cogito edisi 1-2013

2
Majlis pengijazahan tinggi martabatnya dalam tradisi keilmuan di seantero dunia. Dalam majlis menyambut kejayaan penuntut dalam bidang masing-masing ini, graduan akan menyarung  jubah dan diletakkan di atas kepala topi akademik (mortar board ). Dan kemudian siap sedia untuk menerima segulung ijazah daripada universiti. Namun begitu, kini ramai yang beranggapan bahawa etika pemakaian dan pengi-  j a z ah a n ini h a n y al a h upacara rasmi universiti tanpa ada makna pengikti- rafan ilmu.  Ada juga berang gapan ba- hawa ia upacara yang dice- dok sepenuhnya daripada Barat. Jika begitu, dari mana asal tradisi ini dan apakah semangat di sebalik pe- makaian topi akademik,  ju bah dan pe nerimaan ijazah? Saya terpanggil untuk menerangkan secara ring- kas empat aspek utama dalam majlis pengijazahan universiti yang perlu dihayati setiap graduan supaya ber- bekas dalam hati sanubari bahawa mereka sebenarnya membawa tanggungjawab yang berat. Mereka memikul amanah guru untuk menyampaikan ilmu mereka kepada orang lain di samping menghargai sumbangan tamadun Islam dalam membentuk tradisi keilmuan dunia. Tradisi pengajian hadis, tafsir Istilah ijāzah berasal dari- pada perkataan Arab yang bermaksud "kebenaran atau keizinan yang diberikan oleh guru kepada penuntut untuk menyampaikan ilmu yang dipelajari" (license to teach). Tradisi yang asalnya diamal- kan dalam ilmu hadis dan tafsir ini dibangunkan sejak abad ke-4 Hijrah atau ke-10 Masihi. Kemudian, pada abad ke-12 Masihi, tamadun Eropah Kristian mencedok masuk ke dalam sistem pendidikan mereka dengan mengganti- kan ist ilah ij azah kepada licentia docendi. Namun konsep itu mula dipisah-pisahkan kepada sijil, diploma, izajah dan se- terusnya. Berband- ing licentia docendi  yang hanya dikurniakan oleh uni- versiti, penganugerahan ijāzah terletak pada hak guru. Ini membuatkan guru pada waktu itu amat bersungguh- sungguh mendidik penuntut kerana mereka bertang- Cogito ergo sum | Saya fikir, jadi saya wujud | Je pense donc je suis KATA-KATA HIKMAH DI SEBALIK MAJLIS PENGIJAZAHAN UNIVERSITI COGITO gungjawab terhadap apa yang diajar dan apa yang akan diajar oleh anak murid mereka kepada orang lain. Para penuntut pula bersung- guh-sungguh mendalami ilmu untuk mendapatkan pengiktirafan daripada guru. Tempoh untuk mendapatkan ijazah juga tidak tetap ker- ana bergantung kepada prestasi penuntut untuk meyakinkan guru. Inilah faktor penting men- gapa taraf pendidikan dan budaya ilmu dalam tradisi pendidikan Islam dapat dikekalkan. Kandungan dalam ijazah pula akan dimulakan den- gan basmalah, puji-pujian kepada Allah dan Nabi Mu- hammad SAW dan para sa- habat serta potongan ayat al -Qur' ān yang menyebut ten- tang ketinggian taraf orang yang berilmu. Contohnya surah al-Zumar ayat ke-9. Kemudian guru akan menyatakan namanya dan berterima kasih kepada guru sewaktu mereka masih menuntut , nama penerima ijazah, akhlak serta prestasi penerima semasa menuntut ilmu dan pelbagai maklumat yang memaparkan jalur pe- warisan ilmu ( silsilah) mereka. Ijazah kebiasaannya akan diberikan dalam bentuk buku Oleh Mohamad Firdaus Pozi “Tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa yang ada” - Imam Hasan Al-Banna cogito.blogspot.com

Upload: gptd-unisel

Post on 14-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cogito EDISI 1-2013

7/27/2019 Cogito EDISI 1-2013

http://slidepdf.com/reader/full/cogito-edisi-1-2013 1/2

Majlis pengijazahan tinggimartabatnya dalam tradisikeilmuan di seantero dunia.

