gah ibu bapa. Ada yang meletakkan di dalam goodie bag kecil itu makanan kegemaran kanak-kanak. Ada yang mengisi dalam goodie bag tersebut permainan kesukaan kanak-kanak walaupun ia memakan kos yang agak tinggi.

Bertitik tolak daripada perbezaan konsep itulah yang menjadikan pemberian setiap daripada kita berbeza. Tidak kira majlis kenduri kahwin, majlis hari jadi atau apa-apa majlis, tidak semua orang sukakan perhiasan sebagai cenderahati. Ada yang menga-baikannya atas sebab-sebab tertentu. Tidak kurang juga yang sangat menyukainya dan menyimpan pem-berian tersebut kerana mempunyai nilai sentimental.

Mungkin sekiranya kita telah mengenalpasti insan yang tidak menyukai perhiasan itu, tidak perlulah lagi kita memberinya hadiah sebagai kenangan. Daripada hati menjeruk duka, apalah gunanya memberi kerana terpaksa, tanpa ada rasa ikhlas. Sesungguhnya Allah s.w.t. lebih mengetahui apa yang ada di dalam hati setiap daripada kita.

Bagi yang kurang menggemari perhiasan, sungguh-pun ia berunsur barang-barang yang dipamerkan di rak, tiada salahnya menyimpan pemberian ikhlas dari hati anak-anak sebagai tanda penghargaan dan in-gatan daripada mereka.

Bagi yang berkemampuan, tiada salahnya untuk memberi lebih, asalkan ianya lahir dari rasa ikhlas sebagai symbol terima kasih dan terima kasih.

Apa pun, dalam setiap amalan ikhlaskan kerana Al-lah s.w.t. Memberi dengan ikhlas dan menerima dengan ikhlas. Tanpa keihlasan, semuanya umpama debu-debu yang berterbangan. Memberi dan menghadiahkan sesuatu kepada orang dengan penuh keikhlasan merupakan satu kepuasan di samping diluaskan rezeki oleh Allah s.w.t. buat si pemberi.

Mudah-mudahan Allah s.w.t. mengurniakan kita sifat mahmudah dan merahmati hidup kita semua.

Page 10: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 10 

P A G E 1 0 UNDANG-UNDANG TUBUH PAHANG SEBAGAI SUMBER KEDAULATAN

PEMERINTAHAN BERAJA PAHANG

OLEH : Suria Fadhillah Md Pauzi

Pahang bukan sahaja cukup sinonim dengan warna hitam dan putih malah simbol gajah atau gading tidak mungkin dapat dipisahkan. Namun, adakah kita sebagai warganega-ra UiTM Pahang mengetahui atau menyedari kemasyhuran Pahang satu ketika dulu? Adakah kita menyedari kewujudan Undang-undang Tubuh Pahang sebagai sumber kedaulatan pemerintahan Beraja Pahang?

Pahang atau lebih dikenali sebagai ‘Pan-Pan’ dan ‘Peng Keng’ oleh pengarang-pengarang dari China mempunyai susur galur sejarah pemerintahan negeri yang gemilang dan menarik. Pahang adalah sebuah negeri yang sudah terna-ma sejak dahulu lagi dan dikenali dengan pelbagai nama seperti ‘Pam’, ‘Pan’, ‘Paam’, ‘Paon’, ‘Phaan’, dan ‘Phang’ oleh orang Eropah atau ‘Mahang’ oleh orang-orang Jakun keturunan Melayu Purba. Dalam bahasa Khmer perkataan Pahang itu adalah bahasa Siam-Asli yang bererti ‘timah’ Selain itu, dalam Hikayat Hang Tuah dan lain-lain catatan lama, Pahang dirujuk sebagai ‘Inderapura’ dan disebut ‘Pahang Inderapura’.

Kesultanan Pahang adalah daripada keturunan Raja-raja dan Bendahara Melaka.

Ia wujud sejak zaman Kesultanan Melaka apabila Sul-tan Muhammad Shah (1470-1475) putera kepada Sultan Mansur Shah yang ditabalkan sebagai Sul-tan Pahang.

Sebelum itu Pahang di bawah penguasaan Kerajaan Siam.

Bermula pemerintahan Sultan Muhammad Shah se-hinggalah kepada pengganti-penggantinya, negeri Pahang sering terancam.

Pahang telah diterajui beberapa dekad oleh keturunan Kesultanan Melaka sehinggalah kepada Raja Jamil, putera Sultan Muhammad Shah I dari

Pahang sebagai pemerintah Pahang yang baru.

Pemerintahan Beraja Pahang melalui Ke-turunan Kesultanan Melaka berakhir apa-bila berlaku perebutan kuasa antara Sul-tan Abdul Ghafur dengan anggota keluarganya baginda yang berakhir dengan satu pembunuhan.

