ciri2 guru inovasi

14
CIRI-CIRI GURU INOVASI SYHIBIN BIN JAPAR Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Kent

Upload: hazman-yaplin

Post on 04-Feb-2016

235 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

guru inovasi

TRANSCRIPT

Page 1: Ciri2 Guru Inovasi

CIRI-CIRIGURU INOVASI

SYHIBIN BIN JAPARKetua Unit Kokurikulum

IPG Kampus Kent

Page 2: Ciri2 Guru Inovasi

Definisi InovasiKebanyakan kamus memberi makna inovasi

sebagai pembaharuan atau perubahan. Pengertian ini di anggap agak longgar dan tidak begitu jelas.

Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang.

Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu.

Page 3: Ciri2 Guru Inovasi

Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.

Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.

Page 4: Ciri2 Guru Inovasi

Zaltman et. al (1973) menyatakan inovasi ialah idea, latihan atau bahan artifak yang kelihatan baru pada unit yang menggunakannya.

Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi pertama pada sesuatu produk atau proses.

Damapour (1991) menyatakan inovasi sebagai mengenerasi perkembangan dan penggunaan idea baru pada organisasi.

Page 5: Ciri2 Guru Inovasi

Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa secara mudah inovasi boleh diterangkan sebagai:-

• Merupakan penghasilan baru• Berbentuk maujud dan mujarad• Berdasarkan proses penyusunan semula• Dengan menggunakan unsur yang sedia ada• Terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai

Inovasi dibuat oleh manusia kreatif untuk membina trend baru atau trendsetter untuk menjadi peneraju (pioneer) dan lantas meraih peluang maksimum dalam ekosistem yang banyak persaingan.

Page 6: Ciri2 Guru Inovasi

CIRI-CIRI GURU INOVATIF;1   Sentiasa mencari jalan bagi menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah

2   Sentiasa peka akan tema keperluan murid dan memberikan tindak balas yang sesuai

3   Cenderung kepada saranan ikhtisas: dapatan kajian tindakan sendiri / orang lain

4   Membimbing murid dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang

Page 7: Ciri2 Guru Inovasi

5   Menghormati buah fikiran dan pendapat rakan sekerja

6   Memberi kerjasama dan sumbangan dalam program kecemerlangan sekolah

7   Memudahkan jalan penerokaan idea dalam kalangan murid

8   Mengoptimumkan potensi pengajaran sebaya di bilik darjah

9   Menggunakan pengukuhan sebagai daya tarikan pembelajaran

10   Menanamkan perasaan selesa dan selamat kepada semua murid dalam persekitaran bilik darjah

Page 8: Ciri2 Guru Inovasi

20 Ciri – Ciri Orang yang Inovatif

Mitchell Ditkoff, Pengarah dari Idea Champions, menjelaskan tentang kualiti dari seorang inovator, dengan ciri-ciri sebagai berikut: 1.  Tidak merasa cepat puas dengan keadaan yang ada dan selalu mempersoalkan kuasa dan rutin serta mengkonfrontasikan andaian-andaian yang ada. 2.  Senantiasa mengeksplorasi lingkungannya dan menyiasat kemungkinan-kemungkinan baru, memiliki rasa kekaguman (sense of awe) 3.  Menanggapi keperluan dari dalam (inner needs) senantiasa secara proaktif memulakan projek-projek baru, menghargai setiap usaha.

Page 9: Ciri2 Guru Inovasi

4.  Memiliki imaginasi yang tinggi dan memiliki pandangan yang jauh ke hadapan. 5.  Memunculkan idea-idae “gila”, memandang sesuatu yang tidak mungkin menjadi sebuah kemungkinan, mengimpikan dan mengkhayalkan sesuatu yang besar-besar. 6.  Melampaui zon selesa, berani mencuba dan menanggung kegagalan. 7.  Merubah persekitaran kerja sesuai dengan keperluan, senang melakukan perjalanan (travelling) untuk memperoleh inspirasi atau pemikiran segar.

Page 10: Ciri2 Guru Inovasi

8.  Memiliki minat terhadap hal-hal yang aneh dan mengagumkan, berani tampil dalam keadaan berbeza, bertindak nekad, serta mudah dan sering tertawa layaknya seorang anak kecil. 9.  Dapat mempertahankan idea-ideanya dan menganggap “kesempurnaan sebagai musuh kebaikan”, tidak terikat dengan apa-apa yang dipandang baik menurut orang lain. 10.  Terbuka bagi setiap perubahan, mampu melakukan penyesuaian terhadap rencana-rencana yang telah dibuat, menyajikan berbagai solusi dan gagasan

Page 11: Ciri2 Guru Inovasi

11.  Mampu melihat hubungan-hubungan diantara unsur-unsur yang terputus, mensintisiskan dan mengkombinasikannya. 12. Menyerap setiap masalah dan tentangan, mencari dan merenungkan berbagai pertimbangan dalam mengambil keputusan. 13.  Perseptif terhadap sesuatu dan dapat membezakannnya, dapat melihat kecenderungan dan prinsip serta mampu mengorganisasikannnya, dapat melihat ”the Big Picture.” 14.  Merasa tenang dalam situasi kelam kabut (chaos), dapat menyediakan situasi paradoks, tidak tergesa-gesa membenarkan terhadap suatu idea yang muncul.

Page 12: Ciri2 Guru Inovasi

15.  Berusaha mencari pengetahuan secara terus menerus, mensintisiskan segala input, menyeimbangkan setiap informasi yang terkumpul dan menyelaraskan setiap tindakan. 16.  Memilih dan menilai diantara pemikiran mencapah dan pemikiran menumpu, memiliki intuisi tertentu sebelum melakukan analisis, meyakini apa yang sudah dianalisis dan menggunakannya secara hati-hati dengan menggunakan akal. 17.  Berusaha menyeimbangkan pemikiran dari setiap individu dan mencari penyokong organisasi.

Page 13: Ciri2 Guru Inovasi

18.  Mengkomunikasikan setiap gagasan secara efektif, menterjemahkan konsep abstrak ke dalam bahasa penuh erti, menciptakan prototaip atau model yang dianggap paling mudah 19.  Merefleksi hal-hal dianggap mengecewakan atau yang tidak dinginkan, belajar dengan cepat dari maklumbalas, berkemahuan untuk mencuba dan terus mencuba lagi 20.  Bekerja keras dan tekun, memperjuangkan gagasan-gagasan baru dengan gigih, memiliki komitmen terhadap hasil-hasil yang telah digariskan

Page 14: Ciri2 Guru Inovasi

SEKIAN DAN TERIMA KASIH

Jadilah seorang guru yang;

♦ Mempunyai daya imaginasi yang tinggi untuk melihat sesuatu secara berlainan

♦ Berfikiran terbuka atau berfikir di luar kotak analitikal, kritikal dan praktikal

♦ Melihat sesuatu perkara itu sebagai peluang yang boleh mencetuskan idea baru