Dalam majlis menyambutkejayaan penuntut dalambidang masing-masing ini,graduan akan menyarung

 jubah dan diletakkan di ataskepala topi akademik(mortar board ).

Dan kemudian siap sediauntuk menerima segulungijazah daripada universiti.

Namun begitu, kini ramaiyang beranggapan bahawaetika pemakaian dan pengi- jazahan ini hanyalahupacara rasmi universititanpa ada makna pengikti-

rafan ilmu.

 Ada juga beranggapan ba-hawa ia upacara yang dice-dok sepenuhnya daripadaBarat. Jika begitu, dari manaasal tradisi ini dan apakahsemangat di sebalik pe-makaian topi akademik, jubah dan pener imaanijazah?

Saya terpanggil untukmenerangkan secara ring-

kas empat aspek utamadalam majlis pengijazahanuniversiti yang perlu dihayatisetiap graduan supaya ber-bekas dalam hati sanubaribahawa mereka sebenarnyamembawa tanggungjawabyang berat.

Mereka memikul amanahguru untuk menyampaikan

ilmu mereka kepada oranglain di samping menghargaisumbangan tamadun Islamdalam membentuk tradisikeilmuan dunia.

Tradisi pengajian hadis,tafsir 

Istilah ijāzah berasal dari-pada perkataan Arab yangbermaksud "kebenaran ataukeizinan yang diberikan olehguru kepada penuntut untukmenyampaikan ilmu yangdipelajari" (license to teach).

Tradisi yang asalnya diamal-kan dalam ilmu hadis dantafsir ini dibangunkan sejak

abad ke-4 Hijrah atau ke-10Masihi.

Kemudian, pada abad ke-12Masihi, tamadun EropahKristian mencedok masuk kedalam sistem pendidikanmereka dengan mengganti-k a n i s t i l a h i j a z a hkepada licentia docendi.

Namun konsep itu muladipisah-pisahkan kepadasijil, diploma, izajah dan se-

t e r u s n y a . B e r b a n d -ing licentia docendi  yanghanya dikurniakan oleh uni-versiti, penganugerahanijāzah terletak pada hakguru.

Ini membuatkan guru padawaktu itu amat bersungguh-sungguh mendidik penuntutkerana mereka bertang-

Cogito ergo sum | Saya fikir, jadi saya wujud | Je pense donc je suis 

KATA-KATA HIKMAH

DI SEBALIK MAJLIS PENGIJAZAHAN UNIVERSITI

COGITO

gungjawab terhadap apayang diajar dan apa yangakan diajar oleh anak muridmereka kepada orang lain.

Para penuntut pula bersung-guh-sungguh mendalamiilmu untuk mendapatkan

pengiktirafan daripada guru.Tempoh untuk mendapatkanijazah juga tidak tetap ker-ana bergantung kepadaprestasi penuntut untukmeyakinkan guru.

Inilah faktor penting men-gapa taraf pendidikan danbudaya ilmu dalam tradisipendidikan Islam dapatdikekalkan.

Kandungan dalam ijazah

pula akan dimulakan den-gan basmalah, puji-pujiankepada Allah dan Nabi Mu-hammad SAW dan para sa-habat serta potongan ayat al-Qur'ān yang menyebut ten-tang ketinggian taraf orangyang berilmu.

Contohnya surah al-Zumar ayat ke-9. Kemudian guruakan menyatakan namanyadan berterima kasih kepada

guru sewaktu mereka masihmenuntut , nama penerimaijazah, akhlak serta prestasipenerima semasa menuntutilmu dan pelbagai maklumatyang memaparkan jalur pe-warisan ilmu (silsilah)mereka.

Ijazah kebiasaannya akandiberikan dalam bentuk buku

Oleh Mohamad Firdaus Pozi 

“Tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa yang ada”

- Imam Hasan Al-Banna

cogito.blogspot.com

Page 2: Cogito EDISI 1-2013

7/27/2019 Cogito EDISI 1-2013

http://slidepdf.com/reader/full/cogito-edisi-1-2013 2/2

kecil yang mengand-ungi maklumat hinggamencapai dua puluhmuka surat dan lebih

berbanding sijil zamanini dalam sehelai ker-tas yang digulungtanpa nama guru yangmendidik mereka.