1617-Acheh telah menyerang Pahang dan pemerintahnya menjadi tawanan dan dibawa pulang ke Acheh.

Seterusnya Pahang diletakkan di bawah Kesultanan yang berpusat di Johor.

Di bawah Kesultanan tersebut, pemerintah Pahang diletakkan dibawah pemerinta-han seorang Bendahara sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Mahmud Shah II(Marhum Mangkat dijulang).

Oleh kerana Baginda tidak meninggalkan zuriat, maka pemerintahan telah berpin-dah kepada Bendahara iaitu Bendahara Paduka Raja.

Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai pemerintah baru Johor-Pahang yang bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Putera baginda, Tun Abbas dilantik menjadi Bendahara yang memerintah Pahang.

Bermula keturunan Tun Abbas, lahirlah pemerintahan Raja Pahang daripada kalangan Bendahara sehinggalah Ben-dahara Siwa Raja, Wan Ahmad.

12 Disember 1884- Bendahara Ahmad mula digelar dengan gelaran Sultan Ahmad Al Muadzam Shah oleh pembesar-pembesarnya. Pengiktirafan gelaran Sul-tan ke atas Bendahara Ahmad telah dibuat oleh Kerajaan British pada tahun 1887.

Kesultanan Pahang yang wujud pada hari ini telah bermula dengan Sultan Ahmad Al Muadzam Shah (1882) dan daripada zuriat Bagindalah kekalnya Raja Pemerintah Pahang sehingga kini iaitu Sultan Al Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al Muadzam Shah.

Bersambung…………………………

A C C O U N T I N G & L A W

Page 11: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 11 

Lambakan berita palsu P A G E 1 1 V O L U M E 1 , I S S U E 1

Oleh : Mohamad Azmi Nias Ahmad Seorang wartawan perlu melalui proses yang amat ketat. Bila terlalu ramai menjadi wartawan tak bertauliah inilah jadinya. Lambakan berita yang sukar untuk kita sahkan kesahihannya. Tak salah berkongsi maklumat, tetapi semak maklumat da-hulu sekurang-kurangnya. Paling tidak, semak dengan maklumat rasmi atau daripada orang yang boleh dipercayai. Ingin saya senaraikan berita tak masuk akal yang saya baca sepanjang tahun lepas. 1.) Berita MH370 dijumpai! Penulis membawa gambar-gambar yang tak masuk akal.... Saya rasa sudah banyak posting yang menerangkan pembohongan individu tersebut 2.) Taufan Jangmi - tekanan tinggi, tekanan rendah,.. Itu saya belajar dahulu... Agak kurang masuk akal Jangmi boleh sekuat tu hingga 90% Malaysia bakal terlibat 3.) Berita banjir - terlalu banyak 4.) Sekolah tutup sebulan..... Dah takda kerja sipembuat fit-nah ni.

Modus operandi untuk meyakinkan pembaca bagi si penyebar berita palsu cukup mudah. Mereka guna ungkapan seperti “dilaporkan oleh Awani”, “menurut pihak berkuasa” dan lain-lain. Seperti kata orang kampung saya, “Udah-udah la sebarkan berita palsu”. Gunakan media sosial dengan bertanggungjawab. Kebaikan yang kita nikmati me-lalui media sosial janganlah kita lacurkan dengan in-formasi-informasi “sampah”. Kebaikan media sosial ada banyak seperti yang berikut. 1.) Dapat melihat gambaran sesuatu peristiwa me-rangkumi sudut yang tidak dilaporkan oleh media arus perdana 2.) Mendapat maklumat lebih awal. Terutama ketika berlaku kehilangan, kecelakaan yang bakal dating. Sebagai penutup, sewaktu kecil (80an) pernah saya bertanya kepada beberapa orang Ustaz, bagaimana seluruh dunia tahu akan turunnya nabi Isa dan adanya Imam Mahdi? Mengikut zaman, jawapannya ber-beza, ketika era 80an, jawapannya akbar ataupun berita jam 8; jawapan ketika era 90an adalah CNN; jawapan dekad lepas, pastinya SMS dan sekarang pastinya kita setuju media sosial akan menjadi medi-um penyebaran maklumat ini. Sebelum ianya berlaku, pasti akan muncul ramai nabi-nabi Isa palsu, Imam-Imam Mahdi celup dan peristi-wa-peristiwa yang menyelewengkan yang juga memutar belit dan tidak masuk akal.