Al-Quran di atassongkok

Dalam tradisi pendidi-kan Islam, apabilaseseorang itu layakdiijazahkan, merekaakan memakai penu-tup kepala sepertikopiah atau songkokkemudian di atasnyaakan diletakkan al-Quran (kini digantidengan lapisan tebalberbentuk segi empat)dan kemudian diikatpada kepala si pene-rima ijazah.

Ia sebagai simbol ket-

inggian ilmu yang di-milikinya dan berikrar akan menyampaikanilmu yang dikuasainyadengan tulus ikhlasdan bertanggung- jawab sepenuhnyaterhadap ilmu yangdimiliki.

Menariknya jika dilihatzaman ini, ramaigraduan secara berje-

maah melontar topimereka ke udara den-gan muka yang ceriamungkin merasakanitu sekadar topi sa-haja.

Jubah yang dipakaioleh penuntut danguru mengikut warnamasing-masing bertu- juan membezakanorang awam denganpenuntut ilmu dan il-

muwan. Terdapat jugakisah di mana seorang

menteri perlu menukar  jubah menteri kepada jubah sarjana bilaingin membacakan

hadis kepada penden-gar.

Jika seorang itu layakmengajar, merekaakan disarungkan jubah yang digunakanoleh ilmuwan danupacara ini masihditeruskan sehinggakini, terutamanya pen-ganugerahan kepadapenerima ijazah dok-tor falsafah.

Justeru itu, sepertimana mereka tidakdibenarkan meletak-kan al-Qurann di ataskepala dan menya-rung jubah akademiksehingga merekabenar-benar layak,seperti itu juga parapenuntut universiti kinidilarang memakai jubah dan top i

akademik sebelummereka layak me-makainya.

Begitulah ketinggianbudaya ilmu yang di-paparkan dalam tra-disi pendidikan Islamdemi menjaga ke-sucian ilmu dan paragraduan seharusnyamenjiwai setiap mak-sud yang terkandungdi dalam majlis pengi- jazahan ini.

Hari yang bersejarahini sebenarnya bu-kanlah hari teris-t i m e w a a n t a r agraduan dengan ke-luarganya mahupunrakan sekuliah walau-pun tidak dinafikanmereka juga penting,tetapi saat intimantara anak murid

dengan guru untukmengimbau pengem-

baraan ilmu mengajar dan belajar.

Dengan mendalamisetiap perkara di atas,

kita boleh membuatkesimpulan bahawasetiap peri laku danpemakaian dalam ma- j l is pengi jazahanmembawa maknamengiktiraf ketinggianilmu.

Selain itu, tujuan men-dapatkan ijazah untukmenyampaikan ilmudan melaksanakan

amanah yang diberi-kan oleh guru.

Namun, kini, apabilatujuan mendapatkanijazah ditumpukansemata-mata hanyakepada kemahuanekonomi dan pasarankerja hingga maknailmu itu tidak meresapke dalam diri masing-masing; maka terjadi-lah gejala yang tidakmenzahirkan nilai ke-sarjanaan.

Ia antaranya menariberamai-ramai di de-pan Dewan Canselor dan pelbagai sambu-tan yang didorongdengan hawa ke-seronokan walhalwaktu ini mereka di-hormati sebagai bakalilmuwan, bukan pen-

ghibur.

Oleh itu, adalah wajar ditanya kepada kese-mua graduan, adakahkita berhak mendapatpenghormatan seba-gaimana dibincangkandi atas?

Penulis adalah calonsarjana sains Univer-

siti Kebangsaan Ma-laysia

“Ia sebagaisimbolketinggian ilmuyang dimilikinya

dan berikrar akanmenyampaikanilmu yangdikuasainyadengan tulusikhlas danbertanggungjawab sepenuhnyaterhadap ilmuyang dimiliki.”

Halaman 2 Edisi Pertama | Edaran Percuma | 25 Oktober 2013 | COGITO 

Ilmu akan dapat diingati dandifahami jika budaya penuli-san menjadi rutinan.

 Amanah ilmu yang diperolehikena diamalkan ke seluruh alam.