The world is unique with all kinds of people Everybody has their own uniqueness Strength and weakness are born together You have your own strengths and weaknesses Accept and rejoice with an open mind We have our own visions and missions All of us want to achieve something in our lives But as a human, we have limitations Embrace what we have now What we have is what we need IMPERFECTIONS ARE PERFECT

There is no need to be a billionaire There is no need to be a supermodel There is no need to be a hero There is no need to be a genius Because no one is perfect You do not have to be Bill Gates You do not have to be Naomi Campbell You do not have to be Clark Kent You do not have to be Einstein All you have to be is you

IMPERFECTIONS by Raja Rasydan & Mohd Iqbal (ACC220)

Page 12: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 12 

P A G E 1 2

WANITA Jangan kau tertipu...

Tertipu dengan keindahan wajahku..

Jangan kau tertipu.. Tertipu dengan kelunakkan suara ku..

Jangan kau tertipu.. Tertipu dengan kelembutan perilaku ku..

Jangan kau tertipu.. Tertipu dengan mudahnya jatuh air mataku..

Kerna... Disebalik keindahan wajahku ter-dapat ketabahan..

Kerna... Disebalik kelunakkan suaraku ter-dapat ketegasan..

Kerna.. Disebalik kelembutan perilaku ter-dapat kegagahan..

Kerna... Disebalik air mataku yang mengalir terdapat kematangan..

Kerana aku adalah wanita!

Yang mampu mengoncang dunia!

Nukilan : Aina Afirah Mohammad &

Bazilah Suhaimi

A C C O U N T I N G & L A W

Page 13: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 13 

BOOK REVIEW : Alien Menchari Chinta P A G E 1 3 V O L U M E 1 , I S S U E 1

Book’s Title : Alien MenchariChinta Author : Ramzah Dambul Analysed by : Nur Rasyidah Joibi (ACC220)

“Alien Menchari Chinta” I bet the first impression people might have in their mind about the book’s title is all about romance and so do I. But it is actually not. Throughout my reading and my understanding about the book, what the author probably trying to convey is that the wide definition of ‘Love’ and the situation in which the atmosphere of ‘Love’ may exist. It is not necessarily ‘Love’ towards human being. The posi-tion or concept of ‘Love’ can be everything, depends on the person on where, when, and how they lay down the feeling with their surroundings. Besides, each poem has its own arrangement, illustration and tone which shows the implied meaning of love is universal, can be seek in any situation and of course to earn it, is one of the major missions in life.

CINTA Oleh : Sharifah Aainaa Syed Ahmad Al-Habshi

Cinta,

Kau sungguh murni,

Kerna kau ciptaan Illahi,

Namun , sayang seribu kali sayang ,

Kesucianmu telah pun dinodai,

Kau telah dinodai,

Kau telah dinodai oleh sikap manusia.

Kini,

Kerana dirimu, maruah melayang,

Kerana dirimu, manusia alpa,

Kerana dirimu jualah, Islam kian pupus .

Kini,

Tiada lagi cinta nan suci,

Cinta hakiki ciptaan Maha Penyayang,

Hanya yang tinggal cinta duniawi,

Cinta yang asyik mengejar fatamorgana.

Page 14: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 14 

P A G E 1 4

Memori yang baik: Kaedah dan petua (Bahagian 1) Oleh : Mohamad Azmi Nias Ahmad Kebanyakan pelajar mengambil pendeka-tan untuk menghafal fakta sebagai perse-diaan untuk menghadapi peperiksaan. Wa-laupun kaedah ini tidak dicadangkan me-mandangkan ianya tidak akan memberi faedah jangka panjang namun ianya mem-bantu pelajar untuk lulus dengan cemer-lang di dalam matapelajaran seperti Se-jarah dan Geografi. Kaedah yang terbaik ialah dengan me-mahami matapelajaran tersebut dengan sepenuhnya. Sebagai contoh untuk menja-wap soalan Sejarah mengenai rentetan proses kemerdekaan, pelajar perlu faham akan peristiwa-peristiwa yang berlaku sehingga adanya usaha untuk menuntut kemerdekaan. Menurut pakar motivasi, Steven Covey, beliau mencadangkan kaedah berikut un-tuk meningkatkan peratusan pemahamam seseorang pelajar itu dimana jika hanya membaca 10%, mendengar 20%, melihat 30%, mendengar dan melihat 50%, berbincang 70%, mengalami 80% dan mengajar 95%. Jelas sekali kaedah ini dipraktikkan oleh pelajar yang pintar samada mereka sedar ataupun tidak. Penulis telah menemurah seorang pelajar Diploma Perakaunan di UiTM Pahang, Nur Shahriz binti Imran yang mendapat CGPA 3.88. Uniknya pelajar ini ialah beliau dikatakan tidak pernah dilihat oleh rakan-rakannya men-gulangkaji pelajaran secara serius. Setelah menemurah beliau penulis mendapati pelajar ini mempunyai matlamat, ber-fikiran positif, tidak endah langsung perkara remeh-temeh seperti gossip, tidak bersangka buruk, baca sebelum datang kelas (walau tak faham), duduk di depan, dengar pensyarah mengajar sepenuhnya

dan yang paling penting beliau mengajar kum-pulan yang sedang belajar sambil mendengar ahli kumpulan tersebut berbincang. Beliau secara tidak sedar telah mempraktikkan, mendengar dan melihat 50%, berbincang 70%, mengalami 80% dan mengajar 95%. Maka tid-ak hairanlah beliau berjaya mendapat Anugerah Naib Canselor. Berbalik kepada tajuk yang ingin dibincangkan, penulis ingin berpesan bahawa tiada yang dikatakan pil ingatan ataupun air jampi untuk mendapatkan kejayaan segera. Allah inginkan kita berusaha bersungguh-sungguh hingga kita berjaya. Tajuk ini akan membincangkan kaedah-kaedah dan petua-petua yang diamalkan oleh Rasullullah s.a.w. dan juga beberapa larangan baginda untuk mengelakkan pelajar dari lupa. Keberkesanan daripada segala kaedah dan ca-dangan di dalam penulisan ini adalah berbeza dengan setiap individu. Oleh yang demikian, pembaca perlu bijak untuk menilainya. Sebagai manusia biasa kita sering kali lupa. Lupa letak barang, lupa ambil anak disekolah, lupa ayat Al-Quran yang telah dihafal, lupa temujanji, lupa nama rakan dan lain-lain. Se-setengah orang berpendapat usia ada kaitan dengan lupa. Mungkin ada kebenarannya, na-mun simpton lupa ini tidak terhad kepada julat umur tertentu. Faktor pemakanan dan cara hidup mungkin ada kaitan, namun penyakit lupa ini tidak mengenal mangsa. Wa-laubagaimanapun, jika pembaca menghadapi masalah lupa yang kronik seperti lupa nama, anda dinasihatkan pergi berjumpa pakar dan penulisan ini tidak akan menyelesaikan masa-lah anda. Fakta 1: Kita lupa disebabkan fikiran kita tidak fokus ke atas perkara yang sedang kita buat. Pernahkah anda mengalami pengalaman seperti tidak ingat samada telah mengunci pintu kereta ataupun belum setelah berjalan masuk ke pusat membeli belah? Jika ia, "welcome to the club". Menurut Dr John B. Arden, lupa yang

A C C O U N T I N G & L A W

Page 15: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 15 

P A G E 1 5 V O L U M E 1 , I S S U E 1

diketegori sebagai absentminded ini adalah disebabkan oleh fikiran tidak fokus ketika melaku activiti yang kita lupa itu. Dengan kata lain, sewaktu mengunci pintu kere-ta tersebut, fikiran kita sedang memikirkan perkara yang lain. Amat tidak produktifnya lupa ini disebabkan kita perlu pergi semula ke kereta untuk memeriksa kereta ter-sebut. Dalam situasi lain, ada seorang rakan yang mengambil wuduk beberapa kali kerana terlupa. Ianya biasanya berlaku kepada golongan yang telah berusia sekitar 35-50 tahun kerana memikirkan tanggungjawab kerja, keluarga dan masyarakat. Untuk mencegah lupa kategori ini, adalah dicadangkan supaya, kita memberi tumpuan sepenuhnya ketika kita melakukan sesuatu perkara. Lupa ini boleh mengancam nyawa. Bagaimana? Bayangkan jika kita lupa yang kita sedang memanaskan lauk atau menjerang air. Kepada yang lebih berusia, sebagai contoh berumur 60 tahun, lupa bagi kategori ini adalah lebih kerap. Menurut pakar, lupa "short term memory" lost ini juga diakibatkan perkara serupa. Maka penulis ingin mencadangkan kaedah berikut untuk mengatasinya: 1. Fokus sepenuhnya ketika melakukan aktiviti 2. Buat perancangan 3. Senaraikan aktiviti yang dilakukan 4. Sentiasa semak aktiviti yang telah dilakukan dan be-lum dilakukan 5. Buat poster peringatan, contohnya, “Adakah anda telah melakukan solat?” 6. Menggunakan aplikasi reminder dalam telefon bimbit 7. Berdoa pada Allah (Perkara paling penting). Cara Rasullulah s.a.w Sudah menjadi kebiasaan, rasullullah memakai cincin bila keluar ke rumah. Untuk mengingatkan sesuatu, bag-inda mengikat benang pada cincin tersebut. Mengaplikasikan cara rasullah dengan zaman moden : Boleh dikatakan hampir semua pembaca mempunyai te-lefon bimbit. Kesemua telefon bimbit telah dilengkapkan dengan aplikasi "reminder". Manfaatkan sepenuhnya ap-likasi ini. Insyallah, jika kita lakukannya secara konsisten (istiqomah) dan dengan niat mengikut cara rasullullah, kita akan dapat pahala mulakukan sunnah. Wallahualam.

Khazanah Alam MTB Jamboree 2014 Oleh : Nurul Syahidah Ainual Azhar & Nor Najlaa Na-sarudin Pada 30 Mac 2014, seramai 19 orang pelajar jurusan Sar-jana Muda Perakaunan telah menjadi sukarelawan “Khazanah Alam MTB Jamboree yang telah diadakan di Felda Residence Tekam, Jerantut Pahang. En Mohd Soffi bin Puteh telah menjadi pensyarah pengiring sepanjang keberadaan sukarelawan di situ. Sukarelawan telah tiba di Tekam pada pukul 7.30am dan seterusnya telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu menjaga check point di pertengahan dan pengakhiran trek. Perasaan teruja timbul di dalam hati apabila melihat para peserta membuat persediaan sebelum aktiviti bermula. Para peserta perlu mendapatkan ‘sticker biru’ di setiap check point yang telah ditetapkan sebagai bukti bahawa mereka telah melintasi kawasan tersebut. Aktiviti telah bermula pada pukul 8.30am yang disertai lebih 100 orang peserta di peringkat dewasa dan kanak-kanak. Kami berasa sangat seronok diberi tugas di perten-gahan trek di ladang kelapa sawit. Peristiwa yang tidak dapat kami lupakan dan seronok apabila memberi sticker, mineral water dan pisang kepada para peserta dalam keadaan kelam kabut dan pantas melintasi kami. Sebaha-gian peserta telah mengambil peluang untuk berehat sam-bil menikmati makanan yang disediakan sebelum mene-ruskan perkayuhan mereka. Aktiviti telah tamat pada pukul 1.30pm setelah selesai pen-yampaian hadiah kepada para peserta. Kami telah mendapat banyak pengalaman dan melihat pelbagai ragam yang menghiburkan hati melalui aktiviti sukarela-wan ini. Selain itu, kami dapat melihat kesungguhan para peserta untuk menamatkan acara itu walaupun menghada-pi pelbagai rintangan dan cabaran dari pelbagai aspek seperti kerosakan basikal dan kecederaan sepanjang me-lalui trek tersebut. Aktiviti ini juga telah mengeratkan hubungan sillaturrahim antara kami. Di samping itu juga, melalui aktiviti ini juga dapat menghilangkan tekanan dan dapat mengisi masa lapang daripada membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah seperti melepak tidak tentu hala. Perkara paling mencuit hati apabila para peserta memberi nama kepada kumpulan kami “banana girl dan gadis litar”, oleh kerana kesungguhan yang telah kami tonjolkan sepanjang aktiviti tersebut. Kami berharap supaya berpeluang meli-batkan diri dengan aktiviti luar yang melibatkan masyara-kat pada masa akan datang.

Page 16: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 16 

P A G E 1 6

“GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK”

Oleh : Siti Nafisah Wahab (AC220)

Slogan di atas merupakan tema hari guru pada tahun2015 yang telah di-persetujui oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia.

Masih saya ingat ketika di sekolah ren-dah, menjelang 16 Mei setiap tahun, saya begitu bersemangat memberi had-iah kepada guru-guru saya. Disebabkan tidak mahu meminta wang daripada ibu bapa, saya mengambil pen milik abang atau kakak saya, kotak pula hanya menggunakan kotak ubat gigi Colgate, dan dibalut dengan kertas minyak untuk diberikan kepada guru saya. Saya mera-sa begitu bangga apabila mereka tersenyum ketika membuka hadiah saya walaupun tidak seberapa. Hakikatnya, guru-guru saya bukanlah seorang yang materialistik.

Namun begitu, seiring peningkatan usia remaja, semasa di sekolah menengah saya sudah tidak lagi mempraktikkan amalan memberi hadiah pada hari guru. Oleh kerana saya seorang setiausaha kelab pengawas, maka saya menjadi antara orang yang bertanggungjawab dalam membuat persediaan sambutan hari guru setiap tahun. Ini membuatkan saya merasa memberi hadiah secara per-sendirian tidak lagi relevan kerana kelab pengawas pastinya menyediakan pe-runtukan untuk membeli hadiah buat setiap guru.

Apabila menyambung pelajaran ke per-

ingkat diploma dan ijazah, 16 Mei seakan terpadam daripada ingatan saya. Hakikatnya saya alpa, pensyarah juga seorang guru!

Baru-baru ini, setelah hampir 12 tahun meninggalkan alam sekolah rendah, seorang guru yang begitu rapat dengan saya suatu ketika dahulu telah memberikan ucapan selamat ketika hari lahir saya serta men-doakan saya menjadi seorang insan yang ber-jaya dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t. In-gatan saya mula terimbau ke beberapa tahun kebelakangan. Sering kali saya terserempak dengan guru dan pensyarah saya di jalanan atau sekadar bertegur sapa di media sosial. Ironinya, mereka yang memulakan langkah menyapa anak murid mereka sendiri.

Ya, saya merasa terpukul! Seorang guru yang mempunyai begitu ramai anak murid masih mengingati saya yang bukannya seorang yang dapat membanggakan mereka ketika menjadi anak murid mereka. Siapa saya un-tuk melupakan mereka setelah begitu banyak

A C C O U N T I N G & L A W

Page 17: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 17 

P A G E 1 7 V O L U M E 1 , I S S U E 1

ilmu yang mereka curahkan untuk menjadikan saya seorang insan yang berguna. Maka di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru dan pensyarah yang saya sayangi. Jutaan terima kasih buat guru-guru dan pensyarah-pensyarah saya yang mengajar saya menjadi seorang manusia berguna.

Kami rindu mak

Oleh : Nurul Ain & Nadia (AC220) Mak, Siapalah kami tanpa mu, Kau yang melahirkan kami ke dunia, Kau juga yang besarkan kami hingga siapa kami sekarang, Kau lakukan apa sahaja untuk besarkan kami, Mak, Kami terlalu rindukan mak, Kau segalanya bagi kami di dunia ini, Mak, Begitu cepat masa berlalu, Belum sempat kami membalas jasamu, mak Belum sempat kami memberi kesenangan kepada mu, Belum sempat kau merasa kejayaan kami, Tapi kau terlebih dahulu mengadap Ilahi, Mak, Maafkan segala silap kami semasa kau di dunia, Terlalu banyak salah kami,mak, Ya Allah, Kami terlalu sayangkan mak, Engkau tempatkan mak dikalangan soleh solehah, Amin. Al –Fatihah.. **hargailah ibu bapa mu sementara mereka masih ada** **siapalah kita tanpa mereka**

Page 18: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 18 

Page 19: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 19 

Page 20: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 20 

Page 21: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 21 

 

Pelajar perakaunan johan 1000 Pitching anjuran Masmed UiTM Pahang

Pertandingan 1000 pitching peringkat UiTM Cawangan Pahang telah diadakan pada suku per-tama tahun 2015. Pertandingan ini telah mendapat penyertaan seramai 146 kumpulan.

Pemenang pertandingan 1000 pitching ini dibuat berdasarkan kriteria berikut: 1. Penyata masalah yang kukuh 2. Idea yang bernas 3. Keboleh pasaran produk 4. Impak kepada masyarakat dan ekonomi 5. 3 minit padat dengan informasi 6. Penyampaian yang baik dan jelas 7. Kualiti Video yang jelas dan menarik

Berikut adalah keputusan bagi 1000pitching peringkat UiTM Cawangan Pahang: - 1. AC110 Gazebo for Asnaf Mohd Haniff Hanafiah 2. AC220 Drive Thru Malaysian Food Mohd Iqbal Mohd Azami 3. AS117 Key Rack Khairul Izzuddin Seluruh warga Pusat Pengajian Perakaunan dan Undang-udang (PPPU) mengucapkan jutaan tahniah kepada pelajar AC110 dan AC220 yang telah sudi mengambil bahagian dalam pertand-ingan ini serta mengharumkan nama Pusat Pengajian Perakaunan dan undang-undang.

Page 22: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 22 

Oleh : Mohamad Azmi Nias Ahmad (Pengurus Pasukan) Mukhriz Mohamed (Jurulatih Pasukan)

Bermula 19 July hingga 7 Ogos 2015, pasukan memanah UiTM telah menyertai Kejohanan Memanah Karnival Sukan MASUM 2015 bertempat di UTM Skudai, Johor. Pasukan memanah dianggotai oleh 3 pegawai dan 16 atlet.

Alhamdulillah, UiTM telah memenangi 8 pingat emas, 7 pingat perak dan 7 pingat gangsa da-ripada 24 pingat emas yang dipertandingkan. Berada ditempat kedua, selepas UPM, diharap agar pasukan memanah UiTM dapat mengembalikan kegemilangan sukan memanah UiTM yang pernah dikecapi pada tahun-tahun terdahulu di persada sukan tanahair dan antarabangsa.

Jutaan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua atlet UiTM yang telah berjuang habis-habisan di kejohanan ini demi memastikan UiTM menjadi juara dan kepada wira yang tidak didendangkan daripada kalangan staf UiTM yang sentiasa berkerja keras dan bersiap siaga da-lam apa keadaan sekali pun.

 

Laporan Kejohanan Memanah Karnival Sukan MASUM 2015

Page 23: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 23 

 

Cerita pendek

Oleh : Norlaila Md Din

CERITA 1

my girl: umi...kakak tension la buat kerja dalam group nih... me: kenapa pulak? my girl: bila kakak buat silap sikit budak-budak dalam group tu suka sakat, gelak-gelakkan ka-kak...sakit hati kakak me: biasalah kakak...manusia biasa semuanya buat silap kakak: habis kalau sehari tak kisah la...kakak pun gelak jugak...tapi kalau 5 hari berturut-turut, diungkit digelak beramai-ramai...tiang lampu pun boleh rasa marah me: habis,kawan kakak tu tak da buat silap ke? Sempurna sangat ke? my girl: adalah juga silapnya me: kenapa kakak tak ungkit pulak kesilapan dia, gelak-gelakkan dia balik....baru dia tau! my girl: tapi kan umi tu kan perangai tak elok, cari kesalahan orang, mengata kelemahan orang, kawan yang baik akan tolong perbaiki kelemahan kawan... me: alahai la anak.......doa je la kakak.....

CERITA 2

Suratkhabar berturut-turut menyiarkan cerita perempuan dibunuh oleh kekasih mereka....samada cerita itu benar atau tak....Tuhan sahaja yang tahu......yang pasti...cerita demikian sungguh mer-obek hati.... kepada kaum hawa di sana....berhati-hatilah...kita kaum yang lemah secara fizikal....demi Tu-han....peliharalah nyawa dan kehormatan kita serta maruah.....kita boleh mulakan dengan tidak keluar berdua-duaan dengan lelaki bukan muhrim...walaupun sidia tu tunang atau sahabat lelaki sejak kecil......jikalau nak keluar rumah...pastikan ada yang meneman.....abang atau ayah atau sua-mi.......atau anak lelaki......InshaAllah....

CERITA 3

My girl: umi...kakak rasa muka kakak buruk la kalau pakai cermin mata.... Me: jadi kalau tak pakai... kira cantik la? My girl: Iya la kakak sedar la kakak ni buruk! (mood merajuk) Me: Eh! kalau kakak buruk..umi pun buruk juga la...kakak kan anak umi My girl: hmmmm (terus masuk bilik) Me: hmmm dilema si kaca mata...

Page 24: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 24 

CERITA 4

Once upon a time (20 years ago: location:England) medic student(a lady): Ustaz....kami tak dibenarkan memakai tudung semasa didalam bilik operation...boleh tak kami pakai scarf je? Ustaz: Siapalah saya.....nak bagi kebenaran....dah Allah suruh tutup aurat semua kecuali muka dan tapak tangan....maaflah bukan hak saya tu ...hak Allah tu.... 10 years ago: In Malaysia Penonton: Ustaz...saya ni bersolat semua waktu kecuali subuh...selalu tak terbangun.....boleh ke saya solat 4 waktu je? Ustaz: Maaflah...Allah dah kata 5 waktu, saya tak berhak nak bagi 4 pula...hak Allah semua tu..... moral: Dari Allah kita datang...kepadaNya kita pulang....hidup penuh dugaan....

CERITA 5

My girl: Umi,kakak nak keluar gi taman Me: Ok kakak,tapi kakak dah besar...kena tutup aurat ya...pergi pakai tudung. My girl: baik umi... My girl keluar dengan bertudung diikuti adiknya juga bertudung. Me : alahai...comel...moga anak-anak umi jadi anak-anak solehah Me: Hah??????? eh harith... Boy tak pakai tudung!!!! Harith: Nak jugak!!!! Me: Aduh!!!!

CERITA 6

my son: Salam umi...(nak gi sekolah) ….. (berhenti sebentar bermain facebook) me: ...(sambil salam).....ingat Allah,ingat Rasulullah...belajar kerana Allah ya long..... my son: ya......kurangkan bermain facebook umi.... me: hah????hmmm sesama kita berpesan-pesan ya long....

CERITA 7

Issue monday blues! Haish tak habis - Dear students...everytime you all miss my class...I feel being stabbed....and when you tell me you are overslept.. The stab is becoming deeper..believe me! You are not stabbing me alone...you stab your parent too!

CERITA 8

hubby: Pelik la...lepas banjir ni ikan macam tak ada langsung dalam sungai tu.pergi memancing asyik mem-bangau je... wife: Tak mengapa...jom kita balik kampung jumpa emak dan bawak emak jalan-jalan dan makan-makan.... after jalan-jalan dan makan dengan emak.... hubby: Alhamdulillah...baru dapat udang galah tadi masa memancing... pelik la....dah 2 tahun memancing...tak pernah dapat udang pun! wife: Itu pun pelik???(hmm another power of sedeqah)

Page 25: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 25 

CERITA 9

Hari ni nak buat hati kering, siapa yang ponteng hari ini kena masuk kelas lecturer lain untuk habiskan chapter.jangan masuk kelas saya dah...I have enough with these nonsence!!! sekali masuk message bertalu-talu....minta maaf madam, kami tak sengaja tertidur, kami tak sengaja, kami minta madam halalkan segala ilmu madam bagi selama ini. me: Huhuhu sedih la pulak.....OK la you all masuk la kelas macam biasa... (payah kalau hati lembik seperti sekeping kertas ni ....) ceq dah kalah.

CERITA 10

A friend: Tidak sangka sungguh dapat cabutan bertuah kali ini! Selama 40 tahun ni tak pernah dapat! Me: Ada buat apa-apa sebelum dapat hadiah tadi tak? Friend: Biasa je....sebelum datang sini ambik wudhuk dulu..lepas tu ada bagi roti kat budak sebelah... Me: Hmmm the power of sedeqah.....

CERITA 11

A very touchy....to me. Student: Puan.....kenapa topik publish ni rasa macam berat sangat? me: Mudah...kalau kamu ikut step... Student: Iya ke? me: Biar saya tunjuk....mula-mula format-lepas tu posting-lepas tu adjusting- then finalising...tadaaa.....see dah siap.... Student: macam tu je puan?????? waaaaaa!!!!!(menangis sungguh-sungguh) me:....Pulak.....(kesian....begitulah pressure dekat nak exam)

CERITA 12

Umi...ni handbag saya buat untuk umi.....alahai anakku...mentang-mentang handbag Umi dah bertahun tak berganti,suruh umi pakai handbag kotak koko diikat dengan getah....hmmmm

CERITA 13

Macam-macam isu berkenaan facebook ni ya: Sahabat A : Boleh dia paparkan kat facebook gambar budak malas belajar dalam kelas dia....kesian kat fami-ly budak tu...mesti terasa Sahabat B: Dia tulis kat facebook ....sindir-sindir saya Sahabat C: Setiap kali status dia tunjuk gambar suami sakit ke, anak sakit ke,emak masuk hospital ke...saya doakan agar family dia tu cepat sembuh tapi dia buat ‘dek’ je, like tidak, respond tidak, orang lain boleh pu-lak dia respond..... Sahabat D: Saya tak percaya apa sahaja yg ditulis di facebook!!! sebab itukan medan sosial....mana boleh kita percaya!!! Aku: hmmmmmmm

Page 26: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 26 

 

Jamuan Hari Raya 1/2 13 Ogos 2015

Bahagian 1 AC110  Bahagian 2 AC110 

Bahagian 3 AC110  Pelajar tahun akhir AC110 

Page 27: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 27 

Jamuan Hari Raya 2/2 13 Ogos 2015

Page 28: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 28 

Pelancaran Kolokium 27 Mac 2015

Page 29: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 29 

Program pemantapan penyelidikan 01 APRIL 2015

Page 30: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 30 

FUNancial.S.Battle recording session 14 April 2015

Page 31: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 31 

Accounting on the Block recording session 22 April 2015

Page 32: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 32 

IIDEX 29-30 April 2015

Page 33: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 33 

E-ConDev 11 Jun 2015

Page 34: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 34 

Bike Cross 21 Mac 2015

Page 35: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 35 

Lawatan AC220 ke Tadika Naluri bestari 14 Mei 2015

Page 36: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 36 

SUKANEKA Kelab Akademik 23 April 2015

Page 37: V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 37 

Pihak redaksi Accounting & Law amat mengalu-alukan segala bentuk karya dari pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar untuk dimuatkan didalam E-majalah “Accounting & Law” ini. E-majalah ini akan diterbitkan dua kali setahun (Mac & Sept). Sila hantar karya tersebut di alamat email: [email protected].

SIDANG REDAKSI

Penaung : Prof Dr Jamaludin Kasim

Penasihat : Prof Madya Dr Halil Paino

Tuan Hj Mustafa Kamal Mat

Prof Madya Dr Azhan Hashim

Mohd Aripin Amat

Ketua Pengarang : Mohamad Azmi Nias Ahmad

Ketua Editor : Ahmad Mazlan Ahmad Shamshudin

Editor :

1 Zuhariah Husin

2 Azlan Md Thani

3 Lily Mazlifa Mustafa

4 Nor Hawani Wan Abdul Rahman

SEKITAR MAJLIS MAKAN MALAM PERSIDA 19 MAC 2015

KARYA PENSYARAH DAN PELAJAR

5 Noor Hasimah M. Yacob

6 Sabariah Jamaluddin

7. Syahida Md Zeni

8. Faizah Azam Ahmad Azam